Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil...

32
Tatakelakuan Perniagaan Kita.

Transcript of Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil...

Page 1: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Tatakelakuan Perniagaan Kita.

Page 2: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Isi Kandungan

Bahagian 1: Tatakelakuan Perniagaan Kita

• Perutusan daripada Dave Lewis, Ketua 3 Pegawai Eksekutif Kumpulan

• Menghayati Tatakelakuan 5

• Bagaimana saya boleh bersuara? 6

• Direktori Hubungan Talian Pelindung 7

Bahagian 2: Panduan Tatakelakuan

Menjaga pelanggan kita

• Harga dan pemasaran yang jelas 12

• Standard makanan & produk 14

• Melindungi data pelanggan & rakan sekerja 16

Bekerja bersama-sama

• Kesihatan & keselamatan 20

• Peluang sama rata, diversiti 22 & inklusiviti

• Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil

Berniaga dengan adil

• Undang-undang persaingan 28

• Sanksi dan sekatan eksport 30

• Hak asasi manusia dan 32 perdagangan beretika

• Undang-undang yang 34 melindungi pembekal

• Jenama & harta intelek 36

Melindungi reputasi kita

• Penipuan 40

• Rasuah 42

• Hadiah & keraian 44

• Percanggahan kepentingan 46

• Sumbangan amal 48

• Pertukaran maklumat dalaman & 50 penyalahgunaan pasaran

• Penglibatan dalam aktiviti politik 52

• Perakaunan tepat & pengubahan 54 wang haram

• Menyimpan maklumat kita dengan selamat 56

• Komunikasi luar & penggunaan 58 media sosial

Nilai-Nilai Kita 60

Kemahiran Kepimpinan Kita 61

Mukasurat Mukasurat

Tatakelakuan Perniagaan kita merupakan tunggak utama menjalankan perniagaan kita dan direka untuk membantu dan melindungi kita. Ia amat penting untuk kita semua memahami peraturan yang perlu dipatuhi dan kelakuan yang diharapkan daripada kita untuk melindungi rakan sekerja, melaksanakan kerja terbaik bagi pelanggan serta melindungi reputasi kita.

Sama ada kita baru atau telah lama bekerja di Tesco, marilah kita sama-sama meluangkan masa untuk memahami kandungan dan bagaimana kita boleh menggunakan Tatakelakuan ini.

Tatakelakuan kita menyampaikan makna yang lebih mendalam selain pematuhan undang-undang dan polisi kita semata-mata. Ianya mengenai Nilai dan Tingkah Laku Kepimpinan kita untuk membimbing kelakuan kita dan membuat keputusan agar kita sentiasa melakukan perkara yang betul sesama rakan sekerja dan Tesco.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kelakuan anda atau orang lain, anda mesti terus bersuara dan berbincang dengan seseorang yang anda percayai, bermula dengan pengurus anda. Sebagai alternatif, anda boleh berbincang dengan pasukan-pasukan Pengurusan Kakitangan ataupun Undang-undang anda. Jika anda perlu menyuarakan kebimbangan anda tanpa mendedahkan nama, anda boleh menghubungi Talian Pelindung dengan penuh yakin.

Kita semua patut berasa bangga dengan perniagaan dan sumbangan kita. Dengan menghayati Tatakelakuan kita, kita dapat membina perniagaan yang lebih kukuh untuk masa depan.

Dave Lewis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Perutusan daripada Dave Lewis Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 3Tatakelakuan Perniagaan Kita2

Page 3: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Sebagai rakan sekerja, kami mengharapkan anda:

• Mengetahui kandungan Tatakelakuan dan bagaimana untuk mendapatkannya;

• Mengikut Panduan Tatakelakuan yang terkandung di mukasurat 8-59. Panduan ini memberi bimbingan, senarai polisi serta pihak yang boleh dirujuk sekiranya anda memerlukan bantuan untuk menangani 21 isu utama yang mungkin menyentuh kerja harian anda.

• Menyempurnakan latihan Tatakelakuan agar anda berkeyakinan untuk menangani isu kompleks;

• Meminta bantuan jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan;

• Sering memikirkan “bagaimana” sesuatu dilakukan seiring dengan “apa” yang perlu anda lakukan (rujuk mukasurat 61); dan

• Bersuara jika anda berpendapat bahawa Tatakelakuan atau Nilai Tesco telah dilanggar dalam apa jua cara.

Jika anda pengurus insan, kami berharap anda:

• Melindungi pasukan anda dengan memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran dan latihan yang selaras dengan tugas mereka;

• Mengurus risiko secara efektif, tidak mengambil risiko atau menyuruh orang lain mengambil risiko yang tidak berpatutan. Ini termasuk risiko yang menyalahi undang-undang, tidak beretika, mengakibatkan kemudaratan atau kecederaan pada rakan sekerja, pelanggan, jenama kita atau pihak yang berkepentingan yang bekerja dengan kita dalam masyarakat;

• Memimpin dengan jelas dan konsisten ketika berhadapan dengan isu-isu Tatakelakuan;

• Menawarkan ganjaran untuk kelakuan yang mendukung Nilai Tesco, menyemai budaya inklusiviti dan integriti dalam pasukan anda; dan

• Tidak membenarkan kelakuan tidak beretika dibiarkan tanpa sebarang tindakan sekiranya anda mengenalpasti salahlaku ataupun ia dibawakan ke perhatian anda oleh orang lain.

Menghayati Tatakelakuan

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita4 5

Page 4: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Bagaimana saya boleh bersuara?Kepada siapakah saya harus bersuara?

• Dalam setiap apa yang kita lakukan, ianya penting untuk sentiasa mempunyai hubungan terbuka dan jujur dengan pengurus anda.

• Ini bermakna bahawa pengurus anda adalah orang pertama yang anda harus hubungi – melainkan anda berpendapat bahawa mereka telah melanggar Tatakelakuan.

• Jika anda tidak dapat berbincang dengan Pengurus anda, anda boleh berbincang dengan pasukan Pengurusan Kakitangan, Pengarah Undang-undang ataupun Pengarah Sekuriti anda.

• Sebagai alternatif, anda boleh memanjangkan kebimbangan anda dalam fungsi perniagaan anda sendiri sekiranya pengurus anda masih tidak menyelesaikan kebimbangan anda.

• Sekiranya anda perlu membangkitkan kebimbangan anda dengan penuh keyakinan, anda boleh menghubungi Talian Pelindung tempatan anda.

Talian Pelindung Kita Talian Pelindung membolehkan anda membangkitkan kebimbangan tentang salah laku di tempat kerja. Jika anda berpendapat bahawa anda tidak dapat berbincang dengan Pengurus ataupun pasukan Pengurusan Kakitangan anda, anda boleh menghubungi Talian Pelindung untuk:

• Menyuarakan sebarang kebimbangan mengenai sesuatu perkara di tempat kerja yang anda anggap mungkin menyalahi undang-undang, melanggar Tatakelakuan atau bertentangan dengan polisi syarikat.

• Melaporkan apa jua yang anda anggap membahayakan rakan sekerja, pelanggan atau orang ramai.

• Berkongsi sebarang kebimbangan anda - bahawa maklumat tentang perkara ini sengaja disembunyikan.

Talian Pelindung benar-benar sulit dan dikendalikan oleh sebuah syarikat bebas oleh Tesco. Anda tidak perlu memberi nama anda ketika anda menelefon, namun jika anda memberi nama anda, pasukan Talian Pelindung dapat memberikan laporan kemas kini kepada anda mengenai keputusan sebarang penyiasatan dan juga dapat menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut jika perlu.Sebagai sebuah perniagaan, kita menyokong Akta Pendedahan Kepentingan Awam UK 1998 (dan undang-undang asing bersamaan dengannya) yang melindungi kerahsiaan aduan. Ini bermaksud bahawa selagi anda bertindak dengan niat baik dan kebimbangan anda adalah kebimbangan sebenar, anda adalah dilindungi di sisi undang-undang daripada pemangsaan dan tidak menanggung risiko sebarang bentuk balasan, termasuk kehilangan pekerjaan anda akibat membangkitkan kebimbangan – meskipun jika anda silap.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjutan?

• Polisi Pemberi Maklumat

Direktori Hubungan Talian Pelindung di seluruh kumpulan

Talian Pelindung Alamat Emel Nombor Telefon

UK/OneStop [email protected] 0800 374199

Ireland [email protected] 1800 567014

Poland [email protected] 0800 255 290

Czech Republic [email protected] 800 114 477

Slovakia [email protected] 0800 188404

Hungary [email protected] 0680 33 00 22

India (Star Bazaar) [email protected] 00 91 22 4974 2274

Tesco Bengaluru [email protected] 00 0800 440 1286

Thailand [email protected] 1800 019099

Malaysia [email protected] 1800 806524

Hong Kong* [email protected] 0800 930770

Tesco Bank [email protected] 0800 374199

Booker [email protected] 0800 374199

dunnhumby [email protected] Lihat [Laman bagi nombor telefon negara]

*Nota: Terdapat nombor telefon individu bagi lokasi nombor hab & bukan hab.

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita6 7

Page 5: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Panduan TatakelakuanHalaman-halaman berikut menggariskan panduan untuk menangani 21 isu utama yang mungkin anda hadapi dalam kerja harian anda. Setiap bahagian mengandungi satu seksyen Soalan & Jawapan, senarai polisi yang relevan dan pihak-pihak yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan bantuan.

Isu-isu tersebut dihimpunkan ke dalam empat bahagian.

Menjaga pelanggan kita mukasurat 10

Bekerja bersama-sama mukasurat 18

Berniaga secara adil mukasurat 26

Melindungi reputasi kita mukasurat 38

9Tatakelakuan Perniagaan Kita8 Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 6: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

1. Menjaga pelanggan kita

Nilai kita, iaitu “Kita berusaha paling gigih untuk pelanggan”, menjadi tunggak kejayaan kita dan mendorong kita memahami pelanggan kita dan memenuhi keperluan mereka setiap hari. Bahagian Tatakelakuan ini menyentuh isu-isu tentang pemberian maklumat harga yang jelas kepada pelanggan dan perlindungan data mereka.

Harga & pemasaran jelas mukasurat 12

Standard makanan & produk mukasurat 14

Melindungi data mukasurat 16pelanggan & rakan sekerja

11Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 7: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Harga & pemasaran yang jelas Soalan & Jawapan

Mengapa in penting?Pengiklanan dan pemasaran adalah antara cara paling berkesan untuk kita berinteraksi dengan pelanggan kita. Pelanggan memaklumkan kita bahawa komunikasi yang jelas tentang produk dan harga kita adalah penting kepada mereka. Sama ada melalui pengiklanan televisyen ataupun cetak, bahan Clubcard, mesej dalam talian atau pada masa penjualan, mesej kita mempengaruhi keputusan pelanggan tentang di mana, bagaimana dan mengapa kita menjadi pilihan mereka sebagai lokasi beli-belah.

Jika mesej kita sering silap, kita mengecewakan pelanggan dan mungkin menarik perhatian pihak berkuasa dan media. Standard pengiklanan dan penetapan harga dikawalselia dalam pelbagai pasaran di mana kita beroperasi dan jika kita didapati memperdaya pelanggan, kita mungkin dikenakan hukuman dan kehilangan keyakinan pelanggan. Justeru itu, sebarang dakwaan yang kita buat tentang produk kita hendaklah benar, dan jika kita berkata bahawa harga kita amat berpatutan, ini juga mestilah betul. Mesej yang tepat benar-benar mempengaruhi keyakinan pelanggan terhadap kita.

Apakah maknanya kepada saya?

• Jika anda terlibat dalam sebarang aktiviti pemasaran, pastikan kesemua mesej adalah jujur, tepat dan adil. Kita sering dikehendaki mengesahkan dakwaan iklan kita.

• Pastikan promosi dan penentuan harga sentiasa mudah: elakkan promosi harga yang rumit dan perubahan harga yang kerap.

• Pastikan semua mesej adalah bertanggungjawab; pelanggan tidak harus tersinggung oleh iklan kita – terutamanya untuk pengiklanan alkohol.

• Pastikan pengiklanan anda sepadan dengan produk anda – sahkan semua imej yang digunakan untuk memastikan imej adalah benar dan mencerminkan produk yang dijual.

• Jangan buat dakwaan pemasaran yang tidak benar mengenai mana-mana pihak ketiga, misalnya pembekal ataupun pesaing.

S Saya sedang merancang promosi wain dari Chile dan akan menggunakan gambar ladang anggur untuk poster. Kita mempunyai gambar ladang anggur Argentina yang menarik dalam pustaka foto yang tidak pernah kita gunakan. Bolehkah saya menggunakan gambar tersebut untuk kempen saya?

J Tidak. Imej anda hendaklah mencerminkan dengan tepat produk yang anda iklankan. Anda hendak mencari gambar ladang anggur Chile yang menghasilkan wain yang dipromosi oleh anda.

S Apakah peraturan yang terpakai bagi pengiklanan di internet?

J Sama seperti mana-mana pengiklanan lain. Mesej hendaklah tepat, jelas dan tidak mengelirukan.

S Saya perhatikan harga sesetengah produk meningkat sebaik sahaja sebelum dipromosikan. Adakah ini dibenarkan?

J Peraturan ketat wujud dalam banyak pasaran dan perlu diikuti semasa produk dijual dalam promosi. Pasukan Undang-undang atau Undang-Undang Perdagangan anda boleh memberi nasihat bagaimana peraturan ini terpakai di pasaran anda

S Terdapat satu kedai Express bersebelahan sekolah rendah anak saya dan mereka telah meletakkan poster untuk mengiklankan pelancaran permainan seni mempertahankan diri X-Box baru yang ganas. Bukankah salah untuk mengiklankan keganasan di mana ramai kanak-kanak kecil boleh melihatnya?

J Kita sama sekali tidak mahu meletakkan iklan di mana iklan tersebut boleh menyebabkan sesiapa tersinggung atauboleh ditafsirkan sebagai memudaratkan kanak-kanak. Anda harus bersuara dan berkongsi kebimbangan anda dengan pengurus anda, pasukan Undang-undang Perdagangan atau Undang-undang..

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?• Pasukan Pelanggan

Undang-undang UK atau pasukan Undang-undang Tempatan

• Pasukan Undang-undang Perdagangan Tempatan (di luar UK)

13Tatakelakuan Perniagaan Kita12 Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 13

Page 8: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Standard mutu makanan & produk Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Pelanggan kita mengharapkan kita hanya menjual produk yang bermutu tertinggi dan mereka yakin bahawa kita akan memastikan semua produk kita adalah selamat dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan terpakai. Kita amat komited untuk memastikan keselamatan dan mutu semua produk kita dari saat kita menerima penghantaran sehingga waktu pelanggan kita membelinya.

Kita telah meringkaskan rantaian pembekalan untuk membantu mewujudkan hubungan yang lebih baik dengan petani dan pembekal kita dan memastikan kesemua produk yang kita perolehi adalah selamat, sah dan mencapai standard mutu kita yang ketat.

Kita mempunyai sistem pengurusan keselamatan makanan yang mantap dan menyeluruh di stor dan pusat pengedaran kita. Setiap hari kita memantau dan menyemak mutu dan keselamatan makanan kita untuk memastikan standard kita dikekalkan. Semakan ini termasuk suhu produk kita, kebersihan peribadi, kebersihan stor dan peralatan kita, melindungi makanan daripada pencemaran dan menguruskan giliran produk makanan kita.

Apakah maknanya kepada saya?

• Pastikan pembekal kita memenuhi standard mutu keselamatan dan mutu produk dan mematuhi dasar-dasar kita mengenai pengekalan keselamatan, mutu dan keesahan produk.

• Melaporkan sebarang kejadian atau kecurigaan penipuan dalam rantaian pembekalan kita.

• Lindungi reputasi kita dan pelihara keyakinan pelanggan kita bahawa produk kita adalah selamat dan diperolehi secara bertanggungjawab.

• Ketahui siapa pembekal kita dan menilai dengan teliti setiap satu produk yang kita jual agar kita pasti bahawa produk kita dapat dikesan sepenuhnya dalam rantaian pembekalan kita.

• Jika anda ialah kakitangan stor atau pusat pengedaran, pastikan anda melengkapkan semua latihan keselamatan dan kebersihan makanan dan latihan ulang kaji dan mengambil tindakan untuk memastikan semua produk disimpan dalam suhu yang betul dan dilindungi daripada pencemaran. Sekiranya anda mendapati produk bermutu rendah ataupun berkemungkinan tidak selamat, pastikan ia dikeluarkan daripada penjualan.

S Saya bimbang pembekal mungkin menggantikan ramuan dengan alternatif yang lebih murah, mutu yang kurang memuaskan dalam produk Tesco. Apakah yang patut saya lakukan?

J Anda perlu menyuarakan kebimbangan anda dengan serta merta kepada pengurus peringkat anda, Pengurus Teknikal Produk, pasukan Pematuhan Kawalselia Produk atau pasukan Undang-undang Perdagangan (di luar UK) anda. Biarpun kebimbangan anda kemudiannya didapati tidak berasas, ia adalah penting untuk anda bersuara.

S Saya ingin menyenaraikan pembekal baru bagi produk baru jenama kita. Apakah piawaian yang perlu dipatuhi oleh pembekal kita bagi mutu, keselamatan dan kesahan produk sebelum mereka boleh menjadi pembekal kita?

J Kita mempunyai standard pengeluaran dan perolehan Tesco yang ditakrifkan dengan jelas yang menetapkan keperluan yang wajar dicapai oleh pembekal kita apabila mereka menghasilkan produk untuk jenama Tesco. Kita melawat dan menentusahkan tapak sebelum pengeluaran untuk memastikan standard mutu ini telah dipenuhi. Hubungi pasukan Pematuhan Kawalselia Produk atau Teknikal anda untuk maklumat lanjut.

S Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang proses kita untuk mengurus mutu, keselamatan dan kesahan produk?

J Peraturan Mutu Produk Tesco merupakan panduan asas terhadap prinsip bagi pengeluaran produk kita. Dokumen ini boleh didapati daripada pasukan Pematuhan Kawalselia Produk atau Pengurus Teknikal anda.

S Saya dalam proses membangunkan satu rutin kerja baru yang akan mengubah cara kita mengendali produk dalam stor. Siapakah yang patut saya hubungi?

J Jika anda perlu mengubah rutin stor bagi keselamatan atau mutu makanan, anda patut menghubungi pasukan Pematuhan Kawalselia Produk pada permulaan (teknikal atau operasi stor di luar UK). Mereka boleh menasihatkan cara terbaik untuk memastikan sebarang perubahan dilatih dengan betul dan dikomunikasi kepada rakan sekerja stor.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Pematuhan Kawalselia Produk

• Pasukan Teknikal Produk Tempatan

• Pasukan Undang-undang Perdagangan Tempatan (di luar UK)

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita14 15

Page 9: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Melindungi data pelanggan dan rakan sekerja

Soalan & Jawapan

Mengapa ini Penting?Data membentuk intipati perniagaan kita. Kita mengumpul, memproses dan menggunakan data setiap kali kita menghubungi pelanggan kita. Misalnya, data mengenai perilaku beli-belah membolehkah kita memberi tawaran menarik kepada pelanggan untuk produk yang gemar dibeli oleh mereka. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa pelanggan sentiasa ditawarkan pilihan tentang bagaimana kita menggunakan data mereka dan ketelusan kita dalam penggunaan data mereka. Kita juga menyimpan dan menggunakan maklumat mengenai rakan sekerja kita bagi tujuan perniagaan.

Pelanggan dan rakan sekerja kita memberi kepercayaan kepada kita untuk mengendali data mereka secara bertanggungjawab dan sah di sisi undang-undang. Untuk memastikan kita berbuat demikian, polisi dan prosedur telah disediakan dan ia menjadi tanggungjawab semua rakan sekerja untuk memahami dan mengikutinya.

Prinsip-prinsip di bawah perlu kita patuhi setiap kali data digunakan:

Dilindungi: Kita menyimpan data pelanggan dan rakan sekerja kita dengan selamat.

Sesuai: Kita hanya menggunakan data bagi tujuan ia dikumpul

Terbuka: Kita bersifat terbuka, jujur dan telus mengenai jenis data yang kita simpan dan bagaimana kita menggunanya.

Simpan: Kita faham tujuan penggunaan dan tempoh penyimpanan data.

Apakah maknanya kepada saya?

• Mematuhi polisi, prosedur dan prinsip yang dinyatakan di atas serta menyempurnakan latihan anda – dengan cara ini anda akan memahami obligasi anda. Semua dokumen relevan adalah disimpan di Portal Privasi.

• Pertimbangkan “hak privasi” semasa menghasilkan produk atau perkhidmatan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila hubungi Pasukan Privasi tempatan anda.

• Berterus-terang dengan pelanggan dan rakan sekerja tentang jenis data yang dipegang oleh Tesco dan apa yang Tesco akan lakukan dengannya.

• Melaporkan semua insiden yang melibatkan data dengan segera menerusi Portal Sokongan Privasi (atau kepada pasukan Privasi tempatan jika tiada Portal dalam unit perniagaan anda).

S Apakah data pelanggan?

J Sebarang data berkaitan dengan pelanggan kita atau aktiviti mereka di Tesco. Ini mungkin termasuk nama, alamat dan butir hubungan, data transaksi, invois, rekod telefon bimbit, data aplikasi mudah alih, data perbankan, data Clubcard dan surat-menyurat yang dihantar oleh pelanggan kepada Tesco.

S Pelanggan kita telah mengalami kemalangan di parkir kereta dan ingin melihat rakaman CCTV. Bolehkah saya tunjuk rakaman tersebut kepada mereka?

J Tidak. Hanya kakitangan Tesco yang diberi kuasa boleh melihat rakaman CCTV tersebut. Rakaman asal tidak boleh sama sekali ditunjuk, dirakam atau disalin. Pelanggan boleh memohon untuk mendapatkan salinan rakaman tersebut. Anda hendaklah mematuhi Garis Panduan Permohonan Akses CCTV dan Pendedahan untuk membantu mereka berbuat demikian.

S Bolehkah saya mengakses sistem Senarai Gaji kita untuk membuat senarai hari jadi untuk pasukan saya?

J Tidak. Anda tidak dibenarkan mengakses data Senarai Gaji melainkan anda mendapat kebenaran untuk berbuat sedemikian dan ianya bersangkutan dengan perkara yang melibatkan kerja, seperti membuat perubahan kepada gaji atau maklumat peribadi rakan sekerja seperti nama dan alamat mereka. Penyelesaian yang lebih baik adalah dengan meminta pasukan anda untuk memberikan makumat ini sekali lagi kepada anda.

S Saya sedang mengusahakan kempen pemasaran baru dalam kawasan perniagaan saya. Bolehkah saya menghubungi pelanggan pernah membekalkan alamat emel mereka?

J Kita hanya boleh menggunakan data peribadi pelanggan bagi tujuan data tersebut diberikan. Pelanggan hendaklah bersetuju menerima komunikasi pemasaran daripada kita ketika mereka memberikan butir-butir mereka, barulah kita boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi mereka. Kita juga hendaklah mempertimbangkan keutamaan pemasaran pelanggan: jika mereka enggan dihubungi oleh kita bagi tujuan pemasaran, kita hendaklah menghormati pilihan mereka. Anda boleh menghubungi pasukan Privasi tempatan anda untuk bimbingan.menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi mereka. Kita juga hendaklah mempertimbangkan keutamaan pemasaran pelanggan: jika mereka enggan dihubungi oleh kita bagi tujuan pemasaran, kita hendaklah menghormati pilihan mereka. Anda boleh menghubungi pasukan Privasi tempatan anda untuk bimbingan.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Polisi Privasi Undang-undang Kumpulan atau pasukan Privasi tempatan

• Polisi perlindungan data

• Portal Sokongan Privasi

16 17Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 10: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

2. Bekerja bersama-sama

Kejayaan kita bergantung pada kakitangan kita. Nilai Tesco

“Kita melayani setiap orang sebagaimana kita ingin dilayani” memastikan kita meraih usaha maksima daripada pasukan kita dan membantu rakan sekerja merealisasi cita-cita mereka. Bahagian ini dalam Tatakelakuan ini merangkumi isu-isu penting tentang insan.

Kesihatan & keselamatan mukasurat 20

Peluang sama rata, mukasurat 22 inklusiviti & diversiti

Hormat-menghormati, mukasurat 24 maruah & layanan adil

19Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 19

Page 11: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Kesihatan & keselamatan Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Di Tesco, kita menitikberatkan kesihatan dan keselamatan rakan sekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan perniagaan kita. Ini kerana kita ingin pastikan anda semua pulang ke rumah dengan selamat setiap hari.

Dengan mengamalkan sistem kerja selamat, pen-gurusan risiko berkesan dan mewujudkan budaya prihatin, kita boleh mengurangkan penderitaan dan sesekali impak jangka panjang kecederaan terhadap rakan sekerja dan pelanggan kita. Kita juga boleh mengurangkan gangguan perniagaan yang disebabkan oleh ketidakhadiran di tempat kerja, kos siasatan, rawatan perubatan dan bayaran pampasan. Jika kita gagal melaksanakan kewajipan berjaga-jaga, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang, sekali gus mero-sakkan kepercayaan pelanggan dan rakan sekerja kita yang bernilai terhadap kita.

Kita komited untuk memastikan bahawa anda semua merasakan keselamatan anda dititikberatkan dan berjanji untuk:

• Sentiasa mematuhi undang-undang.

• Memahami punca kemalangan untuk mengelak kemalangan tersebut berulang.

• Sentiasa berusaha untuk mengurangkan sebarang risiko bahaya kepada sesiapa yang menerima impak daripada aktiviti kita.

Apakah maksudnya untuk saya?

• Sentiasa patuhi latihan dan arahan keselamatan yang dikenakan terhadap jawatan anda.

• Jika anda pengurus, anda hendaklah menunjukkan contoh tingkah laku selamat dan tidak meminta rakan sekerja membahayakan diri mereka.

• Pastikan risiko difahami dan wujudkan rancangan untuk mengurangkan potensi kemudaratan yang mungkin berbangkit.

• Keselamatan merupakan tanggungjawab semua orang - jika anda melihat sesuatu yang anda anggap tidak selamat atau mungkin boleh menyebabkan kemalangan, ambil tindakan segera untuk menanganinya atau melaporkannya.

• Jika anda melihat rakan sekerja bekerja dalam cara yang mungkin memudaratkan mereka atau orang lain, masuk campur dan ingatkan mereka cara kerja yang selamat.

• Jangan bersetuju untuk melakukan sesuatu jika anda tidak mempunyai pengetahuan atau latihan yang sesuai untuk melakukannya dengan selamat.

S Saya baru menyertai Tesco dan rakan sekerja memaklumkan saya bahawa latihan keselamatan mengambil masa untuk dilengkapkan dan ia hanyalah “pertimbangan wajar”. Perlukah saya menjalani latihan tersebut?

J Ya. Semua rakan sekerja baru hendaklah mengetahui langkah-langkah keselamatan yang diperlukan di tempat kerja mereka dan mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam kecemasan. Semua tempat kerja berbeza dan kita mempunyai tahap pengalaman yang berbeza. Latihan keselamatan kita memastikan kita semua bekerja bersama-sama untuk memastikan keselamatan kita.

S Saya bimbang mengenai keselamatan satu peralatan baru. Apakah yang perlu saya lakukan?

J Jika tiada arahan atau latihan dibekalkan, peralatan tersebut tidak boleh digunakan. Anda perlu menyemak dengan pembekal yang sepatutnya membekalkan penilaian risiko dan merekabentuk pengawalan yang betul. Jika terdapat arahan dan anda masih bimbang, hubungi pakar Kesihatan & Keselamatan tempatan anda atau pasukan Keselamatan Kakitangan – anda boleh mendapat maklumat mereka di papan kenyataan kesihatan & keselamatan tempatan anda.

S Siapakah pakar Kesihatan & Keselamatan kita?

J Setiap unit perniagaan mengupah pakar dalam Kesihatan & Keselamatan (Pengurus Keselamatan Kakitangan) yang boleh mengendali soalan teknikal dan mengurus proses penilaian risiko. Rakan sekerja ini semuanya memiliki kelayakan keselamatan dan pengalaman luas yang menjadikan mereka mahir dalam bidang mereka masing-masing. Butir-butir tentang mereka disenaraikan di papan notis rakan sekerja atau papan notis keselamatan.

S Bagaimanakah saya boleh melaporkan kebimbangan tentang keselamatan secara sulit?

J Pertama sekali, hubungi pengurus anda atau pasukan Pengurusan Kakitangan. Talian Pelindung diwujudkan untuk rakan sekerja melaporkan kebimbangan keselamatan. Talian Pelindung boleh digunakan secara rahsia dan setiap laporan akan disiasat secara bebas.

S Saya telah mengalami kemalangan di tempat kerja, apakah yang patut saya lakukan?

J Semua kemalangan di tempat kerja hendaklah dilaporkan kepada pengurus peringkat anda dengan segera supaya mereka boleh memberikan sokongan dan ikuti kehendak laporan kecederaan tempatan. Laporan kemalangan membolehkah kita memahami secara lebih mendalam risiko yang dihadapi oleh rakan sekerja kita dalam bidang perniagaan kita yang lain bagi mewujudkan tempat bekerja yang lebih selamat.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Papan Notis Kesihatan dan Keselamatan

• Pengurus Keselamatan Kakitangan atau pakar Kesihatan & Keselamatan tempatan

• Polisi keselamatan kakitangan 21Tatakelakuan Perniagaan Kita20 Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 12: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Peluang sama rata, inklusiviti & diversiti

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Kita berusaha mewujudkan budaya diversiti global dan inklusiviti di mana semua orang dialu-alukan. Rakan sekerja kita mencerminkan sifat kepelbagaian masyarakat dan kita menghargai sumbangan setiap orang dalam membantu perniagaan kita berkembang.

Kita hendaklah melayan semua orang dengan adil, saksama dan tanpa diskriminasi, tanpa mengira umur, jantina, ketidakupayaan, orientasi seksual, pertukaran jantina, kaum, kasta, agama, kepercayaan politik, status perkahwinan / perkongsian sivil atau kehamilan / materniti. Semasa merekrut, membangun dan menaikkan pangkat rakan sekerja di stor, pusat pengedaran dan pejabat kita, kita membuat keputusan berasaskan kemahiran berkaitan dengan pekerjaan, pencapaian dan prestasi dengan menggunakan kriteria yang jelas dan adil. Kita tidak menerima sebarang amalan atau tingkah laku bersifat diskriminasi kerana ia menyebabkan rakan sekerja berasa tidak terima dan tersisih, merosakkan reputasi kita dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil ke atas Tesco.

Kita juga menawarkan peluang kepada rakan sekerja untuk bekerja dalam cara yang sesuai dengan keadaan mereka – seperti menyediakan peluang kerja fleksibel, peranan separuh masa dan peluang perkongsian tugasan. Kita sentiasa mengkaji amalan pekerjaan dan kontrak perkhidmatan kita untuk memenuhi keperluan rakan sekerja dan perniagaan kita yang sentiasa berubah.

Apakah maknanya kepada saya?

• Bertindak dengan penuh integriti dan niat baik untuk menyokong rakan sekerja anda dan perniagaan secara keseluruhan.

• Menghormati semua rakan sekerja, pelanggan, pembekal atau pihak lain, tanpa mengira sebarang perbezaan sosial atau budaya.

• Mainkan peranan kelakuan inklusif dalam pasukan anda untuk memastikan keterbukaan dan kerjasama agar kita mendapat manfaat daripada kepelbagaian, pengetahuan dan pengalaman rakan sekerja kita.

• Menyuarakan pandangan dan kebimbangan anda melalui saluran yang relevan supaya kita semua boleh bekerja bersama-sama untuk menjadikan Tesco tempat baik untuk bekerja.

• Buat keputusan pengupahan yang wajar apabila merekrut rakan sekerja baru dan menaikkan pangkat atau memupuk rakan sekerja sedia ada berdasarkan pertimbangan merit dan perniagaan sahaja.

S Saya seorang pengurus dan perlu membuat keputusan kenaikan pangkat antara dua rakan sekerja. Memandangkan seorang rakan sekerja berusia 50 tahun dan hampir usia bersara dan seorang lagi hanya berusia 30 tahun, patutkah saya menaikkan pangkat rakan sekerja lebih muda kerana dia mungkin bekerja lebih lama untuk kita?

J Tidak. Kita hanya membuat keputusan penggajian berdasarkan kemahiran berkaitan kerja, pencapaian dan prestasi. Kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan usia atau sebarang ciri lain yang tiada kaitan dengan kerja.

S Pengurus saya tidak membukakan peluang latihan untuk rakan sekerja saya. Saya berpendapat ini mungkin disebabkan mereka sedang mengandung, adakah ia ok?

J Tidak. Sepatutnya semua rakan sekerja mempunyai peluang yang sama untuk menghadiri latihan. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan dan anda rasa anda tidak dapat mengemukakan ini dengan pengurus anda secara langsung, anda boleh berbincang dengan pengurus lain atau Pengarah anda atau menghubungi pasukan Pengurusan Kakitangan atau Talian Pelindung anda.

S Seorang calon temuduga, yang mempunyai ketidakupayaan, telah meminta agar temuduganya diadakan berhampiran kemudahan yang boleh diakses. Patutkah saya memenuhi permintaannya?

J Ya, kita harus menyokong calon yang mempunyai ketidakupayaan dengan membuat pelarasan munasabah sejauh mana praktikal untuk memenuhi permintaan mereka. Ini dapat memastikan mereka tidak berada dalam keadaan yang tidak menyebelahi mereka.

S Pengurus saya menjalankan mesyuarat pasukan kami pada hari Isnin, supaya beliau boleh mendaftar masuk dengan kami dan merancang untuk minggu tersebut. Dua orang rakan sekerja kami bekerja separuh masa dan tidak bekerja pada hari Isnin. Saya bimbang amalan ini tidak adil memandangkan ia seolah-olah mengecualikan mereka. Patutkah saya bercakap dengan pengurus saya?

J Ya, kongsikan kebimbangan anda dengan pengurus anda. Jika boleh, pengurus anda patut mengatur mesyuarat pasukan agar semua rakan sekerja dapat menghadirinya.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Pengurusan Kakitangan

• Polisi kesamaan peluang & diversiti

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita22 23

Page 13: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

S Pengurus saya kadangkala amat menakutkan dan sering memaki-hamun rakan sekerja dalam pasukan kami. Kami tahu bahawa dia mementingkan kesempurnaan, tetapi ini menjadikan kerja kita sukar dan tidak menyenangkan. Saya bimbang sekiranya saya bersuara, kelakuannya akan menjadi-jadi. Apakah yang patut saya lakukan?

J Perangai memaki-hamun atau membuli tidak boleh diterima tidak kiralah siapa yang melakukannya. Budaya yang kita pupuk adalah saling menghormati dan inklusif dan sebarang tindakan sedemikian hendaklah dilaporkan kepada pengurus lain, kepada pasukan Pengurusan Kakitangan atau melalui Talian Pelindung. Kami sentiasa menyokong rakan sekerja yang menyuarakan kebimbangan dengan niat baik.

S Seorang kawan menghantar e-mel kepada saya dengan beberapa jenaka yang tidak senonoh yang saya anggap amat melucukan. Bolehkah saya menghantar e-mel tersebut kepada pasukan rakan sekerja saya?

J Tidak. Kita melayan semua rakan sekerja dengan bermaruah dan penuh hormat dan apa yang anda anggap melucukan mungkin dianggap kasar atau menyakitkan hati orang lain. Sentiasa tanya diri anda sama ada tindakan anda mungkin menyinggung, kasar

atau menakutkan orang lain. Ini termasuk melihat sebarang bahan yang tidak sesuai semasa anda di tempat kerja.

S Saya tahu seorang rakan sekerja saya mengahadapi masalah di rumah. Akhir-akhir ini, dia lewat datang kerja dan kadang kala Nampak seperti mabuk. Dia masih menyiapkan kerjanya jadi saya tidak pasti jika saya patut buerbuat apa-apa. Patutkah saya bersuara?

J Ya. Demi manfaat rakan sekerja anda, anda harus sentiasa membangkitkan kebimbangan anda jika anda percaya bahawa mereka melakukan kelakuan yang mungkin membahayakan diri mereka atau orang lain. Ini termasuk penggunaan dadah atau alkohol. Sekiranya anda tidak boleh bercakap dengan mereka secara peribadi, hubungi pasukan Pengurusan Kakitangan atau pengurus anda.

S Saya bimbang seorang pengurus lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan rakan sekerja wanita saya. Semasa bercakap, pengurus tersebut akan berdiri terlalu dekat dengan rakan sekerja saya dan saya tahu pengurus tersebut menghantar mesej peribadi di WhatsApp. Apakah yang patut saya lakukan?

J Sebagai langkah pertama, anda hendaklah membangkitkan kebimbangan anda kepada pengurus anda. Jika anda tidak selesa membangkitkan kebimbangan anda kepada pengurus anda, anda boleh menghubungi pasukan Pengurusan Kakitangan anda atau membangkitkan kebimbangan ini menerusi Talian Pelindung. Segala kebimbangan mengenai sebarang bentuk gangguan akan dipandang serius dan disiasat.

Menghormati maruah, harga diri & layanan adil

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Kesejahteraan, keselamatan dan harga diri semua rakan sekerja kita amat penting untuk Tesco sebagai sebuah perniagaan. Kita tidak bertolak ansur dengan perilaku yang tidak diterima dalam mana-mana bahagian perniagaan kita, sama ada terhadap pelanggan kita, rakan sekerja, pembekal atau orang lain. Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memastikan Tesco menawarkan persekitaran kerja yang selamat dan terbuka untuk semua rakan sekerja.

Kita mesti sensitif terhadap tindakan atau perilaku yang mungkin boleh diterima dalam satu budaya tetapi tidak boleh diterima dalam budaya lain. Sesetengah tingkah laku ini mungkin menyalahi undang-undang di negara-negara lain di mana kita beroperasi. Pembulian dan sebarang bentuk gangguan tidak boleh diterima di Tesco. Tindakan ini adalah bertentangan dengan nilai kita dan boleh mendatangkan impak yang signifikan terhadap keupayaan rakan sekerja melaksanakan tugas mereka. Rakan sekerja yang didapati melakukan perilaku yang tidak boleh diterima boleh dikenakan tindakan serius seperti tindakan tatatertib, termasuk pembuangan kerja, dan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.

Apakah maknanya kepada saya?

• Wujudkan persekitaran kerja yang mesra dan saling menghormati dengan melayani semua orang sebagaimana anda ingin dilayani.

• Jangan melakukan perilaku yang dianggap oleh sesiapa dalam pasukan sebagai mewujudkan suasana kerja yang bermusuhan atau menakutkan, termasuk membuat jenaka atau komen yang tidak sesuai.

• Jangan sebarkan khabar angin atau gosip yang jahat yang mungkin dianggap sebagai menghina, memfitnah, mengganggu atau menyinggung.

• Bertanggungjawab bagi prestasi anda dengan bekerja dalam keadaan yang selamat, bebas daripada pengaruh dadah atau alkohol. Anda perlu memahami bahawa bekerja di bawah pengaruh dadah atau alkohol membahayakan diri anda dan orang lain, serta menimbulkan risiko keselamatan yang tidak akan ditoleransi dan mungkin menyalahi undang-undang.

• Pastikan kelakuan anda di luar tempat kerja adalah sama seperti di tempat kerja. Acara anjuran syarikat termasuklah majlis sosial seperti parti Krismas, acara pasukan dan lawatan sosial.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Pengurusan Kakitangan

• Polisi buli & gangguan

25Tatakelakuan Perniagaan Kita24 Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 14: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

3. Berniaga dengan adil

Nilai kita membantu kita mengutamakan pelanggan tanpa menjejaskan perhubungan kita yang kukuh dengan pembekal. Bahagian ini dalam Tatakelakuan meliputi isu kritikal tentang cara kita membeli produk yang dijual di stor kita

Undang-undang mukasurat 28 persaingan

Sanksi & kawalan eksport mukasurat 30

Hak asasi manusia dan mukasurat 32 perdagangan beretika

Undang-undang yang mukasurat 34 melindungi pembekal

Jenama & harta intelek mukasurat 36

27Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 15: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Undang-undang persaingan Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Pelanggan kita mengharapkan kita bersaing dengan adil dan bebas dalam semua pasaran. Persaingan yang sihat membawakan harga lebih rendah, pilihan lebih luas dan produk lebih bermutu. Kita bersaing sengit dengan pesaing kita untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pelanggan kita.

Perundangan wujud dalam semua pasaran kita untuk melindungi persaingan dan terdapat penalti yang signifikan terhadap syarikat dan individu yang melanggar undang-undang. Penyiasatan mengganggu perniagaan dan menelan perbelanjaan yang besar dan boleh mengancam kepercayaan pelanggan terhadap kita.

Apakah maknanya kepada saya?Hubungan dengan pesaing

• Sentiasa bertindak secara bebas. Jangan bersetuju dengan pesaing untuk mengurangkan persaingan antara kita pada bila-bila masa. Anda tidak boleh bersetuju untuk menetapkan harga atau lokasi operasi kita.

• Anda tidak boleh meminta, menerima atau berkongsi maklumat sulit perdagangan yang sensitif dengan pesaing. Anda boleh menggunakan maklumat yang diketahui umum untuk membantu membuat keputusan.

Hubungan dengan pembekal

• Anda tidak boleh meminta atau menerima maklumat sulit perdagangan yang sensitif mengenai pesaing daripada pembekal.

Penetapan harga runcit

• Sentiasa tetapkan harga runcit secara bebas.

• Sentiasa beri tumpuan kepada harga kos semasa rundingan harga dengan pembekal. Pembekal boleh memberikan kita harga yang disarankan tetapi bukan harga tetap atau minimum.

Proses ‘Pushback’

• Jika anda menerima maklumat atau mempunyai hubungan dengan pesaing atau pembekal yang menimbulkan sebarang kebimbangan, anda hendaklah mematuhi Proses ‘Pushback’. Maklumat tidak boleh sewenangnya diabaikan walaupun jelas menunjukkan bahawa maklumat ini didedahkan dengan silap atau tidak tepat.

Pewujudan dokumen

• •Berjaga-jaga ketika menulis tentang perniagaan, pelanggan, pembekal atau pesaing kita. Perlu diingat bahawa kebanyakan dokumen dalaman, termasuk emel, pesanan teks, kertas kerja jawatankuasa dan laporan hartanah boleh disemak oleh pengawal selia semasa siasatan.

S Saya telah diminta untuk menghadiri mesyuarat kesatuan perdagangan? Bolehkah saya menyertainya?

J Ya, mesyuarat ini dengan sendiri tidak menimbulkan masalah, dan mungkin menggalakkan persaingan. Namun, peraturan persaingan biasa akan dikenakan. Pastikan anda tidak membincangkan, mendedahkan atau bertukar maklumat perniagaan yang sensitif dengan pesaing. Rujuk kepada garis panduan “Mesyuarat Bersama Pesaing”.

S Bolehkah saya mempelawa lebih daripada satu pembekal untuk menghadiri mesyuarat?

J Dari semasa ke semasa, mungkin wajar jika mempelawa pembekal ke mesyuarat bersama, misalnya untuk memberi taklimat kepada pembekal mengenai perubahan penting dalam perniagaan kita atau membincangkan amalan terbaik berkaitan dengan isu-isu rantaian pembekalan. Namun, mesyuarat sebegini mungkin sensitif kerana sering melibatkan

pembekal yang bersaing antara satu sama lain. Rujuk kepada garis panduan “Mesyuarat Bersama Pembekal” dan pastikan tiada aktiviti yang tidak sesuai berlaku semasa mesyuarat ini.

S Saya telah menerima maklumat perniagaan yang sensitif mengenai pesaing daripada rakan saya. Bolehkah saya mengabaikannya?

J Tidak, walaupun maklumat tersebut diterima secara tidak formal, ia tidak memadai jika anda mengabaikannya sahaja. Anda wajib mematuhi Proses ‘Pushback’ yang diwujudkan untuk memastikan anda menolak penerimaan maklumat tersebut dengan ketara dan memiliki jejak audit untuk membuktikan anda tidak menggunakan maklumat ini.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Undang-undang Persaingan Undang-undang Kumpulan

• Polisi dan panduan persaingan

• Panduan proses ‘Pushback’

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 29Tatakelakuan Perniagaan Kita28

Page 16: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Sanksi & kawalan eksport Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Dari semasa ke semasa, kerajaan mengenakan sekatan terhadap pembelian dari atau perjalanan ke negara-negara tertentu. Kita juga mungkin dilarang berdagang dengan individu tertentu. Kita hendaklah sentiasa mengetahui sekatan ini apabila menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Dalam dunia yang semakin global kini, bukan sahaja kerajaan malah pelanggan juga mengharapkan kita mengetahui tentang sanksi atau sekatan apabila menjalankan perniagaan dengan sesetengah negara, syarikat atau individu tertentu.

Jika kita melanggar sekatan dagangan, ini boleh memusnahkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama kita dan juga mungkin mengakibatkan penalti kewangan signifikan terhadap perniagaan dan rakan sekerja dan hukuman penjara juga.

Apakah maknanya kepada saya?Jika anda terlibat dalam pembelian, penghantaran atau penjualan barangan atau perkhidmatan di peringkat antarabangsa, sila pastikan anda:

• Mempertimbangkan kesesuaian negara yang akan anda berurusan sama ada dari segi pembelian atau penjualan.

• Tidak membeli dari atau pergi ke negara yang dikenakan sanksi atau sekatan perjalanan.

• Tidak bekerja dengan individu atau syarikat yang disenaraikan dalam senarai pantau PBB atau sanski lain.

• Meminta nasihat guaman sekiranya anda tidak jelas sama ada sebarang sekatan atau sanksi dikenakan terhadap aktiviti anda.

• Pastikan pembekal baru anda telah diperiksa sewajarnya dan diluluskan sebelum anda mula berurus niaga dengan mereka. Ini bermaksud membuat “due diligence” integriti dengan memuaskan.

• Bersuara sekiranya anda percaya sesiapa melanggar sebarang sekatan dagangan: semua pelanggaran yang disyaki mesti dilaporkan kepada Pengarah Undang-undang tempatan anda atau menerusi Talian Pelindung.

S Saya merupakan pembeli yang mencari pasaran baru untuk membeli produk. Saya telah menemui pembekal yang bagus yang saya ingin gunakan. Adakah penting bahawa pemilik syarikat tersebut berada dalam sebuah negara yang dikenakan sekatan meskipun perniagaannya bukan?

J Ya. Undang-undang sanksi biasanya amat luas dan merangkum bukan sahaja tetapi semua warganegara atau individu dari negara yang dikenakan sanksi. Pastikan anda sentiasa mengetahui dengan siapa anda menjalankan perniagaan dan meminta nasihat Pengarah anda sebelum mengambil tindakan.

S Adakah negara yang kita tidak boleh menjalankan perniagaan?

J Sebagai langkah permulaan, sila berbincang dengan pasukan Undang-undang tempatan anda. Ini kerana, senarai syarikat dan individu yang disanksi kerap berubah sejajar dengan perkembangan politik dan

diplomatik semasa. Oleh itu, ia amat penting untuk anda membuat semakan sekiranya anda ragu-ragu, terutamanya jika ini kali pertama anda menjalankan perniagaan di negara yang baru.

S Saya ingin mewujudkan urusan jualan pukal produk Tesco ke sebuah negara baru untuk kali pertama. Perlukah saya pertimbangkan perkara lain jika urusan perniagaan itu wajar?

J Ya. Anda harus berbincang dengan pasukan Hal Ehwal Korporat dan Undang-undang jika terdapat sebarang sekatan perdagangan, sanksi atau sebab-sebab lain yang melarang kita membuat jualan kepada negara tersebut. Pasukan Undang-undang akan membantu anda membuat “due diligence” ke atas pelanggan tersebut agar anda lebih mengenali mereka sebelum memulakan hubungan perdagangan dengan mereka.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Undang-undang Persaingan Kumpulan Undang-undang

• Pasukan Pemerolehan atau pasukan Kualiti tempatan

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 31Tatakelakuan Perniagaan Kita30

Page 17: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Hak asasi manusia & perdagangan beretika

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Kita merupakan syarikat global dan berinteraksi dengan jutaan individu di seluruh dunia setiap hari. Kita bertanggungjawab untuk menghormati hak asasi rakan sekerja, pelanggan kita, pihak yang bekerja dalam rantaian bekalan serta komuniti di kawasan kita beroperasi.

Kita menyokong sepenuhnya Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB dan Konvensyen Utama Organisasi Buruh Antarabangsa. Sebarang pelanggaran hak asasi manusia adalah salah. Bersandarkan Nilai Tesco “Kita melayani setiap orang sebagaimana kita ingin dilayani” dan “Setiap Bantuan Bermakna”, kita berusaha untuk memastikan kita sentiasa menghormati hak orang lain dan mengatasi sebarang pelanggaran hak. Untuk mencapai objektif ini, kita menyokong pembekal kita untuk mematuhi Tatacara Asas ETI dan menjalankan “due diligence” ke atas rantaian bekalan mereka untuk membantu mereka memenuhi standard hak asasi manusia kita.

Dalam rantaian bekalan dan operasi kita sendiri, ini bermaksud memastikan pekerja dilayan dengan baik dan sebarang pelanggaran hak mereka diatasi. Kita juga perlu berwaspada agar amalan perniagaan kita tidak menyebabkan isu standard buruh. Pemupukan hubungan jangka panjang dengan pembekal yang dikenali dan dipercayai memberi mereka keyakinan untuk melabur dalam usaha penaiktarafan agar kita dapat mencapai lebih bersama-sama.

Untuk rakan sekerja, ini termasuk memastikan kebebasan mereka menyertai badan-badan yang mewakili kepentingan masyarakat tempatan, sama ada aktiviti berpolitik secara berindividu atau kesatuan sekerja secara berkumpulan.

Apakah maknanya kepada saya?

• Memilih pembekal berdasarkan nilai mereka, harga, mutu dan memupuk hubungan rakan niaga yang dipercayai.

• Membiasakan diri dan berkongsi Dasar Hak Asasi Manusia dan FAQ bagi TQC (platform Mutu Produk kita) dengan pembekal anda.

• Sentiasa memenuhi komitmen bekalan yang dibuat. Anda memahami bahawa meminta perubahan pada saat-saat terakhir boleh menyebakan rakan niaga kita mengambil jalan pintas untuk menepati tarikh penghantaran produk yang dipersetujui. Ini boleh menjejaskan keadaan bekerja dan mutu produk.

• Bekerjasama dengan rakan niaga melaksanakan pelan pembaikan yang jelas apabila masalah dikenalpasti.

• Bersuara sekiranya anda melihat sesuatu yang mencurigakan, sesiapa kelihatan tertekan atau sebarang bentuk diskriminasi. Kita memandang serius sebarang dakwaan sedemikian dan akan membuat siasatan.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Pemerolehan yang Bertanggungjawab atau pasukan Kualiti tempatan

S Saya melawat tapak pembekal dan keadaan pekerja kelihatan tidak selesa. Apakah yang patut saya lakukan?

J Laporkan kebimbangan anda kepada pasukan Pemerolehan yang Bertanggungjawab. Sebarang maklumat yang anda dapat berikan akan membantu. Tanya pengurus pembekal semasa lawatan apakah kebimbangan utama tenaga kerja mereka dan tanya pekerja mereka juga. Ini menunjukkan Tesco menitikberatkan isu sebegini.

S Apakah yang kita patut lakukan sekiranya terdapat pelanggaran hak di tempat kerja kita atau rantaian pembekalan?

J Kita sentiasa berusaha menngatasi sebarang kebimbangan yang dikenalpasti. Jika isu tersebut melibatkan rakan sekerja Tesco, hubungi pasukan Pengurusan Kakitangan tempatan anda atau hubungi Talian Pelindung. Jika isu tersebut dalam rantaian bekalan kita, hubungi pasukan Pemerolehan yang Bertanggungjawab atau pasukan Mutu tempatan anda.

S Saya mendengar daripada media dan rakan saya bahawa penghambaan mungkin wujud

dalam rantaian bekalan. Apakah yang kita lakukan untuk menangani risiko ini?

J Kita menolak sebarang bentuk penghambaan atau buruh paksa. Kita mempunyai pasukan pakar standard buruh di seluruh dunia yang bekerja sepenuh masa dengan pembekal kita untuk menangani risiko ini dan risiko lain.

S Adakah polisi kita mengenai hak asasi manusia hanya dikenakan terhadap barangan yang kita jual di stor?

J Tidak. Kita mengharapkan semua pembekal, termasuk pembekal yang membekalkan barangan bukan untuk dijual semula dan perkhidmatan, misalnya syarikat pembinaan, agensi buruh dan firma logistik untuk memenuhi keperluan perdagangan beretika kita.

S Saya ingin menyertai kesatuan sekerja yang tidak diiktiraf oleh Tesco bagi tujuan perundingan gaji. Bolehkah saya menyertai?

J Anda berhak menyertai kesatuan sekerja pilihan anda secara. Anda juga berhak untuk tidak menyertai sebarang kesatuan sekerja.

33Tatakelakuan Perniagaan Kita32 Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 18: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Undang-undang yang melindungi pembekal

Soalan & Jawapan

S Bolehkah saya meminta pembekal membiayai promosi?

J Ini dibenarkan dalam kebanyakan pasaran tetapi terdapat had jumlah yang mereka boleh menyumbang dan pembekal tidak boleh dipaksa mengambil bahagian dalam promosi.

S Saya bekerja di bahagian Barang Niaga Am. Dalam pasaran saya, perundangan hanya terpakai terhadap barangan runcit. Haruskah saya mengikut perundangan juga?

J Jika anda tidak pasti tentang penggunaan perundangan, hubungi pasukan Undang-undang tempatan anda. Pendekatan lazim kita ialah untuk mengikut maksud tersirat perundangan sedemikian biarpun peraturan hanya dikenakan pada sesetengah produk.

S Apakah proses untuk menarik balik penyenaraian di bawah GSCOP?

J GSCOP mengehendaki anda sentiasa mempunyai alasan komersial tulen untuk menamatkan hubungan dengan pembekal. Anda perlu memberikan notis bertulis kepada pembekal dan menjelaskan bagaimana mereka boleh mendapatkan keputusan tersebut disemak oleh pembeli kanan atau dibawa ke perhatian Pegawai Pematuhan Tatakelakuan.

S Saya membeli buah kecil berkulit lembut untuk dijual di Poland dan Republik Czech dan pembekal saya mendakwa bahawa mereka berhak menghubungi “Pegawai Penyelesaian Pertikaian” saya. Adakah ini benar?

J Ya, Tesco telah menandatangani Inisiatif Rantaian Bekalan EU yang merupakan kod amalan mandatori yang mengawal kesaksamaan dalam rantaian pembekalan. Pembekal anda berhak menghubungi pegawai Penyelesaian Pertikaian anda – kebiasaannya ialah Pengarah Undang-undang.

S Pesaing saya menjual produk lebih murah daripada kita. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menangani perkara ini?

J Anda harus sentiasa berunding dengan pembekal untuk mendapatkan harga terbaik untuk pelanggan. Anda boleh berbincang sama ada harga kos pembekal adalah berpatutan tetapi berhati-hati untuk tidak meletak pembekal dalam keadaan tertekan semasa perundingan dan elakkan membuat perubahan retrospektif kepada perjanjian pembekalan yang sedia ada.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Produk Undang-undang UK atau pasukan Undang-undang tempatan

Mengapa ini penting?Melayan pembekal dengan adil merupakan kunci kejayaan kita. Pemupukan hubungan jangka panjang, kolaboratif dan mampan dengan pembekal adalah penting supaya kita menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kita. Ini juga merupakan salah satu langkah Besar 6 kita “Kita membina perkongsian yang dipercayai”.

Pelbagai negara telah memperkenalkan perundangan untuk mengawal selia hubungan pembekalan antara pasaraya dan pembekal mereka. Misalnya, Tatakelakuan Amalan Pembekalan Barangan Runcit (GSCOP) di UK mengawal hubungan antara Tesco dan pembekal barangan runcitnya. Di Republik Czech, Akta Kuasa Pasaran Signifikan mengawal hubungan peruncit dan pembekal. Siasatan terhadap pelanggaran boleh menelan perbelanjaan besar dan memakan masa. Ini mungkin mengakibatkan denda yang tinggi dan memusnahkan kepercayaan pelanggan.

Biarpun di mana perundangan sedemikian tidak wujud, ia adalah mustahak untuk kita melayan pembekal kita dengan adil dan selaras dengan Nilai kita. Ini merupakan faktor utama dalam memupuk hubungan jangka panjang dengan pembekal kita dan semua pembekal kita dapat membangkitkan isu secara sulit sepenuhnya melalui Hubungan Pelindung Pembekal.

Apakah maknanya kepada saya?

• Fahami dan patuhi undang-undang dan tataamalan dalam pasaran anda yang dirumus untuk melindungi pembekal.

• Patuhi komitmen yang anda berikan kepada pembekal - jangan membuat perubahan retrospektif ke atas perjanjian pembekalan.

• Rekodkan kesemua perjanjian pembekalan anda secara bertulis dan simpan satu salinan.

• Berikan notis yang munasabah tentang sebarang perubahan yang dicadangkan terhadap pengaturan pembekalan dan berikan peluang kepada pembekal untuk menyemak keputusan.

• Bekerjasama dengan pembekal dan mengambil kira maklum balas mereka. Misalnya, sediakan unjuran dengan niat baik dan sentiasa berunding dengan pembekal.

• Bayar pembekal pada masa yang ditetapkan serta selaras dengan terma pembayaran yang dipersetujui.

• Jika pembekal mengadu, terima aduan dan menyelesaikannya dengan pantas, dengan bantuan daripada pasukan Undang-undang tempatan anda sekiranya diperlukan.

• Bertimbang rasa dan bersikap empati ketika berkomunikasi dengan pembekal: komunikasi bertulis mudah disalahertikan.

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita34 35

Page 19: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Jenama & harta intelek Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Di Tesco, kita memupuk tradisi berharga dalam mencipta dan menghasilkan jenama, produk dan perkhidmatan yang menarik. Dari pakaian F&F ke rangkaian makanan Finest kita, jenama dan inovasi kita memberikan kelebihan persaingan dalam pasaran yang sesak.

Kita harus sentiasa berjaga-jaga melindungi hak harta intelek kita – daripada paten, reka bentuk dan hakcipta kepada cap dagang dan rahsia dagangan. Melindungi harta milikan kita membantu kita memastikan harta tersebut tidak ditiru atau dijual oleh orang lain tanpa persetujuan kita.

Jika kita terlibat dalam menghasilkan produk, reka bentuk, jenama atau inovasi baru bagi Tesco, kita mesti sentiasa mengikut Standard Rekaan Jenama kita. Kita menghormati hak harta intelek orang lain. Mencuri idea orang lain mencemarkan reputasi Tesco, memusnahkan kepercayaan pelanggan dan mungkin mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap kita.

Apakah maknanya kepada saya?

• Sentiasa cuba hasilkan atau cari reka bentuk dan produk asli bagi pelanggan kita.

• Jangan meniru, menggunakan atau menceduk inspirasi dengan ketara daripada idea orang lain.

• Sentiasa mengikut Standard Rekaan Jenama Tesco dan hubungi pasukan Undang-undang sekiranya anda mempunyai keraguan mengenai nama, reka bentuk atau inovasi produk yang dicadangkan.

• Apabila anda membangunkan idea baru, rahsiakannya dan bincang dengan pasukan Undang-undang bagaimana untuk melindunginya.

• Berbincang dengan pasukan Undang-undang sebelum membenarkan pihak ketiga menggunakan jenama atau harta intelek lain kita.

• Menyuarakan kebimbangan anda jika anda mengenalpasti perniagaan lain meniru idea kita atau melanggar hak harta intelek kita.

• Berjaga-jaga jika anda ingin mengimport “grey goods” (kadang kala dikenali sebagai “parallel goods”). Peraturan khas telah ditetapkan untuk memastikan barangan sedemikian bukannya tiruan dan hak pihak ketiga tidak dilanggar.

S Saya sedang mereka bentuk pelbagai T-shirt baru untuk kanak-kanak perempuan. Bagaimana saya memastikan saya tidak melanggar Harta Intelek orang lain?

J Ketahui pasaran anda dan apakah produk dan reka bentuk yang sudah ada dalam pasaran. Anda bebas mengambil sedikit sebanyak inspirasi daripada idea sedia ada tetapi jangan tiru produk lain. Pasukan Undang-undang sedia berbincang dengan anda tentang produk baru anda untuk memastikan produk anda boleh digunakan.

S Saya merancang untuk bekerja dengan pihak ketiga untuk membangunkan teknologi yang benar-benar dapat memperbaiki kecekapan pusat pengedaran kita. Apakah langkah yang patut saya ambilkan?

J Anda perlu sentiasa mewujudkan perjanjian dengan pihak ketiga yang menyatakan pihak yang akan memiliki apa-apa Harta Intelek dalam teknologi baru. Pasukan Undang-undang anda boleh memberi nasihat jika teknologi baru boleh dipatenkan atau mendapat perlindungan hak harta intelek dalam bentuk yang lain.

S Saya ingin mula menjual barangan berjenama yang dibeli dan diimport dari luar kawasan dagangan tempatan saya (“Parallel Goods”). Apakah yang patut saya lakukan?

J Ini mungkin boleh, selagi anda tidak melanggar hak pemilik jenama. Misalnya di dalam EU, kita boleh berurusan dengan “parallel goods” tertakluk kepada peraturan tertentu. Peraturan adalah berbeza antara negara dan pasukan Undang-undang boleh memberi nasihat khusus jika perlu.

S Kita sedang mereka satu jenama baru bagi rangkaian produk bakeri di mana kita merancang untuk menjual di beberapa pasaran. Bagaimanakah kita hendak bermula memilih nama jenama?

J Patuhi Standard Rekaan Jenama Tesco dan pastikan nama anda berbeza dengan nama jenama sedia ada yang digunakan untuk barang yang sama dan serupa. Anda juga patut lakukan carian internet dan gunakan pengetahuan pasaran anda untuk membantu anda. Jangan terikat dengan satu jenama terlalu awal kerana mungkin ada masalah undang-undang dengan nama tersebut.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Pelanggan Undang-undang UK atau pasukan Undang-undang tempatan.

• Standard Rekaan Jenama Tesco

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita36 37

Page 20: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

4. Melindungi reputasi kita

Berkelakuan wajar memastikan kita menjejaskan diri atau perniagaan menerusi tindakan kita dan bahawa kita menyedari risiko yang kita hadapi perniagaan global. Bahagian ini dalam Tatakelakuan mencakupi beberapa bidang penting di mana kita boleh melindungi diri kita dan syarikat daripada melakukan kesalahan.

Penipuan mukasurat 40

Rasuah mukasurat 42

Hadiah & keraian mukasurat 44

Percanggahan mukasurat 46 kepentingan

Sumbangan amal mukasurat 48

Urusan orang dalam mukasurat 50 & penyalahgunaan pasaran

Penglibatan dalam mukasurat 52 aktiviti politik

Perakaunan tepat & mukasurat 54 pengubahan wang haram

Menyimpan maklumat mukasurat 56 kita dengan selamat

Komunikasi luar & mukasurat 58 & penggunaan media sosial

39Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita

Page 21: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Penipuan Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Penipuan merupakan jenayah serius yang memudaratkan perniagaan kita dan boleh membawa kesan ketara terhadap kos dan keuntungan kita. Istilah penipuan biasanya digunakan untuk menggambarkan kecurian melalui pelbagai kelakuan tidak jujur seperti penipuan, pemalsuan, pembohongan dan penyembunyian fakta material. Pengelakan cukai juga merupakan sejenis penipuan; Tesco boleh didakwa dan dikenakan denda tanpa had jika kita atau pihak ketiga yang bekerja dengan kita didapati sengaja cuba mengelak pembayaran cukai.

Penipuan boleh berlaku di banyak bahagian yang berlainan dalam perniagaan kita, termasuk tranksaksi dalam talian, di kaunter bayaran, semasa pengangkutan barangan melalui sistem pengedaran kita atau di pejabat.

Tesco adalah mangsa penipuan, jadi kita semua bertanggungjawab melindungi perniagaan daripada aktiviti penipuan, tidak kira siapa jua yang melakukannya. Kita percaya bahawa rakan sekerja kita akan bertindak secara jujur pada setiap masa, jadi kita akan sentiasa menyiasat dan mengambil tindakan apabila penipuan dilakukan terhadap perniagaan kita.

Apakah maknanya kepada saya?

• Peraturan utamanya mudah sahaja. Sekiranya anda mengesyaki kecurian atau aktiviti penipuan lain sedang dilakukan, anda hendaklah bersuara. Laporkan kepada pengurus anda, pasukan Pengurusan Kakitangan atau Sekuriti atau Talian Pelindung tempatan anda.

• Jangan lakukan urusan perniagaan dengan syarikat yang mempunyai reputasi bagi aktiviti penipuan, termasuk pengelakan cukai. Sentiasa jalankan “due diligence” terhadap pihak ketiga sebelum anda berurusan dengan mereka.

• Perhatikan “tanda amaran” penipuan dan ambil tindakan sekiranya anda mengenal pastinya. Tanda amaran termasuk perubahan mendadak dalam gaya hidup, seperti pembelian kereta mewah atau barangan bernilai tinggi.

• Sentiasa patuhi polisi perjalanan dan perbelanjaan kita.

S Seorang rakan sekerja di pusat pengedaran saya menjual stok penghantaran berlebihan di e-Bay. Beliau berkata ia adalah untuk kebajikan dan telah bersetuju dengan Pengurus DC tetapi saya tidak tahu ke manakah wang tersebut disalurkan. Apakah yang perlu saya lakukan?

J Walaupun kebimbangan anda tidak berasas, ianya penting untuk anda bersuara. Sekiranya anda tidak selesa bercakap dengan pengurus anda ataupun Pengurus DC, anda boleh menghubungi Talian Pelindung dan menyuarakan kebimbangan anda. Anda tidak perlu memberi nama anda apabila anda membuat panggilan.

S Seorang rakan sekerja baru-baru ini menjalankan lawatan perniagaan dan menjamu beberapa rakan untuk makan malam dan menyerahkan tuntutan bagi pembayaran balik makan malam tersebut sebagai satu perbelanjaan. Menurutnya, dia boleh berbuat demikian kerana dia sering lupa menyerahkan tuntutan untuk perbelanjaan lain jadi akhirnya semua “seimbang” dan saya juga patut berbuat demikian. Adakah tindakan ini boleh diterima?

J Tidak. Dengan menyerahkan perbelanjaan ini dia melakukan penipuan. Perbelanjaan peribadi harus mencerminkan caj apa yang ditanggung oleh anda semasa anda bekerja.

S Seorang rakan sekerja yang bekerja dengan saya menyerahkan invois daripada pembekal di mana jumlahnya tidak sepadan dengan dokumen sokongan. Dia berkata bahawa perbezaan telah dipersetujui dalam kontrak yang lain dan bahawa perkara ini “sering dilakukan sebegini” bagi pembekal ini dan bahawa saya boleh meminda dokumen supaya sepadan. Apakah yang patut saya lakukan?

J Anda seharusnya enggan meminda dokumen dan meminta rakan sekerja anda mendapatkan dokumen yang tepat. Invois dan dokumen yang tidak konsisten merupakan “tanda amaran” penipuan atau aktiviti penipuan dan kita boleh mengurangkan risiko tersebut dengan menyimpan rekod dan invois yang tepat. Sekiranya anda masih tidak pasti apa yang harus dilakukan, suarakan kebimbangan anda dengan pengurus anda.

S Seorang pembekal baru telah mendekati saya dan menawarkan produk pada harga yang sangat baik. Saya tidak tahu banyak mengenai syarikat mereka, bagaimana saya patut terus urusan ini?

J Semua pembekal baru perlu melalui proses “due diligence” integriti kita. Harga yang terlalu baik sehingga sukar dipercayai adalah tidak munasabah dan hanya akan berlaku jika pembekal tersebut tidak mengenakan dan membayar SST atau Duti bagi produk mereka secara betul. Sekiranya kita tidak dapat membuktikan bahawa kita telah melakukan pemeriksaan yang wajar, pihak berkuasa boleh menuntut Tesco membayar cukai yang tidak dibayar, faedah dan penalti. Kita mungkin didakwa melakukan jenayah.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Keselamatan, Sekuriti dan Daya Tahan atau pasukan Sekuriti tempatan

• Pasukan Cukai Tempatan

• Polisi perjalanan & perbelanjaan

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 41Tatakelakuan Perniagaan Kita40

Page 22: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Rasuah Soal & Jawab

Mengapa ini penting?Sebagai perniagaan yang mengendalikan stor dan membuat pembelian daripada pembekal di seluruh dunia, kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap risiko berkaitan dengan rasuah. Kita bangga dengan reputasi kita yang bertindak adil dan beretika di mana jua kita menjalankan perniagaan.

Semua orang perlu memahami pendirian toleransi sifar terhadap rasuah dan komitmen kita untuk mengurangkan rasuah di seluruh dunia. Rasuah menyalahi undang-undang di semua negara di mana kita beroperasi. Rasuah memudaratkan pasaran, masyarakat dan memindahkan sumber kepada orang yang tidak patut menerimanya.

Sebagai perniagaan, kita berharap semua yang bekerja dengan kita menerapkan pendirian toleransi sifar rasuah yang sama. UK mempunyai antara undang-undang rasuah yang paling ketat di dunia dan undang-undang ini dikenakan terhadap semua orang yang bekerja untuk kita, termasuk ejen dan kontraktor. Malah, warganegara UK boleh didakwa bagi tindakan rasuah yang dilakukan di luar negara.

Apakah maknanya kepada saya?

• Jangan beri rasuah, pembayaran, hadiah seperti wang tunai atau sebarang faedah lain untuk memujuk seseorang bertindak dalam cara yang memanfaatkan anda.

• Jangan terima rasuah, seperti hadiah atau keraian untuk memberikan peluang perniagaan kepada pembekal baru atau sedia ada.

• Kenali dan fahami pihak ketiga yang berurusan dengan kita dengan melaksanakan “due diligence” integriti terhadap mereka, terutamanya mereka yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kita.

• Jangan lupa tentang risiko rasuah yang timbul menerusi interaksi dengan pegawai awam dan pastikan interaksi kita sentiasa terbuka, jujur dan telus.

• Anda boleh menggunakan proses “fast-track” yang sah untuk mempercepatkan keputusan rutin tetapi jangan sama sekali buat pembayaran secara terus kepada pegawai awam untuk mendapatkan permit atau lesen.

• Pastikan anda menerima latihan lengkap mengenai risiko dan isu rasuah dan sogokan yang kita mungkin hadapi dalam perniagaan.

• Berikan kerjasama penuh dengan agensi dan penyiasat penguatkuasaan undang-undang dan beri sokongan anda kepada tindakan pendakwaan atau tatatertib jika bukti yang mencukupi wujud.

• Sekiranya anda atau orang lain ditawarkan rasuah, segera hubungi pasukan Undang-undang atau Sekuriti tempatan anda.

S Rakan saya bercakap besar bahawa pembekal dia tahu mereka perlu “menjaga beliau” jika mereka mahu terus bekerja dengan Tesco. Adakah ini betul?

J Tidak. Ia adalah pelanggaran polisi hadiah kita untuk mendapatkan keraian atau faedah lain sebagai balasan untuk membeli barangan atau perkhidmatan daripada pembekal. Ini juga mungkin rasuah. Anda harus menyuarakan kebimbangan anda dengan segera. Bercakap dengan pengurus peringkat anda atau hubungi pasukan Undang-undang atau Sekuriti.

S Dalam pasaran saya, tidak salah untuk membayar pegawai tempatan sejumlah wang tunai yang kecil untuk memastikan dokumen saya dicop. Adakah ini satu masalah?

J Ya. Ini sebenarnya rasuah kecil yang juga dikenali sebagai “bayaran pemudahan” dan ianya menyalahi undang-undang negara UK, meskipun anda bekerja dengan Tesco di negara lain. Sama seperti rasuah, bayaran pemudahan tidak boleh diberikan dan hendaklah dilaporkan.

S Saya sering kali berinteraksi dengan perunding yang mendapatkan permit yang saya perlukan untuk perniagaan. Seorang perunding baru telah menawarkan untuk mengurangkan masa pentadbiran dan masa menunggu sebanyak 50% tetapi saya tidak pasti bagaimana mereka akan melakukannya. Haruskah saya mengambil tahu tentang bagaimana mereka akan melakukannya sekiranya mereka boleh memberikan apa yang saya perlukan?

J Ya. Tindakan mereka yang bertindak bagi pihak kita (juga dikenali sebagai Orang Berkaitan) menimbulkan risiko rasuah yang ketara terhadap kita. Kita perlu mengetahui dengan jelas apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka bertindak bagi pihak kita. Reputasi kita terlalu penting untuk menanggung risiko dicemarkan oleh tindakan rasuah dan kita mungkin bertanggungjawab meskipun kita tidak menyedarinya. Hubungi pasukan Undang-undang tempatan anda dan pastikan bahawa anda menjalankan “due diligence” integriti yang bersesuaian ke atas semua pihak ketiga sebelum mereka bertindak bagi pihak Tesco.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Integriti Perniagaan Undang-undang Kumpulan atau pasukan Undang-undang tempatan

• Polisi anti-rasuah

• Polisi percanggahan kepentingan

• Polisi hadiah & keraian

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 43Tatakelakuan Perniagaan Kita42

Page 23: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Hadiah dan Keraian Soal & Jawab

Mengapa ini penting?Memberi dan menerima hadiah atau keraian yang sederhana amat penting dalam membina perhubungan dengan pembekal dan pihak lain. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak harus mempengaruhi – atau tampak mempengaruhi – keputusan perniagaan kita dalam apa jua cara. Kita tidak boleh meminta atau mengenakan sebarang pengaruh sebagai balasan bagi janji, hadiah atau sebarang dorongan lain, tidak kiralah amalan perniagaan tempatan di negara di mana negara kita beroperasi.

Sebarang hadiah atau keraian yang diberikan atau diterima hendaklah sesuai, diluluskan selaras dengan polisi kita, dan jika perlu hendaklah dicatat dalam daftar hadiah tempatan.

Apakah maknanya kepada saya?Sentiasa patuhi Polisi Hadiah dan Keraian kita. Jika anda berada di negara UK dan menerima hadiah atau keraian yang bernilai melebihi £100, pohon kelulusan daripada pengurus anda dan catatkan butir-butir dalam daftar hadiah. Di pasaran lain, gunakan ambang tempatan yang ditetapkan di negara masing-masing. Hadiah dan keraian yang tidak sesuai sentiasa perlu ditolak, tanpa mengira nilainya.

Ingat:

• Pertimbangkan dengan sewajarnya dan ingatlah Nilai kita ketika membuat keputusan sama ada untuk menerima hadiah atau keraian.

• Jangan terima atau beri hadiah tunai atau bersamaan tunai seperti kad hadiah atau baucer.

• Penerimaan hadiah atau keraian mahal secara umumnya adalah tidak sesuai melainkan anda mempunyai justifikasi perniagaan yang jelas.

• Anda tidak boleh menerima sebarang hadiah atau keraian yang mungkin mempengaruhi keputusan anda bagi pihak perniagaan atau ditafsir sebagai rasuah.

• Sentiasa berhati-hati dan berunding dengan Pengarah Undang-undang anda sebelum memberi sebarang hadiah kepada pegawai awam.

• Jangan beri atau terima keraian yang tidak senonoh, lucah atau sebaliknya menyinggung.

• Keraian yang memerlukan perjalanan ke luar negara mesti diluluskan oleh Ketua Perniagaan sebelum ia boleh diterima.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Integriti Perniagaan Undang-undang Kumplan atau pasukan Undang-undang tempatan

• Polisi hadiah & keraian

• Polisi percanggahan kepentingan

S Saya memenangi cabutan bertuah yang diadakan oleh pembekal saya pada minggu lepas. Hadiah cabutan bertuah saya merupakan kamera baru. Bolehkah saya menerima hadiah cabutan bertuah ini?

J Hadiah cabutan bertuah ini dianggap satu hadiah, dan sekiranya nilainya melebihi RM 200, anda perlu mendapatkan kelulusan pengurus anda dan perlu memaklumkan Pengarah anda sebelum menerimanya. Anda juga hendaklah mencatatnya di dalam daftar hadiah.

S Saya merupakan seorang pengurus stor. Pasukan stor daripada pihak pembekal telah menawarkan saya baucer hadiah bernilai RM250 sekiranya saya memastikan produk mereka sentiasa tersedia semasa promosi yang bakal diadakan. Bolehkah saya menerima hadiah ini?

J Tidak. Hadiah ini adalah bersamaan tunai dan polisi kita tidak membenarkan penerimaan tunai atau hadiah bersamaan tunai. Lebih penting, hadiah ini menghendaki anda mengalih perhatian anda untuk menyokong promosi ini dan bukannya semua produk lain yang boleh didapati di stor. Justeru itu, hadiah ini tidak wajar. Pembekal harus dimaklumkan bahawa sokongan untuk promosi dipersetujui pada peringkat pusat dan bukan pada peringkat stor.

S Saya telah ditawarkan tiket hospitaliti bagi Wimbledon. Nilai muka tiket adalah RM450 tetapi pembekal berkata bahawa jumlah kos pakej hospitality adalah RM2000. Jumlah manakah yang patut saya guna ketika saya masuk dalam log jumlah tersebut dalam Daftar Hadiah?

J Anda perlu menggunakan jumlah kos kepada pembekal iaitu RM2000. Sekiranya pembekal membayar sebarang barangan tambahan seperti perjalanan atau penginapan semalaman, kos tersebut perlu ditambah kepada jumlah yang perlu dimasukkan dalam log.

S Seorang pembekal yang dahulunya pernah berurusniaga dengan saya kini menjadi sebahagian daripada proses bida tender bagi perniagaan baru. Mereka ingin membawa saya keluar makan malam untuk menunjukkan kepada saya betapa tinggi erti kontrak buat mereka. Bolehkah saya menerima tawaran mereka?

J Tidak. Polisi hadiah dan keraian kita melarang semua rakan sekerja daripada menerima atau menawarkan sebarang hadiah atau keraian dalam proses tender. Ini memastikan keputusan kita dibuat tanpa sebarang pengaruh peribadi yang menjejaskan keputusannya.

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 45Tatakelakuan Perniagaan Kita44

Page 24: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

S Kita sedang mencari penyedia perkhidmatan baru dan teman lelaki saya mengendali syarikat yang boleh menjalankan kerja ini untuk Tesco. Bolehkah saya berkongsi butir bida ini dengannya?

J Tidak. Butir bida adalah sulit. Anda tidak boleh menggunakan kedudukan anda dalam Tesco untuk memberi kelebihan komersial kepada pasangan, sahabat atau saudara terdekat anda. Sekiranya teman lelaki anda ingin membida, anda hendaklah mendedahkan perhubungan anda kepada pengurus anda dan tidak boleh terlibat dalam proses bida.

S Saya perlu melakukan perjalanan untuk perniagaan bagi perjalanan yang akan datang dan cenderung untuk menempah tiket dengan syarikat penerbangan yang mana saya mendapat mata ganjaran loyalti. Bolehkah saya menggunakan syarikat penerbangan tersebut meskipun mereka lebih mahal daripada syarikat penerbangan lain?

J Tidak, anda tidak boleh membenarkan kepentingan peribadi anda mempengaruhi keputusan anda untuk perniagaan. Sekiranya tiket penerbangan yang lebih murah tersedia dan ditawarkan maka anda hendaklah memilih pilihan ini demi kepentingan perniagaan.

S Pasukan saya sedang mengisi kekosongan jawatan dan pada pendapat saya, anak saudara saya merupakan calon yang sesuai. Bolehkah saya memberikan butirnya dan mengesyorkannya untuk jawatan ini?

J Ya, sekiranya anak saudara anda mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kewibawaan untuk jawatan tersebut, anda boleh mengesyorkannya selagi anda tidak akan secara langsung menentukan atau mempengaruhi keputusan untuk menggajinya. Sentiasa isytharkan hubungan anda secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang tanggapan percanggahan.

S Saya bekerja di bahagian pengurusan pusat beli-belah dan bonus saya adalah berdasarkan pencapaian sasaran penghunian tertentu di pusat membeli-belah kita. Bolehkah saya menyewakan unit kepada penyewa yang kurang bermutu untuk mencapai sasaran saya?

J Tidak. Tujuan sasaran anda adalah untuk memastikan pusat beli-belah kita disewa oleh pelbagai penyewa yang berkualiti. Penyewa bermutu rendah akan memberi manfaat kepada anda tetapi tidak kepada perniagaan atau pelanggan kita.

S Saya berpendapat bahawa pengurus saya telah melantik isterinya sebagai salah satu pembekalnya dan memilihnya walaupun dia lebih mahal daripada pembekal lain dan mutu produknya lebih rendah daripada yang lain. Apakah yang patut saya lakukan?

J Ini bukan sahaja satu percanggahan kepentingan, tetapi ia mungkin merupakan satu penipuan terhadap Tesco. Anda patut menyuarakan kebimbangan anda dengan pengurusnya, atau hubungi pasukan Sekuriti atau Undang-undang tempatan anda.

Percanggahan Kepentingan Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Percanggahan kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi kita dibenarkan mengganggu atau mempengaruhi keupayaan kita untuk membuat keputusan demi kebaikan perniagaan atau pelanggan kita. Ini mungkin berlaku jika ahli keluarga anda menjadi pembekal atau menjual perkhidmatan kepada perniagaan kita atau jika anda sedang berurusan dengan seseorang yang mempunyai hubungan peribadi dengan anda. Jika kita gagal menguruskan percanggahan kepentingan dengan baik, ia boleh merosakkan reputasi kita dan dalam kes terburuk, mungkin mengakibatkan penipuan, diskriminasi atau isu lain yang serius.

Apakah maknanya kepada saya?Apabila timbul percanggahan kepentingan atau anda anggap mungkin timbul, ambil langkah untuk:

• Mengenalpasti: berwaspada dengan sebarang kepentingan peribadi yang mungkin mempengaruhi keputusan anda bagi pihak perniagaan. Misalnya jika pasangan atau ahli keluarga anda merupakan pembekal kepada Tesco.

• Mengelak: undurkan diri dari semua situasi di mana tanggapan percanggahan mungkin wujud dan tanya diri anda bagaimana orang luar akan melihatnya. Misalnya, adalah lebih baik untuk tidak bekerja dalam pasukan yang sama dengan ahli keluarga.

• Mengurangkan: sekiranya anda tidak dapat mengelakkan keadaan tersebut, berbincang dengan pengurus anda dan bersetuju dengan satu rancangan untuk menguruskan percanggahan tersebut.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Integriti Perniagaan Undang-undang Kumpulan atau pasukan Undang-undang tempatan

• Polisi percanggahan kepentingan

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 47Tatakelakuan Perniagaan Kita46

Page 25: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

S Stor saya ingin menyokong kumpulan belia tempatan dengan mendermakan produk bernilai RM50 untuk cabutan bertuah Krismas mereka. Apakah yang perlu saya lakukan?

J Memandangkan sumbangan tersebut datang dari Tesco, anda hendaklah memastikan bahawa kumpulan belia tersebut merupakan pilihan yang sesuai dan bahawa mereka merupakan badan amal yang berdaftar; rujuk panduan sumbangan amal tempatan anda. Sentiasa beringat untuk mendapatkan kebenaran yang sesuai sebelum bersetuju dengan pendermaan tersebut; memandangkan ini adalah di bawah RM 200 ia boleh diluluskan oleh pengurus anda.

S Kita sedang bekerjasama dengan pembekal kita untuk menjalankan promosi selama 3 minggu untuk ubat gigi di mana 5% daripada setiap jualan akan disumbang kepada badan amal. Apakah proses yang perlu saya ikuti?

J Jenis promosi ini dikenali sebagai “Cause-Related Marketing” (CRM) dan mesti diluluskan oleh Pengarah Produk unit perniagaan (seperti yang ditetapkan dalam Polisi Sumbangan Amal Kumpulan).

Semua aktiviti CRM hendaklah disokong oleh kontrak yang ditandatangani kerana bakal mempunyai implikasi cukai.

S Sepuluh daripada pasukan kami telah dipelawa ke hari golf amal oleh satu badan amal yang bukan merupakan sekutu badan badan amal peringkat kebangsaan. Kita akan menyumbang RM20,000 kepada badan kebajikan tersebut untuk mengambil bahagian. Adakah ini dibenarkan?

J Ya, namun anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pasukan eksekutif atau kepimpinan tertinggi unit perniagaan anda kerana sumbangannya melebihi RM2,500 dan wang tersebut akan disumbangkan kepada badan amal yang bukan merupakan sekutu badan amal peringkat kebangsaan. Anda hendaklah memastikan bahawa pemeriksaan latar belakang yang relevan telah disempurnakan, termasuk “due diligence” reputasi. Anda hendaklah ingat untuk melaporkan sumbangan ini kepada Ketua Komunikasi unit perniagaan anda kerana mereka menyimpan satu log sumbangan amal.

S Pembekal saya telah menjemput saya ke majlis makan malam anugerah badan amal. Bolehkah saya terima jemputan ini?

J Keadaan ini dilindungi oleh polisi hadiah & keraian kita (lihat mukasurat 44-45). Anda perlu mengetahui jumlah nilai keraian, mendapatkan kelulusan pengurus sekiranya nilai tersebut melebihi RM200 (atau ambang tempatan) dan melaporkannya dalam log daftar hadiah.

Sumbangan amal Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Kita mempunyai sejarah panjang menyokong badan amal tempatan dan kebangsaan, menyediakan wang, masa, produk dan perkhidmatan yang membawa kesan nyata kepada komuniti kita. Semasa menawarkan sokongan kita, ia penting untuk menyemak jika organisasi yang kita sokong adalah sesuai, sah dan membantu komuniti kita dengan cara yang kita harapkan. Ini membantu kita memastikan bahawa sebarang sumbangan yang kita lakukan tidak memudaratkan reputasi kita dan melindungi semua rakan sekerja daripada cabaran undang-undang atau kewangan.

Apakah maknanya kepada saya?

• Menyokong sekutu badan amal yang diiktiraf.

• Menjalankan “due diligence” integriti terhadap mana-mana badan amal yang bakal kita sokong, sekiranya badan amal tersebut bukannya sekutu yang diiktiraf.

• Sumbangan amal hanya boleh dibuat mengikut autoriti yang sesuai; patuhi jadual delegasi autoriti yang ditetapkan dalam polisi sumbangan amal dan dapatkan kelulusan yang betul.

• Mematuhi prosedur dan panduan pengumpulan dana dalaman kita.

• Jangan memberi tekanan kepada pembekal anda untuk membuat sumbangan (wang, barangan atau perkhidmatan) kepada badan amal yang Tesco sokong.

• Jangan benarkan dana Tesco diberi kepada badan amal yang mungkin membahayakan reputasi Tesco.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Komunikasi Kumpulan atau pasukan Hal Ehwal Korporat

• Polisi sumbangan amal

• Polisi hadiah & keraian

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 49Tatakelakuan Perniagaan Kita48

Page 26: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Urusan orang dalam dan penyalahgunaan pasaran

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Sebagai sebahagian daripada kerja anda, anda mungkin mendapat “maklumat dalaman” material mengenai Tesco atau syarikat yang menjalankan perniagaan dengan kita.

Penggunaan maklumat dalaman untuk manfaat anda sendiri atau bagi pihak lain adalah melanggar undang-undang dan polisi syarikat. Ini termasuk menjual atau membeli saham atau sekuriti lain seperti bon yang disenaraikan berdasarkan maklumat dalaman, yang dikenali sebagai “urusan orang dalam” dan merupakan kesalahan jenayah yang serius. Perkongsian maklumat dalaman dengan mana-mana orang juga boleh menjadi satu kesalahan jika mereka menggunakannya untuk membuat keputusan perdagangan.

Kita semua bertanggungjawab mengetahui dan mematuhi undang-undang dan polisi dalaman kita. Peraturan ini dikenakan biarpun anda tidak lagi bekerja dengan Tesco.

.

Apakah maknanya kepada saya?

• Apabila pekerjaan anda menghendaki anda memiliki maklumat dalaman, anda akan dimasukkan dalam Senarai Orang Dalaman Tesco PLC dan menerima notifikasi daripada Setiausaha Syarikat Kumpulan.

• Anda tidak dibenarkan membuat urusan berniaga sekuriti untuk mana-mana syarikat sekiranya anda memiliki maklumat dalaman syarikat terbabit. Contohnya, anda tidak dibenarkan untuk menjual atau membeli saham Tesco jika anda mendapat tahu tentang maklumat di tempat kerja yang boleh menjadikan harga saham Tesco meningkat atau menurun apabila maklumat tersebut diketahui umum.

• Sekiranya anda telah dimasukkan ke dalam Senarai Orang Dalaman Tesco PLC, anda hendaklah mematuhi Kod Urusan Saham Tesco PLC; mengemukakan butir peribadi tertentu yang perlu disimpan mengikut peruntukan undang-undang; dan anda hendaklah mendapatkan kebenaran sebelum anda atau orang yang berkaitan boleh membuat urusniaga sekuriti Tesco.

• Anda juga dilarang daripada berurusan dengan sekuriti Tesco semasa “close periods” yang dikenakan sebelum pengumuman syarikat, misalnya keputusan atau transaksi utama. Tarikh “closed period” akan dimaklumkan kepada rakan sekerja terdahulu.

• Anda tidak boleh melakukan penyalahgunaan pasaran dengan menyebarkan maklumat palsu atau terlibat dalam aktiviti lain yang bertujuan untuk memanipulasi harga sekuriti sesebuah syarikat.

• Anda patut bersuara sekiranya anda fikir seseorang terlibat dalam urusan orang dalam.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan Setiausaha Korporat

• Pengarah Undang-undang Tempatan

• Tata Urusan Saham Tesco PLC

• Manual Pendedahan Tesco PLC

S Apakah “maklumat dalaman”?

J Maklumat dalaman merupakan maklumat khusus mengenai syarikat yang belum diketahui orang awam dan dianggap penting oleh pelabur yang munasabah semasa membuat pertimbangan untuk membeli, menjual atau memegang saham atau sekuriti lain.

S Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai dagangan orang dalam?

J Baca Tata Urusan Saham dan Nota Taklimat Orang Dalam kita. Maklumat lebih terperinci mengenai pengurusan dan pendedahan maklumat dalaman boleh didapati dalam Manual Pendedahan Tesco PLC.

S Saya telah dimasukkan ke dalam Senarai Orang Dalaman Tesco PLC dan saya ingin membeli saham Tesco. Syarikat tidak berada dalam “close period”, jadi bolehkah saya meneruskan urus niaga saham?

J Tidak, anda (dan orang berkaitan dengan anda) hendaklah mematuhi prosedur yang disarankan dalam Tata Urusan Saham Tesco PLC kerana anda perlu mendapat kebenaran untuk membuat urus niaga saham memandangkan anda termasuk dalam Senarai Orang Dalaman Tesco PLC.

S Saya mendengar Tesco akan memberikan kontrak yang besar kepada syarikat pembekal yang mana sahamnya didagang secara awam.

Bolehkah saya membeli saham pembekal ini sebelum kontrak ditandatangani dan diumumkan kepada orang awam?

J Tidak. Membeli atau menjual saham dalam Tesco atau mana-mana syarikat lain berdasarkan maklumat dalaman dianggap urusan orang dalam dan menyalahi undang-undang.

S Bolehkah saya menggalakkan rakan saya untuk membeli saham dalam syarikat pembekal tersebut?

J Tidak. Ini dikenali sebagai “tipping”. Anda tidak dibenarkan memberikan maklumat dalaman kepada mana-mana orang lain atau menggalakkan orang lain untuk berurusan atas dasar maklumat tersebut, meskipun anda tidak mendapat manfaat daripadanya.

S Saya telah melihat maklumat keputusan kewangan indikatif yang menunjukkan bahawa keputusan kita melebihi jangkaan pasaran. Apakah yang patut saya lakukan?

J Kegagalan untuk memberi data yang betul kepada pasaran adalah kebimbangan yang serius. Kumpulan mempunyai proses untuk mengawasi pendedahan maklumat yang sesuai dan pantas. Anda patut menghubungi Pengarah Kewangan atau Pengarah Undang-undang anda dengan segera atau menghubungi Talian Pelindung.

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 51Tatakelakuan Perniagaan Kita50

Page 27: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Penglibatan dalam aktiviti politik Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Sebagai sebahagian daripada perniagaan kita, kita berinteraksi dengan kerajaan, pengawal selia, kumpulan kepentingan awam, persatuan industri dan badan lain yang serupa di seluruh dunia.

Kita mengambil langkah ini untuk memaklumkan mereka tentang pendirian kita tentang isu-isu yang menjejaskan pelanggan dan rakan sekerja kita. Maklumat ini kita sediakan sama ada secara terus atau melalui dasar atau keahlian kita dalam organisasi. Keahlian ini membantu meningkatkan pemahaman kita mengenai isu-isu dan membolehkan kita melibatkan diri secara bermakna dalam perdebatan polisi dan kawal selia yang berkenaan.

Kita sentiasa memastikan bahawa kita mematuhi semua undang-undang yang mengawal interaksi politik. Sebagai sebuah perniagaan, kita neutral dari segi politik. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti politik dan kita tidak membuat sumbangan politik.

.

Apakah maknanya kepada saya?

• Sentiasa berunding dengan pasukan Komunikasi atau Perhubungan Kerajaan sekiranya anda menerima sebarang surat-menyurat atau permintaan bagi maklumat daripada jabatan kerajaan, ahli politik atau kumpulan tindakan politik tempatan.

• Sebarang permintaan bagi sumbangan politik, termasuk penajaan acara yang dianjurkan oleh ahli politik atau parti politik, hendaklah dimajukan kepada pasukan Komunikasi atau Perhubungan Kerajaan dan pasukan Undang-undang di negara anda untuk diselesaikan.

• Rujuk kepada polisi hadiah & keraian dan hubungi Pengarah Undang-undang anda sekiranya anda memutuskan untuk memberi hadiah kepada atau mennyediakan hiburan kepada pegawai awam.

• Anda bebas untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi – masyarakat menjadi lebih teguh apabila mereka yang tinggal dan bekerja dalam masyarakat tersebut saling bekerjasama untuk memajukannya. Tetapi sentiasa nyatakan dengan jelas bahawa anda bertindak bagi pihak diri sendiri dan bukan untuk Tesco.

• Sebarang aktiviti politik hendaklah dilakukan dalam masa lapang anda dan tidak boleh menjejaskan kerja. Dan pendapat anda tidak harus mempengaruhi bagaimana anda berkelakuan terhadap pelanggan, rakan sekerja atau orang lain.

S Bolehkan saya memberikan sumbangan politik bagi pihak Tesco?

J Tidak. Kita tidak memberi sumbangan kepada parti atau calon politik.

S Bolehkah Tesco menaja acara amal Menteri?

J Anda harus membincangkan permintaan sedemikian dengan pasukan Undang-undang dan pasukan Perhubungan Kerajaan atau pasukan Komunikasi, walaupun acara tersebut adalah berunsur amal dan bukan politik. Anda perlu memastikan penajaan acara ini tidak membangkitkan isu rasuah atau masalah lain terhadap reputasi kita dan tidak berat sebelah. Ingat bahawa Tesco merupakan sebuah organisasi yang neutral politik.

S Saya bekerja di bahagian Hartanah. Bolehkah saya berbincang dengan Menteri Perancangan mengenai isu yang menjejaskan Tesco?

J Anda perlu berbincang dengan pasukan Perhubungan Kerajaan atau Komunikasi anda sebelum berinteraksi dengan pegawai kerajaan dan sama-sama menyetujui sebarang rancangan interaksi. Jika pegawai mendengar mengenai sesuatu isu secara terus daripada pakar di Tesco, ini seringkali dapat membantu.

S Bolehkah saya mengambil cuti kerja untuk membantu kempen calon tempatan untuk kerusi di Parlimen?

J Anda perlu berbincang mengenai permintaan ini dengan pasukan Pengurusan Kakitangan anda yang akan menerangkan proses untuk mengambil cuti tanpa gaji dari kerja. Apa jua keputusannya, anda mesti memastikan bahawa kepercayaan politik anda tidak mengganggu kerja anda untuk Tesco.

S Datuk Bandar telah meminta untuk bertemu dengan pengurus stor kita untuk menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan arak. Apakah yang perlu saya lakukan?

J Dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat, ia adalah penting untuk kita responsif kepada kebimbangan pegawai tempatan yang dipilih. Anda hendaklah membincangkan cadangan tersebut dengan pasukan Perhubungan Kerajaan atau Komunikasi anda dan mendapat persetujuan untuk cara terbaik bertemu dengan Datuk Bandar dan mendengar kebimbangan beliau.

S Seorang ahli politik tempatan telah ditanya sama ada beliau boleh melawat stor saya pada minggu depan. Bolehkah saya bersetuju?

J Sentiasa berunding dengan rakan sekerja di pasukan Perhubungan Kerajaan atau Komunikasi sebelum bersetuju menerima lawatan rasmi oleh ahli politik. Kita perlu memahami tujuan dan konteks sebarang lawatan yang dicadangkan sebelum memberi maklum balas.

S Bolehkah Tesco menaja majlis yang dianjurkan oleh parti politik atau kesatuan sekerja?

J Anda harus membincangkan permintaan tersebut dengan pasukan Undang-undang dan Perhubungan Kerajaan atau Komunikasi anda. Sekiranya penajaan diluluskan, anda perlu memaklumkan kepada pasukan Perhubungan Kerajaan Kumpulan yang akan menyediakan penyata mengenai sumbangan politik Tesco bagi Laporan Tahunan.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

• Pasukan Perhubungan Kerajaan Undang-undang Kumpulan

• Ketua Komunikasi

• Panduan interaksi politik

• Polisi hadiah & keraian

• Polisi sumbangan amalTatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita52 53

Page 28: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Perakaunan Tepat & Pengubahan Wang Haram

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Demi memenuhi kewajipan kita kepada pasaran saham dan pemegang saham, semua maklumat kewangan kita hendaklah dilaporkan dengan tepat dalam akaun syarikat. Ini bererti data pendapatan dan kos hendaklah sentiasa direkodkan dengan betul dan tepat pada masanya.

Di kaunter juruwang, di pejabat wang tunai dan dalam fungsi ibu pejabat kita, kita semua hendaklah memastikan bahawa kita jujur dan bertindak dengan penuh berwibawa semasa merekodkan maklumat kewangan dan bukan kewangan. Peraturan laporan kewangan tempatan dan antarabangsa semakin ketat dan hendaklah dipatuhi, bersama dengan dasar laporan dalaman kita.

Dan kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap risiko penjenayah cuba menggunakan perniagaan kita, termasuk Tesco Bank, untuk memindahkan dana yang diperolehi daripada aktiviti jenayah, termasuk dalam kes paling teruk daripada keganasan (‘terrorism’) ke dalam sistem kewangan yang sah. Ini lazimnya dikenali sebgai pengubahan wang haram dan terdapat penalti serius bagi syarikat dan individu yang terlibat dalam pengubahan wang haram atau jenayah kewangan lain.

.

Apakah maknanya kepada saya?

• Sekiranya anda terlibat dalam merekod pendapatan atau kos, pastikan anda mengetahui Dasar Perakaunan Kumpulan Tesco dan bagaimana dasar ini terpakai terhadap peranan anda.

• Hanya serahkan maklumat kewangan yang tepat dan berkaitan dengan tempoh laporan kewangan yang betul.

• Simpan rekod yang sesuai, termasuk invois dan resit, untuk menyokong semua maklumat kewangan.

• Ketahui, dan patuhi, polisi perjalanan dan perbelanjaan kita dan pastikan ahli pasukan anda juga berbuat sedemikian.

• Bekerja secara rapat dengan pasukan Kewangan tempatan anda dan minta panduan sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk merekodkan pendapatan atau perbelanjaan.

• Bekerjasama dengan juruaudit dalaman dan luaran kita dan berikan maklumat dan dokumen yang mereka perlukan untuk mengaudit akaun kita.

• Laporkan kepada pengurus anda, Pengarah Sekuriti, atau Talian Pelindung tempatan anda sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat rekod yang tidak tepat atau dipalsukan yang disimpan oleh pekerja lain atau bahawa mereka telah menyeleweng dana.

• Sekiranya anda terlibat dalam pengendalian deposit pelanggan atau transaksi tunai bernilai tinggi, pastikan anda menyempurnakan latihan kerap untuk mengekalkan kesedaran mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

• Berjaga-jaga terhadap risiko di sekitar perubahan yang tidak dijangka terhadap pengaturan pembekal, sebagai contoh, pembekal mengalihkan akaun bank mereka ke tempat berlindung cukai yang dikenali. Ini mungkin merupakan bendera merah.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

• Pasukan Kewangan Kumpulan atau pasukan Kewangan tempatan

• Pasukan Sekuriti, Keselamatan dan Kebingkasan Kumpulan atau pasukan Sekuriti tempatan

• Pasukan Integriti Perniagaan Undang-undang Kumpulan atau pasukan Undang-undang tempatan

• •Polisi perakaunan kumpulan Tesco

S Saya mengambil alih tugas rakan sekerja saya yang biasanya merekodkan sisa bagi stor kita. Saya perhatikan bahawa angka yang saya rekodkan adalah lebih rendah daripada biasa. Adakah ini menimbulkan masalah?

J Terdapat pelbagai sebab mengapa nilai sisa mungkin berbeza. Sekiranya anda bimbang bahawa data tidak direkodkan sejajar dengan polisi dan proses kita, bincangkan dengan pengurus peringkat anda terlebih dahulu atau hubungi Talian Pelindung.

S Saya perhatikan beberapa transaksi yang lebih besar daripada biasa yang dilakukan dalam akaun pelanggan Tesco bank. Haruskah saya melaporkan perkara ini?

J Sebarang aktiviti yang anda syaki mungkin dikaitkan dengan pengubahan wang haram perlu dilaporkan dengan segera. Terdapat akibat yang serius sekiranya gagal melaporkan kebimbangan mengenai pengubahan wang haram.

S Seorang pelanggan tetap saya baru sahaja membuat sejumlah bayaran besar secara tunai untuk barangannya. Patutkan saya berasa bimbang?

J Ya. Ini merupakan salah satu daripada “bendera merah” yang perlu anda berwaspada. Anda harus bercakap dengan pengurus anda.

S Saya mengendali promosi dalam P8 dan pembekal telah menyediakan pembiayaian sebanyak RM1 juta. Bolehkah saya mencatat pendapatan ini dalam tempoh sebelum itu kerana promosi tersebut pasti akan dijalankan?

J Menurut kelaziman amalan perakaunan, pendapatan hendaklah direkodkan dalam tempoh kewangan apabila aktiviti tersebut dijalankan. Aktiviti ini hendaklah dicatat dalam P8 sahaja. Bincanglah dengan Pengurus Kewangan anda untuk maklumat lanjut.

S Seorang pembekal berpotensi enggan mendedahkan identiti pemiliknya kerana mereka mendakwa ini merupakan maklumat sulit. Semua pemeriksaan latar belakang menunjukkan bahawa mereka dimiliki oleh entiti di bawah bidang kuasa “off-shore”. Apakah yang saya perlu lakukan?

J Ini merupakan bendara merah dan anda mesti mendapatkan nasihat dan panduan daripada pasukan Undang-undang. Struktur pemilikan kompleks yang menyembunyikan identiti pemilik muktamad syarikat merupakan cara untuk menyembunyikan sumber dana dan boleh digunakan untuk menjalankan pengubahan wang haram.

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 55Tatakelakuan Perniagaan Kita54

Page 29: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Menyimpan maklumat kita dengan selamat

Soalan & Jawapan

Mengapa ini Penting? Maklumat adalah kunci kejayaan kita. Keupayaan untuk berkongsi maklumat dengan pantas dan selamat membolehkan kita memastikan produk dihantar ke stor tepat pada masanya, menganalisa dan bertindak balas terhadap data penjualan dan memberikan maklumat yang terkini kepada pelanggan mengenai penghantaran pesanan mereka.

Ia adalah penting untuk kita menggunakan maklumat dengan berhati-hati dan jangan kehilangan atau menyalahgunakannya kerana maklumat Tesco mungkin berharga kepada penjenayah dan penipu. Semua rakan sekerja bertanggungjawab memahami bagaimana menggunakan peranti Tesco dan maklumat Tesco dengan tepat dan selamat, termasuk semasa mengakses maklumat melalui peranti peribadi atatu semasa dihubungkan kepada rangkaian Wi-Fi awam.

Apakah maknanya kepada saya?Menyimpan maklumat dengan selamat • Sentiasa gunakan kata laluan yang kukuh. Anda boleh menggunakan empat perkataan kamus yang tidak berkaitan untuk membina kata laluan anda. Pilih perkataan yang senang diingati untuk anda tetapi sukar diteka oleh orang lain. • Jangan berkongsi maklumat penting seperti kata laluan, PIN atau butiran bank. • Simpan maklumat dengan teratur, agar mudah dikenalpasti dan dapat diakses. • Ketahui dan hormati sebarang keperluan berkenaan penyimpanan atau pemadaman maklumat. • Jangan gunakan akaun e-mel peribadi untuk urusan kerja. • Gunakan OneDrive anda yang diluluskan oleh Tesco untuk berkongsi dokumen, yang

membolehkan rakan sekerja memberi akses kepada individu yang dinamakan. • Jangan menggunakan laman web perkongsian fail yang tidak diluluskan seperti Dropbox, Google Drive. • Uruskan data sensitif dengan hati-hati, lindunginya dan lupuskannya dengan selamat. Jangan mendedahkan maklumat kecuali jika sesuai dan selamat untuk berbuat demikian. • Latihan kesedaran Sekuriti Maklumat adalah wajib untuk semua rakan sekerja. Pastikan anda menyempurnakan semua latihan yang diberikan kepada anda tepat pada masanya. • Bersuara dengan segera sekiranya anda mengesyaki terdapat pelanggaran data. Ikuti panduan di portal Privasi (atau hubungi pasukan Privasi tempatan sekiranya tiada portal).

Menggunakan peralatan dan kemudahan IT • Jangan menggunakan komputer riba Tesco, peranti mudah alih, sistem atau rangkaian untuk mewujudkan, menggunakan atau mengedar apa-apa bahan yang boleh dianggap menyinggung, mendiskriminasi, menyalahi undang-undang atau melanggar mana-mana dasar Tesco lain.

• Sentiasa berwaspada dengan tanda malware termasuk komputer berjalan dengan perlahan, kerap terhempas, ‘pop-up’ dan tingkah laku yang luar biasa.

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

• Pasukan Pematuhan & Risiko Teknologi atau pasukan Sekuriti Maklumat tempatan

• Polisi penggunaan boleh diterima

S Saya menerima e-mel termasuk pautan yang saya percaya mungkin mengandungi virus. Apakah yang harus saya lakukan jika saya secara tidak sengaja menekan pautan tersebut?

J Anda seharusnya hanya membuka e-mel daripada sumber yang dikenali dan jangan menekan pautan atau membuka lampiran yang tidak diketahui atau nampak mencurigakan. Sekiranya anda percayai komputer anda telah dijangkiti virus, anda hendaklah melaporkannya kepada Pusat Operasi Sekuriti 24/7 dengan segera dengan menghantar emel kepada [email protected]. Sekiranya anda bimbang bahawa ia mungkin merupakan e-mel ‘phishing’, laporkannya dengan segera dengan menghantar e-mel tersebut ke [email protected] dan kemudian padamkan emel tersebut.

S Saya menerima panggilan daripada seorang yang mengata bahawa dia merupakan rakan sekerja yang bekerja dari rumah. Dia meminta saya menghantar beberapa fail ke alamat emel yang bukannya alamat emel tempat kerja. Bolehkah saya berbuat demikian?

J Tidak. Anda sama sekali tidak boleh menghantar sebarang maklumat kepada alamat emel persendirian kerana ia mungkin tidak selamat. Maklumat kita amat berharga dan anda harus sentiasa berjaga-jaga dan berfikir sebelum menghantar maklumat untuk mengelakkannya dicuri atau didedahkan kepada orang yang tidak diberi kuasa. Semasa menghantar data yang sensitif, anda perlu pastikan bahawa fail tersebut dilindungi dengan kata laluan.

S Sewaktu saya tergesa-gesa untuk pulang ke rumah saya tertinggal komputer riba saya dalam kereta api dan komputer tersebut kini hilang. Apakah yang harus saya lakukan?

J Anda harus melaporkan kehilangan tersebut kepada pengurus anda dengan serta-merta dan melogkan satu tiket di Pusat Sokongan Pejabat.

S Bagaimanakah saya harus melupuskan maklumat sulit atau maklumat perniagaan sensitif?

J Masukkan ke dalam mesin pencincang atau letak dalam beg / tong sampah sulit.

S Bagaimanakah saya harus bertindak balas kepada pemanggil yang berkata? “Salam, ini Paul dari meja bantuan IT. Komputer anda telah dijangkiti virus, dan kita perlu membaiki dengan segera. Bolehkah anda mengesahkan alamat e-mel, ID pengguna dan kata laluan anda supaya saya boleh membaikinya dari jauh?”

J Anda tidak sepatutnya berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa pun, tidak juga dengan meja bantuan IT. Sebelum memberikan sebarang maklumat kepada seseorang, pastikan anda dapat mengesahkan identiti orang yang memintanya. Berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial – ini adalah cara untuk menipu orang untuk memberikan maklumat yang tidak sepatutnya diberikan oleh mereka. Jurutera sosial menggunakan cara yang berbeza untuk melakukan ini, seperti panggilan telefon, secara peribadi dan melalui kaedah elektronik (misalnya e-mel / teks).

Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita 57Tatakelakuan Perniagaan Kita56

Page 30: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Komunikasi luaran & penggunaan media sosial

Soalan & Jawapan

Mengapa ini penting?Kita menyokong penuh kelebihan dan peluang yang terbit ekoran penggunaan internet bagi perniagaan kita. Penggunaan rangkaian sosial dan komuniti dalam talian banyak memanfaatkan kita sebagai individu dan perniagaan untuk memaklumkan apa yang kita lakukan, sama ada kepada rakan sekerja, pelanggan atau pemegang kepentingan utama lain.

Berita mengenai Tesco bergerak dengan pantas dan pihak media serta pesaing kita sering kali melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai kita. Jika maklumat salah atau tidak tepat diketahui orang awam melalui apa jua cara sekalipun, ini akan mengancam reputasi, daya saing dan kepercayaan pelanggan terhadap kita. Kesilapan maklumat juga akan meletakkan jenama Tesco dan rakan sekerja dalam risiko tindakan undang-undang.

Apakah maknanya kepada saya?Selaku rakan sekerja Tesco, anda mewakili perniagaan kita. Apabila anda berbincang mengenai Tesco gunakan pertimbangan wajar pada setiap masa dan jangan sama sekali mengeluarkan kata-kata atau muat naik komen, imej atau pautan yang tidak benar ataupun menyinggungkan. Sentiasa berusaha untuk bersopan dan bersikap positif mengenai kerja dan rakan sekerja anda. Ingatlah apa yang disampaikan dalam ucapan atau persidangan rasmi, kepada wartawan atau sebarang penulisan di media sosial berkemungkinan mengancam jenama dan seterusnya mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran kerja anda.

Polisi Media Sosial kita membentangkan pendekatan kita terhadap komunikasi dalam talian dan dirumus berdasarkan empat bidang utama:

1. Sejati – Patuhi Nilai perniagaan kita dan jadilah insan sejati. Perkenalkan diri anda sebagai rakan sekerja Tesco dan sila nyatakan bahawa ‘Semua pendapat adalah pendapat peribadi saya’ dalam profil anda. Jangan gunakan nama samaran atau mengelirukan orang tentang kaitan anda dengan syarikat.

2. Berjaga-jaga – Ingati bahawa semua yang anda letakkan di internet menjadi maklumat awam dan sedari bahawa pihak media dan pesaing sentiasa memerhati.

3. Fikir -Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kandungan yang anda berkongsi. Pastikan pos anda adalah tepat, tidak mengelirukan atau mengancam dan berhati-hati untuk tidak mendedahkan maklumat sulit syarikat.

4. Iktiraf – Hormati hak cipta dan beri penghargaan di mana yang diperlukan. Jangan mengepos teks, imej atau video yang dihasilkan oleh orang lain tanpa memberi kredit kepada mereka. Jangan sama sekali memberi CCTV atau video telefon kamera kepada wartawan tanpa menghubungi Pejabat Akhbar terlebih dahulu dan pasukan Hak Privasi tempatan anda.

Berurusan dengan wartawan

Sila ajukan semua persoalan yang diterima berhubung kisah tempatan,serantau, kebangsaan atau antarabangsa kepada pasukan Akhbar Tesco. Mereka boleh membantu mengurus respons, menyelaras permintaan rakaman atau radio dan memastikan anda mematuhi undang-undang. Ini dapat membantu kita menghantar mesej yang konsisten dan terkini di seluruh Tesco.

S Saya melihat contoh seorang rakan sekerja membuat kenyataaan yang tidak sesuai di media sosial – apakah yang patut saya lakukan?

J Semak apa yang anda lihat terhadap garis panduan Media Sosial. Sama seperti dunia sebenar, komen yang dibuat dalam dunia maya harus mencerminkan Nilai kita. Jika anda masih bimbang, sila hubungi pengurus anda atau hubungi pasukan Hal Ehwal Korporat tempatan anda atau pasukan Komunikasi Kumpulan.

S Saya melihat banyak artikel, tweet dan pos Facebook menarik tentang Tesco. Bolehkah saya mengepos ini dalam talian secara luaran atau menghantarnya kepada kawan dan ahli keluarga?

J Ya, jika mesej itu adalah positif namun fikirkan terlebih dahulu sama ada maklumat yang anda gunakan sesuai untuk dikongsi atau untuk kegunaan dalaman sahaja. Juga pertimbangkan sama ada ia adalah ‘berita palsu’. Hanya kongsi maklumat yang dirancang untuk penggunaan awam. Ingati peraturan penting: mengepos secara positif.

S Saya mengendali laman sesawang dan saluran media sosial Tesco (misalnya Facebook atau Twitter Tesco). Bolehkah saya terbitkan statistik dan angka Tesco?

J Ya, namun semak ketepatan statistik dan angka dan pastikan maklumat tersebut sudah diketahui umum. Laman sesawang Tesco PLC mempunyai pendedahan korporat terkini, termasuk data-data kewangan dan program komuniti. Jika boleh, sila sediakan pautan ke mukasurat Tesco PLC yang relevan. Jangan kongsi data angka jualan selain daripada yang dipaparkan di laman sesawang Tesco PLC.

S Akbar tempatan baru menelefon untuk menerbitkan satu artikel mengenai impak lesen alkohol baru kita. Bolehkah kita berhubung dengan mereka?

J Sebagai langkah pertaman, anda patut merujuk mereka kepada Pejabat Akhbar Tesco dan kemudiannya mencapai persetujuan siapa yang akan bercakap dengan akhbar tempatan tersebut.

S Saya telah dijemput untuk berucap secara rasmi mengenai Tesco. Bolehkah saya menerima jemputan tersebut?

J Sebelum menerima sebarang jemputan ucapan rasmi, anda harus berbincang dengan ketua perniagaan anda dan kemudiannya menghubungi pasukan Komunikasi Kumpulan atau pasukan Hal Ehwal Korporat. Mereka boleh menasihati anda bagaimana untuk menyampaikan mesej yang betul kepada pendengar anda dan menghindari sebarang risiko reputasi. Jemputan sedemikian sepatutnya memanfaatkan Tesco dan kandungan ucapan tidak sepatutnya mengandungi sebarang berita baru, sulit atau sensitif dari segi komersial.

Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

• Pasukan-pasukanKomunikasi Kumpulan atau Komunikasi tempatan

• Pasukan Akhbar

• Pasukan Hal Ehwal Korporat

• Polisi Media Sosial

• Garis Panduan Permintaan bagi Akses & Pendedahan CCTV

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita58 59

Page 31: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Nilai kita membimbing kita apabila kita perlu membuat keputusan yang sukar. Dengan berpandukan Nilai kita, kita dapat memastikan kita sentiasa berkelakuan wajar.

Nilai Kita Tingkah Laku Kepimpinan Kita

InovasiBersikap terbuka kepada idea baru

• Kekal ingin tahu dan teroka cara pemikiran baru.

• Berpandangan jauh dan menerima kemungkinan masa depan.

• Mengambil langkah kecil yang membawakan perbezaan besar.

KerjasamaBekerja lebih baik bersama-sama

• Keluar dan bina hubungan dengan orang lain

• Bekerja sebagai satu pasukan dan kongsi kejayaan bersama

• Bekerjasama dengan orang lain untuk mengekalkan keringkasan.

EmpatiMendahulukan orang lain

• Jalinkan hubungan yang asli, boleh dipercayai dan disenangi.

• Luangkan masa untuk melihat, mendengar dan menghormati orang lain.

• Fahami bahawa perbezaan sesama kita menjadi kekuatan terbesar kita ketika menghulurkan bantuan.

Daya TahanMenyerlahkan yang terbaik daripada diri anda

• Jaga diri anda agar anda sentiasa berada dalam tahap terbaik anda.

• Memilih untuk melihat perkara positif di sekitar anda.

• Ketahui bagaimana untuk bertindak balas apabila keadaan menjadi sukar.

ResponsifBerfikir secara cerdas dan tangkas

• Terima cabaran dunia yang sukar diduga dengan terbuka.

• Tunjukkan keberanian dengan mengambil risiko yang dihitung dan pelajari akibatnya.

• Buat keputusan biarpun keputusannya mungkin samar-samar..

Kita berusaha paling gigih untuk

perlanngan

Setiap Bantuan Bermakna

Kita melayani setiap orang

sebagaimana kita ingin dilayani

Tatakelakuan Perniagaan Kita Melindungi Rakan Sekerja dan Perniagaan Kita60 61

Page 32: Tatakelakuan Perniagaan Kita. - tescoplc.com · Menghormati maruah,harga diri 24 & layanan adil Berniaga dengan adil • Undang-undang persaingan 28 • Sanksi dan sekatan eksport

Melindungi rakan sekerja dan perniagaan kita.

October 2018. Designed by apecreative.com

.