Tatu dan orang Kristian

download Tatu dan orang Kristian

of 3

Transcript of Tatu dan orang Kristian

  • 8/14/2019 Tatu dan orang Kristian

    1/3

  • 8/14/2019 Tatu dan orang Kristian

    2/3

    Ayat dalam Imamat ini tidak jelas dan larangannya tidak secara spesifik boleh pakai bagi semua tatu

    di seluruh duniapaling tidak bolehlah dicadangkan bahawa jika tatu itu ada kaitan dengan amalan

    atau kepercayaan agama lain, merupakan sebahagian adat yang bercanggah dengan iman Kristian

    atau merosakkan kesucian dan kecantikan tubuh ciptaan Allah, ia tidak harus dilakukan atau

    diterima.

    Tapi adakah ayat dalam Imamat ini boleh pakai atau laku untuk kita orang Kristian Perjanjian Baru

    hari ini? Jika jawapannya Ya, maka semua larangan-larangan dalam ayat-ayat sekeliling Imamat

    19:28 juga mesti kita taat hari ini. Kita tidak boleh memilih mengikut satu ayat dan menolak ayat

    sebelum atau sesudahnya. Apakah larangan-larangan yang lain yang juga diberi kepada umat Israel

    dalam konteks ini bersama dengan larangan untuk tidak tatu kulit mereka?

    Tidak makan daging yang masih ada darahnya dan tidak meramal atau bertenung (ayat 26) Tidak gunting rambut atau cukur janggut (ayat 27) Tidak membenarkan anak perempuan menjadi pelacur di kuil (ayat 29)

    Jelas dari konteksnya, amalan-amalan ini sesuai dengan zamannya dan audiensnya dan hanya

    larangan yang disebut dan dipersetujui dalam Perjanjian Baru yang diteruskan (contohnya tidak

    makan darah, lihat Kisah Para Rasul 15:29). Hari ini ramai lelaki Kristian memotong rambut dan cukur

    janggut mereka dan amalan menyerah anak menjadi pelacur di kuil tidak wujud lagi. Kesimpulannya?

    Larangan ini sedikit sebanyak berkaitan dengan usaha Allah mengasingkan umat-Nya daripada apa-

    apa amalan kaum-kaum pagan supaya mereka suci dan nampak berbeza, terasing daripada amalan

    dan agama yang lain (Efesus 5:11-12) dan bukannya ayat larangan langsung untuk orang Kristian hari

    ini.

    Jadi apakah jawapan kepada soalan pada permulaan artikel ini?

    Mula-mula saya rasa anda perlu menjawab soalan ini: Apakah motif anda sebenarnya untuk mentatu

    badan anda? Motif hati selalunya adalah apa yang dihakimi Tuhan dan jika motif anda tidak mulia

    dan berdasarkan kasih (1 Korintus 13:1-3), adalah baik anda tidak mendapatkan tatu itu.

    Juga, bagi isu-isu yang boleh dipertikaikan, ada beberapa prinsip Alkitabiah yang boleh dijadikan

    panduan untuk anda mencapai keputusan untuk diri anda (bukan untuk orang lain, apatah lagi

    dipakai untuk mengutuk atau mengkritik orang Kristian lain):

    a) Adakah ini satu tindakan iman (Roma 14:23)?b) Adakah ia memuliakan Tuhan (1 Korintus 10:31)?c) Adakah ia berguna kepada saya (1 Korintus 10:23)?d) Adakah ini akan menjadi batu sandungan kepada orang lain (1 Korintus 8:9)?e) Adakah ibu bapa saya dihormati melalui tindakan saya (Efesus 6:2)?

    Apa yang jelas, ada dua pandangan Kristian yang bertentangan yang membenarkan tatu (dengan

    bersyarat) dan yang melarangnya. Biar apa pun keputusan anda, ingat bahawa ia adalah keputusan

    peribadi yang mungkin disokong ramai Kristian lagi tapi itu tidak bermaksud anda berhak mengutuk

    atau melarang orang lain bertatu.

    Situasinya agak kompleks di Sabah dan Sarawak di mana tatu bukan hanya satu trend tiruan dariBarat tapi sebahagian daripada identiti pelbagai suku kaum di pulau Borneo. Yang jelas jika ada tatu

  • 8/14/2019 Tatu dan orang Kristian

    3/3