tazkirah ihya ramadhan

download tazkirah ihya ramadhan

of 16

Transcript of tazkirah ihya ramadhan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TONG SETIU,TERENGGANU

DISEDIAKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEJARAH PENSYARIATAN PUASA Puasa Ramadhan difardhukan pada bulan Sya'ban tahun kedua hijrah. Sebelum itu puasa telah dikenalii oleh umat-umat sebelumnya dan juga Ahli Kitab yang hidup sezaman dengan RasuluLlah s.a.w.. Firman Allah Taala::

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (al-Baqarah, ayat 183) Walaubagaimanapun kewajipan puasa Ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud diantara umat ini dengan umat-umat terdahulu ialah puasa disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa Ramadhan dikhususkan hanya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. APAKAH MAKSUD PUASA? Secara khususnya puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. NAMA LAIN BAGI BULAN RAMADHAN 1. 2. 3. 4. Bulan Sabar Bulan al Muawasah ( kasihan belas ) Penghulu segala bulan. Bulan Siyahah ( mengembara )

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ialah : 1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2. Bulan penuh keberatan. 3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan. 4. Amal sunat sama dengan solat fardhu. 5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda. 6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga. 7. Bulan menambah rezeki. 8. Memberi buka banyak pahala. 9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam. 10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

SYARAT WAJIB PUASA

1. Islam Tidak wajib puasa kepada orang kafir. 2. Baligh Tidak wajiib puasa kepada kanak-kanak. 3. Berakal Tidak wajib puasa kepada orang gila. 4. Mampu berpuasa Tidak wajib puasa kepada orang sakit. RUKUN PUASA 1. Niat Bermula daripada terbenam matahair hingga terbit fajar.

2. Menahan diri Daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada tebit fajar hingga terbenam matahari. HIKMAH PENENTUAN SYARAT WAJIB DAN RUKUN Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Contohnya dalam islam telah menentukan syarat wajib dan rukun puasa. Antara hikmah ditentukan perkara tersebut ada;ah untuk : Menetapkan had umur bagi orang yang wajib berpuasa. Memberikan keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya. Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur.

SYARAT SAH PUASA

1. Islam 2. Mumayyiz 3. Sempurna akal sepanjang hari 4. Suci daripada haidh dan nifas 5. Tidak berpuasa di hari yang diharamkan 1 syawal 10 zulhijah Hari tasyrik 11,12,13 zulhijah Hari syak.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Makan dan minum dengan sengaja 2. Memasukkan sesuatu benda ke d alam rongga badan 3. Muntah dengan sengaja 4. Mabuk atau pengsan sepanjang hari 5. Gila 6. Bersetubuh pada siang hari 7. Berbuka sebelum waktunya 8. Keluar air mani dengan sengaja 9. Haidh 10. Nifas atau wiladah 11. Murtad

Perkara yang tidak membatalkan puasa: a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan. b) Bersuntik c) Tidur walaupun sepanjang hari d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

PERKARA MAKHRUH SEMASA BERPUASA

1. berkumur-kumur dengan keterlaluan 2. merasa makanan dengan lidah 3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji 4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk 5. gosok gigi setelah gelincir matahari 6. menderma darah 7. Tidur banyak 8. Mandi selepas asar

AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air. Hadis Qudsi yang bermaksud; Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka. (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi) 2. Membaca doa ketika berbuka: 3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh. 4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. 5 Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada akhir solat witir. 6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir. 7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan. 8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan. 9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan. 10. Merperbanyakkan sedekah. 11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid. 12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah. 13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa. 14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT. ADAB BERPUASA rakaat

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 1. Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya, 2. Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara dan yang sia-sia, 3. Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih, 4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. 5. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, 6. Jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. 7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. 8. Mempraktikkan amalan-amalan sunat 9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. 10. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

HIKMAH BERPUASA(KESIHATAN)

Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah: 1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang. 2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia. 3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat. Puasa akan memanjangkan umur anda 5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa 6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia. 7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah. 8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox dan darah akan kembali alkali. 9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi 10. Puasa boleh menurunkan berat badan 11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan 12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata Antara tips berpuasa: 1. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas mengurangkan rasa haus. 2. Perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari. 3. Amalkan memakan makanan kurma kerana ia mengandungi nutrient penting. 4. Banyakkan minum air sewaktu sahur dan selepas berbuka. 4.

HIKMAH BERPUASA

Mendidik jiwa agar dapat mencapai ketakwaan yang tinggi terhadap Allah SWT. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Puasa juga melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka bumi ini. Dengan berpuasa kita dapat merasa derita lapar dan dahaga. Mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Menajamkan akal. Cuba amik buku teks dan baca selepas makan tengahari atau makan malam,biasanya otak tidak boleh menerima apa yang dibaca. Selain itu dikatakn bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat. Disebut antara kata2 hikmah al-hakim ialah: apabila menjadi malas. peprut penuh dengan makanan,maka fikiran akan tidur,kebijaksanaan akan diam dan anggota badan

FADHILAT BERPUASA

Bau mulut daripada orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah,terlebih harum daripada kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar ke atas orang berpuasa sehinggalah mereka berbuka. Allah menghiaskan taman-taman syurga setiap hari untuk mereka yang taat perintah Allah termasuklah berpuasa ikhlas kerana Allah. Syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka kea rah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selaim Ramadhan. Orang berpuasa akan mendapat keberkatan, rahmat,diampunkan dosa dan dimakbulkan doa.

TINGKATAN PUASA

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjadi tiga bahagian iaitu : Puasa umum,puasa khusus dan puasa khusus yang lebih khusus Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah. Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya. Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu. Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiaptiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merusakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Yaitu mengumpat dan berbohong." Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa. Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram. Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan.

LAILATUL QADAR Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan: Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah: Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar) Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada' Membaca Al-Quran Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW Berdoa dan banyakkan membaca doa: Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)" Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil. Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan Jika awal puasa pada hari Isnin Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan Jika awal puasa pada hari Khamis Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan Jika awal puasa pada hari Sabtu

Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan