TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling...

36
Mengamalkan Nilai Kita Keprihatinan • Kerja BerpasuKan GloBal • peninGKatan Berterusan TATAKELAKUAN Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi

Transcript of TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling...

Page 1: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

Mengamalkan Nilai KitaKeprihatinan • Kerja BerpasuKan GloBal • peninGKatan Berterusan

TATAKELAKUAN

Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi

Page 2: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …
Page 3: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

Selama lebih daripada 200 tahun, Syarikat Colgate-Palmolive telah menunjukkan secara konsisten, komitmen kepada nilai dan prinsip yang dipegang teguh melalui perniagaan yang dijalankan

dengan penuh integriti dan kejujuran, pada masa yang sama mengamalkan nilai kita dengan memimpin dengan rasa hormat.

Saya amat berbangga untuk mengiktiraf ulang tahun Tatakelakuan Syarikat kita yang ke-25. Semenjak pelancarannya pada 1987, Tatakelakuan kita telah memandu kita dengan satu rumpun prinsip yang mencerminkan nilai dan piawai Colgate yang telah wujud dan mentadbir urus kelakuan beretika kita. Untuk melangkah seiiring dengan perubahan di dalam dunia ini dan juga di pasaran kita, Tatakelakuan kerap dikaji semula, dikemas kini dan diterbitkan semula untuk memastikan ia relevan dan komprehensif. Perkara yang berlaku di dalam dunia perniagaan belum pernah menjadi lebih mencabar dan kompleks seperti ini dan ia memperkukuhkan perkara yang penting dalam menjalankan perniagaan dengan cara yang beretika, mematuhi undang-undang dan bertanggungjawab secara sosial. Sebagai sebuah syarikat yang benar-benar global yang beroperasi di banyak negara di serata dunia, kita semua hendaklah memastikan bahawa kelakuan dan keputusan kita dapat mencapai impian dan nilai kita seperti yang dinyatakan dalam Tatakelakuan kita.

Kita semua saban hari membuat keputusan yang mungkin mempunyai implikasi terhadap kewangan, manusia, komuniti atau etika. Sebagai seorang ahli keluarga Colgate, anda perlu membaca, memahami dan mematuhi sepenuhnya Tatakelakuan kita. Tatakelakuan menekankan tanggungjawab peribadi yang menghendaki kita semua untuk bertindak dengan penuh integriti dan mengekalkan piawai etika yang tertinggi.

Tetapi hanya mengetahui Tatakelakuan adalah tidak mencukupi. Sebagai warga Colgate, kita menggalakkan perangai yang beretika menerusi tindakan dan kata-kata kita. Kita bertanggungjawab ke atas tindakan kita dan keputusan kita, dan bersuara untuk mencabar kelakuan yang bertentangan dengan Tatakelakuan kita, dan juga dasar Colgate lain.

Reputasi Colgate diamanahkan kepada kita semua. Atas komitmen terus-menerus anda terhadap nilai bersama kita dan kepimpinan beretika, yang amat penting kepada kejayaan berterusan perniagaan kita, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Ian CookPengerusi, Presiden & CEO

PESANAN DARIPADA PENGERUSI, PRESIDEN & CEO KITA

Page 4: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

2 TATAKELAKUAN

LIvING OUR vALUESDengan mengamalkan nilai Colgate iaitu, Keprihatinan, Kerja Berpasukan Global dan Peningkatan Berterusan, kita mencipta budaya yang mana di dalamnya warga bertindak sebagai sebuah pasukan, bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Tiga nilai penting Colgate merupakan sebahagian daripada semua yang kita lakukan.

KEPRIhATINANSyarikat prihatin terhadap semua orang: pekerja, pelanggan, pemegang saham, pembekal dan rakan kongsi perniagaan Colgate. Colgate komited untuk bertindak dengan belas kasihan, integriti, jujur dan beretika tinggi dalam semua situasi, untuk mendengar dengan penuh hormat kepada orang lain dan untuk menghargai perbezaan. Syarikat juga komited untuk melindungi persekitaran global, untuk mempertingkatkan komuniti di mana pekerja Colgate tinggal dan bekerja, dan untuk mematuhi semua undang-undang dan pengawalaturan kerajaan.

KER jA BERPASUKAN GLOBALSemua pekerja Colgate adalah sebahagian daripada pasukan global, komited untuk bekerja bersama-sama di seluruh negara dan di serata dunia. Hanya dengan berkongsi idea, teknologi dan bakat Syarikat dapat mencapai dan mengekalkan pertumbuhan yang menguntungkan.

PENINGKATAN BERTERUSANPekerja Colgate komited untuk mencapai peningkatan yang lebih baik dalam apa jua yang dilakukan oleh mereka, sebagai individu dan sebagai pasukan. Dengan memahami secara lebih baik jangkaan pengguna dan pelanggan dan secara berterusan bekerja keras untuk memperbaharui dan memperbaiki produk, perkhidmatan dan proses, Colgate akan "menjadi yang terbaik."

Dalam pasaran yang semakin sengit persaingannya pada hari ini, nilai Colgate menjadi asas kepada kejayaan individu, pasukan dan syarikat. Hanya dengan menghormati orang lain dan mengamalkan nilai Colgate kita boleh mengharapkan untuk mencapai keputusan cemerlang yang luar biasa.

MENGAMALKAN NILAI KITA

Page 5: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 3

LEADING WITh RESPEC T"Memimpin dengan Rasa Hormat" ialah cara pekerja Colgate menempatkan Nilai Syarikat ke dalam tindakan.

Dengan Memimpin dengan Rasa Hormat, kita boleh mewujudkan persekitaran di mana pekerja berasa bebas untuk menawarkan cadangan, menyumbang idea dan menyumbang kepada organisasi.

Memimpin dengan Rasa Hormat mewujudkan rasa keprihatinan dan semangat berganding bahu antara satu sama lain dengan ikhlas untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Prinsip Memimpin dengan Rasa Hormat ialah:

BerkomunikasiMeluahkan idea dengan jelas dan ringkas; mendengarkan idea orang lain; mewujudkan persekitaran yang menimbulkan rasa selesa untuk meluahkan pandangan mereka; menggalakkan aliran maklumat yang kena pada masanya dan secara berterusan kepada dan daripada orang lain.

Memberi dan Meminta Maklum BalasMembangunkan semua warga Colgate dengan memberi dan meminta maklum balas yang membangun dan khusus; memberikan arah haluan dan membantu warga berada di atas landasan yang betul; memberi motivasi terhadap perubahan yang positif dan memberi ilham kepada kerja yang cemerlang.

Menghargai Sumbangan UnikMenghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kerja baik orang lain; menghormati keindividuan; melibatkan orang lain semasa membuat keputusan dan mewujudkan keutamaan. Menghargai orang lain kerana perbezaan individu mereka adalah penting untuk membina dan mengekalkan kejayaan dalam perniagaan sekarang dan pada masa depan.

Menggalakkan Kerja BerpasukanMewujudkan komitmen terhadap matlamat bersama; menyelesaikan konflik dengan cara yang positif.

Menunjukkan ContohMenunjukkan contoh yang positif untuk menjalankan perniagaan secara beretika, untuk menguruskan tekanan dan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyenangkan dan seimbang.

MEMIMPIN DENGAN RASA hORMAT

Page 6: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLGATE-PALMOLIVE TATAKELAKUAN

KANDUNGAN

Tentang Tatakelakuan ini. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5

hubungan Kita dengan Satu Sama Lain. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6

hubungan Kita dengan Syarikat. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 8

hubungan Kita dengan Lembaga Pengarah kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 14

hubungan Kita dengan Entiti Perniagaan Luar. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15

hubungan Kita dengan Pengguna. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 17

hubungan Kita dengan Kerajaan dan Undang-undang. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 19

hubungan Kita dengan Masyarakat. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 23

hubungan Kita dengan Persekitaran. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 25

hubungan Kita dengan Pemegang Saham. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 26

Tanggungjawab bagi Pematuhan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 27

Minta Panduan dan Laporkan Kekhuatiran. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 28

Indeks Isi Kandungan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 30

Soalan Lazim (FAQ). . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 31

Page 7: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 5

TENTANG TATAKELAKUAN INI

Tatakelakuan Colgate kita menjadi panduan untuk interaksi perniagaan harian kita, mencerminkan piawai kelakuan wajar dan nilai korporat kita. Ia jelas mengingatkan kita semua bahawa cara kita mencapai hasil perniagaan adalah sama pentingnya dengan mencapai hasil perniagaan. Tatakelakuan Colgate ini dikenakan kepada semua pekerja Colgate, termasuk pengarah, pegawai, dan semua pekerja Syarikat ini dan subsidiarinya di seluruh dunia. Penjual dan pembekal juga tertakluk kepada keperluan ini kerana pematuhan kepadanya merupakan syarat menjalankan perniagaan dengan Colgate.

Paling penting sekali, setiap pekerja bertanggungjawab untuk menunjukkan integriti dan kepimpinan dengan mematuhi peruntukan Tatakelakuan, Garis Panduan Amalan Perniagaan Global, dasar Syarikat dan semua undang-undang yang berkuat kuasa. Kita menunjukkan komitmen kita terhadap budaya yang menggalakkan piawai etika yang amat tinggi dengan memasukkan etika dan integriti sepenuhnya dalam hubungan perniagaan dan pembuatan keputusan.

Menggunakan pertimbangan yang baik dan meminta panduan apabila timbul persoalan merupakan cara paling mudah untuk memastikan pematuhan kepada Tatakelakuan ini. Kita semua bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan pematuhan kita kepada Tatakelakuan. Jika anda berasa ragu-ragu, sebelum mengambil tindakan tertentu, bertanyalah kepada diri anda soalan-soalan berikut:

• Adakah saya diberi kebenaran untuk melakukan ini?

• Adakah saya menunjukkan contoh?

• Adakah tindakan ini wajar dilakukan?

• Adakah tindakan sah dan selaras dengan Nilai, prinsip Memimpin dengan Rasa Hormat Colgate, Tatakelakuan, Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat dan dasar lain?

• Adakah saya akan berbangga melaporkan tindakan ini kepada orang yang saya hormati?

• Adakah tindakan ini mempertingkatkan lagi reputasi Colgate sebagai sebuah Syarikat yang beretika?

• Adakah saya menunjukkan piawai etika tertinggi?

Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini ialah TIDAK atau jika anda mempunyai soalan atau kekhuatiran tentang pentafsiran atau penerapan Tatakelakuan atau mana-mana piawai, dasar atau prosedur Colgate yang berkaitan, anda hendaklah membincangkan situasi tersebut dengan pengurus anda, Jabatan Sumber Manusia, Organisasi Undang-undang Global atau Jabatan Etika & Pematuhan Global.

Tindakan negatif tidak akan diambil terhadap sesiapa yang mengadu, melaporkan, menyertai atau membantu dalam penyiasatan pelanggaran yang disyaki terhadap Tatakelakuan, kecuali tuduhan yang dibuat atau maklumat yang diberikan ternyata sengaja dipalsukan. Hingga setakat yang boleh, Colgate akan menjaga kerahsiaan semua aduan.

Tatakelakuan disediakan dalam talian dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa setempat yang berbeza. Colgate menghendaki pekerja Colgate agar membaca, memahami dan mematuhi Tatakelakuan. Bagaimanapun, pematuhan bukan terjadi begitu sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada kita semua. Untuk memperkukuhkan komitmen ini, latihan dan perakuan Tatakelakuan ditawarkan kepada pekerja Colgate di seluruh dunia setiap tahun.

Page 8: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

6 TATAKELAKUAN

Cara kita melayani sesama sendiri hendaklah berasaskan rasa saling percaya mempercayai dan dedikasi. Kita bertanggungjawab untuk melayan satu sama lain secara berhemah dan bermaruah.

Kita berusaha untuK mewujudKan hubungan Kerja yang berjaya.

Di Colgate, kita berbangga dengan komitmen peribadi teguh pekerja kita dan pencapaian cemerlang hasil daripada komitmen tersebut. Namun komitmen pada tahap ini hanya boleh dicapai dalam suasana saling percaya mempercayai, komunikasi yang terbuka dan jujur dan hormat menghormati. Semua urusan anda dengan rakan sejawat, subordinat dan penyelia harus dijalankan sebagai satu perkongsian, yang mana komitmen terhadap kelakuan beretika yang tertinggi mengawal tingkah laku setiap individu.

Hubungan anda dengan orang yang bekerja bersama anda harus menjadi seperti anggota pasukan yang berjaya. Pekerja yang bertugas dengan harmoni dan memberi tumpuan pada objektif yang sama menjadi momentum pendorong perniagaan kita. Untuk memastikan agar hubungan pasukan yang dinamik ini berjaya, setiap individu harus memenuhi tanggungjawabnya dan berkeyakinan bahawa orang lain juga akan berbuat yang serupa. Ini bermakna memberi sokongan yang diperlukan kepada orang lain, di setiap peringkat, untuk menyiapkan kerja. Individu atau unit perniagaan tidak sepatutnya mengutamakan prioriti diri sendiri daripada prioriti Syarikat.

Hubungan anda dengan orang yang bekerja dengan anda atau di bawah penyeliaan anda harus menggalakkan etika dan pematuhan dengan menunjukkan contoh bekerja secara jujur, adil dan berintegriti. Sebagai ketua, anda bertanggungjawab menggariskan dengan jelas piawai prestasi dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kerja berpasukan.

Kita menggalaKKan KomuniKasi yang terbuKa dan jujur.

Galakkan fikiran yang kreatif dan inovatif dan jika anda seorang penyelia, layani subordinat sebagai individu, dengan memberi mereka kebebasan yang diperlukan untuk membuat kerja mereka. Beri cadangan untuk meningkatkan prestasi.

Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah sepasukan dengan satu tujuan iaitu mencapai matlamat yang ditetapkan bagi unit anda oleh Syarikat. Anda berdua saling bertanggungjawab untuk memastikan komunikasi di antara anda adalah terbuka dan jujur. Sentiasa ambil inisiatif ini. Cari pembaharuan dalam menyelesaikan masalah. Kerjasama dan daya kreatif anda adalah penting untuk mencapai matlamat unit anda dan Syarikat.

Kami menghargai peKerja Colgate sebagai sumber terpenting Kami.

Komitmen keprihatinan Colgate terhadap pekerja dapat dilihat melalui pelbagai program di tempat kerja yang bertujuan menggalakkan dan menghargai pencapaian individu dan pasukan. Anda digalakkan untuk mencapai setinggi-tinggi kemajuan dan membuat sumbangan bermakna terhadap kejayaan Syarikat. Akhirnya, yang membolehkan perniagaan kita mencapai kejayaan ialah usaha para pekerja kita yang berbakat dan mahir di seluruh dunia. Secara khusus, dalam perkara yang berkaitan dengan pekerjaan:

• Ia merupakan dasar, amalan dan impian Colgate untuk memberikan peluang pekerjaan kepada semua orang yang berkelayakan secara sama rata. Syarikat tidak akan mendiskriminasi mana-mana pekerja atau pemohon dalam pekerjaan disebabkan oleh bangsa, warna, agama, seks, identiti jantina, negara asal, keetnikan, umur, orientasi seks, ketidakupayaan, status perkahwinan, status veteran atau

hUB UNGAN KITA DENGANSATU SAMA LAIN

Page 9: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 7

sebarang sifat lain yang dilindungi oleh undang-undang dalam apa jua terma atau syarat pekerjaan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perekrutan, pengambilan bekerja, kenaikan pangkat, perpindahan, pemampasan, latihan, penurunan pangkat atau henti kerja sementara.

• Kita tidak menggunakan buruh kanak-kanak. Buruh kanak-kanak ditakrifkan sebagai mengambil bekerja mana-mana orang yang lebih muda daripada umur minimum yang dibenarkan oleh undang-undang dalam bidang kuasa berkenaan. Walau bagaimanapun, kita tidak sekali-kali akan mengambil bekerja secara sengaja orang yang lebih muda daripada enam belas (16) tahun.

• Kita mengekalkan persekitaran kerja yang merangkumi semua dan mencapai kecemerlangan dengan menarik perhatian dan mengekalkan pekerja dari pelbagai latar belakang dalam tenaga kerja kita.

• Kita memberi latihan, pendidikan dan peluang kenaikan pangkat yang membolehkan perkembangan dan kemajuan kerjaya kepada semua pekerja Colgate.

• Kita menjalankan penilaian prestasi yang memberikan maklum balas yang terus terang dan tepat. Proses ini menggalakkan ulasan dua hala dan perbincangan, dan kajian semula penilaian oleh pengurusan di peringkat lebih tinggi.

• Kita memberi ganjaran terhadap prestasi dan mengiktiraf serta memberi ganjaran ke atas sumbangan oleh individu dan pasukan yang melebihi tugas pekerjaan biasa mereka melalui program seperti Program Ganjaran Pengerusi You Can Make a Difference (Anda Mampu Mengubahnya).

• Kita melarang gangguan seksual atau sebarang gangguan jenis lain terhadap pekerja Colgate oleh sesiapa sahaja di tempat kerja atau semasa menjalankan perniagaan Syarikat.

• Kita berusaha untuk mengelakkan pilih kasih atau tanggapan pilih kasih di tempat kerja sejajar dengan dasar dan prosedur yang diguna pakai oleh Syarikat.

• Kita berusaha untuk menghapuskan bahaya yang berpotensi dan untuk mematuhi semua undang-undang dan piawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa.

• Kita membantu mengekalkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif bagi semua pekerja Colgate dan orang lain, melalui:

– melarang pemilikan, penggunaan, penjualan atau pemindahan dadah haram atau alatan dadah dalam kawasan atau waktu Syarikat;

– melarang menjalankan perniagaan Syarikat semasa di bawah pengaruh alkohol;

– melarang pemilikan atau penggunaan senjata/senjata api atau peluru di kawasan Syarikat atau semasa menjalankan perniagaan Colgate, tertakluk pada undang-undang tempatan. Pemilikan senjata boleh dibenarkan untuk kakitangan keselamatan jika pemilikan ini dipastikan perlu untuk menjaga keselamatan pekerja Syarikat;

– melarang sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai ganas, memberi ancaman, menjatuhkan maruah atau menakutkan, dan

– memerlukan untuk melaporkan dengan segera sebarang penyalahgunaan dadah atau alkohol atau pemilikan senjata kepada pengurusan.

Seorang daripada rakan sekerja saya menghantar e-mel jenaka yang tidak bersesuaian kepada saya dan beberapa orang rakan sekerja lain. Saya mendapatinya menyakitkan hati, tetapi tidak tahu sama ada saya patut mendekati rakan sekerja saya dengan kebimbangan saya.

Di Colgate-Palmolive, kita komited untuk mengekalkan persekitaran kerja yang profesional di mana semua pekerja Colgate dilayan dengan penuh hormat dan bermaruah. Justeru, kelakuan yang menyakitkan hati atau tidak bersesuaian tidak boleh diterima. Jika anda berasa tidak selesa untuk bercakap dengan rakan sekerja anda secara bersemuka, sila hubungi Pengurus anda, Sumber Manusia atau Etika dan Pematuhan Global untuk mendapatkan bantuan.

S:j:

Page 10: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

8 TATAKELAKUAN

Sebagai pekerja Colgate, kita berusaha untuk berpegang pada dasar Colgate sambil berikhtiar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi Syarikat. Kita menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kita dan bertindak dengan integriti dan kejujuran dalam segala situasi demi mengekalkan kepercayaan dan keyakinan itu. Kita mengelakkan daripada konflik kepentingan dan situasi-situasi lain yang mungkin memudaratkan Syarikat.

Kita mengelaKKan daripada KonfliK Kepentingan.

Pertimbangan anda adalah antara aset anda yang paling berharga. Anda harus mengelakkan sebarang aktiviti atau gabungan yang berkonflik atau kelihatan berkonflik dengan kebebasan anda membuat pertimbangan untuk kepentingan Syarikat. Konflik boleh timbul dalam berbagai-bagai situasi. Untuk merangkumi kesemuanya di sini adalah mustahil, dan untuk membezakan antara aktiviti yang wajar dan tidak wajar juga bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila berasa ragu, mintalah nasihat pengurus, Sumber Manusia atau Organisasi Undang-undang Global sebelum bertindak. Garis panduan berikut dikenakan pada situasi-situasi konflik yang paling biasa:

Pelaburan

Jangan buat sebarang pelaburan yang boleh menjejaskan keputusan perniagaan anda. Dasar Syarikat melarang pekerja Colgate daripada memiliki saham atau mempunyai kepentingan proprietari dalam syarikat yang bersaing atau berurus niaga dengan Colgate. Larangan ini tidak dikenakan pada pemilikan jumlah kecil (biasanya kurang daripada 1%) saham syarikat dagangan awam sekiranya pelaburan tersebut tidak begitu besar daripada segi kewangan sehingga menimbulkan tanggapan konflik kepentingan. Jika pelaburan yang mungkin dilarang ini dibuat sebelum bekerja dengan Colgate, laporkan pada Organisasi Undang-undang Global .

Keluarga

Beritahu pengurus anda dan dapatkan kelulusan ketua Bahagian atau ketua Jawatan dan Organisasi Undang-undang Global sebelum berurus niaga bagi pihak Colgate dengan mana-mana syarikat yang anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai kepentingan yang sedemikian sehingga anda mungkin mendapat faedah daripada tindakan anda atau tindakan mereka.

Kerja Lain

Jangan kerja dengan pesaing semasa bekerja dengan Colgate atau membuat sebarang kerja untuk, atau memberi bantuan kepada, mana-mana pihak ketiga (pengedar, pelanggan atau pembekal) yang boleh menjejaskan prestasi atau pertimbangan anda dengan teruk semasa bertugas. Jangan gunakan masa, kemudahan, bahan, jenama atau logo Syarikat untuk kerja luar yang tiada berkaitan dengan tugas anda di Colgate tanpa kebenaran ketua Bahagian atau ketua Jawatan anda.

Peribadi

Walaupun kita mengakui dan menghormati hak pekerja Colgate untuk bergaul secara bebas dengan orang yang mereka temui dalam persekitaran kerja, kita juga harus menggunakan pertimbangan yang baik untuk memastikan hubungan tersebut tidak menjejaskan prestasi kerja secara negatif, kebolehan menyelia pekerja lain atau persekitaran kerja.

hUB UNGAN KITA DENGANSYARIK AT

Page 11: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 9

Sebarang kelakuan di tempat kerja yang timbul daripada hubungan atau persahabatan romantis antara pekerja boleh dianggap tidak wajar jika kelakuan tersebut mewujudkan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan bagi orang lain. Sikap pilih kasih atau membuat keputusan perniagaan berasaskan emosi, kesetiaan atau persahabatan dan bukan atas kepentingan Syarikat adalah dilarang. Individu yang mendapati diri mereka dalam hubungan peribadi atau persahabatan hendaklah menggunakan kebijaksanaan, pertimbangan baik dan kepekaan.

Sentiasa beringat bahawa mana-mana ahli keluarga anda mungkin bertugas dalam jawatan yang boleh menimbulkan atau kelihatan seperti menimbulkan konflik kepentingan. Jika situasi ini timbul, minta panduan daripada pengurus anda, Sunber Manusia atau Organisasi Undang-undang Global.

Lembaga Pengarah

Dapatkan kebenaran daripada CEO dan Ketua Penasihat Undang-undang sebelum bersetuju menjadi ahli Lembaga Pengarah atau badan seumpamanya untuk perniagaan luar atau agensi kerajaan. Menjadi ahli Lembaga Pengarah organisasi profesional atau organisasi bukan untung berkaitan dengan kerja hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran ketua Bahagian atau ketua Jawatan anda.

Pertimbangan Lain

Kita berusaha untuk mengekalkan persekitaran kerja yang positif yang mencerminkan nilai Syarikat dan menggalakkan perhubungan kerja yang kukuh. Walaupun konflik kepentingan sering timbul ekoran daripada urusan kita dengan pihak luaran, konflik atau kemunculan konflik mungkin juga timbul daripada interaksi dalaman. Mereka yang menguruskan orang lain mesti terus berjaga-jaga terutamanya untuk memastikan situasi tidak diwujudkan yang boleh kelihatan seperti konflik kepentingan yang mungkin berlaku.

Jika anda mendapati diri anda dalam situasi konflik kepentingan yang sebenar atau yang mungkin berlaku, anda hendaklah dengan segera melaporkan kepada pengurus anda supaya situasi tersebut boleh dikaji semula dan dinilai dengan betul. Syarikat akan duduk bersama dengan anda untuk menangani situasi itu dan mengenal pasti penyelesaian yang sesuai.

Kita melindungi rahsia perdagangan dan maKlumat sulit syariKat.

Rahsia perdagangan, maklumat proprietari lain dan kebanyakan daripada maklumat dalaman Colgate merupakan aset berharga. Melindungi maklumat ini, termasuk menjaga kerahsiaannya, memainkan peranan penting dalam perkembangan dan keupayaan kita untuk bersaing. Rahsia perdagangan ialah maklumat yang digunakan berkaitan dengan perniagaan Colgate yang tidak diketahui atau mudah ditemui umum, yang mana usaha telah dilakukan untuk mengekalkan kerahsiaannya. Namun, maklumat sulit lain juga harus dilindungi.

Rahsia perdagangan Colgate dan maklumat sulit lain boleh terdiri daripada mana-mana formula, reka bentuk, peranti atau maklumat yang digunakan dalam perniagaan kita yang memberikan Colgate peluang mendapat kelebihan daripada pesaing kita. Rahsia perdagangan dan maklumat sulit lain Colgate tidak semestinya sentiasa bersifat teknikal. Ia juga boleh termasuk penyelidikan perniagaan, rancangan produk baru, objektif strategik, sebarang jenis bahan pemasaran atau jualan, sebarang maklumat kewangan atau penentuan harga yang belum diterbitkan, senarai pekerja, pelanggan dan penjual, dan maklumat tentang keperluan, pilihan, tabiat dan rancangan pelanggan. Walaupun tidak lengkap, senarai ini menunjukkan jenis maklumat yang berbagai yang perlu dilindungi. Rahsia perdagangan tidak perlu dipatenkan, tetapi tidak boleh diketahui umum.

Baru-baru ini saya telah memperoleh kelulusan pengurus saya untuk mengambil pekerjaan kedua untuk menjual hartanah bagi menambah pendapatan saya. Bolehkah saya menggunakan telefon meja saya untuk menghubungi pelanggan saya atau menggunakan mesin salin untuk membuat salinan maklumat mengenai senarai hartanah semasa waktu bekerja?

Tidak. Tujuan penggunaan anda ke atas harta Syarikat adalah untuk manfaat peribadi anda semata-mata, tidak berkaitan langsung dengan pengendalian perniagaan Syarikat, dan mungkin dianggap sebagai mengganggu keupayaan anda untuk menjalankan tanggungjawab berkaitan kerja anda. Walaupun penggunaan peribadi harta Syarikat yang sedikit-sedikit dibenarkan, ia mesti dihadkan dan tidak mengganggu pencapaian tanggungjawab yang berkaitan dengan kerja anda.

S:

j:

Page 12: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

10 TATAKELAKUAN

Kewajipan anda berkaitan dengan rahsia perdagangan dan maklumat sulit lain Colgate adalah:

• Tidak mendedahkan maklumat ini kepada pekerja Colgate yang lain atau pihak ketiga melainkan atas tujuan “perlu mengetahui” atau “perlu menggunakan” dan, dalam keadaan tersebut dengan penentuan kerahsiaan dan mekanisme perlindungan data yang lain seperti perlindungan atau penyulitan kata laluan, seperti yang sewajarnya; dan sebaliknya tidak mendedahkan maklumat ini.

• Jangan libatkan pihak ketiga untuk mengendalikan maklumat ini tanpa kajian semula keselamatan dan kawalan teknologi maklumat pihak ketiga yang bersesuaian.

• Tidak menghantar atau membincangkan maklumat ini pada laman web yang tersedia secara umum atau laman media sosial.

• Tidak menggunakan maklumat ini untuk manfaat anda sendiri atau manfaat tanpa kebenaran orang yang bukan pekerja Colgate.

• Untuk mengambil semua langkah wajar lain untuk melindungi rahsia perdagangan dan maklumat sulit Colgate mangikut Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Jika anda meninggalkan Colgate, kewajipan anda untuk melindungi rahsia perdagangan dan maklumat sulit lain Colgate diteruskan sehingga maklumat itu menjadi umum atau Colgate tidak lagi menganggapnya sebagai rahsia perdagangan atau sulit. Anda hendaklah ingat bahawa surat-menyurat, bahan cetak, maklumat elektronik, sebarang jenis dokumen atau rekod, pengetahuan proses khusus, prosedur, cara pelaksanaan tertentu Colgate – sama ada sulit atau tidak – adalah milik Syarikat dan harus disimpan di Colgate. Kemahiran peribadi yang diperoleh atau diperbaik semasa bertugas tentu sekali adalah aset peribadi pekerja yang berhenti itu. Jika anda mempunyai soalan sama ada sesuatu maklumat adalah sulit atau rahsia perdagangan, anda harus hubungi Organisasi Undang-undang Global.

Kita melindungi data peribadi

Kita menghormati hak privasi peribadi pekerja, penggguna, pelanggan, pembekal kita dan individu lain yang mana Colgate mempunyai hubungan perniagaan. Menjadi dasar Colgate untuk mengumpulkan, memproses, menggunakan dan mengekalkan maklumat peribadi daripada pekerja, pengguna, pelanggan, pembekal dan individu lain hanya jika perlu dan mematuhi undang-undang negara di mana kita menjalankan perniagaan, termasuk undang-undang yang berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaaan maklumat peribadi daripada orang bawah umur, dan untuk mengambil langkah yang berpatutan untuk melindungi maklumat tersebut.

Sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka dengan Colgate, pekerja boleh memberikan maklumat peribadi tertentu kepada Syarikat, seperti alamat rumah dan e-mel, maklumat keluarga untuk tujuan pemampasan dan maklumat peribadi lain. Kita menggunakan maklumat tersebut hanya untuk tujuan yang ia diberikan kepada kita, melainkan pekerja memberikan kebenaran untuk penggunaan lain, dan seperti yang diperlukan untuk tujuan perniagaan dan selaras dengan undang-undang setempat.

Sama juga, pengguna dalam interaksi dengan with Colgate, melalui permintaan untuk maklumat produk atau penyertaan dalam pertandingan tajaan Syarikat, contohnya, boleh memberikan maklumat peribadi, seperti nama, alamat rumah dan e-mel, kepada Syarikat. Kita menggunakan maklumat tersebut hanya untuk sebab ia diberikan kepada kita, melainkan pengguna memberikan kebenaran untuk penggunaan lain, dan seperti yang diperlukan untuk penyimpanan rekod kita. Ia merupakan dasar kita untuk tidak berkongsi maklumat peribadi pengguna dengan pihak ketiga, melainkan diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pengguna kita dan sebagai pematuhan kepada undang-undang dan pengawalaturan yang berkuat kuasa.

Sepanjang tempoh hubungan perniagaan dengan Colgate, pelanggan, pembekal dan individu lain boleh memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, nombor faks, alamat jalan, alamat e-mel, kepada Syarikat. Kita menggunakan maklumat tersebut hanya untuk tujuan ia dibekalkan kepada kita dan seperti yang diperlukan untuk proses penyimpanan rekod kita. Ia menjadi dasar kita untuk tidak berkongsi maklumat peribadi pelanggan, pembekal dan individu lain dengan pihak ketiga, melainkan diperlukan dalam

Page 13: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 11

konteks hubungan perniagaan dan mematuhi undang-undang dan pengawalaturan yang berkuat kuasa.

Undang-undang berkenaan privasi pengguna sering digubal dan diubahsuai. Kita komited untuk mengawasi perkembangan undang-undang privasi dan piawai dan mungkin, dari semasa ke semasa, menubuhkan dasar tertentu berdasarkannya, Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan perlindungan data peribadi, sila hubungi Organisasi Undang-undang Global.

Kita berpegang pada dasar permintaan aKhbar dan media.

Permintaan untuk maklumat kewangan atau perniagaan Colgate dari media, akhbar, komuniti kewangan atau awam hendaklah dirujuk kepada Naib Presiden, Komunikasi Korporat atau Naib Presiden Hubungan Pelabur. Permintaan untuk maklumat atau perutusan lain dari Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC), Bursa Saham New York (NYSE) atau pengawal atur dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia hendaklah dirujuk kepada Organisasi Undang-undang Global. Amat penting sekali bahawa pertanyaan atau perutusan sedemikian tidak dijawab sendiri oleh sesiapa kerana sebarang jawapan yang tidak wajar atau tidak tepat, sekalipun penyangkalan atau penafian maklumat, boleh menghasilkan publisiti buruk yang sebaliknya boleh memberikan kesan yang serius terhadap menjejaskan secara serius kedudukan undang-undang Syarikat.

Dasar ini tidak dikenakan kepada permintaan maklumat kewangan yang telah diumumkan, seperti Laporan Tahunan dan Laporan Suku Tahun, atau aktiviti promosi seranta Syarikat.

Permintaan temu bual dengan mana-mana individu Colgate berhubung dengan Syarikat ini atau hal ehwalnya dan/atau pengeluaran sebarang siaran akhbar dan/atau kenyataan hendaklah dikaji semula dan diluluskan terlebih dahulu oleh Naib Presiden, Komunikasi Korporat atau Naib Presiden, Hubungan Pelabur. Temu bual yang dimulakan oleh Syarikat juga hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh dijadualkan dengan pihak media.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang garis panduan Syarikat berkaitan menjaga maklumat sulit, sila rujuk kepada “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Perdagangan Sekuriti dan Kerahsiaan Maklumat” dan “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Menyimpan Maklumat Proprietari Syarikat dan Menghormati Maklumat Proprietari Orang Lain,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Kita menyimpan reKod dan laporan yang boleh diperCayai.

Kedudukan kewangan Syarikat kita dan hasil operasinya hendaklah direkodkan sejajar dengan keperluan undang-undang dan prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP). Dasar Syarikat serta undang-undang, menghendaki Colgate menyimpan buku kira-kira, rekod dan akaun yang menunjukkan jenis transaksi perniagaan dan pelupusan aset Syarikat secara tepat dan wajar.

Integriti rekod perakaunan dan kewangan Syarikat adalah berlandaskan ketepatan dan kelengkapan maklumat sokongan asas yang dimasukkan ke dalam buku akaun Syarikat. Semua yang terlibat dalam mewujudkan, memproses dan merekodkan maklumat sedemikian bertanggungjawab terhadap integritinya. Setiap masukan perakaunan atau kewangan hendaklah menunjukkan dengan tepat apa yang dinyatakan dalam maklumat sokongan. Penyembunyian maklumat daripada (atau oleh) pengurusan, atau daripada juruaudit dalaman Syarikat atau juruaudit bebas adalah dilarang.

Pembayaran bagi pihak Syarikat tidak akan diluluskan atau dibuat dengan tujuan atau pemahaman bahawa mana-mana bahagian pembayaran tersebut akan digunakan untuk sebarang tujuan lain kecuali yang dinyatakan dalam dokumen menyokong pembayaran tersebut. Masukan palsu atau mengelirukan tidak boleh dibuat dalam mana-mana buku kira-kira atau rekod Syarikat atas sebarang alasan sekalipun, dan dana, aset atau akaun Syarikat tidak boleh ditubuhkan, diperoleh atau dikekalkan untuk sebarang tujuan kecuali jika dana, aset atau akaun demikian dimasukkan dengan betul dalam buku kira-kira dan rekod Syarikat. Dana atau aset korporat tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang tidak sah atau tidak wajar.

Page 14: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

12 TATAKELAKUAN

Pengurus dan orang lain yang bertanggungjawab dalam penyediaan maklumat kewangan hendaklah memastikan bahawa dasar kewangan korporat Colgate diikuti. Hasil dan perbelanjaan hendaklah diambil kira kena pada masanya.

Aset dan liabiliti hendaklah direkodkan dengan betul dan dinilai secara wajar. Selain itu, mereka yang bertanggungjawab atau terlibat dalam pemfailan Colgate dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan pemfailan lain yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa atau komunikasi lain dengan komuniti perniagaan atau kewangan hendaklah memastikan pemfailan dan komunikasi tersebut mengandungi pendedahan yang lengkap, wajar, tepat, kena pada masa dan boleh difahami. Jika anda mengetahui tentang kemungkinan peninggalan, pemalsuan atau ketaktepatan dalam perakaunan atau masukan kewangan, dalam data asas yang menyokong masukan demikian, atau dalam laporan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Colgate atau komunikasi lain, atau sebarang kegagalan dalam kawalan dalaman, anda harus segera laporkan maklumat sedemikian kepada pengurus atau Organisasi Undang-undang Global. Anda juga boleh menghubungi Jabatan Etika dan Pematuhan Global Syarikat berkenaan hal ini secara tanpa nama dan sulit.

Kita melindungi aset Colgate.

Aset, kemudahan atau perkhidmatan Syarikat hendaklah digunakan untuk tujuan yang sah, wajar dan dibenarkan sahaja. Pencurian wang, harta atau perkhidmatan adalah dilarang. Peralatan, sistem, kemudahan, kad kredit korporat dan bekalan Colgate hendaklah diguna untuk melaksanakan perniagaan Colgate sahaja atau untuk tujuan yang diluluskan oleh pengurusan. Anda bukan sahaja bertanggungjawab secara peribadi untuk melindungi harta Colgate yang diamanahkan kepada anda, malah untuk membantu melindungi aset Syarikat secara am. Anda harus berwaspada terhadap sebarang situasi atau insiden yang boleh membawa kepada kehilangan, salah guna atau kecurian harta Syarikat dan anda harus laporkan semua situasi demikian kepada pengurus anda atau Jabatan Keselamatan Korporat sebaik sahaja ia dibawa kepada perhatian anda.

Hanya pegawai tertentu dan pekerja kanan lain mempunyai kuasa untuk membuat komitmen yang melibatkan aset Syarikat. Anda tidak harus membuat komitmen yang melibatkan aset Syarikat kecuali telah diberi kebenaran. Jika anda perlukan penjelasan tentang kuasa anda atau kuasa individu lain untuk melibatkan Syarikat, anda harus menghubungi pengarah kewangan unit atau Bahagian anda.

Kita menggunaKan sumber teKnologi maKlumat dan media sosial seCara bertanggungjawab.

Kita mesti menggunakan Sumber Teknologi Maklumat dan Media Sosial Colgate dengan penuh tanggungjawab dan konsisten dengan Tatakelakuan dan semua Garis Panduan Syarikat yang lain, termasuk Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat dan/atau Garis Panduan mengenai Menggunakan Sumber Teknologi Maklumat dan Media Sosial.

Sumber Teknologi Maklumat Colgate termasuk semua peralatan, perisian dan perkhidmatan semasa dan masa depan yang mengumpulkan, menyimpan, mengkomunikasikan dan memproses data yang dimiliki, dipajak atau disediakan oleh Colgate.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya diminta untuk melambatkan mengakru perbelanjaan tertentu sehingga tempoh yang berikutnya? Sebagai contoh, jika seseorang menerangkan kepada saya bahawa “asalkan kita merekodkannya pada tahun fiskal ini, kita tidak melakukan perkara yang salah,” adakah ia benar?

Tidak. Melambatkan pengakruan perbelanjaan secara sengaja merupakan suatu penipuan, tidak boleh diterima dan kemungkinan menyalahi undang-undang. Setiap transaksi perniagaan dan kewangan, walau pun tidak penting, mesti dilaporkan dengan tepat dan secara jujur. Pemalsuan sebarang dokumen atau rekod Syarikat adalah kesalahan yang serius dan boleh membawa kepada penamatan pekerjaan.

S:

j:

Page 15: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 13

Tambahan pula, Sumber Teknologi Maklumat Colgate termasuk perkakasan, perisian atau perkhidmatan peribadi pekerja atau pihak ketiga sehingga ke takat ia digunakan untuk mengakses atau berinteraksi dengan Sumber Teknologi Maklumat Colgate.

Sumber Teknologi Maklumat Colgate, dan juga Media Sosial, hendaklah digunakan dengan cara yang penuh hormat dan profesional untuk tujuan perniagaan Colgate kecuali untuk tujuan peribadi yang terhad dan bersesuaian, penggunaan yang berikut dilarang:

• Mesej yang mengganggu, mendiskriminasikan, memfitnah, menipu, atau mengugut, termasuk yang menyentuh secara menyakitkan hati soal bangsa, agama, negara asal, keetnikan, warna, seks, identiti jantina, umur, kewarganegaraan, status veteran, status perkahwinan, ketidakupayaan, identiti jantina atau sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang yang berkenaan.

• Pengedaran maklumat sulit atau rahsia perdagangan Colgate tanpa kebenaran atau perbincangan perniagaan Syarikat atau proses dalaman tanpa kebenaran pada mana-mana laman luaran.

• Menyebabkan atau membenarkan pelanggaran keselamatan atau kegendalaan rangkaian komunikasi, dan/atau mendedahkan secara tidak wajar ID pengguna atau kata laluan anda kepada orang lain atau membenarkan orang lain menggunakan ID pengguna atau kata laluan anda.

• Sebarang penggunaan lain yang dilarang oleh Garis Panduan Amalan Perniagaan atau Garis Panduan mengenai Menggunakan Sumber Teknologi Maklumat dan Media Sosial Syarikat.

Melainkan seperti yang dihadkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Colgate berhak untuk memantau, mengakses dan mengkaji semula semua Sumber Teknologi Maklumat Syarikat dalam keadaan yang bersesuaian mengikut budi bicara Syarikat dan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Hak Syarikat untuk memantau, mengakses dan mengkaji semula semua Sumber Teknologi Maklumat Syarikat dilanjutkan kepada perniagaan dan juga maklumat peribadi yang diwujudkan, disimpan atau dihantarkan dengan menggunakan Sumber Teknologi Maklumat Syarikat, dan juga termasuk laman Media Sosial yang dilawati melalui Sumber Teknologi Maklumat Syarikat. Pekerja tidak tidak boleh mengharapkan privasi kepada maklumat perniagaan atau peribadi tersebut.

Colgate berhak untuk mengehadkan atau menamatkan sebarang akses pengguna untuk atau penggunaan Sumber Teknologi Maklumat Colgate pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dengan atau tanpa notis terdahulu, melainkan di mana ia dilarang oleh undang-undang.

Saya sering melawat laman blog semasa berehat di rumah, dan minggu lepas, saya menyedari tentang komen daripada bekas pekerja yang menerangkan pengalaman dengan Syarikat kita dengan cara yang negatif. Ini amat menyusahkan hati saya. Bolehkah saya memberikan tindak balas kepada komen ini?

Anda tidak boleh membalas komen bagi pihak Syarikat. Walau bagaimanapun, anda bebas untuk memberikan respons secara peribadi, asalkan anda tidak melanggar garis panduan Syarikat mengenai menggunakan Sumber Teknologi Maklumat Syarikat dan Media Sosial dan tidak mendedahkan maklumat sulit atau proprietari. Anda juga amat digalakkan untuk membawa perkara ini ke perhatian pengurus anda atau Sumber Manusia.

S:

j:

Saya dan anak saya kadang-kadang menggunakan komputer riba Syarikat saya untuk mengakses Internet. Baru-baru ini beliau bertanyakan saya sama ada beliau dan rakannya boleh menggunakan komputer saya semasa saya berada di luar bandar pada hujung minggu ini. Bolehkah saya berikan nama log masuk dan kata laluan saya kepada mereka?

Tidak. Nama log masuk dan kata laluan membantu menyimpan Sumber Teknologi Maklumat kita dengan selamat. Anda tidak boleh mendedahkan maklumat ini kepada sesiapa. Malah, anda dinasihatkan untuk tidak menampalkan nama log masuk dan kata laluan anda di dalam beg komputer. Selain itu, anda boleh melindungi data Syarikat dengan lebih baik daripada pengguna tanpa kebenaran dengan menukar kata laluan anda secara berkala. Lebih-lebih lagi, ahli keluarga tidak seharusnya menggunakan komputer riba Syarikat anda untuk penggunaan peribadi.

S:

j:

Page 16: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

14 TATAKELAKUAN

Kita bertuah kerana mempunyai kumpulan individu yang ulung berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Syarikat, memberi nasihat, panduan, dan kepimpinan yang penting kepada kejayaan kita yang berterusan. Dengan pengalaman bersama mereka dalam perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan awam, pengalaman antarabangsa, pencapaian akademik, perwatakan moral dan etika dan kepelbagaian, Lembaga Pengarah kita memberikan pengawasan yang berkesan kepada perniagaan Syarikat ini.

Kita mempunyai lembaga pengarah yang bebas, berpengalaman dan berbeza latar belaKang.

Kebebasan menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban. Dasar Colgate adalah untuk mempunyai Lembaga Pengarah yang terdiri terutamanya daripada pengarah luar bebas. Semua pengarah yang menjadi ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah yang mengendalikan hal-hal audit, pampasan dan tadbir urus adalah bebas. Tidak ada pengarahan yang saling berkait, dan menjadi dasar Syarikat bahawa semua pengarah bebas tidak menerima sebarang bayaran perunding, guaman atau apa-apa yuran bukan pengarah lain dari Syarikat.

Kita menggalaKKan KomuniKasi yang terbuKa dan jujur dengan lembaga pengarah.

Baik di dalam atau di luar bilik lembaga, pengarah Colgate sering berhubung terus dengan pengurusan Syarikat. Pengurus kanan penting sentiasa menghadiri mesyuarat dan sesi tidak formal Lembaga Pengarah, dan bersama-sama mereka membincangkan secara terus terang pelbagai masalah perniagaan. Antara mesyuarat-mesyuarat lembaga yang dijadualkan, pengarah digalakkan menghubungi pengurus kanan dengan soalan dan cadangan, dan mereka sering berbuat demikian. Suasana terbuka dan terus terang yang terhasil ini mencerminkan budaya korporat keseluruhan Colgate dan membantu Lembaga Pengarah memainkan peranan aktif dalam perkembangan dan arahan strategi perniagaan Syarikat.

Kita Komited terhadap tadbir urus Korporat yang Cemerlang.

Lembaga Pengarah Colgate telah mendahului sokongan terhadap inisiatif tadbir urus korporat. Satu daripada syarikat yang pertama antara syarikat setaranya yang menerima pakai secara rasmi tatakelakuan yang mengawal semua urusan perniagaan dan menubuhkan piagam bagi Lembaga Pengarah dan jawatan kuasanya, Colgate telah mengamalkan tadbir urus korporat yang cemerlang yang sentiasa diperbaik dan diperhalusi sepanjang dua abad yang lepas. Lembaga Pengarah Colgate mengendalikan dasar ini dan benar-benar percaya bahawa tadbir urus korporat yang baik mengiringi dan membantu kejayaan perniagaan jangka panjang kita.

Untuk perbincangan yang lebih terperinci tentang program tadbir urus korporat Colgate, sila lihat “Garis Panduan Lembaga Pengarah Syarikat Colgate-Palmolive tentang Isu Penting Tadbir Urus Korporat,” yang terdapat di laman web Syarikat.

hUB UNGAN KITA DENGAN LEMBAGA PENGARAh KITA

Page 17: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 15

Kita semua bertanggungjawab tentang bagaimana pembekal dan pelanggan melihat kita. Menjaga reputasi kita sebagai jujur dan saksama dalam melayani kumpulan ini adalah penting.

Kita melayani pembeKal dan pelanggan seCara beretiKa.

Matlamat kita dalam menjalankan operasi pembelian kita adalah untuk memastikan sumber bekalan yang berterusan dan boleh diharap. Melayan pelanggan dan pembekal dengan jujur adalah penting kepada hubungan yang kukuh dan berpanjangan. Oleh itu, kami menganggap pembekal sebagai rakan kongsi dan berharap mereka mendapat keuntungan yang wajar. Kita memberi pertimbangan yang serupa dan saksama kepada semua bakal pembekal. Keputusan kita adalah berasaskan kriteria objektif seperti harga dan mutu serta juga kebolehpercayaan dan integriti penjual. Memberi atau menerima sebarang sogokan, rasuah atau sebarang bayaran sepertinya adalah dilarang.

Kita tidak memberi apa-apa kelebihan kepada pelanggan dari segi harga, elaun promosi, bantuan pemasaran atau sebagainya; kita melayani semua pelanggan atas dasar perniagaan yang sama. Cara berurusan dengan pelanggan dan pembekal telah dibincangkan dalam Tatakelakuan ini di bahagian tentang menangani tanggungjawab kita di bawah undang-undang persaingan/antitrust.

Tatakelakuan Pembekal Colgate tersedia dalam beberapa bahasa pada laman web Syarikat di bawah bahagian “Bekerja Dengan Kami” untuk Pembekal.

Kita tidaK memberi atau menerima hadiah yang tidaK wajar.

Memberi atau menerima hadiah, bayaran atau faedah lain untuk mempengaruhi sebarang keputusan perniagaan adalah dilarang. Jika anda bermaksud untuk memberi atau menerima hadiah, bayaran atau faedah lain yang lebih daripada nilai nominal ($50 AS), anda harus menghubungi Organisasi Undang-undang Global, atau Jabatan Etika dan Pematuhan Global untuk mendapat kebenaran sebelum melakukannya. Harap ingat juga bahawa anda hanya boleh menerima hadiah bernilai nominal daripada satu sumber sekali setahun kalendar sahaja. Jika tidak menerima hadiah tertentu yang mungkin melebihi nilai nominal boleh memalukan Syarikat, penerimaan hadiah tersebut hendaklah dilaporkan ke Organisasi Undang-undang Global yang akan membantu memastikan pelupusan yang sesuai. Selain itu, jangan terima atau rancang untuk menerima hadiah, bayaran atau faedah lain yang lebih daripada nilai nominal bagi pihak ahli keluarga terdekat atau daripada sesiapa yang mempunyai hubungan perniagaan atau yang mahu mewujudkan hubungan perniagaan dengan Syarikat. Patuhi peraturan ini: jangan sekali-kali terima hadiah atau perkhidmatan jika ia akan menjejaskan anda atau memberi tanggapan yang menjejaskan anda. Ini tidak termasuk belanja makan perniagaan, yang boleh dibalas, atau hadiah yang semata-mata bernilai nominal.

Anda hendaklah memaklumi bahawa terdapat peraturan tertentu yang mengawal kelakuan wajar semasa berurusan dengan kerajaan persekutuan, negeri, tempatan atau asing yang berbeza daripada peraturan semasa berurusan dengan syarikat bukan kerajaan. Secara umumnya, anda tidak boleh menawarkan atau memberi pekerja kerajaan sebarang hadiah, ganjaran atau barang berharga, termasuk belanja makan atau perjalanan, kecuali telah dibenarkan terlebih dahulu oleh Organisasi Undang-undang Global.

Pembekal dan penjual Colgate hendaklah sentiasa dimaklumkan mengenai keperluan untuk mematuhi Tatakelakuan semasa berurusan dengan kita atau berdepan dengan kemungkinan kehilangan perniagaan

hUB UNGAN KITA DENGANENTITI PERNIAGAAN LUAR

Page 18: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

16 TATAKELAKUAN

kita kerana gagal melakukannya. Selain daripada itu, kita hendaklah menghormati dan mematuhi dasar pelanggan atau pembekal setakat yang ia tidak bertentangan dengan dasar kita sendiri.

Kita menghormati rahsia perdagangan dan maKlumat sulit orang lain.

Menjadi dasar Colgate untuk tidak melanggar hak harta intelektual orang lain dengan sengaja dan menghormati rahsia perdagangan atau maklumat proprietari orang lain. Ini penting sekali jika anda mempunyai pengetahuan rahsia perdagangan atau maklumat proprietari bekas majikan. Jika sebarang kemusykilan berbangkit daripada hal ini, anda hendaklah berunding dengan Organisasi Undang-undang Global.

Jika sesiapa yang bukan pekerja Syarikat mengajukan kepada anda rekaan, penemuan atau idea, adalah penting melindungi Syarikat daripada kemungkinan pelanggaran atau tuntutan wang, terutama dalam hal di mana usaha kita atau perunding kita telah terlebih dahulu mencapai rekaan, penemuan atau idea yang sama, yang kita ingin terapkan kepada produk Syarikat. Jangan benarkan orang luar mendedahkan sebarang perincian tentang rekaan, penemuan atau idea baharu mereka. Rujuk semua idea tanpa diminta, tanpa meninjaunya, ke Jabatan Ehwal Pengguna di lokasi anda untuk ditangani sejajar dengan prosedur Syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang perlindungan maklumat orang lain, sila rujuk “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Pemuliharaan Maklumat Proprietari Syarikat dan Menghormati Maklumat Proprietari Orang Lain” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Sebagai sebahagian daripada tugas saya, saya mengendalikan banyak mesyuarat, perjalanan dan konvensyen perniagaan. Sekarang, sebuah hotel tempatan di mana saya sering menempah bilik telah menawarkan saya penginapan hujung minggu percuma untuk ulang tahun perkahwinan saya. Ia merupakan satu tanda penghargaan yang sungguh bertimbang rasa. Bolehkah saya menerimanya?

Tidak. Menerima tawaran menjadikannya sukar untuk anda kelihatan saksama semasa anda mengaturkan penginapan hotel pada masa depan. Malah bayangan konflik kepentingan seperti itu sahaja adalah tidak wajar dan sepatutnya dielakkan dengan menolak tawaran tersebut secara bersopan.

S:

j:

Baru-baru ini saya telah berhenti kerja dari sebuah syarikat pesaing dan menyertai Colgate. Saya ingat ia mungkin membantu pasukan baharu saya untuk saya membuat draf bagi dokumen ringkasan dengan menggariskan semuanya yang saya boleh ingat mengenai rancangan dan strategi perniagaan bekas majikan saya. Adakah ini satu perkara yang betul untuk saya melakukan?

Ia amat tidak beretika dan kemungkinan menyalahi undang-undang bagi anda berkongsi maklumat sulit dan proprietari bekas majikan anda. Anda tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat bukan awam yang anda dikehendaki menyimpan secara rahsia semasa bekerja dengan pesaing, dan jika sekali-kali diminta untuk melakukannya, anda hendaklah melaporkan dengan segera situasi tersebut sama ada kepada pengurusan peringkat atasan, Sumber Manusia, Organisasi Undang-undang Global atau Etika dan Pematuhan Global.

S:

j:

Page 19: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 17

Reputasi kita telah dibina atas mutu dan keselamatan produk kita. Komitmen kita kepada mutu dan keselamatan adalah penting kepada perkembangan dan kejayaan berterusan Syarikat kita.

Kita meletaKKan piawai tertinggi bagi produK Kita.

Kita komited untuk memastikan pengguna boleh mempercayai produk Colgate sebagai boleh diharap, bermutu dan berprestasi tinggi. Selain daripada melayan berbilion orang di pasaran yang kita berurus niaga, kita harus sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk dengan cara yang paling efisien supaya ia termampu oleh bilangan pengguna yang paling banyak.

Produk yang dijual oleh Colgate bukan sahaja harus memenuhi piawai yang ditetapkan oleh undang-undang, tetapi juga piawai Syarikat kita yang sering kali lebih ketat. Kita menyertai program yang memberi pengguna bantuan segera jika terjadi pengubahan, penyalahgunaan atau pemalsuan produk. Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pengguna adalah amat penting kepada kita dan sebagai pekerja Colgate, menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan segera kepada ketua unit perniagaan anda mengenai sebarang masalah yang anda hadapi berkaitan dengan mutu atau keselamatan produk.

Kita responsif Kepada pelanggan.

Oleh kerana perniagaan kita ialah produk pengguna, kejayaan kita bergantung pada kepuasan, kepercayaan dan perasaan mesra pengguna. Kita boleh mencapai objektif kita dan melayan keperluan pengguna dengan sebaik-baiknya dengan mengikuti program komunikasi pengguna yang konsisten, adil dan sensitif.

Kita mengakui kepentingan menjangka dan memastikan respons diberikan kepada keperluan dan pilihan pengguna dalam produk kita. Kita juga percaya bahawa pendapat, kekhuatiran dan pertanyaan pengguna tentang produk yang dikomunikasikan kepada Syarikat ialah sumber maklumat yang penting. Keperluan pengguna sentiasa berubah-ubah, oleh itu kita harus sentiasa dengar apa yang mereka mahukan dan gunakan daya kreatif kita untuk memuaskan keperluan yang berubah-ubah ini.

Apabila pengguna menyatakan perasaan tidak puas hati, kita menangani masalah itu dengan segera, sopan dan adil, dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan atau mendapat balik rasa mesra pengguna dan pembelian produk Colgate yang berterusan.

pengiKlanan Kita adalah tepat.

Satu daripada aspek terpenting perniagaan kita ialah pengiklanan. Pengiklanan hendaklah kreatif dan berdaya saing, tetapi pada masa yang sama ia perlu jujur dan tepat, tidak mengelirukan serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Pengiklanan kita juga harus mengelakkan daripada menstereotaipkan individu berasaskan faktor seperti bangsa, agama, negara asal, keetnikan, warna kulit, jantina, identiti jantina, umur, kerakyatan, orientasi seks, status veteran, status perkahwinan atau ketidakupayaan atau

hUB UNGAN KITA DENGANPENGGUNA

Page 20: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

18 TATAKELAKUAN

sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang. Pengiklanan menghasilkan lebih daripada imej produk. Pengiklanan membina reputasi kita sebagai boleh dipercayai, boleh diharap dan amanah.

Selain itu, kita berhati-hati dalam pemilihan media yang memperlihatkan mesej iklan kita. Kita tidak membenarkan iklan kita keluar dalam rancangan televisyen atau media lain yang menggunakan keganasan atau seks secara tidak menentu atau berlebihan atau yang berunsurkan antisosial atau menjejaskan reputasi atau produk Syarikat kita.

Kita mematuhi piawai kesaksamaan perdagangan dalam mereka, mengguna dan memilih pengiklanan, tanda dagangan, dan reka bentuk supaya produk kita berjaya atas dasar kekuatan mutu sendiri dan reputasi kita, dan tidak melalui tiruan atau mengambil kesempatan daripada muhibah pesaing. Kesaksamaan perdagangan menghendaki:

• Pematuhan yang ketat terhadap keperluan undang-undang tempatan berkaitan dengan pelanggaran tanda dagangan dan persaingan tak saksama.

• Mengelakkan daripada meniru tanda dagangan, slogan, tema pengiklanan dan grafik yang terkenal yang digunakan oleh syarikat multinasional dan pesaing di wilayah luar dari kawasan anda.

Untuk mendapatkan perbincangan yang lebih terperinci tentang garis panduan pengiklanan Syarikat, sila lihat “Garis Panduan Pengiklanan Colgate-Palmolive” dan “Pernyataan Dasar Peletakan Pengiklanan Colgate-Palmolive,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Page 21: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 19

Kita mematuhi semua undang-undang yang mengawal perniagaan Colgate. Malah, memang sudah menjadi dasar kita untuk mematuhi undang-undang baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Jadikan kebiasaan untuk berunding dengan Organisasi Undang-undang Global jika anda mempunyai keraguan.

Kita mematuhi undang-undang persaingan/antitrust.

Menjadi dasar Colgate yang menghendaki semua pekerja mematuhi dengan sepenuhnya undang-undang persaingan (dikenali sebagai undang-undang antitrust di Amerika Syarikat) setiap negara, negeri, dan tempat di mana Colgate berurus niaga. Tujuan undang-undang persaingan ialah untuk melindungi proses bersaingan demi memanfaatkan pengguna. Undang-undang persaingan memastikan syarikat bersaing untuk mendapat perniagaan melalui menawar harga yang lebih rendah, produk yang lebih inovatif dan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak melalui mengganggu kuasa pasaran iaitu penawaran dan permintaan. Undang-undang persaingan juga melindungi syarikat daripada tindakan pemangsa atau tidak saksama oleh syarikat dominan supaya medan bersaingan adalah terbuka dan saksama kepada semua. Colgate menyokong matlamat undang-undang persaingan. Kita percaya bahawa Syarikat kita berprestasi sebaik-baiknya dalam pasaran bersaingan.

Boleh dikatakan hampir semua negara telah menubuhkan undang-undang persaingan. Kita bertanggungjawab untuk memahami undang-undang di mana kita berurus niaga dan mendapatkan panduan daripada penasihat undang-undang unit anda atau Organisasi Undang-undang Global apabila diperlukan. Anda harus mematuhi secara tersurat dan tersirat undang-undang yang berkuat kuasa.

Undang-undang persaingan di seluruh dunia melarang persetujuan yang merosakkan persaingan di antara pesaing yang wujud atau yang mungkin menjadi pesaing. Kunci pematuhan ialah kebebasan. Colgate harus bertindak secara bebas dalam aktiviti perniagaannya – menetapkan harga, diskaun, promosi, dan syarat pembelian dan jualan; memilih pelanggan, pengedar, dan pembekal; dan memilih produk untuk dihasilkan dan berapa banyak untuk dijual. Penting diingatkan bahawa persetujuan haram tidak semestinya dalam bentuk bertulis rasmi atau pun hanya bertulis. Ia mungkin persetujuan lisan atau yang disimpulkan daripada kelakuan semasa menjalankan perniagaan atau komen dalam dokumen. Persetujuan juga tidak semestinya berjaya dilaksanakan untuk menjadi haram.

Undang-undang persaingan juga mengenakan batasan tertentu terhadap hubungan dengan pelanggan dan pengedar. Di kebanyakan negara, sebarang percubaan untuk menyekat kebebasan pelanggan atau pengedar untuk memastikan harga, terma dan syarat jualan, atau untuk meletak sekatan tidak wajar ke atas hak mereka untuk beroperasi secara bebas menyalahi undang-undang persaingan.

Ketakpatuhan Colgate dan pekerjanya terhadap undang-undang persaingan boleh mendatangkan akibat yang amat serius. Pelanggaran sebahagian undang-undang persaingan boleh membawa kepada denda dan pemenjaraan bagi individu yang terlibat dan denda yang lebih berat bagi Syarikat. Tambahan pula, walaupun jika pendakwaan jenayah tidak berlaku, tuntutan sivil boleh dikemukakan untuk mendapat balik ganti rugi dan bayaran peguam.

Setiap kali anda mempunyai keraguan tentang sama ada tindakan yang akan diambil boleh menimbulkan masalah di bawah undang-undang persaingan, anda hendaklah berunding dengan Organisasi Undang-undang Global.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu persaingan/antitrust, sila rujuk kepada “Garis Panduan Persaingan Antarabangsa Colgate-Palmolive”, yang didapati dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

hUB UNGAN KITA DENGAN K ER A jA AN DAN UNDANG - UNDANG

Page 22: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

20 TATAKELAKUAN

Kita mematuhi undang-undang seKuriti.

Ada kalanya anda mungkin mempunyai maklumat tentang Colgate atau syarikat dagangan awam lain yang berurus niaga atau sedang berunding dengan Colgate yang tidak diketahui umum (“bukan awam”)– seperti keputusan kewangan atau pengoperasian, kemungkinan pengambilalihan atau pemberhentian pelaburan atau pembiayaan, rancangan pemasaran atau pengenalan produk baharu.

Maklumat dianggap bukan awam sehingga telah diumumkan secukupnya kepada awam, yakni, maklumat tersebut telah diumumkan dan masa secukupnya telah berlalu untuk pasaran sekuriti memahami maklumat tersebut. Jika maklumat bukan awam ini adalah “penting” – yakni, maklumat yang dipertimbangkan oleh pelabur berhemat apabila membuat keputusan pelaburan – maka di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan dan dasar Syarikat:

• Anda tidak boleh berdagang untuk akaun sendiri atau untuk akaun orang lain dalam saham, bon, atau sekuriti lain firma (Colgate atau syarikat lain) yang ada kaitan dengan maklumat bukan awam material itu.

• Anda tidak harus menggalakkan atau mendorong orang lain, berasaskan maklumat bukan awam sedemikian, untuk berniaga saham, bon atau sekuriti lain firma demikian.

• Anda tidak harus mendedahkan maklumat bukan awam yang sedemikian kepada orang yang bukan pekerja Colgate.

• Anda tidak boleh membincangkan maklumat bukan awam tersebut dengan orang dalam Colgate melainkan mereka mempunyai keperluan untuk mengetahui maklumat tersebut.

Pekerja Colgate yang mengetahui maklumat bukan awam tentang Colgate hendaklah berhati-hati menjaga kerahsiaannya dan tidak harus berdagang dalam saham, bon atau sekuriti lain Colgate atau saham, bon atau sekuriti lain sebarang syarikat lain yang terlibat sebelum maklumat bukan awam itu diumumkan dan dalam tempoh yang bersesuaian selepas itu. Larangan sedemikian juga meliputi pelaksanaan opsyen saham dan keputusan untuk melabur dalam atau menjual saham Colgate dalam rancangan manfaat Syarikat.

Jika anda meninggalkan Colgate, kewajipan anda untuk melindungi kerahsiaan maklumat bukan awam yang sedemikian diteruskan sehingga maklumat itu telah diumumkan kepada awam dengan secukupnya.

Jika anda mempunyai soalan tentang sama ada maklumat bukan awam yang sedemikian telah diumumkan secukupnya, anda harus menghubungi Organisasi Undang-undang Global dan menahan diri daripada berdagang dalam sekuriti yang terlibat atau mendedahkan maklumat tersebut sehingga anda telah diberitahu bahawa maklumat itu tidak material atau telah diumumkan dan difahami awam.

Satu hubungan perniagaan memberitahu saya mengenai mesyuarat yang diadakan oleh satu dapada pesaing langsung kita semasa konvensyen pergigian. Saya ingin menghadiri mesyuarat mereka, tapi saya takut mereka tidak akan membenarkan saya menghadirinya jika mereka tahu saya dari syarikat pesaing. Bolehkah saya menghadiri asalkan saya merahsiakan identiti saya?

Tidak. Ia tidak sekali-kali wajar untuk menyembunyikan identiti anda untuk memperoleh maklumat mengenai pesaing. Anda hendaklah juga mendapatkan nasihat daripada Organisasi Undang-undang Global sebelum menghadiri sebarang mesyuarat dengan pesaing, kerana mesyuarat tersebut boleh menimbulkan perkara yang berkaitan dengan antitrust.

S:

j:

Saya menyedari bahawa saya tidak boleh membeli saham Syarikat berdasarkan maklumat orang dalam, tetapi saya boleh menasihatkan ahli keluarga atau rakan untuk melakukannya?

Tidak. Anda akan melanggar undang-undang prdagangan orang dalam sama seperti anda membeli saham tersebut untuk diri anda sendiri. Selain daripada itu, orang yang anda nasihatkan untuk membelinya melanggar undang-undang jika mereka tahu syor anda berdasarkan maklumat orang dalam.

S:j:

Page 23: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 21

Kita tidaK membuat sumbangan politiK.

Wang atau aset Syarikat tidak boleh digunakan untuk sumbangan kepada mana-mana parti atau calon politik, baik persekutuan, negeri atau tempatan, di Amerika Syarikat atau di luar negeri. Sumbangan politik termasuk sumbangan langsung (yakni wang) dan bukan wang. Sumbangan bukan wang termasuk pembelian tiket pungutan derma, sumbangan produk, kerja sukarela oleh pekerja Colgate dalam waktu perniagaan biasa dan penggunaan kemudahan Colgate untuk pemungutan derma atau tujuan politik. Jika anda mempunyai soalan tentang sumbangan bukan wang, sila hubungi Organisasi Undang-undang Global.

Syarikat dilarang memampasi atau membayar balik mana-mana pekerja Colgate atau individu yang berkaitan dengan Syarikat (termasuk pelobi luar), secara langsung atau tidak langsung, dalam apa jua bentuk, sumbangan politik yang orang itu akan atau telah membuat.

Pekerja Colgate secara individu adalah bebas untuk membuat sumbangan peribadi kepada calon atau parti pilihan mereka. Sumbangan peribadi menjadi tanggungjawab dan beban individu itu sendiri. Colgate tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab atau kewajipan atas sumbangan peribadi. Selanjutnya, sumbangan peribadi hendaklah tidak dibuat dengan tujuan membantu Colgate atau mana-mana syarikat kendaliannya mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Sama seperti kebanyakan syarikat multinational, Colgate tergolong dalam dan membayar yuran kepada sebilangan persatuan perdagangan dan industri di Amerika Syarikat. Untuk membantu memastikan persatuan perdagangan tidak menggunakan sebarang bahagian yuran yang dibayar oleh Colgate untuk sumbangan politik, Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan Colgate setiap tahun memaklumkan persatuan perdagangan A.S. mengenai dasar kita melarang sumbangan tersebut dan memerlukan setiap persatuan untuk menyertai dalam proses perakuan tahunan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk dasar sumbangan politik kita, yang boleh didapati dalam bahagian Tadbir Urus laman web www.ColgatePalmolive.com.

Kita melayani orang lain seCara beretiKa.

Ia merupakan dasar Syarikat bahawa pekerja Colgate mesti mematuhi sepenuhnya semua undang-undang antisogokan yang berkuat kuasa di seluruh dunia dan tidak boleh melibatkan diri dalam sebarang perbuatan penyogokan. Dengan itu, anda tidak boleh mencuba untuk mempengaruhi pertimbangan atau kelakuan mana-mana pihak luaran yang mana anda menjalankan perniagaan Syarikat dengan mereka dengan menjanjikan hadiah atau manfaat lain, atau dengan sebarang pendorong yang menyalahi undang-undang lain.

Selain itu, undang-undang melobi tertentu mungkin menghendaki Syarikat ini dan/atau pekerjanya mendaftar dan melaporkan sebagai pelobi jika pekerja Colgate berkomunikasi dengan pekerja kerajaan dengan tujuan mempengaruhi perundangan atau tindakan rasmi tertentu yang lain. Jika anda melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian, anda harus beritahu Organisasi Undang-undang Global.

Komitmen Colgate terhadap melayani kerajaan secara sah dan beretika dikenakan di seluruh dunia. Dasar Syarikat, Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), Amerika Syarikat, dan undang-undang antisogokan yang serupa di seluruh dunia melarang pekerja kita atau wakil mereka daripada memberi atau menawarkan wang atau sebarang benda yang mempunyai nilai – sama ada dalam bentuk tunai atau tidak, atau sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang lain – kepada mana-mana pegawai asing (yakni pekerja kerajaan, parti politik atau calon untuk jawatan politik asing) untuk mendorong pegawai itu supaya mempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan kerajaan, atau untuk membantu Syarikat mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Untuk memastikan anda tidak melanggar piawai ini, menjadi dasar Syarikat bahawa tiada bayaran, kecuali yang wajib dari segi undang-undang (misalnya, permit diperlukan atau bayaran lesen), atau hadiah berkaitan dengan aktiviti perniagaan Syarikat akan dibuat kepada pegawai asing, secara langsung atau tidak langsung, kecuali diluluskan terlebih dahulu oleh Organisasi Undang-undang Global sebagai sah dari segi undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang berkuat kuasa lain.

Sentiasa berterus terang dan jujur dalam berurusan dan berkomunikasi dengan pekerja kerajaan. Sebarang kenyataan palsu (lisan atau bertulis) yang diketahui atau disengajakan kepada pekerja kerajaan, terutamanya kenyataan palsu bersumpah, boleh mendedahkan Syarikat dan pekerjanya kepada hukuman yang berat.

Page 24: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

22 TATAKELAKUAN

Selain daripada pekerja yang biasa atau pekerja kerajaan tradisional, ingat bahawa di sesetengah negara pekerja boleh termasuk profesor universiti, guru sekolah, doktor gigi, doktor haiwan, doktor dan pekerja media kerajaan.

Untuk panduan yang lebih terperinci tentang dasar Syarikat dalam bahagian ini, lihat “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat” dan “Garis Panduan Colgate-Palmolive tentang Hubungan Perniagaan dengan Entiti Kerajaan,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Kita mengurusKan reKod menurut undang-undang.

Kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan rekod Syarikat (termasuk dokumen fizikal dan data elektronik).

Jika anda mendapat tahu atau telah menerima laporan tentang kewujudan sepina, litigasi, atau penyiasatan kerajaan yang akan berlaku, hubungi Organisasi Undang-undang Global dengan segera. Dalam hal yang demikian, anda harus menyimpan semua rekod yang mungkin responsif terhadap sepina itu, relevan kepada litigasi, atau yang mungkin berkaitan dengan penyiasatan tersebut, tanpa mengira keperluan Program Penyimpanan Rekod. Anda tidak boleh memusnahkan atau meminda rekod yang sedemikian, oleh kerana pemusnahan rekod yang tidak wajar boleh membawa akibat yang berat – termasuk hukuman sivil dan/atau jenayah – terhadap Syarikat dan anda secara peribadi. Jika anda mempunyai soalan tentang kaitan sesuatu rekod dengan sesuatu penyiasatan, litigasi atau sepina, hubungi Organisasi Undang-undang Global sebelum melupuskan rekod tersebut.

Kita mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa.

Dalam pengendalian operasi dalam dan luar negeri, Syarikat ini mematuhi sepenuhnya semua undang-undang yang berkenaan – terutama undang-undang Amerika Syarikat – yang mengawal import, eksport dan pengendalian perniagaan dengan entiti bukan Amerika Syarikat. Undang-undang ini mengandungi sekatan terhadap jenis produk yang boleh dimport ke Amerika Syarikat anda cara pengimportan. Undang-undang ini juga melarang mengeksport kepada, dan kebanyakan transaksi lain dengan, negara tertentu serta memberi kerjasama atau menyertai dalam boikot asing negara yang tidak diboikot oleh Amerika Syarikat. Pekerja Colgate harus menjalankan aktiviti Syarikat secara yang mematuhi sepenuhnya undang-undang negara di mana mereka beroperasi; tetapi, mungkin ada masa terdapat konflik antara undang-undang sesuatu negara dengan undang-undang Amerika Syarikat atau dasar Syarikat ini. Jika anda menyedari tentang konflik yang sedemikian, anda hendaklah memberitahu pengurus anda dan berunding dengan Organisasi Undang-undang Global.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang undang-undang ini dan negara berkaitan dengannya, lihat “Garis Panduan Aktiviti Perniagaan Antarabangsa Colgate-Palmolive,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

Saya memahami bahawa terdapat undang-undang yang melarang penyogokan pegawai kerajaan. Tetapi adakah undang-undang juga melarang penyogokan orang bukan pegawai kerajaan?

Terdapat undang-undang antisogokan yang melarang penyogokan dalam kalangan pihak perdagangan swasta; iaitu, penyogokan dagangan. Undang-undang ini adalah sama pentingnya – dan dikuatkuasakan dengan ketat – seperti penyogokan pegawai dan pekerja kerajaan.Sentiasa ingat bahawa dasar Syarikat dan undang-undang setempat melarang penyogokan sesiapa dalam menjalankan perniagaan Syarikat, sama ada pegawai kerajaan atau pun orang perseorangan.

S:j:

Bagaimanakah saya dapat memastikan berapa lama saya harus menyimpan rekod Syarikat dan bila saya boleh membuangnya?Rujuk kepada laman intranet Pengurusan Rekod Syarikat OurColgate.com > Lapan C-P > Undang-undang dan Kawal Selia atau hubungi Penyelaras Rekod setempat anda (di mana berkaitan).

S:j:

Page 25: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 23

Syarikat ini berusaha untuk menjadi ahli yang menyumbang kepada komuniti global. Kita ialah warga setiap tempat di mana kita beroperasi dan, seperti warga individu, mempunyai tanggungjawab sivik untuk menyokong kesihatan, pendidikan dan kebajikan komuniti tersebut.

Kita menyertai pendermaan dan KesuKarelawan tempatan.

Di seluruh dunia, matlamat kita ialah untuk menyertai projek yang memajukan perkembangan dan kebajikan komuniti tempatan. Projek sedemikian termasuk menyertai kempen amal dan memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang miskin, tercedera dan tak berumah semasa bencana negara. Fokus utama kita adalah pada orang muda, terutama pendidikan orang muda. Colgate percaya bahawa pelaburan dalam kanak-kanak hari ini akan memanfaatkan kita semua di hari esok. Justeru itu Syarikat ini menaja program membaca, inisiatif pementoran, pertandingan olahraga dan aktiviti belia yang lain di seluruh dunia. Usaha-usaha ini menggalakkan semangat pertandingan dan pencapaian dalam belia.

Syarikat ini juga menggalakkan pekerjanya menyertai aktiviti amal tempatan pilihan mereka mengikut masa mereka sendiri.

Kita beKerjasama dengan Kerajaan dalam isu yang menjejasKan perniagaan Kita.

Sebenar-benarnya global dalam skop, Syarikat ini menjual produknya di 200 negara dan sempadan. Menjadi dasar kita untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan nasional. Dari semasa ke semasa, mungkin timbul masalah yang menjejaskan perniagaan kita. Selepas membuat pertimbangan teliti, Syarikat akan menawarkan pendapat dan saranan kepada kerajaan tentang masalah tertentu untuk menyokong matlamat dan keperluan perniagaan kita.

Kita menentang amalan buruh yang bersifat mengeKsploitasi dan tidaK berperiKemanusiaan.

Colgate menentang penggunaan haram buruh kanak-kanak, eksploitasi kanak-kanak, dan semua jenis layanan yang tidak boleh diterima terhadap pekerja. Lagipun, menjadi dasar Colgate untuk tidak berurus niaga dengan mana-mana pembekal atau kontraktor yang diketahui beroperasi dengan layanan yang tidak boleh diterima terhadap pekerja seperti eksploitasi kanak-kanak, hukuman fizikal, penderaan wanita, perhambaan paksa, atau penderaan jenis lain. Syarikat ini tidak menerima penderaan kanak-kanak atau pelanggaran undang-undang buruh lain, dan jika sebarang pelanggaran dasar kami diketahui oleh Syarikat, ia menjadi asas untuk menamatkan dengan segera hubungan perniagaan.

Kita menunjuKKan Komitmen Kita terhadap haK asasi manusia sejagat.

Colgate komited untuk menghormati hak asasi manusia di seluruh dunia. Untuk mencapai tujuan itu, Colgate mengamalkan dan cuba berurusan dengan rakan kongsi perniagaan yang menggalakkan piawai berikut:

hUB UNGAN KITA DENGAN MASYARAK AT

Page 26: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

24 TATAKELAKUAN

• peluang sama rata bagi semua pekerja pada setiap peringkat tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, seks, identiti jantina, negara asal, keetnikan, umur, orientasi seks, ketidakupayaan, status perkahwinan, status veteran atau sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang dalam sebarang terma atau syarat pekerjaan;

• tempat kerja yang selamat dan sihat yang melindungi kesihatan manusia dan persekitaran;

• membayar pekerja upah yang membolehkan mereka memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asas mereka, dan memberikan pekerja peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka;

• menghormati kebebasan berpersatuan pekerja yang sah di sisi undang-undang; dan

• bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti di mana kita berurus niaga untuk meningkatkan pendidikan, budaya, ekonomi dan kesejahteraan sosial dalam komuniti tersebut.

Page 27: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 25

Persekitaran yang lebih bersih dan lebih sihat adalah penting bagi Colgate bukan sahaja kerana ini perkara yang patut tetapi kerana ini juga pertimbangan perniagaan yang waras. Keutamaan kita dalam memainkan peranan melindungi planet ditumpukan pada beroperasi dengan cara yang selamat kepada persekitaran dan melindungi dunia kita untuk generasi masa depan.

Kita Komited terhadap Kebertahanan dan tanggungjawab sosial.

Di Colgate, kebertahanan adalah kewajipan perniagaan jangka panjang yang penting terhadap kejayaan Syarikat ini. Ia bertapak dalam nilai Colgate kita iaitu Keprihatinan, Kerja Berpasukan Global dan Peningkatan Berterusan. Fokus kita adalah pada Pekerja, Prestasi dan Planet.

Selain itu, kita komited untuk mencapai objektif kemapanan global untuk memastikan perniagaan Colgate berkembang dengan cara yang konsisten dan bertanggungjawab dan memanfaatkan orang yang kita berkhidmat, termasuk pekerja, pemegang saham kita dan pemegang kepentingan lain di peringkat global sementara menggalakkan kesejahteraan generasi akan datang.

Selama beberapa tahun yang lalu, komitmen kita kepada kebertahanan dan tanggungjawab sosial telah meningkat sambil kita menyepadukan inisiatif ini ke dalam operasi perniagaan kita. Pendekatan bersepadu ini ini telah memperkukuhkan kebertahanan dan tanggungjawab sosial kita dan pencapaian perniagaan kita, membantu kita merekrut dan mengekalkan bakat yang terbaik, mempertingkatkan perhubungan kita dengan pemegang saham, dan menawarkan peluang untuk inovasi. Boleh jadi yang paling penting, komitmen ini telah meneruja dan menarik pekerja Colgate di serata dunia.

Dasar dan program kesinambungan kita dirumuskan untuk tatapan anda di bahagian “Mengamalkan Nilai Kita” di laman web www.ColgatePalmolive.com.

Kita menjaga dan melindungi perseKitaran.

Syarikat ini komited untuk melindungi persekitaran. Oleh itu, kita semua harus mematuhi dengan ketat undang-undang dan peraturan persekitaran yang berkenaan yang tersurat dan tersirat dan dasar awam yang diwakilinya. Individu atau pengurus dalam Syarikat ini tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kelakuan yang tidak mematuhi dasar ini, atau untuk membenarkan, mengarah, meluluskan atau menyokong kelakuan sedemikian oleh sesiapa sahaja.

Kita akan menggalakkan komunikasi terbuka dengan orang awam dan cuba mewujudkan perkongsian yang aktif dan produktif dengan komuniti di mana kita beroperasi. Kita akan terus berkongsi maklumat dengan pengguna tentang dasar dan program persekitaran kita dan bekerjasama dengan ketua komuniti dan semua orang lain yang mempunyai komitmen yang sama untuk melindungi persekitaran kita bagi generasi akan datang.

Dalam dunia kita yang sentiasa berubah-ubah, Colgate amat mementingkan beroperasi secara bertanggungjawab dan hormat. Usaha ini telah meningkatkan kecekapan dan kelebihan kewangan untuk Syarikat. Kami tahu bahawa masih banyak lagi yang harus dicapai. Strategi berterusan kita untuk mengurangkan jejak kaki kita di persekitaran akan kekal menjadi bahagian yang penting dalam penghasilan, pembungkusan, pengedaran dan pemasaran produk kita.

Untuk maklumat lanjut tentang undang-undang persekitaran yang berkenaan dengan Syarikat dan dasar dan prosedur berkaitan Syarikat, sila rujuk kepada “Kenyataan Dasar Persekitaran, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Colgate-Palmolive,” yang terdapat dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan Syarikat.

hUB UNGAN KITA DENGAN PERSEKITARAN

Page 28: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

26 TATAKELAKUAN

Kita berusaha untuk berkhidmat demi kepentingan pemegang saham kita dan membina nilai pemegang saham.

Kita menduKung tadbir urus Korporat yang baiK demi melindungi nilai pemegang saham.

Dasar dan program tadbir urus korporat Syarikat yang merupakan satu komponen penting Tatakelakuan ini, bertindak sebagai perlindungan penting pemegang saham. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak “sekatan dan imbangan” telah ditubuhkan oleh Kongres, Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC), Bursa Saham New York (NYSE), dan pengawal atur dan pihak berkuasa lain di seluruh dunia demi menggalakkan kelakuan korporat beretika yang telah menjadi amalan piawai Colgate sejak bertahun-tahun. Pemegang saham kita mendapat perkhidmatan yang baik daripada lembaga pengarah yang bebas, yang segolongan besar terdiri daripada pengarah bebas, dan jawatankuasa bebas yang mengendalikan hal-hal audit, pampasan dan tadbir urus. Piagam jawatankuasa dan garis panduan tadbir urus yang sering dikemas kini menggariskan dengan jelas peranan dan tanggungjawab pengarah dan dasar tadbir urus korporat Syarikat.

Untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci tentang program tadbir urus korporat Syarikat, sila lihat “Garis Panduan Lembaga Pengarah Colgate-Palmolive tentang Isu-isu Penting Tadbir Urus Korporat” dan piagam Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat, Jawatankuasa Kakitangan dan Organisasi dan Jawatan Kuasa Kewangan Syarikat, kesemuanya terdapat di laman web Syarikat.

Kita mengeKalKan program audit yang KuKuh untuK menambah KeyaKinan pelabur.

Syarikat ini komited terhadap kualiti, integriti dan ketelusan laporan kewangannya. Komitmen ini dapat dilihat dalam dasar dan prosedur berterusan Syarikat, termasuk kumpulan audit dalaman yang mengawas kawalan kewangan seluruh dunia, juruaudit bebas yang diberikan mandat luas, dan Jawatankuasa Audit bebas yang mengendalikan bahagian-bahagian tersebut. Untuk memaksimumkan keberkesanan sumber-sumber ini, pekerja kita dikehendaki melibatkan diri dalam komunikasi yang terbuka dan jujur dan pertukaran maklumat yang bebas dengan juruaudit dalaman dan luar dan Jawatankuasa Audit.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang peranan penting juruaudit dalaman, juruaudit bebas dan Jawatankuasa Audit Syarikat ini, sila lihat “Piagam Jawatankuasa Audit Syarikat Colgate-Palmolive,” yang terdapat pada laman web Syarikat.

Kita sentiasa memaKlumKan pemegang saham tentang Kemajuan syariKat.

Setiap tahun pemegang saham dipelawa untuk menghadiri mesyuarat tahunan Syarikat di mana kemajuan Syarikat sepanjang tahun lepas ditinjau semula dan pemegang saham berpeluang mengemukakan soalan kepada pengurusan kanan Syarikat. Dalam bulan-bulan yang berselang, pemegang saham boleh melawat laman web Syarikat, www.colgate.com, untuk mendapatkan maklumat tentang pelancaran produk baharu, penyata kewangan terkini dan perkembangan perniagaan lain.

hUB UNGAN KITA DENGAN PEMEGANG SAhAM

Page 29: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 27

Mempunyai tatakelakuan bertulis sahaja tidak mencukupi – piawai kelakuan ini harus disampaikan dan dipatuhi oleh mereka yang dikehendaki mematuhinya.

KomuniKasi dan pendedahan adalah penting.

Dalam menerima pekerjaan dengan Colgate, kita semua bertanggungjawab terhadap pematuhan pada piawai kelakuan ini, bersama dengan semua undang-undang dan peraturan dan garis panduan yang lebih terperinci yang terkandung dalam Garis Panduan Amalan Perniagaan dan dalam dasar, prosedur dan garis panduan lain yang disediakan oleh Syarikat kita dan subsidiari, unit operasi dan bahagian-bahagiannya. Pengurus bertanggungjawab menyampaikan piawai-piawai ini kepada orang yang bekerja dengan mereka, memastikan yang mereka memahami dan mematuhi piawai tersebut, dan mewujudkan suasana di mana pekerja boleh berbincang dengan bebas tentang masalah etika dan undang-undang.

jabatan etiKa dan pematuhan global Colgate mengendali dan menyelia pematuhan.

Pematuhan terhadap Tatakelakuan dan Garis Panduan Amalan Perniagaan akan diawasi oleh Jabatan Etika dan Pematuhan Global. Jabatan ini akan melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Colgate tentang penubuhan, pelaksanaan dan penguatkuasaan Tatakelakuan ini dan program yang berkaitan.

Maklumat yang dilaporkan kepada Jabatan Etika dan Pematuhan Global atau melalui saluran lain adalah, sebagaimana wajar, disampaikan secara sulit kepada Jawatankuasa Audit.

TANGGUNGjAWAB TERhADAP P E M AT U h A N

Page 30: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

28 TATAKELAKUAN

MEMINTA PANDUAN DAN MELAPORKAN KEKhUATIRANanda digalaKKan meminta panduan.

Tatakelakuan ini tidak dapat memberikan jawapan muktamad kepada semua soalan. Untuk itu kita harus akhirnya bergantung pada budi bicara baik setiap orang tentang apa yang dikehendaki untuk mematuhi piawai tinggi Syarikat ini, termasuk mengetahui masa yang sesuai untuk meminta panduan tentang kelakuan yang wajar.

Dalam kebanyakan situasi, soalan berkenaan garis panduan yang diterangkan dalam Tatakelakuan ini harus dibawa kepada perhatian pengurus langsung anda atau kepada Organisasi Undang-undang Global, yang mungkin seterusnya merujuk perkara tersebut kepada penyelianya, seorang peguam lain di Organisasi Undang-undang Global, Jabatan Etika dan Pematuhan Global, atau Jabatan Sumber Manusia bagi unit atau bahagian berkaitan. Anda juga boleh menghubungi sendiri pengurusan di peringkat lebih tinggi atau Jabatan Etika dan Pematuhan Global – secara langsung atau melalui Talian Penting Tatakelakuan, seperti diterangkan di bawah.

anda mesti melaporKan pelanggaran yang disyaKi.

Jika anda mengetahui tentang atau mempunyai sebab untuk mengesyaki pelanggaran terhadap Tatakelakuan ini atau garis panduan Syarikat yang lain, anda dikehendaki melaporkan dengan segera maklumat tersebut kepada pengurus anda, Sumber Manusia atau Organisasi Undang-undang Global . Sebaliknya, anda juga bebas untuk memberitahu peringkat pengurusan yang lebih tinggi atau Jabatan Etika dan Pematuhan Global tanpa khuatir akan tindakan balas. Colgate tidak akan membalas dendam terhadap mana-mana individu yang secara jujur melaporkan maklumat tentang kemungkinan pelanggaran, atau yang menyertai dalam sebarang penyiasatan atau prosiding oleh Syarikat atau kerajaan, kecuali maklumat yang diberikan didapati sengaja didustakan. Syarikat ini juga akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memelihara kerahsiaan identiti individu dan maklumat yang diberikannya dan hanya akan mendedahkan maklumat itu atas dasar perlu tahu jika pendedahan adalah:

• Tidak dapat dielakkan demi menjalankan penyiasatan yang berkesan dan mengambil tindakan yang wajar atau

• Sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang berkuat kuasa.

anda boleh menghubungi etiKa dan pematuhan Colgate-palmolive talian etiKa.

Tujuan Talian Etika Colgate-Palmolive ialah:

• Untuk memberi nasihat kepada pekerja Colgate dan membantu menjelaskan bagaimana Tatakelakuan ini boleh dikenakan kepada situasi tertentu; dan

• Untuk menyediakan cara alternatif untuk berhubung bagi membolehkan pekerja untuk mengemukakan kepada Syarikat tentan maklumat kelakuan yang disyaki, pelanggaran undang-undang, atau aktiviti yang bertentangan dengan Tatakelakuan.

Anda boleh menghubungi Etika dan Pematuhan Global ) melalui TalianTatakelakuan) 24-jam di 1-800-778-6080 (Amerika Syarikat) atau 1-212-310-2330 (caj balikan dari semua lokasi lain di luar Amerika Utara).

Anda juga boleh menghubungi Etika dan Pematuhan Global melalui pos, e-mel atau faks. Alamat pos ialah:

Etika dan Pematuhan Global Colgate-Palmolive Company 300 Park Avenue, 8th Floor

New York, NY 10022

Alamat e-mel sulit ini ialah: [email protected]. nombor telefon faks sulit ialah: 1-212-310-3745.

Page 31: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 29

Kami menggalakkan anda agar menghubungi Jabatan Etika dan Pematuhan Global untuk bertanya tentang atau melaporkan sebarang pelanggaran Tatakelakuan yang disyaki. Kita menganggap kebimbangan anda adalah serius dan semua pelanggaran yang dilaporkan akan disiasat dengan segera. Orang yang melaporkan tidak sekali-kali harus menjalankan penyiasatan sendiri kerana ini boleh melibatkan masalah undang-undang yang kompleks. Bertindak seorang diri boleh mengkompromi integriti penyiasatan dan menjejaskan Colgate dan anda dengan berat.

Kita menggalakkan anda supaya mengenal pasti diri anda apabila memanggil untuk memudahkan penyiasatan dan penyusulan. Jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan, anda boleh memberi maklumat secara tanpa nama. Terdapat undang-undang dalam negara tertentu yang mengehadkan jenis maklumat yang boleh dilaporkan melalui hotline. Jika undang-undang ini dikenakan pada situasi anda, seorang wakil Jabatan Etika dan Pematuhan Global akan merujukkan anda kepada orang dalam unit perniagaan anda yang boleh membantu pertanyaan atau kekhuatiran anda.

Untuk tujuan penyiasatan pelanggaran atau pelanggaran yang disyaki terhadap Tatakelakuan atau Garis Panduan Amalan Perniagaan, data peribadi yang dikumpulkan dalam satu negara mungkin perlu dipindahkan ke negara-negara lain. Selanjutnya, sebarang pelanggaran Tatakelakuan atau Garis Panduan Amalan Perniagaan yang sebenar atau yang disyaki boleh menyebabkan laporan dibuat ke Jabatan Etika & Pematuhan Global yang mungkin mengandungi data peribadi. Dalam hal yang demikian, data peribadi mungkin digunakan oleh pekerja Syarikat dan entiti Colgate yang menyertai operasi Jabatan Etika dan Pematuhan Global untuk menyiasat laporan tersebut, tetapi hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk tujuan ini (dan selepas itu data peribadi demikian akan dilupuskan atau disimpan mengikut keperluan dasar Syarikat atau undang-undang).

tindaKan disiplin mungKin diambil.

Dasar Syarikat adalah “toleransi sifar” bagi sebarang kelakuan yang melanggar Tatakelakuan atau Garis Panduan Amalan Perniagaan. Ini bermaksud apabila kejadian pelanggaran telah disahkan berlaku, tindakan yang bersesuaian yang setara dengan sifat semula jadi dan keterukan pelanggaran akan diambil. Dengan itu, Syarikat berhasrat untuk menghalang kejadian yang tidak mematuhi Tatakelakuan atau Garis Panduan Amalan Perniagaan dan untuk menghentikan sebarang kelakuan tersebut yang mungkin berlaku secepat mungkin selepas pendedahannya. Pekerja Colgate yang melanggar Tatakelakuan atau Garis Panduan Amalan Perniagaan mungkin tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga kepada dan termasuk penamatan, tertakluk pada undang-undang setempat.

tataKelaKuan ini diKenaKan Kepada semua peKerja Colgate dan aKtiviti syariKat.

Tatakelakuan ini dikenakan pada semua orang yang bekerja dengan Syarikat Colgate-Palmolive dan subsidiarinya, termasuk pegawai, dan juga dikenakan pada pengarah dan wakil Syarikat sejajar dengan undang-undang yang berkuat kuasa. Salinan Tatakelakuan ini, yang boleh didapati dari Jabatan Etika & Pematuhan Global, hendaklah diberikan kepada orang atau entiti yang diambil dan diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Syarikat di bahagian-bahagian yang berkaitan dengan Tatakelakuan ini. Pekerja Colgate di seluruh dunia menunjukkan pematuhan mereka terhadap pematuhan dan piawai etika Syarikat dengan menyertai dalam latihan dan perakuan Tatakelakuan setiap tahun.

Page 32: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

30 TATAKELAKUAN

AntiGangguan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7

Antisogokan/FCPA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 21

Buruh Kanak-kanak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7, 23

Hadiah dan Keraian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15

Hak Asasi Manusia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 23

Hubungi Kami . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 28

Kawalan Import/Eksport . . . . . . . . . . . . . . . . . 22

Kebertahanan/Tanggungjawab Sosial . . . . . . . 25

Kesukerelawan dan Pendermaan . . . . . . . . . . . 23

Ketepatan Pengiklanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 17

Konflik Kepentingan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 8

Kualiti dan Keselamatan Produk . . . . . . . . . . . 17

Lembaga Pengarah Colgate . . . . . . . . . . . . . . . 14

Maklumat Sulit Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9

Maklumat Sulit Orang Lain . . . . . . . . . . . . . . . 16

Melaporkan Pelanggaran yang Disyaki . . . . . 28

Pelanggan Kita . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15

Pengguna Kita. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 17

Pengurusan Rekod . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 22

Perlindungan Aset Syarikat . . . . . . . . . . . . . . . 12

Permintaan Media . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11

Persatuan Perdagangan dan Industri . . . . . . . 21

Persekitaran Kerja Selamat . . . . . . . . . . . . . . . . . 7

Pilih Kasih . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7, 9

Privasi Data . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10

Rahsia Perdagangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9, 16

Rekod Kewangan Tepat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11

Sumbangan Politik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 21

Sumber IT/Media Sosial . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12

Talian Etika . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 28

Tatakelakuan Pembekal . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 15

Tiada Pembalasan . . . . . . . . . . . . bahagian dalam kulit belakang

Tindakan Disiplin . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 29

Toleransi Sifar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 29

Undang-undang Perdagangan

Orang Dalam/Sekuriti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 20

Undang-undang Persaingan/Antitrust . . . . . . 19

INDEKS ISI KANDUNGAN TATAKELAKUAN

Page 33: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 31

SOALAN LA ZIM (FAQ)S: Di manakah boleh saya mendapatkan Tatakelakuan Colgate?

J: Anda boleh mendapatkannya di OurColgate.com dan juga pada laman web luaran Colgate iaitu www.ColgatePalmolive.com. Jika anda tidak mempunyai akses, anda juga boleh mendapatkan salinan dari Sumber Manusia di mana-mana di seluruh dunia. Tatakelakuan tersedia dalam 40 bahasa.

S: Bagaimanakah boleh saya tahu piawai apa yang dikenakan di tempat kerja?

J: Colgate mematuhi semua undang-undang dan pengawalaturan di mana-mana sahaja kita beroperasi. Selain daripada itu, mungkin terdapat dasar dan prosedur khusus Syarikat yang menangani topik tersebut. Mulakan dengan Tatakelakuan— tetapi pastikan untuk bertanyakan pengurus anda, Sumber Manusia, Etika dan Pematuhan Global, atau Organisasi Undang-undang Global jika anda tidak menemui jawapan yang sedang mencari.

S: Kepada siapakah Takelakuan dikenakan?

J: Semua pekerja Colgate di semua peringkat mesti mematuhi Tatakelakuan. Tidak ada pengecualian.

S: Bagaimanakah sekiranya saya melanggar dasar Syarikat secara tidak sengaja?

J: Semua pekerja Colgate mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tindakan mereka selaras dengan Tatakelakuan. Inilah sebabnya kita meminta anda mengkaji semula dan mengesahkan Tatakelakuan setiap tahun, dan untuk melengkapkan sebarang latihan yang telah diperuntukkan kepada anda. Anda juga diharapkan untuk membawa ke depan sebarang soalan atau kekhuatiran anda kepada pengurus anda, Etika dan Pematuhan Global, atau Organisasi Undang-undang Global. Jika anda mengambil tindakan yang tidak konsisten dengan kelakuan yang diterangkan dalam Tatakelakuan atau dasar Syarikat yang lain, yang menyatakan bahawa anda mempunyai hasrat yang baik atau anda tidak tahu tindakan anda tidak bersesuaian mungkin tidak melindungi anda daripada tindakan disiplin atau akibat undang-undang.

S: Pengurus saya memberitahu saya sesuatu yang saya rasa mungkin melanggar undang-undang. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Anda hendaklah bercakap dengan pengurus anda untuk memastikan anda memahami permintaan tersebut. Sekiranya, selepas perbualan, anda masih lagi ragu-ragu, anda hendaklah menghubungi Etika dan Pematuhan Global di Talian Etika Colgate Colgate-Palmolive atau Organisasi Undang-undang Global untuk melaporkan kekhuatiran anda:

Talian Etika Syarikat Colgate-Palmolive [email protected]

1-800-778-6080 (Amerika Utara) 1-212-310-2330 (caj balikan dari semua lokasi lain di luar Amerika Utara)

1-212-310-3745 (Faks)

Ingat, melanggar undang-undang sama sekali tidak diterima, tidak kira siapa yang menyuruh anda melakukannya. Jangan sekali-kali merisikokan kerja anda atau reputasi syarikat dengan melakukan sesuatu yang haram atau tidak beretika.

Page 34: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

32 TATAKELAKUAN

S: Di manakah boleh saya dapatkan latihan mengenai soalan tambahan berkaitan dengan pematuhan dan etika?

J: Hubungi Sumber Manusia, Pendidikan dan Latihan Global, Organisasi Undang-undang Global atau Etika dan Pematuhan Global.

S: Adakah Tatakelakuan sulit?

J: Tidak, kita memastikan Tatakelakuan kita tersedia pada laman web kita dan menyediakan salinan apabila diminta.

S: Adakah kita mengharapkan pembekal kita untuk mematuhi Tatakelakuan Colgate?

J: Kita mengharapkan pembekal kita untuk menunjukkan piawai etika yang tinggi sama seperti yang kita patuhi dalam syarikat. Syarikat Colgate-Palmolive telah membangunkan Tatakelakuan Pembekal, yang tersedia dalam beberapa bahasa dan boleh didapati pada laman web Syarikat kita di bawah bahagian “Bekerja Dengan Kami” bagi Pembekal.

Page 35: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

COLgATE-PALmOLivE COmPANy 33

dasar buKan pembalasan

Ia merupakan dasar dan amalan Colgate untuk mengekalkan piawai etika yang tertinggi dan untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada kelakuan yang tidak berpatutan dan menyalahi undang-undang yang mana pekerja digalakkan untuk berkongsi kekhuatiran mereka dengan Syarikat tanpa takut akan pembalasan. Oleh itu, di Colgate, tiada tindakan yang teruk akan diambil terhadap pekerja, bekas pekerja, ejen atau pihak ketiga kerana mengadu mengenai, melaporkan, menyertai dalam atau membantu dalam penyiasatan pelanggaran yang disyaki bagi Tatakelakuan Syarikat, dasar Syarikat atau undang-undang yang berkuat kuasa, melainkan dakwaan yang dibuat atau maklumat yang diberikan didapati salah secara sengaja. Setakat mana yang dibenarkan, Colgate akan mengekalkan kerahsian semua aduan. Semua dakwaan pembalasan akan disiasat, dan jika bersesuaian, tindakan disiplin akan diambil, sehingga kepada dan

termasuk penamatan.

PELAJARI • BERTINDAK • BERSUARA

Anda boleh menghubungi Etika dan Pematuhan Global melalui Talian Etika Colgate-Palmolive

24 jam kami di 1-800-778-6080 (Amerika Syarikat) atau 1-212-310-2330 panggilan pindah bayaran (Antarabangsa),

atau melalui mel biasa, e-mel atau faks

Etika dan Pematuhan Global Colgate-Palmolive Company 300 Park Avenue, 8th Floor

New York, NY 10022

[email protected]

1-212-310-3745 (faks)

Page 36: TATAKELAKUAN - colgate.com · Hubungan anda dengan penyelia anda harus berlandaskan sikap saling percaya mempercayai dan hormat menghormati. Anda dan penyelia anda adalah …

D12-128 5/12

CorporateCommunications300ParkAvenueNewYork,NY10022-7499