TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… ·...

44
TATANIAGA DAN TATAETIKA www.regalbeloit.com

Transcript of TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… ·...

Page 1: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

TATANIAGA DAN TATAETIKA

www.regalbeloit.com

Page 2: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

02

KANDUNGANWawasan Regal 2020

Perutusan daripada Mark

Mengapa Kita Mempunyai Tataniaga dan Tataetika

Pematuhan dengan Keperluan Undang-Undang; Konflik antara Undang-Undang dan Tataniaga serta Tataetika

Tanggungjawab Kita

Melaporkan

Tiada Pembalasan

Pelanggaran

IntegritiMelindungi Aset Kita

Maklumat Syarikat

Buku Kira-kira dan Rekod Syarikat

Pengurusan Dokumen dan Rekod

Hak Milik Intelektual

Perdagangan Orang Dalam dan Pemberian Maklumat Saham

Komunikasi dengan Media dan Laporan Awam

Media Sosial

Mengelakkan Konflik Kepentingan

Memberi dan Menerima Hadiah serta Layanan Baik

Hadiah

Hiburan

Jamuan

Hadiah, Hiburan dan Jamuan dengan Kerajaan

Tenaga TinggiAmalan Pekerjaan Saksama

Tempat Kerja Selamat

Tempat Kerja Bebas Bahan

Tempat Kerja Bebas Keganasan

Persekitaran, Kesihatan, Keselamatan, dan Kemampanan

Perhubungan Pembekal

Privasi Data Peribadi

PrestasiKeselamatan dan Kualiti Produk

Persaingan Adil

Berurusan dengan Kerajaan

Program Anti-Rasuah

Sumbangan dan Aktiviti Politik

Kawalan Perdagangan Antarabangsa

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah

Talian Awasan Integriti

03

04

06

06

07

08

09

09

12

13

14

16

17

18

19

19

20

21

22

22

23

23

26

27

27

28

29

30

31

34

35

37

38

39

40

41

43

02

Page 3: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

03

Wawasan Regal 2020Iltizam kita untuk menambahbaik permintaan berterusan yang kita nilaikan secara berkala perkara yang kita lakukan dengan baik dan di mana kita boleh lakukan lebih baik lagi. Kita mengambil masa setiap lima tahun atau lebih untuk menyegarkan semula arah strategik kita dan menyatukan usaha-usaha kita dengan lebih baik di samping matlamat kita yang biasa. ‘Wawasan Regal 2020’ akan menjadi daya pacu bagi kerja yang kita lakukan setiap hari dan tahun-tahun mendatang.

Manual Tatakelakuan ini dicipta sebelum Wawasan 2020 disegarkan semula supaya anda perasan perubahan yang tidak begitu ketara dalam tujuan perniagaan dan nilai-nilai yang dirujuk dalam tatakelakuan itu.

TUJUAN PERNIAGAANTujuan perniagaan kita yang baharu “Kita Mengubah kuasa untuk membantu menggerakkan dunia dengan lebih cekap” mencerminkan keinginan kita untuk membuat perubahan di dunia, kedua-duanya dengan produk yang kita hasilkan dan cara kita hasilkannya.

APA YANG DIJANGKAKAN DARIPADA KITAKita biasa berbicara tentang tiga nilai utama kita – Integriti, Tenaga Tinggi dan Prestasi. Nilai-nilai ini adalah teras kepada Regal tetapi hari ini kita memikirkan tentang nilai-nilai ini sebagai sebahagian daripada budaya kita.

Kita percaya budaya Regal lebih baik didedahkan dalam cara pekerja, pelanggan dan pelabur telah datang untuk menjangkakan kita: Integriti, Kemasukan, Penglibatan, Tanggungjawab, Ketelusan dan Prestasi. Dalam semua nilai ini, integriti adalah nilai yang kita paling hargai. Ia adalah komponen paling penting dalam budaya kita di Regal. Kita tidak akan berbohong, menipu atau mencuri. Jangkaannya ialah kita akan sentiasa melakukan perkara yang betul.

INISIATIF KITAEnam inisiatif kita telah dipertimbangkan secara berhati hati dan dipilih berdasarkan apa yang kita telah capai dan di mana kita perlu tumpukan untuk mencapai objektif tiga pemegang saham kita: pelanggan, pekerja dan pelabur.

Khidmat Pelanggan, Pemudahan, Inovasi dan Kemampanan adalah inisiatif yang kita sedang simpan dan kemaskini, kerana masih terdapat banyak lagi perkara yang kita perlu lakukan. Terdapat dua inisiatif baharu: Kecemerlangan Prestasi dan Mengejar Peluang Baharu.

Page 4: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

04

Perutusan daripada MarkSeseorang pernah memberitahu saya bahawa budaya syarikat adalah paling baik difahami dengan memerhatikan tingkah laku pekerja apabila pengurus atau penyelia mereka tiada. Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini terhadap pekerja Regal menunjukkan bahawa sebahagian besar majoriti pekerja kita melihat integriti sebagai komponen paling penting dalam budaya kita. Tataniaga dan Tataetika kita menerangkan ketiga-tiga nilai ini dan merupakan tunggak bagi semua tindakan kita, di mana-mana kita menjalankan perniagaan. Walaupun perniagaan kita boleh berubah dengan produk, pemerolehan, lokasi dan orang baharu, nilai-nilai teras kita dan Tataniaga dan Tataetika ini akan sentiasa kekal menjadi panduan kita untuk berkelakuan betul.

Dengan memahami dan mematuhi Tataniaga dan Tataetika kita, kita boleh membantu memastikan kejayaan jangka panjang kita. Apabila syarikat kita berkembang dan berubah untuk memenuhi tuntutan baharu, Tataniaga dan Tataetika kita juga perlu berkembang dan berubah. Menjawab tentang perubahan dan pertumbuhan syarikat kita, kami telah mengemaskini Tataniaga dan Tataetika kita. Tataniaga dan Tataetika baharu ini lebih mudah untuk difahami, meliputi lebih banyak topik dan merangkumi senario tentang situasi yang mungkin anda hadapi dan cara untuk bertindak balas kepadanya.

Kita hendaklah melaksanakan pertimbangan yang baik dan sentiasa meminta bantuan apabila pilihan tindakan tidak jelas. Apabila anda bertanya soalan atau membuat laporan mengenai salah laku yang mungkin berlaku, anda menyumbang untuk menjadikan syarikat kita sebuah tempat yang hebat untuk bekerja pada masa ini dan masa hadapan. Jika anda membuat laporan berniat baik mengenai salah laku yang mungkin berlaku, saya memberi jaminan secara peribadi bahawa anda akan dilindungi daripada perbuatan pembalasan. Keberanian diperlukan untuk membuat laporan dan kami menyokong mereka yang mencuba untuk melakukan perkara yang betul.

Tataniaga dan Tataetika kita dikenakan kepada semua orang di Regal. Kita semua memegang standard yang sama dan ini termasuk eksekutif, pengurus, pengarah dan penyelia. Kita semua boleh berbangga dengan reputasi dan kejayaan perniagaan yang telah kita bina di Regal.

Terima kasih atas segala usaha yang telah anda lakukan untuk menjadikan Regal kita hebat.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Page 5: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

05

KITA MENGUBAH KUASA UNTUK

MEMBANTU MENGGERAKKAN

DUNIA DENGAN LEBIH CEKAP

Tunggak tindakan kita adalah penyataan budaya kami:

INTEGRITIKita paling menghargai integriti. Kita jujur dan boleh dipercayai.

KEMASUKANKita percaya kepada kemasukan secara global dan persekitaran kerja yang berlainan. Pasukan kita menyumbangkan kemahiran-kemahiran yang unik, perspektif dan pengalaman mereka untuk membangunkan penyelesaian inovatif untuk para pelanggan kita.

PENGLIBATANWarga kita bertenaga dan terlibat dengan kerja mereka dan berkuasa untuk menyempurnakan objektif kita. Bersama-sama kita bekerja sebagai sebuah pasukan untuk memastikan Regal berjaya.

TANGGUNGJAWABKita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pekerja-pekerja selamat dan alam sekitar kita bersih. Kita didorong oleh sebab produk yang kita cipta untuk masa hadapan yang lebih baik dengan mengurangkan pergantungan untuk tenaga. Di tempat ini, kita menggalakkan dan meraikan peranan aktif pekerja kita di dalam komuniti di tempat kita bekerja dan tinggal.

KETELUSANKita mempunyai budaya yang unik yang terbina daripada idea teras yang terdiri daripada ketelusan, berterus terang dan perkongsian amalan terbaik. Pasukan kepimpinan kita mudah didatangi dan terbuka kepada semua idea.

PRESTASIPelanggan, pekerja dan pemegang syer kita semuanya ada pilihan. Prestasi kita menentukan sama ada mereka memilih kita. Kita menetapkan matlamat berserta cita-cita tinggi dan memberikan hasil.

Page 6: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

06

MENGAPA KITA MEMPUNYAI TATANIAGA & TATAETIKADalam persekitaran perniagaan hari ini, kebimbangan undang-undang dan etika sering berlaku. Kita mempunyai Tataniaga & Tataetika untuk membantu membimbing keputusan dan tindakan urusan perniagaan seharian kita untuk mencerminkan nilai-nilai teras kita. Walaupun Tataniaga & Tataetika kita tidak meliputi atau menjangkakan semua isu yang mungkin berlaku atau semua situasi yang menampakkan pilihan yang betul dengan jelas, Tataniaga & Tataetika kita menawarkan contoh dan arah tentang situasi yang mungkin anda hadapi. Melalui keputusan dan kelakuan perniagaan kita, semua orang yang bekerja dengan Regal mempengaruhi reputasi kita, dan budaya kita. Tataniaga & Tataetika kita bukanlah suatu kontrak tetapi mematuhi Tataniaga & Tataetika ialah syarat pekerjaan. Apabila kita mematuhi Tataniaga & Tataetika, itu menunjukkan pertimbangan baik kita dan keupayaan untuk mendukung nilai-nilai kita. Tataniaga & Tataetika terpakai di semua lokasi kita dan di setiap peringkat perniagaan termasuk pengarah, pegawai dan pekerja serta

Tataniaga & Tataetika Kita dan Tanggungjawab Kita

pembekal, kontraktor, ejen, vendor dan rakan niaga yang peranannya mungkin melibatkan mereka mewakili kita kepada pihak lain.

PEMATUHAN TERHADAP KEPERLUAN UNDANG-UNDANG; KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG DAN TATANIAGA SERTA TATAETIKAPekerja dan wakil Regal mestilah mematuhi semua keperluan perundangan. Tiada sesiapa di Regal mempunyai kuasa untuk mengarahkan sesiapa untuk melanggar undang-undang atau memerlukan sebarang tindakan yang akan menyebabkan sesuatu undang-undang itu dilanggar.

Pematuhan bukan sahaja bermaksud mematuhi undang-undang, tetapi juga menjalankan perniagaan secara beretika agar kita dikenali sebagai syarikat yang mempunyai komitmen terhadap integriti dan kecemerlangan. Tiada pekerja sepatutnya mengandaikan atau mempercayai bahawa kepentingan Regal memerlukan tindakan yang tidak beretika atau melanggar undang-undang. Kita tidak boleh dengan sengaja memudahkan kelakuan yang salah di sisi undang-undang, penyimpanan buku kira-kira yang tidak tepat atau penipuan oleh orang lain, tanpa mengira adat setempat atau tekanan daripada pihak lain.

Terdapat kemungkinan berlakunya sesuatu situasi yang jarang terjadi apabila undang-undang setempat bercanggah dengan sesuatu tindakan atau dasar tertentu yang telah termaktub dalam Tataniaga & Tataetika ini. Jika ini berlaku, anda mesti mematuhi undang-undang tersebut. Jika adat setempat atau dasar syarikat lain bercanggah dengan Tataniaga & Tataetika kita, kita mesti mematuhi Tataniaga & Tataetika kita. Jika anda fikir mungkin terdapat sesuatu konflik, anda tidak pasti mengenai tindakan yang perlu dilakukan atau anda mempunyai soalan, hubungi Jabatan Undang-Undang.

Page 7: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

07

Tataniaga & Tataetika Kita dan Tanggungjawab Kita

Tataniaga & Tataetika Kita dan Tanggungjawab Kita sambungan

TANGGUNGJAWAB KITAKita menunjukkan usaha yang melebihi standard minimum yang diperlukan undang-undang dan berkelakuan dengan tahap beretika tertinggi dan mengelakkan sesuatu perkara yang menampakkan walau bayangan perbuatan yang tidak elok, salah di sisi undang-undang atau tidak beretika sekalipun. Tanggungjawab yang berikut dikenakan kepada kita semua:

• Baca, fahami dan patuhi Tataniaga & Tataetika ini;

• Gunakan prinsip yang ditemui dalam Tataniaga & Tataetika ini, semak dasar Regal dan fahami keperluan undang-undang;

• Bersikap benar dan jujur; gunakan akal fikiran dan pertimbangan yang baik;

• Rujuk dengan pengurus anda, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-Undang atau sumber syarikat lain berkenaan sebarang kebimbangan atau soalan tentang dasar kita dan cara untuk bertindak secara beretika. Kita seharusnya menggunakan sumber yang tersedia kepada kita apabila kita tidak pasti tindakan yang perlu dilakukan;

• Melaporkan dengan segera salah laku atau pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap dasar kita, undang-undang atau Tataniaga & Tataetika kita;

• Memberi kerjasama dalam penyiasatan tentang kebimbangan etika atau pematuhan; dan

• Mengakui secara berkala tentang kefahaman anda tentang Tataniaga & Tataetika ini dan kewajipan anda untuk mematuhinya.

Selain itu, pengurus, ketua pasukan dan penyelia kita mempunyai kewajipan khusus kerana mereka memimpin orang lain dan menetapkan standard untuk pekerja yang mereka selia. Jika anda penyelia, ketua pasukan atau pengurus, maka kami juga menghendaki anda untuk:

• Meluangkan masa untuk menerangkan kepada orang lain tentang bahagian daripada Tataniaga & Tataetika ini yang berkaitan dengan kerja mereka.

• Mewujudkan persekitaran yang selesa untuk semua orang berterus-terang, bertanya soalan dan membuat laporan tanpa berasa takut akan berlakunya pembalasan;

• Bersikap tekun untuk mengesan dan mencegah tindakan yang boleh melanggar Tataniaga & Tataetika ini;

• Bertindak cepat untuk memastikan semua laporan tentang pelanggaran yang mungkin telah berlaku telah dimasukkan dalam sistem kita, disiasat seperti yang diperlukan dan diselesaikan dengan wajar apabila seseorang itu berjumpa dengan anda tentang sesuatu kebimbangan atau tidak pasti tentang perkara yang patut dilakukan;

• Mencari peluang untuk berbincang dan menangani soalan-soalan etika dan situasi yang mencabar dengan orang lain untuk menggalakkan dialog yang terbuka, jujur dan boleh dipercayai; dan

• Apabila sesuatu laporan itu dibuat secara tanpa nama, jangan cuba untuk menentukan orang yang telah membuat laporan itu dan ingatlah bahawa laporan tidak seharusnya dianggap sebagai cabaran kepada pihak berkuasa dalam apa-apa cara sekalipun.

Page 8: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

08

Melaporkan

Biasanya, pilihan tindakan yang terbaik apabila anda mempunyai kebimbangan atau mengesyaki salah laku adalah untuk melaporkannya kepada penyelia, ketua pasukan, atau pengurus terdekat anda kerana beliau merupakan pegawai yang berkemungkinan besar bersedia untuk menyelesaikan kebimbangan itu. Jika anda berasa tidak selesa untuk melaporkan kepada pasukan atau pengurusan setempat anda, kami mempunyai beberapa pilihan lain untuk melaporkan kebimbangan.

Untuk meminta bantuan tentang kebimbangan etika atau pematuhan perniagaan atau untuk melaporkan pelanggaran yang disyaki, dirancang atau yang sebenar terhadap Tataniaga dan Tataetika ini atau dasar korporat, luahkan kebimbangan anda kepada:

• penyelia atau pengurus terdekat anda;

• pengurusan aras seterusnya di atas penyelia, ketua pasukan, atau pengurus anda;

• pengurus atau pakar kefungsian yang sesuai (contohnya, Sumber Manusia atau Kewangan);

• Jabatan Undang-undang;

• Pejabat Etika & Pematuhan;

• Telefon atau portal web Talian Awasan Integriti; atau

• Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah kita dengan menghantar mel pos ke lokasi ibu pejabat kita di AS: 200 State St, Beloit WI 53511 USA.

KETANPANAMAAN – Melainkan dinyatakan dengan jelas dilarang oleh undang-undang seperti negara tertentu di Kesatuan Eropah, kita boleh melaporkan kebimbangan pematuhan dan meminta panduan secara tanpa nama. Kami telah menyesuaikan sistem pelaporan Talian Awasan Integriti agar mematuhi keperluan rantau. Harap maklum, bahawa jika anda melaporkan kebimbangan secara tanpa nama, maka adalah penting untuk memberi butiran yang mencukupi agar kami boleh meneruskan dengan siasatan yang menyeluruh.

KERAHSIAAN – Jika anda tidak melapor secara tanpa nama, identiti anda dan maklumat yang anda berikan akan didedahkan hanya sebagaimana yang diperlukan sahaja untuk menyelesaikan kebimbangan tersebut.

PROSES SIASATAN – Regal akan menyiasat setiap kebimbangan yang dilaporkan. Siasatan ini akan menghasilkan penemuan dan, jika wajar, cadangan tindakan pembetulan. Kami akan memberi maklum balas kepada anda apabila mungkin tetapi kami tidak akan berkongsi tindakan disiplin individu.

PEJABAT ETIKA & PEMATUHAN:

TALIAN TELEFON TALIAN AWASAN INTEGRITI:

PORTAL WEB TALIAN AWASAN INTEGRITI:

TEL:

FAKS:

E-MEL:

MEL:

608.361.7416 (secara terus) 800.833.7901 (bebas tol AS) 608.364.8800 (pejabat Beloit)

608.364.8817

[email protected]

Ethics and Compliance Office Regal Beloit Corporation 200 State St Beloit WI 53511 USA

Penyedia perkhidmatan pihak ketiga mengambil laporan anda secara langsung. Dail mengikut arahan khusus negara di bahagian belakang buku kecil Tataniaga dan Tataetika ini atau cari secara dalam talian tempat nombor tersebut disiarkan di http://media.corporate-ir.net/media_files/IROL/11/116222/pdf/IntegrityAlertLine Numbers.pdf. Panggilan dijawab oleh pihak ketiga dalam bahasa setempat anda, atau anda boleh menunggu dalam talian untuk meminta jurubahasa membantu anda melaporkan kebimbangan atau meminta panduan.

Tapak web luaran ini yang dihoskan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga mempunyai borang untuk dilengkapkan dan diserahkan dalam bahasa pilihan anda.

www.regalbeloitintegrity.com

Page 9: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

09

Tiada Pembalasan

Kita memerlukan keberanian untuk berterus-terang. Kita hendaklah berasa selamat dan dilindungi semasa bertanya soalan atau membuat laporan. Kita tidak membalas kerana membuat laporan dengan niat yang baik atau menyertai sesuatu penyiasatan atau laporan. Laporan yang dibuat dengan niat yang baik adalah laporan yang anda percaya adalah benar dan bukan dibuat secara palsu dengan tujuan untuk membahayakan atau mengganggu orang lain semata-mata. Perlindungan daripada pembalasan juga meliputi kita yang terlibat dalam penyiasatan tentang salah laku. Orang yang melakukan pembalasan terhadap orang lain akan menghadapi tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan daripada pekerjaan.

PelanggaranKegagalan untuk mematuhi Tataniaga dan Tataetika ini dan dasar kita boleh menyebabkan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan daripada pekerjaan dan dalam sesetengah situasi disaman dan dipenjarakan. Sebagai contoh, jika kita melanggar peraturan atau meminta orang lain untuk melakukan sesuatu yang melanggar peraturan, kita telah melanggar Tataniaga dan Tataetika kita dan boleh dikenakan tindakan disiplin. Dengan berdiam diri sedangkan kita tahu tentang atau mempunyai sebab yang baik untuk mengesyaki sesuatu kesalahan telah berlaku boleh menyebabkan tindakan disiplin kerana tidak mematuhi Tataniaga dan Tataetika kita.

Page 10: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

10

INTEGRITIIntegriti ialah asas bagi perniagaan kita. Reputasi kita sebagai syarikat yang jujur, adil dan menghormati adalah kritikal kepada kejayaan kita; bahawa kejayaan hanya boleh dikekalkan oleh kita semua dengan meletakkan Integriti peribadi kita di kedudukan yang tinggi dalam senarai keutamaan.

Walau di mana-mana jua dan pada bila-bila masa kita bekerja, kita komited untuk bekerja dengan Integriti. Bekerja secara Integriti bermaksud melakukan kerja yang betul meskipun tiada sesiapa yang melihat. Kita bekerja secara Integriti dengan tidak mengambil jalan mudah dan sentiasa bertindak selaras dengan Tataniaga & Tataetika kita. Integriti itu bermakna mengamalkan sikap adil kepada pelanggan, pembekal, pelabur dan antara satu sama lain. Bahagian yang berikut menerangkan garis panduan kita tentang cara kita boleh bekerja secara Integriti dan memastikan kejayaan jangka panjang kita.

Page 11: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

11

Page 12: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

12

SITUASISarah, pengurus jualan, bekerja di pejabat yang sibuk. Dia pergi ke pencetak untuk mengambil beberapa laporan dan mendapati salah seorang rakan sekerjanya, Jessica sedang mengambil beberapa ratus halaman. Sarah berkata kepada Jessica, "Nampaknya kamu tak menang tangan, apa semua itu?" Jessica menerangkan bahawa dia berada dalam kumpulan teater danitu merupakan 500 risalah untuk iklan lakonan mereka yang akan datang. Adakah ini dibenarkan?

Melindungi Aset KitaKami melindungi dan memelihara aset ketara dan tak ketara kita. Aset syarikat mestilah hanya digunakan untuk tujuan syarikat dan untuk faedah syarikat. Penggunaan sampingan peribadi adalah dibenarkan apabila perbuatan itu tidak menggunakan kadar sumber yang besar dan tidak mengganggu keupayaan kita untuk melakukan kerja kita.

Aset kita termasuk aset ketara seperti bangunan, peralatan, komputer, bekalan pejabat, bahan pengilangan dan harta fizikal yang lain. Aset juga termasuk item tak ketara seperti teknologi, hak milik intelektual, maklumat peribadi, perisian, strategi dan rancangan perniagaan, data kewangan, rancangan pemasaran dan jualan, dsb. Semua sistem dan sumber maklumat syarikat seperti telefon mudah alih, komputer peribadi, e-mel, dsb. adalah harta syarikat. Berhati-hati semasa menggunakan sistem syarikat bagi memastikan komunikasi yang profesional dan bersesuaian. Gunakan sistem ini mengikut Dasar Komunikasi. Sumber komunikasi kita tidak seharusnya dianggap peribadi atau persendirian dan seharusnya tidak menjangkakan privasi kecuali undang-undang privasi setempat mempunyai syarat yang berbeza.

KEPUTUSANTidak, ini tidak boleh diterima. Walaupun penggunaan komputer, pencetak dan peralatan lain secara peribadi secara sekali-sekala adalah dibenarkan jika dilakukan secara tidak keterlaluan dan dengan kos yang sangat sedikit kepada syarikat, kebenaran ini seharusnya tidak boleh disalah guna. Dengan menggunakan pencetak syarikat untuk membuat 500 risalah untuk lakonan teater, Jessica telah menggunakan pencetak itu untuk kegunaan peribadi secara berlebih-lebihan dan tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan aset syarikat.

Page 13: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

13

Maklumat Syarikat

SITUASIBill, pengurus perolehan telah bekerja dengan pembekal bagi bida untuk wayar magnet. Dia telah berbalas e-mel banyak kali mengenai harga dan pengelasan untuk kontrak baharu. Satu e-mel tiba ke peti masuk yang dialamatkan kepada salah seorang pesaing Regal dengan alamat e-mel yang sama dengan alamat Bill. Dia membaca beberapa ayat dan menyedari terdapat sedikit maklumat sulit pesaing dilampirkan dalam e-mel tersebut. Apakah yang perlu beliau lakukan?

KEPUTUSANBill hendaklah berhenti membaca e-mel tersebut dan

menghubungi Jabatan Undang-Undang. Kita tidak boleh menggunakan maklumat pesaing yang telah dihantar

kepada kita secara tidak sengaja untuk manfaat kita.

Maklumat Syarikat ialah aset yang sangat berharga. Ini merangkumi semua maklumat dalam semua format yang secara umumnya tidak disediakan kepada orang awam. Maklumat ini juga merangkumi maklumat tentang perkara yang kita bangunkan, beli atau lesenkan dan maklumat yang kita terima daripada pihak lain (termasuk pelanggan dan pembekal).

Kita mesti memelihara kerahsiaan maklumat yang diamanahkan kepada kita oleh Syarikat, pelanggan kita dan vendor kita, melainkan apabila pendedahan diberi kuasa sewajarnya atau sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang. Kita hendaklah hanya menggunakan dan berkongsi maklumat sulit berdasarkan sebagaimana diperlukan untuk menjalankan kerja kita. Kita mesti:

• Memastikan maklumat itu selamat dan dirahsiakan serta tidak berkongsinya tanpa keperluan;

• Tidak berkongsi maklumat dengan orang lain di luar syarikat kecuali mereka mempunyai keperluan untuk mengetahuinya melalui perjanjian kerahsiaan yang sewajarnya atau yang serupa untuk memelihara kerahsiaannya;

• Menggunakan maklumat syarikat hanya untuk tujuan yang dimaksudkan dan tidak sekali-kali atas sebab peribadi;

• Menyalin secara bertanggungjawab dokumen yang mengandungi maklumat syarikat, dan hanya mengalih keluar dokumen dari kawasan kerja sepertimana yang diperlukan untuk menjalankan kerja kita dengan betul; dan

• Melupuskan maklumat syarikat dengan cara yang bersesuaian.

Semua rekod syarikat (dokumen, e-mel dan bahan-bahan lain) yang mengandungi maklumat syarikat ialah hak milik syarikat. Syarikat berhak untuk memantau atau mengakses semua rekod sedemikian pada bila-bila masa dan tanpa notis, sekiranya terdapat alasan perniagaan untuk berbuat demikian dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Kadangkala, terdapat keperluan untuk mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak yang berada di luar Regal atas sebab perniagaan yang sah. Sebelum mendedahkan atau menerima maklumat, kita mesti memeterai perjanjian yang menerangkan bagaimana pihak-pihak ini boleh menggunakan dan mesti melindungi maklumat tersebut. Regal mengekalkan borang standard Perjanjian Kerahsiaan untuk digunakan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak sebelum seseorang pekerja boleh mendedahkan sebarang maklumat bukan umum Regal.

Kita tidak boleh menggunakan maklumat sulit yang pekerja boleh dapatkan daripada bekas majikan mereka dalam kerja kita di Regal. Kedua-dua pekerja semasa dan mereka yang akan meninggalkan Regal dikehendaki tidak mendedahkan maklumat sulit kita. Para pekerja mesti berhati-hati untuk mencegah pendedahan maklumat syarikat di tempat-tempat awam.

Page 14: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

14

Buku Kira-kira dan Rekod Syarikat

Semua buku kira-kira dan rekod Syarikat, termasuk rekod kewangan dan perniagaan dan borang serta maklumat yang berkaitan dengan pekerja, mestilah tepat pada masanya, jitu dan lengkap. Kita mesti menandatangani dan mengesahkan transaksi dengan wajar dan selaras dengan Dasar Pihak Berkuasa. Kita tidak mewujudkan rekod yang palsu atau mengelirukan secara sengaja untuk apa-apa tujuan.

Kita mesti menyimpan buku kira-kira dan rekod yang jitu dengan memastikan:

• Transaksi diberi kebenaran dengan sewajarnya, dan direkodkan dengan lengkap dan tepat berdasarkan piawaian dan dasar yang sesuai untuk perakaunan;

• Aset kita dilindungi dengan betul;

• Pelaporan kewangan dan pengurusan boleh dipercayai, tidak berat sebelah dan jitu, dan mencerminkan aktiviti perniagaan yang sebenar.

Setiap unit perniagaan dan setiap fungsi perlu mengekalkan dan menggunakan kawalan untuk memastikan maklumat yang berkenaan dilaporkan tepat pada masanya kepada tahap sewajarnya bagi Regal.

SITUASIMelissa ialah akauntan baharu di pejabat kita dan beliau sedang membiasakan dirinya dengan buku kira-kira dan rekod tersebut. Semasa melihat dokumen dan transaksi beliau ternampak beberapa perkara yang kelihatannya tidak betul. Beliau nampak kos yang mungkin tidak dimanfaatkan dengan betul dan kelihatan tidak dicatat dengan betul pada kunci kira-kira, tempahan berganda pada beberapa jualan yang menyebabkan ketakselarasan inventori dan perbelanjaan tertentu yang telah disembunyikan dalam buku rahsia. Apakah yang patut Melissa lakukan?

KEPUTUSANMerekod maklumat yang salah atau tidak tepat dan mendedahkan maklumat mengelakkan cukai, atau atas sebarang sebab, melanggar standard tinggi kita untuk penyimpanan rekod yang tepat dan ketelusan pelaporan. Jangan melebih-lebih dalam kos atau perbelanjaan untuk menyembunyikan aktiviti. Ini boleh menjadi tindakan penipuan yang sangat serius dan langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan rekod kita tepat dan lengkap. Melissa perlu memfailkan laporan dengan Talian Awasan Integriti dan mengingatkan pengurus kewangan tahap seterusnya atau seseorang dalam Audit Dalaman mengenai penemuannya.

Page 15: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

15

Sama ada rekod itu kad masa, laporan perbelanjaan, rekod perakaunan umum atau rekod pembelian atau pun pengilangan, kita mempunyai tanggungjawab peribadi untuk memastikan dokumen lengkap dan tepat. Beberapa cara kita melakukan itu adalah untuk:

• Melaksanakan kawalan dan prosedur yang meningkatkan ketepatan dan kebolehpercayaan buku kira-kira syarikat kita;

• Merekod maklumat kewangan dan perniagaan, transaksi dan metrik dengan jitu dan tepat pada masanya;

• Kerap menilai sistem dan proses untuk mencari kelemahannya; membuat atau mencadangkan pembetulan sekiranya perlu;

• Mengetahui kawalan dan pihak berkuasa dalaman yang berkaitan dengan kerja anda

• Bekerjasama dengan audit dan siasatan;

• Berterus-terang mengenai sebarang kebimbangan yang anda mungkin ada yang berkaitan dengan pencatatan maklumat kewangan dan perniagaan kepada pengurus anda, pengawal syarikat, Audit Dalaman, Talian Awasan Integriti, Pejabat Etika & Pematuhan, atau Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah.

Buku Kira-kira dan Rekod Syarikat sambungan

SITUASISemasa meneliti beberapa laporan mingguan mengenai fakta jualan dan inventori, George, iaitu pengurus gudang menyedari bahawa pesanan motor telah ditanda sebagai dibayar dan dikirim manakala, dia tahu bahawa motor masih dengan Regal. Dia bertemu pengurus jualan yang memproses pesanan dan dia beritahu, "Saya yakin pelanggan akan membuat tempahan minggu depan tetapi saya benar-benar perlu memenuhi jumlah jualan saya pada suku tahun ini dan jualan ini akan benar-benar membantu saya. Saya pasti kita akan memenangi rundingan ini, jadi apa salahnya memprosesnya lebih awal untuk mendapat permulaan awal?"

KEPUTUSANIni tidak selaras dengan Tataniaga dan Tataetika kita atau standard tinggi kita untuk penyimpanan rekod yang tepat. George perlu memberitahu pengurus jualan bahawa ini tidak boleh diterima dan mengingatkan pengurusnya mengenai situasi tersebut. Walaupun pelanggan akhirnya boleh membuat pesanan, kami perlu menunggu sehingga ia berlaku untuk merekodkannya sebagai selesai.

Page 16: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

16

Pengurusan Dokumen dan Rekod

Kita perlu menjaga rekod perniagaan kita dengan cara yang teratur. Menjaga maklumat dengan betul membantu kita memenuhi keperluan perundangan dan membolehkan kita untuk menjejaki semua kerja kita dan mengurus perniagaan kita dengan lebih berkesan.

Untuk menjelaskan rekod yang kita perlu simpan dan tempoh masanya, kami membuat Dasar Penjagaan Rekod dengan Jadual iringan. Kita bertanggungjawab untuk memahami dasar, prosedur dan dokumen yang berkaitan dan merujuk kepadanya semasa menguruskan rekod. Istilah "rekod" secara umumnya bermaksud semua bukti aktiviti dan dokumen dalam sebarang bentuk, sama ada kertas, elektronik atau media lain, dibuat atau disusun oleh syarikat dan pekerja kita. Pengubahan atau pemusnahan mana-mana rekod tanpa kebenaran merupakan pelanggaran dasar syarikat dan, dalam banyak kes, adalah menyalahi undang-undang.

Dalam kes litigasi sebenar atau kemungkinan litigasi atau lain-lain prosiding atau penyiasatan perundangan atau kerajaan, Jabatan Perundangan syarikat akan memberikan arahan penjagaan rekod khas. Biasanya, penahanan perundangan ini disertakan dengan arahan mengenai memelihara dan menyimpan rekod lebih lama daripada biasa.

Page 17: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

17

Hak Milik IntelektualInovasi dan pembangunan produk baharu adalah kritikal kepada kejayaan jangka panjang kita. Jika bersesuaian dengan kerja anda, anda dikehendaki menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi dan produk baharu. Hak milik intelektual kita merangkumi semua inovasi yang telah kita cipta.

Hak milik intelektual boleh merangkumi perkara seperti paten, tanda dagangan, hak cipta, rahsia perdagangan dan maklumat proprietari lain seperti penemuan dan idea. Hak milik intelektual kita adalah antara aset Regal yang paling berharga. Kita semua perlu memelihara dan melindungi hak milik intelektual kita. Untuk melindungi harta intelektual kita, kita mesti:

• Pastikan bahawa perjanjian kerahsiaan dan ketakdedahan yang wajar telah dilengkapkan;

• Kaji semula, dengan teliti dan kena pada waktunya, produk, perkhidmatan, proses dan perisian baru Syarikat untuk mengenal pasti reka cipta dan rahsia perdagangan yang mungkin ada;

• Tandakan produk, risalah produk dan iklan dengan notis hak milik intelektual;

• Laporkan dengan segera sebarang pelanggaran yang disyaki terhadap hak milik intelektual kita; dan

• Sebelum membangunkan penemuan dan idea dengan seseorang di luar syarikat, rujuk Jabatan Undang-Undang dan pastikan bahawa perjanjian pembangunan teknologi telah disediakan.

Sepertimana kita menghendaki orang lain menghormati harta intelektual kita, kita menghormati harta orang lain. Kita tidak sekali-kali boleh melanggar dengan sengaja hak milik intelektual orang lain. Para pekerja mesti mengambil langkah yang wajar untuk menjalankan carian paten atau tanda dagangan bercanggah secara yang menepati waktu. Pekerja tidak boleh menggunakan perisian, muzik, foto atau imej lain, dll. yang tidak dibenarkan atau diberi lesen kepada Regal.

Ciptaan dan idea baru boleh merevolusikan syarikat kita dan industri kita, dengan itu kita perlu mendokumen dan melindungi maklumat ini dengan betul. Kita perlu membuat beberapa alat untuk membantu hak milik intelektual apabila kita mencipta inovasi baharu. Akses ini semasa bekerja dengan hak milik intelektual sedia ada atau mewujudkan yang baharu:

• Borang Doket Paten;

• Permintaan Carian Paten;

• Alat Penangkapan Idea;

• Program Anugerah Paten.

Page 18: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

18

SITUASIPesanan besar baru diterima daripada salah seorang pelanggan kita dan Sandra, yang bekerja dalam pengiriman dan penerimaan berbincang dengan pengurusnya mengenai perkara itu. Pengurusnya berkata "Mereka belum mengumumkan tentang ini, tetapi saya ada rakan baik yang bekerja dengan syarikat membuat pesanan ini. Dia beritahu saya mereka baru sahaja membuat penemuan besar yang akan menjadi pengubah permainan. Jika saya ada wang, saya akan beli semua saham yang boleh daripada mereka." Sandra berasa bahawa memandangkan ini bukan saham Regal yang akan dibelinya, dia boleh meneruskan hasratnya dan membeli sedikit saham pelanggan. Adakah tindakannya betul?

KEPUTUSANTidak. Memperdagangkan sebarang maklumat dalaman yang kita peroleh walaupun jika tidak berkaitan dengan

Regal, melanggar Tataniaga dan Tataetika kita dan boleh menyalahi undang-undang. Pelanggaran boleh

termasuk penalti kewangan yang teruk dan malahan, dipenjarakan.

Perdagangan Orang Dalam dan Pemberian Maklumat Saham

Kita tidak boleh membeli atau menjual saham syarikat – atau menggalakkan orang lain melakukannya – berdasarkan pada maklumat dalaman material. Maklumat dalaman material ialah maklumat yang tidak disediakan secara awam dan boleh menjejaskan harga saham kita atau keputusan pelabur untuk membeli, menjual atau menahan saham kita. Maklumat dalaman boleh termasuk keputusan kewangan, anggaran pendapatan, produk atau perkhidmatan baru, pemerolehan atau pembangunan perniagaan ketara lain. Di samping itu, anda tidak boleh mengesyorkan atau mencadangkan supaya seseorang membeli atau menjual saham kita (biasanya dirujuk sebagai "tip") berdasarkan maklumat dalaman.

Kita telah menggunakan Dasar Melarang Perdagangan Orang Dalam yang dikenakan kepada semua orang. Walau bagaimanapun, ini bukan sahaja sekadar dasar syarikat – ini juga undang-undang. Penalti akibat perdagangan orang dalam adalah serius dan boleh termasuk pendakwaan jenayah.

Tugas pengarah, pengawal dan beberapa pekerja penting kita membuatkan mereka tertakluk kepada keperluan syarikat tambahan berkaitan membeli dan menjual sekuriti yang diterangkan secara terperinci dalam dasar berasingan. Pengarah, pegawai dan pekerja yang terlibat perlu mematuhi Sijil untuk Pengarah, Pegawai & Kakitangan Penting Operasi dan Kewangan.

Page 19: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

19

Komunikasi dengan Media dan Laporan Awam

Regal berkomunikasi dengan media dan orang awam untuk berkongsi maklumat mengenai apa yang kita lakukan. Kita perlu menyampaikan dengan cara yang tepat, tepat pada masanya dan menghormati semua rundingan perniagaan kita.

Kita perlu berhati-hati semasa membincangkan tentang maklumat kewangan dengan bakal pelabur, pengawal atur atau media kerana jenis komunikasi ini boleh mempunyai kesan langsung kepada pelaburan yang dibuat dalam syarikat. Hanya individu tertentu yang dikhaskan dibenarkan untuk mengeluarkan maklumat kewangan kepana orang awam kerana peraturan tegas mengenai bagaimana dan bila maklumat ini mungkin dikeluarkan.

Media berita seperti suratkhabar, wartawan televisyen dan laman web ingin mengetahui apa yang Regal lakukan. Orang media boleh menghubungi kita melalui banyak cara termasuk contohnya melalui panggilan telefon, permintaan mesyuarat, mesej teks, e-mel, platform media sosial atau pertemuan persatuan perdagangan. Tidak kiralah bagaimana kita dihubungi, kita perlu memberi respons dengan cara yang sama. Jika anda dihubungi oleh ahli media tetapi tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu untuk bercakap dengan mereka atau memberi komen bagi pihak syarikat, maka maklumkan kepada VP Perhubungan Pelabur, Ketua Pegawai Kewangan, Penasihat Umum atau VP Pemasaran dan Komunikasi yang mengendalikan permintaan daripada media. Hanya jurucakap yang dilantik dibenarkan untuk bercakap dengan pihak media atau pelabur bagi pihak syarikat kita.

MEDIA SOSIALPopulariti yang bertambah bagi laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak laman lain yang sama membenarkan kita berkomunikasi dengan cara yang baru dan mengujakan. Walaupun media sosial boleh mengujakan, menggunakannya membawa tanggungjawab khas. Kita perlu mengingati nilai Integriti, Tenaga Tinggi dan Prestasi dan Tataniaga dan Tataetika kita semasa menggunakan media sosial. Contohnya, kita tidak boleh mendedahkan rahsia perdagangan atau maklumat dalaman bahan kepada media sosial. Hanya orang tertentu dipilih dan diluluskan untuk menyiarkan pada media sosial bagi pihak Regal.

Page 20: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

20

Mengelakkan Konflik KepentinganPekerja perlu berunding secara adil dengan satu sama lain, pelanggan, pembekal, rakan perniagaan kita dan syarikat. Percanggahan konflik berlaku apabila seseorang mempunyai hubungan peribadi, kewangan atau hubungan lain yang boleh mengganggu tugasnya untuk berunding secara adil dengan satu sama lain, atau apabila seseorang menggunakan jawatannya dengan Regal untuk keuntungan peribadi dan dengan perbelanjaan syarikat.

Keputusan atau tindakan, sama ada yang dibuat atau yang diambil di tempat kerja atau di luar kerja, hendaklah tidak bercanggah dengan tanggungjawab anda kepada Regal. Menyalahgunakan sumber atau pengaruh kedudukan anda dengan Syarikat adalah dilarang. Kita mesti mengelakkan bayangan konflik kepentingan kerana ini boleh memberi kesan negatif. Anda hendaklah sentiasa mempertimbangkan bagaimana keputusan atau tindakan anda akan ditanggapi oleh orang lain di dalam dan luar syarikat.

Semua konflik yang sebenar atau yang mungkin berlaku mesti didedahkan secara bertulis kepada pengurus anda dan Pejabat Etika & Pematuhan ([email protected]) dengan segera untuk semakan, termasuk situasi yang menimbulkan kesangsian tentang kewujudan konflik yang sebenar atau yang mungkin berlaku.

Konflik yang sebenar atau mungkin berlaku boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

• Kepentingan kewangan atau pemilikan saham dalam syarikat lain iaitu pembekal, pelanggan atau pesaing;

• Memberikan atau menerima hadiah atau apa jua yang bernilai daripada orang lain yang menjalankan perniagaan atau cuba untuk mencari peluang perniagaan dengan Regal (kecuali menurut dasar kita mengenai hadiah, hiburan dan makanan);

• Apabila ahli rumah anda atau keluarga terdekat bekerja dengan atau mereka sendiri pembekal atau pengguna;

• Kegunaan peribadi aset Regal atau peralatan di luar penggunaan peribadi yang dihadkan atau secara sampingan;

• Perhubungan romantik dengan pekerja lain yang mempunyai hubungan pelaporan secara langsung atau tidak langsung dengan anda;

• Perniagaan luar atau kepentingan lain yang mengambil masa atau mengalih perhatian secara ketara daripada kerja kita di Regal;

• Menerima jawatan pengarah atau pegawai di mana-mana syarikat atau organisasi (termasuk yang tidak berkeuntungan) tanpa kelulusan daripada pengurus anda dan Pejabat Etika & Pematuhan.

SITUASIAnak-anak Patrick telah bersedia untuk pergi ke kolej dan dia cuba untuk mendapatkan wang lebih bagi menampung perbelanjaan mereka. Dia bekerja sebagai pengimpal dan bekerja dengan sangat bagus di Regal. Dia mencari peluang kerja lain di syarikat yang membekalkan bahagian kepada Regal. Mereka mempunyai peluang untuknya dan dia boleh bekerja pada hujung minggu selepas dia selesai minggu kerjanya di Regal. Patutkah dia mengambil kerja dengan syarikat pembekal itu yang menjalankan perniagaan dengan Regal?

KEPUTUSANMungkin. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi situasi. Bergantung pada keadaan, berkemungkinan atau tidak terdapat risiko percanggahan konflik. Patrick perlu berbincang mengenai situasi tersebut dengan penyelianya dan HR atau Pejabat Etika & Pematuhan sebelum menerima kerja untuk menentukan sama ada konflik boleh wujud.

Page 21: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

21

Memberi dan Menerima Hadiah dan Layanan Baik

Kita menjual dan memasarkan produk dan perkhidmatan kita berdasarkan pada kualiti, kecekapan, kebolehpercayaan dan ketekalannya. Dengan bergantung pada ciri-ciri ini untuk memenangi dan mengekalkan perniagaan, kita tidak perlu memilih taktik tidak beretika atau menyalahi undang-undang untuk memenuhi matlamat kita.

Tujuan hadiah, hiburan dan makanan dalam kerja kita adalah untuk mewujudkan hubungan bekerja yang muhibah dan baik. Kita tidak boleh menawarkan, menjanjikan atau menerima apa jua nilai untuk manfaat kewangan tidak wajar atau kelebihan lain. Apa jua yang bernilai boleh jadi yang ketara seperti tiket ke acara sukan atau makanan serta yang tidak ketara seperti pekerjaan untuk rakan dan keluarga, malahan, berkongsi maklumat. Tataniaga dan Tataetika kita bukan bertujuan menyekat kita daripada mempunyai perhubungan perniagaan biasa dan yang lazim. Tataniaga dan Tataetika kita membantu kita mengetahui apa yang betul dan mentakrifkan situasi yang kita perlu meminta bantuan selanjutnya sebelum bertindak.

Semua rundingan kita perlu bebas daripada dilihat sekali pun, sebagai memiliki ciri-ciri manfaat tidak wajar yang diberikan untuk kelebihan perniagaan. Ini juga dikenakan kepada orang lain yang bertindak bagi pihak Regal, seperti wakil, ejen, pembekal dan rakan perniagaan. Kita tidak boleh meminta orang lain melakukan apa yang kita tahu melanggar Tataniaga dan Tataetika kita atau undang-undang. Secara umumnya, semua hadiah, hiburan dan makanan seharusnya tidak kerap, wajar untuk pasaran tetapi tidak mewah, dan berkaitan dengan tujuan perniagaan yang betul. Garis panduan berikut digunakan untuk kebanyakan situasi persendirian dan bukan kerajaan. Peraturan khas dikenakan dalam kes pekerja awam atau kerajaan. Menawarkan atau memberikan sebarang hadiah, hiburan atau makanan kepada pekerja awam atau kerajaan mungkin dilarang sama sekali menurut undang-undang dan peraturan. Mengetahui apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang berkaitan hadiah dan layanan mesra seperti hiburan dan makanan boleh mengelirukan dan mungkin memerlukan kajian selanjutnya, dan oleh itu, sila bersuara jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

Page 22: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

22

Hadiah Hadiah diberikan untuk mewujudkan muhibah dengan orang lain yang bekerja dan sebagai satu cara mempromosikan syarikat atau jenamanya. Hadiah perlu bernilai sedikit untuk pasaran, dibenarkan oleh undang-undang (dan dasar syarikat penerima), tidak diminta oleh penerima, wajar, berkaitan dengan tujuan perniagaan yang betul dan tidak diberikan dengan kerap. Contohnya di AS, kita tidak menawarkan atau menerima hadiah yang mempunyai nilai pasaran $100 USD atau lebih tanpa kelulusan terlebih dahulu dan memberikan atau menerima barang promosi dengan nilai yang sedikit (biasanya, kurang daripada $25 USD) biasanya ok. Rantau dan perniagaan lain akan mempunyai nilai lebih rendah; sila ambil tahu mengenai pasaran di mana anda menjalankan perniagaan dan semak untuk keperluan tempatan. Hadiah tunai atau serupa tunai (iaitu kad hadiah, baucar, dll.) semestinya tidak wajar. Sumbangan yang wajar kepada organisasi pertubuhan amal diluluskan oleh pegawai syarikat dibenarkan apabila tidak dilakukan untuk mempengaruhi urus niaga perniagaan atau mendapatkan manfaat tidak wajar.

Hiburan Menerima hiburan dan memberikan hiburan kepada klien dan rakan perniagaan kita juga boleh menjadi satu cara mempengaruhi rundingan perniagaan dan memupuk hubungan kerja yang baik. Walau bagaimanapun, kita perlu pastikan semua hiburan yang kita sertai wajar dan berpatutan, tidak mewah. Sama seperti hadiah, kita perlu mengelakkan walau kelihatan seperti ciri-ciri yang hiburan mungkin satu cara menggalakkan atau mendapatkan sebarang jenis sogokan atau hasil perniagaan yang diingini atau ia sebarang jenis rasuah untuk menjalankan perniagaan dengan Regal. Boleh menjadi sukar untuk menentukan apa yang boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima. Hiburan yang boleh diterima ialah:

• Munasabah dari segi nilai;

• Tidak mewah;

• Tidak kerap;

• Sah mengikut undang-undang;

• Dibenarkan oleh tatakelakuan penerima;

• Boleh didapati dan terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Biasanya, sesuatu hanya dikira hiburan jika pekerja Regal dan ahli sekutu perniagaan luar hadir. Contohnya, pergi bersama bakal pelanggan untuk keluar bermain golf ialah hiburan, manakala menerima atau memberikan baucar untuk satu pusingan golf ialah hadiah. Seterusnya, jika anda tidak selesa menghadiri bersama dengan pasangan atau ibu bapa kerana jenis acara, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk perniagaan. Apabila menyediakan hiburan (atau sebarang budi bicara perniagaan lain), menjadi tanggungjawab kita untuk menanyakan jika syarikat di mana penerima bekerja mempunyai dasar yang mengehadkan keupayaan penerima untuk menerima hiburan (atau hadiah) sebelum menawarkannya.

SITUASIDi pameran elektronik, kuasa dan automotif tahunan di AS, Bethany, jurutera Regal pergi ke gerai pembekal. Dia mendengar tentang produk baharu mereka dan mengambil beberapa risalah. Wakil di gerai pembekal juga memberikannya cawan, kalendar dan beberapa pen. Dia tahu bahawa Regal mempunyai standard tinggi berkaitan penerimaan hadiah, adakah dibenarkan untuk dia menerima barang-barang ini?

KEPUTUSANYa, ini tidak menjadi masalah. Menerima barang

promosi (yang bukan sama dengan tunai) yang tidak kerap ialah amalan perniagaan biasa. Begitu

juga, memberikan barang promosi dengan nilai yang sedikit biasanya cara yang sesuai untuk

mempromosi jenama dan syarikat.

Page 23: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

23

Jamuan Kita boleh berkongsi makanan dan minuman sewajarnya dengan pelanggan dan rakan perniagaan kita dalam tempoh biasa perniagaan. Berkongsi makanan dengan seseorang yang kita menjalankan perniagaan dengannya mungkin satu lagi cara yang baik untuk membuat atau memperbaiki hubungan perniagaan dan menjalankan mesyuarat perniagaan. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati untuk hanya makan dengan orang lain yang:

• Wajar dan berkaitan dengan mesyuarat perniagaan (minuman ringan seperti teh, kopi, buah-buahan, pastri ialah pilihan yang baik);

• Konsisten dengan rantau atau pasaran yang ditawarkan dan dasar perniagaan penerima;

• Bersifat tidak kerap; dan

• Tidak mewah mahupun berlebih-lebihan.

Dalam semua situasi ini – hadiah, makanan, hiburan - boleh jadi sukar untuk menakrifkan "ringan", "mewah" atau "berlebih-lebihan" dengan jumlah kewangan khusus memandangkan kos untuk budi bicara seperti itu berbeza-beza di seluruh dunia. Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu itu dibenarkan atau mungkin sama sekali tidak wajar atau menyalahi undang-undang, tanyalah sebelum bertindak. Jika anda ingin bertanya secara rahsia, hantarkan e-mel kepada [email protected].

Hadiah, Hiburan dan Jamuan dengan Penjawat KerajaanTerdapat peraturan yang amat ketat di seluruh dunia mengenai pemberian hadiah, hiburan dan jamuan kepada kakitangan kerajaan. Tindakan yang tidak menyalahi undang-undang danbiasa dalam persekitaran perniagaan komersial boleh menyalahi undang-undang jika diberikan kepada orang awam, kakitangan kerajaan atau "kakitangan rasmi kerajaan" yang lain. Kita mematuhi undang-undang yang diguna pakai di tempat kita bekerja dengan tegas. Kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu oleh Pejabat Etika dan Pematuhan, kita dilarang daripada memberi sesuatu yang bernilai (walaupun minuman ringan atau barangan promosi yang bernilai kecil) kepada orang awam atau kakitangan kerajaan, wakil, pegawai - atau ahli keluarga mereka.

SITUASIProjek besar baru sahaja tamat dan Dean, pengurus projek, ingin membawa pasukan pelanggan dan pasukan Regal keluar menikmati makan malam. Dia menempah meja di restoran terbaik dalam bandar. Sewaktu makan malam; beberapa botol wain dan champagne yang mahal dipesan bersama dengan makanan, minuman dan pencuci mulut yang banyak. Jumlah bil beberapa ratus dolar setiap orang. Dean membayar makanan menggunakan kad kredit syarikat, adakah itu dibenarkan?

KEPUTUSANTidak, Dean menyediakan apa yang individu wajar yang lain menganggap sebagai makan malam yang berlebihan dan mewah. Kita boleh menyediakan jamuan dan hiburan yang wajar kepada pelanggan dan rakan kongsi perniagaan, sebagai cara untuk melanjutkan hubungan perniagaan dan membina niat baik tetapi Dean telah melakukannya dengan berlebihan. Dia seharusnya menggunakan penilaian yang lebih baik dalam penggunaan sumber syarikat. Dan walaupun sekiranya Dean membayar sendiri kos makan malam ini (menggunakan wangnya sendiri), perkara ini masih tidak wajar. Tidak kira siapa yang membayar perbelanjaan ini, peraturan yang sama digunakan terhadap hadiah, hiburan dan jamuan.

Page 24: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

24

BERTENAGA TINGGIKami menggalakkan etika kerja yang kuat dengan pasukan bertenaga tinggi untuk memupuk budaya rangkuman dan hormat kepada semua. Pasukan bertenaga tinggi mempunyai identiti kumpulan dan komited kepada satu sama lain—meraikan kejayaan kita dan berkongsi cabaran.

Banyak perkara yang menjadikan tempat kerja yang Bertenaga Tinggi sesuatu yang mungkin seperti kebolehan untuk berimpian dan mencapai matlamat kita. Sifat lain bagi persekitaran kerja Bertenaga Tinggi termasuk saling hormat-menghormati, menyeluruh dan menerima orang lain. Kita bergantung sesama sendiri untuk menjadi produktif dan menyampaikan nilai tertinggi kepada pelanggan kita. Mempunyai persekitaran kerja yang membuatkan semua orang rasa dihormati dan selamat merupakan asas kepada cara kita beroperasi.

Page 25: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

25

Page 26: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

26

SITUASISyarikat mencari operator mesin baharu dan telah mempunyai beberapa calon yang layak memohon jawatan tersebut. Semasa proses temu duga, Sean, yang berusia awal dua puluhan, telah ditemu duga, Pasukan melihat Sean mempunyai sikap yang baik, kemahiran yang diperlukan dan etika kerja yang tinggi. Bagaimanapun, salah seorang ahli pasukan berkata, "Sean terlalu muda untuk tahu apa yang betul untuk dilakukan. Kita tidak mahu menggaji lelaki muda yang cenderung membuat kesilapan kerana tidak berpengalaman. Kita seharusnya menggaji individu yang lebih tua yang tahu melakukan kerjanya." Adakah ini dibenarkan?

Amalan Pekerjaan SaksamaKita menghargai dan menghormati kepelbagaian. Kita bekerja pada setiap hari untuk mewujudkan suasana yang membolehkan kita tahu bahawa kita dihargai dan setiap individu dilayan dengan bermaruah dan rasa hormat.

Kami adalah majikan yang memberikan peluang yang sama di semua lokasi di seluruh dunia. Kami menggaji dan menaikkan pangkat individu yang layak tanpa diskriminasi. Sebarang layanan terhadap individu, sama ada kurang atau lebih baik, berkaitan dengan bangsa, warna kulit, agama, jantina, identiti jantina, orientasi seks, status perkahwinan, umur, negara asal, kecacatan, tentera atau status veteran seseorang tidak dibenarkan. Ini terpakai untuk semua aspek pekerjaan seseorang, termasuk pengambilan pekerja, guna khidmat, latihan dan pembangunan, pampasan, pemindahan, kenaikan pangkat, disiplin atau pemecatan.

Kita komited untuk mematuhi undang-undang buruh dan pekerjaan di semua tempat yang menjadi lokasi kita menjalankan perniagaan, termasuk yang berkaitan dengan kebebasan berpersatuan, privasi, tawar-menawar secara kolektif, imigresen, keadaan kerja yang adil, diskriminasi dan gangguan pekerjaan. Kita melayan semua orang dengan rasa hormat -- bermaksud secara adil, profesional dan dengan jujur.

Kita komited untuk menjaga tempat kerja supaya bebas daripada gangguan fizikal, psikologi, lisan dan bukan lisan, termasuk gangguan seksual. Kita akan menyiasat semua aduan gangguan dengan segera dan secara saksama.

Gangguan adalah tingkah laku yang berkaitan dengan bangsa, jantina, identiti jantina, warna kulit, agama, negara asal, umur, orientasi seks, status perkahwinan, status veteran, kurang upaya atau ciri-ciri lain seseorang yang tidak berkaitan dengan pekerjaan yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan atau menyinggung perasaan atau yang secara tidak munasabah mengganggu prestasi kerja seseorang pekerja. Semua bentuk gangguan oleh sesiapa, termasuk pelanggan, pelawat dan pembekal, adalah dilarang keras.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai topik ini dan bagaimana kita boleh menyumbang kepada nilai Tenaga Tinggi kita sila baca Dasar Menghormat dan Maruah kita.

KEPUTUSANTidak, ini tidak selaras dengan Tataniaga dan Tataetika kita, nilai-nilai kita

atau pendirian kita terhadap kepelbagaian dan rangkuman. Walaupun kita boleh mempertimbangkan faktor seperti pengalaman kerja, kelakuan

dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan kerja dilakukan, kita tidak boleh mendiskriminasi berdasarkan umur atau faktor lain.

Nampaknya, Sean mengalami diskriminasi disebabkan oleh umurnya dan dia tidak layak untuk berada di Regal. Kita perlu mengambil orang yang terbaik untuk bekerja tanpa diskriminasi.

Page 27: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

27

Tempat Kerja SelamatTEMPAT KERJA BEBAS BAHAN Kita melakukan kerja terbaik dengan fikiran dan badan yang jelas, tidak dipengaruhi oleh dadah atau alkohol. Kita tidak bertolak-ansur dengan penggunaan dadah atau alkohol yang boleh memberi kesan negatif kepada keselamatan dan kejayaan perniagaan kita. Sejajar dengan dasar tempatan, kita tidak menggalakkan penggunaan produk tembakau semasa di dalam fasiliti syarikat atau di dalam kenderaan syarikat. Kita tidak membenarkan pemilikan atau penggunaan alkohol atau dadah yang menyalahi undang-undang semasa waktu bekerja, termasuk semasa waktu makan tengahari dan waktu rehat. Pemilikan, penggunaan, pembelian, pemindahan atau penjualan dadah atau bahan terkawal yang tidak mempunyai kebenaran perubatan berdokumen yang sah akan menyebabkan tindakan disiplin serta-merta. Terdapat pengecualian untuk penggunaan alkohol semasa acara khas (seperti parti percutian) dengan kelulusan daripada pegawai syarikat terlebih dahulu.

SITUASISelepas pulang bekerja dari makan di luar, Jake menyedari bahawa pengurusnya berbau seperti alkohol. Pengurus Jake berkelakuan aneh dan bercakap dengan tidak jelas. Jake berhadapan dengan pengurusnya tetapi dia meyakinkan Jake bahawa dia tidak apa-apa dan sering minum beberapa gelas bir sebelum kembali bekerja untuk "menghilangkan rasa mengantuk". Apakah yang perlu Jake lakukan?

KEPUTUSANJake perlu bertindak supaya pengurusnya tidak mencederakan

dirinya sendiri atau orang lain. Pengurusnya mewujudkan persekitaran kerja tidak selamat dengan bekerja di bawah

pengaruh alkohol. Jake perlu memberitahu orang lain dalam pengurusan dan HR mengenai situasi ini supaya masalah

itu boleh diselesaikan dengan segera.

Page 28: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

28

Tempat Kerja Selamat bersambung

TEMPAT KERJA BEBAS KEGANASANTempat kerja kita bebas daripada keganasan, gangguan dan membuli. Keganasan boleh bermaksud menyebabkan kecederaan fizikal, seperti berkasar atau menolak serta sentuhan bukan fizikal seperti menjerit atau mengugut. Orang yang terlibat dengan keganasan, termasuk pembekal, pelawat dan pelanggan, bertentangan dengan nilai-nilai kita, Tataniaga dan Tataetika kita dan cara kita menjalankan perniagaan.

Kita melarang pemilikan senjata semasa berada di premis Regal termasuk dalam kenderaan peribadi (melainkan secara jelas dibenarkan oleh undang-undang tempatan). Senjata termasuklah senjata api, pisau, bahan letupan, dan apa-apa item serupa yang berkemungkinan boleh menyebabkan kemudaratan.

Page 29: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

29

ALAM SEKITAR, KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEMAMPANAN Kita mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Kita menjejaki perkembangan di kemudahan dalam Compliance Citizenship Review (CCR) kita. Kita komited untuk memenuhi semua keperluan undang-undang alam sekitar yang berkenaan dan menjalankan operasi kita dengan cara yang meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Ini dikenakan kepada semua aktiviti kita, tidak hanya menguruskan sisa dan pengeluaran kita, tetapi segala-galanya yang kita lakukan. Juga termasuk menggunakan sumber dengan berkesan, mengitar semula dan mengoperasi semua kemudahan menurut undang-undang dan dasar kita.

Keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan paling tinggi. Ikuti prosedur yang betul sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan lain. Kita perlu tahu cara menggunakan alat dan peralatan kita dengan selamat dan betul. Tiada tarikh akhir atau penjualan yang berbaloi dengan membahayakan orang atau mengkompromi keselamatan. Jika anda nampak sesuatu yang berkemungkinan boleh membahayakan, bersuaralah. Semua orang mempunyai kuasa untuk menghentikan kerja untuk membetulkan isu keselamatan. Fahami dan patuhi dasar Kebertanggungjawaban Sosial dan Kemampanan Alam Sekitar kita.

Tempat Kerja Selamat bersambung

SITUASIHari telah hampir ke penghujungnya dan terdapat pesanan yang perlu diselesaikan untuk memenuhi tarikh akhir pelanggan. Nadine bekerja di bahagian pemesinan dan telah bekerja keras sepanjang hari untuk memenuhi tarikh akhir itu. Beliau ternampak salah seorang daripada rakan sejawatnya telah memanipulasi beberapa wayar dan pita pelekap untuk menghentikan penggunaan adang keselamatan pada penekan gerudi. Apabila beliau bertanya rakan sejawatnya, dia menjawab, "Saya tahu sangat tentang pengendalian mesin ini dan adang keselamatan ini sangat melambatkan kerja saya. Kita perlu memenuhi pesanan ini dan saya boleh bekerja dengan lebih cepat begini." Apakah yang perlu Nadine lakukan?

KEPUTUSANRakan sejawat Nadine perlu memasang semula adang keselamatan sebelum meneruskan kerja. Tiada apa-apa (termasuk memenuhi tarikh akhir atau keuntungan) yang berbaloi jika membahayakan keselamatan sesiapapun. Kadangkala, perhatian kita terganggu disebabkan tekanan untuk memenuhi matlamat kita, tetapi mengorbankan keselamatan dan meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan, bukan sekali-kali cara yang betul untuk menyiapkan kerja. Jika rakan sejawatnya tidak memasang semula adangnya, maka Nadine hendaklah memberitahu pengurus atau seseorang di EHSS dengan segera dan menghentikan kerja sehingga isu keselamatan itu dibetulkan.

Page 30: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

30

Perhubungan PembekalPembekal kita adalah bahagian penting daripada perniagaan kita dan kita bergantung kepada mereka untuk memberi produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada kita. Kita bekerjasama dengan para pembekal berdasarkan nilai dan kualiti produk serta komitmen mereka untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Untuk berjaya, kita perlu bekerjasama dengan pembekal yang berkongsi nilai Tenaga Tinggi kita dan pengurusan perniagaan yang beretika. Jangkaan kita untuk pengurusan kualiti dan etika pembekal diperincikan dalam Manual Jaminan Kualiti Pembekal kita dan dokumen lain di tapak web kita.

Kita bekerjasama dengan pembekal yang menghormati hak asasi kemanusiaan. Semua pembekal kita mesti memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di mana para pekerja mereka dihormati dan dilayan dengan bermaruah. Kita juga mahu pembekal kita mematuhi Dasar Konflik Mineral kita dan undang-undang tentang bahan kimia dan berbahaya.

Ada kalanya, pembekal mungkin perlu mengesahkan bahawa mereka memenuhi kehendak kita. Pembekal boleh membuktikan ini dengan memberi dokumen kepada kita seperti sijil, dasar dan manual; ini boleh juga dicapai dengan lawatan di tapak, pemeriksaan dan audit. Pematuhan terhadap standard beretika tinggi dan mempunyai keselamatan rantai bekalan yang wajar adalah diwajibkan untuk menjalankan perniagaan dengan Regal. Kita boleh meminta pembekal untuk membuat peningkatan atau, jika perlu, menamatkan perhubungan perniagaan dengan pembekal yang tidak akan menjalankan perniagaan mengikut kehendak kita.

Perhubungan kita dengan pembekal adalah berdasarkan kepercayaan. Kita memberi maklumat sulit dan sensitif kepada pembekal kita (dan sebaliknya) dan kita menghendaki pembekal akan melindungi maklumat kita sepertimana kita melindungi maklumat mereka.

Page 31: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

31

Privasi Data PeribadiKita mesti menghormati maklumat individu dan maklumat peribadi mereka. Kita komited untuk menyediakan tempat kerja yang melindungi maklumat peribadi yang sensitif.

Semasa menjalankan perniagaan kita, kita mengumpul dan menyelenggara maklumat peribadi seperti nama, maklumat hubungan dan nombor pengenalan pekerja, pembekal dan pelanggan kita. Mereka yang mendedahkan maklumat peribadi kepada kita seharusnya berbuat demikian dengan kepercayaan bahawa kita akan menyimpan dan menggunakan maklumat tersebut secara bertanggungjawab untuk tujuan perniagaan yang sah dan dengan mematuhi undang-undang privasi yang diterima pakai. Pekerja dan wakil kita mesti mengendalikan maklumat peribadi hanya untuk tujuan yang dimaksudkan dan berdasarkan keperluan “perlu tahu”.

Banyak negara sedang meningkatkan peraturan mereka tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi. Peraturan-peraturan mentadbir urus pengendalian maklumat yang diberikan oleh pengguna serta maklumat peribadi pekerja dan wakil Regal. Kita mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi dengan keselamatan yang sewajarnya dan dengan cara yang selaras dengan undang-undang negara tempat kita menjalankan perniagaan. Perlindungan yang wajar hendaklah disediakan bagi memastikan bahawa data tersebut dikawal dengan betul seperti memindahkan maklumat peribadi dengan selamat.

Maklumkan kepada penyelia, ketua pasukan, Sumber Manusia, Talian Awasan Integriti, atau Jabatan Undang-Undang Syarikat jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa maklumat peribadi telah didedahkan atau disalahgunakan secara tidak wajar.

SITUASITobias, yang bekerja di bahagian Sumber Manusia di Regal di Wisconsin, sedang mengusahakan projek dengan pekerja Regal lain di Eropah, China dan Mexico. Beliau bakal pergi bercuti dan memerlukan beberapa maklumat semasa beliau tiada di pejabat. Beliau mempunyai fail yang mengandungi nama, alamat, nombor ID dan maklumat akaun bank para pekerja Regal yang menjadi sebahagian daripada projek yang beliau perlukan. Beliau menghantar fail tersebut ke akaun e-mel peribadi (bukan syarikat) agar beliau boleh mengakses maklumat tersebut. Adakah itu perbuatan yang betul?

KEPUTUSANIni bukan perkara yang betul untuk dilakukan. Apabila kita

menghantar maklumat ke alamat e-mel di luar rangkaian e-mel Regal, maklumat ini lebih berkemungkinan dicuri oleh pihak lain. Ini amat

berbahaya apabila data yang dikongsi itu melibatkan maklumat peribadi persendirian. Tobias seharusnya memaklumkan

pengurusnya dan IT tentang tindakannya agar langkah-langkah yang wajar boleh diambil untuk memaksimumkan peluang data

tersebut kekal selamat dan terjamin pada masa hadapan.

Page 32: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

32

PRESTASIPemegang kepentingan kita bergantung kepada kita untuk melaksana, memenuhi komitmen dan sentiasa membuat peningkatan. Fokus kita terhadap Kecemerlangan Operasi memastikan penjajaran objektif korporat kita dengan pasukan kita, menghasilkan prestasi yang luar biasa.

Bagaimana kita membuat produk kita boleh jadi sama penting seperti produk itu sendiri. Kita telah diamanahkan oleh pemegang kepentingan, pelabur, pelanggan dan komuniti kita untuk memenuhi kewajipan kita dengan beretika dan bertanggungjawab. Kita sentiasa memperkenalkan dan memikirkan cara baharu dan mengujakan untuk memenuhi permintaan dunia yang berubah-ubah. Regal terdiri daripada orang yang mahukan lebih dan yang beretika dan ini digambarkan dalam Prestasi kita. Pada penghujung hari, prestasi kita akan ditunjukkan dengan cara kita akan diingati.

Page 33: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

33

Page 34: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

34

Keselamatan dan Kualiti ProdukTujuan perniagaan kita ialah "Kita mengubah kuasa untuk membantu menggerakkan dunia dengan lebih cekap." Kita melakukan ini dengan membawakan prestasi bertaraf dunia kepada pelanggan kita melalui inovasi, kualiti, penyampaian, kesambutan dan kos. Produk kita perlu mempunyai kualiti yang tertinggi yang mungkin dan selamat untuk digunakan bagi mencapai tujuannya. Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk menggunakan sumber Regal bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan produk kita.

Kita sedar akan perbezaan antara pengendalian yang cekap dan mencari jalan pintas untuk menyelesaikan tugas tersebut. Kita mempunyai kawalan kualiti dan standard pengeluaran yang ketat bagi memastikan semua produk kita memenuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan pelanggan. Mencipta produk sebaik mungkin dengan cara yang beretika dan selamat akan memastikan kejayaan jangka panjang kita. Rujuk kepada Laman intranet berkualiti untuk mendapatkan maklumat tentang mencipta produk yang berkualiti.

Kita membuat produk yang berfungsi dengan baik dan selamat apabila digunakan sebagaimana yang dimaksudkan. Kita mempunyai banyak standard dan ujian bagi memastikan bahawa produk yang kita jual adalah selaras dengan semua standard untuk keselamatan produk. Jika kita menyedari tentang terdapatnya sebarang isu keselamatan melibatkan produk kita, kita perlu memeriksanya dan menangani kebimbangan tersebut.

Apabila kita mencipta produk baharu, kita perlu mematuhi Proses Pembangunan Produk Baharu kita. Proses ini disusun bagi memastikan produk kita direka bentuk dan dikilangkan bagi memenuhi atau melebihi kualiti yang sesuai dan standard kawal selia yang memantau kesihatan dan keselamatan. Rujuk kepada Halaman intranet teknologi untuk mencari orang yang sesuai untuk dihubungi jika timbul sebarang soalan atau kebimbangan tentang keselamatan atau kualiti produk.

Page 35: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

35

Persaingan WajarKita berdedikasi untuk memenangi pelanggan melalui kualiti dan nilai keseluruhan produk dan perkhidmatan kita. Kita tidak memang dengan mewujudkan kelemahan yang tidak adil bagi pesaing kita. Kita perlu sangat mengelakkan walau bayangan ketidakpatutan dalam persaingan di pasaran sekalipun.

Undang-undang persaingan (dipanggil undang-undang antitrust di sesetengah negara) menggalakkan persaingan yang adil dan jujur dan melindungi pembekal dan pelanggan daripada amalan yang mengehadkan persaingan. Pelanggaran terhadap undang-undang ini boleh menyebabkan kerosakan yang mungkin berlaku dan denda untuk syarikat dan denda yang tinggi dan penjara bagi mereka yang terlibat.

Undang-undang ini adalah rumit, boleh diterima pakai di seluruh dunia dan mungkin beroperasi secara berbeza dalam keadaan yang berbeza. Kita mematuhi semua undang-undang persaingan yang diterima pakai. Jabatan Undang-Undang perlu dirujuk sebelum perbincangan atau perjanjian dengan pesaing dimeterai, sebelum janji temu atau penamatan rakan niaga (termasuk pengedar) atau sebelum menukar amalan atau proses penetapan harga.

Kita tidak membuat sebarang perjanjian atau pengaturan, secara rasmi atau tidak rasmi, dengan pesaing, pelanggan, pelanggan atau pihak lain untuk mengehadkan atau mengurangkan persaingan secara sengaja. Kita menentukan harga dan terma jualan bagi produk dan perkhidmatan kita secara berasingan. Kita tidak “menetapkan harga” dan kita mengelakkan perjanjian – bertulis atau tidak bertulis, rasmi atau tidak rasmi - dengan pesaing tentang harga.

Tiada penetapan harga bermaksud harga kita mesti dicapai secara berasingan. Perjanjian dengan pesaing berkaitan dengan harga adalah dilarang keras. Larangan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, perjanjian yang menurunkan harga, menaikkan harga, menetapkan harga minimum atau maksimum, atau membentuk rumusan untuk mengira harga.

Kita tidak memperuntukkan wilayah, baris produk atau pelanggan dengan pesaing dan tidak membuat perjanjian untuk membenarkan aktiviti ini. Jenis perjanjian ini adalah dilarang keras.

Page 36: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

36

Komunikasi dengan pesaing mestilah dilakukan dalam situasi yang terhad dan dengan kebenaran yang diperoleh terlebih dahulu. Hanya berjumpa dengan wakil pesaing (di luar perjumpaan persatuan perdagangan atau profesional) selepas merujuk dahulu dengan Jabatan Undang-Undang. Walaupun kadangkala kita perlu berjumpa dengan pembekal atau pelanggan yang juga pesaing, anda mesti melaporkan situasi ketika anda berjumpa dengan pembekal atau pelanggan yang juga pesaing dan perbincangan itu keluar daripada skop perhubungan pembekal atau pelanggan. Jika seseorang pesaing mencuba untuk memulakan komunikasi tentang subjek antipersaingan, anda mesti segera hentikan komunikasi tersebut dan memaklumkan kepada pesaing itu bahawa dasar kita melarang anda daripada mengadakan perbincangan yang sedemikian. Jika perkara ini timbul dalam mesyuarat atau keadaan lain dan perbincangan tidak segera dihentikan, anda perlu meninggalkan mesyuarat tersebut. Kemudian, laporkan segera tentang situasi itu kepada Jabatan Undang-Undang.

Penyertaan atau keahlian dalam persatuan perdagangan dan profesional sering melibatkan komunikasi antara pesaing. Apabila anda menyertai persatuan perdagangan atau profesional, berikan perhatian terhadap dasar kita atau undang-undang antitrust dan elakkan daripada berbincang tentang topik yang sensitif persaingan.

Pengumpulan maklumat tentang pesaing kita dan produk dan perkhidmatan yang bersaing merupakan bahagian perniagaan yang perlu dan rutin. Walau bagaimanapun, semasa mengumpulkan maklumat yang sedemikian, kita tidak boleh menggunakan cara yang tidak wajar seperti mencuri atau penipuan.

SITUASISemasa menghadiri persidangan di Hong Kong, Francis yang menjual pemacu frekuensi pemboleh ubah, bertemu dengan pelanggan, rakan niaga dan pakar dalam industri kita. Seorang pengurus jualan bagi syarikat pesaing Regal menghampiri Francis. Pada mulanya, perbualannya ialah mengenai persidangan dan cuaca. Kemudian pengurus jualan itu berkata, “Antara kamu dan saya, kita membazirkan masa dan wang di Brazil. Macam inilah, jika Regal mahu menguasai Brazil, tidak mengapa tetapi jauhkan dari India. Dengan cara ini kita berdua dapat memperoleh lebih banyak wang. Fikirkanlah tentang itu.” Kemudian beliau berlalu pergi. Apakah yang perlu Francis lakukan?

KEPUTUSANFrancis perlu memberitahu Jabatan Undang-Undang tentang perbualan itu. Walaupun komen itu kelihatannya seperti komen lontaran, kita perlu mencatatkan aktiviti ini untuk melindungi Regal. Pengurus jualan saingan itu mencuba untuk memulakan aktiviti antipersaingan yang boleh menjejaskan pelanggan dan membahayakan kejayaan jangka panjang Regal.

Persaingan Wajar sambungan

Page 37: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

37

Berurusan dengan KerajaanKita menjalankan perniagaan dengan pelbagai syarikat persendirian dan awam, termasuk kerajaan perbandaran, wilayah, negeri dan kebangsaan serta entiti milik kerajaan (kadangkala dipanggil “milik negeri”). Kita bekerja secara rutin dengan agensi dan pegawai kawal selia kerajaan berhubung dengan perniagaan bukan kerajaan kita.

Apabila mengikat perjanjian dengan kerajaan, peraturan unik dan khusus tertentu seringkali digunakan untuk perakaunan, penetapan harga, pelaporan, spesifikasi produk dan cara kita mematuhi keperluan mereka. Kita perlu meneliti dan memahami sepenuhnya keperluan kerajaan yang diterima pakai, terutama sekali bagi Kerajaan AS atau agensinya, sebelum menyerahkan usul atau menerima kontrak. Kita hanya memeterai perjanjian dengan keperluan yang telah kita penuhi sepenuhnya. Sebarang usul untuk penjualan barangan atau perkhidmatan kepada agensi kerajaan, unit tentera, cabang kerajaan, sebarang entiti yang dimiliki walaupun sebahagiannya oleh sebarang jenis kerajaan, termasuk penjualan kepada pelanggan atau kontraktor bukan kerajaan untuk dijual kemudian kepada agensi kerajaan, memerlukan semakan dan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Undang-Undang. Semua komunikasi syarikat dengan kakitangan kerajaan mestilah jujur, tepat dan lengkap.

Kita komited untuk mematuhi peraturan kerajaan untuk bersaing secara adil. Kita akan memghormati pembatasan yang dikenakan kepada kakitangan kerajaan, seperti sekatan yang berkaitan dengan hadiah dan menawarkan kerja kepada bekas pegawai kerajaan.

Sebarang aktiviti yang melibatkan pegawai kerajaan dan perubahan pada undang-undang dan peraturan yang melibatkan syarikat (seperti melobi) memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Undang-Undang. Aktiviti sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran atau pelaporan terlebih dahulu di bawah undang-undang melobi atau undang-undang lain.

Page 38: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

38

Program AntirasuahKeuntungan jangka pendek adalah tidak berbaloi apabila boleh merosakkan kejayaan atau reputasi jangka panjang kita. Kita menolak semua bentuk rasuah dan sogokan dan tidak bertolak ansur dengannya dalam perniagaan kita atau daripada rakan niaga kita. Undang-undang Antirasuah diamalkan di seluruh dunia. Undang-undang ini, termasuk misalnya Akta Amalan Rasuah Asing AS (Foreign Corrupt Practices Act, FCPA) dan Akta Rasuah UK, melarang syarikat daripada memberi apa-apa barang bernilai untuk mendapatkan, memastikan atau mempengaruhi keputusan atau tindakan.

Kita tidak melibatkan diri dalam aktiviti sogokan atau rasuah untuk memperoleh atau mengekalkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar. Sogokan boleh jadi apa-apa yang bernilai (termasuk pertolongan dan item tak ketara yang lain) yang bermaksud untuk mempengaruhi sesuatu keputusan perniagaan secara tidak wajar. Kita tidak membenarkan pihak lain untuk memberi sogokan bagi pihak kita. Kita perlu memantau dengan berhati-hati tindakan rakan niaga dan ejen kita, kerana perbuatan individu yang bertindak bagi pihak Regal boleh memberi kesan langsung kepada Regal. Sesetengah undang-undang tidak membuat perbezaan antara pekerja dan rakan niaga Regal yang bertindak bagi pihak kita jika berlaku salah laku.

Mungkin terdapat situasi apabila seseorang pegawai kerajaan meminta bayaran wang tunai yang sedikit untuk memudahkan atau mempercepatkan atau melengkapkan, dalam keadaan lain, suatu tugas yang rutin, seperti menyediakan talian telefon atau mengeluarkan permit. Kita tidak membuat atau membayar jenis pembayaran yang kadangkala dipanggil “pembayaran pemudahan.” Terdapat keadaan yang sangat terhad dan melampau apabila kita membuat pembayaran, yang dalam keadaan sebaliknya, kita tidak akan melakukannya. Jika kita berhadapan dengan situasi yang mengancam nyawa atau bahaya berat kepada diri kita sendiri atau harta, maka pembayaran itu mungkin perlu dilakukan, walau bagaimanapun, jika anda berhadapan dengan situasi ini, hubungi Jabatan Undang-Undang secepat mungkin.

Satu lagi isu penting berkenaan dengan sogokan dan rasuah ialah hadiah dan hiburan yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan mencatatkan transaksi dengan tepat. Untuk mendapatkan definisi tambahan, maklumat proses dan dasar, semak dokumen Program Antirasuah kita dalam talian dan bahagian “Memberi dan Menerima Hadiah dan Layanan Baik” dalam Tataniaga dan Tataetika kita.

Jika sesuatu kelihatan tidak betul, jangan lakukannya. Jika anda mempunyai soalan, berbincanglah dengan pengurus anda atau seseorang dalam Jabatan Undang-Undang sebelum bertindak. Fahami tanggungjawab anda sebagai pekerja Regal di bawah Program Antirasuah.

SITUASIKita sedang menyediakan pejabat baharu di Amerika Selatan dan Eugene bertanggungjawab untuk mendapatkan permit dan kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan tempatan. Beliau sedang berurusan dengan pegawai perhubungan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas utiliti yang berkata, “Saya gembira anda mahu membangunkan pejabat tetapi anda perlu tahu cara semua urusan dijalankan di sini. Hadiah sebagai menghargai masa dan usaha saya amat dihargai untuk mendapatkan permit ini untuk anda. Jika saya tidak mendapat hadiah ini, anda mungkin perlu menunggu lama untuk mendapatkan apa-apa perkara yang anda perlukan atau mungkin anda tidak akan mendapatkannya langsung. Eugene berbelah bagi antara menyediakan pejabat baharu itu pada masa yang ditetapkan dan memberi hadiah yang tidak wajar. Adakah ini dianggap sogokan?

KEPUTUSANYa, ini adalah sogokan dan Eugune tidak boleh membayarnya. Walaupun pegawai hubungan kerajaan itu hanya memanggilnya “hadiah”, barang itu masih dikenali sebagai sogokan. Eugene hendaklah melaporkan kejadian itu kepada pengurusnya dan Jabatan Undang-Undang. Kita tidak memberi sogokan langsung. Kita akan mencari cara sah yang lain untuk mendapatkan permit tersebut. Eugene mempunyai sokongan penuh daripada semua orang di Regal untuk melakukan kerja dengan cara yang betul.

Page 39: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

39

Sumbangan dan Aktiviti Politik

Kita mematuhi semua undang-undang negara, negeri dan tempatan yang mengawal selia penyertaan kita dalam hal ehwal politik, termasuk batasan pada sumbangan kepada parti politik, organisasi politik yang lain, dan calon individu. Mereka yang membuat hubungan bagi pihak syarikat dengan parti politik, organisasi, calon atau pegawai kerajaan hendaklah mematuhi sepenuhnya semua undang-undang dan peraturan yang diterima pakai.

Kita menggalakkan para pengarah, pegawai dan pekerja supaya menjadi pengundi berpengetahuan dan melibatkan diri dalam proses politik. Penyertaan dalam proses politik adalah keputusan bersifat peribadi, sukarela dan individu. Walau bagaimanapun, membuat sumbangan kepada aktiviti politik kadangkala boleh membuka jalan untuk memberi sogokan kepada ahli kerajaan. Kita hendaklah berhati-hati untuk mengelakkan walau bayangan sogokan apabila terlibat dengan aktiviti politik.

Mereka yang memilih untuk menyertai proses politik, sama ada menyumbang masa atau sumber, tidak boleh melakukannya sebagai wakil Regal. Kita tidak boleh menggunakan masa, sumber atau kemudahan syarikat untuk menjalankan aktiviti politik atau mengumpul dana tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Sekatan ini dikenakan terhadap aktiviti dan pembayaran politik di semua negara, kecuali undang-undang yang diterima pakai membenarkan aktiviti sedemikian. Namun begitu, walaupun jika dibenarkan oleh undang-undang, pemimpin perniagaan yang bertanggungjawab dan Jabatan Undang-undang mestilah meluluskan terlebih dahulu apa-apa aktiviti politik atau pembayaran yang akan dibuat bagi pihak syarikat.

SITUASIMike bekerja sebagai pengurus pejabat di Regal dan baru-baru ini menyertai kempen seorang ahli politik setempat yang akan bertanding untuk pemilihan semula. Beliau perlu membuat beberapa panggilan telefon dan mereka bentuk beberapa risalah untuk kempen tersebut tetapi kesuntukan masa untuk melakukannya. Untuk menjimatkan masa, beliau menggunakan beberapa jam semasa syifnya di Regal untuk membuat beberapa panggilan telefon serta menggunakan komputer syarikatnya untuk mereka bentuk risalahnya. Adakah ini dibenarkan?

KEPUTUSANTidak, ini tidak dibenarkan. Sistem, sumber, peralatan, masa dan dana Regal tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau politik tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Page 40: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

40

Kawalan Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan antarabangsa melibatkan pergerakan kedua-dua produk fizikal seperti motor, penjana dan komponen serta maklumat seperti perisian dan selok belok teknikal. Undang-undang di banyak negara melarang atau menyekat eksport komoditi, teknologi, perisian dan maklumat tertentu serta item lain. Eksport boleh berlaku melalui penghantaran barang, membawa item merentasi sempadan, transmisi elektronik (e-mel, akses web, telefon, dsb.) atau perbualan secara peribadi.

Undang-undang A.S. melarang syarikat daripada menjalankan perniagaan dengan atau mengeksport barangan serta perkhidmatan kita kepada rakyat, syarikat dan wakil bagi negara yang tertentu. Larangan ini juga dikenakan kepada individu dan syarikat yang tersenarai dalam pelbagai senarai pihak yang disekat. Undang-undang juga melarang syarikat A.S. daripada bekerjasama dengan boikot tertentu terhadap negara lain dan menghendaki syarikat A.S. untuk melaporkan permintaan untuk menyokong boikot. Kita perlu tahu maklumat yang mencukupi tentang pelanggan kita untuk memastikan bahawa kita sedang berurusan dengan entiti yang mempunyai reputasi baik yang boleh kita jual dan eksport secara sah kepadanya.

Kita perlu tahu pelanggan kita semasa menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa dan dalam negara. Pelanggan kita hendaklah memberikan jawapan yang jelas mengenai operasi mereka, pemilik, lokasi dan penggunaan akhir produk kita sebelum kita melibatkan diri dalam proses eksport. Kita perlu memastikan bahawa pelanggan kita tidak terlibat dalam tindakan keganasan, pengeluaran senjata haram atau termasuk dalam senarai yang disekat untuk aktiviti berbahaya dan yang melanggar undang-undang. Sebagai pemimpin global, kita perlu memastikan bahawa produk yang kita hasilkan tidak jatuh ke tangan pihak yang salah. Kita melakukan ini dengan mengenali rantai bekalan kita dan pelanggan kita.

Jika anda tidak pasti perkara yang perlu dilakukan semasa menjalankan urusan perniagaan peringkat antarabangsa, tanya Pasukan Pematuhan Perdagangan global ([email protected]) untuk mendapatkan bantuan dan rujuk pada Manual Import dan Eksport kita. Kesemua entiti dan perniagaan kita, tanpa mengira lokasi adalah bertanggungjawab untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ini, dasar dan prosedur kita.

Sebagai syarikat global unggul yang mempunyai operasi di seluruh dunia, kita perlu menyedari dan mematuhi undang-undang semasa menjalankan perniagaan di seluruh sempadan negara. Semua negara mempunyai keperluan undang-undang khusus yang mentadbir urus pergerakan barangan merentasi sempadannya. Eksport adalah apabila produk, perkhidmatan atau maklumat dipindahkan keluar dari sesebuah negara. Import ialah apabila produk, perkhidmatan atau maklumat dibawa masuk ke sesebuah negara. Bergantung pada jenis transaksi, kita mungkin bertanggungjawab untuk import, eksport atau kedua-duanya.

Pekerja yang terlibat dalam aktiviti eksport atau import mestilah:

• Mendapatkan kebenaran yang betul sebagaimana yang berkenaan;

• Memastikan kelayakan pihak yang akan menerima produk yang dieksport oleh syarikat;

• Melaksanakan dan menghantar dokumentasi yang diperlukan secara menepati masa, benar, tepat, dan lengkap; dan

• Menyimpan rekod selaras dengan keperluan yang berkenaan.

Page 41: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

41

Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah

Pelaburan wang haram adalah suatu cubaan oleh individu atau organisasi untuk menyembunyikan atau untuk menjadikan wang yang mempunyai kaitan dengan jenayah, termasuk keganasan, penjualan dadah, sogokan dan penipuan supaya kelihatan sah. Mereka mungkin cuba untuk menyembunyikan dana yang diperoleh mereka secara tidak wajar dengan menggunakannya untuk membeli produk seperti yang dijual oleh Regal.

Kita komited untuk mematuhi undang-undang anti pengubahan wang haram seluruh dunia. Langkah utama untuk membanteras aktiviti jenayah yang serius ialah menghentikan pelaburan wang haram. Adalah penting untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengesan dan mengelakkan perhubungan dengan bakal pelanggan yang meletakkan syarikat dalam risiko kerana pelaburan wang haram. Kita hanya akan menjalankan perniagaan dengan pelanggan yang terlibat dengan aktiviti perniagaan yang sah dan yang menggunakan dana yang diperoleh melalui sumber yang sah.

Sebelum mengambil mana-mana wakil, pengedar, ejen pihak ketiga atau rakan niaga lain yang mungkin mewakili Regal dalam apa-apa cara sekalipun, kita mesti menjalankan usaha wajar yang sesuai dan mematuhi Prosedur Penglibatan dan Penglibatan Semula Rakan Niaga.

• Cubaan atau permintaan oleh pelanggan atau bakal pelanggan untuk membayar dalam bentuk wang tunai, kiriman wang atau cek kembara;

• Cubaan atau permintaan oleh pelanggan atau bakal pelanggan untuk membayar melalui pihak ketiga;

• Permintaan oleh pembekal untuk syarikat bagi membuat pembayaran kepada pihak ketiga;

• Pesanan atau pembelian oleh pelanggan yang tidak berkaitan dengan perniagaannya yang biasa;

• Transaksi yang melibatkan lokasi yang dikaitkan dengan keganasan, penyeludupan narkotik atau pengubahan wang haram;

• Percubaan untuk menstruktur perniagaan bagi mengelakkan keperluan penyimpanan rekod dan pelaporan, seperti berbilang transaksi wang tunai di bawah jumlah yang perlu dilaporkan dengan pihak berkuasa atau dua set buku kira-kira yang maklumatnya tidak dimasukkan dalam salah satu buku itu secara sengaja;

• Transaksi yang tidak munasabah rumitnya;

• Pelanggan atau wakil pelanggan yang memberikan maklumat palsu atau keberatan untuk memberikan maklumat pengenalan pelanggan yang lengkap; dan

• Komisen, bonus, yuran kejayaan dan pengaturan pembayaran yang melebihi kadar yang biasa.

Aktiviti perniagaan jenis tertentu seharusnya menyebabkan kita untuk mempertimbangkan sama ada Regal sedang dipergunakan untuk melaburkan wang haram atau menyertai dalam aktiviti haram yang lain. Berikut adalah beberapa contoh:

SITUASISeorang pelanggan baru sahaja membatalkan suatu pesanan. Janice, pengurus akauntan Regal, sedang menguruskan pemprosesan pembayaran balik itu. Pelanggan tersebut telah meminta bayaran balik itu dikeluarkan dalam bentuk cek dan dibayar terus kepada CEO syarikat (Encik John Smith); bukan syarikat yang sama (Syarikat ABC) yang membayar untuk pesanan itu pada awalnya. Perkara ini kelihatan pelik bagi Janice. Apakah yang perlu beliau lakukan?

KEPUTUSANJanice betul untuk berasa ada suatu kesalahan telah berlaku. Ini boleh jadi salah satu daripada banyak cara syarikat dan individu yang

mengamalkan rasuah melaburkan wang haram. Beliau seharusnya memaklumkan pengurusnya dan Jabatan Undang-Undang tentang

situasi tersebut sebelum mengeluarkan bayaran balik.

Page 42: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

42

Page 43: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

43

TALIAN AWASAN INTEGRITI

Negara Talian Awasan Integriti

Australia 1-800-941-637

Belgium 0800-793-44

Brazil 0-800-591-7018

Kanada 1-800-245-2146

China 400-120-4932

Columbia 01800-710-2131

Perancis 0805-089471

Jerman 0800-180-0763

Guatemala 502-22786395

Hong Kong 800-906-138

India 000-800-100-4541

Israel 1-809-429368

Itali 800-789-764

Malaysia 1-800-817-738

Mexico 01-800-681-5346

Negara Talian Awasan Integriti

Belanda 0-800-022-0944

New Zealand 0800-000132

Filipina 63-2-2312986

Romania 0-808-360-158

Rusia 8-800-100-6318

Singapura 800-852-3953

Slovakia 0-800-606-236

Afrika Selatan 0-800-983-462

Sepanyol 900-809735

Thailand 001-800-852-6327

Emiriah Arab Bersatu 8000-3570-2858

United Kingdom 0-808-189-1308

Amerika Syarikat 1-800-245-2146

Venezuela 0-800-100-9045

NOMBOR TELEFON TALIAN AWASAN INTEGRITI

Jika anda tidak melihat negara anda disenaraikan, sila semak tapak web tadbir urus korporat. www.regalbeloit.com/rbcgovernance.htm

www.regalbeloitintegrity.com

[email protected]

Page 44: TATANIAGA DAN TATAETIKAs22.q4cdn.com/342045820/files/doc_downloads/code_manual_with_ed… · Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Rasuah ... dengan memerhatikan tingkah laku pekerja

www.regalbeloit.com

Dokumen ini dikawal dan telah disiarkan secara elektronik. Versi terkini disiarkan di tapak web Tadbir Urus Korporat Regal. Salinan bercetak mungkin sudah lapuk.

© Hak cipta 2015 Regal Hak Cipta Terpelihara