TATABAHASA kata nama.docx

11
TATABAHASA - PENGGOLONGAN KATA A. KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS Kata Nama Am Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut dan menyatakan nama benda yang bernyawa dan tidak bernyawa. Benda bernyawa ialah manusia, binatang dan tumbuhan. Contoh:- manusia = ayah, perempuan, kerani, budak binatang = ayam, lembu, kambing, ikan tumbuh -tumbuhan= pokok, betik, lalang, mawar benda = pasir, batu, pisau, kereta, kasut tempat = pejabat, pulau, sekolah, taman Kata nama am dapat dibahagikan kepada nama yang konkrit dan abstrak. Kata nama konkrit berkaitan dengan nama sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa atau dilihat. Manakala kata nama abstrak melibatkan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat. KATA NAMA KHAS Kata nama khas digunakan untu menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.

Transcript of TATABAHASA kata nama.docx

TATABAHASA - PENGGOLONGAN KATA A. KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHASKata Nama AmKata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut dan menyatakan nama benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.Benda bernyawa ialah manusia, binatang dan tumbuhan. Contoh:- manusia= ayah, perempuan, kerani, budak binatang= ayam, lembu, kambing, ikan tumbuh-tumbuhan= pokok, betik, lalang, mawar benda= pasir, batu, pisau, kereta, kasut tempat = pejabat, pulau, sekolah, tamanKata nama am dapat dibahagikan kepada nama yang konkrit dan abstrak. Kata nama konkrit berkaitan dengan nama sesuatu yang boleh dipegang dan dirasa atau dilihat. Manakala kata nama abstrak melibatkan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan.Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

KATA NAMA KHASKata nama khas digunakan untu menyebut nama sesuatu bendasama ada benda yang bernyawa dan tidak bernyawa.Benda bernyawa berkaitan dengan nama manusia dan binatang. Manakala benda yang tidak bernyawa ialah tempat, judul buku, bangunan, benda dan sebagainya.Contohnya:- manusia ( nama orang) =Siti Salmah, Ahmad, Mei Ling, Subramaniam binatang (nama gelaran haiwan) =Tompok, putih, Sang Bedal. tempat = Melaka, Kampung Siput, Taman Melati, Jalan Pulai bangunan = Pudu Raya, Masjid India, Sekolah KebangsaanPeria. judul buku = Kamus Dewan, Matahariku (novel), Keluarga (majalah) benda = Proton Perdana, Pilot (pen), Seiko (jam)Kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar pada huruf pertamanya.

Latihan untuk murid tahun satuBaca dan pilihperkataan diberi dan tulismengikut kumpulankata nama yang sesuai.mata basSungai Perak Si Putih limaProton Waja kedai milo MuarAminah

Kata nama am Kata nama khas__________________________________________________ ____________________________________ _________________________________________ _________________________________________ _______________________

Isikan tempat kosong dengan kata nama am.

kawan ayam pasar bola muridmata1. Roslin _____________ tahun satu.2.Kamal dan Adi suka bermain____________ sepak.3.Yasmin suka makan ______________ goreng4. Liamengikut ibu ke _______________ malam.5. Siti dan Ani berkawan ______________ sejak kecil.6. Ayahmembeli cermin _______________ baru.

Baca dan gariskan kata nama khas.Encik Hamid doktor mata. Dia membuka klinik sendiri. Klinik itu terletak di bandar Puchong. Nama kliniknya ialah Klinik Mata Malik.Kliniknya dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Encik Malik ada dua orang pekerja. Nama pekerjanya ialahCikMazni dan Cik Siti.

B. Kata Ganti Nama Kata ganti nama terdiri daripada: Kata ganti diri (pertama, kedua dan ketiga) Kata ganti diri singkatan. kata ganti tanya kata ganti tempat kata ganti tak tentu

Kata ganti diri pertama digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.Kata ganti diri pertama dan penggunaannya:- aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan tuhan. saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam susanayang rasmi. beta digunakan oleh sultan apabila bertitah kepada rakyat patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan. kami diguna kepada diri orang yang berkata serta tenmannya apbila bercakap dengan orang kedua. kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Diri Kedua.

Merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.Kata ganti diri kedua dan penggunaannya:- anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita. awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita. engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan. tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja. kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.Kata Ganti Diri Ketiga

digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika bercakap.Kata Ganti Diri Ketiga dan penggunaannya:- baginda digunakan untuk raja dan sultan. beliau digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu, bapa,guru dan pemimpin. dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. mereka digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.Latihan

Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

dia kami saya mereka kita

1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa belajar.

2. ________ menangis kerana duitnya hilang.

3. Ini kucing_________. Namanya comot.

4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan kaki.

5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.

Keluarga Saya

Ini keluarga Aiman. Keluarga Aiman terdiri daripada enam orang. Aiman ada dua orang abang dan seorang adik perempuan. Aman dan Aidil abang Aiman. Manisah adik perempuan Aiman. Nama ayah Aiman, Encik Roslin bin Darus. Ayah Aiman seorang pegawai polis. Nama ibu Aiman, Puan Aminah binti Dollah. Ibu Aiman seorang guru.

Latihan A. Lengkapkan ayat diberi berdasarkan petikan di atas.

Nama saya ialah ______________________________Saya ada dua orang____________ dan __________adik. Nama abang saya___________________ dan ______________. Nama adik saya________________. Nama ibusaya ialah___________________________.Nama bapasaya ialah ________________________.Ayah saya seorang ________________ dan ibu sayaseorang ______________

Latihan B.Jawab solan kefahaman.Bulatkan jawapan yang betul.

1. Siapakah nama abang Aiman? a. Amin dan Aman b. Aman dan Aidil 2. Siapakah nama adik perempuan Aiman? a. Mariam b. Manisah3. Berapa orangkah ahli keluarga Aiman? a. enam b. tujuh

4. Apakah pekerjaan ibu Aiman? a. guru b. polis5. Ayah Aiman seorang_______________ a. posmen b. polis

Latihan C.

Tanda ( / ) padakata nama am diberi.Aiman

polis

ibu

Aidil

pegawai polis

Puan Aminah

taman bunga

Taman Melati

Sang Bedal

buaya

sungai

Kota Tinggi

"Mendidik Jiwa dan Minda"0 ulasan | Catatan Lama Laman utama Langgan: Catatan (Atom)