teganukita 20

24
Sekitar Dewan Undangan Negeri Terengganu ms - 20 & 21 Perluas penggunaan e-Book ke seluruh Malaysia ms - 22 Jemaah Selatan Thailand ke Mekah melalui Terengganu ms - 2 Bil : 20 (01 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali MENTERI Besar, Dato’ Ahmad Said bersama pegawai kanan kerajaan negeri mengetuai rombongan usahawan dan ahli perniagaan negeri ke Guangzhou, dalam usaha menarik pelaburan dari bandar raya itu. Guangzhou terletak dalam wilayah Guangdong di Selatan China dan merupakan bandaraya tertua di dunia. Beliau mengadakan perbincangan dengan gabenor Guangzhou mengenai beberapa perkara terutama untuk menarik pelabur serta peluang-peluang perniagaan dua hala. “Kami akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu”, kata Dato’ Ahmad baru- baru ini. “Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana,” katanya dengan penuh yakin. Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu. Rombongan dari Terengganu juga ke ekspo perdagangan antarabangsa yang sedang berlangsung di Guangzhou. Jalin hubungan perdagangan Terengganu-China Penerbangan AirAsia membawa pelancong timbal balik dari Guangzhou ke negeri ini PENGGUNAAN e-Book bukan hanya disediakan untuk kanak-kanak normal yang mampu mengikuti sesi pelajaran arus perdana seperti kelazimannya, sebaliknya juga dibekalkan untuk penghidap talasemia yang ditempatkan di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Pesakit talasemia manfaat e-Book negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sepuluh unit kemudahan pembelajaran di wad itu, baru- baru ini. Dato’ Ahmad berharap pesakit kanak-kanak di wad khas itu turut mendapat peluang yang sama sebagaimana pelajar normal dan sihat yang lain dalam mendapat nilai tambah arus pendidikan perdana yang diperuntukkan kerajaan negeri sejak tahun lalu. KEDATANGAN pelancong ke Tasik Kenyir sama ada menginap di hotel atau chalet di sekitar Tasik Kenyir pada 2007 ialah 93,000 manakala pada 2008, 133,000 orang dan terus meningkat kepada hampir 190,000 orang pada 2009 iaitu satu peningkatan yang ketara. “Secara keseluruhannya kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir begitu memberangsangkan dan perkembangan ini memberi satu rangsangan untuk terus membuat promosi bagi menarik pelancong ke negeri ini,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.. Mengenai kelengkapan infrastruktur yang terdapat di Tasik Kenyir Dato’ Ahmad berkata, kerja-kerja penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memenuhi kedatangan pelancong yang Pelancong ke Tasik Kenyir meningkat ketara lihat ms 2 lihat ms 3 Dato’ Ahmad bersama Ahmad Razif memberi tunjuk ajar kepada pesakit talasemia menggunakan e-Book di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik HSNZ Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

description

teganukita 20

Transcript of teganukita 20

Page 1: teganukita 20

Sekitar Dewan Undangan Negeri Terengganu

ms - 20 & 21

Perluas penggunaan e-Book ke seluruh Malaysia

ms - 22

Jemaah Selatan Thailand ke Mekah melalui Terengganu

ms - 2

Bil : 20 (01 Mei 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Suriati Ali

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bersama pegawai kanan kerajaan negeri mengetuai rombongan usahawan dan ahli perniagaan negeri ke Guangzhou, dalam usaha menarik pelaburan dari bandar raya itu. Guangzhou terletak dalam wilayah Guangdong di Selatan China dan merupakan bandaraya tertua di dunia. Beliau mengadakan perbincangan dengan gabenor Guangzhou mengenai beberapa perkara terutama untuk menarik pelabur serta peluang-peluang perniagaan dua hala. “Kami akan bincang beberapa perkara dari segi pelaburan, perkilangan supaya mereka datang ke Terengganu manakala peniaga kita juga boleh mencari sesuatu produk di sana untuk dibawa masuk ke Terengganu”, kata Dato’ Ahmad baru-baru ini. “Begitu juga dengan produk kita untuk dipasarkan di sana,” katanya dengan penuh yakin. Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mazlan Ngah adalah antara beberapa pegawai kanan kerajaan yang turut serta dalam rombongan yang diatur Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu itu.Rombongan dari Terengganu juga ke ekspo perdagangan antarabangsa yang sedang berlangsung di Guangzhou.

Jalin hubungan perdagangan Terengganu-China

Penerbangan AirAsia membawa pelancong timbal balik dari Guangzhou ke negeri ini

Penggunaan e-Book bukan hanya disediakan untuk kanak-kanak normal yang mampu mengikuti sesi pelajaran arus perdana seperti kelazimannya, sebaliknya juga dibekalkan untuk penghidap talasemia yang ditempatkan di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia

Pesakit talasemia manfaat e-Booknegeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sepuluh unit kemudahan pembelajaran di wad itu, baru- baru ini. Dato’ Ahmad berharap pesakit kanak-kanak di wad khas itu turut mendapat peluang yang sama sebagaimana pelajar normal dan sihat yang lain dalam mendapat nilai tambah arus pendidikan perdana yang diperuntukkan kerajaan negeri sejak tahun lalu.

Kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir sama ada menginap di hotel atau chalet di sekitar Tasik Kenyir pada 2007 ialah 93,000 manakala pada 2008, 133,000 orang dan terus meningkat kepada hampir 190,000 orang pada 2009 iaitu satu peningkatan yang ketara. “Secara keseluruhannya kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir begitu memberangsangkan dan perkembangan ini memberi satu rangsangan untuk terus membuat promosi bagi menarik pelancong ke negeri ini,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.. Mengenai kelengkapan infrastruktur yang terdapat di Tasik Kenyir Dato’ Ahmad berkata, kerja-kerja penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memenuhi kedatangan pelancong yang

Pelancong ke Tasik Kenyir meningkat ketara

lihat ms 2 lihat ms 3

Dato’ Ahmad bersama Ahmad Razif memberi tunjuk ajar kepada pesakit talasemia menggunakan e-Book di Sekolah Kita, Pusat Rawatan Harian Pediatrik HSNZ Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Page 2: teganukita 20

2 Sabtu, 01 Mei 2010 am

Oleh Esah Abdullah

Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebagai pilihan utama jemaah haji dari Thailand untuk me-naiki penerbangan secara terus ke Mekah. Cadangan itu bertepa-tan memandangkan tem-poh masa lebih singkat untuk penduduk Islam di Selatan Thailand meng-gunakan kemudahan yang terdapat di Terengganu, berbanding mereka perlu mengambil masa sehingga 22 jam melalui darat untuk ke Bangkok bagi menaiki penerbangan terus ke Me-kah. “Perjalananan dari Se-

Jemaah Selatan Thailand ke Mekah melalui Terengganu - Dato’ Ahmad

latan Thailand ke LTSM hanya memakan masa lima hingga enam sa-haja,” kata Menteri Besar,

Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul

Iman baru-baru ini. Katanya, kerajaan se-dang mengaturkan perbin-cangan mengenai perkara

tersebut untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan yang kita sediakan..

“Sebelum ini kita telah memulakannya dengan Syarikat Firefly yang membuat penerbangan terus ke Singapura dan tu-rut merancang membuat penerbangan ke Guang-zhou China minggu de-pan,” katanya. “Bagi saya,tiada makna jika ada lapangan terbang yang baik dan lengkap dengan pelbagai kemuda-han tapi tidak dimanfaat-kan sepenuhnya., Sebab itu kerajaan se-dang membuat perund-ingan dengan beberapa syarikat penerbangan serta menawarkan pelbagai in-sentif agar mereka dapat mendarat di lapangan ter-bang kita,” katanya.

Pengorbanan dan susah payah generasi da-hulu yang menggunakan tulang empat kerat mem-bersih kawasan hutan un-tuk dijadikan kawasan per-tanian yang diwarisi oleh anak cucu mereka hari ini perlu dihargai. “Semua pihak harus menjaga dan mengguna-kan sebaik mungkin tanah peninggalan orang tua kita,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri di majlis Penyam-paian Geran Hak Milik Tanah di Dewan UMNO Kuala Nerus, Pekan Batu Enam, Kuala Nerus baru-baru ini. Hadir sama, Ahli De-wan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli

166 terima geran hak milik tanah

Nuh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, Mat Arshad Mohamad.

Dato’ Mohd Nasir ber-kata proses pemberian geran berkenaan tertang-guh sejak lebih 40 tahun

dulu menyebabkan ada beberapa kes pemilik asal sudah meninggal dunia dan hari ini tanah itu diwa-risi pula kepada anak-anak dan juga isteri. “Disebabkan pelbagai masalah, pemberian geran tanah hanya baru dapat diselesaikan sekarang dan saya ingat ketika menjadi Ketua Pemuda (UMNO Bahagian) pada tahun 80-an dulu perkara ini sudah dibincangkan dalam me-syuarat,” katanya. Beliau seterusnya men-gajak semua yang men-erima geran tanah supaya sentiasa bersyukur kerana masih berpeluang memi-liki tanah berikutan pada masa akan datang tidak ada lagi tanah untuk diagi-hkan.

Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini, berpeluang memasarkan produk jualan masing-masing sehingga ke luar negara tanpa perlu bersusah payah mempromosi atau membuka gerai di negara

Promosi produk melalui laman webberkenaan. Usaha Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), memperkenalan sistem e-perdagangan (e-commerce) melalui laman web terengganu.pages.com sememangnya dinanti golongan itu kerana sebelum ini pasaran hanya terhad kepada pelanggan tempatan. Pendekatan itu bukan sahaja mampu meningkatkan hasil jualan usahawan IKS malah berpeluang memperkenalkan imej

Terengganu di mata dunia. Pengerusi Jawatan-kuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata menyedari betapa pentingnya teknologi maklumat (ICT) dan multimedia dalam bidang perniagaan, YPU dan Gabem memperkenalkan sistem canggih itu sebagai langkan mem-bantu usahawan IKS mempromosi produk. Katanya, pelbagai pe-rihal syarikat terutama berkaitan produk jualan, harga ditawarkan dan

keistimewaan barangan dapat dimuatkan di dalam lawan web tersebut dan pelanggan boleh membelinya secara `on-line’. “Hampir 3,000 usahawan yang terdapat di negeri ini disaran agar tidak melepaskan peluang, di mana ia dapat membantu meningkatkan pendapatan syarikat selain dapat mempelajari betapa penting penggunaan ICT,” katanya ketika berucap di Karnival ICT dan Multimedia, Pusat Perdagangan, Kuala Terengganu.

Sebelum ini beliau memberitahu, Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam usaha membawa pelancong timbal balik antara Terengganu dengan negara China. Katanya, AirAsia akan membawa pelancong dari Guangzhou, China dengan kerjasama Dewan Perniagaan China Terengganu (DPCT). Turut dibawa dalam rombongan berkenaan ialah pengusaha industri burung walit yang akan mengadakan perjumpaan dengan pengedar sarang burung itu di sana. Dialog diadakan bagi mengembangkan industri itu dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pangkalan bekalan sarang burung walit yang bermutu tinggi di dunia. Difahamkan sehingga kini Terengganu mengeksport kira-kira 100 kilogram sarang burung walit sebulan ke Guangzhou dengan harga RM25,000 sekilogram.

Terengganu pembekal sarang burung walit

dari ms 1

Kerajaan Terengganu akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebagai pilihan utama jemaah haji dari hailand untuk menaiki penerbangan secara terus ke Mekah. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Penduduk gembira selepas memperolehi geran tanah hasil cakna Kerajaan Terengganu.

DATO’ MOHAMED

Dato’ Ahmad menunjukkan Bandar Guangzhou di China yang bakal menjadi lokasi penerbangan dua hala melalui Air Asia.

Page 3: teganukita 20

3Sabtu, 01 Mei 2010am

Tangani masalah sosial, mantap institusi keluargaOleh Aida Abd Rahman

Masalah sosial yang melanda masyarakat hari ini akibat kesan secara langsung krisis ekonomi yang melanda dunia haruslah ditangani secara bijak oleh golongan wanita bagi memantapkan institusi keluarga masing-masing. Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, To’ Puan Norliza Mahmud, berkata semua wanita sama ada yang bekerja atau suri

rumah sepenuh masa perlu peka dengan senario yang melanda negara dan masyarakat supaya kesan buruk itu tidak menimpa keluarga dan masyarakat. “Akibat masalah sosial menusia sangguip berbuat apa sahaja, ada yang sanggup menjadi peragut, mencuri dan merompak. Tidak kurang juga yang berdepan dengan tekanan hidup melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan bertambahnya kes-kes pembuangan bayi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat

Agung Tahunan Puspanita Kali Ke-26 2010, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Puspanita Negeri, To’ Puan Rohani Abdullah dan Pengerusi Puspanita Cawangan seluruh daerah. Beliau yang juga isteri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata wanita perlu merancang perbelanjaan harian secara berhemah dan berbelanja untuk barang penting sahaja bagi mengelak pembaziran selain meningkatkan tahap keselamatan diri dan

keluarga. Dalam pada itu, To’ Puan Rohani menjelaskan Puspanita sentiasa aktif dengan mempelbagaikan aktiviti tanpa terikat dengan hal kewanitaan semata-mata dan bergerak selari dengan arus kemodenan dunia tanpa sempadan. Beliau berkata, Puspanita sentiasa membela nasib ahli dan mengadakan banyak aktiviti yang mampu memberi input positif kepada ahli yang selama ini sentiasa menyokong pergerakan persatuan itu. Selain itu, penubuhan

Tabung Latihan Puspanita antara lain bertujuan memberi bantuan kewangan pendaftaran kepada ahli dan anak ahli yang berjaya ke universiti terpilih yang ditetapkan serta menaja biasiswa kepada anak ahli yang mencapai keputusan Nilai Gred Kulmulatif Purata (CGPA) 3.5 ke atas. Selain itu, Tabung Puspadara pula diwujudkan bagi membantu ahli dan keluarga ahli yang menghidapi penyakit tertentu khusunya kanser payu dara dengan membuat permohonan secara terus kepada Puspanita Terengganu.

K e g a g a l a n penduduk menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa m e m p e r u n t u k k a n RM50 juta setahun bagi menampung kos operasi dan pembangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Kadar cukai pintu MBKT (sebelum ini Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) tidak pernah dinaikkan sejak 29 tahun lalu walaupun sudah dua kali kajian mengenainya dibuat, tetapi masih ramai juga yang tidak menjelaskan juga bayaran cukai itu. Menteri Besar, Dato’

RM50 juta setahun tampung operasi MBKTAhmad Said, berkata disebabkan itu, MBKT berdepan dengan kekangan hasil pendapatan berbanding majlis bandar raya lain disebabkan penduduk di Kuala Terengganu liat membayar dan melunaskan tunggakan cukai pintu. “Kerajaan negeri terpaksa memberikan RM50 juta setahun dalam

tempoh lima tahun kepada MBKT untuk membantu dan menyokong majlis bandar raya. Kalau pendapatannya RM30 juta, jadi kesemua RM80 juta pendapatannya (yang diperlukan) untuk tempoh setahun. “Selama 29 tahun cukai pintu tidak pernah dinaikkan. Kita tidak naikkan pun, kita minta

dengan kadar yang sama juga tidak bayar,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Pemantapan Hala Tuju MBKT di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang dan Setiausahanya, Haji

Sameun Salleh. Dato’ Ahmad berkata, kerajaan negeri kesal dan kecewa dengan sikap penduduk Kuala Terengganu dan juga pengundi dalam MBKT yang gagal membayar cukai kerana mereka sepatutnya memainkan peranan besar menyumbang ke arah pembangunan bandar raya.

kini mencecah 200 hingga ke 300 orang pada satu-satu masa, terutama di musim cuti. “Setakat ini, 24 unit chalet tambahan sedang dibina di Petang Island Resort dan insyaAllah kita memohon peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk menambah 30 unit lagi bagi memenuhi keperluan pelancong,” katanya.

“Dalam masa terdekat ini juga satu projek pembinaan rumah penginapan berkonsepkan asrama akan dibina yang boleh menampung enam hingga 10 orang satu biiik. Kerajaan juga akan membina hotel di Pulau Serindik sebanyak 300 unit iaitu masing-masing 100 unit bertaraf tiga, empat dan lima bintang,” katanya selepas m e m p e n g e r u s i k a n Mesyuarat Exco , baru-baru ini.

24 unit chalet baru di Tasik Kenyir

PergeraKan Puteri Islam Malaysia Perhubun-gan Negeri Terengganu (PPIM) disarankan merin-tis usaha membantu pihak sekolah mendekati pela-jar bermasalah di negeri ini bagi menangani per-masalahan golongan itu dengan berkesan. Pengerusi Jawa-tankuasa Pelajaran, Pen-gajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ah-

PPIM perintis tangani masalah pelajar - Ahmad Razifmad Razif Abd Rahman, berkata PPIM wajar men-jadi Badan Bukan Kera-jaan (NGO) yang pertama dapat bekerjasama dengan pihak pendidikan bagi me-nangani permasalahan di kalangan pelajar sekolah. Katanya, sebagai projek perintis, kerajaan negeri melalui Jabatan pendidi-kan Negeri Terengganu dan sekolah terlibat akan mengenal pasti kumpulan pelajar bermasalah dari

sekolah di Dewan Undan-gan Negeri (Dun) Seberang Takir untuk diketengahkan kepada PPIM bagi tinda-kan lanjut. “Kategori pelajar ber-masalah ini banyak, ada masalah kepincangan kel-uarga sehingga menyebab-kan pelajar ponteng seko-lah dan mungkin ada juga disebabkan kemiskinan. “Kadang-kadang seko-lah (guru) tiada masa un-tuk tengok dan melihat

setiap masalah pelajar. Peranan ini saya mahu di-ambil oleh komuniti. Ko-muniti membantu, kadang-kadang Puteri Islam boleh pergi melihat keadaan realiti pelajar ini dan beri makluman kepada persat-uan, agensi kerajaan atau pihak swasta,” kata beliau selepas merasmikan Me-syuarat Agung Tahunan Kali ke-12 2010, di Hotel Permai Inn, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Turut hadir, isteri Men-teri Besar, Toh Puan Nor-liza Mahmud yang juga pengerusi PPIM dan isteri Haji Ahmad Razif, Hajah Harlina Zakaria. Haji Ahmad Razif ber-kata, pada peringkat awal, pihaknya akan mem-bekalkan hamper kepada PPIM untuk dibawa ke rumah pelajar bermasalah yang dikenal pasti bagi mendekati mereka dan mengetahui permasalahan yang dihadapi.

dari ms 1

“Secara ke-seluruhannya kedatangan pelancong ke Tasik Ke-nyir begitu memberang-sangkan dan perkembangan ini memberi satu rangsan-gan untuk terus membuat promosi bagi menarik pelan-cong ke negeri ini ”

- Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Barisan Ahli Jawatankuasa Puspanita bersama penaung, To’ Puan Norliza Mahmud ketika Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 26 di Wisma Darul Iman.

Page 4: teganukita 20

Penaung : Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar.Penasihat : Haji Khazan Che Mat Pengerusi JK Agama dan Penerangan NegeriPengarang : Rosli ZakariaTimbalan Pengarang : Kamarudin Mat AkibPenulis Khas : Ruslan Abd RahmanKetua Pemberita : Aida Abd. RahmanWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali Hazwan Rosli Amirullah Othman Suhaimi Raflee & Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli PutraPengendali Blog : Harun Hassan

Oleh: RuSlAn ABDul RAhMAnANALISIS

4 rencana

Intel Corporation puji e-Book TerengganuPujian dan pengiktirafan yang diberikan oleh Naib Presiden Intel Corporation, John E.Davies ke-pada negeri Terengganu memberikan suatu sunti-kan semangat baru bagi meneruskan agenda peng-gunaan e-Book untuk pelajar. Semasa mengunjungi Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, John E. Davies berkata Terengganu kini adalah setaraf di hadapan dengan negara-negara maju dan membangun lain yang menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran, termasuk e-Book. Bahkan menurutnya, Terengganu kini sedang menjadi contoh dan kajian kes bagi Intel dalam konteks memperkenalkan penggunaan e-Book un-tuk dicadangkan ke beberapa negara lain di Asia dan Afrika. Ini bermakna apa yang diterokai oleh kerajaan Terengganu bakal menjadi ikutan oleh negara-negara lain di dunia, sesuatu yang cukup mengk-agumkan. John Davies berani membuat perakuan bahawa pada ketika negara India yang terkenal kerana kehadapan dalam konteks teknologi mak-lumat, yang mempunyai ‘silicon valley’ di Banga-lore, tetapi bekalan komputernya di sekolah hanya terhad untuk guru. Berbeza di Terengganu yang lebih ke hadapan apabila muridnya lebih dahulu mendapat kemuda-han komputer riba dan e-Book . Bagi Naib Presiden syarikat gergasi teknologi maklumat itu, langkah ke hadapan oleh kerajaan Terengganu untuk menggu-nakan e-Book ini adalah keputusan dan jangkauan yang berani. Kepimpinan negeri sebegini amatlah penting untuk memajukan teknologi maklumat serta pendidikan bertaraf global, mendahului dan meneroka pembelajaran kaedah terkini. John Davies mengadakan perbincangan ham-pir satu jam dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Intel menyatakan begitu berminat men-jalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam me-nyebarkan penggunaan e-Book ke Asia Tenggara. John Davies disertai Andrew Allison, Pengurus Serantau Intel Technology Asia Ltd yang berpeng-kalan di Singapura selain Pengurus Intel Malaysia, Ryaz Patel. Kerajaan negeri disifatkan berani dalam konteks memperkenalkan e-Book dan juga memperuntuk-kan wang yang besar bagi tujuan ini. Sehubungan dengan itu, rakyat Terengganu, guru-guru, ibubapa, pelajar dan seluruh warga pendidik perlu melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini secara positif. Memanglah meneroka sesuatu yang baru ini sukar untuk meyakinkan semua orang, tetapi untuk berjaya dan cemerlang kita perlu melakukan-nya. Dorongan dan pengikrtirafan yang diberikan oleh Naib Presiden Intel itu sesungguhnya amat bermakna sekali.

langKah Terengganu untuk mengadakan hubun-gan dagang dan pelan-congan dengan bandaraya Guangzhou, China sung-guh menakjubkan. Ia sebe-narnya membuka semula lembaran sejarah lampau yang pernah berlaku di antara Terengganu dan China, di antara pedagang Terengganu dengan peda-gang wilayah Guangdong dan bandaraya Guangzhou di selatan China itu. Guangzhou atau nama lainnya yang popular Can-ton adalah antara bandara-ya yang maju, moden di dunia, tetapi berasal dari bandaraya lampau, yang tertua di dunia. Ramai tahu tentang peristiwa perang candu yang berlaku di kota Kan-ton, tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Kanton itu ialah Guang-zhou yang terletak dalam wilayah Guangdong. Lain-lain tempat di Chi-na yang sinomim dengan kita ialah Yunan, Tiong-kok, dan Hongkong. Bandaraya Guangzhou sejak dulu lagi cukup maju di bidang perkilangan, pelancongan dan pelbagai sektor ekonomi. Wilayah Guangdong dan bandaraya Guangzhou dianggap sebagai pusat proses pengilangan dan eksport yang penting di China. Ia mempunyai sembi-lan tonggak industri iaitu maklumat elektronik, ap-likasi elektrik dan mesin, makanan dan minuman, bahan pembinaan, petro-kimia, automobil, pem-buatan kertas, tekstil dan pakaian. Justeru itu apabila Kerajaan Terengganu di bawah Dato’ Ahmad Said mengambil sikap untuk menjalin hubungan da-gang dengan membawa usahawan Terengganu ke sana baru-baru ini adalah sebenarnya untuk mengu-langi sejarah kegemilan-gan masa lalu. Menurut suatu versi se-jarah bahawa akrabnya hubungan Terengganu – Guangdong (bandarayan-ya Guangzhou) sehingga-

Terengganu - Chinahidupkan sejarah lampau

kan nama Pulau Duyong diabadikan kepada sebuah tempat di sana iaitu Doyu-an. Doyuan, China kini menjadi pusat perusahaan dan perdagangan yang maju. Dalam versi lain, cata-tan penulis China pada semasa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah negeri ’ Tan-Tan’ yang menghantar ufti ke China. Pengkaji sejarah menyifatkan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Tereng-ganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Tereng-ganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagan-gan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Seorang ahli pengem-bara China, bernama ‘ Chao Ju Kua ’ dalam cata-tan yang ditulisnya pada tahun 1225, menyebut ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perda-gangan yang penting di

persisiran pantai timur Ta-nah Melayu. Laksmana Cheng Ho seorang ahli pelayaran China yang terkenal juga pernah singgah ke Tereng-ganu di tahun 1415M ke-tika China di bawah pe-merintahan Dinasti Ming. Nama Terengganu disebut sebagai ‘Diang Jia Lu’. Cheng Ho sebenarnya seorang muslim. Beliau dan armadanya memasuki Sungai Nerus sehingga ke Jeram, Tepoh. Sebenarnya banyak lagi sejarah hubungan Tereng-ganu-China, termasuklah kedatangan pedagang China dari wilayah Yunan sehingga mewujudkan keturunan mereka di neg-eri ini. Bahkan di abad ke 19, Abdullah Munshi yang da-tang ke Terengganu men-catatkan bahawa orang-orang Cina di Terengganu sudah pun bertutur bahasa Melayu loghat Tereng-ganu. Semua pertautan seja-rah ini menjadikan potensi Terengganu untuk dijadi-kan destinasi pelancongan bagi orang-orang di tanah besar China. Langkah untuk men-gadakan penerbangan terus Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Terengganu- Guangzhou oleh Air Asia sebagaimana

cadangan Menteri Besar adalah suatu pemikiran kreatif pelancongan. Apatah lagi Guangzhou adalah bandaraya pelan-congan yang berjaya dan menjadi tumpuan- bole-hlah sebahagian pelancong itu di bawa ke Tereng-ganu. Apa yang perlu ialah kebolehan penggiat indus-tri pelancong memahami sejarah hubungan Tereng-ganu- China (Guangdong/Guangzhou, Tiongkok, Yunan) dan yang berkaitan dengannya untuk diberi penerangan kepada pelancong bila datang ke Terengganu nanti. Langkah-langkah awal perlu dibuat oleh agensi dan pemandu pelancong terhadap perkara ini. Para pelancong dari China- tidak kiralah dari Tiong-kok tempat asal Cheng Ho, dari wilayah Yunan- tem-pat asal keturunan Cina Yunan atau dari wilayah Guangdong dan bandara-ya Guangzhou yang mem-punyai tempat bernama Doyuan (Pulau Duyong), semuanya perlu diperki-sahkan kepada mereka dengan fakta. Bahkan kita ada tempat-tempat bersejarah yang ada kaitannya dengan neg-ara China boleh dijadikan destinasi untuk mereka melawat, misalnya tokong di Jeram Tepoh, Kampung Cina, Bukit Datu, Cepoh, Cerang Cina, Tirok dan pelbagai tempat lagi yang menjadi limpahan ketu-runan pedagang dan pela-yar China ke Terengganu di zaman silam. Kehebatan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan maritim di za-man lampau boleh diter-jemahkan, diolahkan kembali dalam bentuk dan dimensi yang baru. Bukan setakat mengek-sport sarang burung ‘layang-layang’ ke Gu-angzhou, tetapi pastinya melalui dialog dagang yang diadakan ini pel-bagai perusahaan boleh dikembangkan lagi antara Terengganu-Guangzhou, Guangdong khususnya dan China keseluruhannya.

Peta menunjukkan laluan pedagang China ke Terengganu melalui Laut China Selatan.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 5: teganukita 20

BUDAYAOleh: RuSlAn ABDul RAhMAn

5recana

sebut sahaja Wan Ahmad Ismail, sudah pasti penggerak budaya dan sastera, khususnya genre teater amat mengenali beliau, khususnya di Terengganu dan negeri-negeri jiran. Justeru penglibatannya sejak 45 tahun lalu di bidang budaya dan sastera, seangkatan T.Alias Taib, Nor Aini Muhamad, J.M Aziz dan lain-lain di bidang puisi, beliau menjadi cukup sinonim dengan bidang itu. Namun beliau lebih menonjol sebagai aktivis teater yang prolifik. Bermula dengan drama Inggeris bertajuk “Saravansingh” tahun

Perkasakan sastera dan budaya

1960 yang mengisahkan tentang seorang “jaga” (pengawal) yang tekun dalam menjalankan tugasnya. Menurutnya drama itu di pentaskan di Sekolah Inggeris Dungun, dengan beliau yang waktu itu berusia lingkungan 10 tahun memegang watak utama sebagai Saravansingh (seorang jaga). Wan Ahmad banyak menghasilkan teks dan pementasan, seperti ‘Wayangan Mok Nang”, “Alahai Sakitnya Alahai”, “Tukang Tilik”, “Budak Joget” dan lain-lain yang banyak memenangi hadiah sastera di peringkat

nasional. Skrip pertama beliau hasilkan “Mencari Kerja” tahun 1962, seawal usia 12 tahun. Wayangan Mok Nang yang mengisahkan pengamal gamelan istana, telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Profesor Dr.Soleha Ishak, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketika ditemui Teganukita beliau melahirkan harapan yang tinggi agar sastera dan budaya diperkasakan, sekalipun masyarakat hari ini sedang meniti arus kemodenan. Baginya kemodenan tidak salah, tetapi tradisi dan warisan perlu dikekal

dan diperkasakan dalam dimensi baru dengan olahan baru. Misalnya teks yang asal bukan sekadar dibukukan, tetapi boleh disebarluaskan melalui media baru masa kini. Bermakna ini suatu peluang pengembangan yang lebih luas dalam konteks pembacaan dan memanfaatkan teknologi komukasi yang sungguh berkesan. Bermakna hasil karya sastera dan budaya hari ini berada di hujung hari.Menurutnya, hal-hasil sebegini perlu disedari dan dihayati oleh semua pihak sama, sama ada di peringkat kerajaan, swasta dan masyarkat itu sendiri,

supaya tidak melihat sastera dan budaya sebagai jumud, tetapi terbuka dan berinovasi. “Kita ada facebook, kita ada blog, twitter dan sebagainya lagi- tetapi yang lebih pentingnya di sini usaha memperkasakan, merakyatkan sastera dan budaya perlu difikirkan dan perlunya kepada sebuah institusi yang mengkhazanahkan dan menggalerikannya,” ujar beliau tegas. Anak Duyong Kecil ini melahirkan rasa bimbang, jika tidak diperkasakan sastera dan budaya ini ia akan pupus, tenggelam, hanyut di bawa arus, lantas kita kehilangan jati diri. Katanya, bukan sahaja pihak kerajaan perlu membantu m e n g e m b a n g k a n n y a , tetapi juga pihak swasta perlu ikut serta memperkasakan sastera dan budaya di negeri ini khususnya. Dalam usia mencecah 60 ini, beliau masih bersemangat berbicara tentang budaya dan sastera, malah masih terus-meneruskan teks dan pementasan; terbaru dalam proses untuk disampaikan kepada khalayak ialah

“Antologi Drama Awal, Tengah,Akhir “(diperbaharui) dan “Mawar Berduri Harum Kasturi” (diperbaharui). Dijangka akan terbit 2010 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Ahmad pesara Pegawai Tadbir Negeri, jawatan terakhirnya sebagai salah seorang pegawai pentadbir di Daerah Hulu Terengganu kini meniti kehidupan bersama keluarga di Taman Chendering Utama akan terus berjuang memperkasakan sastera dan budaya. Timbalan Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Terengganu ,Yang Di Pertua Majlis Teater Terengganu dan Ketua Persatuan Karya Negeri Terengganu (Karya) beliau berhasrat dapat mementaskan teater karya beliau “Minah Mamat” dan “Syeikh” pada tahun ini. Kedua-dua karya ini terdapat dalam antologi drama “Menjaring Angin Menjelang Ribut” terbitan DBP. Demikian Wan Ahmad Ismail, aktivis teater- sastera dan budaya!

Antara antologi drama karya Wan Ahmad Ismail

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 6: teganukita 20

WAKAF RAKYATOleh: PuTERA PESISIR AIR

6 rencana

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke dua belas, mesyuarat yang pertama, penggal persidangan ke-tiga baru sahaja berlalu. Ia berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 8 April 2010. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa syukur dan gembi-ranya kerana persidangan pada kali ini berjalan den-gan lancar. Pada keseluruhannya wakil rakyat atau ahli dewan telah mengambil bahagian untuk kepent-ingan negeri dan rakyat di kawasan yang mereka wakili. Sama ada mereka itu dari pihak kerajaan (Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), barisan penyokong kerajaan ma-hupun pembangkang ada tanggungjawab masing-masing. Jadilah kerajaan yang terbaik, penyokong kerajaan yang terbaik, hatta pembangkang yang terbaik. Sebelum menduduki kerusi Ahli Dewan Un-dangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan Undan-gan Negeri. Ahli tersebut ber-sumpah atau berjanji ba-hawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli de-wan sebaik yang mung-kin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlem-bagaan. Mengikut catatan se-jarah persidangan DUN Terengganu pertama kali diadakan pada 27 Julai 1959 selepas pilihan raya diadakan. Rasanya semua ahli-ahli dewan pada masa itu sudah tidak ada lagi, tetapi jasa dan peranan mereka tetap dikenang. Pada zaman itu tidak ramai yang melobi untuk menjadi calon dan wakil rakyat seperti masa seka-rang. Ini kerana mereka sedar bahawa amanah dan tanggungjawab menjadi pemimpin itu amatlah besar dan bakal ditanya oleh Allahs.w.t di akhirat kelak. Dalam sejarah Islam, Syaidina Umar pernah bertanya kepada sahabat-

Menjadi pemimpin bukan anugerah, tetapi amanah

sahabatnya: “Jika aku te-lah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin pembantuku, apakah aku telah melak-sanakan amanah kepimpi-nan ini dengan baik?” Sahabat-sahabatnya men-jawab, “Tentu sudah wa-hai Amirul Mukminin…” Sebaliknya Syaidina Umar menjawab, “Belum. Se-hingga aku memastikan orang baik itu melaksana-kan kebaikannya!” Maknanya di sini pemimpin bukan sahaja dari kalangan yang baik tetapi yang melakukan ke-baikan untuk orang yang dipimpin atau para pengi-kutnya serta menunaikan amanah kepimpinan den-gan sebaik-baiknya. Mungkin dunia ke-pimpinan hari ini sedang menuju ke arah satu per-ingkat kematangan. Se-makin ramai yang mun-cul sebagai pemimpin dengan mempunyai latar pendidikan dan kelulusan yang tinggi. Sudah berlaku ramai orang ingin memimpin

daripada yang rela dip-impin. Kalaulah begitu berapa keratkah yang masih tinggal untuk men-jadi pengikut, kalau se-mua ingin mengejar dan menawar diri menjadi pemimpin.

Ingatlah pemimpin bukanlah satu profesyen

biasa yang boleh ditan-gani secara mudah. Tanpa persediaan yang cukup, akan lahir pemimpin-pemimpin “mee segera’” yang tidak tahan godaan dan tidak mampu menan-gani cabaran terkini. Kualiti pemimpin tidak sama dengan makanan segera yang sifatnya ce-pat disiapkan, cepat pula dimakan. Pemimpin yang muncul mendadak, cepat naik dan kemudian cepat pula jatuhnya. Kalau kita lihat, Men-teri Besar Dato’ Ahmad Said sendiri pun melalui proses pengalaman begitu lama sebelum menjadi Menteri Besar, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri paling ‘senior’ se-jak 20 tahun lalu (1990). Keghairahan untuk menjadi pemimpin di ka-langan generasi muda mestilah diimbangi oleh ilmu kepimpinan khusus-nya memahami erti ke-pimpinan sebenar. Menjadi pemimpin itu bukan jalan untuk mencari kekayaan, berkereta dan

berumah besar, mewah dan cantik. Menjadi pemimpin bukanlah atas asas kepent-ingan diri, tetapi mestilah meletakkan kepentingan rakyat dan orang yang dipimpin mengatasi segala nafsu dan kemahuan diri sendiri. Dengan memahami de-finasi kepimpinan teruta-ma yang berkaitan dengan elemen-elemen asasnya, seorang bakal pemimpin akan tahu apakah per-siapan yang perlu dibuat dari segi mental, spiritual dan fizikal untuk memikul tanggungjawab kepimpi-nan. Untuk mendapat ilmu kita perlu belajar dan un-tuk belajar kita mesti men-jadi pengikut. Oleh itu, tidak salah kalau kita bela-jar menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu sebe-lum menjadi pemimpin yang baik. Yang pastinya bakal pemimpin harus belajar mengenal diri sendiri, menganalisis potensi pe-mikirannya serta men-cungkil sebanyak-ban-

yaknya iktibar dan hikmah daripada pengalaman yang boleh digarap ketika mengharungi realiti sepa-njang hayatnya. Dari segi ketahanan diri pula, mereka perlu did-edahkan kepada cabaran dan dugaan hidup, dilatih mengharungi kaedah-kae-dah “survival”, hidup di tengah masyarakat, serta dipandu untuk mendisi-plinkan diri secara istiqa-mah dan penuh iltizam demi menyerlahkan lagi jati diri berteraskan nilai-nilai murni yang abadi. Untuk menjalankan per-anannya, para pemimpin (sepertimana yang dite-gaskan oleh Rasulullah s.a.w.) mestilah menjadi khadam (hamba) kepada pengikutnya. Di satu hadis yang lain Rasulullah me-negaskan para pemimpin ialah “gembala” kepada pengikutnya. Ertinya, tu-gas kepemimpinan adalah amanah bukan anugerah. Ia akan dihisab dipertang-gungjawabkan (ditang-gung dan akan disoal) ten-tang kepimpinannya .

Dunia kepimpinan hari ini sedang menuju ke arah satu peringkat kematangan dan semakin ramai yang muncul sebagai pemimpin dengan mmpunyai latar pendidikan dan kelulusan yang tinggi.

Sabtu, 01 Mei 2010

“Pemimpin bukan sahaja dari kalangan yang baik tetapi yang melakukan kebaikan untuk orang yang dipimpin atau para pengikutnya serta menunaikan amanah kepimpinan dengan sebaik-baiknya”.

Page 7: teganukita 20

Menjadi pemimpin bukan anugerah, tetapi amanah

ms- 11 ms- 12,13

2tkBi

l. 20

(01 M

ei 20

10)

http

://te

ganu

kita

.blo

gspo

t.com

Tarikan Kam-pung Temir jadi habitat Tuntung

ms 14

Jus Roselle jadi minuman rasmi

ms 12,13

Usia 23 tahun - Fairus berjaya

ms 11

ms 16 & 17

Page 8: teganukita 20

Dato’ Nasir warisi perjuangan ayahtidaK salah kalau dikatakan Dato’ Haji Mohd.Nasir mewarisi perjuan-gan ayahandanya Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Terengganu. Kata orang - kuah, kalau tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi. YB Dato’ Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri orangnya amat tegas, teliti lagi pintar. Mempunyai pendirian sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh se-siapa. Pada masa yang sama beliau se-orang yang menitik beratkan soal pengurusan, tidak suka sesuatu kerja dilaksanakan sambil lewa tetapi diper-

incikan dalam semua hal agar hasilnya baik berkesan. Generasi terdahulu yang sempat men-genali ayahnya ada mengatakan sedikit sebanyak watak beliau (Dato’ Nasir) ada persamaan dengan arwah ayahan-danya itu. Beliau terlibat secara langsung da-lam bidang politik apabila menerima amanah selaku Ketua Pergerakan Pe-muda UMNO Bahagian Kuala Nerus hampir 20 tahun yang lalu. Semasa Terengganu di bawah pe-merintahan pembangkang, beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu bagi menyampai-

kan maklumat kepada rakyat tentang apa yang berlaku di Terengganu di bawah pentadbiran pembangkang agar dkembalikan semula kepada BN. Sehinggalah kini memikul amanah yang lebih besar sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Ahli Parli-men Kuala Nerus mewakili Barisan Nasional (BN) setelah memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu (2008). Sebelum ini (2004-2008) beliau menjadi ‘wakil rakyat’ di Dewan Un-dangan Negeri (Bukit Tunggal). Hasratnya untuk berkhidmat kepa-da rakyat adalah hasil dari persepaka-tan isterinya To’ Puan Hajah Sabariah

Dato’ Mohd.Yusof. Isterinya seorang pendidik sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk membantu suami sama-sama berkhidmat kepada rakyat. Bagi Dato’ Nasir (panggilan hari-an), walaupun lahir sebagai anak bekas Menteri Besar, tetapi beliau amat me-mahami permasalahan rakyat, denyut nadi rakyat. Beliau telah menghayati kehidu-pan rakyat sejak zaman anak-anak lagi sewaktu mengikuti ayah beliau (Menteri Besar) dalam majlis-majlis pertemuan bersama rakyat di seluruh pelusuk negeri Terengganu, khususnya dalam kawasan Kuala Nerus, semasa

itu DUN Kuala Nerus, kerusi yang di-wakili oleh ayahnya. Sehingga kini pun, tabiat dan amalan suka melawat orang kampung menjadi amalan wajib baginya, teru-tama apabila Parlimen tidak bersidang. Malah beliau memilih mengadakan pejabat pusat perkhidmatannya di ban-gunan yang diwarisi dari ayahnya di kampung Bukit Tok Beng, bersebela-han Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Di Parlimen beliau sering mengu-tarakan permasalahan rakyat untuk ke pengetahuan parlimen dan kerajaan. Misalnya baru-baru ini beliau mem-bangkitkan soal kebajikan dan pembi-

Sebagai wakil rakyat, Dato’ Nasir tidak pernah sombong sehinggakan penduduk mudah untuk menyuarakan masalah mereka.

Melawat mangsa kebakaran rumah dan memberi bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

Kuala Nerus bertambah sesak dengan kenderaab awam dan persendirian ekoran menjadi tumpuan peniaga dan pertambahan penduduk.

YB TU

RUN

PADA

NG

8

2tk Sabtu, 01 Mei 2010

Page 9: teganukita 20

Dato’ Nasir warisi perjuangan ayah

Kuala Nerus bakal menjadi daerah baru kelapan

Dato’ Mohd.Yusof. Isterinya seorang pendidik sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk membantu suami sama-sama berkhidmat kepada rakyat. Bagi Dato’ Nasir (panggilan hari-an), walaupun lahir sebagai anak bekas Menteri Besar, tetapi beliau amat me-mahami permasalahan rakyat, denyut nadi rakyat. Beliau telah menghayati kehidu-pan rakyat sejak zaman anak-anak lagi sewaktu mengikuti ayah beliau (Menteri Besar) dalam majlis-majlis pertemuan bersama rakyat di seluruh pelusuk negeri Terengganu, khususnya dalam kawasan Kuala Nerus, semasa

itu DUN Kuala Nerus, kerusi yang di-wakili oleh ayahnya. Sehingga kini pun, tabiat dan amalan suka melawat orang kampung menjadi amalan wajib baginya, teru-tama apabila Parlimen tidak bersidang. Malah beliau memilih mengadakan pejabat pusat perkhidmatannya di ban-gunan yang diwarisi dari ayahnya di kampung Bukit Tok Beng, bersebela-han Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Di Parlimen beliau sering mengu-tarakan permasalahan rakyat untuk ke pengetahuan parlimen dan kerajaan. Misalnya baru-baru ini beliau mem-bangkitkan soal kebajikan dan pembi-

ayaan untuk orang-orang miskin yang tidak mampu menjelaskan bil hospital, permasalahan berkaitan kaedah amalan pihak bank yang menggunakan pihak ketiga untuk ‘menarik’ kenderaan yang tertunggak bayaran bulanan dan seba-gainya. Malah baru-baru ini beliau sendiri pergi ke Pontianak, Kalimantan Indo-nesia untuk pada peringkat awal mem-bantu menyelamatkan beberapa orang nelayan Seberang Takir yang ditahan oleh pihak berkuasa di sana. Pemimpin yang suka bercakap dengan nada perlahan ini mencatat-kan dalam blognya (ybnasir.blogspot.com) telah banyak peristiwa berlaku di sekeliling kita. Ia sewajarnya mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya. “Dalam konteks negara kita, kita sebenarnya jauh lebih bertuah berband-ing orang lain. Di saat, rakyat di negara lain sedang dilingkari dengan pelbagai masalah termasuk perang dan bencana, kita di sini masih lagi setenang ini – biar pun iklim politik kita kadangakala menggelegak panasnya, “ ujarnya. “Apa yang saya maksudnya ialah, kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh rasa selesa. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa semua ini tidak akan berlaku hanya semata-mata ia hendak berlaku. Siapakah yang mema-ju dan membangunkan negara ini sejak dahulu sehingga kini sehingga Malay-sia berada sebagaimana hari ini? Sambungnya lagi: “walaupun ada pihak yang berkata-kata seolah-olah negara ini pada hari ini terbina begitu sahaja tanpa ada tangan yang memben-tuknya, namun saya percaya bahawa majoriti rakyat kita tidak pernah lupa akan hakikat tersebut ”. Ertinya, dalam kita semua melewati kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar ini, kita seharusnya belajar untuk lebih bersyukur di atas segala nikmat yang kita kecapi.

selePas sekian lama menung-gu, penduduk di Kuala Nerus kian mendekati detik bersejarah bagi men-jadikannya sebagai sebuah daerah baru di Terengganu Kerajaan Terengganu telah melan-tik perunding bagi mengkaji segala keperluan dan prasarana untuk men-jadikan Kuala Nerus sebagai daerah kelapan negeri itu. Menteri Besar, Dato’ Haji Ah-mad Said berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan pada masa ini penduduk kawasan tersebut terpaksa berkongsi kemudahan dengan pen-duduk Kuala Terengganu. Keadaan itu katanya menimbulkan kesesakan di sesetengah jabatan ker-ajaan dan jika Kuala Nerus menjadi daerah, penduduknya akan mempu-nyai kemudahan sendiri seperti hos-pital, pejabat tanah, pejabat daerah, pejabat pelajaran dan sebagainya. Bagi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd.Nasir Ibrahim Fikri sebagaimana yang telah diperjuang-

kan sejak agak lama, Kuala Nerus sememangnya sudah wajar dinaik-taraf sebagai sebuah daerah baru. Dengan itu, katanya apabila Kua-la Nerus diistiharkan sebuah daerah akan mempunyai pejabat daerah sendiri yang mampu menjadi pusat pentadbiran yang akan mengurus hal ehwal pembangunan serta perkara-perkara berkaitan di sini. Apatah lagi Kuala Nerus kini su-dah kian pesat membangun, malah adakalanya wajah Kuala Nerus itu sendiri jauh lebih hebat dengan daerah lain. Dengan mempunyai pusat pen-tadbiran sendiri, Kuala Nerus akan dapat diurustadbir dengan berkesan dan ia juga mampu menjana pertum-buhan ekonomi rakyat dan negeri. Bagaimanapun bagi memudahkan pihak kerajaan meluluskan daerah baru itu, ia memerlukan sokongan ahli parlimen dan di harapkan dalam pilihanraya akan datang Kerajaan BN memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen. Selain itu, perkara tersebut juga akan membantu mengurangkan aliran trafik di Kuala Terengganu yang kini kian sesak ekoran tumpuan yang berlebihan diberikan rakyat. Apatah lagi Kuala Terengganu itu sendiri adalah sebuah kawasan pentadbiran yang amat luas yang sekarang ini melibatkan dua ka-wasan Parlimen, tegasnya. ”Sebenarnya, saya dan rakan-rakan dalam UMNO Bahagian dan juga wakil-wakil rakyat lain dalam Parlimen Kuala Nerus, YB Datuk Rahin, YB Ahmad Razif dan YB Mohd.Ramli telah memperjuang-kan perkara ini dengan seriusnya agar tercapailah Kuala Nerus men-jadi sebuah daerah baru,” katanya sambil mengucap terima kasih atas persetujuan kerajaan negeri, khusus-nya Menteri Besar untuk mewujud daerah baru itu.

Melawat mangsa kebakaran rumah dan memberi bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

Kuala Nerus bertambah sesak dengan kenderaab awam dan persendirian ekoran menjadi tumpuan peniaga dan pertambahan penduduk.

Pekan Batu Enam dalam Parlimen Kuala Nerus akan dibangunkan semula menjadikan sebuah pekan yang maju dan tersusun.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina jambatan baru merentasi Sungai Terengganu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas untuk penduduk berulang-alik dari Kuala Nerus ke pusat bandar.

DATO’ MOHD NASIR

2tkSabtu, 01 Mei 2010

Page 10: teganukita 20

IKON

ANA

K TE

RENG

GANU

10

2tk

Oleh: Aida Abd Rahman

MoMen pilu dan deraian air mata yang membasahi pipi Azizah Arif-fin, 54, dengan Manan Muda, 56, bukan berduka lantaran kisah sedih. Sebaliknya figura itu menceritakan kegembiraan dan kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan ka-ta-kata. Pasangan yang sudah meniti usia emas itu teruja kerana anak ke-sayangan menjadi perhatian jutaan rakyat Malaysia dek kerana men-cipta prestij dalam profesion selaku jaguh lumba basikal lebuh raya. Kalau dulu pasangan ini juga pernah menghalang minat anak kee-nam daripada lapan beradik itu ker-ana tidak mahu tumpuan terhadap pelajaran terjejas, bagaimanapun sikap itu dengan sendiri terkikis apabila kayuhan padu membuahkan hasil dan dia tidak pulang sia-sia. Anuar Manan yang lahir pada 11 Oktober 1986 membuktikan kayu-han berbisanya yang mula dilentur sejak 16 tahun lalu mampu men-cipta rekod suatu masa nanti dan segalanya diterjemahkan hari ini. Sejarah tercipta buat anak desa dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang mewakili pasu-kan Geumsan Ginseng Asia apabila mencatat sejarah kedua dalam kejo-hanan Le Tua de Langkawi (LTdL) apabila menjadi pelumba pertama dari Asia dan Malaysia dinobat-kan gelaran Raja Pecut sepanjang 15 tahun penganjuran perlumbaan berkenaan.

Anuar julang nama negara

Sepanjang tujuh peringkat sain-gan, pelumba yang mewakili pasu-kan berpangkalan di Korea Sela-tan itu telah menyarung Jersi Hijau pada perlumbaan pertama (dari Kota Bharu ke Kuala Berang) sehingga ke peringkat ketiga (Pekan-Mersing) sebelum pelumba pecut Australia, Michael Matthews menghalangnya pada peringkat keempat (Mersing-Parit Sulong). Begitupun, Anuar berjaya meram-pas semula pada peringkat kelima (Muar-Port Dickson), saingan yang menyaksikan bekas pelajar Seko-lah Menengah Seri Budiman Kuala Terengganu itu melakar sejarah muncul pelumba tempatan pertama menjuarai satu peringkat perlum-baan LTdL sepanjang 15 edisi pen-ganjurannya. Selepas mengekalkan gelaran tersebut biarpun menduduki tempat ke-44 sebaik peringkat kelima yang juga saingan paling mencabar (Pu-trajaya-Genting Highlands), ternya-ta anak muda itu kekal menyarung jersi itu sehingga ke peringkat tera-khir (Kuala Kubu Bharu-Dataran Merdeka), sekali gus ditabalkan sebagai Raja Pecut LTdL pertama dari Asia dan Malaysia dengan hasil pungutan 103 mata. “Ini adalah pencapaian terbaik pernah saya lakukan dalam karier lumba basikal dan memenangi satu peringkat perlumbaan selain berjaya dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Hijau) LTdL adalah sesuatu yang

menakjubkan, “ kata atlit yang dulunya ber-cita-cita menjadi polis trafik. Sejurus kejayaan itu, nama Anuar meniti dari bibir ke bibir.Jika pembabi-tannya beberapa tahun lalu sudah membuka mata ramai pihak untuk sekadar mengenali raut wajah dan nama atlit muda itu, kini

situasinya jauh berbeza.

Kecemerlangan yang dicipta

menyebabkan tabir hidupnya diso-roti menerusi lensa dan berita yang dipaparkan media membawa ramai pihak menerjah lebih dekat geran-gan sebenar Anuar Manan. Malah, ramai penggiat sukan ter-masuk pemimpin negara mahupun negeri mendekati gerangan jaguh sukan yang sensasi yang sudah ke-luar dari arus kegetiran tanpa melu-pakan asal-usul serta masih mampu berpijak di bumi nyata sambil mem-buktikan tiada yang mustahil jika diri sendiri mahu mencapainya. Rumah yang dihuni Anuar ber-sama ibu bapa dan adik-adiknya kini terlalu mudah dijejaki kerana letaknya hanya beberapa meter dari tempat tumpuan ramai, Masjid Tengku Intan Zaharah atau Masjid Terapung. Setiap titip kejayaan dan apa sahaja mengenai Anuar yang ter-hidang di dada akhbar dan majalah tersimpan rapi. Begitu juga piala, medal dan segala hadiah kemenan-gan sepanjang kariernya juga men-jadi tatapan dan hiasan yang begitu simbolik untuk diabadikan di rumah tempat kelahirannya. Pada masa yang sama, Anuar yang memiliki hobi memancing dan membaca majalah ketika kelapangan masih berharap agar kejayaannya ini dapat membuka mata pasukan ProTour yang lain untuk menagih khidmatnya bagi menyertai perlum-baan besar di Eropah seperti Tour de France. Begitupun, Anuar yang pernah bersama pasukan Azad University dan LeTua, akan terus bersama pa-sukan barunya Geumsan dari Korea Selatan itu bagi menjalani latihan di Perancis dan menyertai beberapa perlumbaan di Eropah bermula Jun ini. Di sebalik kejayaan di pentas LTdL yang lalu, ada pasukan be-nua profesional Vorarlberg-Corratec dari Austria, merisik untuk menagih khidmatnya musim depan, namun Anuar masih mahu setia bersama pasukan GGA. “Saya ada menerima tawaran daripada Vorarlberg tetapi saya membuat keputusan untuk terus kekal dengan GGA memandangkan pasukan itu banyak menaikkan nama

saya dan menjaga kiebajikan saya dengan baik. Saya mahu membalas budi GGA dan tidak mahu berganjak dengan keputusan saya setakat ini. “Lagipun, hasrat dan misi saya kini adalah menyertai perlumbaan-perlumbaan bertaraf dunia di Eropah, terutama Tour de France, jadi pasu-kan GGA mampu memenuhi hasrat tersebut. Ekoran kilauan `permata Tereng-ganu’ di pentas sukan berprestij itu, Kerajaan Terengganu menghadiah-kan atlit sukan ekstrim itu dengan satu lot tanah di satu kawasan yang sesuai serta ganjaran wang tunai buat Anuar sebagai habuan. Malah, bekas Menteri Besar Per-lis, Dato’ Seri Shahidan Kasim turut terpanggil untuk membantu Anuar dan keluarganya dengan melahirkan pandangan bahawa tidak rugi untuk menghulurkan sumbangan kepada juara seperti Anuar kerana mereka sebenarnya adalah aset berharga negara. Pada masa yang sama, beliau juga berharap ada badan korporat dan in-dividu yang berkemampuan tampil untuk memberi sumbangan kepada atlit yang berdepan dengan masalah kewangan sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Menyingkap latar peribadinya, anak bongsu lelaki daripada lapan beradik berusia 16 hingga 36 tahun itu paling rapat dengan ibu dan tidak hairan dia dikenali dalam keluarga sebagai anak manja terutama den-gan ibunya. “Saya sentiasa telefon untuk ber-cakap dengan mak kalau ada di luar negara. Macam-macam saya pesan dan mak juga sentiasa beri nasihat kepada saya. “Kalau dapat bercakap dengan mak di kampung sudah menjadi kepuasan dan suntikan semangat ke-pada saya menjalani hidup dengan baik di negeri orang serta berlatih dengan bersungguh-sungguh,” ka-tanya yang sentiasa menjalani lati-han di negeri orang.

Sabtu, 01 Mei 2010

ANUAR MANAN

Semangat membara Anuar dan rakan-rakan selepas mendapat perhatian

pemimpin dan penggiat sukan negeri Terengganu.

Page 11: teganukita 20

11

2tk

BISN

ES

Pekerja sedang membungkus mee kuning yang ditempah pelanggan. - Gambar oleh Suriati Ali

Usia 23 tahun- Fairus berjayaOleh Suriati Ali.Gambar oleh Mohd Suhaimi

usia bukan penghalang bagi pemi-lik syarikat yang juga bertindak se-bagai Eksekutif Pemasaran, Sri De Lara (SDL) Trading Sdn Bhd, Wan Mohd Fairus Wan Zaidi, 23 tahun, untuk mencipta nama sebaris usaha-wan terkenal lain. SDL menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian korporat, seragam, T-shirt, stokin dan track suit; men-jual pelbagai barangan cenderahati; mencetak serta menyulam pakaian itu memulakan perniagaan pada awal 2006 di Kawasan Komplek Ki-lang, Jalan Tembila, Besut. Apabila menampakkan kemajuan dan berjaya mendapat tempahan se-hingga ratusan ribu ringgit, Wan Mohd Fairus memberanikan diri membuka cawangan di luar Tereng-ganu, bertempat di Pusat Komersial Oakland, Seremban, Negeri Sembi-lan sebagai alternatif memperkenal-kan nama SDL. Usahawan muda yang mahu dikenali sebagai Fairus berkata, bu-kan mudah untuk maju dalam per-niagaan kerana ia memerlukan kes-abaran yang cukup tinggi, terutama ketika berdepan dengan karenah pe-langgan dan kerugian. “Saya hadapi rintangan itu den-gan tenang dan tabah walaupun ter-dapat persaing cuba menabur fitnah dan memburukkan nama syarikat sewaktu baru membabitkan diri da-lam dunia perniagaan.

“Mujur ketika itu, mendapat sokongan serta nasihat, bapa Wan Zaidi Wan Ahmad dan bapa saudara Wan Yusoff Wan Ahmad yang me-nyatakan supaya tidak mudah ber-putus asa dan tabah untuk menerus-kan perniagaan berasaskan pakaian ini,” katanya. Menurutnya, dia minat mence-buri bidang perniagaan sejak berada di tingkatan tiga lagi. Ketika itu membantu bapa menjual produk be-rasaskan soya di pelbagai lokasi ter-masuk kedai runcit, kantin sekolah dan pasar malam. “Apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menen-gah Teknik Besut, saya nekad untuk terus bekerja bagi mencari pengala-man walaupun ketika itu rakan lain tekun mengulangkaji di pelbagai In-stitusi Pengajian Tinggi (IPT). “Pengalaman bekerja selama sembilan bulan di syarikat menja-hit pakaian di Kota Bharu, Kelantan di manfaat sebaik mungkin untuk memiliki sendiri perniagaan dan tidak mensia-siakan ilmu ditimba,” katanya. Katanya, SDL cukup mement-ingkan kualtiti, masa dan menjaga hubungan baik antara pelanggan. Untuk mengekalkan imej itu, dia `bergerak’ sendiri dan tidak melan-tik mana-mana agen untuk mencari pelanggan. “Walaupun perkara itu nampak sukar, saya tempuhinya dengan ta-bah semata-mata menjaga nama baik SDL di mana kini sudah mendapat

kepercayaan hampir 60 agensi kera-jaan dan swasta,” katanya. “Antaranya adalah Jabatan Bom-ba dan Penyelamat Negeri Tereng-ganu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kolej Islam Sains Tereng-ganu (KIST) dan juga Jabatan Pela-jaran Negeri Terengganu (JPNT),” katanya.] Fairus berkata, bagi melancarkan operasi SDL, sebanyak 30 mesin jahit termasuk untuk mencetak dan menyulam digunapak-ai. “Sehingga kini se-ramai 13 kakitangan termasuk bahagian operasi dan pertad-biran setia mem-bantu memajukan perniagaan yang beroperasi tanpa mengira waktu. “Setiap kali mendapat tempa-

han, SDL sedaya upaya memenuhi kehendak pelanggan dengan me-mentingkan kualiti kain dan jahi-tan,” katanya. Katanya, menyedari kepentingan itu, dia setiasa berwaspada sewaktu memilih fabrik , ditempah mela-lui pembekal yang dikenali sahaja. Langkah ini penting kerana dibim-bangi terbeli kain tiruan dan kurang berkualiti. “Jenis fabrik digunakan termasuk microfiber, cacoste dan kapas untuk membuat pakaian seperti T-shirt, baju korporat dan pakaian sukan,” katanya. Untuk menarik perhatian pelang-gan, pelbagai perkhidmatan istime-wa ditawarkan SDL, iaitu menerima tempahan baju korporat walaupun dalam kuantiti sehelai dengan men-genakan harga sama seperti tempa-han lebih 10 helai. Selain itu, harga yang ditawar-kan dijamin lebih rendah daripada syarikat atau kilang lain dan indi-vidu yang berjaya mendapatkan pe-langgan untuk SDL bakal menerima hadiah istimewa.

Sabtu, 01 Mei 2010

WAN MOHD FAIRUS

Syarikat Sri De Lara (SDL) Trading Sdn. Bhd. yang beroperasi di Tembila, Besut. - Gambar oleh Mohd Suhaimi

Mesin sulam berkomputer, alat canggih yang terdapat di

kilang Sri De Lara Trading.

Page 12: teganukita 20

1212

Jus Roselle jadi minuman rasmi

Oleh Suriati Ali

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan melancarkan Produk Roselle milik Koperasi Tani Lembah Bidong Terengganu Berhad (Koptani) di Dewan Konvensyen Ta-man Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Mengiringi sama, Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Koptani, Abdul Madik Muda. Sempena pelancaran itu, Koptani membuat pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan program penyelidikan po-tensi industri roselle dan kajian membangunk-an masyarakat tani untuk digerakkan koperasi itu bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan jus rosselle sebagai minuman rasmi dalam setiap majlis yang bakal dianjurkan. Langkah itu sebagai tanda sokongan kera-jaan negeri kepada usahawan yang mengusa-hakan tanaman itu supaya lebih berdaya sa-ing dan mempunyai semangat kental seperti mana yang dilaksanakan Koptani. Penubuhan Koptani perlu dicontohi pelba-gai pihak kerana sanggup mengambil risiko memperkenalkan produk roselle ke pasaran tempatan dan antarabangsa sehingga berjaya mengeluarkan variasi jus dan halwa berasas-kan tanaman itu.Ia membabitkan 155 ahli terdiri daripada golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), petani setempat dan kakitangan koperasi yang ditadbir 12 Ahli Lembaga dan tiga audit dalam. Dato’ Ahmad Said berkata, kerajaan neg-eri cukup bangga dengan kejayaan yang diraih

Koptani, termasuk mampu menebusi pasaran luar negara. “Ketika Pesta Pameran Makanan Negara Teluk di Dubai, Februari lalu, koperasi ini ber-jaya menjual pelbagai produk yang dihasilkan bernilai RM3 juta dan program meluaskan pasarannya di rantau Negara-negara Teluk giat dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pem-bangunan Usahawan (YPU),” katanya. Sementara itu, Abdul Madik berkata, Kop-tani merancang membina kilang serba moden di negeri ini yang mampu mengeluarkan 10 hingga 15 juta botol sebulan pelbagai produk berasaskan buah berjenama ‘Natural Nutriton’ seperti jus durian belanda, nangka, manggis, belimbing dan ‘rock melon’ selain produk ro-selle. Koptani sudah mengeluarkan lapan produk roselle antaranya jem, kordial, sos cili beras-askan roselle dan halwa yang mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Jus Roselle.

Pertukaran MoU antara Koptani dengan UMT dan UKM.

Dato’ Ahmad (kiri) menyampaikan sijil watikah kepada pengusaha dan pemasar produk Roselle.

Yang di-Pertuan Agong berkenaan melihat produk Roselle yang dikeluarkan oleh Koptani.

Yang di-Pertuan Agong berkenan melancarkan Produk Roselle Koptani di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man sambil disaksikan Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Pegawai kanan kerajaan menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong di Taman Tamadun Islam.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 13: teganukita 20

1313

Jus Roselle jadi minuman rasmi

WARISAN ALAM

Kacip Fatimah Hijau (Labisia pumila)Khasiat: Menguatkan tenaga batin le-laki, sakit meroyan, sengal tulang,sakit kelamin, herba bersalin, buasir dan huluran.

Kaedah: - Air rebusan keseluruhan

kacip fatimah hijau perlu direbus sebelum diminum bagi merawat tenaga batin lelaki, sakit meroyan, sen-gal tulang,sakit kelamin, herba bersalin dan hulu-ran.

- Pokok herba ini juga boleh dijadikan debu untuk mera-wat penyakit buasir dengan menyapu di bahagian yang sakit.

Keistimewaan: - Kacip fatimah hijau hanya membesar setinggi 60

sentimeter (cm) sahaja dengan mempunyai 4 hingga 6 helai daun pada setiap pokok.

- Keistimewaannya memiliki daun panjang, apabila matang seakan kemerahan. Mengeluarkan buah berwarna merah dan unggu.

Kaedah Pembiakan:- Keratan batang dan biji benih

bahan-bahannya;4 cawan sagu rembia8 cawan air2 cawan gula

Cara membuatnya;Campur ketiga-tiga bahan tersebut. Letak di atas dapur dan ka-cau sehingga pekat.

bahan untuk Kuah;1 biji kelapa6 ulas bawang merah2 ekor ikan kembung/selayangSedikit haliaSedikit halbaGaram secukup rasa

Cara Membuatnya;- Ikan dipanggang (bakar) ambil isinya dan hancur-

kan.- Campur kedua-dua bahan (ikan) dan bahan-bahan

untuk kuah. Letak di atas dapur dan kacau sehingga masak (pekat).

- Sejukkan ke dalam loyang dan sagu rembia dipo-tong mengikut selera, kemudian masukkan keda-lam kuah untuk dihidangkan.

‘Encik Abas Demam’

JUADAH TERENGGANU

Koptani, termasuk mampu menebusi pasaran luar negara. “Ketika Pesta Pameran Makanan Negara Teluk di Dubai, Februari lalu, koperasi ini ber-jaya menjual pelbagai produk yang dihasilkan bernilai RM3 juta dan program meluaskan pasarannya di rantau Negara-negara Teluk giat dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pem-bangunan Usahawan (YPU),” katanya. Sementara itu, Abdul Madik berkata, Kop-tani merancang membina kilang serba moden di negeri ini yang mampu mengeluarkan 10 hingga 15 juta botol sebulan pelbagai produk berasaskan buah berjenama ‘Natural Nutriton’ seperti jus durian belanda, nangka, manggis, belimbing dan ‘rock melon’ selain produk ro-selle. Koptani sudah mengeluarkan lapan produk roselle antaranya jem, kordial, sos cili beras-askan roselle dan halwa yang mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Tuanku Mizan Zainal Abidin begitu teruja selepas menatap produk Roselle .

Dato’ Sheikh Harun (kiri) menyerahkan sijil halal kepada Abdul Madik.

Tetamu yang hadir pada malam pelancaran produk Roselle.

Halwa Roselle.

Yang di-Pertuan Agong berkenan melancarkan Produk Roselle Koptani di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man sambil disaksikan Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Pegawai kanan kerajaan menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong di Taman Tamadun Islam.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 14: teganukita 20

Oleh Aida Abd RahmanGambar oleh Mastura

KaMPung Temir yang terletak enam ki-lometer dari bandar Kuala Berang bukan-lah lokasi yang asing dalam peta pelancon-gan Terengganu kerana kampung itu terkenal sebagai kawasan tum-puan pelawat menyak-sikan tuntung bertelur apabila tiba musimnya. Kelebihan Kampung Temir yang terletak di pinggir Sungai Tereng-ganu, di Dewan Un-dangan Negeri Telem-ong, Hulu Terengganu menjadi satu-satunya kawasan di Terengganu selain di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan yang dikenal pasti men-jadi habitat haiwan rep-tilia itu. Tuntung merupakan kumpulan haiwan sep-erti penyu, labi-labi dan kura-kura yang memi-lih perairan air payau di tepi sungai sebagai habitat semulajadinya untuk bertelur ketika air surut di waktu malam pada hujung tahun hingga April. Malah, di tepi sungai di kawasan landai sepa-njang empat kilometer juga menjadi tempat beriadah 300 penduduk yang kebanyakannya bekerja kampung den-gan bertani dan berni-aga. Aktiviti kampung seperti gotong- royong membersih sungai, ja-muan penduduk dan sukan rakyat turut di-jalankan di kawasan

BAKT

I JKK

K

14

2tk

Tarikan Kampung Temir jadi habitat tuntung

sungai berkenaan yang diketuai Pengerusi Ja-watankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung (JKKK), Encik Mohamad Ismail dan dibantu timbalannya, Encik Ahmad Gharib Ismail. Encik Mohamad dan Encik Ahmad Gharib turut dibantu 13 lagi ahli jawatankuasa JKKK sentiasa menggerakkan aktiviti kampung dan menjadi nadi menyatu-kan penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira fahaman politik. Menurut Encik Mo-hamad, dia berasa ber-tuah kerana penduduk kampung masih tebal dengan sikap toleransi, semangat kejiranan dan bermuafakat ketika menjalankan aktiviti kampung. “Tanpa mengira fa-haman politik, mereka semua tetap berganding bahu menjalankan ak-tiviti termasuk bergot-ong-royong membersih kampung dan mengada-kan jamuan apabila ada majlis kenduri tertentu. “ Setiap hujung ta-hun kami menjayakan sambutan ulang tahun Kampung Temir dan kemuncak sambutan inilah kami bersepakat memasak dan men-jamu semua penduduk kampung, selain men-jalankan sukaneka dan memberi hadiah cabutan bertuah kepada penduduk bagi menam-bahkan keceriaan dan se-mangat perpaduan mereka,” katanya yang berkhidmat sebagai

Pengerusi JKKK sejak tiga penggal lalu. Penduduk kampung juga berpeluang mengi-kuti kelas dan ceramah agama melalui imam kampung berkenaan serta pegawai agama dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu se-tiap tiga kali seminggu selepas waktu Isyak di masjid kampung itu. Walaupun sibuk den-gan aktiviti harian, penduduk masih b e r p e l u a n g mendalami ilmu agama bagi me-mastikan mereka tidak mengabaikan t a n g g u n g -jawab seba-gai Islam dan budaya hidup yang sihat. E n c i k Mohamad berkata , kampung y a n g d i k a -t a k a n sudah mela-hirkan empat keturunan itu berasal dari nama pokok `tengir’ yang tumbuh berdekatan sungai dan cara sebutan `orang hulu’ agak pekat menyebabkan namanya berubah menjadi Temir

serta kekal sehingga kini. Walaupun berada di kawasan agak terpencil dan jauh dari pusat ban-dar, Kampung Temir tetap mengecap nikmat pembangunan. Malah, kemudahan asas sudah lama tersedia di kam-pung yang dikatakan pernah ditadbir oleh lima penghulu itu. Kemudahan perpari-tan, saliran dan jalan kampung yang baik

memudahkan

penduduk ber-ulang alik ke pusat ban-dar dan ke tempat kerja mahupun ke sekolah berhampiran yang ter-letak dalam lingkungan lima hingga lapan kilo-

meter sahaja jaraknya. Beliau bersama JKKK kampungnya dan JKKK kampung Pauh kini sedang beru-saha untuk memasti-kan tanah terbiar yang berkeluasan kira-kira 30 hektar di kampung-nya dapat dimajukan sekaligus menambah sumber pendapatan penduduk dengan me-nanam kelapa. Katanya, perbincan-gan sudah dijalankan dengan Ja-batan Perta-nian untuk mengkom-

ersialkan

tan-aman kelapa su-paya hasil tanaman itu lebih berkualiti dan ter-jamin. “Selain kelapa, pen-

duduk juga me-nanam jagung, getah dan ke-lapa sawit sebagai sumber pendapatan. Bagaimanapun, ada 15 keluarga dari kampung ini berhijrah kerana mengusahakan kelapa sawit di Tanah Rancan-gan Felda Seri Bandi dan tujuh keluarga ke Bukit Kepah,” katanya. Encik Mohamad yang tiada masalah dengan pemimpin set-empat, malah Penghulu Mukim, Encik Mohd Shukri Hashim sentiasa turun padang apabila

pihaknya mahu men-g a d a k a n perbincan-gan dan m e n g a d u m a s a l a h kampung. Pada masa yang sama, beliau kini mengharapkan pelbagai ke-mudahan dapat dinaik taraf di

kampung itu ter-utama membina wakaf di kawasan perkuburan yang sudah dipohon se-jak 50 tahun lam-

pau.

Ladang jagung hidup subur hasil usaha penduduk Kampung Temir.

MOHAMAD ISMAIL

Mohamad (kiri) bersama penduduk mengerjakan tanah terbiar untuk bercucuk tanam.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 15: teganukita 20

SERI

KAND

I

15

2tk

Oleh Suriati Ali

“tugas seba-gai guru ketika berada di sekolah serta isteri wakil rakyat apabila berada di kawasan De-wan Undangan Negeri (DUN) tidak jauh ber-beza dan menganggap kedua-dua itu amanah itu sangat istimewa. “Walaupun ianya nampak sukar oleh ses-etenggah pihak kerana memerlukan pengagi-han masa yang sempur-na tetapi saya mampu berusaha melaksana-kan tanggungjawab itu secara berjadual dan bijaksana,” kata Puan Rosidah Mokhtar, 45, ketika ditemubual Teganukita. Beliau isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permai-suri, Encik Abdul Halim Jusoh, berasal dari Parit Besar, Batu Pahat Jo-hor, memiliki empat orang cahaya mata ha-sil pengkongsian hidup bersama insan tercinta. Permata hati sulung, diberi nama Nurdiyana berusia 20 tahun dan kini menuntut ilmu di New Zealand, diikuti Nurhazwani, 19, masih belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam manakala Nursyamimi, 16 dan Nur Amalina, 14 menimba ilmu di Seko-

Tugas guru dan isteri wakil rakyat, satu keistimewaan

lah Menengah Kebang-saan (SMK)Tengku Mahmud. Walaupun sibuk mengagihkan tugas sebagai guru dan is-teri wakil rakyat, tang-gungjawab mendidik anak-anak tidak pernah diabaikan Puan Rosi-dah terutama berkaitan pelajaran dan kasih sayang. Pelbagai pendekatan dilaksanakan semata-mata ingin melihat anak membesar di de-pan mata, termasuk menempatkan anak yang masih bersekolah di tempat dia mengan-jar iaitu SMK Tengku Mahmod. Langkah itu nyata memberi kesan positif kerana bukan sahaja mampu mendalami perasaan anak-anak malah memastikan se-cara berdepan tingkah laku sama ada positif atau sebaliknya ketika berada di sekolah. Puan Rosidah ber-kata, jika sikap yang dipamerkan itu kurang seronok didengar, dia akan menegur secara sopan sehingga anak-anak faham apa yang dilakukan itu tidak di-gemari ibu bapa. “ A l h a m d u l i l a h , anak-anak mudah men-dengar nasihat dengan apa yang diamalkan itu. Anak sulung dan kedua

kami berjaya melanjut-kan pelajaran sehingga ke peringkat yang di-impikan. “Tiada petua khas untuk semua itu, cuma kami sebagai ibu bapa sentiasa mengamalkan doa tertentu untuk mer-eka supaya tidak degil dan mendengar cakap,” katanya Katanya, penduduk setempat terutama di kawasan DUN Permai-suri seakan faham den-gan tugas saya sebagai guru di mana mereka terlebih dahulu me-minta dia menetapkan tarikh dan masa, jika program yang mengan-jurkan itu memerlukan dia hadir. “Saya gemar dengan cara hidup penduduk kampung di kawasan DUN Permaisuri, kera-na gemar berkerjasama dan menghulur bantuan terutama apabila rakan sekampung mengada-kan majlis kenduri dan kesyukuran. “Cara mereka yang hidup bermaufakat tidak sama dengan masyarakat yang ting-gal di kawasan Bandar yang kebanyakannya lebih mementingkan diri sendiri dan sukar menghulurkan ban-tuan jika berlaku kece-masan,” katanya. Katanya, sewaktu suami baru dilantik

menjadi wakil rakyat awal 2008, dia seakan tidak boleh menerima perubahan jadual tugas. Sebelum ini suami ber-tugas sebagai jurupe-runding syarikat yang mempunyai waktu berkerja secara berjad-ual. “Apabila difikirkan sedalamnya, tugas yang ditanggungjawabkan itu adalah amanah daripada rakyat dan pemimpin, saya menyokongnya dengan sepenuh hati dan menjalankan ama-nah sebagai isteri wakil rakyat sebaik mungkin “Saya menyedari suami meminati bidang politik sejak beliau me-

PUAN ROSIDAH MOKHTAR

megang jawatan Naib Pemuda UMNO ba-hagian Setiu pada awal 2000,” katanya ketika berkongsi bercerita mengenai YB Encik Halim berkaitan tugas baru. Menurutnya, walau-pun sibuk tugas har-ian seperti menghadiri mesyuarat, seminar, temujanji bersama masyarakat dan peras-mian program, suami cuba meluang masa untuk keluarga dengan keluar beriadah dan melancong. “Anak- anak turut faham dengan tugas baru ayah mereka, dan tidak pernah merun-

gut walaupun terpaksa ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Untuk menghilangkan rasa rindu, telefon dan sistem pesanan ringkas, cara kami berhubung,” katanya. Puan Rosidah ber-kata, dia memberi komitmen sepenuhnya dalam Badan Amal dan Kebajikan Isteri wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) dengan menghadiri pro-gram yang dianjurkan jika ada kelapangan. Antara aktiviti yang sering diikuti, termasuk kegiatan sukan, semi-nar dan lawatan sambil belajar.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 16: teganukita 20

Oleh Suriati Ali

HUTAN Lipur Chemerong (HLC) terletak di kawasan Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun dianggap masih `dara’ oleh segelintir pengunjung berikutan pelbagai khazanah yang terdapat dilokasi itu belum diteroka dan terusik. Pengunjung tempatan dan luar negara cukup mengemarinya kerana mempunyai pelbagai daya tarikan unik seperti tupai putih, pelbagai spesies orkid liar dan pokok akarnya di atas. Semua itu jarang ditemui di hutan lipur lain . Tidak ketinggalan dengan keindahan gunung berembun yang

HLC masih `dara’

mempunyai jarak 7.6 kilometer dari tapak hutan lipur; air terjun langsir yang tertinggi di negara ini, berukuran 305 meter ; alur air yang jenih serta dingin, pelbagai spesies tumbuhan herba serta flora dan fauna yang menawan. Penolong Pengarah Unit Rekreasi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Zailaini Man, berkata HLC yang dimajukan pada 1993 mendapat sambutan sangat membanggakan di mana setiap tahun mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung. Katanya, pada tahun lepas sahaja, pihaknya merekodkan hampir 50 ribu pengunjung berbanding 45 ribu

tahun 2008. “Individu yang datang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malah luar negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan China. “Jika tiba musim cuti am dan sekolah, pengunjung akan bertambah sekali ganda sehingga tempat letak kereta tidak mencukupi, Apabila situasi itu berlaku, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh dua km,” katanya. Pelbagai aktiviti boleh disertai pengunjung apabila tiba di HLC antaranya mendaki gunung, berkhemah, meredah hutan, berkelah dan membuat kajian.

Setiap individu yang hadir direkodkan JPNT bertujuan mengetahui kemasukan bilangan pengunjung dan menjaga keselamatan. Kebiasannya setiap bulan, hampir 4,000 hingga 5,000 pengunjung yang hadir ke destinasi menarik ini dan adakalanya mencecah 8,000 apabila tiba musim cuti am dan sekolah. Menurutnya, beberapa pendekatan dilaksanakan pihaknya semata-mata ingin memulihara khazanah dan mengekalkan keindahan alam di hutan lipur ini. “Kempen kebersihan dengan kerjasama pelbagai persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dianjurkan tanpa mengikut jadual. “Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mereka boleh menjalankan kerja amal iaitu mengutip bahan buangan seperti plastik sampah, bekas makanan dan botol minuman yang dibuang individu tidak bertanggungjawab.,” katanya. Pendekatan itu nyata memberi kesan positif kepada semua pihak terutamanya pendaki kerana sehingga kini, masih mampu mengecapi kesegaran alam semula jadi berikutan tiada sungai yang tercemar dan hutan dirosakkan. Menurutnya, jika pengunjung berminat mendaki Gunung Berembun, mereka perlu menempuh perjalanan hampir tiga hari dua malam dengan melalui denai sejauh 7.6 km. “Mereka tidak perlu risau

DEST

INAS

I

16

2tk

Air Terjun Chemerong merupakan yang tertinggi di Asia Tengganra.

Pelbagai spesis cendawan yang jarang ditemui hidup melata tanpa gangguan manusia.

Hutan Lipur Chemerong dihiasi flora yang menarik.

Pengunjung tempatan dan luar negara cukup mengemarinya kerana mempunyai pelbagai daya tarikan unik.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 17: teganukita 20

HLC masih `dara’atau bimbang kerana JPNT ada menyediakan pondok khas bertempat di sungai `Y’ dan ‘kem balak’ sebagai alternatif

untuk beristirehat sebelum sampai ke puncak. “Dalam perjalanan balik pula, pengunjung boleh singgah di Air

Terjun Langsir yang mempunyai ketinggian 305 meter. Di lokasi itu mereka boleh merasai kejenihan air yang belum dicemari mana-mana bahan buangan,”katanya. Apa menariknya HLC adalah keindahan alam semulajadi yang begitu unik sehingga ada sesetengah pengujung berulang kali datang ke lokasi ini dengan merancang pelbagai aktiviti. Pengunjung boleh mengguna kenderaan sendiri atau mendapat perkhidmatan teksi untuk menuju ke HLC yang terketak kira-kira 30 kilometer (km) dari Bandar Al-Muktakafi Billah Shah dan 100 km jarak dari 100 km pusat Bandar Kuala Terengganu. Antara kemudahan terdapat di HLC, pejabat, tapak perkhemahan, pondok rehat, surau, tandas, menara

tinjau, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna dan denai untuk ke Gunung Berembun. Hitan lipur yang dibuka dari jam 7 malam hingga 6 petang itu dikenakan bayaran RM5 seorang jika ingin menyertai aktiviti mendaki gunung. Zailani turut memberitahu, JPNT mempunyai rancangan membina 20 unit chalet dengan anggaran kos RM4 juta, sebagai kemudahan untuk pengunjung terutama kepada mereka yang tinggal di luar Terengganu, menginap lebih selesa. “Selain itu, membina jambatan gantung dan menambah kawasan tempat letak kereta yang sedia ada. Sekiranya perancangan itu terlaksana, pihaknya percaya, HLC akan lebih maju dan bilangan pengunjung lebih bertambah daripada jumlah sekarang,” katanya.

2tk

Pengunjung tempatan dan luar negara cukup mengemarinya kerana mempunyai pelbagai daya tarikan unik.

Pengunjung boleh melakukan pendakian ke puncak Gunung Berembun.

Keindahan alam Chemerong begitu mempersonakan.

Keindahan alam semulajadi pasti membuat pengunjung mahu datang lagi ke Hutan Lipur Chemerong.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 18: teganukita 20

2tk

ms 8 & 9

Page 19: teganukita 20

MIMBARSusunan : Zatini Yan Sumber: JhEAT

19agama

Penyelesaian kepada masalah riba di kalangan umat IslamuMuM mengetahui bahawa perniagaan pajak gadai yang berasaskan riba (konvensional) dan bertentangan dengan syariat Islam telah bertapak di negara kita sejak tahun 1871 lagi. Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam kita sejak dahulu lagi, dikatakan amat sinonim beruru-san dengan pajak gadai konven-sional ini, walaupun ada dika-langan mereka yang mengetahui akan kesan buruk daripadanya. Ar-Rahnu adalah sistem ga-daian Islam yang merupakan pilihan wajib kepada umat Is-lam. Ar-Rahnu merupakan suatu sistem berteraskan syariat iaitu satu bentuk gadaian yang di-jamin keselamatan dan tidak mengandungi unsur-unsur riba, tetapi lebih bersifat untuk mem-bantu sesama Islam. Berpandukan kepada al-

Quran dan Hadis yang telah membenarkan sistem ar-Rah-nu ini, maka Kerajaan Neg-eri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyediakan perkhidmatan skim ar-Rahnu iaitu pajak ga-dai yang berkonsepkan Islam sepenuhnya di seluruh negeri Terengganu. Matlamat penubu-han al-Rahnu oleh MAIDAM adalah jelas iaitu untuk mem-bantu umat Islam melalui cara berhutang yang berlandaskan syariat dan menghindarkan umat Islam dari terus terjebak dengan amalan riba yang ditawarkan oleh pajak gadaian bukan Islam iaitu konvensional yang secara jelas mempunyai unsur riba yang dilarang oleh Allah Taala. Skim ar-Rahnu beroperasi dengan memberi pinjaman atau

hutang segera kepada mereka yang memerlukan dengan caga-ran emas. Di dalam konsep ini, sesuatu barang kemas daripada emas adalah dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hu-tang. Sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka cagaran ini boleh digunakan untuk men-jelaskan baki hutang tersebut. Berlainan dengan pajak gadai bukan Islam atau konvensional, umum mengetahui mengenakan caj yang sangat tinggi dan mem-bebankan iaitu kira-kira 2% seb-ulan atau 24% setahun atas nilai pinjaman yang diberikan. Pihak MAIDAM amat peka dan prihatin dengan masalah umat Islam, dan melalui pelak-sanaan ar-Rahnu ini, MADAM telah mengeluarkan jutaan ring-git dalam bentuk modal pem-biayaan demi untuk membantu

umat Islam khususnya di negeri Terengganu. Selain itu, pihak MAIDAM turut mengeluarkan belanja yang besar bagi memas-tikan perkhidmatan ini adalah yang terbaik untuk umat Islam seperti penyediaan ruang premis yang moden, selamat dan selesa, peti penyimpanan dan bilik ke-bal yang kukuh, pengawal ke-selamatan 24 jam, dan kamera litar tertutup (CCTV), bahkan barang yang digadaikan adalah dilindungi sepenuhnya dengan insurans Takaful dan sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan, atau kemusnahan pada barang tersebut maka ia akan diganti mengikut nilaiannya.Antara kebaikan dan kelebihan sistem ar-Rahnu adalah : 1) Bebas daripada unsur-unsur

riba dan selari dengan ke-hendak hukum Islam.

2) Berkonsepkan fardhu ki-fayah iaitu bertujuan untuk membantu unat Islam yang memerlukan kepada bantuan kewangan segera.

3) Adil dan tidak membebankan pengadai.

4) Melahirkan sifat amanah pihak yang menjalankannya di dalam menjaga harta yang digadai.

5) Urusan yang lebih telus iaitu berdasarkan nilaian harga se-masa (emas).

6) Kadar upah simpanan yang rendah.

7) Cepat urusan, mudah dan selamat serta barang gada-ian dijamin perlindungannya dengan insurans Takaful iaitu insurans yang dibenarkan oleh syariat.

8) Wang lebihan akan dipulang-kan kepada penggadai.

WAKTU SOLAT NEGERI TERENGGANU BAGI 1 HINGGA 15 MEI 2010

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 20: teganukita 20

am20 am

Lapuran Aida Abd Rah-man, Esah Abdullah dan Suriati Ali

terengganu suatu masa dahulu memang terkenal sebagai negeri yang mempunyai ramai para alim ulama. Penyeba-ran dakwah begitu berke-san sekali sehingga ramai anak-anak tempatan memi-liki pendidikan agama yang baik. Usaha mengembalikan era zaman kegemilangan alim ulama ini perlu disan-jungi. Sehubungan ini, kita difahamkan Kerajaan Terengganu beriltizam un-tuk Membina Tamadun Terengganu Baru dengan menjadikan negeri ini seba-gai pusat kajian dan penye-lidikan al-Quran peringkat antarabangsa. “Maka akan lahirlah nanti para ilmuan, intelek dan pakar dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja mampu menguasai bidang-bidang agama dan hafazan al-Quran tetapi juga turut mampu menerokai bidang Sains dan Teknologi. “Ini landasan yang perlu dibina ke arah mewujudkan masyarakat Ulul Albab.Pembinaan sekolah Imtiaz perlu diadakan di setiap daerah bagi memberi pe-luang anak-anak negeri belajar agama dengan lebih bersistematik,” kata Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman sem-pena Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Membina tamadun Terengganu baru

Sidang Dewan

undangan negeri

Terengganu5 - 8 April

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud; Yang Dipertua DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan isteri To’ Puan Halijah Ali serta Setiausaha Kerajaan Neg-eri, Dato’ Mazlan Ngah dan isteri, To’ Puan Hajah Ro-hani Abdullah. Hadir sama, kerabat raja, Ahli Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli De-wan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan pegawai kanan kerajaan. Tengku Sri Panglima berkata, mudah-mudahan masyarakat Islam di negeri ini akan menjadi umat ter-baik (khaira ummah) dan umat yang seimbang (um-matan wasata) dalam aspek fizikal, emosi, intelek dan rohani seterusnya dapat mengurangkan kepincan-gan sosial. Katanya, kesihatan yang baik adalah nikmat. Justeru itu, perancangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat ke arah kehidupan yang lebih berkualiti hendaklah diberi keutamaan. “Kelengkapan perkh-idmatan perubatan perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira kepereluan kehendak semasa seperti pembinaan Pusar Rawatan Jantung. Tidak ketinggalan juga pembangunan fizikal bagi hospital-hospital daer-ah perlu diberi keutamaan. “Berada di pentas global yang mengamalkan peng-

gunaan teknologi maklumat secara meluas memerlukan kita sentiasa bersedia den-gan perubahan teknologi yang pantas berubah dan baru,” katanya. Kesempatan ini perlu diambil segera dengan melengkapkan keupayaan perisian, perkakasan dan peralatan ICT kearah mewujudkan pentadbiran kerajaan elektronik terkini. Selain itu, beliau ber-keyakinan penggunaan ICT secara meluas dalam pen-tadbiran Kerajaan Tereng-ganu akan menjadi pe-mangkin kepada kejayaan Koridor Raya Multimedia Pantai Timur (MSC) yang akan melibatkan persefaka-tan antara pihak kerajaan, swasta dan orang awam. Oleh yang demikian, penggunaan sistem ICT e-Kerajaan Bersepadu Negeri Terengganu (TeG) sudah pasti dapat menambah ke-berkesanan dan kecekapan sistem penyampaian di samping dapat mengatasi kerenah birokrasi yang te-lah lama diperkatakan. “Langkah kerajaan neg-

eri memperkenalkan e-Book kepada pelajar seko-lah rendah dan TB Kids kepada kanak-kanak Tadika harus diberi pujian. “Langkah awal ini te-lah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pelajar diberi pendedahan minda ke arah ICT, mempunyai minda yang lebih terbuka, berfikiran kreatif dan ino-vatif,” katanya. Dalam menjayakan sistem pembelajaran berkonsepkan teknologi elektronik pada 2009 se-ramai 23,400 pelajar telah dibekalkan dengan e-Book. Manakala pada 2010 dijangkakan lebih 50, 000 pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima termasuk guru yang mengajar Tahun Enam akan dibekalkan e-Book. Malah, e-Book ini juga akan dipanjangkan penggu-naannya juga ke peringkat sekolah menengah rendah pada masa depan. “Kita dimaklumkan ba-hawa program TB Kids yang dilaksanakan di 16 Tabika Perpaduan telah

Kerajaan negeri me-mutuskan supaya tiada se-barang lesen penebangan balak dikeluarkan kepada mana-mana individu ber-mula 1 Jun depan, bertu-juan mengelak pelbagai kemungkinan berlaku ter-masuk hakisan teruk dan pencemaran alam. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, tin-dakan itu adalah wajar kerana kebanyakan mer-eka yang memohon lesen penerbangan tidak me-nepati syarat dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. “Untuk keadilan, kerajaan negeri akan me-nawarkan tender kepada mana-mana syarikat yang berminat dengan men-genakan syarat tertentu termasuk mempunyai kepakaran dan kilang kayu sendiri. “Langkah itu, tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada kerajaan sebaliknya dapat men-

Lesen balak ditender

gurusnya secara teran-cang,” katanya ke-tika sesi pergulungan Sidang Dewan Undan-gan (DUN), hari ini (8 Mac). Menteri Besar meno-lak dakwaan Dato’ Ro-sol Wahid (BN-Ajil) yang menyatakan terlalu banyak kawasan balak diteroka dalam masa terdekat ini sehingga berlakunya lambakan balak dan tiada pasaran untuk tujuan itu. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Jaba-tan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), se-luas 33,916 hektar tanah diluluskan untuk pen-erbangan balak pada 2003; 15,698 hektar (2004); 13,369 hektar (2005); 12,406 hektar (2006); 14,424 hektar (2007); 8,650 (2008); 6,794 (2009) dan hanya seluas 2,845 hingga Mac 2010.

sebeluM itu, Dato’ Ah-mad ketika menjawab so-alan YB Haji Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) berhubung kemudahan yang boleh dimanfaat oleh penduduk hasil naik taraf Majlis Daerah Dungun ke-pada Majlis Perbandaran Dungun (MPD), berkata banyak faedah yang diper-olehi termasuk pertamba-han kakitangan dan pelu-ang mengisi lebih banyak jawatan di majlis perban-daran itu. Faedah kedua katanya

Manfaat naik taraf MPD

PeruntuKan khusus dan mencukupi bagi men-jaga dan menyelenggara tandas awam seluruh neg-eri yang diperuntukkan ke-pada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuk-tikan kerajaan negeri serius menjaga kebersihan kemu-dahan awam itu. Bagaimanpun, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti segelintir rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan

Peruntukan khas wujud tandas BMW

terbukti amat berkesan dan turut menambah minat be-lajar kanak-kanak. “Justeru, kita berharap pelajar gunakanlah sebaik mungkin kemudahan yang diberikan ini agar has-rat kerajaan mewujudkan sebuah masyarakat ber-maklumat benar-benar ter-capai,” katanya. Katanya, kita juga di-fahamkan penggunaan e-Book telah menarik minat bukan sahaja dari dalam negeri seperti Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bahkan juga dari luar nega-ra seperti Indonesia, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Kedua-dua negara berkenaan telah membuat tempahan awal masing-masing sebanyak 200 unit bagi menguji keberkesan-annya sebelum pelaksanaan secara lebih menyeluruh. Sebelum itu, beliau menyempurnakan istiadat pembukaan penggal per-sidangan yang ketiga DUN yang ke-12 dengan me-meriksa Barisan Kawalan Kehormatan diiringi Ketua Polis Negeri, Senior Asis-ten Komisioner I, Dato’ Mohd Shukri Dahlan.

Wajah-wajah sekitar Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu

Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman menyempurnakan istiadat pembukaan penggal persidangan yang ketiga DUN yang ke-12 dengan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan diiringi Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner I, Dato’ Mohd Shukri Dahlan. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Dato’ Ahmad menyampaikan teks ucapan kepada Yang dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Pangliman Raja, Tengku Baderulzaman.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 21: teganukita 20

am 21am

sebeluM itu, Dato’ Ah-mad ketika menjawab so-alan YB Haji Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) berhubung kemudahan yang boleh dimanfaat oleh penduduk hasil naik taraf Majlis Daerah Dungun ke-pada Majlis Perbandaran Dungun (MPD), berkata banyak faedah yang diper-olehi termasuk pertamba-han kakitangan dan pelu-ang mengisi lebih banyak jawatan di majlis perban-daran itu. Faedah kedua katanya

Manfaat naik taraf MPDmelibatkan soal perbe-lanjaan dan peruntukan tahunan yang lebih tinggi membolehkan lebih ban-yak kemudahan serta infrastruktur asas dapat disediakan kepada rakyat seperti jalan, parit dan longkang, selain menam-bah keceriaan bandar berkenaan. “Dengan naik taraf MPD sudah tentu secara nyata dapat dilihat dari segi fizikal seperti lampu, lanskap dan kecerian ban-dar.

Kes struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas telah pun diserah-kan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM) untuk di-siasat. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata beliau difahamkan oleh pihak tertentu SPRM sedang menjalankan siasatan ber-hubung perkara itu. Sehubungan itu, be-liau meminta semua pihak pihak supaya tidak mem-buat pelbagai andaian se-hingga hasil siasatan sele-sai. “Saya tidak dapat men-jelaskan perkara ini sama ada terdapat penyelewan-gan atau tidak kerana saya dimaklumkan SPRM ten-gah siasat, jadi saya ber-harap kita tidak menuduh yang bukan-bukan seh-ingga hasil siasatan SPRM

Kes stadium telah diserahkan kepada SPRM

diperjelaskan kepada umum,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Tereng-ganu, sebagai menjawab soalan lisan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berkenaan status terakhir kes stadium itu dan pihak bertanggungjawab yang perlu menanggung semula kos pembinaannya. Dewan dimaklumkan bahawa tender untuk kerja-kerja pembersihan kerang-ka stadium yang runtuh itu telah pun dikeluarkan pada 15 Mac lepas dan tarikh tu-tupnya 19 April nanti. Katanya kos pembinaan semula struktur yang run-tuh itu akan ditanggung oleh kontraktor utama iaitu Bina Struktur Sdn Bhd, Emarcon Sdn Bhd dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Beliau juga menjelas-kan walaupun kos asal

pembinaan stadium berke-naan adalah RM191 juta, namun harganya telah meningkat kepada RM294 juta apabila siap pada 22 Sept 2007. Menteri Besar berkata hasil laporan Jawatankua-sa Penyiasat mendapati terdapat empat faktor telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya keruntu-han iaitu reka bentuk yang tidak memadai iaitu per-eka telah gagal mengambil kira pertimbangan secuku-pnya terhadap keadaan pe-nyokong kepada struktur bangunan. Selain itu, ia disebab-kan oleh faktor bumbung tidak dibina dengan sem-purna menyebabkan ber-lakunya salah jajaran ke-pada geometri, kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak dan bahan dan kualiti hasil kerja tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

selain itu, Dato’ Ahmad meminta YB Wan Hassan supaya mengambil pendekatan yang baik dan bertin-dak rasional, walaupun terdapat satu kes ke-rosakan jalan di Sura sebagaimana yang dipertikaikan wakil Pas-Sura berkenaan ke-tika mengemukakan so-alan tambahan kepada beliau. “Jangan kerana satu kes jalan pecah (rosak) menyebabkan keselu-ruhan sistem itu tidak boleh dipakai. Inilah satu pendekatan yang tidak bagus, tidak baik sedangkan manfaat (naik taraf) lebih besar, peruntukan lebih besar diberikan. “Mungkin kerana banjir jalan pecah dan mungkin awal tahun pe-runtukan belum sampai untuk membaiki jalan berkenaan,” katanya. Beliau berkata, sepa-tutnya pihak pembang-kang tidak menjadikan isu kecil dan hanya ker-ana satu jalan di Sura (rosak) menyebabkan semua sistem jalan dan pembangunan di MPD itu tidak bagus.

Jangan satu kes, semua tidak bagus

PeruntuKan khusus dan mencukupi bagi men-jaga dan menyelenggara tandas awam seluruh neg-eri yang diperuntukkan ke-pada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuk-tikan kerajaan negeri serius menjaga kebersihan kemu-dahan awam itu. Bagaimanpun, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti segelintir rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan

Peruntukan khas wujud tandas BMW

tandas awam dan juga tan-das di masjid yang menjadi tempat ramai pelawat dari luar Terengganu singgah ketika bersolat. Dato’ Ahmad (BN-Kijal) yang juga Pengerusi Ker-ajaan Tempatan berkata dua perkara yang harus ditekankan daalam aspek menjaga kebersihan tan-das iaitu pengurusan dan penjagaan serta mentaliti pengguna kemudahan itu sendiri.

Kerajaan Negeri merangka pelbagai program yang sesuai dengan minat golongan belia tempatan bagi mengurangkan gejala sosial secara berper-ingkat. Pengerusi Jawa-tankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pihaknya mula serius merancang aktiviti sejak 1994, ter-masuk mewujudkan program Rakan Muda; Kelab Reka Cipta Reakreasi dan Sukan, Wira Usaha, Rakan Muda Mahir dan Ke-cerdasan. Beliau berkata, mu-lai tahun lepas, kera-jaan negeri turut men-ganjurkan kursus Dana Remaja selama tiga hari dua malam yang mensasarkan 20 pera-tus daripada jumlah penerima bakti remaja setiap tahun.

Rangka program untuk belia

Wajah-wajah sekitar Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 22: teganukita 20

amam22 am

Dipda tawar empat program pentingtrefound Educare Sdn Bhd anak syarikat Yayasan Terengganu (YT) terus mengo-rak langkah dengan menubuhkan institusi pengajian baru, dike-nali sebagai Akademi Pembangunan Pro-fesional Darul Iman (Dipda). Melalui Dipda, me-nawarkan empat pro-gram penting iaitu, `in house training’, khid-mat runding penguru-san, english communi-cation skills dan mind based learning and smartstudy. Objektif utama penubuhan institut itu adalah untuk menyum-bang kepada pemban-gunan modal insan dan seterusnya melahirkan profesionalisma di ses-ebuah organisasi kera-jaan mahupun swasta. Ketua Pegawai Ek-sekutif Dipda, Dr. Wan Shaari Wan Ismail, berkata untuk mereal-isasikan matlamat ini, Dipda telah memilih dan melantik beberapa rakan strategic sebagai fasilitator. “Focus Learning Consulting Sdn Bhd, British Council (BC) dan Creative Question Enterprise, mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini terutama di sektor latihan dan kon-sultansi. “Dengan kerjasama erat dari rakan strategik itu, Dipda bertindak sebagai agensi latihan dengan menggunakan pendekatan 4M iaitu mengenalpasti pelu-ang, mencadang modul latihan, mengurus per-jalanan sesi latihan dan memantau serta menilai impak,” katanya. Menurutnya, pro-gram in house training dan khidmat runding pengurusan berjaya di-jalankan pada 29 dan 30 Desember tahun lalu dengan penglibatan 70 kakitangan termasuk 20 pegawai kanan Yayasan Terengganu bertempat di Gambang Resort City, Kuantan dan Langkawi.

Oleh Suriati Ali

PendeKatan Tereng-ganu mengagihkan e-Book kepada pelajar Tahun 4 dan 5 dengan mengeluarkan peruntukan RM50 juta, adalah tindakan bijaksana berikutan golongan itu kini lebih bersemangat un-tuk menimba ilmu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, ber-dasarkan kajian yang di-jalankan, pelajar berkaitan tidak lagi merungut men-genai masalah beg berat malah bersemangat serta mempunyai keyakinan tinggi untuk terus belajar. “Pelbagai bangsa ter-masuk masyarakat orang asli seronok belajar ber-pandukan e-Book kerana mudah dibawa selain da-pat mengetahui lebih men-dalam berkaitan Teknologi Maklumat (IT),” katanya kepada sidang media

Perluas penggunaan e-Book ke seluruh Malaysia

selepas menerima Kun-jungan Hormat, Timbalan Presiden Intel Corp, Mr John E Davies, di pejabat-nya, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Dato’ Ahmad turut memberitahu, kerajaan

negeri bangga kerana syarikat Intel Corp mem-beri kepercayaan bagi menguna pakai e-Book seperti mana di negara maju lain. Sementara itu, Mr John berkata, penggunaan e-

Book sewajarnya diman-faat di seluruh Malaysia bukan hanya terhad kepa-da pelajar yang menuntut ilmu di Terengganu. Katanya teknologi canggih ini, tidak rugi diperluaskan kerana ia

mampu meningkatkan daya pemikiran, semangat untuk belajar dan kreativiti berkaitan IT. “Pihaknya memuji tin-dakan pemimpin Tereng-ganu yang menggunakan pendekatan IT sebagai langkah meningkatkan sistem pendidikan yang sedia ada dan langkah ini perlu dicontohi negeri lain. “Tiada alasan untuk tidak menggunakan e-Book kerana Malysia su-dah jauh maju ke depan selain memiliki rangka-ian kemudahan jalur lebar yang bagus dan tercang-gih,” katanya. Menurutnya, sehingga kini terdapat 61 negara su-dah menggunakan sistem e-Book, selain beberapa negara di Asia termasuk Jepun, Korea dan Austra-lia.

Setiap rakyat sama ada di bandar atau di peda-laman berhak menikmati arus pembangunan dan tidak terkecuali mendapat manfaat itu termasuklah masyarakat Orang Asli Sungai Berua di Hulu Terengganu. Golongan itu bakal me-nikmati kehidupan lebih selesa apabila kerajaan negeri akan memasti-kan setiap keluarga dapat mengusahakan 2.4 hektar ladang kelapa sawit ber-banding hanya 60 hektar yang diusahakan hampir 100 keluarga sebelum ini. Malah, kerajaan negeri juga meluluskan serta-merta pembinaan 40 unit rumah mampu milik yang mempunyai tiga bilik ke-pada keluarga orang asli yang sebelum ini terpaksa berkongsi dengan dua hingga empat keluarga da-lam satu rumah. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata usa-

Orang Asli Sungai Berua dapat nikmat pembangunan

ha kerajaan diharapkan meningkatkan pendapatan mereka dan mengelak go-longan itu memasuki hutan sehingga berminggu-min-ggu lamanya semata-mata mencari hasil hutan seperti rotan, gaharu atau damar untuk dijual bagi menam-bah pendapatan. Katanya, inisiatif kera-jaan juga mengelak dari-pada golongan itu terus memburu hasil hutan dan melanggar undang-undang akibat mengambil spesis hutan yang harus dilind-ungi, apatah lagi spesis itu semakin pupus. Dato’ Ahmad, berkata kerajaan juga tidak mahu `orang tengah’ menin-das dan mengeksploitasi masyarakat Orang Asli yang membeli hasil hutan diperolehi mereka sep-erti gaharu dan rotan yang berkualiti dengan harga yang murah. “Saya melihat kalau ada 60 hektar (ladang ke-

lapa sawit) dengan 88 ke-luarga yang semakin ber-tambah sudah tentu tidak menguntungkan mereka. Sebagaimana dikatakan tadi, RM1,200 setahun (pendapatan) apa yang kita dapat? “Di bawah paras kemiskinan pun, satu ke-luarga sudah RM115 - RM122 seorang per kap-ita. Ini RM100 (sebulan) tak sepatutnya berlaku da-lam keadaan kita sudah 53 tahun merdeka ini. Justeru

itu kalau nak buka ladang kita beri dalam kadar yang biasa enam ekar seorang,” kata beliau ketika sidang akhbar selepas menyam-paikan sumbangan hamper kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pen-garah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Dato’ Mohd Sani Mistam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri,

Rozi Mamat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Haji Mohd Zawawi Ismail. Dato’ Ahmad berkata, beliau meminta Ketua Pen-garah JHEOA memastikan kewangan dan peruntukan menerusi Rancangan Ma-laysia Ke-9 mencukupi bagi memulakan projek perladangan berkenaan dalam kadar yang segera. “Saya bimbang kalau ada 600 ekar, kewangan tidak cukup pula..Kalau tak cukup bagitau kita se-bab kita nak pastikan ke-lapa sawit selepas tempoh tiga tahun boleh mengelu-arkan hasil. “Benih yang beru-mur 12 hingga 14 bulan mengambil masa tiga ta-hun sahaja Pastikan benih berkualiti jika ditanam, dengan penjagaan rapi da-pat memberi pendapat lu-mayan,” kata beliau lagi. Dato’ Ahmad berkata, perubahan taraf hidup dan keselesaan yang dikecapi golongan itu kelak boleh mengubah persepsi umum selain mereka juga tidak berasa terasing dan rendah diri untuk berdepan den-gan masyarakat bandar. Kerajaan negeri juga meluluskan RM20 ribu untuk membangunkan Ta-man Sains Sekolah Ren-dah Kebangsaan Sungai Berua sebagai tarikan baru untuk menarik minat anak-anak di situ ke sekolah dan mengikuti pelajaran den-gan lebih baik.

Dato’ Ahmad menyambut kunjungan hormat Mr John E Davice di pejabatnya di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh Zulkipli Putra

Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Orang Asli Sungai Berua tidak ketinggalan dalam arus pembangunan apabila Kerajaan Terengganu menjanjikan setiap keluarga dapat mengusahakan 2.4 hektar ladang kelapa sawit.

Sabtu, 01 Mei 2010

Page 23: teganukita 20

sukan 23 sukan

Terengganu tuan rumah Piala Raja Libas 2010

Kapas-Marang medan sukan pelancongan ekstrem

terengganu diberi penghormatan selaku tuan rumah gelanggang pembukaan Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Libas edisi 2010 yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Mei ini. Kejohanan peringkat Zon Timur itu yang menampilkan pasukan-pasukan terbaik dari Terengganu, Pahang dan Kelantan akan diadakan di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga penaung kejohanan, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi peringkat Zon Timur adalah

satu penghormatan terhadap perkembangan sukan sepak takraw di Terengganu. Katanya, sebanyak 48 regu bakal menyertai kejohanan sulung yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM35,000 selain merebut empat tempat ke pusingan Grand Final di Shah Alam pada Disember depan. “Kita berterima kasih kepada pihak MDAG dan Gajah Emas kerana memilih Terengganu sebagai gelanggang sulung bagi penganjuran kejohanan berprestij ini. “Selain itu, sokongan kewangan daripada kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu

juga mampu menyemarakkan lagi pembangunan sukan sepak takraw khususnya di negeri ini,” katanya. K e j o h a n a n t e r s e b u t adalah anjuran bersama antara Persatuan Sepak Takraw Negeri T e r e n g g a n u (PSTNT) dengan MDAG Marketing Sdn. Bhd manakala Gajah Emas Industries Sdn. Bhd. tampil selaku penaja. Sebagai syarat pertandingan, setiap regu yang ingin menyertai

kejohanan ini hanya boleh menyenara ikan seorang pemain negeri atau negara dalam pasukan mereka. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan awal sebelum aksi kalah mati dilangsungkan di pusingan kedua.

“Penganjuran ini bertujuan mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru dalam sukan sepak takraw .Selain itu, penganjuran ini juga adalah sebahagian daripada promosi kami untuk

filem aksi ‘Libas’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi,” kata pengarah MDAG, Encik Al Fattah Mohd. Sementara Pengurus Gajah Emas Industries Sdn. Bhd, Encik Norhilman Mohd. Noor berkata, selain pertandingan sepak takraw, turut diadakan sepanjang dua hari kejohanan itu adalah Klinik Sepak Takraw yang akan dikendalikan oleh legenda negara, Adnan Saidin. Sementara itu, yuran penyertaan setiap regu dikenakan sebanyak RM50.00 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi pengurus kejohanan, Ramlee Salleh di talian 012-9867755 atau Abd. Rashid Majid (017-9184202).

Kevin Yeap Soon Chooi (kiri) dan

Leng Chi Lim bersama replika

cek yang mereka menangi selepas

muncul juara kategori terbuka

pertandingan Kapas-Marang

International Swimathon 2010.

- Gambar oleh Zulkipli Putra

Ujian sebenar peserta

Kapas-Marang Swimathon 2010 adalah terpaksa meredah ombak

dan arus deras laut.

DATUK ABDUL RAHIN

Sabtu, 01 Mei 2010

Oleh: Aida Abd Rahman

KaPas-Marang Interna-tional Swimathon 2010 bukan lagi asing bagi peminat sukan renang dari dalam dan juga luar negara sebagai sukan pelancon-gan ekstrem bertaraf dunia yang menjanjikan perebu-tan hadiah wang tunai dan platform mendekati buda-ya serta tradisi masyarakat Marang. Buat julung kalinya, anak muda dari Perak, Kevin Yeap Soon Chey, 23, mengungguli juara kategori lelaki selepas ber-jaya menamatkan perlum-baan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut, Marang dengan catatan masa satu jam 33 minit dan 33 saat. Kevin selaku peme-nang pingat perak acara 1500 meter gaya bebas pada Sukan SEA Laos ta-hun lalu yang pertama kali menyertai kejohanan itu menyifatkan perlumbaan yang disertainya amat mencabar kerana terpaksa berdepan dengan ombak yang besar. Selain stamina dan mental yang kuat, dia juga menaruh keyakinan yang tinggi untuk memenangi acara itu walaupun menda-pat saingan sengit dari-pada pencabar di tempat kedua, Nor Mohd Ibrahim bagi kategori lelaki (20-34 tahun) Kevin berupaya men-jarakkan diri dengan per-bezaan 12 minit sahaja dengan Nor. Kejayaannya itu turut menjadi catatan masa terbaik dan rekod bagi keseluruhan sekaligus dinobatkan sebagai peme-nang utama kejohanan.

“Penyertaan saya da-lam sukan ekstrim ini ada-lah pertama kali dan caba-rannya pasti hebat kerana terpaksa berdepan dengan arus yang kuat dan ombak yang besar,” katanya yang bakal membawa cabaran negara pada temasya Su-kan Komanwel di India hujung tahun ini. Manakala tempat ked-ua, Nur Adli Safwan Sari-man (satu jam 33 minit 34 saat) yang juga juara bagi kategori lelaki (junior ter-buka) (12-19 tahun). Tem-pat ketiga keseluruhan pula menjadi milik An-

drew Tebbutt dari United Kingdom yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan satu jam 34 minit 23 saat. Andrew merupakan juara bagi kat-egori lelaki 35-49 tahun. Pemenang keseluruhan wanita turut dimenangi perenang negara, Leong Chii Lin, dari Sabah yang beraksi dalam acara 50 dan 100 meter gaya bebas dalam skuad renang ke-bangsaan. Chii Lin berjaya me-newaskan dua pencabar utamanya, Lai Mei Juan dan seorang lagi perenang

negara, Khoo Chai Lin dengan catatan masa satu jam 33 minit dan 35 saat diikuti Mei Juan (1:37.13s) dan Chai Lin yang mer-

ekodkan masa 1:38.58s. “Berenang di kolam biasa dengan berenang di lautan memang banyak perbezaan. Kami terpaksa

melalui perjalanan yang jauh dan lebih perit lagi apabila mata saya kerap sakit kerana dimasuki air masin,” katanya. Atlit kuartet negara yang meraih gangsa dalam acara 4x200m gaya bebas pada Sukan SEA Laos tu-rut mengungguli kategori remaja wanita (12-19 ta-hun). Hadiah bagi peme-nang utama disampaikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Neg-eri Rhu Rendang, Encik Nik Dir Nik Wan Ku, di Pusat Peranginan Kelulut, Seberang Marang, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, A Rah-man Che Ali dan Penga-rah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, En-cik Ahmad Fathil Abd Ghani. Pada kali ini, seramai 300 peserta dari Malaysia,

Australia, Canada, Den-mark, Jerman Indonesia, Netherlands, Jepun, Sin-gapura, Sepanyol, United Kingdom dan Vietnam.

Page 24: teganukita 20

sukan Bil. 20 (01 Mei 2010) http://teganukita.blogspot.com

Terengganu tuan rumah Piala Raja Libas 2010

ms 23

Redahombak besar

“Tidak dinafikan cabaran sangat hebat untuk menamatkan perlumbaan kerana ombak terlalu besar dan arus kuat, tetapi saya yakin dan nekad mengharungi cabaran yang ada untuk merebut kejuaraan” - Kevin Yeap Soon Chey , Juara Keseluruhan lelaki.

(lihat ms 23)