tazkirah hadis RINGKAS

download tazkirah hadis RINGKAS

of 21

  • date post

    15-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    99
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of tazkirah hadis RINGKAS

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah. [Riwayat at-Tirmidzi]Sabda Rasulullah s.a.w: Permudahlah (segala urusan), jangan dipersulit dan ajaklah dengan baik, jangan menyebabkan orang menjauh. [HR. Al-Bukhari]Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan. [Sahih Bukhari]Rasulullah bersabda bermaksud: Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya. (Hadis riwayat al-Hakim)"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).Tidak ada wara' yang lebih baik dari menjaga diri (memelihara harga dan kehormatan diri). (HR. Ibnu Majah)Kebajikan itu ialah akhlak yg baik dan dosa itu ialah sesuatu yg merisaukan dirimu dan kamu tidak senang bila diketahui orang lain. (HR Muslim)Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. (HR Ahmad)Jika aku memerintahkan sebuah perkara kepada kalian, lakukanlah dengan segala kemampuan kalian. Dan apa-apa yang telah aku larang kalian mengerjakannya tinggalkanlah. (Hadis Sahih Muslim)Sabda Nabi s.a.w: Orang pandai adalah yg rendah diri pada Allah dan beramal untuk bekalan mati. Orang dungu adalah yg turutkan nafsu dan berangan-angan kosong. (HR Tirmidzi)Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan kurban itu? Rasulullah menjawab: Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan (HR Ahmad)Kekayaan (yg hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yg hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup [R. Bukhari-Muslim)Org yg kerdil yaitu orang yg hanya mengikuti hawa nafsunya tetapi ia mengharapkan berbagai harapan kpd Allah (HR Tirmidizi)Sabda Nabi s.a.w: Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. (HR al-Bukhari)Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah (HR Muslim)

Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya (HRTirmidzi)Sabda Rasulullah s.a.w:Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad)

Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat. (Riwayat Abn Majah)

Sesungguhnya Allah taala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik.(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu. (Riwayat Muslim)AKHLAKSabda Rasulullah s.a.w:Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut [Riwayat Ahmad]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk. [HR Muslim]

"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah sekali-kali berduaan dengan wanita yang tidak disertai mahram. (HR. Ahmad)

Sesungguhnya, ada 2 hal pada dirimu yg dicintai oleh Allah, iaitu lemah lembut dan tidak mudah marah. (HR Muslim)

"Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)

"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya. (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

AKHIRAT

Sabda Rasulullah S.A.W:Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Jawab mereka: Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta. Sabda baginda: Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim)

AKIDAH

Barangsiapa yang akhir perkataannya Laa ilaha illallah, dia akan masuk surga. [HR.Bukhari]

AMANAH/JUJUR

Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukan kepada syurga."(HR.Bukhari)

DAAWAH

Anas bin Malik r.a bahawaRasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. (Sahih Muslim: 3492)

Abu Burdah r.a berkata :Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:"Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu. (Bukhari dan Muslim)DOADari Jabir ra, ia barkata, Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. bersabda, Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam. [HR. Muslim dan Ahmad]Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu. (HR: At-Tirmidzi)

"Ya Allah, aku belindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung dari siksa kubur." [HR.Bukhari]

Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah taaala selain doa . (HRTirmidzi2065)

Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang. (HRTirmidzi)

"Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah." (HR.Tirmidzi)

Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah. (HR. Ahmad)

Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebabAllahberbuat segala apa yang dikehendakiNya. (HR Bukhari)

"Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, memohonlah kepada Allah. (HR. At-Tirmidzi)Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah. (HR. Muslim)Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi)"Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat." (HRAbuDaud)

Nabi Muhammad s.a.wbersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi)

HADIS

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)HAJIDan tidak ada ganjaran lain bagi haji mabrur (haji yang baik) selain syurga." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmdizi, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik]HALAL DAN HARAMRasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.(Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Lelaki yang memakai cincin emas di tangannya seolah-olah mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya.(Sahih Muslim)

Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknyua." (HRAtTirmidzi).

HARTA

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HR.Muslim)

HATI

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

"Kebaikan selalu mendatangkan