Tatabahasa Bm

download Tatabahasa Bm

of 6

description

tatabahasa

Transcript of Tatabahasa Bm

BAHAGIAN A[25 markah]1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapatsatukesalahan tatabahasa.Gariskankesalahan tersebut dantulisjawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.(i)Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________(ii)Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.___________________________________________(iii)Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.___________________________________________(iv)"Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________

(8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.(i)Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.__________________________________________

(ii)Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.__________________________________________

(iii)Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________(3 markah)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.(i)Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.______________________________________________________________________________________________(ii)Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.______________________________________________________________________________________________(iii)Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.______________________________________________________________________________________________(iv)Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.______________________________________________________________________________________________(v)Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.______________________________________________________________________________________________ (10 markah)4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulissatuperibahasa yang sesuaidengan gambar tersebut. (i)

_____________________________________________

(ii)

_____________________________________________ (4 markah)

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu (JAWABAN)

BAHAGIAN A1.Kesalahan Tatabahasa Pembetulani.di dalam dalamii.Sri Malaysia Hotel Hotel Sri Malaysiaiii.sukakan suka akaniv.aku saya

Ulasan:(i)Penggunaan frasa sendi nama "di dalam" tidakgramatis kerana kata sendi "di" hanyadigunakan khusus di hadapan kata nama ataufrasa nama yang menunjukkan tempat. Kata"dalam" lebih tepat digunakan dalam ayat ini.(ii)Dalam ayat (ii), penggunaan kata "Sri MalaysiaHotel" tidak menepati peraturan hukum D-M.Oleh itu, penggunaan kata yang tepat dalamayat ini ialah "Hotel Sri Malaysia".(iii)Dalam ayat (iii), penggunaan kata "sukakan" tidak tepat. Kata yang betul ialah "suka akan".(iv)Kata ganti nama diri pertama bagi "aku" dalamayat (iv) tidak tepat kerana kata "aku"digunakan apabila bercakap dengan kawanbiasa atau dengan Tuhan. Oleh itu, kata gantinama diri yang tepat dalam ayat ini ialah "saya".

Soalan 2 Ejaan(i) Bandaraya Bandar raya(ii) Stem Setem(iii) eka-bahasa ekabahasa

Ulasan:(i)Dalam ayat (i), ejaan "Bandaraya" telahditetapkan ejaannya sebagai "Bandar raya".(ii)Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggerisyang tepat bagi ayat (ii) ialah "Setem".(iii)Ejaan "eka-bahasa" dalam ayat (iii) tidakmemerlukan tanda sempang (-). Ejaan yangtepat ialah "ekabahasa".

Soalan 3(i)Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan iniatau awal bulan hadapan.(ii)Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.(iii)Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran, maka dia mencapai kejayaan yang cemerlang.(iv)Jika saya ada masa pada hujung minggu ini, saya akan menziarahi rakan saya di hospital.(v)Azwana dan Afifah membaca surat yang dikirim oleh Bhaga.

Ulasan:(i)Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan "atau". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk gabungan.(ii)Ayat (ii) ialah ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan "tetapi" untuk menggabungkan kedua-dua ayat itu.(iii)Ayat pertama dan kedua digabungkan dengan menggunakan kata hubung pancangan "maka". Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk pancangan.(iv)Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan pancangan "jika". Ayat yang terbentuk itu dikenal sebagai ayat majmuk pancangan.(v)Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung gabungan "dan" dan kata hubung pancangan "yang". Ayat yang terbentuk dikenal sebagai ayat majmuk campuran.

Soalan 4(i)Bagai tikus membaiki labu

(ii)Bagai anjing dengan kucing