Tatacara Pengurusan Harta Modal

15
TATACARA PENGURUSAN HARTA MODAL KERAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transcript of Tatacara Pengurusan Harta Modal

Page 1: Tatacara Pengurusan Harta Modal

TATACARA PENGURUSAN HARTA MODAL KERAJAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Tatacara Pengurusan Harta Modal

DEFINISI HARTA MODAL KERAJAAN

Barang-barang tak luak bernilai RM500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan tidak termasuk barang-barang perabot seperti langsir, permaidani dan lain-lain.

PP Bil.2/1991 (1 Mei 1991)

Page 3: Tatacara Pengurusan Harta Modal

KATEGORI & JENIS HARTA MODAL

KENDERAANBas, Lori, Van, Kereta, Landrover/Pacuan

4 Roda, Motosikal dll. LOJI

Loji pam air, loji hawa dingin, loji data komputer.

MESIN,PERALATAN, KELENGKAPANKomputer, mesin taip, mesin fotostat,

mesin faks, televisyen, kamera, peralatan suara dll.

Page 4: Tatacara Pengurusan Harta Modal

REKOD HARTA MODAL

Kesemua kategori dan penjenisan harta modal di bawah kawalan dan selenggaraan Bahagian/Jabatan atau agensi-agensi KPM perlu direkod dalam Kad Daftar Harta Modal (KEW. 312).

Butiran pada kad tersebut terbahagi kepada 2 bahagian:Bahagian ABahagian B

Page 5: Tatacara Pengurusan Harta Modal

KAD DAFTAR HARTA MODAL (KEW. 312)

BAHAGIAN AMerekod semua maklumat berhubung

dengan pembelian, penempatan, pemeriksaan dan pelupusan.

BAHAGIAN BMerekod semua penyenggaraan seperti

pembaikan dan pembelian segala alat ganti.

Page 6: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BAHAGIAN A)

BAHAGIAN AKategori dan Jenis:

Catatkan kategori dan jenis harta modal yang dimiliki.

Jenama dan model:Catatkan jenama dan model harta modal

tersebut.Cth: Perodua Kancil 850 EZi (A), Kamera

Canon 56s-6009 dll.

Page 7: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. A) (samb.)

Jenis dan No. Enjin:Sekiranya harta modal tersebut adalah

daripada kategori kenderaan.No. Casis/Siri Pembuat/ Pendaftaran:

No. Siri pendaftaran bagi kenderaan atau no. siri pembuat peralatan pejabat.

Kos dan Tarikh Dibeli/Diterima:Harga termasuk kos pengangkutan dan

insuran (jika ada) dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan.

Page 8: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. A) (samb.)

No. Pesanan Kerajaan (LO)Nombor pesanan kerajaan yang dikeluarkan

untuk pembelian harta modal tersebut.Jika cara perolehan melalui cara lain,

catatkan contohnya: sumbangan, hadiahPembekal

Nama syarikat atau badan-badan tertentu yang menjadi pembekal/penyumbang harta modal tersebut.

Page 9: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. A) (samb.)

No. Rujukan Fail Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod

pembelian harta modal tersebut. Aksesori

Senarai aksesori yang dilengkapkan bersama harta

modal tersebut. Tandatangan

Tandatangan pegawai yang mengesahkan butir-butir di atas serta tarikh semasa harta modal direkodkan ke dalam KEW 312.

Page 10: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. A) (samb.)

Penempatan Lokasi dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan penempatan perlu direkodkan dan

ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Pemeriksaan Harta Modal Ketua Jabatan mengatur pemeriksaan ke atas harta

modal tersebut.

Pelupusan Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah

mencatatkan tarikh, no. Fail dan tandatangan apabila sesuatu harta modal diluluskan untuk dilupuskan.

Page 11: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. B)

BAHAGIAN B Tarikh Servis/Pembaikan:

Catatkan tarikh penyelenggaraan yang telah dilakukan.

Butir-butir Servis/Pembaikan: Keterangan lanjut tentang apa yang

diperbaiki/diservis termasuk alat-alat ganti yang dibeli.

No. LO/ No. Inden Tempat Pembelian/Servis/Pembaikan:

Nama Syarikat di mana alat ganti dibeli atau pembaikan dibuat

Page 12: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 312 (BHG. B) (samb.)

KosKos alat ganti atau kos pembaikan.

(Jumlahkankos perbelanjaanagi setiap akhir tahun kewangan).

TandatanganPegawai yang bertanggungjawab hendaklah

menandatangani butir-butir penyenggaraan.

KEW 312 A Merupakan samb. Kepada KEW 312(Bhg. B).

Page 13: Tatacara Pengurusan Harta Modal

BUKU DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL (KEW. 315)

Pergerakan harta modal perlu direkod dalam buku daftar bagi memudahkan pengesanan harta tersebut berada dibawah seliaan sesiapa sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian dan sekiranya berlaku pemindahan harta melalui pinjaman atau penempatan sementara.

Page 14: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 315

Jenis Jenama dan Model No. Siri Pembuat No. Siri Pendaftaran Bil. Nama Peminjam

Nama peminjam harta modal berkenaan. Tarikh dikeluarkan

Tarikh harta modal dikeluarkan untuk pinjaman.

Page 15: Tatacara Pengurusan Harta Modal

CARA-CARA PENGISIAN KAD KEW. 315 (samb.)

Tarikh Jangka Dipulangkan Tarikh harta modal tersebut dijangka

dipulangkan. Tandatangan Peminjam

Peminjam hendaklah memeriksa harta modal yang ingin dipinjam dan menandatangani kad ini ketika mengambilnya.

Pegawai Pengeluar Tandatangani ketika harta modal tersebut

dikeluarkan dan dipulangkan serta dicatatkan tarikhnya.