TARIAN TRADISI

22
PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 KSSR DISEDIAKAN OLEH: MARCELLA BAGU

description

M

Transcript of TARIAN TRADISI

TARIAN TRADISI

PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 KSSRDISEDIAKAN OLEH:MARCELLA BAGUPernahkah kamu mendengar lagu 1 Malaysia?

Mari kita bersama-sama menyanyikan lagu 1 Malaysia.

TARIAN TRADISI Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan dusun. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.

Kaum ibanKaum indiaKaum melayuKaum cinaKaum dusunTARIAN TRADISI KAUM MELAYU

TARIAN JOGET

Tarian joget biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.

Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan.

Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.

Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga di atas kepalanya.

Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.`Jom tengok videoTARIAN TRADISI KAUM CINA

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki.

Jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.Tarian JogetTARIAN TRADISI KAUM INDIA

TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.

Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita.

Video tarian IndiaTARIAN TRADISI KAUM DUSUN SABAH

TARIAN SUMAZAU

Tarian kaum kadazan dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.

Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

Jom tonton video tarian sumazauTARIAN TRADISI KAUM IBAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Jom tonton video tarian ngajat RUMUSANTerdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di malaysia. Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita sebagai contoh mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di Malaysia.