Tatabahasa

8
KATA KERJA 1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya. 2.Kata kerja terbahagi kepada: (a) kata kerja tak transitif (b) kata kerja transitif (c) kata kerja pasif 3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap.Misalnya: (a) Ayah tidur. (b) Penyanyi itu menari. 4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah: ada,bocor,kandas. 5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap. 6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya: Abang membaca buku. (a) membaca-kata kerja transitif (b) buku-objek 7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah: makan,melukis,minum. 8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan. Contohnya: Kata Kerja Transitif Kata Kerja Pasif mengambil ambil 9.Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a)kata kerja pasif diri pertama (b)kata kerja pasif diri kedua (c)kata kerja pasif diri ketiga

Transcript of Tatabahasa

Page 1: Tatabahasa

KATA KERJA

1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya.

2.Kata kerja terbahagi kepada:  (a) kata kerja tak transitif  (b) kata kerja transitif  (c) kata kerja  pasif

3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang     lengkap.Misalnya:    (a) Ayah tidur.    (b) Penyanyi itu menari.

4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:       ada,bocor,kandas.

5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.

6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:    Abang membaca buku.    (a) membaca-kata kerja transitif    (b) buku-objek

7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:       makan,melukis,minum.

8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.

   Contohnya:

   Kata Kerja Transitif                         Kata Kerja Pasif

   mengambil                   ambil

9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.    (a)kata kerja pasif diri pertama    (b)kata kerja pasif diri kedua 

Page 2: Tatabahasa

    (c)kata kerja pasif diri ketiga 

10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:     kuambil, kuperoleh, kududuki

11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:     kauambil, kauberikan, kaududuki

12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:     diambil, diberikan, diduduki

Page 3: Tatabahasa

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat   lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

 

Jenis ContohSifat Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh,

kemas, kejap, secantik, terkuatwarna Merah, jingga, ungu, putih, kuning

langsatukuran Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam,

besar, sebesar, terpanjang, ternipisbentuk Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.waktu Lama, lambat, lewat, segera, suntuk,

lampau, lalu, silam.jarak Dekat, hampir, jauhcara Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap,

lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.

Pancaindera

-          rasa

-          pandang

-          dengar

-          bau

-          sentuh

Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau

Buruk, hodoh, jelita, cantik

Bising, senyap

Busuk, wangi, hangit, hapak

Kesat, kasar, lembab, halus, licin

Adjektif perasaan Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Page 4: Tatabahasa

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA

dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )

b) Kata Nama Khas

c) Kata Ganti Nama

d) Kata Nama Terbitan

e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

Page 5: Tatabahasa

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian

tua - ketua

raja - kerajaan

tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

 

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Page 6: Tatabahasa

manusia Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Benda bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang doktor

kerani

guru

Doktor Efendi

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Page 7: Tatabahasa

budak lelaki Muhamad Fauzi

Binatang kucing

lembu

katak

ayam

burung

Si Tompok

Lembu Sapi

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

          di awal kata ( awalan )

          di akhir kata ( akhiran )

          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata

per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Page 8: Tatabahasa

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peraga

latih

bawa

lawan

peragawati

latihan

pembawaan

perlawanan

kata sendi oleh

untuk

perolehan

peruntukan

kata nama lombong

rumah

guru

perlonbongan

perumahan

perguruan

kata adjektif cantik

besar

tinggi

kecantikan

pembesar

ketinggian