TAWARAN EKUITI

23
Solidariti Maria Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 25 November - 2 Disember 2016, 25 Safar - 2 Rabiulawal 1438 2 Penduduk tak jual tanah TAWARAN EKUITI RM . BILION Pada ����, nilai ekuiti ditawarkan kepada syarikat konsesi terbabit dilakukan secara bertulis, sekali gus menepis dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan hanya RM�� juta - Panel Penilai Air Selangor Pada ����, nilai ekuiti ditawarkan kepada syarikat konsesi terbabit dilakukan secara bertulis, sekali gus menepis dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan hanya RM�� juta - Panel Penilai Air Selangor BERITA PENUH MUKA � Smart City jalin kerjasama pemain industri 7 10

Transcript of TAWARAN EKUITI

Page 1: TAWARAN EKUITI

Solidariti Maria

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 25 November - 2 Disember 2016, 25 Safar - 2 Rabiulawal 1438

2

Penduduk tak jual tanah

TAWARAN EKUITI RM�.��� BILION

Pada ����, nilai ekuitiditawarkan kepada syarikat

konsesi terbabit dilakukansecara bertulis, sekali gus menepis

dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan

hanya RM��� juta

- Panel Penilai Air Selangor

Pada ����, nilai ekuitiditawarkan kepada syarikat

konsesi terbabit dilakukansecara bertulis, sekali gus menepis

dakwaan mantan Menteri Besar bahawa jumlah ditawarkan

hanya RM��� juta

- Panel Penilai Air Selangor

BERITA PENUH MUKA �

Smart City jalin kerjasama pemain industri

7

10

Page 2: TAWARAN EKUITI

Utama2 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Rakyat berkobar tuntut perubahanLAPORAN OLEH HAFIZAN TAIB & NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Himpunan BERSIH 5 yang berlangsung di ibu negara berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama tanpa insiden tidak diingini, pada 19 November lalu.

Sejak awal pagi hingga lewat petang, peserta himpunan me-matuhi segala arahan diberi bagi

memastikan ia berjalan aman se-perti dirancang.

Walaupun penganjuran him-punan itu cuba diganggu pihak tertentu khususnya Gerakan Baju Merah, namun usaha terbabit tidak berhasil ekoran kebijaksa-naan pasukan polis mengawal keadaan.

Kepatuhan peserta tidak men-ceroboh kawasan larangan se-perti Dataran Merdeka dan Da-

taran Bandaraya Kuala Lumpur, memudahkan tugas polis me-ngendalikan himpunan hingga saat akhir.

Ketiadaan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam himpunan kali ini tidak memu-darkan semangat rakyat bagi meneruskannya, malahan pe- nyertaan mantan Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kelainan bagi edisi

kali ini.Pengerusi Parti Pribumi Bersa-

tu Malaysia (BERSATU) itu disertai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti lain.

Tidak ketinggalan, mantan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga; Presiden KEADILAN, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah

Anwar juga pimpinan daripada DAP serta Amanah.

Himpunan kali ini memfokus-kan lima tuntutan iaitu menun-tut pilihan raya bersih, kerajaan bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan hampir 70,000 peserta menyertai BERSIH 5 dan ia disifatkan berjaya oleh penganjur.

Najib masih ‘bershalala’ ketika rakyat tertekanKUALA LUMPUR - Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak masih mampu menyanyi dan bergem-bira di sebalik kehidupan rakyat yang semakin tertekan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berka-ta, tidak cukup dengan itu, Najib juga cuba menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

“Ketika rakyat menderita, Na-jib masih boleh ‘bershalala’ se-dangkan rakyat sudah tertekan,” katanya ketika berucap di hada-pan peserta BERSIH 5, di KLCC.

Katanya, kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH 5 adalah simbol penolakan ter-hadap kerajaan yang rakus dan rasuah.

Beliau berkata, kesan daripada itu, rakyat kini dipertanggungjawabkan untuk membayar hutang negara ekoran kelemah-an pentadbiran Najib.

"Kita juga menggesa pihak bertanggungjawab menangkap Malaysia Official 1 (MO1) bukan orang ramai yang menghadiri

BERSIH 5," katanya.Walaupun cuba dihalang pi-

hak berkuasa, BERSIH 5 berjaya mengumpulkan ribuan rakyat pelbagai bangsa dan usia yang melahirkan kekesalan terhadap kerajaan yang didakwa tidak adil.

Segera bebaskan Maria tanpa syarat

BERSIH 5 berjaya

SHAH ALAM - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah perlu dibebaskan dengan kadar segera dan tanpa syarat, gesa Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar turut mengutuk penahan-an tanpa bicara Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, penggunaan un-dang-undang anti terorisme ke atas pejuang hak asasi dan de-mokrasi sama sekali tidak bera-sas, salah dan mencabuli perlem-bagaan.

“Kebebasan untuk mengkritik kerajaan dan berhimpun adalah hak rakyat yang dijamin Perlem-bagaan Persekutuan.

“SOSMA bukan sahaja men-cabul perlembagaan tetapi dija-dikan alat menghalang aktiviti sah BERSIH.

“Ini mengukuhkan keper-cayaan kita bahawa ia memang bertujuan mengekalkan mereka berkuasa dengan cara tidak sah,” katanya dalam kenyataan.

Pada 19 November lalu, Maria mula ditahan di bawah Sosma,

diikuti beberapa pemimpin dan aktivis pro Bersih atas pelbagai kesalahan.

Sehubungan itu, BERSIH 2.0 mengerakkan himpunan Vigil Solidariti #BebasMaria menuntut pembebasan Maria di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Pulau

Pinang, Sarawak dan Johor.Pemangku Pengerusi BERSIH

2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, perhimpunan aman di Dataran Merdeka bermula 21 November lalu terus berjalan se-hingga polis membebaskan Ma-ria.

Page 3: TAWARAN EKUITI

Utama3SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Isu pengambilalihan SPLASH

Khalid tidak berkata benarSHAH ALAM - Panel Penilai Air Selangor (Panel) mengesahkan Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim menawarkan RM1.579 bilion untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Katanya, nilai ekuiti ditawarkan ke-pada syarikat konsesi terbabit dilakukan secara bertulis, pada 2009, sekali gus menepis dakwaan mantan Menteri Be-sar itu bahawa jumlah ditawarkan hanya RM250 juta.

Panel turut menyifatkan dakwaan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Negeri sudah memuktamad dan menawarkan RM2.7 bilion kepada SPLASH sebagai ti-dak bertanggungjawab.

"Abdul Khalid juga mendesak supaya perbincangan pengambilalihan SPLASH dibahas di Dewan Negeri Selangor (DNS), namun beliau sendiri lupa banyak perihal tawaran dilakukan sendiri kepada semua syarikat konsesi sejak 2009, tidak lang-sung dibahas.

"Ia termasuk keputusan memulang-kan semula 'non water assets' yang dimi- liki Puncak Niaga Sdn Bhd kepada Pun-cak Niaga Holdings Berhad yang meru-pakan nilai 'substantial' RM577 juta tidak langsung dirujuk kepada DNS," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, panel turut memuji

tindakan Kerajaan Negeri yang melan-tik penilai bebas juga mendapatkan pe-nilaian adil dan profesional berkenaan pengambilalihan SPLASH.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan terma pengambilalihan ber- asaskan prinsip keadilan, tidak membe-bankan rakyat dan pengguna.

"Panel sekali lagi menegaskan kesu-karan menetapkan penentuan penilaian sama untuk mencapai keadilan buat semua pemilik konsesi ekoran pelbagai faktor perbezaan sejarah pengkorpo-ratan dan terma konsesi.

"Panel akan terus menekankan ama-lan 'best practice' dilaksanakan serta merujuk amalan pakar kewangan juga korporat dalam membantu Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan ini," katanya.

Panel ditubuhkan pada 2009 berfung-si membantu Kerajaan Negeri menyem-purnakan pelan Penstrukturan Industri Bekalan Air Selangor (Penstrukturan).

Panel terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parli-men Klang, Charles Santiago; Ahli Parli-men Selayang, William Leong; Ahli De-wan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan dan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.

Tiada bayaran �� kali ganda kepada SPLASHTANJUNG KARANG - Pentadbi-ran Kerajaan Negeri tidak pernah membuat lebihan pembayaran 10 kali ganda untuk mengambil alih ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, dakwaan bersifat jahat dilemparkan individu tidak ber-tangungjawab itu sengaja di-timbulkan untuk memburukkan pentadbiran negeri.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak membuat tohmahan

seolah-olah kita membayar 10 kali ganda daripada nilai ta-waran yang pernah dibuat itu.

“Ini satu tuduhan tidak ber-tangunggjawab dan saya gem-bira apabila menteri sendiri mengesahkan di Parlimen ba-hawa perbincangan berkenaan rundingan itu masih berjalan.

“Kita menyambut baik inisi-atif Kerajaan Persekutuan me-lantik penilai bebas dan Kera-jaan Negeri sudah membuat lantikan itu sebelum ini,” kata-nya selepas menyerahkan sum-

bangan baik pulih masjid dan surau di Masjid Kampung Haji Razali, di sini, pada 18 Novem-ber lalu.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Mohamed Azmin menawarkan RM2.7 bi-lion kepada SPLASH, namun perkara terbabit dinafikan.

Kerajaan Negeri turut melan-tik panel penilaian bebas anta-rabangsa untuk menentukan kadar pembayaran bagi pe-ngambilalihan saham SPLASH.

Andaian Zein dangkalSHAH ALAM - Andaian kononnya rakyat bakal menanggung tarif air RM1,200 setahun jika Kerajaan Negeri mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan tawaran RM2.7 bilion adalah jauh meleset.

Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, andaian itu jelas berbentuk tohmahan bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan Negeri sedangkan sehingga kini ia masih di peringkat rundingan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan memastikan pengambilalihan SPALSH menepati terma keadilan untuk semua pihak, akauntibiliti, telus dan tidak membebankan rakyat.

“Kerajaan Negeri sentiasa teliti dalam isu penstrukturan in-dustri air termasuk mengambil pendapat pelbagai pihak selain menubuhkan Panel Penilai Air Selangor (Panel) bagi meneliti perjalanan penstrukturan air di-lakukan secara adil.

"Ia juga dijamin mampu mem-beri kesan bermanfaat kepada rakyat pada masa akan datang,” katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sela-ngor, Datuk Zein Isma.

Pada masa sama, Shuhaimi tu-rut mempertikai teori dikemuka-kan Zein selain menyifatkannya sebagai tidak munasabah dalam

Panel Air Selangor

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara

William Leong,Ahli Parlimen Selayang

Charles Santiago,Ahli Parlimen Klang

Ir Mohd Haslin,Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat

Dr Dzulkefly Ahmad,Pengarah Strategi Amanah

Panel ditubuhkan pada 2009 ber-fungsi membantu Kerajaan Negeri menyempurnakan pelan Penstruk-turan Industri Bekalan Air Selangor (Penstrukturan)

Tawaran Abdul Khalid termasuk ekuitiSHAH ALAM - Tawaran pe-ngambilalihan Syarikat Pengelu-ar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) bernilai RM2.975 bilion dikemukakan Tan Sri Abdul Kha-lid Ibrahim, pada 2009 termasuk nilai ekuiti RM1.579 bilion.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Nor Azmie Diron berkata, berpandu kepada surat tawaran dan rekod, ia bertentangan de-ngan kenyataan diberikan Abdul Khalid berhubung perkara itu.

"Kenyataan Abdul Khalid ti-dak benar sama sekali kerana su-rat tawaran untuk SPLASH, pada

25 Jun dan 19 Julai 2009 bernilai RM2.975 bilion dengan jelas ter-masuk nilai ekuiti.

"Butiran berkenaan tawaran ini sudah dibentangkan ketika Mesyuarat Dewan Negeri Se-langor (DNS), pada 9 November 2009," katanya dalam kenyataan.

Kerajaan Negeri membuat ke-nyataan balas itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Abdul Khalid dalam wawancara ekskusif bersa-ma Sinar Harian, pada 21 Novem-ber lalu.

Nor Azmie berkata, pentad-biran Abdul Khalid menawarkan

RM1.579 bilion untuk mengambil alih 100 peratus ekuiti Splash dan RM1.396 bilion (nilai liabiliti).

"Walaupun ia sudah tidak sah, beliau tidak dapat mempertikai-kan fakta ini kerana adanya sa-linan surat tawaran berkenaan yang diterima pemegang saham syarikat konsesi itu, pada 21 Julai 2009.

"Sudah tentu mereka tidak akan menerima harga tawaran lebih rendah (RM250) juta yang diwar-warkan Abdul Khalid jika harga lebih tinggi pernah dita-warkan," katanya.

mengulas isu pengambilalihan SPLASH.

Katanya, integriti serta trans-parensi Kerajaan Negeri dengan jelas memberi keutamaan kepa-da kepentingan rakyat dalam apa juga isu berbangkit.

“Program Air Percuma jauh lebih menguntungkan majoriti penduduk ditambah program peduli rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Wari-san Anak Selangor (TAWAS), Bas Percuma, Peduli Sihat dan Pendi-dikan Percuma Universiti pering-kat asas.

“Maka, kita boleh bandingkan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) Kerajaan Persekutuan yang hanya RM2.60 sehari berbanding bebanan teruk ditanggung rak-yat akibat daripada kenaikan pel-bagai barangan," katanya.

Page 4: TAWARAN EKUITI

Utama4 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

TANJUNG KARANG - Kerja baik pulih ban pecah sekitar perkampungan Sabak Bernam giat dilaksanakan sebagai komitmen Kera-jaan Negeri mengatasi masalah hakisan dan limpahan air di daerah itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sudah meneri-ma permohonan daripada Jabatan Pengai-ran dan Saliran Selangor (JPS) untuk tujuan berkenaan.

“JPS sudah mengemukakan permohonan dan sebahagian kerja dilaksanakan, justeru kita berharap kerja itu disiapkan segera.

“Atas komitmen itu, saya bersama kepimpi-nan Kerajaan Negeri turun padang meninjau kemajuan kerja baik pulih ban seluruh negeri,” katanya selepas menyampaikan bantuan baik pulih masjid di Kampung Haji Razali, di sini, pada 18 November lalu.

Terdahulu, ban di Tebuk Mendeling sepan-

jang 80 meter pecah ekoran fenomena air pa-sang yang berlaku, pada 14 November lalu.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pe-nempatan penduduk di kawasan itu walau-pun berlaku runtuhan ban dan limpahan ma-suk air laut.

Sementara itu, JPS turut memasang pam air bagi menyalurkan air keluar dari kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Tengar.

Difahamkan JPS akan membina ban mini di kawasan PPRT Sungai Tengar bagi menyekat laluan air dari parit selain satu pam air akan dipasang untuk mengalirkan air keluar dari kawasan itu.

Limpahan air laut turut dilaporkan berlaku di kawasan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Da-taran Batu 23, Ban Sungai Apong, Ban Sungai Lang, persekitaran Pekan Sabak Bernam dan di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong.

Pulih ban pecah, depani fenomena air pasang besar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah berkenan merasmikan pusat hi-buran baru, IRDKL Mall di Alam Avenue 2, di sini, pada 21 No-vember lalu.

Baginda diiringi Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Kumpul-an IRDK Land Sdn Bhd, Tan Sri MP Ramasamy.

IRDKL Mall yang terletak di

Persiaran Selangor dan Padang Jawa adalah pusat hiburan per-tama di Shah Alam yang me-nyediakan perkhidmatan pang-gung wayang, TSR Cinemax.

Ia boleh didapati di tingkat 10 dengan TSR Cinemax Box Office, tingkat 11 (TSR Cinemax Screen, Royal Screen, Premier Screen) dan tingkat 14 (TSR Cine- max Screen dan Grand Screen).

Panggung wayang itu dilengkapi peralatan digital terkini seperti layar Dolby AT-MOS, layar sistem Auromaxx, sistem bunyi Klipsch dengan

subwoofer dan pawagam tan-pa tiket (sebaliknya menggu-nakan kod QR).

Sesuai untuk hiburan seisi keluarga, tingkat 10 turut me-nyediakan sudut ‘Digital Fun Time’ dan ‘Digital Darts’ selain ‘Children Arcade’ dan 9D Virtu-al Excitement di tingkat 13.

Pada masa sama, perkhid-matan dewan persidangan, TSR Conference Hall turut dise-diakan di tingkat 16 dan 17.

Akan datang, orang ramai turut berpeluang berkaraoke di tingkat 12 dan 15 IRDKL Mall.

Tengku Amir rasmi IRDKL Mall

Pawagam canggih tanpa tiket

RM�� juta urus kolamKUALA SELANGOR - Bagi me-mastikan bekalan air di Lembah Klang sentiasa mencukupi, Ke-rajaan Negeri membelanjakan RM600,000 untuk membolehkan projek ‘Off River Storage’ (ORS) di Kolam Kampung Hang Tuah di-jalankan.

Pemangku Pengarah Lemba-ga Urus Air Selangor (LUAS), Nor Zamri Sondor berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM17 juta kepada LUAS untuk menguruskan kolam terbabit.

Katanya, menerusi kaedah ORS itu juga kolam terbabit membekalkan 1,300 juta liter sehari (JLH) untuk memenuhi keperluan pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Projek ini merangkumi pem-binaan mendalamkan kolam dan membina kunci air yang mema-kan masa kurang sebulan untuk disiapkan.

“LUAS juga mengucapkan terima kasih atas keyakinan di-berikan Kerajaan Negeri apabila memperuntukkan RM17 juta, pada 2017 untuk menguruskan kolam ini merangkumi pemasa-ngan dan penyewaan pam, ope-

rasi, penyelenggaraan alur, pem-binaan muka sauk juga operasi pembenihan awan,” katanya.

Menurut Zamri, kaedah ORS juga mampu mengelakkan air sungai tercemar memasuki tujuh kolam terbabit.

Kejayaan pihaknya menyiap- kan ‘intake’ juga memboleh-kan lebihan air Sungai Sela- ngor masuk ke kolam, seterusnya memenuhkan kolam lain yang bersambung dengan kolam itu.

Katanya, selain menguruskan air yang terdapat di sungai, LUAS turut memainkan peranan me-nguruskan sumber air hujan de-ngan melaksanakan kerja pem-benihan awan.

“Pada tahun ini, kita membe-lanjakan lebih kurang RM4 juta untuk pembenihan awan. Kita bukan sahaja menguruskan air di sungai tetapi juga di atas,” ka-tanya.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus membuktikan Kerajaan Ne-geri tidak hanya duduk diam, se-baliknya sentiasa menjadikan isu bekalan air kepada pengguna se-bagai keutamaan dengan men-jalankan pelbagai inisiatif.

Page 5: TAWARAN EKUITI

Utama5SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

TANJUNG KARANG - Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turun padang menin-jau pemasangan ban tambatan banjir di Kampung Tok Adam, di sini.

Beliau tiba bagi siri lawatannya ke Kuala Selangor menyantuni dan mendengar permasalahan masyarakat setempat khususnya di kawasan pinggir bandar.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut melihat sendiri ban banjir perkampungan di situ yang digunakan penduduk se-tempat bagi menahan limpahan air sungai.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS), Mohd Nazif Daud turut hadir menyampaikan tak-limat kepada Dato’ Menteri Be-

sar berkenaan sistem ban di ka-wasan itu.

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permode-nan Pertanian, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Mohamed Azmin juga singgah di Bagan Pasir untuk melawat ka-wasan ban digunakan penduduk di situ.

Kerajaan Negeri sebelum ini memperuntukkan RM4.3 juta untuk tujuan penambahbaikan ban di kawasan berpotensi di-naiki air.

Ia adalah sebahagian inisiatif Kerajaan Negeri memastikan ke-sejahteraan penduduk di penem-patan perairan negeri terjamin.

MB tinjau ban Kampung Tok Adam

RM��.� juta baik pulih masjid dan SRATANJUNG KARANG - Kerajaan Selangor menyalurkan peruntu-kan RM13.6 juta bagi tujuan baik pulih masjid dan sekolah rendah agama (SRA) seluruh negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, daripada jumlah itu, RM6.8 juta disalurkan kepada 46 masjid, manakala selebihnya kepada 47 SRA di bandar dan pinggir ban-dar.

Beliau berkata, pemberian ini-siatif itu dibuat sebagai jaminan pengukuhan institusi ibadah se-lain pembangunan bagi tujuan pendidikan Islam di Selangor.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan besar dalam belan-jawan lalu menerusi peranan di-ambil Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS).

“Peruntukan ini mesti dibelan-jakan segera dan dihabiskan un-tuk tahun ini demi manfaat ma-syarakat Islam Selangor.

“Kerja pembaikan ini juga perlu disegerakan dengan telus tanpa berlaku kebocoran supaya setiap sen yang diamanahkan diterjemah bagi tujuan memba-ngun institusi yang amat penting bagi umat Islam di negeri ini,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baik Pulih Masjid dan Sekolah Agama Selangor di perkarangan Masjid Kampung Haji Razali, di sini, pada 18 November lalu.

Hadir sama, Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim dan Exco Infra-struktur, Kemudahan Awam, Per-modenan Pertanian, dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Turut hadir, Exco Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua-sa Adat Melayu, Pembangunan Desa, Dato’ Yunus Hairi, Setiausa-ha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga giat melaksanakan kerja baik pulih membabitkan 27 surau seluruh negeri menerusi perbelanjaan RM540,000.

Masjid Kampung Haji Razali juga tidak terkecuali menerima peruntukan RM120,000 bagi pembaikan kemudahan infra-struktur.

Menyambut baik usaha mur-ni pentadbiran negeri itu, Haris dalam ucapannya berkata, ama-nah dipikul di bawah bidang kua-sa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

“JAIS sebagai jabatan agama di negeri ini memegang mandat dan memikul amanah begitu be-sar untuk setiap lapisan masyara-kat.

“Kerja baik pulih penting bagi menjamin keselesaan dan kese-lamatan umat Islam yang meng-gunakan masjid, sekolah agama serta surau negeri,” katanya.

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA - Institut Wanita Berdaya (IWB) perlu merangka strategi wanita bagi mendepani revolusi industri keempat, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali.

Beliau berkata, revolusi dikenali sebagai ‘Industry 4.0’ atau ‘Industrial Internet of Things’ (IIoT) itu bakal mem-beri kesan kepada gaya hidup dan pekerjaan.

Katanya, banyak pekerjaan dijangka hilang tetapi pada masa sama akan mencipta peluang pekerjaan baru.

“World Economic Forum dalam laporan ‘The Future of Jobs’ meramalkan 5.1 juta pe-kerjaan bakal hilang antara 2015 hingga 2020 dan 2.45 juta kehilangan itu ditang-gung wanita.

“Revolusi industri keempat juga memberikan pentakrifan baru kepada pekerjaan terma-suk ke arah mencapai keseim-bangan antara pekerjaan dan kehidupan,” katanya ketika ucapan Perasmian Konven-syen Wanita Selangor 2016, pada 22 November lalu.

Pada 31 Oktober lalu, Be-lanjawan Selangor 2017 mem-peruntukkan RM10 juta bagi

memberdaya wanita seperti bidang ekonomi, pendidikan dan kerjaya, termasuk RM1 juta untuk IWB.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Program Mi-krokredit HIJRAH sehingga kini memberi manfaat kepada 6,209 wanita atau 63.6 peratus.

“Sektor pendidikan juga memberi peluang kepada pe-lajar wanita di Universiti Se-langor (UNISEL) dan Kolej Uni-versiti Islam Selangor (KUIS) untuk mendapat biasiswa.

“Seramai 65 peratus dari-pada penerima Biasiswa Sela-ngorku adalah pelajar wanita,” katanya.

IWB perlu rangka strategi

Depani revolusi industri keempat

Page 6: TAWARAN EKUITI

Pencemaran ternakan khinzir

Penduduk Tanjung Sepat tak jual tanah

Warta dulu permohonan tanah kepada SUKSHAH ALAM - Sebarang permo-honan tanah oleh Kerajaan Perse-kutuan di Selangor pada masa akan datang bakal diwartakan

terlebih dahulu kepada Setiausaha Kera-

jaan Negeri (SUK) Selangor.

Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, ia juga akan ditadbir pihak berkuasa tem-patan sehingga Kerajaan Perse-kutuan mempu-nyai keupayaan membangunkan tanah berke-naan.

“Buat masa ini, kita membuat ketetapan untuk berbincang semula dengan Pesuruhjaya Ta-nah Persekutuan (PTP) mengenai tanah yang sudah diserah, namun belum dibangunkan untuk tujuan pembinaan hospital dan sekolah.

“Kita mahukan penjelasan tentang keperluan semasa dan keupayaan kewangan di pering-kat persekutuan sama ada ber-sedia atau tidak,” katanya ketika menggulung usul pembangun-an di Dewan Negeri Selangor, pada 9 November lalu.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Seri Andalas, Dr Xavier Jayaku-mar membangkitkan isu status tanah diserah kepada Kerajaan Persekutuan yang masih belum dibangunkan selepas sekian lama.

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyangkal dakwaan media ber-laku penjualan tanah secara be-sar-besaran milik masyarakat Me-layu di kawasan Tanjung Sepat ekoran masalah pencemaran berpunca daripada penternakan khinzir.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-dul Talib berkata, laporan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat berbeza serta tidak tepat sama sekali.

“Hanya terdapat enam hak mi-lik tanah berpindah milik sejak 2012 iaitu satu lot tanah daripa-da sebuah syarikat kepada syari-kat lain, manakala lima yang lain adalah daripada individu kepada individu.

“Secara keseluruhan, pemin- dahan hak milik hanya membabit-kan satu tanah milik kaum Me-layu, manakala selebihnya India (tiga) dan Cina (satu),” katanya dalam sidang media di lobi De-wan Negeri Selangor (DNS) di sini, pada 10 November lalu.

Baru-baru ini, media melapor-kan berlaku pemindahan hak milik tanah secara besar-besa-ran membabitkan kaum Mela-yu yang menjual tanah mereka dengan keluasan lebih 12 hektar ekoran masalah terbabit.

Berkenaan jumlah ladang ter-nakan khinzir, beliau berkata, ter-dapat 125 ladang memperoleh lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjalankan usa- ha mereka bukan 31 dari 132 ladang tidak berlesen seperti di-laporkan media.

Katanya, 31 daripada jumlah

itu mendapat Lesen Pelepasan Bahan Tercemar dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor.

“Majlis Tindakan Ekonomi Se-langor juga membincangkannya melalui pembentangan kertas cadangan oleh syarikat berminat dalam usaha menyelesaikan se-cara total permasalahan berkai-tan isu penternakan khinzir di daerah Kuala Langat.

“Permohonan itu masih dalam pertimbangan Kerajaan Negeri membabitkan proses persetu-juan dan kelulusan MIDA Sela-ngor memandangkan terdapat isu pelaburan dari luar negara,” katanya.

Pada masa sama, katanya, penerangan berkenaan pro-jek ‘Modern Pig Farming’ (MPF) membabitkan penduduk terma-suk pemimpin setempat akan di-jalankan secara berterusan.

Tahan �� pemandu asing pandu kenderaan beratSHAH ALAM - Tangkapan pemandu kenderaan berat membabitkan warga asing me-ningkat sekali ganda dan mem-bimbangkan.

Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sela-ngor apabila 42 pemandu warga asing ditahan berikutan mem-bawa lebihan muatan sepanjang Ops Ganda 2 yang berlangsung sebulan di seluruh Selangor dan berakhir 4 November lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, 22 warga Indo-nesia, India (14) dan Pakistan (6) daripada jumlah itu.

“Berbanding Ops Ganda 1 yang dijalankan 26 April berakhir 26 Mei lalu, tangkapan peman-du warga asing hanya 26 sahaja membabitkan 12 warga Indone-sia, India (8) dan Pakistan (6).

“Operasi ini memberi tum-puan terhadap kenderaan berat untuk memastikan ia membawa muatan mengikut had dibenar-kan dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” lapor BERNAMA.

Pemandu kenderaan berat melanggar peraturan akan di-ambil tindakan mengikut Sek-syen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hu-kuman kompaun maksimum RM2,000 atau penjara tidak me-lebihi enam bulan.

“Kami akan meneruskan operasi ini bagi mengesan kenderaan berat yang mem-bawa lebih muatan, sekali gus mengekang kegiatan tonto yang menjadi salah satu punca wujudnya gangguan terhadap anggota JPJ,” katanya.

Komited galak rakyat amal hidup sihatSHAH ALAM - Isu kesihatan rak-yat sentiasa menjadi perhatian Kerajaan Negeri dengan mem-perkenalkan beberapa program bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, antara program dijalankan adalah Kem-pen Berjalan 10,000 Langkah dan Kayuhan Jantungku yang dilak-sanakan di pihak berkuasa tem-patan (PBT).

“Kerajaan Negeri juga menga-rahkan PBT untuk mewujudkan taman rekreasi sebagai trek 10,000 langkah yang mempunyai papan tanda bilangan langkah juga kalori

dibakar bertujuan menggalakkan lebih ramai bersenam.

“Maklumat ini dapat mendidik masyarakat mengawal tabiat pe-makanan seharian,” katanya men-jawab pertanyaan lisan ADN Tera-tai, Tiew Way Keng ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), baru-baru ini.

Beliau berkata, program itu di-jalankan ekoran Kerajaan Negeri menitikberatkan isu kesihatan dengan laporan Jabatan Kesihat-an Negeri Selangor (JKNS) men-yenaraikan lima penyakit utama di Selangor iaitu 'infectious' dan parasit (TB, Meningtis, Pneumo-nis, Spesis serta penyakit berkai-tan sistem Respiratori-Athma,

Emphysema dan Bronchiectasis).Katanya, ia juga termasuk ke-

cederaan, keracunan dan ke-malangan jatuh selain penyakit 'coronary' juga berkaitan sistem ‘circulatory’ serta penyakit berke-naan sistem perkumuhan ‘genito-urinary’.

“Perkhidmatan klinik bergerak disediakan JKNS dan pada masa ini beroperasi di tujuh daerah di Selangor.

“Skim Peduli Sihat dibentang-kan dalam belanjawan lalu akan dinikmati rakyat yang memberi manfaat kepada kira-kira sejuta orang dan pasti lebih baik dari klinik bergerak, bermula tahun depan,” katanya.

Utama6 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Page 7: TAWARAN EKUITI

Utama7SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri memberi jaminan bakal menyelesaikan isu pemilikan ta-nah kepada 33 penduduk Kam-pung Baru Pasir Penambang, di sini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri serta agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) juga Ja-batan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memastikan semua pen-duduk memperolehi hak milik kekal dan bukan sekadar Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sa-haja.

“Saya minta permohonan penduduk tidak termasuk dalam kawasan rizab sungai terus di-angkat dan diberi hak milik.

“Sementara mereka terjejas pula perlu keluar daripada rizab, namun JPS dan PDT akan mem-

pertimbangkan lot tanah untuk diberikan hak milik,” katanya ke-tika Majlis Penyampaian Surat Kelulusan LPS kepada 33 pene-rima di Jeti Kampung Baru Pasir Penambang, pada 18 November lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, peruntukan se-dia ada memerlukan sekurang-kurangnya 50 meter daripada tebing sungai diwartakan se-bagai rizab sungai di bawah JPS.

“Ia penting untuk masa hada-pan bagi kerja pendalaman juga pelebaran sungai dan perkara lain yang mungkin dilakukan, se-lain kita tidak mahu penduduk berdepan kemungkinan banjir.

“Jadi, kita beri masa kepada pi-hak berkenaan mengukur semu-la dan permohonan penduduk diteliti untuk dipertimbangkan bagi pemberian milikan tanah,” katanya.

Isu milikan tanah

�� penduduk bakal terima hak milik kekal

KUALA SELANGOR - Seramai 33 penduduk Kampung Baru Pasir Penambang bertuah apabila ra-yuan pengecualian bayaran de-posit dan denda diluluskan Kera-jaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu dicapai menerusi Ma-jlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), pada 26 Oktober lalu.

Katanya, anggaran jumlah yang sepatutnya dibayar pen-duduk adalah antara RM1,500 se-hingga RM10,340.

“Kita mendengar keluhan ba-hawa denda dikenakan terlalu tinggi, maka Kerajaan Negeri ber-setuju hapuskan denda dan de-posit berkenaan, namun melalui kelulusan rayuan pengecualian ini, pemohon dikenakan bayaran RM3.40 semeter.

“Bayaran tahunan bergantung kepada keluasan tanah yang di-luluskan antara RM550 sehingga RM1,890 setahun,” katanya.

Pada 16 Oktober 2013, Kera-jaan Negeri menolak permoho-nan pemberimilikan hak milik tanah kerana ia terletak di dalam kawasan rizab sungai.

Namun, Kerajaan Negeri me-nimbang semula rayuan 33 pen-duduk berkenaan sebagai kes khas dengan mengambil kira tempoh penempatan kira-kira 30 tahun.

Pada 31 Disember 2014, Kera-jaan Negeri memberikan kelulu-san Lesen Pendudukan Semen-tara (LPS) bagi tujuan bangunan kediaman sementara dan surat kelulusan bertarikh 2 Januari 2016 sudah disampaikan kepada pemohon.

Hapus denda, penduduk gembira

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, Dato’ Su-laiman Abdul Razak menzahirkan penghargaan atas usaha Kerajaan Negeri meluluskan rayuan pen-duduk di kawasannya berkenaan isu Lesen Penempatan Sementara (LPS).

Ucapan terima kasih juga khu-sus ditujukan kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang sentiasa proaktif mencari penyelesaian terbaik untuk rakyat.

“Terima kasih Dato’ Menteri Be-

sar dan Kerajaan Negeri. Ini seme-mangnya ditunggu rakyat untuk menduduki tanah rizab.

“Jabatan Pengairan dan Salir-an (JPS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) juga menjalan-kan tanggungjawab dengan baik yang akhirnya isu ini dapat disele-saikan,” katanya.

Terdahulu, 33 penduduk Kampung Baru Pasir Penam-bang menerima surat kelulusan LPS daripada Mohamed Azmin, di sini, pada 18 November lalu.

Pada masa sama, Sulaiman berharap pemilikan penuh akan dipertimbang Kerajaan Negeri pada masa akan datang.

“Seperti diucapkan Dato’ Menteri Besar, kita sememang-nya menyokong penuh usaha ke arah hak milik kekal itu.

“Terima kasih sekali lagi ke-rana memberi peluang kepada kami terutama penduduk yang tertekan, namun kini gembira dengan apa yang diperoleh,” ka-tanya.

Terima Kasih MB!

SHAH ALAM - Seramai 110 pen-duduk berbilang kaum dari DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak menerima sumbangan RM150,000 daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sumbangan dibahagikan kepada pelbagai sektor antaranya ban-tuan pendidikan (RM1,000) dan bantuan komputer riba selain sumbangan sara hidup kepada golongan berpendapatan ren-dah.

Sumbangan sama turut di-berikan kepada 13 penduduk yang berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada masjid, surau, pusat khidmat, persatuan pen-duduk dan belia untuk melak-

Penduduk memerlukan terima sumbangan

sanakan aktiviti,” katanya.Beliau berkata demikian ketika

Majlis Penyampaian Sumbang-an dan Pembayaran SMUE Fasa 2 DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak di Kediaman Menteri Besar, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak berkata, sumbangan itu bagi melunas-

kan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit.

Katanya, sebahagian besar penduduk menerima bantuan pendidikan bagi meringankan beban pelajar juga keluarga.

“Kita dapati ramai anak yang menyambung pengajian ke uni-versiti tidak dapat menampung kos pendidikan yang terlalu ma-hal,” katanya.

Page 8: TAWARAN EKUITI

Nasional8 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Pasca BERSIH 5

Siri tahanan tidak luntur semangat rakyatOLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Siri tahanan berterusan membabitkan pimpi-nan pembangkang dan pertubu-han bukan kerajaan (NGO) tidak melemahkan semangat rakyat untuk melakukan perubahan ter-hadap landskap politik juga pen-tadbiran kerajaan di negara ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan rakyat bakal berterusan untuk tujuan itu dan sebarang usaha dilakukan kera-jaan pimpinan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak pasti berdepan laluan berliku.

"Segala tindakan dibuat tidak melemahkan semangat kita un-tuk meneruskan usaha, malahan ia mengukuhkan perpaduan bagi menentang penindasan," kata-nya kepada media di luar Pusat Tahanan Berpusat Jinjang, di sini, pada 20 November lalu.

Polis bertindak menahan Ahli

Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin selepas himpunan BERSIH 5, pada 19 November lalu.

Mengulas lanjut, Dato' Men-teri Besar Selangor itu berkata, polis akan meneruskan beberapa siri tahanan dalam tempoh ter-dekat, namun Pakatan Harapan (PAKATAN) dan pimpinan NGO lain akan terus berusaha menun-tut pembebasan mereka kerana tiada kesalahan dilakukan.

Katanya, rakyat berhak bersu-ara dan berhimpun secara aman seperti berlaku terhadap BER-SIH 5 apabila ramai hadir me-nyatakan sokongan.

"Kita percaya terhadap ke-bijaksanaan rakyat dan diyaki-ni mereka bersedia untuk satu perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Diharap, kita akan menyak-sikannya dengan pembentukan pentadbiran kerajaan baru di Pu-trajaya," katanya.

Bebaskan tahanan tanpa syaratSHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengerahkan anggota dan rakyat berhimpun di lokasi penahanan pimpinan juga aktivis BERSIH 2.0 sebagai tanda solidariti serta tunjuk perasaan bagi memberi tekanan kepada polis dan kerajaan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, langkah itu bagi mendesak pihak berkuasa membebaskan 14 individu yang ditahan berkaitan perhimpunan aman BERSIH 5 tanpa syarat.

“Tindakan menggunakan SOS-

MA dan kanun keseksaan yang lain untuk menahan mereka ini adalah satu bentuk salah guna kuasa polis dan Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan.

Afif berkata, siri tangkapan itu adalah satu bentuk intimidasi dan pelanggaran hak asasi rakyat Ma-laysia apabila polis juga peme- rintah menyalahgunakan kuasa mreka.

Katanya, BERSIH 2.0 selaku penganjur memberikan ker-jasama tinggi kepada polis sebe-

lum dan semasa perhimpunan serta bergerak dalam ruang ling-kup dibenarkan dalam sistem de-mokrasi juga Perlembagaan.

“Isu ini sangat jelas apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kua-la Lumpur sendiri sebelum ini me-nolak injuksi untuk menghalang himpunan BERSIH 5.

“Tindakan atau sebarang ke-nyataan untuk menghalang hak ini juga adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak kepada kebebasan ber-himpun secara aman,” katanya.

Malaysia amal undang-undang pelikSHAH ALAM - Pihak berkuasa Malaysia dilihat lebih berminat menahan individu atau rakyat yang tertindas, berbanding menangkap pe-mimpin rakus yang semakin berleluasa di ne-gara ini.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Dr Daroyah Alwi berkata, siri intimidasi Polis Diraja Malay-sia (PDRM) itu dijangka akan berterusan untuk menekan mana-mana pihak yang membawa su-ara rakyat.

Katanya, pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) juga terus buta dan tidak sedar terhadap kebejatan yang dilakukan terhadap negara, malahan menuding jari kepada pimpinan pem-bangkang.

"Wanita KEADILAN mengecam tindakan PDRM yang menyerbu dan menahan Ketua Wanita KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Am-

pang, Zuraida Kamaruddin di kediamannya."Tindakan ini semakin jelas menunjukkan pi-

hak berkuasa terutama BN begitu takut dengan suara pemimpin pembangkang termasuk wani-ta," katanya.

Sebelum itu, PDRM turut menahan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah di bawah Akta SOSMA termasuk pimpinan mahasiswa, Anis Sya- fiqah.

Daroyah berkata, BERSIH 5 yang berlangsung pada 19 November lalu terbukti berlaku secara aman dengan peserta memberi kerjasama baik kepada PDRM.

Katanya, pemimpin kleptokrasi yang dilihat hari ini bakal membuatkan rakyat Malaysia se-makin benci dan marah kepada mereka.

"Kami tidak akan mengalah, kami pasti la-wan," katanya.

Page 9: TAWARAN EKUITI

Nasional9SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Caj hospital naik

Jangan jadikan wad sesak macam zon perangOLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak patut menaikkan caj wad hospital kerana ia hanya meningkatkan bebanan rakyat dalam situasi ekonomi tidak me-nentu.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail berkata, kenaikan caj sehingga 50 peratus bermula Januari tahun depan seperti diakui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pastinya men-datangkan kesan besar terhadap rakyat.

“Walaupun kenaikan hanya membabit-kan wad kelas satu dan dua sahaja tetapi kesan jangkitan caj akhirnya akan terkena kepada pesakit wad kelas tiga.

“Ini kerana sebahagian pesakit dari kedua kelas atasan itu akan berpindah ke wad kelas tiga kerana faktor bayaran hingga menyebabkan wad berkenaan se-

sak dan berlaku keadaan seperti zon pe-rang,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, pada 16 November lalu.

Azman yang juga Ketua Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN berkata, keadaan itu bakal menjadi lebih teruk di dalam suasa-na krisis ekonomi dihadapi ketika ini.

Katanya, kemudahan penjagaan ke-sihatan baik adalah hak asas rakyat yang mesti dipertahankan dan terus diperbaiki.

“Penjimatan di sektor kesihatan hen-daklah ditingkatkan dengan sistem tender terbuka, elakkan pembaziran dan pengurangan margin keuntungan kepada perkhidmatan diswastakan di premis kesihatan.

“Setiap ringgit dibelanjakan untuk kesihatan rakyat adalah penjimatan jika dibandingkan dengan kos rawatan dan kos menanggung rakyat yang sakit,” ka-tanya

Caj rawatan di hospital kerajaan

Jenis Rawatan Harga Harga selepas sekarang kenaikan 50%

Wad kelas 1 (sehari) RM80 RM120Wad kelas 2 (sehari) RM20 RM30Wad kelas 3 (sehari) RM3 RM3Bersalin bedah kelas 1 RM800 RM1,200Bersalin bedah kelas 2 RM400 RM600Bersalin bedah kelas 3 RM100 RM100Bersalin biasa kelas 1 RM300 RM450Bersalin biasa kelas 2 RM150 RM225Bersalin biasa kelas 3 RM10 RM10Psikiatri kelas 1 RM750 RM1,125Psikiatri kelas 2 RM300 RM450Psikiatri kelas 3 Percuma PercumaRawatan kemoterapi RM200 RM300kelas 1Rawatan kemoterapi RM100 RM150kelas 2Rawatan kemoterapi RM50 RM50kelas 3

Page 10: TAWARAN EKUITI

10Utama

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Ketengah elemen ‘internet of thing’

Jayakan Smart City

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Persidangan An-tarabangsa Smart City memberi peluang kepada pemain industri bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha merealisa-sikan Selangor ke arah 'Smart State', pada Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maj-lis Teknologi Informasi dan E-Da-gang Selangor (SITEC), Yong Kai Ping berkata, pemain industri dapat mengetengahkan penge-tahuan atau penyelesaian, sekali gus membantu Kerajaan Negeri.

“Ia sebagai landasan untuk menggalakkan mereka bersama Kerajaan Negeri membangun-kan industri ini. Saya fikir, kita

mencari ‘service provider’ un-tuk diketengahkan dan sesete-ngahnya untuk dibawa ke luar negara.

“Justeru, pertemuan ini pen-ting untuk kita berbincang dan memahami trend juga penyele-saian yang boleh diguna pakai,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Penganjuran Persidangan Antarabangsa Smart City 2016 yang bakal berlangsung di Hotel Saujana, Shah Alam itu mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Smart Selangor De-livery Unit (SSDU) dan SITEC.

Kai Ping berkata, persida-ngan itu bakal memberi pende-

dahan berkenaan 'Internet Of Things' dan model 'Big Data Analytics', di samping berkongsi pengalaman, pengetahuan ser-ta membina jaringan hubungan dengan negara lain.

“Pembangunan 'Smart City' di India dan Barcelona adalah pro-jek besar bukan hanya melalui pihak kerajaan sahaja tetapi pe-nyertaaan daripada pihak swas-ta turut memainkan peranan penting.

“Perkhidmatan yang diperlu-kan akan mengurangkan beban harian, jadi saya fikir teknologi 'Smart City' akan membuatkan rakyat gembira, jadi sudah tentu kita perlu menuju ke arah itu,” katanya.

PKNS bantu ��,��� usahawanKUALA SELANGOR - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) berja-ya membimbing sekurang-kurangnya 39,000 usahawan menerusi program ke-usahawan anjurannya, sejak 1995.

Pengurus Bahagian Pembangunan Usa- hawan (BPU) PKNS, Azilah Arshad berka-ta, ia melibatkan peruntukan RM230 juta bagi membantu usahawan daripada pel-bagai bidang.

Azilah berkata, antaranya termasuk pengilang bahan binaan, sub kontrak-tor bumiputera, peniaga retail, usahawan mahasiswa, usahawan siswazah dan pela-jar sekolah menengah serta rendah.

“PKNS berharap dapat terus memain-kan peranan aktif dalam menyumbang pembangunan usahawan Selangor yang berdaya saing.

“Kami juga akan meneruskan program sedia ada dan sentiasa mengenal pasti ru-ang penambahbaikan bagi memastikan matlamat program dicapai,” katanya ketika ucapan Perasmian Penutup Program Usa-hawan SMART INPENS 2016 di Kolej Anta-rabangsa INPENS, di sini, baru-baru ini.

Pada 1995, PKNS menubuhkan Sekre-tariat Masyarakat Perdagangan dan Perin-dustrian Bumiputera (MPPB) untuk mela-hirkan usahawan berdaya maju.

Pada 2010, MPPB dijenamakan semula sebagai BPU dengan menumpukan aspek pembudayaan, pembangunan, pemanta-pan dan jaringan.

Daripada sekadar dua program di bawah MPPB, kini BPU sentiasa aktif melaksanakan 14 program pendidikan keusahawanan.

Pelajar INPENS tamat program Usahawan SmartKUALA SELANGOR - Seramai 15 pelajar Kolej Antarabangsa IN-PENS berjaya menamatkan pro-gram Usahawan Smart INPENS anjuran Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS).

Pemangku Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, ia an-tara usaha melahirkan lebih ramai usahawan kema-hiran untuk merancakkan eko-nomi negara.

Katanya, usaha itu juga selaras dengan permintaan pasaran ker-jaya yang tinggi terhadap bidang kemahiran.

“Mereka yang menceburi bi-dang kemahiran boleh terus men-jalankan perniagaan tanpa mem-buka premis.

“Ini kerana bidang kemahiran boleh dijalankan secara ‘mobile’ dari rumah ke rumah atau melalui dalam talian (online) seperti Face-book atau Instagram,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Usahawan SMART INPENS 2016.

Hadir sama, Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, Azilah Arshad dan wakil ASL Development (M) Group Sdn Bhd, Mohd Rawi Othman.

Berlangsung selama tiga bu-

lan, usahawan INPENS berjaya mencatat hasil jualan berjumlah RM30,131 dengan keuntungan bersih RM15,823.80.

Ia menjadikan INPENS men-duduki tempat ketiga mencatat hasil jualan tertinggi daripada em-pat institusi pengajian tinggi yang terlibat menerusi program Usaha-wan SMART anjuran PKNS.

Mereka yang menceburi bidang kemahiran boleh

terus menjalankan perniagaan tanpa membuka premis.

Ini kerana bidang

kemahiran boleh dijalankan secara ‘mobile’ dari rumah ke rumah atau melalui dalam talian (online) seperti Facebook atau Instagram

AHMAD ZABRIPemangku Ketua Eksekutif INPENS

Page 11: TAWARAN EKUITI

11SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

ADN

PAKEJ CATERING & CANOPY SRI PAYUNGKami adalah pakar dalam bidang katering dan memiliki pengalaman yang luas serta mampu menyediakan kehendak anda. Kami juga menyediakan pakej-pakej dan promosi yang semestinya mengikut bajet anda. Jika pakej kami tidak dapat mengikut citarasa anda, usah bimbang, kami boleh melaraskannya mengikut citarasa dan bajet anda. Yang pastinya anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

03-9283 2523 | 013-206 2523013-338 1573

s r i p a y u n g 1 3 2 3 @ y a h o o . c o mRESTORAN & KATERINGw w w . s r i p a y u n g . c o m

SRI PAYUNG

No 5, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor.PROMOSIPERKAHWINANRM15,000/1000paxPAKEJ LENGKAP KATERING | DEWAN | PELAMINSEPASANG BAJU | MAKEUP | MCJURUFOTO | DOME 2 SET | KEK 3 TINGKAT

DAN LAIN-LAIN

Buka 11.00 pagi - 5.00 ptgJumaat Cuti

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

Nasi Beriani Kambing

Nasi Tomato Ayam Merah

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50

RM10.50RM10.50 RM7.50RM7.50Nasi Minyak

Daging Hitam

Restoran Sri PayungAsam Pedas Istimewa

Segera laksana kajian menyeluruh

Tangani banjir kilat depan IOI MallOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kajian menyelu-ruh perlu dilakukan bagi menan-gani kejadian banjir kilat di ha-dapan pusat membeli belah, IOI Mall, Puchong.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kin-rara, Ng Sze Han berkata, kajian juga perlu melibatkan agensi ke-rajaan seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, agensi lain termasuk pengurusan Lebuhraya Daman-sara Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan IOI Mall.

“Buat masa ini, sistem pe-ngaliran perlu melalui jarak yang jauh iaitu melalui LDP ke IOI Mall, Prasarana, kawasan perumahan, KESAS dan akhirnya ke Sungai Klang.

“Kita perlu buat satu kajian su-paya air masuk ke bekas lombong yang terletak di belakang IOI Mall

dan terus ke Sungai Klang tanpa perlu melalui jarak jauh,” katanya.

Pada 15 November lalu, air di-laporkan naik di Jalan Bukit Pu-chong ketika hujan lebat sekitar jam 4.50 petang.

Keadaan itu menyebabkan se-bahagian besar kenderaan terpe-rangkap akibat banjir kilat di laluan menuju ke Putrajaya dan laluan bertentangan ke Damansara, na-mun tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kecederaan.Manfaat bantuan SMUE

SHAH ALAM - Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diteruskan lagi menerusi penyampaian program bantuan itu kepada individu berkelayakan di kawasan pinggir bandar.

Terbaru, enam penerima dari DUN Selat Klang menerima ban-tuan skim berkenaan bagi fasa pertama menerusi penyerahan bantuan RM1,000 setiap seorang.

Hadir menyerahkan bantu-an tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali di sekitar Flat Seri Perantau, Kampung Delek Kiri, Jalan Yadi dan Jalan Tepi Sungai.

Halimah dalam kenyataannya berharap, penerima memanfaat-

kan bantuan tersebut dengan perkara berfaedah.

“Gunakan manfaat ini sebaik- nya terutama mereka yang be-ragama Islam supaya melunas-kan hutang. Boleh juga diguna-kan untuk tujuan badal haji dan sedekah jariah,” katanya.

Skim SMUE adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu waris kepada keluarga pemohon yang telah meninggal dunia.

Bantuan itu juga diserahkan kepada rakyat Selangor tanpa mengambil kira fahaman agama dan bangsa bagi memastikan be-ban waris penerima dapat diban-tu untuk menjalani kehidupan sebaiknya.

Spesifikasi ternakan khinzir atasi masalah pendudukSHAH ALAM - Pusat habitat dan penempatan ladang ter-nakan khinzir secara spesifik dan jauh daripada penempa-tan masyarakat sekitar Tanjung Layang serta Kampung Baru Laut perlu dilaksanakan se-bagai jaminan kesejahteraan penduduk.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan berkata, keprihatinan Kerajaan Negeri mengenainya diperlu-

kan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat di kawasan tersebut.

“Isu ini berlanjutan sejak 20 tahun dan agak sulit untuk membuang sisa buangan itu secara teratur supaya tidak ber-laku pencemaran bau juga air.

“Penduduk luahkan perkara ini supaya wujudnya inisiatif daripada Kerajaan Negeri dan memberi manfaat kepada pen-ternak juga penduduk.

“Kita dimaklumkan Kerajaan Negeri akan membangunkan penempatan baru untuk sele-saikan isu ini menerusi pewarta-an tanah khusus untuk proses penternakan lebih moden.

“Bagaimanapun, keutama-annya adalah tidak menjadi ke-wajaran apabila penempatan masyarakat Melayu ini menjadi kawasan penternakan khinzir,” katanya.

Beliau mengulas laporan

media berhubung rungutan penduduk apabila najis ter-nakan khinzir di Tanjung Sepat dialurkan ke sungai yang me-nyebabkan pencemaran bau.

Susulan perkara itu, nilai har-tanah yang diselebungi pence-maran itu merosot hampir 45 peratus kepada RM100,000 bagi keluasan tanah seluas 0.4 hektar, berbanding RM180,000 nilai semasa.

Bagaimanapun, Dato’ Men-

teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mene-gaskan Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan kerja pembersihan seluruh kawasan di Tanjung Layang dan Kam-pung Batu Laut, Tanjung Sepat.

Beliau berkata, tindakan segera juga kini diambil bagi mengatasi masalah pencema-ran bau di kawasan itu yang mengganggu keselesaan pen-duduk.

Page 12: TAWARAN EKUITI

Album12 SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Album13SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

ADN Lembah Jaya, Khasim

Abdul Aziz membersihkan

papan tanda dewan dalam

program gotong-royong

di Dewan Komuniti

Taman Mulia Jaya

ADN Dengkil, Shahrum

Mohd Sharif menyantuni

warga Sekolah Kebangsaan

Desa Pinggiran Putra ketika

mengadakan lawatan ke

sekolah tersebut

Ahli Parlimen Kuala Langat, DatukAbdullah Sani melawat perkembangan kolam takungan bertempat di Banting

ADN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, menyampai-kan anugerah kecermelangan kepada pelajar Sekolah Rendah Islam ( SERI ) Nurul Hidayah

ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin hadir memeriahkan program gotong-royong mengindahkan SJK(C) Chung Hwa Damansara bersama pelajar dan ibu bapa

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Fasiah Fakeh menghadiri program Menjana Pendapatan Tambahan melalui e-rezeki di Pusat IT Kampung Batu 2 Sapintas

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato’ P Kamalanathan menghadiri Kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Tamil anjuran Sri Murugan Centre di kawasan beliau

ADN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, menghadiri Majlis Perasmian anugerah kecemerlangan di Ulu Yam Lama

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menyampaikan taklimat kepada pimpinan Gabungan Desa Mentari di Pangsapuri Desa Mentari 2, PJS 2

Page 13: TAWARAN EKUITI

14Rencana

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

tidak berubah dengan pemikiran lapuk dan jumud.

Kreativiti dan inovasi rakyat juga pengurusan negeri dari semasa ke semasa penting su-paya pembaharuan serta budaya kerja baru menjadi contoh kepa-da negeri dan negara.

Malah, syarikat berkaitan kera-jaan (GLC) milik negeri juga per-lu keluar daripada kepompong negeri dengan anjakan paradig-ma dan hala tuju baru bersifat antarabangsa. Keuntungannya kelak perlu dirakyatkan untuk pembangunan dan kebajikan.

Menghargai kreativiti dan idea pembaharuan

Untuk menjadi negeri bersifat antarabangsa rakyat perlu diberi-kan kebebasan untuk menzahir-kan idea, inovasi dan kreativiti

NEGERI TERPENTING MALAYSIA

Jadikan Selangor hebat lagi

OLEH MOHD EZLI MASHUT

“Beta mahu negeri ini menjadi salah sebuah ‘Smart State’ terkemuka

di dunia,” - DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Selangor negeri terpenting Malaysia. Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 adalah 22.6 peratus. Ia pe-ningkatan 0.2 peratus, berban-ding sumbangan 22.4 peratus ta-hun sebelumnya.

Sehingga 14 Oktober lalu, rizab negeri berada pada tahap RM3.6 bilion hasil kemantapan tatakelola kewangan sejak PA-KATAN menerajui Selangor, pada

2008. Hasilnya, setiap tahun rak-yat menerima kembali dividen dalam bentuk pembangunan dan kebajikan.

Bagi tempoh antara 2000 hingga 2014, Selangor mencatat pelaburan modal RM170.2 bilion, merangkumi pelaburan lang-sung asing (FDI) RM82.1 bilion, manakala pelaburan langsung domestik RM88.1 bilion, bagi tempoh 1987-2014.

Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan au-tomotif terbesar di Malaysia, se-perti kereta proton dan perodua serta industri berat lain.

Kereta import juga beroperasi di Selangor seperti Toyota, Nis-san, Volkswagen, Ford, Volvo,

BMW dan UMW. Banyak kilang dari luar negara bertapak di ne-geri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Petzl Manufacturing (Pe-rancis) dan T-Systems (Jerman).

Terbaru UMW Corporation dengan kerjasama Rolls Royce membangunkan kilang penge-luaran ‘Fan Case’ berteknologi tinggi di atas tanah berkeluasan 20 ekar di Serendah dengan nilai pelaburan RM830 juta.

Produk ‘Fan Case’ merupakan komponen enjin pesawat Boeing dan Airbus dan mampu menye-diakan 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan separuh mahir dengan pengeluaran per-tama produk ini, dijangka Okto-ber 2017.

Prestasi ekonomi Selangor

pada 2017 dijangka berada anta-ra 5.0 sehingga 5.5 di sebalik ke-meruduman ekonomi dunia dan negara. Ia diperkukuh melalui kekuatan asas ekonomi Selangor melalui sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Fakta dan statistik ini sudah cukup menzahirkan Selangor negeri terpenting negara untuk menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia. Bukan untuk membangga diri tetapi menjadi tapak kekuatan dan meneroka potensi lebih besar.

Selangor umpamanegara antarabangsa

Persaingan Selangor kini bu-kan sekadar dengan negeri lain di Malaysia. Ia perlu mengorak lang-kah menjadi negeri antarabangsa bersifat global dengan memaha-mi realitinya sebagai glokal.

Untuk itu, ‘mindset’ menjadi negara antarabangsa perlu diza-hirkan daripada peringkat akar umbi sehingga ke peringkat ter-tinggi. Kecekapan dan profesio-nalisme pentadbiran juga pengu-rusan perlu menzahirkan sebagai ‘smart state’ bukan sekadar reto-rik atau omongan kosong.

Pengertian Smart Selangor perlu dihayati dan digerakkan segenap ruang pentadbiran juga pengurusan supaya slogan ini memberi manfaat bermakna un-tuk kebajikan rakyat. Tiada erti-nya jika sikap segelintir rakyat, pengurusan serta pentadbiran

Mahu jadikanSelangor negeri antarabangsa adalah peranan kita semua.Jadilah kita insan yang menyumbangsebanyak-banyak-nya bukan hanya menerimasebanyak-banyak-nya

PERATUSSUMBANGAN

KEPADA KDNKMALAYSIA

Page 14: TAWARAN EKUITI

15SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Rencana

jemah adalah biografi tokoh terkemuka dunia seperti Abra-ham Lincoln dan Gus Dur yang mencetuskan pemikian de-mokrasi tinggi.

Untuk menyemarak segala usaha ini, Kerajaan Selangor memberi peruntukan kepada IDE berjumlah RM2 juta untuk Projek Pencerahan Selangor (RM1 juta), Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau (RM1 juta).

Usaha dan idea ini perlu di-ambil serius bagi menghasilkan manfaat bersama bukan untuk sahaja rakyat di negeri ini, namun menyumbang kepada masyara-kat antarabangsa.

Selangor juga perlu lebih ke hadapan. Penubuhan pasukan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dipelbagai peringkat per-lu digerakkan. Anak muda perlu diberikan inspirasi untuk terus mereka cipta dan menghasilkan rekaan serta ciptaan.

Siapa tahu mungkin seorang lagi Steve Job dan Mark Zuker-berg lahir dari Selangor. Mahu jadi negeri antarabangsa, cara berfikir pun mesti bertaraf anta-rabangsa.

Kesimpulan

Teras pengantarabangsaan Se-langor perlu menepati maksud Maqasid Al-Syariah dan identiti tempatan. Hak kebajikan rakyat terus dijulang serta diberi keu-

tamaan. Menjadi negeri antara-bangsa dengan kebajikan rakyat dipeduli adalah lonjakan kepada pembinaan ketamadunan hebat.

Mahu jadikan Selangor nege-ri antarabangsa adalah peranan kita semua. Jadilah kita insan yang menyumbang sebanyak-banyaknya bukan hanya mene-rima sebanyak-banyaknya. Jika bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi.

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja,” - HAMKA-

MOHD EZLI MASHUT adalah Penolong Pengarang PortalSelangorKini

Dengan kerjasama

Kelayakan: 1. Berusia 30 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan 2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Pemesinan Am,

Pemesinan CNC, Mekatronik atau: 3. Diploma dalam Mould Technology, Tool & Die Technology,

CNC Precision Technology, Mekatronik dan yang setara

Persijilan yang ditawarkan: 1. Sijil Malaysian Meister Program 2. Diploma Lanjutan (SKM Tahap 5)

●Tajaan Pembelajaran ● Dibayar Gaji ● Dua Persijilan

Persijilan yang ditawarkan: Certificate II in Engineering dari Boxhill

Institute, Australia

3 BULAN OFF-JOB TRAINING + 3 BULAN ON-JOB TARINING

Dalam bidang: Manufacturing Technology

TAJAAN PEMBELAJARAN SAMBIL BEKERJA BAGI MENDAPATKAN DUA PERSIJILAN!

Kelayakan: 1. Berusia 24 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan 2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia

MALAYSIAN MEISTER PROGRAM YOUTH ENHANCEMENT PROGRAM

●Tajaan Pembelajaran ● Dibayar Gaji

● Persijilan Dari Australia

Sekiranya berminat, hantarkan resume anda ke: [email protected] atau hubungi kami di talian: 03-3377 8349

Dalam bidang: Precision Machining dan Mechatronics

baru. Dicadangkan supaya ‘Bank Idea’ diwujudkan bagi segenap peringkat kampung, perbanda-ran, GLC dan negeri bagi rakyat menyumbang idea pembaharu-an bernas yang menguntungkan negeri.

Siapa tahu mungkin bermula dengan idea baru daripada rak-yat, maka inovasi terhasil yang boleh direalisasikan. Ia bagi me-mastikan rakyat juga terlibat bersama dalam usaha memba-ngunkan negeri bukan sekadar idea dicetus pihak pengurusan dan pentadbiran negeri.

Hasil situasi ‘menang-menang’ ini dengan keterlibatan rakyat, maka polisi dan dasar dilak-sanakan di peringkat negeri atau lain-lain bukan sekadar syok sendiri namun hasil keterli-batan juga idea bersama. Ini yang membezakan antara Selangor dengan negeri lain yang bersifat antarabangsa.

Memanfaat potensi rakyat

Potensi besar rakyat perlu di-manfaatkan tanpa mengira pe-ringkat dan pangkat. Penganta-rabangsaan tidak bermakna jika rakyat masih dibelenggu dengan soal remeh-temeh selain tidak membangunkan jiwa dan minda.

Peningkatan kesedaran rak-yat terhadap politik dan negara penting bagi memastikan ke-sinambungan pembaharuan juga reformasi di segenap bi-

dang. Mungkin kita perlu belajar daripada rakyat Turki yang cin-takan negara dan peduli politik yang bersatu padu menolak cam-pur tangan asing juga rampasan kuasa.

Pembudayaan ilmu perlu menjadi teras kepada pembinaan insan dan rakyat. Budaya mem-baca dan cintakan ilmu pra syarat untuk menjadikan Selangor anta-rabangsa. Tiada ertinya jadi ne-geri termaju jika kita masih gagal ‘menghadam’ dalam masa seta-hun.

Tak salah kita menoleh kepada masyarakat Jepun yang tekun dan dedikasi dalam budaya membaca sejak dari kecil juga di mana-mana.

Memperkasa peranan IDE, wujudkan institut

penyelidikan dan pembangunan

Penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE) antara usaha utama Kerajaan Negeri melahirkan ahli fikir berfalsafah tinggi dalam ka-langan rakyat Selangor. Peranan-nya kini perlu dilonjak dan diper-kasakan dari semasa ke semasa.

Ketika pembentangan Belan-jawan Selangor 2017, Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Pro-jek Pencerahan Selangor diwu-judkan bagi menterjemah karya agung dunia kepada Bahasa Me-layu.

Katanya, antara yang diter-

Page 15: TAWARAN EKUITI

16Rencana

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

Selepas diperkenal pada Belanjawan Selangor 2016, agenda Smart Se-langor terus giat dipacu

bagi meletakkan negeri Darul Ehsan sentiasa ke hadapan se-iring perkembangan pesat du-nia teknologi.

Tumpuan bukan sekadar di-berikan kepada pembangunan infrastruktur tetapi turut fokus kepada usaha melahirkan rak-yat berkemahiran tinggi yang mampu menghasilkan produk inovasi dan kreatif sebagai aset masa depan.

Bagi tujuan itu, Karnival Ma- kers and Inovasi Selangor julung kali dianjur pada 26 November ini bagi meraikan semangat reka cipta akar umbi dan mem-beri pendedahan kepada ma-syarakat berhubung teknologi terkini dan aplikasinya.

Bertempat di The Strand,

Perhebat Darul Ehsan ke hadapan

Budaya 'makers' pemangkin Smart Selangor

Kota Damansara, ia bakal diras-mikan Exco Pendidikan, Pem-bangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dijangka, 35 kumpulan ma-kers dan pendidik STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) mengambil ba-hagian dalam pameran un-tuk berkongsi ilmu 'internet of things' (IOT) dengan pengun-jung.

Sedia tiga ruang bengkel

Selain itu, terdapat tiga ru-ang bengkel disediakan bagi

tujuan demonstrasi dan kelas yang akan berjalan serentak se-lain percuma sepanjang hari.

Antara yang menarik, pe-ngunjung berpeluang be-lajar dan merasai sendiri pe-ngalaman menggunakan me- sin pencetak tiga dimensi (3D) menerusi bengkel anjuran MY-CRO Sdn Bhd.

Pengasasnya, Darween Reza Sabri berkata, pencetakan 3D dijangka menjadi kemahiran yang sangat penting pada masa hadapan terutama dalam bi-dang pembuatan.

Katanya, ramai yang mula menggunakan kemahiran ini sebagai hobi dan menghasilkan produk DIY (do it yourself ).

Turut menarik perhatian, pe-ngunjung dapat melihat cincin

yang mampu mengenal warna, kerusi roda yang dikawal minda selain demonstrasi robot tempur yang mampu menunda kereta pacuan empat roda walaupun cuma seberat 30 kilogram.

Tingkat minat anak muda

Pengarah Centre of Research in Applied Electronics (CRAE), Prof Dr Mahmoud Moghavvemi berkata, inovasi produk mere-ka itu diharap dapat mencam-bah minat anak muda terhadap dalam bidang robotik dan reka cipta.

Tidak dilupakan, ASCO Edutech menyediakan aktiviti khas untuk pelajar sekolah ren-dah dengan pengenalan ke-pada dunia kejuruteraan me-

Pencetakan 3D dijangka menjadi kemahiran yang sangat penting pada masa hadapan teruta-ma dalam bidang pembuatan.Ramai yang mula menggunakan kemahiran ini sebagai hobi dan menghasilkan produk DIY (do it yourself)

lalui pelbagai kit binaan seperti kereta solar dan kereta kawalan jauh.

Pengasasnya, Azril Hamzah berkata, kit binaannya sering menjadi pilihan peminat di Chi-na dan Indonesia kerana mudah dikendalikan selain harganya yang ekonomik iaitu di bawah RM20 setiap kit.

Terdapat banyak lagi akti-viti menarik disediakan seperti bengkel pengaturcaraan un-tuk ibu bapa dan kanak-kanak, bengkel membina dron dan demonstrasi pemanduan kereta tanpa pemandu hasil ciptaan pereka tempatan.

Untuk jadual penuh bengkel dan demonstrasi karnival mesra keluarga ini, orang ramai boleh layari laman sesawang www.bi-nanegara.com.

Page 16: TAWARAN EKUITI

17SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Seni

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LANGAT - Selepas ke-jayaan konsert Kurnia 20 tahun, vokalis kumpulan Slam, Zamani bakal menghiburkan peminat-nya pada sambutan Konsert Am-bang 2017 di Morib, pada 31 Di-sember ini.

Mengakui kali pertama men-jejakkan kaki ke Pantai Morib, pelantun lagu Gerimis Mengun-dang itu menjanjikan persemba-han terbaik buat peminatnya.

“Kita belum tentukan lagu apa yang akan dinyanyikan teta-pi perancangannya mungkin enam atau tujuh lagu.

“Ada juga perancangan untuk saya nyanyikan lagu ‘cover song’ atau yang belum pernah di-nyanyikan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Gold Coast

Morib, pada 16 November lalu.Hadir sama, Pengarah Urusan

Gold Coast Morib International Resort, Datuk Dr Alex Tan; Penga- rah Urusan Hotel, Andy Chong dan selebriti tempatan lain.

Konsert bertemakan ‘Kembali Terjalin’ diadakan di Gold Coast International Morib Resort tu-rut menampilkan persembahan istimewa penyanyi jemputan, Sarah Fazny diiringi kumpulan pemuzik Satira and Friends.

Zamani atau nama sebena-rnya Zamani Ibrahim yakin persembahan julung kali di Morib bakal memberikan sen-tuhan istimewa buat pengge-mar lagunya.

“Ia tentu tidak lagi menjadi sesuatu yang istimewa jika saya beritahu apa yang menarik, jadi peminat perlu hadir dan sama-

sama menonton persembahan saya juga rakan artis lain,” kata-nya.

Sementara itu, Andy dalam sidang media sama berkata, penganjuran konsert berke-naan diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Pan-tai Morib.

Beliau berkata, lokasi berke-naan berpontensi besar men-jadi tarikan pelancong teruta-ma penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor ekoran kedudukannya berhampiran La-pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 dan KLIA 2).

Tiket konsert dijual serendah RM55 dan boleh ditempah de-ngan menghubungi talian ‘hot-line’ 03-31981028 atau mem-buat carian di www.gcr.com.my.

Konsert Ambang 2017

Zamani bakal gegar Morib

KUALA LANGAT - Mengeca-pi populariti sebagai selebriti bukan jaminan terbaik meraih kemasyhuran dan kesenangan hidup dalam situasi ketidak-tentuan ekonomi kini.

Pemuzik, Mustafa Kamal Rahmat atau lebih dikenali se- bagai Mus Satira berkongsi ke-sukaran pemuzik apabila ter-paksa meneruskan kelangsu-ngan hidup dan mencari rezeki sebagai pemuzik di jalanan.

“Graduan yang lahir se-bagai pemuzik terlalu ramai dan menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan ekoran kebanjiran pemuzik luar khu-susnya dari Indonesia.

“Keadaan ini menyebab-kan pemuzik kita terpaksa cari makan sebagai pemuzik jala-nan dalam keadaan sekarang yang terlalu banyak beban dan masalah,” katanya.

Mus Satira bersama kum-pulannya sebelum ini pernah bergandingan bersama pe-nyanyi Zamani Slam menubuh-kan kumpulan Karisma di awal kemunculan Zamani, sekitar

1990-an.Bagaimanapun, Satira se-

olah-olah lenyap dan sema-kin dilupakan peminat muzik tanah air ekoran persaingan pemuzik tempatan ketika itu.

Muncul dengan perkemba-ngan terbaru, Mus berkata, be-liau dan ahli kumpulan Satira lain masih aktif dalam bidang seni dengan mengiringi perse-mbahan penyanyi lain.

Terbaru, Satira bakal mun-cul bersama Zamani dan Sarah Fazny pada konsert Kembali Terjalin 2017 di Gold Coast Morib International Resort, pada 31 Disember ini.

Pada masa sama, Satira bakal mengiringi persembahan Zamani dan Sarah selain turut mempersembahkan beberapa lagu pada konsert berkenaan.

“Kembali Terjalin adalah sim-bolik kepada penyatuan buat ahli Satira untuk melangkah lebih jauh dalam bidang seni.

“Apa yang boleh kami janji-kan, kita akan berhibur secara sihat dengan rentak muzik rock kami,” katanya.

Selebriti kongsi nasib pemuzik jalanan

SHAH ALAM - Perbadanan Adat Me-layu dan Warisan Negeri Selangor (PA-DAT) bakal menganjurkan Program Adat Perkahwinan dan Warisan Kese-nian Melayu Selangor di Stadium Su-ngai Besar, Sabak Bernam, pada 27 No-vember ini.

Inisiatif program berkenaan dilak-sanakan bagi memberi pendedahan umum terhadap perkembangan bu-daya dan estetika keseniaan Melayu di negeri itu.

Program usahasama Majlis Daerah Sabak Bernam itu turut menyajikan pelbagai pertandingan dan pengisian sebagai galakan menarik lebih ramai

masyarakat setempat untuk turun be-ramai-ramai.

Antara program disediakan adalah Pertandingan Gubahan Hantaran, Per-tandingan Sajian Raja Sehari, Pertan-dingan Sirih Junjung Tradisional dan Peragaan Busana Tradisional.

Selain itu, turut diadakan Pertandi-ngan Kompang Berirama, Sukan Rakyat dan Persembahan Kebudayaan.

Program akan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari Facebook PADAT atau laman sesawang www.padat.gov.my.

PADAT anjur program kesenian Sabak Bernam

Page 17: TAWARAN EKUITI

18PBT

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

OLEH HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM - Majlis Dae-rah Sabak Bernam (MDSB) menekankan segala pemba-ngunan di daerah itu dilak-sanakan mengikut prosedur dan undang-undang ditetap-kan.

Yang Dipertua MDSB, Azlin-da Azman berkata, ia adalah

penting demi kelancaran setiap perancangan yang diatur demi kebaikan pihak berkuasa tem-patan (PBT) itu dan masyarakat setempat.

“Fokus kita ialah memasti-kan setiap pembangunan di-rancang di daerah ini dijalankan dengan tersusun dan mengikut undang-undang.

“Ia penting untuk dipatuhi

juga mengikut jangka masa ditetapkan supaya tidak timbul sebarang masalah kemudian-nya,” katanya kepada Selangor-Kini, di sini, pada 17 November lalu.

Berhubung peruntukan be-lanjawan tahun depan, beliau berkata, belanjawan MDSB adalah yang paling kecil dan terhad berbanding PBT lain.

Hal itu kerana, katanya, dari-pada segi peratusan bagi MDSB ialah 40 peratus adalah hutan simpan, 40 peratus pertanian atau sawah padi dan selebi-hnya iaitu 20 peratus sahaja bagi pembangunan yang keba-nyakannya telah dilaksanakan.

“Ia satu kekangan bagi kita untuk mencari hasil yang baru, namun cuba memaksimakan

semampu boleh untuk kita pas-tikan apa juga hasil diterima akan diguna pakai untuk keba-jikan dan kesinambungan ma-syarakat setempat.

“Kita akan pastikan setiap pe-runtukan diterima daripada Ke-rajaan Negeri digunakan sebaik-nya mengikut keperluan dan kemampuan serta mengelak pembaziran,” katanya.

MDSB laksana pembangunan ikut prosedur dan undang-undang

Demi kebaikan semua pihak

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan ker-jasama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd mengadakan kempen pertandingan kesedaran kitar semula peringkat sekolah di seki-tar perbandarannya.

Pelaksanaannya tertumpu ke-pada usaha untuk mendidik ma-syarakat terutama pelajar dan golongan muda terhadap ke-pentingan amalan kitar semula dalam kehidupan harian.

“Setiap sekolah terlibat diberi-kan insentif RM200 oleh MBSA sebagai salah satu langkah un-tuk menggalakkan penyertaan di dalam pertandingan ini.

“Pertandingan ini berjaya men-gumpul berat kutipan barangan kitar semula 121,321.2 kilogram (kg) berbanding pada tahun 2015 yang mengumpul 118,544.9kg barangan kitar semula,” kata

MBSA dalam kenyataan, baru-baru ini.

Penganjuran kali ini melibat-kan penyertaan lima sekolah ta-dika dan pra-sekolah, 15 seko-lah menengah serta 16 sekolah rendah, malahan F&N Bave-rages Marketing Sdn Bhd juga menyumbang RM26,000 untuk menjayakan program itu selaku penaja utama.

MBSA turut menerima sum-bangan Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd yang menyumbangkan wang tunai RM1,500 untuk Anugerah Khas Tetra Pak Tertinggi.

Majlis penutup disempur-nakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad yang turut dihadiri Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Puan Caries-sa Goh, ahli majlis dan pengarah jabatan MBSA.

MBSA didik golongan muda kitar semula

BANGI - Sejuta pokok disasar ditanam di seluruh negeri ta-hun depan selaras hasrat Kera-jaan Negeri bagi mewujudkan suasana persekitaran rendah karbon, menghijaukan dan memelihara alam sekitar.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, 900,000 pokok berjaya ditanam, sejak 2010 dan Kerajaan Negeri secara konsisten menggalakkan sek-tor korporat serta perniagaan yang mengamalkan ‘Good Corporate Citenship’ khusus-nya membantu meningkatkan

kualiti hidup.“Sejak 2010, program seper-

ti ini diaktifkan Kerajaan Negeri di seluruh Selangor.

“Setakat ini, kita berjaya menanam lebih 900,000 po-kok. Jadi, kita berharap tahun depan akan berjaya mencecah sejuta pokok,” katanya ketika ditemui di Program ‘Pledge and Plant A Tree’, di Taman Tasik Cempaka, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Ne-geri Bangi, Shafei Ngah; Pres-iden Pertubuhan Perancang Malaysia, Md Nazri Noordin dan Yang DiPertua Majlis Perbanda-ran Kajang, Sayuthi Bakar.

Pada masa sama, Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri me-nyediakan subsidi kepada pi-hak berkuasa tempatan dan agensi lain untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu pro-gram seperti itu melalui Pelan Tindakan Teknologi Hijau Ne-geri Selangor 2016-2018.

“Pelan ini adalah usaha Ke-rajaan Negeri ke arah pemba-ngunan ekonomi lestari dalam mencapai status negeri mahu. Di samping menyumbang ke-pada pengurangan 45 peratus intensiti pelepasan gas karbon kepada KDNK, pada 2030,” ka-tanya.

Sejuta pokok wujud karbon rendah

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri akan mempertimbangkan cadangan tempat letak kende-raan berat di tanah kosong atau kawasan terbiar berdekatan ka-wasan perumahan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, cadang-

an terbabit akan dikaji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan ekoran tidak semua kawasan pe-rumahan mempunyai kawasan sesuai.

“Kita mengambil maklum cadangan ini, namun perlu difa-hami bukan semua taman mem-punyai kawasan yang sesuai.

“Penyediaan tapak tempat

letak kenderaan berat berdasar-kan kepada peruntukan ditetap-kan dalam 'manual' garis pan-duan piawaian dan perancangan Selangor,” katanya di Sidang De-wan Negeri, baru-baru ini.

Hian Wah berkata, undang-undang yang digunapakai bagi mengelakkan kenderaan berat diletakkan di kawasan kedia-

man ketika itu adalah peruntu-kan di bawah Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan berhubung halangan di atas ja-lan.

“Kesalahan yang dilakukan boleh dikenakan tindakan kom-paun RM1,000 dan kes dibawa ke mahkamah sehingga RM2,000,” katanya.

Setakat ini, 12 tempat letak kenderaan berat di Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (1), Ma-jlis Perbandaran Klang (6), Majlis Perbandaran Subang Jaya (1), Majlis Perbandaran Sepang (3), Majlis Perbandaran Selayang (1) dan Majlis Daerah Kuala Sela-ngor (3).

Kawasan terbiar lokasi kenderaan berat

Page 18: TAWARAN EKUITI

19SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

PBT

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) diiktiraf sebagai pihak berkuasa tempa-tan (PBT) pertama di Selangor dan kedua di Malaysia dalam pematuhan ‘Standard Account-ing System for Government Agencies’ (SAGA) daripada Ja-batan Akauntan Negara (JANM), pada 14 November lalu.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, pi-haknya mengambil serius usaha dan kesungguhan dalam me-matuhi syarat juga garis pan-duan SAGA bagi menggambar-kan pengurusan kewangannya berintegriti selaras dengan ob-jektif sistem itu.

“Transisi penggunaan sistem perakaunan yang dinamik membolehkan MDKL berani menggunakan sepenuhnya sistem SAGA bagi melengkap-kan keperluan serta mengikut syarat ditetapkan sejak 2014 yang ternyata membuahkan ha-sil positif.

“Pasukan pengurusan ke-

wangan mantap dan berwiba-wa tunjang dalam membuk-tikan kecemerlangan MDKL menyampai perkhidmatan ke-pada warga Kuala Langat,” kat-anya dalam kenyataan.

SAGA bertujuan memasti-kan agensi kerajaan mematuhi peraturan kewangan selaras pemakaian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bi-langan 2 Tahun 2015.

Difahamkan, enam orang panel penilai dari Jawatankuasa Pematuhan SAGA membuat la-watan bagi menilai sistem per-akaunan dan kewangan MDKL iaitu 'Century Financial System 8.0'.

“Hasil penilaian mendapati MDKL memenuhi semua krite-ria ditetapkan JANM dan diik-tiraf tanpa syarat. MDKL juga berjaya mengekalkan perakuan Sijil Bersih tanpa teguran dari-pada Jabatan Audit Negara bagi pengauditan terhadap Penyata Kewangan 2015 buat kali ke-9 berturut-turut,” katanya.

MDKL patuhi standard SAGA

SHAH ALAM - Pembudayaan in-tegriti dan akauntabiliti penting selain perlu dihayati serta dija-dikan budaya juga teras utama dalam perkhidmatan Majlis Per-bandaran Klang (MPK).

Yang DiPertua MPK, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, elemen berkenaan merupakan perkara asas yang beliau titik beratkan dan perlu diamalkan segenap lapisan warga kerja MPK bermula pering-kat atasan hingga bawahan.

Katanya, kakitangan berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah or-ganisasi dan negara selain sifat amanah, telus, bertanggungja-wab juga berkhidmat demi ke-pentingan awam adalah intipati kepada istilah integriti serta etika.

“Integriti dan etika dalam pe-

kerjaan serta organisasi bukan sekadar penglibatan individu me-nyediakan keperluan dirinya saha-ja sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja. Semua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tang-gungjawab sebagai manusia.

“Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam me-ngakibatkan kepincangan pen-tadbiran dan salah laku dalam sesebuah organisasi,” katanya ke-tika Perhimpunan Bulanan yang dihoskan bersama Jabatan Ko-munikasi Korporat dan Jabatan Teknologi Maklumat MPK, baru -baru ini.

Di perhimpunan itu, Yasid tu-rut merasmikan ikon Sang Semut sebagai maskot Amalan Persekita-ran Berkualiti 5S MPK.

Integriti dan akauntabiliti keutamaan MPK

Sabak Bernam destinasi terkini pelanconganSABAK BERNAM - Sabak Ber-nam mempunyai pakej unik yang mampu menggamit ke-hadiran pelancong ke daerah itu seterusnya merancakkan in-dustri pelancongan di Selangor.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Azlinda

Azman berkata, daerah itu ter-kenal dengan kehijauan ben-dang yang memberikan pe-ngalaman dan suasana berbeza kepada pengunjung.

“Selain bendang, Sabak Ber-nam juga mempunyai tarikan lain seperti rumah inap (home-

stay). Kalau tinggal di situ akan dilakukan juga aktiviti sampingan seperti memancing be-lut dan gagau ikan.

“Ia juga terkenal de-ngan sajian makanan laut serta produk ba-rangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) be-rasaskan pertanian,” ka-tanya kepada Selangor-

Kini, di sini, pada 17 November lalu.

Beliau berkata, Sabak Ber-nam sangat istimewa ekoran ia dikelilingi bendang, hutan sim-pan, sungai dan laut daripada sudut geografi, bahkan mereka yang berkunjung ke daerah itu dapat merasai suasana desa se-benar seperti masa dahulu.

“Kita dapat melihat aktiviti masa lalu seperti kanak-kanak mandi di tali air, menang-kap ikan dan melihat kapal di bagan. Untuk menikmati suasa-na sebegini, maka perlu datang ke Sabak Bernam,” katanya.

Beliau berkata, MDSB juga mengadakan pelbagai program dan aktiviti bersesuaian sepan-jang tahun bagi memenuhi ke-hendak masyarakat setempat serta pengunjung.

Laporan Ketua Audit Negara

PBT catat kutipan surplusOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Se-langor mencatatkan kutipan sur-plus dalam prestasi kewangannya sehingga 31 Mei lalu.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 (dua) mendedahkan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menunjukkan peningka-tan surplus tertinggi berbanding 12 PBT lain.

“Secara keseluruhan, prestasi kewangan PBT pada 2015 adalah memuaskan, walaupun tiga PBT mencatatkan defisit, namun 9 PBT lain memperoleh surplus.

“Selain itu, aset semasa ber-sih dan kutipan cukai taksiran 12 PBT masing-masing meningkat RM303.19 juta dan RM94.37 juta diimbang dengan penurunan sur-

plus RM199.53 juta.“Peningkatan jumlah tung-

gakan cukai taksiran adalah RM36.21 juta,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) men-catatkan penurunan surplus ter-tinggi dengan kutipan RM166.81 juta yang berpunca daripada penurunan perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan RM187.93 juta.

Sementara itu, ku-tipan cukai taksiran yang dikenakan terha-dap harta pegangan di bawah kawasan pentadbiran PBT men-catatkan RM1.32 bi-lion.

Jumlah itu meni-ngkat daripada kutip-an tahun sebelum-

nya, RM1.2 bilion dengan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mencatatkan kutipan perubahan paling tinggi, RM23.03 juta.

Bagaimanapun MBSA kekal se-bagai PBT paling tinggi menerima kutipan cukai sebanyak RM246.07 juta dan Majlis Daerah Sabak Ber-nam (MDSB) di kedudukan tera-khir dengan RM6.78 juta.

Page 19: TAWARAN EKUITI

20Pendidikan

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS) mensasarkan pembangunan fasiliti sekolah integrasi seluruh negeri diting-katkan menerusi cadangan pe-runtukan RM289 juta dalam Be-lanjawan 2017.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pemba-ngunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tumpuannya ter-masuk pembi-naan sekolah madrasah dan maahad tahfiz negeri.

“Kerajaan Ne-geri komited menin-gkatkan perkhidmatan bagi memenuhi permin-taan rakyat khususnya menam-bah bilangan sekolah agama, meningkatkan kualiti perkhid-matan guru serta penambahbai-kan prasarana sekolah agar terus kondusif.

SHAH ALAM - Malaysian Institute of Ac-countants (MIA) dengan kerjasama Uni-versiti Selangor (UNISEL) menganjurkan persidangan perakaunan melibatkan 41 mahasiswa di Hotel Grand Blue Wave, di sini, pada 11 dan 12 November lalu.

Persidangan berlangsung selama dua hari itu bertujuan memberi pendedahan lanjut kepada mahasiswa universiti itu un-tuk dilatih dengan kemahiran terbaik sebe-lum berada dalam persekitaran kerja.

“Pengisian program ini tertumpu kepa-da sesi dialog, perbincangan terbuka dan sesi interaksi antara mahasiswa juga peng-giat industri.

“Manfaatnya, mahasiswa juga boleh ber-tukar pandangan antara satu sama lain untuk lebih bersedia menghadapi persekitaran kor-porat dan dunia pekerjaan lebih kompetitif.

“Menjadi harapan besar bagi UNISEL supaya program seumpama ini mampu

memberi manfaat dan pengalaman terbaik kepada mahasiswa yang hadir,” kata UNISEL dalam kenyataannya.

Selain itu, penganjuran program ter-babit juga diwujudkan sebagai inisiatif un-tuk melahirkan mahasiswa UNISEL yang bersedia berada dalam landasan terbaik seiring tuntutan pasaran semasa.

Program usahasama dengan MIA itu tu-rut disertai mahasiswa perakaunan dari-pada beberapa universiti tempatan lain antaranya, Universiti Teknologi Mara, Uni-versiti Malaya, Management Science Univer-sity, Universiti Tun Razak dan Universiti Ke-bangsaan Malaysia.

Terdahulu, Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Ino-vasi, Nik Nazmi Nik Ahmad turut berbesar hati menyumbang kelengkapan juga pe-runtukan bagi tujuan kelancaran program berkenaan.KUALA LANGAT - Daerah Sabak Ber-

nam dipilih sebagai penerima anugerah daerah terbaik bagi Peperiksan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) peringkat Selangor untuk 2016.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Dato Haris Kassim bagaimanapun ber-kata, jumlah kelulusan keseluruhan mencatatkan penurunan 89.6 peratus membabitkan 39,782 calon.

Beliau berkata, 0.2 peratus penurunan dicatatkan berbanding jumlah kelulusan tahun lalu iaitu 89.8 peratus.

“Peratus calon mendapat pangkat Mum-taz (cemerlang) menurun 1.9 peratus ber-samaan 16.6 peratus (6,480) calon, berban-ding 18.5 peratus (7,004 calon), tahun lalu.

“Begitu juga bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) menurun 1.3 peratus iaitu 29.9 pe-ratus (11,647), berbanding 31.2 peratus (11,789), tahun lalu.

“Bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid (baik) meningkat 0.4 peratus iaitu 23.2 peratus (9,036), berbanding 22.8 pe-

ratus (8,633) tahun lalu,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Keputusan PSRA di SRAI Sungai Manggis, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Is-lam, Adat Melayu, Warisan, Pembangu-nan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIS, Mo-hamad Amir Danuri.

Pada masa sama, seramai 7,757 calon mendapat status Makbul (lulus) dengan peningkatan 2.6 peratus berbanding 17.3 peratus, pada tahun lalu.

“Namun bilangan calon yang mendapat pangkah Musaadah (perlu bimbingan) meningkat 0.1 peratus iaitu 4,032 calon kepada 10.3 peratus, ber-banding 10.2 peratus melibatkan 3,856 calon, pada tahun sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Amir Rafiq Rahmat dari SRA Al- Husna Taman Univer-siti Indah, Petaling dan Ruqayyah Nur Mu-hammad dari KAFAI Darus Salim, Petaling dipilih sebagai murid cemerlang PSRA ter-baik keseluruhan peringkat negeri.

SHAH ALAM - Sembilan sekolah di Sela-ngor berjaya mendapat keputusan lulus 100 peratus bagi pencapaian Ujian Pe-nilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mencatatkan 1,025 calon memperoleh 6A.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidi-kan Negeri (JPN) Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, pencapaian yang disifatkan cemerlang itu menyumbang ke-pada Gred Purata Negeri yang mencatat-kan 2.85 peratus berbanding Gred Purata Kebangsaan iaitu 2.96 peratus.

“87,229 calon menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Daripada jumlah terse-but, seramai 83,315 adalah calon sekolah Ke-menterian Pendidikan Malaysia, manakala 3,914 adalah calon sekolah swasta.

“Jumlah calon yang memperoleh pencapai-an cemerlang 6A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 8A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) ialah 1,025 iaitu 1.24 peratus,” katanya.

Mohd Salleh berkata, format peperik-saan UPSR baharu dan ditambah baik yang diperkenalkan tahun ini merupakan pelak-sanaan Kurikulum Standard Sekolah Ren-dah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Hasrat transformasi kurikulum dan penaksiran di peringkat pendidikan sekolah rendah adalah bagi memastikan perkembang-an potensi murid secara menyeluruh meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Indeks yang digunakan bagi menun-jukkan pencapaian calon di seluruh negara membabitkan Gred Purata Sekolah (GPS), manakala nilai untuk mengukur pencapaian bagi mata pelajaran pula ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu nilai lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik,” katanya.

JAIS dapat peruntukan RM289 juta

Tingkat fasilitipembangunan pendidikan

Latih mahasiswa hadapi pasaran kerja

Sabak Bernam daerah terbaik PSRA

�,��� calon UPSR dapat �A

“Justeru, menerusi pening-katan peruntukan RM289

juta di bawah JAIS, saya melihat perkem-

bangan ini mampu memberi insentif kepada golongan pendidik merang-kumi aspek pem-

bangunan sekolah maahad integrasi dan

tahfiz.“Cadangannya, dibangunkan

satu lagi sekolah integrasi untuk pembangunan maahad integrasi tahfiz di Bagan Lalang, Hulu La-ngat dan penambahbaikan Ma-had Tahfiz Istana Bandar,” katanya.

Terdahulu, Yunus ketika Si-

dang Dewan Selangor (DNS) me-maklumkan, peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi serta ke-layakannya.

“Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi gred A membabitkan pe-runtukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C (RM222,600).

“Bentuk kemudahan ini juga termasuk pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan so-kongan,” katanya.

Page 20: TAWARAN EKUITI

21SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Agama

JAIS dapat peruntukan RM289 juta

Tingkat fasilitipembangunan pendidikan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Teras pendidikan sekolah agama aliran integrasi seluruh negeri menekankan prinsip kurikulum berlan-daskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pelaksanaannya seiring tuntutan pemerkasaan prinsip ditetapkan ajaran Ahli Sunnah Wal Ja-maah.

Kurikulum berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah terus menjadi sanda-ran dan rujukan utama teras pendidi-kan utama dalam pembelajaran Islam di sekolah agama seluruh Selangor.

Pentafsiran ini diharap mampu melahirkan pelajar bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia seiring tuntutan

ditetapkan dalam agama.“Pada masa sama, ketetapan ini di-

harap mampu menjadi kayu ukur untuk menilai sejauh mana pencapaian kuri-kulum ini dijalankan,” katanya pada Ma-jlis Pengisytiharan Keputusan Peperik-san Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di SRAI Sungai Manggis, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, enakmen atau keputusan berhubung penyebaran fahaman ber-tentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah ditetapkan di bawah bi-dang kuasa Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS).

Ketetapan itu seiring dengan titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj yang menuntut pegangan itu dilak-sanakan bagi mengelakkan penyebaran fahaman radikal.

Sebelum ini, wujud kebimbangan

Seiring prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

Al-Quran dan As-Sunnah tingkat sahsiah diri

SHAH ALAM - Seramai 50 peserta mem-babitkan selebriti nasyid tanah air, kumpu-lan permotoran dan pengeluar zakat men-yertai konvoi pacuan empat roda ‘Wheel 4 Ummah’ anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), pada 17 November lalu.

Konvoi bermula dari Shah Alam menuju ke Hulu Selangor itu bertujuan memberi pendedahan tentang ibadah zakat dengan lebih santai, di samping menyampaikan maklumat aktiviti agihan zakat langsung

kepada pengeluar zakat.Menerusi program

tersebut, peserta kon-voi dibawa meninjau

SHAH ALAM - Pembayar zakat me-lalui Skim Potongan Gaji (SPG) di-pelawa menyertai Kempen Tambah Caruman (KTC) yang sudah bermula September lalu dan berakhir Disem-ber ini.

Ketua Jabatan Majikan, Divisyen Kutipan LZS, Wira Mustafa berkata, pembayar zakat digalakkan mem-buat taksiran zakat mereka semula

dan kemudian membuat penamba-han bayaran pada SPG mereka.

Katanya, ia sesuai untuk individu atau pihak yang membuat potong-an gaji tetapi sudah lama tidak me-nambah caruman zakat.

“Jika sebelum ini dipotong RM50, sekarang mungkin boleh tambah kepada RM70 pula selaras dengan kenaikan gaji.

“Bagi mereka yang ada pendapat-an sampingan dan perlu dizakatkan juga boleh tambah caruman ini,” ka-tanya.

Selewat-lewatnya Februari 2017, LZS akan mengadakan cabutan ber-tuah menerusi pemilihan berkompu-ter bagi meraikan 100 pemenang KTC.

Wira berkata, kaedah SPG juga ti-dak terhad kepada zakat pendapa-

tan sahaja tetapi boleh digunakan untuk membayar jenis zakat lain.

“Ini antara usaha menggalak serta memudahkan semua pihak melaksanakan tanggungjawab dan memenuhi tuntutan rukun Islam.

“Seterusnya, agihan duit bantuan zakat dapat dilakukan secara kon-sisten kepada golongan asnaf me-merlukan,” katanya.

KTC peluang dapat cabutan bertuah

masyarakat berhubung penyebaran dakwah yang tidak bertepatan dengan prinsip dan ajaran Islam di negara ini termasuk penularan dakyah juga ajaran sesat disebarkan pihak tidak bertang-gungjawab di Selangor.

‘Wheel � Ummah’ konvoi sambil beramalMajlis Penyerahan Agihan Bantuan Pendi-dikan bagi anak asnaf fakir dan miskin di daerah Hulu Selangor yang disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Sekurang-kurangnya, 257 anak asnaf di daerah itu menerima bantuan pendidikan membabitkan agihan zakat RM146,320 bagi sesi persekolahan 2017.

Konvoi kemudian diteruskan ke kedia-man dua asnaf LZS di Hulu Bernam bagi menjalankan projek amal gotong-royong dan ubah suai rumah.

Konvoi ‘Wheel 4 Ummah’ antara akti-viti diadakan sempena kempen mega LZS ‘Za-kat Di Hati’ yang berlangsung selama se-bulan bermula 15 November hingga 15 Di-sember ini.

Ia merupakan penganjuran kali kelima selepas inisiatif itu dilihat berjaya men-jadi medium menyebarluaskan informasi berkaitan kutipan dan agihan zakat kepada masyarakat di Selangor melalui pelbagai ak-tiviti menarik untuk masyarakat Islam.

WAKTU SOLAT SELANGOR25 November - 2 Disember 2016

25 Safar - 2 Rabiulawal 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

25 Jumaat 5.34 5:44 7:05 1:05 4:27 7:02 8:1526 Sabtu 5.34 5:44 7:05 1:05 4:28 7:02 8:1627 Ahad 5.35 5:45 7:06 1:06 4:28 7:02 8:1628 Isnin 5.35 5:45 7:06 1:06 4:28 7:03 8:1629 Selasa 5.35 5:45 7:07 1:06 4:29 7:03 8:1730 Rabu 5.36 5:46 7:07 1:07 4:29 7:03 8:1701 Khamis 5.36 5:46 7:07 1:07 4:30 7:04 8:1802 Jumaat 5.36 5:46 7:08 1:07 4:30 7:04 8:18

25 Jumaat 5.32 5:42 7.01 1:03 4:25 7:00 8:1326 Sabtu 5.32 5:42 7.01 1:03 4:26 7:00 8:1427 Ahad 5.33 5:43 7.02 1:04 4:26 7:00 8:1428 Isnin 5.33 5:43 7.02 1:04 4:26 7:01 8:1429 Selasa 5.33 5:43 7.02 1:04 4:27 7:01 8:1530 Rabu 5.33 5:43 7.03 1:05 4:27 7:01 8:1501 Khamis 5.34 5:44 7.03 1:05 4:28 7:02 8:1602 Jumaat 5.34 5:44 7.03 1:05 4:28 7:02 8:16

Page 21: TAWARAN EKUITI

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Peruntukan RM291,500 seluruh Selangor

�,��� penjawat awam terima manfaat �S

'Big Girls Talk’ pandu gadis buat pilihan bijakSHAH ALAM - Program ‘Big Girls Talk’ terus diperkembang ke peringkat Maj-lis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) se- bagai landasan memperkenalkan kepa-da remaja berkenaan isu kesihatan sek-sual yang diadakan di Dewan Kenanga, MPSJ, pada 12 November lalu.

MPSJ berkata, objektif penganjuran 'Big Girls Talk' bertujuan memperkenal-kan remaja kepada meningkatkan ke-sedaran terhadap masalah gejala sosial.

“Ia sebagai salah satu cara mendi-dik dan memperkasa keyakinan serta memupuk rasa hormat diri dalam ka-langan mereka.

“Program itu juga merupakan lan-dasan memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan berkenaan pendidi-kan, kesihatan, ekonomi, keselamatan dan hak bagi memastikan masa depan mereka tidak musnah akibat daripada kehamilan pada usia muda,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu, Exco Kesihatan, Keba-

jikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berkata, amat penting dititik beratkan peringkat pe-rubahan kanak-kanak ke alam dewasa kerana mereka mengalami pelbagai pe-rubahan sama ada daripada segi fizikal, biologi, emosi juga pemikiran.

“Pada fasa ini, seseorang remaja itu harus membuat pilihan yang bijak untuk memilih jalan hidup, memilih rakan se-baya, memenuhi tuntutan ilmu, seterus-nya ke alam kerjaya dan rumahtangga.

“Program ini khas untuk remaja perempuan khususnya menempuhi alam dewasa seterusnya lebih mencabar dengan diberi beberapa pendedahan.

“Kerana itu, kita yakin jika gadis remaja mempunyai akses kepada mak-lumat dan perkhidmatan penjagaan ke-sihatan seksual dan reproduktif, mereka lebih selamat daripada keganasan juga eksploitasi serta mempunyai keupa- yaan dalam membuat pilihan yang positif,” katanya.

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Menaik Taraf Lapan (8) Rumah Pam Yang Beroperasi Melebihi RekaBentuk seperti berikut :-

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN TAWARAN (TENDER TERBUKA)

TAJUK

PROJEK MENAIK TARAF LAPAN (8) RUMAH PAM YANG BEROPERASI MELEBIHI REKABENTUK.

Pakej 2Menaiktaraf,Membaikpulih, Menyiapkan, Menguji dan Mentauliah Untuk Rumah Pam Pantai Kompleks B, Pantai Kompleks C , Bukit Lipat Kajang Serta Kerja –Kerja Berkaitan Dan Membina, Menyiapkan dan Mentauliah Rumah Pam Pudu Hulu Baru (Perkuat Kuari) Serta Kerja-Kerja Berkaitan.

TARAF / JENIS

SYARIKAT

TERBUKA/T2

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK

Gred G7 Kategori Pengkhususan CE20,

CE21, M15.

Berdaftar dengan Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1

(Bekalan Air)

Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi

Negeri (UPEN) Selangor (seperti

perkara 5 di bawah)

HARGA DOKUMEN

RM1,000.00/satu set

(tidak akan dikembalikan)

TARIKH & MASA TAKLIMAT DAN

LAWATAN TAPAK

Tarikh:29 November 2016 (Selasa)

Masa: 10.00 pagi

Tempat:Tingkat 15, UPEN

(WAJIB)

NO TENDER

1863/51/6/2

2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Selasa, 29 November 2016 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas.

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Selasa, 29 November 2016 bermula pada jam 2.00 petang di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Rabu, 30 November 2016 pada waktu pejabat di alamat tersebut di atas.

5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender.

6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Jumaat, 09 Disember 2016. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan.

8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.

10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 30 Disember 2016 (Jumaat) di alamat :-

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORSeksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40000 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad.

# Tawaran Terbuka kepada: T2 : (i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di

BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Seramai 4,400 penjawat awam dijangka menerima manfaat pro-gram Saringan Sihat Selangor (3S) 2016 dengan peruntukan RM291,500.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, penjawat awam berpeluang menjalani lima jenis ujian pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Jika dilakukan di luar, kos setiap ujian dianggar sekitar RM60, namun kita ta-warkan secara percuma.

“Selepas pemeriksaan, peserta akan menerima keputusan hasil ujian meneru-si surat dan sekiranya terdapat penyakit mereka diminta berjumpa pengamal pe-rubatan,” katanya selepas merasmikan program Saringan Sihat Selangor 2016 di Foyer Bangunan Pejabat Setiausaha Kera-jaan Negeri (SUK), di sini, pada 17 Novem-ber lalu.

Daroyah berkata, program anjuran

bersama Universiti Selangor (UNISEL) itu juga bakal diperluas kepada orang awam bermula tahun hadapan.

“Kita akan laksanakannya menerusi pejabat khidmat DUN di kawasan ma-sing-masing,” katanya.

Program 3S menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk ujian profil lipid, glukosa, fungsi ginjal, fungsi hati dan pemeriksaan kanser prostat un-tuk lelaki.

Peserta perlu berumur 30 tahun ke atas, manakala bagi ujian kanser prostat pula perlu sekurang-kurangnya berumur 35 tahun.

Syarat lain peserta mempunyai sejarah penyakit tidak berjangkit dalam keluarga, tidak mengambil sebarang ubat jangka panjang dan bebas dari penyakit tidak berjangkit.

Selepas SUK, program akan menjela-jah ke 12 pihak berkuasa tempatan dan sembilan pejabat daerah dan tanah selu-ruh Selangor, bermula 21 November ini.

Page 22: TAWARAN EKUITI

23SelangorKini 25 November - 2 Disember 2016

Sukan

Peruntukan RM291,500 seluruh Selangor

Kayuhan Hidup Sihat MPSJ ����: Semai gaya hidup sihatSHAH ALAM - Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2016, satu lagi inisi-atif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyemai gaya hid-up sihat dalam kalangan komu-niti.

Penganjuran yang memasuki siri ke-3 sejak 2011 itu bertujuan merealisasikan misi 'Mejadi Per-

bandaran MPSJ Sejahtera, Be-stari dan Dinamik'.

Pegawai Komunikasi Korpo-rat, Muhammad Azli Miswan ber-kata, objektif utama menanam gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan ringan seperti kayuhan basikal secara berkumpulan dan berkeluarga terus dikekalkan.

“Program ini juga memberi-kan landasan kepada komuniti dan MPSJ untuk bertemu juga beramah mesra di samping menjalankan aktiviti riadah,” ka-tanya dalam kenyataan.

Sekurang-kurangnya 700 peserta menyertai kayuhan se-jauh 24 kilometer bertempat di

The Summit Subang USJ, Persi-aran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, pada 20 November lalu.

Turut juga diselitkan aktiviti sampingan antaranya senam-robik, jualan barangan basikal dan cabutan bertuah turut dia-dakan serta pelbagai hadiah me-narik disediakan.

Program itu juga merupakan kerjasama MPSJ bersama Pusat Membeli-Belah Summit USJ, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Subang Jaya, Rukun Tet-angga Subang Jaya, KPMC Spe-cialist Centre Puchong, Lerun Industries Sdn Bhd dan SJ Echo.

Miss Malaysia Earth sertai Glow’Ria Night Run UNISELSHAH ALAM - Glow'Ria Night Run 2016 anjuran Universiti Selangor (UNISEL) tampil dengan konsep berbeza bertemak-an 'night run with glow' bersama Miss Ma-laysia Earth Fire & Eco-Beauty 2016, Jessica Kueh Mei Fung, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Has-ril Abu Hassan berkata, menerusinya se-tiap peserta berlari bersama barangan bercahaya.

"Kehadiran Miss Malaysia Earth Fire & Eco-Beauty 2016 merupakan tarikan uta-ma pertandingan kali ini. Beliau juga me-nyokong aktiviti seperti ini yang bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah ber-sama keluarga dan rakan-rakan.

"Glow'Ria Night Run juga boleh dijadi-

kan platform untuk mendidik anak-anak kecil untuk turut bersama menjalani gaya hidup yang sihat," katanya dalam kenyataan.

Sekurang-kurangnya 500 peserta terdiri daripada penduduk sekitar Shah Alam me-nyertai program yang dilaksanakan pelajar Pusat Pengajian Asasi dan Umum.

Larian sejauh 5 kilometer itu bermula di perkarangan UNISEL ke sekitar bandar Shah Alam dan garisan penamat di perka-rangan UNISEL.

Hasril berkata, program bermula jam 8 malam itu diungguli N.Yagnish apabila berjaya menjuarai bagi kategori lelaki den-gan catatan masa 17 minit manakala bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Nor Shila Mohd Fuzet dengan catatan masa 26 minit.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

Pemain Malaysia disenarai gol tercantik duniaSHAH ALAM - Gol pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri disenarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) antara 10 jarin-gan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016.

FIFA memaklumkan gol dilakukan pada perla-wanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pah-ang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari lepas itu antara disenarai pendek bagi proses awal pemilihan sebelum melalui pering-kat kedua.

Selain jaringan cantik Mohd Faiz, turut terse-narai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina, Mario Gaspar dari Sepa-nyol, Neymar dari Brazil dan Hlompho Kekana dari Afrika Selatan.

Peminat bola sepak boleh membuat undian

jaringan pilihan mereka bermula 22 November lalu menerusi laman web FIFA sehingga 2 Dis-ember ini.

Tiga jaringan terbaik mendapat undian ter-banyak akan melalui undian sekali lagi.

Pemenang bakal diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich pada 9 Jan 2017.

Undian boleh dilakukan di laman ini: http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

Pada masa sama, peminat bola sepak jangan terlepas menyaksikan aksi 32 pasukan berentap merebut Juara Edisi Pertama Piala YB Amirudin Shari dalam Karnival Kojohanan Bola Sepak 7'S bawah 12 tahun di Padang Awam Kampung Baru, Batu Caves pada 26 November ini.

Page 23: TAWARAN EKUITI

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

Basikal pilihangaya hidup

sihat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Berhad (WHB) kembali dengan disertai 144 pe-main bagi mendapatkan sumbangan ser-ta meningkatkan jaringan kerja dengan Kerajaan Negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif WHB, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, RM1 juta berjaya dikumpul daripada 25 pena-jaan antaranya Permodalan Negeri Sela- ngor Berhad (PNSB), Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) dan Pemer-badanan Menteri Besar (MBI).

“Kita ditawarkan menjadi penaja utama dengan kos RM500,000 untuk disumbang-kan kepada Tabung Amanah Yayasan Raja Muda Selangor bagi memastikan pelaksa-naan aktiviti berbentuk modal insan da-pat dilaksanakan,” katanya dalam sidang media.

Acara itu disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah di Glenma-rie Golf & Country Club, pada 19 Novem-ber lalu.

Baginda diiringi Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Penganjuran golf disertai pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri dan Persekutu-an, agensi kerajaan, syarikat berkaitan ke-rajaan (GLC), badan korporat juga swasta itu menawarkan tiga kategori iaitu Medal A, B dan C.

SHAH ALAM - Acara kayuhan basikal ‘Ride For Glory - Pulau Indah 180’ kembali lagi, pada 15 Januari 2017 dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM40,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Cen-tral Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Mahmud Abbas berkata, acara itu sekali gus dapat mempromosi-kan Halal Hab Selangor di pering-kat nasional dan global.

“Ia juga secara tidak langsung melonjak ekonomi penduduk se-tempat terutama daripada segi makanan, ‘homestay’, hotel dan dobi.

“Kita yakin acara ini turut memberi impak sama kepada je-nama Halal Hab dan penduduk setempat,” katanya.

Bersukan sambil beramal

Kejohanan Golf Jemputan RMS kumpul RM� juta

Kategori A dijuarai Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mewakili individu, kategori B dimenangi Alihanafi Mohd Yunus, semen-tara juara bagi kategori C menjadi milik

Ami Nordin Ishak daripada WHB.Juara membawa pulang RM1,000, tem-

pat kedua RM800 dan RM600 untuk tem-pat ketiga.

Manakala, juara keseluruhan dimena-ngi Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang membawa wang tunai RM3,000 beserta trofi.

kan seperti berbasikal.“Siapa tahu, mereka mampu

mewakili negara satu hari nanti,” katanya.

Selain mengekalkan empat kategori utama, kejohanan kali ini turut menambah satu lagi ka-tegori iaitu acara berpasukan (10 pelumba satu pasukan).

Kategori lain yang kekal adalah Lelaki Terbuka (18-35 ta-hun), Wanita Terbuka (atas 18 ta-hun), Junior Master (35-45 tahun) dan Master (Atas 45 tahun).

Acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer antara lain memer-lukan peserta melalui Pulau In-dah Industrial Park, Jalan Banting, Olak Lempit, Sepang, Tanjung Sepat, Morib dan Jalan Pulau Indah.

Pada 17 Januari 2016, hampir 1,000 peserta dari dalam dan luar negara menyertai ‘Ride For Glory yang julung kali diadakan ketika

itu.Mahmud berkata, acara itu

juga antara lain bertujuan men-cungkil bakat anak muda tempa-

tan dalam sukan berbasikal.“Daripada mereka buang

masa di pusat membeli-belah, lebih baik mereka menceburi su-

‘Ride For Glory’ Pulau Indah ��� kembali lagi