teganukita 35

20
Kilang besi dibangunkan suku ketiga tahun ini ms - 18 Kunjungan bermakna Raja Perlis ke Terengganu ms - 2 Bil : 35 (18 Februari 2011) - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 lihat ms 2 KELAS MAYA ANJAKAN PENDIDIKAN Parkir automatik pertama di Malaysia Oleh Suriati Ali Oleh: Mohamad Shahrir dan Raja Faisal SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Telok Kalong dipilih sebagai sekolah perintis untuk menambah nilai kepada penggunaan e-Book secara menyeluruh KELAS MAYA yang kini diperkasakan tiga sekolah rendah di negeri ini meng- gunakan kaedah belajar secara interaktif dan peper- iksaan talian (online) akan menambah nilai penggu- naan e-Book. Selain itu, kelas maya yang dijangka akan dikem- bangkan ke seluruh negeri tidak lama lagi menunjuk- kan perkembangan mem- banggakan kerana murid yang mengikuti pelajaran melalui kaedah itu cukup teruja dan seronok menero- ka ilmu. Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Telok Kalong, Kemaman dipilih sebagai sekolah per- intis. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kelas maya juga mampu mendisplinkan pelajar ke- tika belajar dan lebih berse- mangat untuk ke sekolah. Katanya, pendekatan ini secara tidak langsung menolak andaian dan tohmahan segelintir pihak yang menyatakan penggu- naan e-Book tiada faedah dan manfaat. “Kerajaan negeri beru- saha mewujudkan kelas maya sebagai nilai tambah kepada e-Book di mana sebelum ini agak terhad penggunaannya iaitu guru perlu melihat hasil kerja setiap pelajar dan tidak boleh menjalankan peper- iksaan secara talian. “Apabila wujudnya kelas maya ini, hasil kerja termasuk jawapan dan markah boleh dilihat pada skrin sesentuh di hadapan kelas selain pelajar tidak boleh membuka aplikasi lain termasuk permainan komputer,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan perkem- bangan kelas maya di SK Paya Bunga. Hadir sama dalam la- watan itu, Pengerusi Ja- watankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Ma- nusia, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), En- cik Razali Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Top IT Sdn Bhd, Encik Mohd Isa PEMBINAAN parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang per- tama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Feb- ruari lalu. Cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mam- pu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu sejak sekian lama. “Saya bangga kerana Tereng- ganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama da- lam Bandar Raya Kuala Tereng- ganu meletakkan kenderaan mer- eka,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad selepas merasmikan parkir itu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad juga ber- harap ramai pengguna akan meng- gunakan kemudahan yang telah disediakan kerajaan itu demi kes- enangan serta keselesaan mereka. Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggu- nakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan peng- gunaan kawasan serta keselama- tan kenderaan lebih terjamin. Pembinaan `rotary type’ memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010. lihat ms 3 AHMAD SAID Pembinaan parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang pertama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Februari lalu mampu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

description

teganukita 35

Transcript of teganukita 35

Page 1: teganukita 35

Kilang besi dibangunkan suku ketiga tahun ini

ms - 18

Kunjungan bermakna Raja Perlis ke Terengganu

ms - 2

Bil : 35 (18 Februari 2011) - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

lihat ms 2

KELAS MAYA ANJAKAN PENDIDIKAN

Parkir automatik pertama di Malaysia

Oleh Suriati Ali

Oleh: Mohamad Shahrir dan Raja Faisal

SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Telok Kalong dipilih sebagai sekolah perintis untuk menambah nilai kepada penggunaan e-Book secara menyeluruh

Kelas maya yang kini diperkasakan tiga sekolah rendah di negeri ini meng-gunakan kaedah belajar secara interaktif dan peper-iksaan talian (online) akan menambah nilai penggu-naan e-Book. Selain itu, kelas maya yang dijangka akan dikem-bangkan ke seluruh negeri tidak lama lagi menunjuk-kan perkembangan mem-banggakan kerana murid yang mengikuti pelajaran melalui kaedah itu cukup teruja dan seronok menero-ka ilmu. Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Telok Kalong, Kemaman dipilih sebagai sekolah per-intis. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kelas maya juga mampu mendisplinkan pelajar ke-tika belajar dan lebih berse-mangat untuk ke sekolah. Katanya, pendekatan ini secara tidak langsung menolak andaian dan tohmahan segelintir pihak yang menyatakan penggu-naan e-Book tiada faedah dan manfaat. “Kerajaan negeri beru-saha mewujudkan kelas maya sebagai nilai tambah kepada e-Book di mana sebelum ini agak terhad penggunaannya iaitu guru perlu melihat hasil kerja

setiap pelajar dan tidak boleh menjalankan peper-iksaan secara talian. “Apabila wujudnya kelas maya ini, hasil kerja termasuk jawapan dan markah boleh dilihat pada skrin sesentuh di hadapan kelas selain pelajar tidak boleh membuka aplikasi lain termasuk permainan komputer,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan perkem-bangan kelas maya di SK Paya Bunga. Hadir sama dalam la-watan itu, Pengerusi Ja-watankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Ma-nusia, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), En-cik Razali Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Top IT Sdn Bhd, Encik Mohd Isa

Pembinaan parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang per-tama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Feb-ruari lalu. Cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mam-pu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu

sejak sekian lama. “Saya bangga kerana Tereng-ganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama da-lam Bandar Raya Kuala Tereng-ganu meletakkan kenderaan mer-eka,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad selepas merasmikan parkir itu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad juga ber-harap ramai pengguna akan meng-gunakan kemudahan yang telah

disediakan kerajaan itu demi kes-enangan serta keselesaan mereka. Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggu-nakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan peng-gunaan kawasan serta keselama-tan kenderaan lebih terjamin. Pembinaan `rotary type’ memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010.

lihat ms 3

AHMAD SAID

Pembinaan parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang pertama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Februari lalu mampu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Page 2: teganukita 35

2 amJumaat, 18 Februari 2011

Kunjungan bermakna Raja Perlis ke Terengganu

Jadikan HuluTerengganumaju

Kenaikan elaun lahir ramai imam, bilal muda

Pelajar bersemangat meneroka ilmu dalam kelas mayadari ms 1

Nik dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Dato’ Seri Haji Ah-mad, berkata kera-jaaan memperuntukkan antara RM25,000 hingga RM30,000 bagi setiap kelas maya dan bakal

membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk mem-perluaskannya di beberapa buah sekolah seterusnya. “Berdasarkan peman-tauan, sikap pelajar yang lebih bersemangat men-eroka ilmu dan berlumba-

lumba ingin menjawab so-alan ketika menggunakan kaedah ini, nyata menjadi pembakar semangat guru dan pihak JPNT untuk memperluaskan program seumpama ini,” katanya. Difahamkan kerajaan

Kerajaan negeri ber-harap kenaikan elaun imam dan bilal masing-masing berjumlah RM800 serta RM600 di seluruh masjid di Terengganu mampu menjadi suntikan semangat selain menarik minat lebih ramai golon-gan muda bagi melibatkan diri dalam perkhidmatan itu. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat, berkata kadar elaun terbaru yang selaras ber-banding bayaran sebelum ini mengikut kategori tertentu iaitu paling mak-simum RM650 dan mini-mum RM600 (imam) serta maksimum RM450 dan minimum RM400 (bilal) itu lebih tinggi berband-

Oleh: Aida Abd Rahman dan Esah Abdullah

TuanKu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tu-anku Tengku Fauziah Al-Marhum Tengku Ab-dul Rashid berkenan be-rangkat dan meluangkan masa hampir dua jam melawat Taman Tama-dun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Tereng-

ganu, baru-baru ini. Baginda berdua berang-kat ke taman pelancongan yang menjadi mercu tanda Terengganu itu bersama-sama anakanda baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajj-ah Lailatul Shahreen Dato’ Akashah Khalil. Rombongan baginda yang disertai kira-kira 15 kerabat diraja menaiki Bas Bandar dari tempat pengi-

napan turut diperkenalkan tempat menarik sepanjang perjalanan menuju ke Pu-lau Wan Man. Di TTI, rombongan diraja diberi taklimat mengenai pusat pelancon-gan itu sebelum dibawa menaiki tram khas bagi mengelilingi taman dan menyaksikan monumen senibina Islam yang masy-hur seluruh dunia yang terdapat di situ. Taman pelancongan itu terletak di tapak berkelu-asan 23 hektar merupakan

sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia yang memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang desti-nasi Islam dunia. Taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam itu menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia ter-masuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Pada hari sebelumnya, rombongan berkenan melawat Pusat Kraf Noor Arfa Batik, Chendering dan Atikah Songket bagi melihat hasil kerja tangan anak tempatan yang terke-nal seluruh negara itu. Tuanku Raja dan Raja Perempuan turut menziar-ahi pusara ayahanda Raja Perempuan Perlis, Tengku Abdul Rashid Ibni Almar-hum Sultan Sulaiman di tanah perkuburan Masjid Sultan Zainal Abidin.

ing kadar elaun yang disediakan oleh Kerajaan Pusat kepada kumpulan pemimpin masjid itu. “Saya harap kenaikan elaun itu tidak dijadi-kan isu kerana Kerajaan Terengganu mengiktiraf dan menghargai sum-bangan besar kumpulan yang menjadi nadi peng-gerak institusi keagamaan khususnya tempat ibadat itu. “Pada masa yang sama juga, ia mampu menarik minat orang ramai ter-masuk golongan muda bagi melibatkan diri dalam kerjaya mulia itu kerana peranannya lebih menun-tut kepada keikhlasan dan fardu kifayah. Janganlah pula bersandarkan imbu-han (elaun) semata-mata,” katanya ketika sidang akh-

bar selepas merasmikan Pameran Foto Sempena Ulang Tahun Ke-20 Har-ian Metro di Pasar Raya Giant, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Encik Ah-mad @ Salim Bachok; Ketua Biro Harian Metro Wilayah Timur, Encik Su-fian Thauri Muhammed serta Pengarang Foto, En-cik Tun Izhar Tun Ishak dan Encik Abd Rahim Rahmat. Menurut YB Kazan, masih ramai imam dan bi-lal diperlukan bagi mengi-si kekosongan tugas itu di masjid-masjid dan usaha berterusan bagi mengatasi masalah berkenaan terus dilaksanakan. Bagaimanapun, keku-

rangan imam dan bilal di Terengganu sehingga kini tidak serius dan menim-bulkan masalah besar ke-pada institusi keagamaan di negeri ini untuk berg-erak lancar. Dalam pada itu, Pam-eran Foto Harian Metro

bukan sekadar menjadi platform meraikan pen-capaian akhbar berba-hasa Melayu nombor satu negara, malah tempat untuk berkongsi pelba-gai informasi bersama masyarakat.

negeri juga merujuk ke-pada konsep kelas maya di Korea Selatan apabila rombongan Haji Ahmad Razif melawat beberapa sekolah dan universiti neg-ara itu bulan lalu.

maTlamaT menjadikan Hulu Terengganu sebagai daerah istimewa dan setanding dengan daerah maju yang lain memerlukan kerjasama semua ketua jabatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pada masa yang sama, hubungan baik antara orang politik dengan ketua jabatan juga penting bagi merealisasikan hasrat dan slogan `Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan’ serta `merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sebagai kesinambungan memastikan rakyat dapat menikmati faedah daripada pentadbiran serta kepimpinan yang ada. “Daerah Hulu Terengganu adalah satu daerah yang hebat kerana di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu Terengganu dan tempat lahirnya ramai pejuang-pejuang Melayu lama yang terkenal.Saya berjanji akan bangkitkan semula Daerah Hulu Terengganu sebagai daerah yang disegani selepas pembangunan Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di majlis makan malam yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang. Program anjuran Biro Keusahawanan UMNO Hulu Terengganu dihadiri lebih 600 pemimpin masyarakat dan ketua jabatan. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, majlis makan malam seumpama itu menjadi cantuman kasih sayang sebagai lambang kekuatan atau pakatan antara pemimpin masyarakat dengan ketua jabatan yang membentuk satu kuasa bagi merealisasikan hasrat kerajaan.

YB Khazan melihat pameran foto sempena Ulang Tahun Ke-20 Harian Metro di Pasar Raya Giant, Kuala Terengganu.

Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah berkenan melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis sebaik tiba di Kuala Tereng-ganu menaiki pesawat khas sambil ditemani Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman

Pelajar tekun menjawab soalan dalam Kelas Maya yang kini diperkenal oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Page 3: teganukita 35

3Jumaat, 18 Februari 2011am 3

dari ms-1

Kemudahan disediakan kerajaan demi kesenangan serta keselesaan pengguna

Menteri Besar sambut kepulangan pelajar Mesir

Terima kasih kerajaan

Projek tebatan banjir selesai masalah penduduk

Oleh: Kamaruddin Mat Akib

menTeri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Nor-liza Mahmud.menyam-but ketibaan 30 pelajar Terengganu yang meru-pakan kumpulan pertama penuntut di Mesir yang selamat tiba di bandar

Kuala Terengganu, pada malam 8 Februari lalu. Para pelajar berkenaan yang dibawa menaiki bas Yayasan Terengganu dari Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur ten-gah hari tadi, tiba di Kedia-man Seri Iman, kira-kira jam 10.20 malam. Mereka disambut den-gan tangisan keluarga

masing-masing yang se-bahagiannya menunggu sejak pukul 9 malam lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengarah YT, Haji Aziz Mamat, tu-rut menyambut ketibaan pelajar tersebut dan mer-eka turut menikmati hi-dangan makan malam di Kediaman Seri Iman.

Sehingga ini, 85 pela-jar sudah selamat sampai ke Terengganu selepas mereka dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat milik pelbagai syarikat penerbangan sejak 6 Feb-ruari lalu. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang berunding den-gan pihak berkuasa untuk

membawa 377 pelajar yang masih berada di Jed-dah dengan penerbangan terus ke Lapangan Ter-bang Sultan Mahmud. “Kerajaan negeri ber-harap urusan penghan-

Pelajar yang menun-tut di Mesir dan sela-mat tiba di Terengganu selepas mengharungi per-jalanan jauh beribu batu, melahirkan rasa syukur dan penghargaaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu serta Kera-jaan Pusat, yang mem-bawa mereka pulang ke pangkuan keluarga den-gan selamat. Selepas menempuh pelbagai pengalaman mengerikan sewaktu berada di negara yang sedang bergolak itu, akh-irnya pelajar berkenaan selamat menjejaki kaki di kampung halaman sendiri. Tambah bermakna bagi mereka kerana kepulangan kali ini, turut disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud; Set-iausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Timbalannya, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

“Saya rasa sangat ber-syukur kerana selamat tiba di Malaysia dan kini bera-da di Terengganu. Sebelum ini, saya dan isteri serta anak yang baru berusia lima bulan terpaksa me-nempuhi perjalanan yang amat jauh, sebelum berjaya pulang ke tanah air,” kata Mohd Shafizi Ismail yang berusia 26 tahun. Pelajar jurusan Penga-jian Islam di Universiti American Open itu ber-kata, beliau dan keluarg-anya terpaksa keluar dari Mansurah menuju ke Is-kandariah, sebelum tiba di Jeddah dan menunggu pe-sawat khas untuk terbang ke tanah air. “Kami bersyukur kerana tidak ada yang mengalami kecederaan dan selamat tiba di Kuala Lumpur pada 8 Februari lalu.” katanya. Beliau merupakan antara 30 rakyat Terengganu yang dibawa pulang ke negeri ini pada 8 Februari lalu dengan menaiki bas, set-elah selamat tiba di Lapan-gan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dengan pe-

sawat yang disewa khas dari Jeddah. Mereka dibawa ke ke-diaman rasmi Menteri Besar di Kediaman Seri Iman dan diraikan di ma-jlis makan malam khas sempena kepulangan ber-sejarah itu. Wan Md Shazani pela-jar Tahun 5 jurusan pe-rubatan Universiti Man-surah, pula berkata dia dan pelajar lain yang be-rada di Mesir tidak pernah

menduga akan mengalami pengalaman berharga. “Walaupun kami men-galami pelbagai kesulitan sebelum tiba ke tanah air, ia mematangkan kami dan meningkatkan rasa syu-kur kepada Tuhan kerana masih selamat dan berpe-luang kembali ke tanah air,” ujarnya. Alia Sazwani Razali, pelajar Tahun 3 perubatan dari Universiti Zagazig, berkata keadaan di tempat

tinggalnya tidak terkaw-al apabila tiga penjara yang berada di kawasan sekitarnya dibom, me-nyebabkan ramai band-uan terlepas lari. “Kami tingggal da-lam keadaan ketakutan kerana nyawa teran-cam. Rusuhan berlaku di kawasan tempat ting-gal kami menyebabkan kami tidak berani keluar dari asrama,” ujarnya.

KeberKesanan pro-jek tebatan banjir yang di-laksanakan di Taman Pe-rumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus akan diperluaskan ke kawasan lain yang ser-ing dilanda banjir. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said be-gitu teruja semasa menin-jau projek berkenaan turut menyarankan beberapa idea untuk memberi man-faat kepada penduduk sekitar seperti mewujud-kan aktiviti riadah di ka-wasan tangkungan berse-belahan. Kerajaan membelan-jakan RM5.6 juta un-tuk membina 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi pen-

duduk di taman berkenaan. “Ini janji kerajaan ke-pada rakyat ketika berlaku banjir besar pada 2008, bukan janji pilihan raya dan kita akan laksanakan biar dalam apa cara sekali pun

kerana kita ingin melihat rakyat gembira dan selesa serta selamat,”katanya. Projek tebatan banjir ini telah dimulakan pada Febuari tahun lalu dan tu-rut menempatkan rumah

pam bagi mengeluarkan takungan air ke sungai bila berlaku hujan lebat. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, projek printis ini merupakan satu kon-sep baru untuk mengelak

berlaku kejadiaan banjir dan akan diperluaskan ke kawasan lain termasuk di Taman Rakyat, Gong Pa-sir, Dungun serta beberapa kawasan yang dikenal pas-ti kemudian.

Parkir tersebut mampu memuatkan lebih 200 unit kereta serta 32 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) pada suatu masa. Caj RM 2.50 dikenakan pada 1 jam pertama bagi pengguna bersesuaian dengan teknologi canggih tersebut. Bagi jam seterusnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam. Seramai dua pekerja bertanggungjawab mengendalikan parkir automatik `rotary type’ yang telah memulakan operasinya baru-baru ini. Pada masa yang sama, Dato’ Seri Haji Ahmad menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang pembinaan parkir tersebut dijalankan selepas ditolak oleh negeri lain. Dato’ Seri Haji Ahmad juga telah mengenal pasti beberapa jalan utama di negeri ini bakal dibaik pulih bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengguna jalan raya serta melicinkan kesesakan lalu lintas “Keselesaan serta keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya bersesuaian dengan motto ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan,” katanya.

Kerajaan membelanjakan RM5.6 juta untuk membina 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk.

Menteri Besar dan isteri menyambut ketibaan 30 pelajar Terengganu yang merupakan kumpulan pertama penuntut di Mesir yang selamat tiba di bandar Kuala Terengganu.

taran pulang pelajar ke tanah air dapat disele-saikan secepat mungkin, bagaimanapun ia bergan-tung kepada keupayaan pesawat yang disedia-kan,” ujarnya.

ALIA SAZWANIWAN MD SHAZANIMOHD SHAFIZI

Page 4: teganukita 35

4 rencana

Krisis di Mesir dan pengajarannya

Jumaat, 18 Februari 2011

Oleh: HAMBALI ABDUL LATIFFANALISIS

slogan ‘Merakyatkan Pentad-biran dan Pembangunan’ kini me-masuki tahun ketiga. Selepas hampir tiga tahun menera-jui kerajaan Terengganu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said terus menegaskan beta-pa pentingnya slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ ini. Beliau bukan sahaja mahu penjawat awam dan rakyat memahaminya tetapi juga melaksanakannya. Dengan kata lain semua jentera pentadbiran negeri perlu menghaya-ti dan melaksanakan pentadbiran dan pembangunan kerajaan secara berkesan dan mendahulukan rakyat atau ‘cakna rakyat’. Slogan yang diilhamkan sendiri oleh Dato’ Seri Ahmad ini tidak jauh bezanya dengan slogan 1Malaysia yang diilhamkan Yang Amat Ber-hormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang mele-takkan kepentingan ‘Rakyat Didahu-lukan, Pencapaian Diutamakan’. Slogan ‘Merakyatkan Pentadbi-ran dan Pembangunan’ yang diper-kenalkan Dato’ Seri Ahmad sebaik mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, turut mendahulukan rakyat dalam setiap proses perancan-gan dan pelaksanaan pembangunan di negeri ini. Stail dan cara pentadbiran Datuk Seri Ahmad yang mahukan rakyat didahulukan dalam semua perkara - sama ada dasar mahupun perlak-sanaannya - bertujuan menjamin se-tiap program kerajaan negeri dapat dinikmati dan dirasai oleh seluruh rakyat di serata pelusuk negeri. Bagi Menteri Besar Terengganu ini, melalui pendekatan yang men-demokrasikan pembangunan dan pentadbiran – sebagai pemimpin masyarakat tidak kiralah sama ada dia orang politik atau juga penjawat awam – yang penting setiap daripa-da mereka meletakkan cakna rakyat sebagai asas utama demi kesejahter-aan dan kemakmuran seluruh rakyat Terengganu. Yang pasti, sejak tiga tahun yang lalu, sama ada melalui pembangu-nan ekonomi, pendidikan, perta-nian, kebajikan dan apa juga juga bantuan, segenap lapisan rakyat diberikan perhatian yang khusus dan faedahnya dapat dirasai oleh selu-ruh masyarakat hingga ke peringkat bawahan. Ternyata, kesungguhan dan kete-gasan Dato’ Seri Ahmad melaksana-kan dasar ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ di negeri ini dite-gaskan sekali lagi pada majlis Bicara Eksekutif yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Berucap di hadapan lebih 2,500 penjawat awam dan wakil Pertubu-

Ahmad Said sanjungi bakti penjawat awam Terengganu

han Bukan Kerajaan, Menteri Be-sar itu mengingatkan setiap penja-wat awam bahawa sebagai jentera kerajaan, merekalah yang diang-gap mampu merubah keadaan da-lam memperkasa pentadbiran atau mensejahterakan rakyat. Berikutan itu, sebagai jentera pelaksana, mereka perlu memas-tiksn pentadbiran kerajaan negeri kemas, kukuh dan tegas. Bagaimanapun, ketegasan itu tidaklah pula sampai menghakis kemesraan kepada rakyat kerana mereka bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diberikan. Beri-kutan itu, sekiranya ada kalangan penjawat awam tidak mampu mem-bantu rakyat, sekurang-kurangnya boleh memberi petunjuk kepada mereka untuk pergi ke jabatan berkaitan dengan urusan yang mer-eka perlukan. Apa yang cuba ditekankan Dato’ Seri Ahmad ialah setiap pentadbir perlu menunjukkan kewibawaan mereka bagi menjelaskan dasar, tu-juan dan harapan setiap projek serta program pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Jika mereka jelas dan mampu memahami kepa-da dasar itu diperkenalkan, dengan sendirinya rakyat akan faham dan tidak akan timbul keresahan di ka-langan rakyat. Jika pegawai dan rakyat fa-ham mengenai sesuatu dasar yang dirangka dan dilaksanakan, akan wujud kefahaman yang mendalam antara rakyat dan kerajaan. Perse-fahaman ini penting kerana dengan wujudnya kesedaran dan keserasian sedemikian akan bertambah kuat-lah semangat ataupun roh pendeka-tan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ Negeri Terengganu. Bagi Menteri Besar, slogan Mer-akyatkan Pentadbiran dan Pemban-gunan adalah suatu nilai murni yang perlu dipupuk dan diamalkan kerana ia bukan rekaan atau sekadar slogan semata-mata. Sebaliknya ia adalah nilai universal yang diterima pakai,

bukannya diolah dengan logik sema-ta-mata tetapi disadur dengan nilai-nilai Islamik. Menteri Besar itu bersyukur kerana dalam tempoh tiga tahun ke-belakangan ini, perkhidmatan awam Terengganu mendapat pengiktirafan demi pengiktirafan dan berharap ke-cemerlangan ini berterusan. Beliau yakin, apa saja boleh dicapai dengan perkhidmatan yang amanah, komit-men selain disiplin yang tinggi. Bagi penjawat awam peringkat tertinggi pula slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ini memerlukan komitmen mereka un-tuk mendampingi rakyat, menyela-mi masalah rakyat dan mencari jalan serta membuat keputusan untuk me-nyelesaikan masalah rakyat. Ini bermakna naluri untuk meng-hayati permasalahan rakyat tidak akan dapat dicapai jika hanya duduk seharian di pejabat dan menumpukan tugas kepada menghadiri mesyuarat semata-mata. Duduk di kerusi yang empuk tidak akan dapat memberi gambaran sebenar perkembangan dan keperluan masyarakat. Berikutan itu beliau berharap pe-gawai mesti terus ‘turun padang’. Jika orang politik, khususnya wakil rakyat sanggup duduk bersama rakyat di kawasan masing-masing untuk mendengar masalah rakyat, pegawai juga perlu duduk bersama wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebagai penjawat awam, sudah pasti mereka lebih berkemampuan menyelesaikan masalah kerana mer-eka adalah sistem yang memiliki ke-mampuan tersebut. Amat jelas bahawa Dato’ Seri Ahmad mengiktiraf bahawa sebagai jentera kerajaan, penjawat awam-lah yang mampu merubah keadaan - sama ada dalam memperkasakan pentadbiran atau mensejahterakan rakyat - atau kedua-duanya sekali!. Itulah pengiktirafan dan sanjun-gan Dato’ Seri Ahmad kepada pen-jawat awam di Terengganu!

Dato’ Seri Ahmad berucap di hadapan lebih 2,500 penjawat awam dan wakil Pertubuhan Kerajaan di Majlis Bicara Eksekutif yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kua-la Terengganu, baru-baru ini.

Krisis di Mesir: Rakyat bersyukur dan berterima kasih atas kesungguhan kerajaan Malaysia, khusus-nya Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membawa balik pelajar dan rakyat negara ini. Sama ada mereka penyokong atau pembangkang kepada kerajaan segala usaha baik dan teramat baik kerajaan seharusnya diperakui. Di peringkat negeri Terengganu pula, kerajaan negeri menghantar beberapa pegawai untuk misi membawa pulang pelajar dan pelbagai langkah yang diambil memastikan pelajar itu sama ada tajaan kerajaan mahupun persendirian tanpa men-gira fahaman politik tidak siapapun boleh menafi-kannya. Bahkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan saf kepimpinan negeri sendiri menyambut dan meraikan kepulangan anak Terengganu itu di kedia-mannya dan juga di Wisma Darul Iman. Justeru itu tindakan beberapa pemimpin pem-bangkang termasuk Pas, cuba mengaitkan apa yang berlaku kepada Presiden Hosni Mubarak di Mesir dengan Malaysia dengan menghasut kebangkitan rakyat untuk menentang kepimpinan sekarang ada-lah sesuatu yang amat tidak tepat. Kalau kita menoleh kepada sejarah, bukan perka-ra baru di Malaysia, rakyat yang memilih kerajaan secara demokrasi sejak pilihanraya pertama hingga sekarang bakal memasuki PRU 13, dan bukannya melalui tindakan revolusi dan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai sistem iaitu demokrasi ber-parlimen, raja berperlembagaan. Kerajaan Barisan Nasionan (BN), sebelumnya Perikatan telah sekian diberi kepercayaan untuk mengetuai kerajaan Malaysia adalah sebuah kera-jaan yang banyak berjasa kepada rakyat negara ini, hatta pihak pembangkang sekalipun turut me-nikmatinya. Bahkan kesungguhan kerajaan BN untuk mele-takkan rakyat sebagai keutamaan makin hari makin terserlah dengan pelbagai agenda pembangunan yang faedahnya adalah untuk rakyat. Apa yang pernah Terengganu alami ialah keraku-san, kekerasan dan keangkuhan Pas sewaktu men-jadi kerajaan sehingga kanak-kanak tadika Kemas pun sanggup di halau dari balai raya dan sebagain-yanya hanya kerajaan perbezaan politik. Pelbagai perkara yang tidak pernah kita terfikir, termasuk anak ahli Exco Kerajaan diberikan wang zakat juga dilakukan semasa parti itu berkuasa. Rakyat akhirnya menolak parti itu dalam PRU ke 11, sebab apa? Ia tidak lain dan tidak bukan dis-ebabkan oleh kerakusan dan cara mengurus tadbir mengikut nafsu, dendam kesumat dan keangkuhan yang melampau. Oleh itu belajarlah muhasabah diri dan parti sendiri sebelum melemparkan tuduhan kepada orang lain kerana akhirnya terpantul ke muka send-iri.

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit KomunikasiPenasihat : Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kepada Menteri BesarPengarang Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit

KomunikasiPenolong : Aida Abdul RahmanPengarangWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman,

Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli Putra & Syed Abd RahmanPelatih : Mohamad Shahrir, Raja FaisalMedia Baru : Kamaruddin Mat Akib, Harun Hassan

Page 5: teganukita 35

5rencana

BUDAYAOleh: RUSLAN ABD RAHMAN

Jumaat, 18 Februari 2011

Lukisan...KepadaMu Kekasih

anda pernah mendengar orang berkata gambar itu boleh menceritakan segala-galanya, maka demikianlah juga lukisan boleh menggambarkan segala-galanya. Dari mata turun ke hati. Mata yang memandang gam-bar dan lukisan itu, turun ke hati menghayati sekaligus me-nikmati akan keindahannya. Keindahan itu pula ada-lah seni, sesuatu yang bersifat abstrak yang dapat mengger-akkan jiwa dengan pelbagai perasaan. KepadaMu Kekasih yang asal-nya petikan dari sebuah lagu gubahan komposer M.Nasir dicipta di atas kanvas lukisan pula. Lantas Muzium Terengganu baru-baru ini dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara kini mengadakan pameran Kepa-daMu Kekasih bagi mendeka-tkan masyarakat terhadap seni itu dan apa yang dipancarkan oleh pengkaryanya, Pameran lukisan “Kepa-daMu Kekasih” itu mengeten-gahkan karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terh-adap keagungan Tuhan. Pameran berunsur dakwah ini mengikut terjemahan ‘ba-hasa visual’ oleh para pelukis dan penganjur berjaya meng-umpulkan 40 karya untuk tata-pan.

Ia bertujuan menyemai dan menyuburkan kecintaan dan penghargaan masyarakat ter-hadap karya seni, khususnya lukisan, sekaligus sebagai manifestasi dakwah secara yang berhikmah. Pada masa yang sama ia dapat mencetuskan satu renun-gan melalui penampilan mak-na-makna yang tersirat melalui karya berkenaan. Pengarah Muzium, Mohd.Yusof Abdullah berharap pa-meran ini dapat dijadikan satu medium bagi perkongsian in-telektual kerohanian antara peminat seni lukis dan pelukis tanah air.

Malah ia mungkin da-pat memberikan pengalaman tersendiri dalam menikmati karya-karya berkonsepkan sedemikian. Antara koleksi yang dipa-merkan ialah Al-Basmallah (Thuluth) ciptaan Mohammed Yusof Abu Bakar mengguna-kan unsur kaligrafi tradisional. Juga karya Dr. Sulaiman Esa berjudul Taman Misteri dengan media campuran mengutarakan persoalan kehidupan, syurga dan neraka. Pameran ini bersifat keroha-nian dalam konteks keIslaman, khususnya untuk dihayati oleh generasi muda. Allah kekasihku, kekasihku Allah. Ketika hatimu hanya un-tuk Allah, maka Allah menjaga dan menyayangimu dan orang-orang tercintamu. Kepada Al-lah kita berserah.

Menadah doa kepada kekasih yakni `Allah`, lukisan yang dipamerkan menjadi juadah mata dan fikiran.

Muzium negeri Terengganu baru-baru ini dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara kini mengadakan pameran KepadaMu Kekasih.

Karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Allah.

Pameran lukisan “KepadaMu Keka-sih” itu mengeten-gahkan karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Tuhan.

Pada masa yang sama ia dapat mencetuskan satu renungan melalui penampilan mak-na-makna yang tersirat melalui karya berkenaan.

Page 6: teganukita 35

6 rencana

WAKAF RAKYATOleh: ANAK POK TEH

Jumaat, 18 Februari 2011

TidaK ada yang lebih menggembirakan dalam politik dan pentadbiran Terengganu sekiranya ‘kemelut politik’ dapat diatasi dan ‘perteling-kahan’ dapat dilupakan den-gan pemimpin politik kembali duduk semeja. Dalam konteks pentadbi-ran, orang politik khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika mereka bersatu dan tidak bertelingkah akan memu-dahkan pihak penjawat awam melaksanakan tugas mereka. Pertentangan dan pertem-bungan yang kerap akan meng-gugat pentadbiran, apa lagi jika pulau memulau.Alhamdulilah, keadaannya di Terengganu kini boleh dikata-kan kembali ‘tenang’ dan wajah ceria di kalangan orang politik akan menceriakan pentadbiran negeri. Penjawat awam tidak akan merasa bimbang dan tertekan, malah akan merasa lega dan lebih berminat untuk sama-sa-ma turun padang melaksanakan apa juga yang dirancang oleh kerajaan negeri. Ada pihak mengatakan apa-bila menyebut kerajaan, ia hanya membabitkan anggota pentadbiran. Pandangan ini silap dan tidak relevan sama sekali – pun dalam ilmu politik. Ini kerana dalam pentadbiran, yang membuat dasar adalah orang politik pada persidan-gan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudian selepas dipersetujui diangkat untuk di-luluskan. Jika di persekutuan, undang-undang digubal di Dewan Rakyat dan kemudian dibahas

Biarlah orang cerca, Allah Mengetahuinya!

dan diluluskan oleh Dewan Negara sebelum dipersetujui Yang di-Pertuan Agong. Apabila menyebut kerajaan di Terengganu ini bermakna ia adalah gandingan antara pem-buat dasar dan pelaksana. Ker-ana itu, mereka yang melaksana perlulah memahami hasrat dan matlamat ketua pentadbir neg-

eri, iaitu Menteri Besar. Menteri Besar ini adalah wakil parti yang memerintah sementara pegawai kerajaan adalah pelaksana kerajaan yang mentadbir pada ketika itu. Dan jika ada cacat cela di ka-langan pegawai kerajaan, bukan mereka sahaja yang dipersalah-kan, orang politik juga akan

dipersalahkan – biarpun ia ber-mula atau akibat kelemahan penjawat awam. Sebaliknya jika orang politik bebuat salah, penjawat awam tidak ada kena mengena. Malah, selalunya orang politik yang banyak dipersalah walaupun ia memang kesilapan penjawat awam. Inilah yang

dikatakan oleh Yang Amat Ber-hormat, Dato’ Seri Ahmad Said orang politik sebagai ‘tong sampah’ – tempat orang ramai melepaskan kemarahan! Dengan kedudukan orang politik di Terengganu kini jelas ‘bertaut kembali’ apabila ‘ra-kan yang pernah bertelagah’ kini boleh duduk semeja dan sama-sama menyerahkan ban-tuan, menyampaikan e-Book kepada pelajar dan ibu bapa serta menghadiri bersama ma-jlis rasmi, adalah baik jika pelaksana pun kembali bek-erjasama memajukan Tereng-ganu. Tiada gunanya meneruskan ‘perbalahan’ dan ‘perselisihan’. Yang rugi nanti rakyat Tereng-ganu. Dengan bilangan rakyat yang kecil, kira-kira 1.5 juta sa-haja di negeri ini, jika kemelut berterusan ia akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan rakyat yang sesetengahnya di-himpit kemiskinan. Marilah sama-sama bergand-ing bahu memajukan Tereng-ganu. Tidak mengapa bagi yang enggan menerima hakikat bahawa kerajaan negeri sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat. Berbuat baik kepada rakyat tidak rugi dan biarlah jika mer-eka mencerca di atas kebaikan yang kita lakukan. Niat dan usaha baik kita insyallah diter-ima Allah. Itulah yang terbaik untuk kita lakukan sama ada sebagai orang politik atau pen-jawat awam.

Alhamdulillah, keadaannya di Terengganu kini boleh dikatakan kembali `tenang` dan wajah ceria di kalangan orang politik akan menceriakan pentadbiran negeri. Dato` Ahmad Said bersama YB Alias ( Adun Alor Limbat ) pada satu majlis bersama rakyat.

Riak gembira jelas terpancar di wajah Dato` Ahmad Said (Menteri Besar)dan YB Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) apa-bila mereka duduk bersama.

Page 7: teganukita 35

2tkBil. 35 (18 Februari 2011) http://teganukita.blogspot.com

ms 10 & 11

Page 8: teganukita 35

8

2tk

Tugas guru, isteri wakil rakyat istimewa

Jelajah Tfm ke pelusuk daerah TerengganuOleh: Esah Abdullah

RADIO Terengganu FM (Tfm) melang-kah setapak ke hada-pan dengan membawa konsep ‘turun padang’ mendekati masyarakat dengan menjelajah ke pelusuk daerah untuk menarik pendengar, menyampai mesej ker-ajaan sambil berhibur. Objektif utama Tfm sebagai media, mem-beri info terkini, berse-lang seli dengan lagu-lagu hiburan sebagai wadah penghubung dengan masyarakat luar. Pengarah Penyi-aran Kawasan Timur, Dr. Nawiyah Che Lah meletakkan komitmen begitu tinggi melak-sanakan program yang membabitkan penyiar (DJ) Tfm untuk turut berada di luar konti. “Fasa baru dalam Tfm ialah Program Su-ara Masjid yang akan menyiarkan seruan azan langsung dari masjid-masjid terpilih di negeri ini, setiap kali masuk waktu solat,” kata Dr. Nawiyah. Dalam tempoh seta-hun seboleh-bolehnya bilal yang bertugas di masjid-masjid da-pat memperdengarkan suara azan mereka di corong radio sekaligus mendekatkan fungsi institusi masjid itu di mata masyarakat. “Sebelum ini Tfm menyiarkan azan mela-lui rakaman dari satu dua masjid sahaja, tetapi mulai tahun ini, kita akan menyiarkan-nya secara langsung dari masjid-masjid seluruh negeri secara bergilir-gilir,” katanya. Menurut Dr. Nawi-yah, program tadarus bersama remaja diter-uskan tahun ini den-gan kerjasama Taman Tamadun Islam (TTI), Majlis Agama Is-lam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Institut al-Quran, Pa-dang Midin dan Jaba-tan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). “Usaha ini antara lain untuk membentuk

remaja yang berpen-didikan serta kuat ber-pegang kepada agama dan jati diri,” katanya. Katanya, Tfm juga bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) men-gadakan program ra-dio di lokasi, membuka studio mini di kedai T-Shope YPU serta men-jemput Exco berkaitan sebagai tetamu jempu-tan. “Usaha ini di-lihat boleh memberi pendedahan kepada masyarakat, bagaimana radio itu beroperasi serta boleh berkenalan mesra dengan penyam-pai-pemyampai Tfm yang selama ini hanya berkomunikasi melalui maya tanpa wajah,” ka-tanya. Di samping itu, Tfm sentiasa menyertai kar-nival anjuran jabatan kerajaan atau badan berkanun dengan mem-buka studio mini di se-rata pelusuk daerah di negeri ini. Program Bintang Kecil menjalani pen-gubahsuaian yang lebih menekankan aspek pen-didikan, pengalaman, kemahiran dan kepak-aran, lebih terarah ke-pada minat mereka dan program `Dengarlah Sayang’ juga banyak meninjau perkemban-gan pelajar dari sekolah ke sekolah. “Melalui program Rentak Remaja mem-beri fokus golongan remaja (13 -17 tahun) yang bersiaran setiap Sabtu bertujuan mem-beri bimbingan motiva-si, kerjaya, mencungkil minat dan mengenen-gahkan ikon remaja berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya. Begitu juga slot `Su-ara Kampus’ bersiaran setiap khamis (9.15 hingga 11 malam) diisi dengan aktiviti kampus, pendapat siswa (isu se-masa), karya siswa dan permintaan lagu-lagu. Katanya, apa yang bersiaran di Tfm meru-pakan ilmu dan mak-lumat berguna kepada masyarakat.

Oleh: Suriati Ali

“Tugas sebagai guru dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut adalah satu tanggung-jawab yang cukup is-timewa dan seronok untuk dilaksanakan. “Saya berazam melaksanakan kedua-dua tugas tersebut seadil mungkin walau-pun kadang kala ter-paksa bergegas menge-jar waktu sama bagi mengikuti program di sekolah, kegiatan di kawasan Hulu Be-sut dan menguruskan rumah tangga,” kata Puan Noriah Zakaria, 43. Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Encik Nawi Mohamad, yang juga guru Sekolah Me-nengah Kebangsaan (SMK) Kota Putra, Besut memiliki lima cahaya mata termasuk anak bongsu, Fatin Nur Aisyah yang men-inggal dunia sebaik dilahirkan, lima tahun lalu. Permata hati sulung diberi nama Muham-mad Iqbal, berusia 18 tahun kini menuntut di Universiti Teknolo-gi MARA (UiTM) cawangan Kuantan, diikuti Muhammad Arif Halimin, 15, dan Fatin Nur Aina, 14, yang masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, Besut. Manakala anak ke-

empat Fatin Nur Aimi, 12, baru sahaja mem-peroleh keputusan 5A dalam Ujian Penila-ian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumum-kan baru-baru ini dan kini sedang menunggu kemasukan belajar di mana-mana sekolah menengah. Puan Noriah berkata, walaupun sibuk men-gagihkan tugas sebagai guru dan isteri wakil rakyat, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak pernah diibaikan terutama berkaitan pela-jaran dan kasih sayang. “Setiap hari saya akan pastikan anak-anak menyiapkan kerja sekolah sebelum melakukan aktiviti lain, “Tidak dilupakan, set-iap kali solat lima wak-tu atau solat sunat, saya akan mendoakan mer-eka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa men-dengar cakap ibu bapa dan mencapai kejayaan dalam hidup,” katanya ketika berkongsi pen-galaman dengan penu-lis . Beliau bersyukur pendekatan yang dilak-sanakan bersama suami menampakkan kejayaan kerana semua anak mereka memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. “Bagi mendapat pen-didikan agama yang sempurna untuk anak, kami mengambil kepu-tusan menghantar se-mua mereka menuntut

ilmu di sekolah me-nengah agama iaitu SMK Agama Wataniah, di samping sentiasa mengingatkan mereka tentang batas-batas per-gaulan dan cara berpak-aian dalam Islam. “Kami bangga kera-na mereka tahu meng-hormati orang lebih de-wasa, mendengar cakap ibu bapa dan mudah membantu apabila di-suruh,” katanya. Puan Noriah yang juga Penaung Pe-nyelaras Wanita UMNO Hulu Besut, berkata se-tiap tugasan dilaksana sebaik mungkin dengan merancang jadual supa-ya tidak bertindih den-gan program di sekolah Sebagai contoh, pro-gram membaca surah Yasin dari rumah ke ru-mah yang disertai lebih 30 ahli hanya dianjur-kan pada hari minggu atau di sebelah petang sahaja. “Jika program berkaitan kemasyaraka-tan seperti sukaneka, kejohanan sukan dan sebagainya yang me-mer lukankehadi ran saya, mereka terlebih dahulu mendapat tarikh

dan waktu yang berse-suaian bertujuan tidak menganggu tugasan saya di sekolah. “Pendekatan ini se-cara tidak langsung memudahkan saya mengatur jadual sama ada bersama keluarga, pelajar dan masyarakat di kampung terutama di kawasan Hulu Be-sut,” katanya. Beliau seronok ber-sama penduduk kam-pung kerana keban-yakan mereka mudah menghulurkan ban-tuan apabila mengada-kan program termasuk kenduri kesyukuran, gotong royong dan majlis perkahwinan. “Tidak dilupakan, aktiviti turun padang turut diadakan ber-sama suami dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa pegawai Pusat Khi-mat Masyarakat De-wan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, apabila mengetahui penduduk mengalami keuzuran dan memer-lukan bantuan seperti kerusi roda, kaki palsu dan tongkat,” katanya.

Dr. Nawiyah Che Lah (kiri berdiri) meletakkan komitmen begitu tinggi melaksanak program yang membabitkan penyiar (DJ) Tfm untuk berada di luar konti.

Puan Noriah Zakaria (kiri) meluangkan masa bersama penduduk dalam sesuatu majlis walaupun terpaksa mengejar masa.

TURUN PADANG

SERIKANDI

Jumaat, 18 Februari 2011

Page 9: teganukita 35

9

2tk

Wau jadi sumber rezeki sampingan

“Wau yang dijual antara RM5 hingga RM700 seunit itu, bukan sahaja mendapat pemintaan peminat tempatan malah mereka yang tinggal di luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Kanada,China, Itali dan Amerika Syarikat. - Musa Said.

Oleh: Suriati Ali

Wau bulan, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan Wau Batik antara jenis wau yang juga permainan tradisional yang cukup diminati bukan sahaja di ka-langan veteran malah golongan muda serta kanak-kanak sejak be-rabad lamanya. Bagi pengusaha wau yang juga Pengerusi Kelab Wau Sri Nasek Warisan (KWSNW), Encik Musa Said, 35, beliau bukan sahaja minat bermain pelbagai jenis wau malah turut menjadikannya sebagai sumber rezeki samp-ingan untuk kelab dan keluarga. Katanya, bukan mu-dah untuk mengukir dan merekabentuk wau, jika tidak mempunyai kemahiran, minat dan kesungguhan, wau yang dihasilkan itu tidak boleh dimainkan den-gan sempurna. “Wau yang dijual antara RM5 hingga RM700 seunit itu, bukan sahaja menda-pat pemintaan peminat tempatan malah mereka yang tinggal di luar neg-ara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia,

Kanada, China, Itali dan Amerika Syarikat. “Mereka mengge-marinya berdasarkan kreativiti dan keunikan corak yang dihasil-kan tanpa mengguna-kan teknologi moden termasuk mesin atau teknik komputer seba-liknya seratus peratus hasil kerja tangan,” ka-tanya. Beliau yang memiliki bakat dan kepandaian hasil tunjuk ajar bapa-nya, Encik Said Salleh, 62, yang sememangnya mempunyai banyak idea berkaitan mengukir dan merekabentuk wau. Katanya, bakat yang dimiliki bapanya itu menyebabkan dia turut meminatinya kerja tan-gan itu dan kini mampu menghasilkannya tanpa bantuan sesiapa. “Pada awalnya iaitu ketika berumur 15 ta-hun, saya hanya me-merhati gelagat bapa mengukir kertas warna dan merekabentuk bu-luh sebelum berusaha sendiri walaupun pada ketika itu tidak secantik yang dihasilkan bapa. “Kertas warna, gunt-ing, pisau, buluh dan gam antara bahan uta-ma yang diperlukan un-tuk menghasilkan setiap

wau sama ada Wau Bu-lan, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan Wau Ba-tik,” katanya . Menurutnya, tidak dinafikan bahannya nampak mudah dan ringkas, namun ia me-merlukan ketelitian dan ketekunan untuk menghasilkan wau yang menarik, cantik dan memenuhi citarasa peminat. “Pengalaman 20 ta-hun merekabentuk wau, saya mampu menge-tahui di mana punca dan silapnya, sekiranya wau yang dihasilkan itu tidak boleh dinaikkan dengan sempurna,” ka-tanya yang berasal dari Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu. Encik Musa berkata, wau milik KWSNW pernah memenangi be-berapa kejohanan per-ingkat negeri dan luar Terengganu, malah leb-ih membanggakan turut menjadi johan pering-kat Asia. “Kebiasaannya, Fes-tival Layang-layang dan Wau Peringkat Antarabangsa diadakan secara besar-besaran di serata negeri termasuk Johor, Kelantan, Selan-gor, Sabah dan Sara-wak.

Kerja membuat menghias wau memerlukan ketelitian bagi menghasilkan corak yang cantik dan bermutu.

BISNESS

“Sempena festival itu, tuan rumah turut menawarkan ruang pa-meran dan jualan ke-pada setiap kelab yang menyertai pertandin-gan sebagai alternatif memperkenalkan bu-daya dan adat resam penduduk Malaysia

kepada pelancong dan peserta luar negara,” katanya. Beliau memberi-tahu, setiap kelab yang menyertainya termasuk KWSNW berasa bertu-ah dengan apa yang di-laksanakan itu, kerana pada masa sama, ber-peluang mencari lebih

ramai peminat serta pe-langgan. Rata-rata mereka membeli wau bukan hanya memenuhi hobi dan menyertai pertand-ingan, malah men-jadikannya sebagai perhiasan dinding dan cederahati.

Jumaat, 18 Februari 2011

SAID SALLEH

Page 10: teganukita 35

E-Book tambah nilai, perkasakan pendidikanOleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri menerus-kan kesinambungan mengagi-hkan e-Book kepada kira-kira 45,000 murid Tahun Lima selu-ruh sekolah di Terengganu pada tahun ini. Seperti kelaziman, inisiatif yang mula dliaksanakan sejak dua tahun lalu itu menyaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampakan sendiri e-Book dalam program

pengagihan di setiap Dewan Un-dangan Negeri (Dun). Hampir sebahagian murid Ta-hun Lima sudah memiliki papan digital elektronik yang diagihkan mengikut peringkat-peringkat di setiap Dun bermula Januari lalu. Antara murid dan sekolah yang sudah menerima alat percuma itu adalah di Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Sura, Paka, Kijal, Cukai, Ajil, Teluk Pasu dan Bukit Tung-gal. E-Book dilengkapi dengan

pelbagai perisian buku teks seko-lah rendah serta perisian tamba-han seperti al-Quran, doa-doa dan amalan solat menepati tun-tutan dan persaingan pada abad ke-21 turut melalui transformasi dan nilai tambah menerusi pe-merkasaan tiga sekolah sebagai perintis kepada kelas maya. Tiga sekolah berkenaan, Seko-lah kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Seberang Takir (Kuala Tereng-ganu) dan SK Teluk Kalong, Kemaman merintis pendekatan

baru yang menggunakan kaedah belajar secara interaktif dan pep-eriksaan talian (online) yang me-nambah nilai kepada penggunaan e-Book. Malah, kelas maya juga terbuk-ti mampu mendisiplinkan pelajar ketika belajar dan menimbulkan semangat untuk ke sekolah. “Apabila wujudnya kelas maya ini, hasil kerja termasuk jawapan dan markah boleh dilihat pada skrin sesentuh di depan kelas se-lain pelajar tidak boleh membuka

aplikasi lain termasuk permainan komputer,” kata Menteri Besar selepas membuat tinjauan kelas maya di SK Paya Bunga, baru-baru ini. Bagi memantapkan lagi sistem itu, lebih 800 guru seluruh Terengganu mendapat e-Book dengan peruntukan keseluruhan hampir RM2 juta sebagai alat bantu mengajar secara percuma daripada kerajaan negeri . Pengagihan yang dilaksanakan buat julung kali itu khususnya

1010 Jumaat, 18 Februari 2011

Page 11: teganukita 35

E-Book tambah nilai, perkasakan pendidikankepada guru yang terbabit dalam pasukan Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM), bidang penyelidikan dan e-pantau di negeri ini. “Kerajaan amat berterima kasih kerana dengan usaha guru-guru ini (AKRAM), Terengganu berjaya mengekalkan tempat teratas selama 10 tahun dalam Ujian Pencapaian Sekolah Ren-dah (UPSR) dan dua tahun da-lam Penilaian Menengah Rendah (PMR),” kata Menteri Besar.

1111

Page 12: teganukita 35

Tok Kah kampung pertanian

Derap Razak berbisaIKON

BAKTI JKKK

Oleh: Aida Abd Rahman

siaPa kata orang kelainan upaya (OKU) tidak mampu berjaya seperti manusia normal yang lain. Ramai personaliti hebat di kalangan OKU seperti pakar ekonomi yang juga senator pertama dilantik di kalangan kumpulan itu, Allahyarham Sena-tor Prof Dato’ Dr Ismail Md Salleh, penyanyi popular dekad 60-an, S. Jibeng dan personaliti TV Ras Adiba Radzi. Sementara dalam bidang sukan pula kita memiliki personaliti seperti Datuk Zakaria Musa yang merupa-kan rakyat Malaysia pertama yang menyertai acara tenis kerusi roda di Sukan Paralimpik di Athens, Greece 2004. Menyedari OKU adalah modal in-san yang tidak ada bezanya dengan insan sempurna lain, selain dari segi kecacatan anggota lahiriah semata-mata dan bukannya keupayaan min-da, kreativiti, inovasi serta sumban-gan kepada pembangunan ekonomi mencipta transisi Mohd Razak Che Awang, 40, untuk turut sama berge-lar usahawan berjaya. Mohd Razak yang mengalami ke-

cacatan kekal akibat terjatuh ketika usia tujuh tahun mengalami keced-eraan saraf tunjang dan lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah sekaligus mengehadkan pergerakan dan kini dibantu kerusi roda. Melihat kekurangan itu, ramai tidak menduga Mohd Razak beru-paya bekerja dengan baik dan men-jana pendapatan bulanan sehingga RM15,000 hasil perniagaan jahitan, pembekalan makan asrama seko-lah dan kontraktor membersih ka-wasan daripada Majlis Daerah Setiu (MDS) yang bukan calang-calang orang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Gerangan penerima Anugerah Us-ahawan OKU Kebangsaan 2010 itu gagal meneruskan pelajaran di seko-lah menengah disebabkan kesukaran bergerak. Pun begitu, Mohd Razak mampu mengecap magis hidup yang pastinya jarang dapat direalisasikan manusia normal yang lain. Lelaki berjiwa kental dan tidak pernah menyalahkan takdir dengan kekurangan yang ada itu mula men-cipta profesionnya pada 1987 apa-bila mengikuti kursus asas jahitan di Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang dan diikuti latihan jahitan di Pusat Pemulihan Cheras, Selangor pada 1988 hingga 1990. Sejurus tamat latihan itu, bekas

pelajar Sekolah Kebangsaan Bang-gol itu mencari pengalaman hampir setahun dengan bekerja di kedai jahit sebelum berjinak-jinak melakukan sendiri pekerjaan itu dikedai yang disewa di Kampung Buluh, Bandar Permaisuri. Kemahiran menjahit pakaian le-laki itu dikongsi dengan isteri yang juga OKU, Maslinda Salleh, 33, dan diusahakan bersama sehingga kini. Perniagaannya pasangan yang disatukan tanggal 2003 itu semakin maju hasil suntikan modal yang diperolehi dua kali menerusi Bantu-an Geran Pelancaran masing-masing pada 1992 dan 2003 yang berjumlah RM4,700. Selain bidang jahitan, anak bongsu daripada tujuh beradik pasangan Che Awang Mamat dan Halimah Awang, dari Kampung Banggol itu terus mengatur langkah dengan meluas-kan perniagaannnya dan terlibat pula dalam bidang kontrak pembekalan makanan asrama sekolah serta mem-bersih kawasan di bawah MDS pada 2007. Berkat kesungguhan dan tekad mahu menginjak daripada kepom-pong kemiskinan, pasangan itu ber-jaya berdiri dengan kaki sendiri, malah dengan rela hati meminta Elaun Pekerjaan Cacat (EPC) yang diperolehinya mulai 1993 ditamat-

kan pada 2007. Kini, Mohd Razak memiliki lapan pekerja yang mengendalikan pem-bekalan makanan di Sekolah Me-nengah Sungai Tong serta 30 pekerja kontrak pembersihan termasuk empat daripadanya adalah penerima ban-tuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu serta seorang penerima EPC yang juga pemegang kad OKU. Penerima anugerah Usahawan Orang cacat Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 1995 itu berjaya membeli seunit rumah kedai dua tingkat dengan harga RM330,000 di Bandar Permaisuri sejak dua tahun lalu. Malah, pinjaman melalui Maj-lis Amanah Rakyat yang diperolehi RM180,000 dilangsaikan lebih awal. Mohd Razak yang juga Persatuan Belia Sepadu Kampung Banggol mampu memiliki lima kenderaan ter-masuk dua kenderaan pelbagai guna untuk urusan pekerjaan dan peribadi, menanam hasrat membuka rangka-ian kedai serbaneka 24 jam dan mo-tel di bangunan kedai dua tingkat yang bakal siap Mac ini. Sebagai persediaan masa depan juga, Mohd Razak turut melabur kira-kira RM300,000 membeli tanah getah dan kelapa sawit yang berke-luasan lebih tujuh hektar di kawasan Setiu pada awal tahun lalu, di mana hasil pertanian itu mampu menjana pendapatan sehingga RM100 sehari. Pada masa yang sama, Mohd Razak yang pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan premis makanan pering-kat Setiu pada 2008 dan 2010 ser-ing memberi komitmen sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan OKU Terengganu dengan memberi sumbangan wang ringgit bagi men-jayakan program anjuran persatuan itu. Mohd Razak sering mengikuti ke-johanan Sukan Paralimpik mewakili negeri dan negara, Kejohanan Sukan Paralimpik Asean di Vietnam 2003 dan di Kuala Lumpur pada 2006, selain penyertaan dalam Sukan Bagi OKU Timur Jauh dan Pasifik Sela-tan (Fespic) Kuala Lumpur kali ke-9 pada 2006 .

dariPada 333 ketua isi rumah di Kampung Tok Kah, 90 peratus daripadanya memi-liki ternakan kerbau dan lembu antara lima hingga 30 ekor seorang, sementara 80 peratus penduduk memiliki ke-bun getah sendiri yang berkeluasan kira-kira 2.4 hektar seorang. Seramai 225 orang pula mempunyai ke-bun kelapa sawit antara 0.8 hingga 1.2 hektar seorang dan 12 peserta mengusahakan tanaman kelapa pandan seluas 0.8 hektar seorang yang kini sudah mengeluar-kan hasil. M a s i n g - m a s i n g mengusahakan kebun sendiri, dibantu anak is-teri dan dalam suasana harga getah serta kelapa sawit yang tinggi di

pasaran hari ini rata-rata meraka meneri-ma rasa syukur selain mampu menjalani ke-hidupan yang selesa. Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung (JKKK) Tok Kah, Encik Jasni Ismail ke-tika ditemui Teganukita memberitahu, pen-duduk di tiga kampung iaitu Kampung Ba-

hagia, Mahsuri dan Tok Kah dalam jagaannya serasi dan seiring mem-bangunkan kawasan masing-masing dengan pelbagai tanaman. “Menoreh getah, mengait kelapa sawit, menjual kelapa pan-dan dan menjaga lem-bu kerbau, semuanya dibuat bersama ang-gota keluarga masing-masing tanpa bantuan

tenaga dari luar dan hasilnya juga mengalir kepada keluarga berke-naan,” katanya yang juga Pengerusi Jawa-tankuasa Masjid kam-pung berkenaan. Tok Kah yang asal-nya dari nama seorang pengasas kampung be-rada pada jarak tiga kilometer dari daerah Marang terletak dalam kawasan Dewan Un-

dangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan 15 kilometer dari bandar Dungun. Setiap penduduk ada pertalian keluarga, adik beradik atau ipar duai dan kesemua mereka kuat bekerja menggu-nakan tulang empat kerat untuk menjamin masa depan anak cucu. Seorang penduduk Mohd Rafi Ismail telah mengusahakan manisan keping yang memberi peluang 20 orang suri rumah dan ibu tunggal menambah pendapa-tan dengan bekerja di bengkel berkenaan serta hasilnya telah berjaya menembusi beberapa pasar raya di negeri ini. Seorang penduduk lain pula berjaya men-jalankan perniagaan mengeluarkan baja or-

ganik, penjualan pokok bunga dan buah-buahan serta menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar kawasan. Suri rumah yang tidak bekerja telah me-manfaatkan kawasan sekeliling rumah den-gan tanaman sayuran seperti cili, kacang, mentimun dan terung yang menjadi seba-hagian aktiviti sampin-gan untuk menambah pendapatan keluarga. “Hasil tanaman di-pasarkan ke pasar ba-sah di Bandar Dungun yang mana terdapat sepuluh keluarga dari kampung ini memiliki gerai jualan sayuran dan kuih-muih di ban-dar berkenaan,” kata Ketua Cawangan UMNO Kampung Tok Kah.

12

2tk

Biarpun berkerusi roda, namun ramai tidak menduga Mohd Razak berupaya bekerja dengan baik dan menjana penda[atan bulanan sehingga RM15,000 selain aktif dalam bidang sukan.

Kampung Tok Kah di Dungun, Terengganu amat di kenali sebagi kampung pertanian manakala (gambar kanan), Pengerusi JKKK, Jasni Ismail

Jumaat, 18 Februari 2011

Page 13: teganukita 35

13

2tk

Air Terjun Langsir beri ketenangan

DESTINASIOleh: Suriati AliGambar oleh: Zulkipli Putera

air Terjun Langsir, terletak di puncak gu-nung Hutan Simpan Pasir Raja (HSPR), Dungun sememangnya memberi ketenangan jiwa kepada pengun-jung `dek’ alur air yang jernih, dingin, serta dengan puluhan spesies herba selain flora dan fauna yang menawan pandangan. Pelbagai jenis pokok renek dan berbentuk bonsai, menambah lagi keinginan pengunjung yang pertama kali men-jejakkan kaki ke des-tinasi pelancongan itu untuk datang kembali ke destinasi menarik berkenaan. Malah, ada di antara mereka ham-pir 12 kali mendaki gu-nung itu semata-mata kerana ingin mendapat ketenangan jiwa. Penolong Pengarah Unit Rekreasi Jaba-tan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zailaini Man, berkata Air Terjun Langsir yang dimaju-kan pada 1993 menda-

pat sambutan sangat membanggakan di mana setiap tahun men-catatkan peningkatan bilangan pengunjung. Katanya, pada ta-hun lepas, JPNT mer-ekodkan lebih 10,000 pengunjung berband-ing 9,000 pada 2009. Mereka tidak berasa pe-nat walaupun terpaksa melalui denai sejauh 7.6 kilometer (km) dan menempuh perjalanan hampir tiga hari dua malam untuk tiba ke puncak. “Individu yang da-tang bukan sahaja ter-diri daripada pengun-jung tempatan malah luar negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan China. “Jika tiba musim cuti am dan sekolah, pengunjung akan ber-tambah sekali ganda sehingga tempat letak kereta tidak mencukupi, Apabila situasi itu ber-laku, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh dua km,” katanya. Menurut Encik Zailaini, mereka tidak perlu risau atau bim-bang kerana JPNT ada menyediakan pondok

khas bertempat di Sun-gai `Y’ dan Kem Balak sebagai alternatif un-tuk beristirehat sebe-lum sampai ke puncak gunung bagi menikma-ti keindahan Air Terjun Langsir yang mempu-nyai ketinggian 305 meter. “Apa yang me-nariknya, terdapat segelintir pengunjung mengakui curahan Air Terjun Langsir mem-buatkan dirinya ten-ang dan secara sendi-rinya segala kepenatan sewaktu mendaki hil-ang. “Setiap individu dinasihatkan supaya terlebih dahulu mem-buat permohonan seminggu lebih awal dengan Jabatan Perhu-tanan Daerah Dungun bagi mendapatkan ke-benaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengiring berles-en sebelum mendaki. Langkah itu cukup penting, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. Katanya, pelbagai pendekatan dilaksana-kan pihaknya semata-mata, ingin memu-lihara khazanah dan mengekalkan keinda-han alam di Air Terjun Langsir. “Kempen kebersihan dengan kerjasama pel-bagai persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dian-jurkan tanpa mengikut jadual. “Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mer-eka boleh menjalankan kerja amal iaitu men-gutip bahan buangan seperti plastik sampah, bekas makanan dan botol minuman yang

dibuang individu tidak bertanggungjawab,” katanya. Pendekatan itu ternyata memberi ke-san positif kepada se-mua pihak terutamanya pendaki kerana sehing-ga kini, masih mampu menikmati kesegaran alam semulajadi beri-kutan laluan air terjun itu masih belum terce-mar dan tiada hutan diteroka.

Sementara itu, Pe-mangku Renjer JPNT berkata, dia bersama beberapa rakan setu-gas bertanggungjawab mengawal selia dan mencatat semua ke-hadiran pengunjung untuk ke destinasi itu dan apabila pulang, mereka perlu mengisi borang maklum balas. “Berdasarkan reaksi pengunjung, mereka cukup teruja dengan

keindahan Air Terjun Langsir selain menya-takan puas hati dengan apa yang dilaksanakan JPNT. “Pihaknya bukan sahaja, bertindak mem-beri nasihat supaya mengikut segala syarat yang tertulis di pa-pan kenyataan malah b e r t a n g g u n g j a w a b membaca doa selamat sebelum memulakan pendakian,” katanya.

Sepanjang perjalanan, pelbagai ben-

da pelik seperti pokok berlubang da-

pat dilihat sendiri oleh pengunjung.

Kem ‘Y’ tempat di mana pendaki boleh berehat dan bermalam sebelum menyambung pendakian ke puncak.

Alam semulajadi yang terus terpelihara dapat dilihat dalam perjalanan ke puncak Air Ter-jun Langsir.

Jumaat, 18 Februari 2011

Page 14: teganukita 35

arKiTeKroTan

ms-11

2tk

ms 13

Page 15: teganukita 35

15am Jumaat, 18 Februari 2011

Lupus pinjaman mangsa banjir

MIMBAR

Kerajaan akan me-lupuskan semua baki hutang yang dibuat oleh individu dengan mana-mana agensi kerajaan, apabila mereka disahkan sebagai mangsa banjir yang turut kehilangan harta benda. “Kerajaan amat me-mahami dan bila rakyat ditimpa kesusahan, kita akan bantu termasuk melupuskan semua baki hutang yang dibuat den-gan mana-mana agensi kerajaan termasuk Tekun Nasional,” kata Menteri di Jabatan Perdana Men-teri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata dalam sidang media sebaik se-lesai majlis penyampa-ian Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa banjir da-lam daerah Setiu di De-wan Sivik, Sungai Tong, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi

Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Neg-eri (Adun) Langkap, Haji Ashaari Idris; Adun Per-maisuri, Haji Abdul Halim Jusoh dan Setiausaha Ke-selamatan Negara, Dato’ Tajuddin Wahab. Dato’ Seri Mohamed Nazri yang juga Pengeru-si Jawatankuasa Bencana Alam Kebangsaan ber-kata, lain-lain pinja-man termasuk di bawah Kementerian Belia dan Amanah Ikhtiar juga akan dikecualikan. “Kita amat memahami. mereka hanya membuat pinjaman dalam jumlah yang kecil untuk berni-aga membantu keluarga, tidak adil jika kita mem-inta mereka membayar balik pinjaman sedangkan barang-barang mereka musnah ketika banjir,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan membayar

pampasan bagi tafsiran kerugian membabitkan kawasan pertanian dan ternakan yang dialami mangsa banjir dan set-akat ini telah dilaksana-kan di Kelantan, Kedah dan Perlis. “Sehingga ini se-jumlah RM30 juta telah dikeluarkan bantuan di bawah bencana alam untuk negeri Kedah dan Perlis manakala Tereng-ganu dan Kelantan masih dalam proses tafsiran kerugian kerana ban-jir baru habis seminggu lalu,” katanya. Beliau kemudiannya bersetuju meluluskan RM200,000 untuk mem-bina tiga jambatan yang rosak dan dihanyut air di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Langkap. Sementara itu seramai 229 orang mangsa banjir dari beberapa kampung antaranya Kampung Merbau Menyusup, Per-

maisuri, Langkap, Peng-kalan Merbau dan Seri Kenangan di Setiu men-erima bantuan RM500 seorang. Seorang mangsa ban-jir yang ditemui, Encik Othman Abdul Rahman, 67, dari Kampung Per-maisuri melahirkan rasa terharu atas bantuan yang diterima dan mahu meng-

gunakannya untuk keper-luan harian keluarga. Beliau yang turut ke-hilangan dua dari 10 ekor lembu dan 13 daripada 15 ekor ayam ketika banjir melanda awal bulan lalu bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku pada rumah kediamannya dan sempat tidur dua malam di surau yang dijadikan

pusat perpindahan banjir kampung berkenaan. Ibu tunggal, Puan Saa-diah Mat, 70, dari Kam-pung Pengkalan Merbau amat berterima kasih di atas perhatian kerajaan dan layanan seperti ma-kan minum ketika ber-malam di balai raya kam-pung berkenaan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada seorang mangsa banjir di Sungai Tong, Setiu.

Page 16: teganukita 35

16 am

Berterima kasih kepada kerajaan - Ahmad

Tilapia Tasik Kenyir ke pasaran dunia

Sistem OSC Online MBKT pendekkantempoh permohonan

Suasana ceria sepanjang sungai

Portal Terengganu bertaraf lima bintang

mulai Februari ini war-ga kota dan masyarakat tempatan dijangka bakal menikmati suasana kece-riaan di sepanjang muara sungai apabila pemasan-gan lampu limpah dan lampu hiasan disiapkan di kawasan berkenaan. “Usaha pengindahan akan dibuat berterusan berikutan ianya men-jadi laluan bot pelancong

menuju ke tempat ber-sejarah seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Muzium Terengganu, Losong dan juga Kompleks Kraf Batik di Tanjung Bunut,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Sehubungan itu ka-tanya, dalam masa yang sama kerja-kerja pember-sihan sungai turut dilaku-

kan dalam masa terdekat yang akan diserahkan ke-pada kontraktor. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata demikian kepada pemberita, di restoran `D’Muara Live Seafood’ Sungai Losong menam-bah, kekurangan tempat makan yang mampu me-narik masyarakat mem-bawa keluarga dan rakan-rakan keluar bersantai waktu malam, memberi

kelebihan restoran ini yang menyajikan pelbagai ma-sakan Melayu dan Cina. D’Muara Live Seafood yang beroperasi pada akh-ir tahun lalu membabitkan kos pengubahsuaian se-banyak RM200,000 mer-upakan rangkaian T’Kafe yang dibangunkan di bawah Yayasan Pemban-gunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Oleh: Suriati Ali

PenduduK negeri ini perlu berterima kasih ke-pada kerajaan berikutan pelbagai bantuan dan sum-bangan dihulurkan kepada mereka dan bukannya mengkritik program yang dilaksanakan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri cukup kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang gemar menabur fitnah dan membuat tomahan benda yang tidak berlaku.Katanya, perkara seperti ini tidak seharusnya ber-laku kerana apa yang di-

laksanakan kerajaan sema-ta-mata untuk kesenangan dan keselesaan rakyat. “Setiap tahun Kerajaan Terengganu mengeluar-kan belanja yang cukup besar untuk membasmi kemiskinan dan mengan-jurkan pelbagai program masyarakat, pendidikan,

bencana alam dan bantuan rumah. “Rakyat perlu bersyu-kur kerana Terengganu adalah satu-satunya negeri yang mementingkan ke-bajikan dan segera men-ghulurkan bantuan apabila rakyat memerlukan. Seba-gai contoh apabila rakyat

ditimpa bencana alam sep-erti banjir, pihak berkaitan sudah bersedia menghu-lurkan bantuan termasuk makanan dan pelbagai kelengkapan harian lain,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Maj-lis Penyampaian Pakaian

Sekolah di Kampung Sri Bandi, Kemaman. Hadir sama, isteri Men-teri Besar, To’ Puan Nor-liza Mahmud, Pengurus Besar Lembaga Kema-juan Terengganu Tengah (Ketengah), Encik Hamzah Ngah dan beberapa pe-gawai kanan kerajaan.

PorTal Terengganu mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Multimedia Development Corporation (MDeC) di majlis penganugera-han Government Portals & Website Assessment 2010, di Dewan Ruby, One World Hotel, Genting Highlands, Pahang pada 11 November lalu.

Pengarah Unit Pengu-rusan Maklumat Negeri (UPMN), Haji Che Rani Mohd yang mewakili Se-tiausaha Kerajaan Tereng-ganu (SUK), menerima anugerah berprestij terse-but. Majlis kali kedua itu menonjolkan nama Tereng-ganu di bidang Teknologi Maklumat dan Komunika-

si (ICT) seiring dengan negeri lain di Malaysia. Terengganu merupa-kan antara enam daripada 13 negeri di Malaysia yang mendapat anugerah berkenaan selain Selangor, Kelantan, Sarawak, Mela-ka serta Johor. Pada majlis kali pertama yang diada-kan pada 2009, Tereng-ganu mendapat pengiktira-

fan empat bintang. Haji Che Rani, berkata hasil usaha gigih semua pihak, terutama kakitan-gan kerajaan bagi memas-tikan negeri ini berkebole-han dalam semua aspek meletakkan Terengganu pada landasan terbaik un-tuk menerima anugerah lima bintang. Pada majlis yang

sama juga Majlis Ban-daraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Daerah Marang (MDM), Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Majlis Perban-daran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Setiu (MDS) turut mendapat anugerah dalam kategori masing-masing.

TasiK Kenyir, Hulu Terengganu yang diban-gunkan sebagai Zon In-dustri Akuakultur (ZIA) terdapat pelbagai spesies ikan air tawar terutama Tilapia berkualiti tinggi bakal menarik tumpuan pelabur swasta dari luar

negara yang berminat un-tuk memasarkan spesies itu ke pasaran seluruh dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata ikan di tasik berke-naan memenuhi piawaian dunia dan bermutu tinggi disebabkan kualiti air tasik

yang bersih serta meliputi kawasan yang luas, ber-banding ikan air tawar yang diternak dalam sang-kar yang berskala kecil dan lazimnya berselut. Katanya, pengeluaran ikan air tawar di negeri ini mencapai 40 hingga 60

tan sebulan dan dijangka sebanyak 100 tan dapat dikeluarkan selepas Jun ini. “Baru-baru ini kita terima kunjungan pelabur dari China dan Taiwan yang mahu melabur se-cara besar-besaran untuk pasaran eksport dan mer-eka sedang menjalankan penelitian. Kalau ada pelabur tempatan kita beri kepada pelabur tem-patan, bagaimanapun mereka (pelabur asing) melabur dalam skala yang besar dan kita mengalu-alukannya kerana mereka memerlukan beratus tan sebulan untuk jadikan se-bagai ketul ikan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Pelancaran Semi-nar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu, di Hotel Primula Beach Re-sort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Wira

Mohd Johari Baharum; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Haji Asha’ari Idris dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malay-sia, Dato’ Ahamad Sabki Mahmood. Beliau sebelum itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang meluluskan pembi-naan dua Pusat Pembeni-han Ikan, iaitu Pusat Pem-benihan Ikan Air Tawar di Kampung Sungai Chamar, Hulu Terengganu dan Pusat Pembenihan dan Asuhan Ikan Laut Berteknologi Tinggi di Kampung Limau Nipis, Setiu yang menelan belanja RM12.6 juta. Kedua-dua pusat ini di-jangka siap pada perten-gahan tahun ini dan dapat membekalkan benih pro-jek HIP sangkar air tawar di ZIA Sungai Como dan sangkar ikan air masin di negeri ini.

majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempu-nyai sistem Unit Pusat Setempat (OSC) Online sendiri . “Sistem OSC On-line diharap dapat me-mendekkan tempoh masa menunggu bagi permohonan yang diproses serta dapat mengurangkan masa untuk membuat sesuatu perancangan”, kata Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang. Sistem OSC Online dibangunkan oleh pe-runding yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kera-jaan Tempatan meru-pakan sistem permoho-nan di mana pemohon yang berdaftar dengan MBKT boleh menghan-tar permohonan pelan cadangan pembangu-nan menerusi talian terus kepada MBKT. MBKT telah meneri-ma 3,200 permohonan sejak tahun 2007 den-gan purata permohonan antara 800 hingga 900 setahun dan 80 hingga 90 permohonan sebu-lan. Pemohon yang in-gin menggunakan Sistem OSC Online perlu mendaftar dengan MBKT dan mengisi permohonan melalui la-man web MBKT (http://online.mbkt.gov.my).

D`Muara Live Seafood` menambah kekurangan tempat makan yang mampu menarik masyarakat membawa keluarga dan rakan-rakan keluar bersantai waktu malam.

Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu, yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato` Seri Ahmad di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Jumaat, 18 Februari 2011

Page 17: teganukita 35

UKOM - media massa jalin hubungan baik - Shamsuddin

Kolam renang Batu Burok operasi semula

Pensyarah timba pengalamandi syarikat swasta

Elaun baru imam dan bilal

17am

imam dan bilal selu-ruh negeri akan mula menikmati elaun baru masing-masing RM800 dan RM600 sebulan mulai Januari tahun ini. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan sehubungan itu kerajaan negeri mengeluarkan per-belanjaan tambahan berjumlah RM8.7 juta bagi membayar elaun 2,194 imam dan bilal. “Kita juga akan se-laraskan kadar elaun imam dan bilal ke-pada satu skim sa-haja berbanding tiga skim sebelum ini iaitu RM650, RM625 dan , RM600 seorang. Be-gitu juga elaun bilal akan dibayar RM600 seorang berbanding RM450, RM425 dan RM400 sebelum ini,” katanya elepas mem-pengerusikan mesyu-arat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Seramai 1,063 imam akan menerima elaun RM800 sebulan dan 1,131 bilal akan menerima RM600 dan mereka akan mula menerima elaun baru itu bulan ini atau bulan depan beserta tungga-kan. Menteri Besar ber-harap dengan bayaran elaun baru itu, imam dan bilal di negeri ini akan dapat mem-beri khidmat terbaik bagi mengimarahkan masjid di bawah jag-aan masing-masing dan kerajaan sentiasa memberi peluang un-tuk meningkatkan sy-iar Islam di kalangan masyarakat. Katanya, kerajaan sentiasa membuat pembaharuan terhadap rumah Allah dan setiap tahun ada saja masjid baru yang dibina dan yang terbaru turut me-nyediakan rumah bagi kemudahan imam dan bilal serta menyedia-kan kelas tambahan, dewan kuliah dan bilik pengurusan jenazah.

uniT Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) men-gadakan jalinan hubungan dan rakan strategik dengan pihak media massa. Program Bicara Bersa-ma Media telah membuka tirai hubungan mesra itu bagi tahun 2011, diadakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato Tengku Putera Tengku Awang yang juga merupa-kan Setiausaha Badan Per-hubungan UMNO Tereng-ganu, menjadi tetamu UKOM bagi menjayakan Bicara Bersama Media itu.Kira-kira 30 orang wakil-wakil media hadir. Bicara Bersama media itu berkonsepkan kemes-raan di samping menyam-paikan info kepada pihak media untuk disebarkan kepada rakyat melalui penerbitan masing-mas-ing. Dato’ Tengku Putera memuji langkah UKOM yang mendekati pihak media dan berharap lebih banyak program bersama media dianjurkan. Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong, ber-kata program itu akan di-adakan sekurang-kurang-nya sebulan sekali dengan tetamu yang berbeza. Katanya, kerajaan neg-eri menghargai peranan media yang banyak mem-bantu kerajaan dalam me-nyebarkan info kerajaan kepada rakyat. “Insya -Allah, UKOM merancang beberapa pro-

gram untuk media bagi tahun ini,” katanya. Dalam dialog dengan wakil-wakil media, pihak media meminta supaya agensi kerajaan dan ahli-ahli politik melihat apa permasalahan yang did-edahkan akhbar secara positif. Mereka menyatakan, pihak media juga memberi ruang untuk jawapan ba-las, komen atau ulasan ke atas permasalahan yang didedahkan dan bukannya berniat untuk menimbul-kan keadaan yang tegang. Turut hadir, Penyelidik Kanan Menteri Besar, En-cik Hambali Abdul Lat-tif, Timbalan Pengarah UKOM, Encik Ruslan Ab-dul Rahman dan pegawai dari Jabatan Penyiaran (RTM), Kuala Tereng-ganu.

seTelah lebih seta-hun ditutup untuk kerja baik pulih, akhirnya Ko-lam Renang Batu Bu-ruk, Kuala Terengganu (gambar atas) bakal dibuka semula kepada orang ramai mulai 15 Februari ini. Ini berikutan proses baikpulih beberapa ke-

rosakan dan kebocoran oleh Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah siap sepenuhnya dan boleh menjalankan operasinya seperti biasa. Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Adzlan Mohd Da-gang, JKR telah membuat

penyerahan kepada pihak majlis pada 21 Januari lalu. Katanya, setelah mendapat jaminan dari-pada pihak JKR yang ber-tanggungjawab memas-tikan segala kemudahan dan keselamatan di sini berada dalam keadaan baik, ia akan dibuka ke-pada orang ramai minggu depan. Kolam renang terse-but ditutup kepada orang ramai pada pertengahan 2009 kerana mengalami beberapa kerosakan ke-cil seperti kebocoran di mana beberapa bahagian bangunan digenangi air hujan. “Kini semuanya sudah diperbaiki dan ia selamat digunakan untuk seba-rang aktiviti yang ingin dijalankan di sini,” ka-tanya.

semua pensyarah dari Institusi Pengajian Ting-gi Awam (IPTA) akan dihantar ke syarikat-syarikat swasta bagi men-imba pengalaman untuk melengkapkan diri, meli-hat serta mengalami send-iri kejayaan yang dicipta oleh sesebuah syarikat. “Program ini sebagai menyahut seruan Men-teri Pengajian Tinggi yang akan dilaksanakan oleh semua IPTA selu-ruh negara, kerana pen-galaman yang diperolehi pensyarah terbabit ber-guna untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar,” kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan

Antarabangsa), Univer-siti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed di maj-lis perasmian Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bu-miputera di UMT, baru-baru ini. Katanya, mereka akan dihantar ke beberapa syarikat terpilih dan terna-ma antara sebulan hingga tiga bulan atau lebih jika perlu dan pengalaman yang diperolehi akan dit-erapkan kepada pelajar-pelajar apabila kembali ke universiti masing-masing. “Menjadi hasrat negara, mewujudkan lebih ramai pelajat IPTA menceburkan diri dalam bidang keusa-

hawanan kerana itu salah satu cara untuk mengem-balikan bumiputera mencipta nama sekaligus melonjakkan kedudukan ekonomi negara,” katan-ya. Naib Canselor UMT Prof. Dr Aziz Dera-man, berkata program ini merupakan komitmen kerajaan bagi memperka-sakan ekonomi bumiput-era, membasmi kemiski-nan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum bagi menyahut sa-ranan Dasar Model Baru Ekonomi (MBE). “Selain kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan perjuangan

ekonomi Bumiputera, budaya keusahawanan, berdaya saing dan kreatif, maklumat, kemudahan dana dan peluang perni-

agaan turut disediakan,” katanya.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Prof. Dr. Noor Azhar Mo-hamed.

Berterima kasih kepada kerajaan - Ahmad

Prof.Dr Noor Azhar Mohamed memalu gong merasmikan Konsoli-dasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UMT sambil disaksikan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kanan)

Dato Tengku Putera berbual sesuatu dengan wartawan dan jurugambar ketika Program Bicara Bersama Media di Kuala Terengganu.

Jumaat, 18 Februari 2011

Page 18: teganukita 35

Kilang besi dibangunkan suku ketiga tahun ini

TATiUC kongsi kepakaran dengan Indonesia

YT taja pelajar

Modal insan cemerlang

18 amJumaat, 18 Februari 2011

Oleh: Aida Abd Rahman

Pembinaan kilang besi ketiga di Terengganu, East-ern Stell Sdn Bhd bakal di-laksanakan selewat-lewat-nya suku ketiga tahun ini berikutan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan perbincangan dengan agensi kerajaan bagi pelak-sanaan infra berkaitan baru sahaja selesai. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagan-gan dan Alam Sekitar negeri,YB Toh Chin Yaw, berkata dalam tempoh dua tahun, projek fasa pertama pembinaan kilang di ka-wasan seluas kira-kira 400 hektar di Kawasan Per-industrian Teluk Kalong, Kemaman itu akan siap sepenuhnya. “Sekarang sudah siap kajian EIA dan perbin-

cangan dengan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Terengganu dan Jaba-tan Pengairan dan Saliran bagi melaksanakan kerja fizikal berkaitan yang akan dijalankan pada tahun ini juga,” katanya kepada me-dia selepas mengagihkan bantuan pakaian sekolah kepada 60 pelajar miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di Pusat Khidmat Masyarakat Dun itu, di Pulau Kamb-ing, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Seramai 39 pelajar seko-lah menengah dan selebih-nya murid sekolah rendah yang berdaftar melalui e-Kasih menerima bantuan yang pertama untuk Ba-hagian Kuala Terengganu itu. YB Toh berkata, pem-bangunan hiliran yang lain akan turut dibangunkan bagi membesarkan ka-pasiti kilang itu khususnya dalam industri petrokimia dan besi. “Permintaan besi da-lam dunia sekarang amat

tinggi. Malah, masih ada pelabur lain terutama dari-pada China yang berminat untuk membuka kilang khususnya dalam sektor perlombongan dan besi di engeri ini,” katanya. Beliau berkata Tereng-ganu yang mempunyai banyak kemudahan asas dan kedudukannya yang strategik, mendapat per-hatian banyak pelabur khususnya dari luar nega-ra. Katanya, kilang itu nanti mampu menyedia-

kan peluang pekerjaan ke-pada lebih 2,000 pekerja di mana 60 peratus bakal diisi penduduk tempatan, sementara tenaga mahir akan ditawarkan kepada graduan universiti yang memiliki kepakaran berse-

suaian. Pembinaan kilang besi melalui sebuah konsortium antara kerajaan Tereng-ganu dengan pelabur Chi-na itu adalah yang ketiga selepas Perwaja Steel Sdn Bhd dan Lion Plate.

modal insan cemer-lang ialah mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi, berkemahiran, ino-vatif, memiliki nilai jati diri yang tinggi, beretika, terlatih serta mempunyai minda kelas pertama. Demikian kata Men-teri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika mer-asmikan Karnival Penga-jian Tinggi Negara, Jom Masuk U, di Pusat Dagan-gan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin; Pengerusi Ja-watankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ah-mad Razif Abdul Rahman dan Naib Canselor Uni-versiti Malaysia Tereng-ganu (UMT) Professor Dr. Aziz Deraman. Katanya, empat strate-gi utama membangun dan memajukan negara ialah mendaya kembali pelaburan swasta, mem-bangunkan modal in-san, mensejahtera hidup rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidma-tan awam. Tambah Dato’ Seri Haji

Ahmad, tema ‘1Malaysia Pendidikan Untuk Semua’ membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dibuka kepada semua ahli masyarakat tanpa mengira etnik, bahasa dan agama. “Kerajaan menekank-an, bagaimana melahir-kan generasi pintar yang berpegang teguh kepada agama, bekerja kuat, ber-tanggungjawab, prihatin

dan berdaya saing bagi meneraju Negara ke arah kemajuan yang bakal di-capai,” katanya Dato’ Seri Haji Ahmad berharap, kemajuan yang dicapai oleh Negara tidak disia-siakan oleh generasi muda kini dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk mendap-atkan maklumat yang jelas dan tepat. “Pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan

adalah untuk jangka pan-jang dan hasilnya tidak akan diperolehi sekelip mata tetapi dalam masa 15 hingga 20 tahun akan da-tang,” katanya. Katanya, pelaburan yang dibuat bukan sedikit malah ratusan juta ringgit setiap tahun untuk mela-hirkan modal insan yang cemerlang dan boleh men-jadi pemangkin kepada pembangunan negara.

yayasan Terengganu (YT) meraikan 959 pelajar negeri ini yang mendapat kejayaan cemerlang da-lam pelbagai peperiksaan awam tahun lalu, di ma-jlis khas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada majlis itu, YT membelanjakan hampir RM800,000 bagi memberi sumbangan kepada pelajar sebagai skim galakan agar mereka meraih kejayaan lebih besar pada masa akan datang. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulai-

man I, Adik Nur Razlina Rozi dan sedang mengi-kuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, di-nobatkan pemenang Pingat Emas dan menerima wang tunai RM5,000, sebuah

komputer riba, sehelai kot, medal dan sijil penghar-gaan. 128 pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam pelbagai

bidang pula diberi hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan, setiap seorang. Pengarah YT, Haji Aziz Mamat, berkata sepan-jang Januari hingga Ok-tober tahun lalu, sejumlah 24,726 pelajar di negeri ini mendapat manfaat ban-tuan persediaan pelajar melibatkan kos sebanyak RM17.6 juta. Mengenai program pembiayaan pelajar ce-merlang mengikuti pen-gajian pelbagai bidang profesional di universiti tersohor di England, be-liau berkata hingga kini 32 pelajar sedang menuntut di seberang laut.

Kolej Universiti Tati (TATiUC) melangkah setapak lagi dengan berkongsi perkhidmatan profesional kepakaran Ujian Tanpa Musnah (NDT) yang ditawar-kan universiti kemahiran penuh itu kepada syarikat luar negara. Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran , Pengajian Tinggi ,Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerjasama dengan neg-ara jiran, Indonesia itu mampu mencapai hasrat memenuhi permintaan industri antara kedua-dua negara. “Ruane-TATI yang su-dah dikenali umum di da-lam dan di luar negara se-jak 1996 sebagai sebuah pusat yang melahirkan pakar-pakar NDT ber-sedia untuk melangkah lebih jauh dengan me-nawarkan perkhidmatan profesionalnya kepada negara luar yang memer-lukan khidmat kepakaran kita,” kata beliau di majlis Memorandum Persefaha-man (MoU) Ruane-TATI dan Indonesian Institute of NDT (IINDT) berlang-sung di Hotel Harmoni One, Kota Batam, Indo-nesia, baru-baru ini. Turut hadir, Rektor TA-TiUC, Dr. Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim; Pen-gurus Besar Ruane-TATI

Encik Mohd Ali bin Mohamad, Pengarah IINDT Bapak Berry Wiraprima dan Pen-gurus Besar UT Qual-ity, Batam Mr. Tim Po-linelli . Haji Ahmad Razif berharap kerjasama itu akan dapat diteruskan untuk jangkamasa yang panjang memandang-kan ia bermanfaat dan menguntungkan kedua-dua pihak. Sementara itu, Mr. Tim Polinelli berkata, syarikat NDT sentiasa berharap untuk menai-ktaraf pekerja beliau kepada satu kualiti sijil profesional tahap ting-gi iaitu PCN (Personel Certificate in Non-De-structive Testing) yang diiktiraf oleh BINDT dan kebanyakan negara di dunia. Beliau berkata, se-takat ini syarikat UT Quality menghan-tar lebih daripada 5 pekerja ke IINDT sejak bekerjasama dengan Ruane-TATI dan akan terus menghantar untuk jangkamasa akan da-tang. MoU turut mem-inta Ruane-TATI me-mastikan latihan dan peperiksaan berjalan lancar di IINDT den-gan menghantar tenaga pengajar dan pemeriksa yang bertauliah.

YB Toh mengenakan baju sekolah kepada seorang murid pada program bantuan pakaian sekolah kepada 60 pelajar miskin sekitar Dun Bandar.

Menteri Besar melihat pelajar memohon kemasukkan ke pusat pengajian tinggi ketika merasmi-kan Karnival Pengajian Tinggi Negara, Jom Masuk U, di TTC, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Nur Razlina Rozi dinobatkan pemenang Pingat Emas dan meneri-ma wang tunai RM5,000, komputer riba, sehelai kot, medal dan sijil penghargaan yang disampaikan Dato` Seri Ahmad.

YB Ahmad Razif di Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Ruane-TATI dan Imdonesian Institute of NDT (IINDT) berlangsung di Hotel Harmoni One, Kota BAtam,Indonesia, baru-baru ini.

Page 19: teganukita 35

19sukan Jumaat, 18 Februari 2011

Terengganu bersedia jadi hos LTdL

Ganjaran julang Piala AFF Suzuki 2010

Oleh: Esah Abdullah

Kerajaan negeri ber-sedia menjadi tuan rumah dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) serta menyediakan peruntukan sendiri jika diperlukan, untuk kejohanan itu tahun depan. “Atau sekurang-kurangnya menjadi desti-nasi terakhir ‘final stage’ bagi kejohanan itu,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wis-ma Darul Iman, baru-baru ini. Katanya, perkara sebe-gini biasa berlaku bagi negara luar yang sanggup mengeluarkan belanja semata-mata untuk me-narik sesuatu kejohanan ke tempat mereka kerana di sebalik acara yang ber-langsung banyak faedah yang diperolehi termasuk publisiti dari sudut pelan-congan. “Sebab itulah saya beri tawaran kepada pengan-

jur agar kejohanan LTdL akan datang peringkat akhir diadakan di Tereng-ganu dan ianya boleh dimulakan dari Kema-man dan berakhir di Ban-dar Kuala Terengganu,” katanya. Dato’ Seri Ahmad set-erusnya melahirkan rasa bangga dengan pencapa-ian pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang pertama kali menyertai LTdL 2011, baru-baru ini. “Pelumba kita telah memberi saingan hebat dan sering berada dalam kelompok hadapan da-lam setiap pusingan (10 pusingan) sepanjang ke-johanan berlangsung dan

akhirnya berjaya menem-patkan diri dalam senarai 10 pasukan terbaik kejo-hanan,” katanya. Katanya, sebagai per-siapan menyertai kejohan-an akan datang, pasukan kedua akan diwujudkan bagi membantu pasukan pertama mengatur strategi

memenangi kejohanan yang disertai. “Kerajaan bercadang menghantar pasukan ked-ua ini menjalani latihan di India dan pasukan per-tama akan menjelajah ke seluruh negara sebelum di hantar ke Shanghai,” ka-tanya.

janji Kerajaan Tereng-ganu buat enam pemain bola sepak yang merupa-kan anak kelahiran neg-eri ini kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 men-erima ganjaran setimpal atas kecemerlangan yang direkodkan mereka itu, ditunaikan, baru-baru ini. Anugerah berbentuk satu lot tanah banglo dan wang tunai RM5,000 se-orang disampaikan Men-teri Besar, Dato’ Seri Ah-mad Said kepada Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Sarbinee Allawee Ramli, (pemain Tereng-ganu), Mohd Muslim Ah-mad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad (Harimau Muda) dan pe-main kelantan kelahiran Kuala Besut, Norshahrul Idlan Talaha. Dato’ Seri Ahmad ber-kata, kerajaan negeri sen-tiasa mengiktiraf dan ber-sedia memberi sebarang hadiah atau insentif seba-gai mengiktiraf kejayaan atlet yang mengharumkan nama Terengganu serta Malaysia. Malah, beliau berharap lebih ramai lagi anak jati negeri ini ber-jaya dalam sukan pada masa akan datang. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan pemain yang akan me-wakili Terengganu dalam kancah Liga Malaysia 2011 supaya lebih berdi-siplin dan tidak bersikap

mudah berpuas hati den-gan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul seba-gai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak. “Saya minta pihak pen-gurusan tidak berkompro-mi dengan pemain yang tidak berdisiplin ini dan bertindak tegas terhadap mereka, tanpa mengira status,” katanya selepas majlis penghargaan ke-pada pemain Terengganu yang mewakili Tereng-

ganu dalam Piala AFF Suzuki dan majlis me-nandatangani kontrak dua pasukan Terengganu, di Hotel Primula Beach Re-sort, Kuala Terengganu. Pasukan Terengganu dan pasukan T’Team akan mewakili Tereng-ganu musim ini. Dato’ Seri Ahmad, ber-kata antara langkah yang boleh diambil termasuk memperkenalkan sistem potong elaun atau gaji ter-hadap pemain yang pon-

teng latihan atau sengaja mencari masalah sewaktu perlawanan sehingga di-layangkan kad merah atau kuning. “Kalau pegawai per-

lawanan berkata mereka bertembung secara tidak sengaja, itu tidak men-gapalah. Kadang-kadang mereka membuat perkara yang sama serta tidak se-

patutnya misalnya mere-ka pergi ke belakang dan tumbuk atau `peteh ket-ing’, itu pekerjaan yang menyebabkan mereka terima kad merah serta itu perlu diambil tinda-kan tegas,” katanya. Beliau turut melahir-kan harapan untuk me-lihat kedua-dua pasukan Terengganu itu memba-wa pulang satu daripada piala dipertandingkan bagi mengakhiri penan-tian lebih 10 tahun untuk bergelar juara. Selain penghargaan buat enam anak jati Terengganu yang mem-bantu pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, turut diadakan maj-lis menandatangani kon-trak perjanjian penajaan antara pasukan Tereng-ganu dan PBDKT T-Team dengan penaja Specs serta Admiral. Turut berlangsung majlis menandatangani dan penyerahan kontrak pemain kedua-dua pa-sukan bersama pasukan masing-masing dengan ketua pasukan Tereng-ganu Marzuki Yusof mendahului rakan sepa-sukannya, sementara pe-main veteran Subri Su-long mengetuai pasukan T-Team yang lain meny-erahkan kontrak mereka dengan turut disaksikan Menteri Besar.

Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang pertama kali menyertai LTdL 2011, baru-baru ini menunjukkan prestasi terbaik.

Ketua pasukan TSG,Anuar MAnan,menyapa Dato`Seri Ahmad yang datang ke lokasi bagi memberi sokongan kepada pasukan lumba basikal Terengganu. - Gambar oleh Ali Tengah

Menteri Besar bersama SUK Terengganu serta YB Rozi menyaksikan majlis menandatangani kontrak pemain pasukan Terengganu.

Penaja menunjukkan jersi baru yang akan dijadikan baju rasmi untuk pasukan T-Team.

Page 20: teganukita 35

ms 23

Ben Ainslie dari pasukan Teamorigin dinobatkan juara Piala Monsun 2010 buat julung kalinya, dan hadiah disampaikan SUK Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah.

Terengganu bersedia jadi hos LTdL

sukan Bil. 35 (18 Februari 2011) http://teganukita.blogspot.com

‘HERO’ TERENGGANU

Janji Kerajaan Terengganu buat enam pemain bola sepak yang merupakan anak kelahiran negeri ini kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menerima ganjaran setimpal atas kecemerlangan yang direkodkan mereka itu, ditunaikan. - Gambar oleh Zulkipli Putra (Berita lanjut ms-19)