Tasik

6
TUGASAN INDIVIDU Jawab semua soalan. 1) Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan. a) Nyatakan empat ciri yang membezakan antara sesuatu tasik yang terbentuk di muka bumi ini. i. Saiz tasik ii. Bentuk tasik iii. Kedalaman tasik iv. Asal kejadian tasik b) Terangkan bagaimanakah terbentuknya ‘Tasik Sementara’ dan ‘Tasik Kekal’. Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan. Tasik sementara mungkin terjadi di muka bumi yang beralun selepas berlakunya hujan lebat. Tetapi tasik yang dalam dan yang lebih banyak mengandungi air daripada yang dapat disejatkan akan menjadi tasik kekal. c) Adalah tidak mustahil bahawa tasik-tasik yang terbentuk akan lenyap dari sesuatu kawasan apabila berlakunya beberapa proses yang menyebabkan tasik-tasik tersebut kering. Namakan dua proses tersebut. Tasik merupakan bentuk muka bumi sementara di kerak bumi kerana pada akhirnya tasik-tasik ini akan menyap melalui dua proses.

Transcript of Tasik

Page 1: Tasik

TUGASAN INDIVIDU

Jawab semua soalan.

1) Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan.

a) Nyatakan empat ciri yang membezakan antara sesuatu tasik yang terbentuk di

muka bumi ini.

i. Saiz tasik

ii. Bentuk tasik

iii. Kedalaman tasik

iv. Asal kejadian tasik

b) Terangkan bagaimanakah terbentuknya ‘Tasik Sementara’ dan ‘Tasik Kekal’.

Tasik merupakan sebuah lekukan yang berair di kawasan daratan. Tasik sementara

mungkin terjadi di muka bumi yang beralun selepas berlakunya hujan lebat. Tetapi

tasik yang dalam dan yang lebih banyak mengandungi air daripada yang dapat

disejatkan akan menjadi tasik kekal.

c) Adalah tidak mustahil bahawa tasik-tasik yang terbentuk akan lenyap dari

sesuatu kawasan apabila berlakunya beberapa proses yang menyebabkan tasik-

tasik tersebut kering. Namakan dua proses tersebut.

Tasik merupakan bentuk muka bumi sementara di kerak bumi kerana pada akhirnya

tasik-tasik ini akan menyap melalui dua proses. Sekiranya hujan yang turun tidak tetap,

maka tasik di sesebuah kawasan itu akan kering dalam musim kemarau. Dua proses

tersebut adalah :

i. Proses penyaliran

ii. Proses mendapan

Page 2: Tasik

d) Bumi berbentuk sfera merupakan satu kebenaran yang telah diakui, dibuktikan

dan diterima oleh semua orang. Berikan justifikasi kepada pernyataan tersebut.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera. Antaranya adalah :

i) Bukti pelayaran mengelilingi bumi – Tempat permulaan dan berakhir

pelayaran mengelilingi bumi boleh dilakukan pada tempat yang sama.

ii) Melihat kapal di laut – Bahagian atas kapal akan dilihat terlebih dahulu,

barulah diikuti oleh seluruh badan kapal berkenaan.

iii) Bukti daripada kedudukan kaki langit yang melengkung. Ianya dapat dilihat di

kawasan pantai/pinggir laut.

iv) Terbit dan terbenamnya matahari pada waktu yang berbeza mengikut zon

masa antarabangsa.

v) Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat dilihat pada waktu gerhana bulan

(bayang).

vi) Bukti satelit - gambar bumi yang diambil melalui satelit jelas menunjukkan

bumi berbentuk sfera.

e) Biasanya tindakan glasier menghasilkan bentuk-bentuk hakisan di tanah-tanah

tinggi dan bentuk penimbunan di tanah pamah. Terangkan bagaimanakah

pembentukan glasier-glasier di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa jenis tasik yang terbentuk oleh hakisan glasier. Antaranya ialah

tasik kori atau tarn, tasik lekuk cembung, tasik lekukan batu-batan, Tasik Empangan

Moren dan juga tasik yang dibentuk oleh timbunan hanyutan glasier.

Pembentukan tasik kori atau tarn adalah dari tindakan glasier yang bergerak

melalui kawasan lurah. Glasier ini akan meninggalkan satu lekukan yang berbentuk

bulat di ulu lurah di kawasan pergunungan. Lekukan seperti ini berbentuk kerusi

berlengan dan dinamakan kori. Dasarnya yang dalam itu mungkin dipenuhi oleh air lalu

membentuk tasik kori. Misalnya Tasik Red Tarn di daerah Tasik Inggeris. Tasik-tasik

yang terjadi di lekukan glasier panjang lagi dalam dan dinamakan tasik berjajar,

umpamanya Tasik Ullswater.

Page 3: Tasik

Tasik lekuk cembung pula merupakan tasik yang merupakan lekukan di dataran

lanar ais yang ditinggalkan bila kumpulan ais yang tidak bergerak menjadi cair. Tasik-

tasik ini tidak mempunyai bentuk tetap kerana pembentukan moren tidak sekata. Tasik-

tasik ini tidak besar dan tidak dalam. Contohnya tasik cetek Shropshire di England dan

tasik-tasik lekuk cembung Orkney di Scotland.

Seterusnya ialah tasik lekukan batu-batan. Tasik jenis ini terbentuk oleh hakisan

kaut ais bila glasier lurah atau litupan ais mengaut lekukan-lekukan di permukaan bumi.

Tasik-tasik yang terbentuk oleh tindakan glasier ini banyak terdapat di Finland. Inilah

sebabnya orang-orang Finland menamakan negerinya Suomi – tanag bertasik-tasik.

Finland dikatakan mengandungi lebih daripada 35000 buah tasik yang terbentuk oleh

glasier.

Tasik Empangan Moren pula terbentuk apabila glasier lurah yang selalunya

menimbunkanpuin-puin moren merentangi sebuah lukah. Bila aliran air terhalang oleh

moren itu maka terbentuklah sebuah tasik. Moren hujung dan moren tepi boleh

mengempang lurah-lurah. Umpamanya Tasik Windermere di Daerah Tasik Inggeris.

Akhir sekali ialah tasik yang dibentuk oleh timbunan hanyutan glasier. Lekukan

berselang-selang terdapat di dataran-dataran hakisan glasier yang banyak diliputi oleh

drumlin dan mempunyai saliran yang kurang baik. Lekukan ini selalunya mengandungi

air dan membentuk tasik-tasik kecil seperti di Country Downs di Ireland Utara.

f) Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol di permukaan bumi.

Terangkan mengenai pembentukan gunung dan jenis-jenis gunung yang terdapat

di permukaan bumi.

Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di

sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung terbentuk

disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung, tergelincir dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa jenis pertembungan yang akan menghasilkan gunung. Misalnya

pertembungan diantara plat benua dengan plat benua yang akan membentuk banjaran

gunung lipat dan juga pertembungan antara plat lautan dengan plat lautan yang akan

Page 4: Tasik

membentuk gunung berapi di dasar lautan. Selain itu, pertembungan diantara plat

benua dengan plat lautan pula akan menghasilkan gunung lipat. Dalam kata yang lain,

sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil.

Sebaliknya, sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung

berapi terhasil.

Terdapat lima jenis gunung yang terdapat di permukaan bumi iaitu gunung lipat,

gunung bongkah, gunung kubah, gunung berapi dan juga gunung sisa. Gunung lipat

terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila terdapat tekanan-

tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan termampat dan

kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan mengecilkan lagi

kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.

Gunung bongkah pula terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran

berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa

yang memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu

bahagian kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya. Pergerakan dalam

kerak bumi menyebabkan retakan/rekahan atau gelinciran /sesaran di lapisan kerak

bumi. Daya ketegangan dihasilkan apabila dua plat bergerak kearah yang

bertentangan manakala daya mampatan dihasilkan apabila dua plat bertembung. Daya

tegangan dan mampatan daripada pergerakan plat akan menyebabkan terbentuknya

gunung bongkah /horst dan lurah gelinciran/graben.

Gunung yang seterusnya ialah gunung kubah. Ia terbentuk apabila arus di

dalam mantel tertolak ke atas kerak bumi, menyebabkan batuan membonjol bulat. Di

samping gunung kubah, gunung berapi pula terbentuk daripada bahan yang keluar

melalui rekahan-rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair,

bara api, abu, debu dan lumpur cair. Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong

gunung berapi itu dalam bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung

berapi.

Page 5: Tasik

Akhir sekali ialah gunung sisa yang terjadi sebagai hasil daripada proses

gondolan. Apabila aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen

gondolan, maka sesetengah kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan

menjadi gunung sisa. Gunung sisa juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang

telah dikelar-kelar oleh sungai hingga menjadi bukit dan lembah.