TARIAN MELAYU

download TARIAN MELAYU

of 2

Transcript of TARIAN MELAYU

TARIAN MELAYU Tarian Melayu melambangkan adat resan dan budaya masyarakat Melayu. Ianya memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan semula jadi dan cara hidup masyarakat Melayu. Umumnya, tarian Melayu dibahagi kepada dua bahagian utama iaitu tarian Melayu asli dan tarian Melayu yang diangkat. Tarian Melayu asli adalah tarian yang memang berasal dari daerah masyarakat Melayu yang meliputi Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Kepulauan Riau, dan Borneo. Manakala, tarian Melayu yang diangkat pula adalah berasal daripada pengaruh budaya asing yang berpunca daripada kejadian politik dan sejarah dahulu. Ada berbagai gaya dan jenis tarian Melayu. Ianya dibahagi kepada beberapa kategori mengikut rentak dan irama sesuatu tarian. Antara contoh tarian Melayu ialah: 1. Tarian Joget Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah dengan rentak yang agak laju. Tarian ini dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Ianya berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Malaysia sewaktu era perdagangan rempah di situ.

2. Tarian Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

3. Tarian Lilin Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan

4. Tarian Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

5. Tarian Mak Yong Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantic, tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu