Tatabahasa

7
Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga anda semua menjadi insan cemerlang. Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata Tugas Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan tidak gramatis. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama. Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

Transcript of Tatabahasa

Page 1: Tatabahasa

Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga anda

semua menjadi insan cemerlang.

Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata Tugas

Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata

Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu

dalam binaan ayat, klausa dan frasa.

Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau

frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.

Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap

sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan

tidak gramatis.

Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti

dalam sebarang frasa utama.

Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir

bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata

kerja dan kata adjektif.

Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama

ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,

pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau

tugas-tugas lain.

Page 2: Tatabahasa

Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas

dan peranan yang dibawanya.

Antaranya:

Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya…)

Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga…)

Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa…)

Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada…)

Kata Perintah ( sila,jangan,usah…)

Kata Pangkal Ayat

Kata Seru ( amboi,cis,wah…)

Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak…)

Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...) Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi…) Kata Pemeri ( ialah,adalah) Kata Pembenar ( ya,benar,betul) Kata Nafi ( bukan,tidak) Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar…) Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang

digandingi) Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama

sebagai kata nama)

Page 3: Tatabahasa

A. Kata Hubung

Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan

ayat.

Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

(i) Kata Hubung Gabungan,

(ii) Kata Hubung Pancangan,

(iii) Kata Hubung Berpasangan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk

gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat

dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung

Pancangan.

Contoh Kata Hubung :

Contoh Contoh

dan Lau dan Ah Lim berjiran.

kerana Aminah menangis kerana terlalu sedih.

apabila Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.

lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

Page 4: Tatabahasa

hingga Abang menonton televisyen hingga larut malam.

Jika Saya akan berpayung jika hujan.

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah

rumah yatim.

kecuali Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan

masih sihat.

semenjak Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.

sungguhpun Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu

mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat

keputusan yang cemerlang.

walaupun Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya

juga.

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Latihan Interaktif Kata Hubung

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htm

B. Kata Sendi

Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Melayu.

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.

Page 5: Tatabahasa

Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama

untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti

berikut: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai,

umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Sendi

Nama Tugas/contoh

Contoh Ayat:

di Menunjukkan tempat

Menunjukan perbuatan

Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

ke

Menunjukkan tempat atau

arah tujuan ( Menunjukkan waktu

Mereka akan ke Ipoh esok.

dari

Menunjukkan tempat atu arah datang

Menunjukkan waktu atau masa

Ely datang dari Kelantan

kepada

Menunjukkan sasaran/ditujukan

Menunjukkan bahagian sesuatu

Menunjukkan perubahan keadaan

Kita mesti hormat kepada ibu bapa.

daripada

Menunjukkan punca Menunjukkan sumber atau

asal sesuatu Menunjukkan perbandingan

Ukiran itu diperbuat daripada perak.

pada

Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan

Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu

Menunjukkan keterangan

waktu

Pey Wan tiba pada pukul lapan malam

untuk Menunjukkan kegunaan

sesuatu (alat untuk membuka

Hadiah ini untukmu

Page 6: Tatabahasa

pintu) Menunjukkan sesuatu telah

dikhaskan

bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu

Derma bagi mangsa banjir sedang

dipungut.

demi

menunjukkan tujuan

menunjukkan urutan

Untuk menegaskan sesuatu

Demi anaknya, dia terpaksa keluar

bekerja di luar negara.

tentang Menunjukkan rujukan

Menteri-menteri itu

berbincang tentang masalah negara.

dengan

Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu

perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang

digunakan Menunjukkan persamaan

Dana memotong kek itu dengan pisau yang tajam.

sejak,

semenjak

Menjadi penanda waktu atau

masa

Milah sentiasa gembira sejak / semenjak suaminya pulang dari

perantauan.

terhadap Menunjukkan rujukan yang

tentu

Kita mesti taat terhadap negara

kita.

oleh

Menunjukkan pembuat dalam

ayat pasif Menunjukkan sebab

Kuih ini dibuat oleh Nadiah

akan Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif

Diana amat sayang akan / kepada ayahnya.

hingga, sampai

Menunjukkan had masa atau peringkat

Abu belajar hingga / sampai peringkat universiti.

seperti, bagai,

umpama, laksana,

bak

Menunjukkan perbandingan

Suaranya merdu seperti/ umpama / laksana / bagai buluh perindu.

Latihan Interaktif Kata Sendi Nama

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM

Page 7: Tatabahasa