Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi...
-
Upload
truongmien -
Category
Documents
-
view
631 -
download
19
Transcript of Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi...
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
GARIS PANDUAN
GARIS PANDUAN
Berdasarkan Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2012
TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN
(TPATA)
Format JKR.PATA-1
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
PENGHARGAAN i
KATA ALU-ALUAN ii
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1.0 DEFINISI 1
2.0 SINGKATAN DAN PENERANGAN RINGKAS 2
3.0 TUJUAN 2
4.0 LATAR BELAKANG 3
5.0 OBJEKTIF 3
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4
7.0 PROSEDUR PENYEDIAAN PSPA (OPERASI) 6
7.1 Carta Alir Penyediaan PSPA (OPERASI)
7.2 Proses Kerja Penyediaan PSPA (OPERASI)
8.0 PENUTUP 14
9.0 SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: Contoh Prosedur Pengurusan
Aduan/Permintaan Pelanggan
LAMPIRAN 2: Takwim Dan KPI Tadbir Urus Kementerian
/ Jabatan
LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA (OPERASI)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam membangunkan buku panduan ini
samada secara langsung atau tidak langsung yang terdiri daripada:
Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (BSFB)
Bahagian Senggara Fasiliti Jalan (BSFJ)
Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN)
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Kerja Raya
Urusetia
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara (BPKS),
Cawangan Kejuruteraan Senggara
JKR Malaysia
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
KATA ALU-ALUAN
Kerajaan komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat. Pengurusan aset kerajaan yang komprehensif adalah penting dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Aset kerajaan merupakan pelaburan negara dan jika tidak diuruskan dengan sempurna akan membebankan kewangan dan menjejaskan reputasi kerajaan.
Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi), adalah penting dalam penyediaan perancangan strategik di peringkat penggunaan dan pelupusan aset serta memastikan keberkesanan tadbir urus dalam pelaksanaan aktiviti PSPA(Opersai) supaya mencapai objektif sesebuah organisasi.
Adalah menjadi harapan agar buku panduan ini dapat membantu pelaksanaan PSPA(Operasi) dalam memenuhi keperluan pengurusan aset kerajaan pada masa ini dan akan datang.
Ir. HJ MOHD SABRI BIN MAT DERIS Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara Tarikh :
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
1.0 DEFINISI
Agreed Service Level
(ASL)
: Tahap Perkhidmatan Yang Dipersetujui bagi
sesuatu aset / fasiliti.
Key Performance
Indicator (KPI)
: Petunjuk Prestasi Utama dalam sesuatu proses
berdasarkan penanda aras perkhidmatan yang
ditentukan bagi mencapai objektif yang
disasarkan.
Kos Modal Aset : Jumlah kos asal ketika pewujudan aset yang
merangkumi kos perolehan tanah atau / dan kos
pembinaan pada sesuatu premis.
Kos Operasi Aset : Jumlah kos operasi dan penyenggaraan sesuatu
aset yang melibatkan kos pengurusan, kos utiliti,
kos buruh, kos alat ganti dan lain-lain kos
termasuk kos bagi aktiviti pemulihan / ubah suai /
naik taraf yang berkaitan bagi sesuatu premis.
Nilaian Aset : Harga keseluruhan sesuatu aset mengikut
pasaran semasa sebagaimana yang ditetapkan
dalam amalan perkhidmatan harta yang
merangkumi nilai tanah dan binaan bagi sesuatu
premis.
Pelan Strategi
Pengurusan Aset
(PSPA) (Operasi)
: Dokumen penyataan yang menjelaskan objektif,
polisi dan strategi setiap Kementerian / Jabatan
dalam pelaksanaan PATA yang meliputi aktiviti
fasa penggunaan sehingga fasa pelupusan.
Perancangan
Strategik
: Proses merancang hala tuju dan tindakan dalam
PATA sesebuah agensi Kerajaan untuk
mencapai objektif organisasi yang melibatkan
tempoh masa antara tiga hingga lima tahun.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
Tadbir Urus : Kaedah mentadbir dan mengawal selia
pelaksanaan amalan, proses kerja dan objektif
yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan
Aset Tak Alih (TPATA).
2.0 SINGKATAN DAN PENERANGAN RINGKAS
SINGKATAN
KETERANGAN RINGKAS
ABM-PATA - Anggaran Belanja Mengurus Pengurusan
Aset Tak Alih.
AP - Arahan Perbendaharaan.
ASL - Agreed Service Level
DPA - Daftar Premis Aset
KPI - Key Performance Indicator
MKSP - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
MPAM - Manual Pengurusan Aset Menyeluruh
PATA - Pengurusan Aset Tak Alih
PIF (Jab./Agensi) - Pegawai Inspektorat Fasiliti peringkat
Jabatan/Agensi
PIF (Kem.) - Pegawai Inspektorat Fasiliti peringkat
Kementerian
PLA - Pelan Pelupusan Aset
PPD (Jab./Agensi) - Pegawai Penyedia Dokumen peringkat
Jabatan/Agensi
PPD (Kem.) - Pegawai Penyedia Dokumen peringkat
Kementerian
PNPA - Pelan Penyediaan Keadaan/ Prestasi Aset
POPA - Pelan Operasi & Penyenggaraan Aset
PPUN - Pelan Pemulihan/ Ubah Suai/ Naik Taraf
Aset
PSPA (Operasi) - Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
PSPA (Operasi) Awalan - Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
yang hanya mengandungi maklumat tentang
Visi, Misi & Objektif PATA Kementerian.
PTF (Daerah) - Pegawai Teknikal Fasiliti peringkat Daerah
PTF (Jab./Agensi) - Pegawai Teknikal Fasiliti peringkat
Jabatan/Agensi
PTF (Kem.) - Pegawai Teknikal Fasiliti peringkat
Kementerian
PTF (Neg.) - Pegawai Teknikal Fasiliti peringkat Negeri
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
SINGKATAN
KETERANGAN RINGKAS
PTRA - Pelan Penerimaan Aset
PUN - Pemulihan / Ubahsuai / Naik Taraf
SKATA - Sistem Kod Aset Tak Alih
SPK - Sistem Pengurusan Kualiti
TPATA - Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih
TTK - Tempoh Tanggungan Kecacatan
UPF - Unit Pengurusan Fasiliti
3.0 TUJUAN
Membantu kementerian/jabatan membangun dan menyediakan PSPA
(Operasi) secara komprehensif merangkumi perancangan strategik di Fasa
Utama Penggunaan Aset dan Pelupusan Aset.
4.0 LATAR BELAKANG
4.1 PSPA (Operasi) merupakan dokumen penyataan polisi dan strategi
kementerian/jabatan yang perlu dibangunkan mengikut Tatacara Pengurusan
Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan dalam Bab B.
4.2 PSPA (Operasi) merangkumi perancangan strategik dalam memastikan
keberkesanan tadbir urus yang efisien bagi fasa-fasa berikut :-
i. Penerimaan
ii. Operasi dan Penyenggaraan
iii. Penilaian Keadaan/Prestasi
iv. Pemulihan/Ubahsuai/Naik Taraf
v. Pelupusan.
4.3 Objektif PSPA (Operasi) adalah :-
i. Menyediakan perancangan strategik di peringkat penggunaan dan
pelupusan aset supaya mencapai objektif organisasi.
Fasa Utama Penggunaan Aset
Fasa Utama Pelupusan Aset
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
ii. Memastikan keberkesanan tadbir urus dalam pelaksanaan aktiviti
PSPA (Operasi) mencapai objektif yang ditetapkan; dan
iii. Memastikan PATA dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan
berkesan.
5.0 OBJEKTIF
Menyediakan panduan kepada Kementerian/Jabatan dalam membangunkan
PSPA (Operasi) masing-masing bertepatan dengan TPATA.
6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PENYEDIAAN PSPA
(OPERASI)
6.1 Pegawai Pengawal
i) Mengarahkan PTF (Kem.) menyediakan PSPA (Operasi)
Kementerian;
ii) Menyemak PSPA (Operasi) Awalan yang disediakan PTF
(Kem.);
iii) Meluluskan PSPA (Operasi) Awalan yang disediakan PTF
(Kem.);
iv) Menyemak PSPA (Operasi) Kementerian yang disediakan PTF
(Kem.);
v) Meluluskan PSPA (Operasi) Kementerian yang disediakan PTF
(Kem.).
6.2 Ketua Pengarah Jabatan/Agensi
i) Menyemak PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang disediakan
PTF (Jab./Agensi);
ii) Meluluskan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang disediakan
PTF (Jab./Agensi);
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
iii) Mengarahkan PTF (Jab./Agensi) untuk mengedarkan PSPA
(Operasi) Jabatan/Agensi yang telah diluluskan kepada PTF
(Neg./Daerah).
6.3 PTF (Kem.)
i) Menyediakan PSPA (Operasi) Awalan;
ii) Mengemukakan PSPA (Operasi) Awalan kepada Pegawai
Pengawal untuk kelulusan;
iii) Mengedarkan PSPA (Operasi) Awalan kepada Ketua Pengarah
Jabatan/Agensi;
iv) Mengendalikan mesyuarat koordinasi bersama PTF
(Jab./Agensi) yang di bawah Kementerian bagi tujuan
penyediaan PSPA (Operasi) Kementerian dan PSPA (Operasi)
Jabatan/Agensi;
v) Membentangkan Visi, Misi dan Objektif PATA peringkat
Kementerian di dalam mesyuarat koordinasi bersama PTF
(Jab./Agensi);
vi) Mengarahkan PTF (Jab./Agensi) untuk menyediakan PSPA
(Operasi) Jabatan/Agensi berdasarkan PSPA (Operasi) Awalan;
vii) Mengarahkan PIF (Kem.) untuk memberikan input bagi
penyediaan PSPA (Operasi) Kementerian;
viii) Mendapatkan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan/Agensi dari PTF
(Jab./Agensi) bagi tujuan penyediaan PSPA (Operasi)
Kementerian;
ix) Menyediakan PSPA (Operasi) Kementerian berdasarkan semua
PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi di bawah Kementerian yang
telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan/Agensi berkaitan;
x) Mengemukakan PSPA (Operasi) Kementerian kepada Pegawai
Pengawal untuk kelulusan;
xi) Mengedarkan PSPA (Operasi) Kementerian kepada Ketua
Jabatan/Agensi.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
6.4 PTF (Jab./Agensi)
i) Menyediakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi;
ii) Menghadiri mesyuarat koordinasi yang dikendalikan PTF (Kem.)
bagi tujuan penyediaan PSPA (Operasi) Kementerian dan PSPA
(Operasi) Jabatan/Agensi;
iii) Mengarahkan PTF (Neg./Daerah) dan PIF (Jab./Agensi) untuk
memberikan input bagi penyediaan PSPA (Operasi)
Jabatan/Agensi;
iv) Mengendalikan mesyuarat koordinasi bersama PTF
(Neg./Daerah) yang di bawah Jabatan dan PIF
(Jabatan/Agensi);
v) Mengemukakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi kepada Ketua
Pengarah Jabatan/Agensi untuk semakan dan kelulusan;
vi) Mengemukakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan/Agensi kepada PTF
(Kem.) untuk tindakan PTF (Kem.) menyediakan PSPA
(Operasi) Kementerian;
vii) Mengedarkan PSPA (Operasi) Jabatan kepada PTF
(Neg./Daerah).
6.5 PTF (Neg./Daerah)
i) Memberikan input kepada PTF (Jab.Agensi) untuk tujuan
penyediakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi;
ii) Menghadiri mesyuarat koordinasi yang dikendalikan PTF
(Jab./Agensi) bagi tujuan penyediaan PSPA (Operasi)
Jabatan/Agensi.
6.5 PIF (Kem./Jab./Agensi)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
i) Memberikan input kepada PTF (Kem./Jab.Agensi) untuk tujuan
penyediakan PSPA (Operasi) Kementerian/Jabatan/Agensi.
6.6 PPD (Kem.)
i) Membantu PTF (Kem.) menyediakan PSPA (Operasi)
Kementerian.
6.6 PPD (Jab./Agensi.)
i) Membantu PTF (Jab.Agensi) menyediakan PSPA (Operasi)
Jabatan.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
7.0 PROSEDUR PENYEDIAAN PSPA (OPERASI)
7.1 Carta Aliran Prosedur Penyediaan PSPA (Operasi)
8.0 FASA PENYEDIAAN PSPA (OPERASI)
8.1 Carta Aliran Fasa Penyediaan PSPA (Operasi)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
1
2
3
M
T
Dokumen PSPA (Operasi) Awalan
Dokumen PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi
Dokumen PSPA (Operasi) Kementerian
M
T
= Mula
= Tamat
Fasa:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
8.2 FASA 1: DOKUMEN PSPA (OPERASI) AWALAN
8.2.1 Sebelum menyediakan PSPA (Operasi) Kementerian dan PSPA
(Operasi) Jabatan/Agensi, PTF (Kem.) perlu menyediakan PSPA
(Operasi) Awalan yang mengandungi maklumat berikut:
i. Tempoh pelaksanaan pelan;
ii. Visi PATA peringkat Kementerian;
iii. Misi PATA peringkat Kementerian; dan
iv. Objektif PATA peringkat Kementerian.
8.2.2 PSPA (Operasi) Awalan perlu diluluskan oleh Pegawai Pengawal.
8.2.3 PTF (Kem.) perlu mengedarkan PSPA (Operasi) Awalan kepada
semua Ketua Pengarah Jabatan/Agensi di bawah kawalan
Kementeriannya.
8.2.4 PSPA (Operasi) Awalan perlu dijadikan rujukan oleh PTF
(Jab./Agensi) untuk menyediakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi.
8.3 FASA 2: DOKUMEN PSPA (OPERASI) JABATAN/AGENSI
8.3.1 PTF (Jab./Agensi) perlu menyediakan PSPA (Operasi)
Jabatan/Agensi atas arahan PTF (Kem.).
8.3.2 Untuk menyediakan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi, PTF
(Jab./Agensi) perlu merujuk kepada PSPA (Operasi) Awalan
sebagai panduan.
8.3.3 PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi, perlu disemak dan diluluskan oleh
Ketua Pengarah Jabatan/Agensi.
8.3.4 PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi, yang telah disemak dan diluluskan
oleh Ketua Pengarah Jabatan/Agensi perlu dikemukakan kepada
PTF (Kem.) untuk tindakan PTF (Kem.) menyediakan PSPA
(Operasi) Kementerian.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
8.3.5 PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang telah disemak dan diluluskan
oleh Ketua Pengarah Jabatan/Agensi perlu dijadikan rujukan oleh
Jabatan, Agensi, Negeri dan Daerah dalam melaksanakan PATA
masing-masing.
8.4 FASA 3: DOKUMEN PSPA (OPERASI) KEMENTERIAN
8.4.1 PTF (Kem.) perlu menyediakan PSPA (Operasi) Kementerian atas
arahan Pegawai Pengawal.
8.4.2 Untuk menyediakan PSPA (Operasi) Kementerian, PTF (Kem.)
perlu merujuk kepada semua PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi yang
berada di bawah Kementeriannya.
8.4.3 PSPA (Operasi) Kementerian yang telah diluluskan oleh pegawai
Pengawal perlu dijadikan rujukan oleh Kementerian, Jabatan dan
Agensi dalam melaksanakan PATA masing-masing.
9.0 LANGKAH PENGISIAN MAKLUMAT PSPA (OPERASI) – JKR.PATA-1
9.1 Carta Aliran Langkah Pengisian Maklumat PSPA (OPERASI)
(JKR.PATA-1)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
M
T
Lengkapkan maklumat Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan
tahun pelaksanaan PSPA (Operasi)
Sediakan Pendahuluan
Sediakan Visi PATA
Sediakan Misi PATA
Tentukan Objektif PATA
Senaraikan Skop Kategori dan Fungsi Aset
Tentukan Penetapan Polisi Operasi Dan Penyenggaraan Serta
Output
Tentukan Strategi Pelaksanaan
Laksanakan Kajian Semula Pengurusan
Penyediaan Takwim dan KPI Tadbir Urus TPATA
Penutup
Lampiran
M
T
= Mula
= Tamat
Langkah:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
9.2 LANGKAH 1: Lengkapkan maklumat muka hadapan PSPA
(Operasi)
9.2.1 PTF (Kementerian/ Jabatan/ Agensi) perlu melengkapkan
maklumat berkenaan Kementerian/ Jabatan/ Agensi dan
tahun pelaksanaan sebagaimana format muka hadapan
JKR.PATA-1.
9.2.2 Tempoh pelaksanaan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi
hendaklah sama dengan tempoh pelaksanaan yang
ditetapkan di dalam PSPA (Operasi) Awalan.
9.2.3 Ruangan “Kementerian” perlu disi bagi kedua-dua PSPA
(Operasi) Kementerian dan PSPA (Operasi) Jabatan/Agensi.
9.2.4 Ruangan “Jabatan/Agensi” hanya perlu diisi bagi PSPA
(Operasi) Jabatan/Agensi.
(Sila rujuk Panduan 1 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.3 LANGKAH 2: Sediakan PENDAHULUAN (JKR.PATA-1:
Kandungan 1.0)
9.3.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menjelaskan
secara umum fungsi dan organisasi Kementerian/ Jabatan/
Agensi mengandungi perkara-perkara berikut:-
i. Nama Kementerian/ Jabatan/ Agensi
ii. Dasar Perkhidmatan Kementerian/ Jabatan/ Agensi
iii. Fungsi/ Teras Perkhidmatan Kementerian/ Jabatan/
Agensi
iv. Carta Organisasi yang menunjukkan struktur PATA
dalam organisasi
v. Ringkasan halatuju Kementerian/ Jabatan/ Agensi
(Sila rujuk Panduan 2 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
9.4 LANGKAH 3: Nyatakan VISI PENGURUSAN ASET TAK ALIH
(JKR.PATA-1: Kandungan 2.0)
9.4.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyatakan Visi
PATA peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-
masing.
9.4.2 PTF Jabatan/Agensi perlu menetapkan Visi PATA
Jabatan/Agensi masing-masing selaras dengan Visi PATA
Kementerian yang dinyatakan di dalam PSPA (Operasi)
Awalan.
9.4.3 Visi PATA merangkumi hala tuju, fokus, teknologi yang
digunakan, potensi modal insan dan sebagainya dalam
menguruskan aset.
(Sila rujuk Panduan 3 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.5 LANGKAH 4: Nyatakan MISI PENGURUSAN ASET TAK ALIH
(JKR.PATA-1: Kandungan 3.0)
9.5.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyatakan Misi
PATA peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-
masing.
9.5.2 PTF Jabatan/Agensi perlu menetapkan Misi PATA
Jabatan/Agensi masing-masing selaras dengan Misi PATA
Kementerian yang dinyatakan di dalam PSPA (Operasi)
Awalan.
9.5.3 Misi PATA merupakan tindakan-tindakan strategik untuk
mencapai Visi PATA Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-
masing.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
(Sila rujuk Panduan 4 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.6 LANGKAH 5: Nyatakan OBJEKTIF PENGURUSAN ASET TAK
ALIH (JKR.PATA-1: Kandungan 4.0)
9.6.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyatakan
Objektif PATA peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi
masing-masing.
9.5.2 PTF Jabatan/Agensi perlu menyatakan Objektif PATA
Jabatan/Agensi masing-masing selaras dengan Objektif
PATA Kementerian yang dinyatakan di dalam PSPA
(Operasi) Awalan.
9.5.3 Objektif PATA dapat memastikan aset Kementerian/
Jabatan/ Agensi mencapai sasaran prestasi yang telah
ditetapkan.
(Sila rujuk Panduan 5 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.7 LANGKAH 6: Senaraikan SKOP KATEGORI DAN FUNGSI ASET
(JKR.PATA-1: Kandungan 5.0)
9.7.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyenaraikan
semua aset tak alih yang dimiliki Kementerian/ Jabatan/
Agensi masing-masing berdasarkan kategori dan fungsi aset.
9.7.2 Kategori aset antaranya adalah seperti berikut:
i. Bangunan;
ii. Jalan;
iii. Terowong;
iv. Jambatan;
v. Jeti;
vi. Lapangan terbang;
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
vii. Tanah;
viii. Pembetungan;
ix. Saliran; dan
x. Lain-lain.
9.7.3 Fungsi Aset adalah merujuk kepada fungsinya sebagai:
i. Pejabat/ Ruang Kerja;
ii. Perumahan/ Penginapan;
iii. Fasiliti/ Infrastruktur Awam; dan
iv. Lain-lain.
9.7.4 Bilangan DPA perlu dinyatakan bagi setiap Kategori Aset dan
Fungsi Aset.
(Sila rujuk Panduan 6 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.8 LANGKAH 7: PENETAPAN POLISI PENGURUSAN ASET
(OPERASI) SERTA OUTPUT (JKR.PATA-1: Kandungan 6.0)
9.8.1 PTF Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyatakan Polisi
dan Output untuk setiap Aktiviti Pengurusan Aset yang
dilakukan.
9.8.2 Aktiviti Pengurusan Aset adalah terdiri daripada:
i. Penerimaan dan Pendaftaran Aset;
ii. Operasi dan Penyenggaraan Aset;
iii. Penilaian Keadaan/ Prestasi Aset;
iv. Pemulihan/ Ubahsuai/ naik taraf Aset;
v. Pelupusan Aset; dan
vi. Hapus Kira Aset.
9.8.3 Pernyataan Polisi perlu melibatkan elemen ASL dan KPI
seperti:
i. Tempoh masa;
ii. Mekanisme pelaksanaan;
iii. Perbelanjaan peruntukan;
iv. Pencapaian pelaksanaan;
v. Fungsi aset;
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
vi. Keperluan perundangan;
vii. Usia, keadaan dan jangka hayat aset;
viii. Kemampuan mencapai matlamat dengan adanya
sumber yang dirancang;
ix. Persetujuan dari pengguna aset.
9.8.4 Output adalah merujuk kepada hasil fizikal yang diperolehi
dari setiap Aktiviti Pengurusan Aset.
(Sila rujuk Panduan 7 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9 LANGKAH 8: Tentukan STRATEGI PELAKSANAAN
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.0)
9.9.1 Strategi pelaksanaan pengurusan aset mengandungi perkara
berikut:
i. Struktur tadbir urus organisasi.
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.1)
ii. Sistem, prosedur, piawaian dan teknologi.
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.2)
iii. Kaedah pelaksanaan (dalaman atau luaran)
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.3)
iv. Penyediaan Pelan Perancangan dan Bajet Pengurusan
Aset (Operasi).
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.4)
v. Penyediaan keperluan sumber.
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.5)
vi. Pemantauan Pelaksanaan dan Pengukuran Output.
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.6)
9.9.2 Struktur tadbir urus organisasi (JKR.PATA-1: Kandungan 7.1):
i. Struktur tadbir urus organisasi adalah merujuk kepada
struktur organisasi Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di
peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi dalam PATA.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
ii. Model umum struktur tadbir urus organisasi PATA adalah
berasaskan kepada Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun
2012: mukasurat 11.
(Sila rujuk Panduan 8 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9.3 Sistem, Prosedur, Piawaian Dan Teknologi (JKR.PATA-1:
Kandungan 7.2)
Setiap Kementerian/ Jabatan/ Agensi perlu menyenaraikan
semua sistem, prosedur, piawaian dan teknologi yang
digunakan dalam setiap Aktiviti Pengurusan Aset yang
berkaitan.
(Sila rujuk Panduan 9 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9.4 Kaedah Pelaksanaan (Dalaman Atau Luaran) (JKR.PATA-1:
Kandungan 7.3)
i. PTF Kementerian perlu menyatakan Pernyataan Polisi
Kaedah Pelaksanaan PATA untuk Kementerian dan
setiap Jabatan/Agensi di bawahnya.
ii. PTF Jabatan/Agensi perlu menyatakan Pernyataan Polisi
Kaedah Pelaksanaan PATA untuk Jabatan/Agensi
masing-masing.
iii. Kaedah pelaksanaan bermaksud sama ada PATA perlu
dilaksanakan secara dalaman atau secara luaran.
iv. Kaedah pelaksanaan di Kementerian/Jabatan/Agensi
ditentukan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi itu sendiri
berdasarkan:
- Fungsi dan kompleksiti aset; - Keperluan perundangan dan dasar semasa;
Kerajaan/Kementerian/Jabatan/Agensi;. - Kemampuan sumber; - Pemindahan teknologi; - Dan lain-lain.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
(Sila rujuk Panduan 10 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9.5 Penyediaan Pelan Perancangan Dan Bajet Pengurusan Aset
(Operasi) (JKR.PATA-1: Kandungan 7.4)
i. Pelan Perancangan Dan Bajet Pengurusan Aset
(Operasi) hendaklah disediakan untuk setiap premis dan
mengandungi setiap Aktiviti Pengurusan Aset yang akan
dilaksanakan di premis tersebut.
ii. Pelan Perancangan Dan Bajet Pengurusan Aset
(Operasi) terdiri daripada:
- Ringkasan Maklumat Pelan Pengurusan Aset (PPA)
(Operasi) Perancangan. (JKR.PATA-2B); dan
- Ringkasan Maklumat Pelan Pengurusan Aset (PPA)
(Operasi) Tahunan. (JKR.PATA-2D).
iii. Ringkasan Maklumat Pelan Pengurusan Aset (PPA)
(Operasi) Perancangan (JKR.PATA-2B):
- Hanya diwajibkan jika terdapat aset/premis yang akan
diwujudkan atau sedang dalam
pembangunan/pembinaan.
- Terhasil daripada penjumlahan maklumat Pelan
Pengurusan Aset (PPA) (Operasi) Perancangan
(JKR.PATA-2A) berdasarkan pengiraan kos kitaran
hayat sesuatu aset/premis.
iv. Ringkasan Maklumat Pelan Pengurusan Aset (PPA)
(Operasi) Tahunan (JKR.PATA-2D):
- Diwajibkan kepada semua premis sedia ada.
- Terhasil daripada penjumlahan maklumat Pelan
Pengurusan Aset (PPA) (Operasi) Tahunan
(JKR.PATA-2C).
(Sila rujuk Panduan 11 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9.6 Penyediaan Keperluan Sumber (JKR.PATA-1: Kandungan
7.5)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
i. Penyediaan Keperluan Sumber yang mencukupi dalam
merancang PATA perlu dinyatakan.
ii. Penyediaan Keperluan Sumber hendaklah merangkumi
keperluan di setiap Aktiviti Pengurusan Aset yang akan
dilaksanakan di premis tersebut.
iii. Maklumat Keperluan Sumber adalah sebagaimana yang
dinyatakan di dalam Pelan Perancangan Dan Bajet
Pengurusan Aset (Operasi).
(Sila rujuk Panduan 11 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.9.7 Pemantauan Pelaksanaan Dan Pengukuran Output
(JKR.PATA-1: Kandungan 7.6)
i. Mekanisme pemantauan, penyeliaan dan pengauditan
pelaksanaan aktiviti Pelan Perancangan dan Bajet
Pengurusan Aset (Operasi) perlu dinyatakan untuk
mencapai output yang ditetapkan.
ii. Kementerian/ Jabatan/ Agensi hendaklah mengukur dan
melapor pencapaian output setiap aktiviti yang
ditetapkan dalam TPATA.
iii. Laporan tadbir urus TPATA antara lain adalah:
- Laporan Kesediaan Sumber Pengurusan Aset Tak Alih
(JKR.PATA-3A);
- Laporan Kemajuan Aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih
(JKR.PATA-3B);
- Laporan Kedudukan Kos Pengurusan Aset Tak Alih
(JKR.PATA-3C);
- Laporan Status Penarafan Prestasi Aset Tak Alih
(JKR.PATA-3D); dan
- Laporan Pencapaian Keberkesanan PSPA (Operasi)
(JKR.PATA-3E)
Penyediaan Keperluan Sumber hendaklah merangkumi
keperluan di setiap Aktiviti Pengurusan Aset yang akan
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
(Sila rujuk Panduan 12 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.10 LANGKAH 9: Jalankan KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
(JKR.PATA-1: Kandungan 8.0)
9.10.1 PTF hendaklah menjalankan kajian semula pengurusan bagi
menilai keberkesanan dan penambahbaikan melalui
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Aset Tak Alih di
peringkat Kementerian / Jabatan.
9.10.2 Elemen-elemen yang boleh dimasukkan dalam Kajian
Semula antaranya adalah:
i. Pelan Perancangan dan Bajet Pengurusan Aset
(Operasi);
ii. Penyediaan Keperluan Sumber;
iii. Polisi PATA;
iv. Objektif PATA dan sebagainya.
9.10.3 Hasil kajian/ cadangan penambahbaikan yang dicapai perlu
dikemaskini ke dalam PSPA (Operasi) untuk pelaksanaan
pada masa akan datang.
(Sila rujuk Panduan 13 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.11 LANGKAH 10: TAKWIM DAN KPI TADBIR URUS TPATA
(JKR.PATA-1: Kandungan 9.0)
9.11.1 Pelaksanaan TPATA hendaklah mematuhi takwim dan KPI
yang tepah ditetapkan.
9.11.2 Lampirkan Takwim Dan KPI Tadbir Urus Kementerian/
jabatan sebagai LAMPIRAN A (LAMPIRAN 2).
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
(Sila rujuk Panduan 14 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.12 LANGKAH 11: Sediakan PENUTUP (JKR.PATA-1: Kandungan
10.0)
9.12.1 Penutup adalah merupakan kesimpulan/ ringkasan/ harapan
terhadap pelan yang telah dinyatakan dalam PSPA
(Operasi).
(Sila rujuk Panduan 15 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
9.13 LANGKAH 12: Sertakan LAMPIRAN (JKR.PATA-1:
Kandungan 11.0)
9.13.1 PTF perlu melampirkan sebarang dokumen berkaitan yang
menyokong kandungan PSPA (Operasi).
(Sila rujuk Panduan 16 di LAMPIRAN 3: Panduan Pengguna PSPA
(Operasi) untuk contoh pengisian maklumat)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
LAMPIRAN 3
PANDUAN PENGGUNA
PSPA (OPERASI)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 1: MAKLUMAT KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI DAN
TAHUN PELAKSANAAN PSPA (OPERASI)
Contoh maklumat agensi dan tahun pelaksanaan PSPA (Operasi) Kementerian:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
Contoh maklumat agensi dan tahun pelaksanaan PSPA (Operasi) Jabatan:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 2: PENDAHULUAN
Contoh Pendahuluan bagi Kementerian Kerja Raya:
PERKARA KETERANGAN
Nama Kementerian Kementerian Kerja Raya
Dasar Perkhidmatan
Kementerian
Ke arah kecemerlangan pembangunan dan
penyelenggaraan jalan persekutuan
Fungsi/ Teras
Perkhidmatan
Kementerian
Fungsi Kementerian Kerja Raya adalah:-
i. Merancang pembangunan rangkaian jalan
Persekutuan di seluruh negara;
ii. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek
jalan Persekutuan dan lain-lain projek di bawah
seliaan KKR
iii. Mengawal selia kerja penyenggaraan jalan
Persekutuan yang diswastakan dan Bangunan
Gunasama Persekutuan seluruh Negara (kecuali
Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia)
iv. Pembangunan usahawan Bumiputera di dalam
sektor pembinaan
v. Memantau pembinaan, operasi, pengendalian tol
dan penyenggaraan lebuh raya bertol
vi. Merancang dan menyelaras urusan sumber
manusia dan kewangan (mengurus dan
pembangunan) KKR dan JKR
vii. Memantau jabatan dan agensi di bawah
kawalannya
viii. Memantau pelaksanaan projek pembangunan
Kementerian Pelanggan yang dilaksanakan oleh
JKR
ix. Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada
CIDB di dalam pembangunan industri
pembinaan negara dan tenaga kerja mahir; dan
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PERKARA KETERANGAN
x. Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada
PSDC, LJM, LAM dan LJBM di dalam program
pembangunan tenaga kerja profesional bagi
pasaran dalam dan luar negara
Carta Organisasi yang
menunjukkan struktur
PATA dalam organisasi
Seperti Lampiran XXX
Ringkasan halatuju
Kementerian
Menjadi organisasi peneraju dalam pembangunan
infrastruktur dan memacu industri pembinaan negara yang
lebih kompetitif di pasaran global.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
Contoh Pendahuluan bagi Jabatan Kerja Raya:
PERKARA KETERANGAN
Nama Jabatan Jabatan Kerja Raya Malaysia
Dasar Perkhidmatan
Jabatan
Ke arah kecemerlangan pengurusan aset, pengurusan
projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur
negara
Fungsi/ Teras
Perkhidmatan Jabatan
Bertanggungjawab terhadap:-
i. Perancangan, reka bentuk dan pembinaan
projek infrastuktur seperti jalan, bangunan
kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan
produk kejuruteraan yang berkaitan;
ii. Penyenggaraan jalan dan bangunan kerajaan
yang tertentu; dan
iii. Khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di
peringkat persekutuan, negeri dan daerah.
Carta Organisasi yang
menunjukkan struktur
PATA dalam organisasi
Seperti Lampiran XXX
Ringkasan halatuju
Jabatan
Kami menyediakan dan menyenggara infrastruktur dan
kemudahan awam bagi memenuhi keperluan
pembangunan negara. Dalam menyediakan keperluan dia
atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan
perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam
perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan
dalam segala projek dan program dengan memberi
penekanan kepada:-
i. Jangkamasa secepat mungkin;
ii. Kos yang ekonomik; dan
iii. Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang
terbaik.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 3: VISI PENGURUSAN ASET TAK ALIH
Contoh Visi PATA bagi Kementerian Kerja Raya:
“Mengamalkan Pengurusan Aset Menyeluruh selari dengan pembangunan
infrastruktur kelas pertama yang dibangunkan.”
Contoh Visi PATA bagi Jabatan Kerja Raya:
“Mengamalkan Pengurusan Aset Menyeluruh berteraskan kreativiti dan
inovasi modal insan, serta teknologi terkini di samping menjadi pusat rujukan
PATA dan penyenggaraan aset kerajaan.”
PANDUAN 4: MISI PENGURUSAN ASET TAK ALIH
Contoh Misi PATA bagi Kementerian Kerja Raya:
Misi PATA Kementerian Kerja Raya ialah untuk mengamalkan pengurusan
aset menyeluruh dengan:-
i. Memastikan pematuhan kepada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan
(DPAK) dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM);
ii. Komited mencapai kecemerlangan dalam memberi khidmat sokongan
kepada penyenggaraan aset kerajaan untuk memenuhi kepuasan
pelanggan; dan
iii. Bertekad membangunkan kecemerlangan modal insan yang kompeten
dalam pengurusan aset kerajaan.
Contoh Misi PATA bagi Jabatan Kerja Raya:
Misi PATA Jabatan Kerja Raya ialah untuk mengamalkan pengurusan aset
menyeluruh dengan:-
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
i. Memastikan pematuhan kepada Dasar Pengurusan Aset Kerajaan
(DPAK) dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM);
ii. Komited mencapai kecemerlangan dalam memberi khidmat sokongan
kepada penyenggaraan aset kerajaan untuk memenuhi kepuasan
pelanggan; dan
iii. Bertekad membangunkan kecemerlangan modal insan yang kompeten
dalam pengurusan aset kerajaan.
PANDUAN 5: OBJEKTIF PENGURUSAN ASET TAK ALIH
Contoh Objektif PATA bagi Kementerian Kerja Raya:
UKURAN SASARAN
Status Pendaftaran Daftar Premis
Aset (DPA)
100% aset yang diterima didaftarkan dalam
mySPATA.
Status Pendaftaran Daftar Aset
Khusus (DAK)
100% aset diterima didaftarkan sehingga
tahap ruang dalam mySPATA.
Tahap Penyenggaraan Aset 15% mencapai penyenggaraan tahap 3.
65% mencapai penyenggaraan tahap 4.
20% mencapai penyenggaraan tahap 5.
Tahap Prestasi Aset 80% aset mencapai tahap 3 ke atas.
Tahap Fizikal Aset 80% aset mencapai tahap 3 ke atas.
Pencapaian Tahunan Kemajuan
PATA
100% program;
100% kewangan.
Kesediaan Sumber PATA 80% kompetensi staf tahap 3 ke atas.
100% ketersediaan rangkaian dan akses
mySPATA.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
UKURAN SASARAN
100% Ruang per staf.
Contoh Objektif PATA bagi Jabatan Kerja Raya:
UKURAN SASARAN
Status Pendaftaran Daftar Premis
Aset (DPA)
100% aset yang diterima didaftarkan dalam
mySPATA.
Status Pendaftaran Daftar Aset
Khusus (DAK)
100% aset diterima didaftarkan sehingga
tahap ruang dalam mySPATA.
Tahap Penyenggaraan Aset 15% mencapai penyenggaraan tahap 3.
65% mencapai penyenggaraan tahap 4.
20% mencapai penyenggaraan tahap 5.
Tahap Prestasi Aset 80% aset mencapai tahap 3 ke atas.
Tahap Fizikal Aset 80% aset mencapai tahap 3 ke atas.
Pencapaian Tahunan Kemajuan
PATA
100% program;
100% kewangan.
Kesediaan Sumber PATA 80% kompetensi staf tahap 3 ke atas.
100% ketersediaan rangkaian dan akses
mySPATA.
100% Ruang per staf.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 6: SKOP KATEGORI DAN FUNGSI ASET
Contoh senarai Kategori dan Fungsi Aset bagi Kementerian Kerja Raya:
NAMA
KEMENTERIAN/
JABATAN/
AGENSI
KATEGORI
ASET BIL. DPA FUNGSI ASET BIL. DPA
Kementerian
Kerja Raya
Bangunan 500
Pejabat/ Ruang Kerja 300
Perumahan/
Penginapan 90
Pejabat & Penginapan 10
Fasiliti/Infrastruktur
Awam 100
Lain-lain
(Nyatakan: .............. ) -
Jalan 700
Fasiliti/Infrastruktur
Awam 700
Lain-lain
(Nyatakan: .............. )
Contoh senarai Kategori dan Fungsi Aset bagi Jabatan Kerja Raya:
NAMA
KEMENTERIAN/
JABATAN/
AGENSI
KATEGORI
ASET BIL. DPA FUNGSI ASET BIL. DPA
Jabatan Kerja
Raya
Bangunan 150
Pejabat/ Ruang Kerja 110
Perumahan/
Penginapan 40
Fasiliti/Infrastruktur
Awam -
Lain-lain
(Nyatakan: .............. ) -
Jalan 10
Fasiliti/Infrastruktur
Awam 10
Lain-lain
(Nyatakan: .............. )
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 7: PENETAPAN POLISI PENGURUSAN ASET (OPERASI) DAN
SERTA OUTPUT
Contoh penetapan polisi Operasi dan Penyenggaraan Aset serta Output bagi
Kementerian Kerja Raya:
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET PERNYATAAN POLISI OUTPUT
Penerimaan dan
Pendaftaran Aset
1. Semua aset perlu didaftarkan
dalam tempoh dua minggu
selepas penerimaan aset.
2. Pendaftaran aset menggunakan
mySPATA.
3. Aset diterima mempunyai
ketidakpatuhan tidak melebihi 3
bilangan kecacatan.
1. Sijil Perakuan
Penerimaan Aset.
2. Laporan Penerimaan Aset.
3. Laporan Pendaftaran Premis
dan Maklumat Aset.
4. Laporan Daftar Aset Khusus.
5. Kad Pendaftaran Aset Tak
Alih
Operasi dan
Penyenggaraan Aset
1. Semua aktiviti Operasi dan
Penyenggaraan Aset perlu
mengikut POPA Kementerian
tahun semasa dengan varian
1%.
2. Semua aktiviti aktiviti Operasi
dan Penyenggaraan Aset perlu
mengikut bajet tahunan
semasa dengan varian 1%.
1. Daftar Aduan Pelanggan.
2. Ringkasan Laporan
Penyenggaraan dan
Perbelanjaan Aset Tak Alih.
Penilaian Keadaan /
Prestasi Aset
1. Semua aset perlu dinilai
keadaan 3 tahun sekali.
2. Semua aset perlu diberi
penarafan 5 tahun sekali
3. Kos pembaikan sesuatu
komponen aset yang melebihi
harga semasa aset perlu
disyorkan untuk perakuan
1. Laporan Penilaian Keadaan /
Prestasi Aset.
2. Perakuan Penarafan
Keadaan / Prestasi Aset.
3. Laporan Perakuan Penilaian
Keadaan / Prestasi Aset.
4. Keputusan Pelaksanaan
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET PERNYATAAN POLISI OUTPUT
pelupusan Penilaian Keadaan / Prestasi
Aset.
5. Perakuan untuk Pelupusan.
6. Laporan Penerimaan dan
Penarafan Aset Tak Alih.
Pemulihan/ Ubahsuai/
Naik Taraf Aset
1. Perolehan kerja bagi Pemulihan
/ Ubahsuai / Naik Taraf aset
mestilah mematuhi arahan-
arahan Perbendaharaan yang
berkuat kuasa.
1. Laporan Pemulihan/
Ubahsuai/ Naik Taraf Aset
Pelupusan Aset
1.Tempoh pelaksanaan pelupusan
perlu dilaksanakan seperti
berikut:
a) Roboh / musnah struktur
binaan, pindah milik /
pelepasan / penyerahan
balik / pajakan / tukar guna
hartanah kerajaan - dalam
tempoh dua (2) tahun dari
tarikh kelulusan.
b) Musnah / jualan / pindahan
/ hadiah/ tukar beli
komponen binaan - satu (1)
tahun dari tarikh kelulusan.
2. Prosedur Pelupusan mestilah
mematuhi Bab G TPATA dan
arahan Perbendaharaan yang
berkuatkuasa.
1. Penentusahan Pelupusan
Aset.
2. Laporan Pelupusan Aset.
Hapus Kira
1. Laporan kehilangan kepada
Polis dalam tempoh dua puluh
empat (24) jam dari waktu
kehilangan diketahui.
1. Sijil Hapus Kira Aset Tak Alih
Kerajaan
2. Laporan Kehilangan dan
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET PERNYATAAN POLISI OUTPUT
2. Jawatankuasa Penyiasat
hendaklah dilantik dalam
tempoh lima (5) hari bekerja
dari tarikh kehilangan.
Hapus Kira Aset.
Contoh penetapan polisi Operasi dan Penyenggaraan Aset serta Output bagi
Jabatan Kerja Raya:
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET
PERNYATAAN POLISI OUTPUT
Penerimaan dan
Pendaftaran Aset
1. Semua aset perlu didaftarkan
dalam tempoh dua minggu
selepas penerimaan aset.
2. Pendaftaran aset menggunakan
mySPATA.
3. Aset diterima mempunyai
ketidakpatuhan tidak melebihi 3
bilangan kecacatan.
1. Sijil Perakuan
Penerimaan Aset.
2. Laporan Penerimaan Aset.
3. Laporan Pendaftaran Premis
dan Maklumat Aset.
4. Laporan Daftar Aset Khusus.
5. Kad Pendaftaran Aset Tak
Alih
Operasi dan
Penyenggaraan Aset
1. Semua aktiviti Operasi dan
Penyenggaraan Aset perlu
mengikut POPA Jabatan tahun
semasa dengan varian 1%.
2. Semua aktiviti aktiviti Operasi
dan Penyenggaraan Aset perlu
mengikut bajet tahunan
semasa dengan varian 1%.
1. Daftar Aduan Pelanggan.
2. Ringkasan Laporan
Penyenggaraan dan
Perbelanjaan Aset Tak Alih.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET
PERNYATAAN POLISI OUTPUT
Penilaian Keadaan /
Prestasi Aset
1. Semua aset perlu dinilai
keadaan 3 tahun sekali.
2. Semua aset perlu diberi
penarafan 5 tahun sekali
3. Kos pembaikan sesuatu
komponen aset yang melebihi
harga semasa aset perlu
disyorkan untuk perakuan
pelupusan
1. Laporan Penilaian Keadaan /
Prestasi Aset.
2. Perakuan Penarafan
Keadaan / Prestasi Aset.
3. Laporan Perakuan Penilaian
Keadaan / Prestasi Aset.
4. Keputusan Pelaksanaan
Penilaian Keadaan / Prestasi
Aset.
5. Perakuan untuk Pelupusan.
6. Laporan Penerimaan dan
Penarafan Aset Tak Alih.
Pemulihan/ Ubahsuai/
Naik Taraf Aset
1. Perolehan kerja bagi Pemulihan
/ Ubahsuai / Naik Taraf aset
mestilah mematuhi arahan-
arahan Perbendaharaan yang
berkuat kuasa.
1. Laporan Pemulihan/
Ubahsuai/ Naik Taraf Aset
Pelupusan Aset
1.Tempoh pelaksanaan pelupusan
perlu dilaksanakan seperti
berikut:
c) Roboh / musnah struktur
binaan, pindah milik /
pelepasan / penyerahan
balik / pajakan / tukar guna
hartanah kerajaan - dalam
tempoh dua (2) tahun dari
tarikh kelulusan.
d) Musnah / jualan / pindahan
/ hadiah/ tukar beli
komponen binaan - satu (1)
tahun dari tarikh kelulusan.
1. Penentusahan Pelupusan
Aset.
2. Laporan Pelupusan Aset.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN
ASET
PERNYATAAN POLISI OUTPUT
2. Prosedur Pelupusan mestilah
mematuhi Bab G TPATA dan
arahan Perbendaharaan yang
berkuatkuasa.
Hapus Kira
1. Laporan kehilangan kepada
Polis dalam tempoh dua puluh
empat (24) jam dari waktu
kehilangan diketahui.
2. Jawatankuasa Penyiasat
hendaklah dilantik dalam
tempoh lima (5) hari bekerja
dari tarikh kehilangan.
3. Sijil Hapus Kira Aset Tak Alih
Kerajaan
4. Laporan Kehilangan dan
Hapus Kira Aset.
PANDUAN 8: STRUKTUR TADBIR URUS ORGANISASI
Contoh struktur tadbir urus organisasi PATA Kementerian Kerja Raya:
aaa
Contoh struktur tadbir urus organisasi PATA Jabatan Kerja Raya:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 9: SISTEM, PROSEDUR, PIAWAIAN DAN TEKNOLOGI
Contoh sistem, prosedur, piawaian dan teknologi yang digunakan dalam PATA di
Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN ASET
SISTEM, PROSEDUR, PIAWAIAN &
TEKNOLOGI
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu
Penerimaan dan Pendaftaran Aset 2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. Prosedur Pengujian &
Pentauliahan
Aset.
2. Prosedur Penerimaan dan
Pendaftaran Aset
Piawaian: 1. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA
2. SKATA
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu.
Operasi dan Penyenggaraan Aset 2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. Prosedur Penyenggaraan Aset
2. Prosedur Latihan Pengguna
3. Prosedur Keselamatan,
Kesihatan dan Alam Sekitar.
4. Prosedur Penjimatan Tenaga.
Prosedur Penggunaan Ruang.
5. Prosedur Pengurusan Majlis
Piawaian: 1. Spesifikasi-Spesifikasi Berkaitan.
2. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA,
2. CMMS.
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu.
Penilaian Keadaan / Prestasi Aset
2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. TPATA
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN ASET
SISTEM, PROSEDUR, PIAWAIAN &
TEKNOLOGI
2. Prosedur Pengujian.
3. Prosedur Permohonan untuk
Nasihat/ laporan Teknikal.
Piawaian: 1. Spesifikasi-Spesifikasi Berkaitan.
2. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA.
2. CMMS.
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu.
Pemulihan/ Ubahsuai/ Naik Taraf Aset 2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. TPATA
2. Prosedur Pengujian.
3. Prosedur Keselamatan,
Kesihatan dan Alam Sekitar.
Piawaian: 1. Spesifikasi-Spesifikasi Berkaitan.
2. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA.
2. CMMS.
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu.
Pelupusan Aset 2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. TPATA
2. Prosedur Keselamatan,
Kesihatan dan Alam Sekitar.
3. Prosedur Pelupusan Sisa
Buangan
Piawaian: 1. Spesifikasi-Spesifikasi Berkaitan.
2. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA.
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
AKTIVITI PENGURUSAN ASET
SISTEM, PROSEDUR, PIAWAIAN &
TEKNOLOGI
2. CMMS.
Sistem: 1. Sistem Pengurusan Bersepadu.
Hapus Kira 2. Sistem Pengurusan Kualiti.
Prosedur: 1. TPATA
2. Prosedur Permohonan untuk
Nasihat/ laporan Teknikal.
Piawaian: 1. Pekeliling-Pekeliang Am yang
berkaitan.
2. Key Performance Indicator (KPI)
Teknologi: 1. mySPATA.
2. CMMS.
PANDUAN 10: KAEDAH PELAKSANAAN (DALAMAN ATAU LUARAN)
Contoh kaedah Pelaksanaan aktiviti PATA bagi Kementerain Kerja Raya:
BIL.
AKTIVITI
KAEDAH PELAKSANAAN
1 Sebanyak 150 Aset Bangunan Pejabat Dalaman
2 Sebanyak 70 Aset Bangunan Pejabat Luaran
3 Sebanyak 60 Aset bangunan Perumahan Luaran
4 Sebanyak 200 Aset Jalan Luaran
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
Contoh Kaedah Pelaksanaan aktiviti PATA bagi Jabatan Kerja Raya:
BIL.
AKTIVITI
KAEDAH PELAKSANAAN
1 Sebanyak 60 Aset Bangunan Pejabat Dalaman
2 Sebanyak 50 Aset Bangunan Pejabat Luaran
3 Sebanyak 40 Aset bangunan Perumahan Luaran
4 Sebanyak 100 Aset Jalan Luaran
PANDUAN 11: PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN DAN BAJET
PENGURUSAN ASET (OPERASI)
(Rujuk cth shahrul) Borang 2B & 2D
PANDUAN 12: PEMANTAUAN PELAKSANAAN DAN PENGUKURAN
OUTPUT
Contoh Pemantauan Pelaksanaan Dan Pengukuran Output bagi Jabatan Kerja
Raya:
JKR akan memantau dan menyelia pelaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan
dalam pelan pelaksanaan agar mencapai output yang telah ditetapkan melalui
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) yang telah
ditubuhkan.
Pelaporan akan disedia dan dikemukan menggunakan laporan tadbir urus
TPATA berikut:
i) Laporan Kesediaan Sumber Pengurusan Aset Tak Alih (JKR.PATA-3A);
ii) Laporan Kemajuan Aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih (JKR.PATA-3B);
iii) Laporan Kedudukan Kos Pengurusan Aset Tak Alih (JKR.PATA-3C);
iv) Laporan Status Penarafan Prestasi Aset Tak Alih (JKR.PATA-3D); dan
v) Laporan Pencapaian Keberkesanan PSPA (Operasi) (JKR.PATA-3E)
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 13: KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
Contoh Kajian Semula Pengurusan bagi Jabatan Kerja Raya:
Kajian semula pengurusan bagi menilai keberkesanan dan penambahbaikan
akan diadakan melalui Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Aset Tak Alih
di peringkat Jabatan.
Agenda MKSP bagi PATA adalah seperti berikut:
(a) Laporan Pencapaian Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA);
(b) Analisis Perubahan DAsar dan Arahan Kerajaan;
(c) Analisis Laporan Audit dalaman dan Audit Luaran;
(d) Analisis maklumbalas pengguna;
(e) Analisis Penyenggaraan dan Perbelanjaan Aset Tak Alih;
(f) Analisis Pemeriksaan dan Penarafan Aset Tak Alih;
(g) Cadangan Penambahbaikan dan Inovasi;
(h) Kajian Semula PSPA (bila mana perlu atau sekurang-kurangnya
lima (5) tahun sekali; dan
(i) Hal-hal Lain.
PANDUAN 14: TAKWIM DAN KPI TADBIR URUS TPATA
Contoh Takwim Dan KPI Tadbir Urus TPATA
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Pelan Strategi Pengurusan Aset (Operasi)
16
PANDUAN 15: PENUTUP
Contoh Penutup bagi Jabatan Kerja Raya:
Pengurusan Atasan JKR mengharapkan agar setiap kakitangan dapat
mematuhi dan melaksanakan Polisi Pengurusan Aset Tak Alih JKR agar
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pihak Pengurusan berharap agar
aset-aset JKR dijaga dan diuruskan mengikut amalan yang terbaik bagi
memastikan setiap aset yang dimiliki mempunyai nilai pulangan yang
optimum.
PANDUAN 16: LAMPIRAN
Contoh Lampiran:
Lampiran 1 – Carta Organisasi yang menunjukkan struktur PATA dalam
organisasi.
Lampiran 2 – Model umum struktur tadbir urus organisasi PATA
(Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012: mukasurat 11)