teganukita 43

16
Bil : 43 (15-30 Jun 2011) - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 terkini cepat tepat PERANAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT Oleh: Aida Abd Rahman Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat ms-2 Imbuhan RM80,000 untuk pemenang Sukma KL ms-16 YT sedia Modul Kelas Maya ms-14 Gambar oleh Harish Fadzillah ISTERI wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertang- gungjawab sepenuhnya untuk memberi keselesaan dan menyokong peranan suami masing-masing supaya dapat memenangi pilihan raya. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak meminta isteri wakil rakyat supaya memberikan sokon- gan padu dan tidak memberi masalah kepada suami su- paya suami mampu mengekalkan BN atau mendapatkan semula negeri yang berada di tangan pembangkang. “Jaga makan minum dan pakaiannya, maka saya per- caya wakil rakyat BN dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi. Kalau suami balik lambat percayalah bahawa mereka sedang buat kerja sebagai wakil rakyat bagi menyumbang kepada kejayaaan Barisan Nasional. Kalau suami menang, BN menang, isteri pun menang juga,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sen- tuhan Songket sempena penutup Program Tahunan Is- teri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. lihat ms 2 “Semua pihak yang menyayangi parti (BN) dapat bekerja dengan jujur dan ikhlas serta dapat memberi maklumat tepat walaupun maklumat itu pahit untuk diterima supaya setiap kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki secepat mungkin.” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. PULAU KAPAS LEBIH 600 pengayuh basikal berdaftar menyertai pro- gram Kayuhan Malam Amal sejauh kira-kira 20 kilometer bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan program julung kali ajuran Kelab Remaja Terengganu yang dipengerusikan Encik Saiful Bahri Baharudin. Anak Besut lakar sejarah NURUSSYAHAMAH SEORANG lagi anak Terengganu mencipta se- jarah muncul wakil tung- gal Malaysia ke Majlis Tilawah Al-Quran Kanak- kanak Peringkat Antara- bangsa di Qatar slepas ter- pilih antara tiga peserta ke pe-ringkat akhir pertandin- gan itu yang akan berlang- sung Ramadan ini. Pelajar itu, Nurussyaha- mah Taqiah Nurunnajmi, 12, anak kelahiran Besut berjaya melepasi pemili- han di peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut di- sertai 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Oleh: Esah Abdullah lihat ms 3

description

teganukita 43

Transcript of teganukita 43

Page 1: teganukita 43

Bil : 43 (15-30 Jun 2011) - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

terkini cepat tepat

PERANAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT

Oleh: Aida Abd Rahman

Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat ms-2

Imbuhan RM80,000 untuk pemenang Sukma KL ms-16

YT sedia Modul Kelas Maya ms-14

Gambar oleh Harish Fadzillah

IsteRI wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertang-gungjawab sepenuhnya untuk memberi keselesaan dan menyokong peranan suami masing-masing supaya dapat memenangi pilihan raya. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak meminta isteri wakil rakyat supaya memberikan sokon-gan padu dan tidak memberi masalah kepada suami su-paya suami mampu mengekalkan BN atau mendapatkan semula negeri yang berada di tangan pembangkang. “Jaga makan minum dan pakaiannya, maka saya per-

caya wakil rakyat BN dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi. Kalau suami balik lambat percayalah bahawa mereka sedang buat kerja sebagai wakil rakyat bagi menyumbang kepada kejayaaan Barisan Nasional. Kalau suami menang, BN menang, isteri pun menang juga,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Sen-tuhan Songket sempena penutup Program Tahunan Is-teri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2011, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

lihat ms 2

“Semua pihak yang menyayangi parti (BN) dapat bekerja dengan jujur dan ikhlas serta dapat memberi maklumat tepat walaupun maklumat itu pahit untuk diterima supaya setiap kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki secepat mungkin.” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

PULAU KAPAs

LebIh 600 pengayuh basikal berdaftar menyertai pro-gram Kayuhan Malam Amal sejauh kira-kira 20 kilometer bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan program julung kali ajuran Kelab Remaja Terengganu yang dipengerusikan Encik Saiful Bahri Baharudin.

Anak Besut lakar sejarah

NURUSSYAHAMAH

seORAng l a g i anak Terengganu mencipta se-jarah muncul wakil tung-gal Malaysia ke Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antara-bangsa di Qatar slepas ter-pilih antara tiga peserta ke pe-ringkat akhir pertandin-gan itu yang akan berlang-sung Ramadan ini. Pelajar itu, Nurussyaha-mah Taqiah Nurunnajmi, 12, anak kelahiran Besut berjaya melepasi pemili-han di peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut di-sertai 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.

Oleh: esah Abdullah

lihat ms 3

Page 2: teganukita 43

2 am 15-30 Jun 2011

Kerajaan negeri taja 12 guru sertai Kursus Confratute di USOleh: Aida Abd Rahman

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan melihat pameran Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 ditemani Menteri Besar Terengganu.

Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat - Ahmad

Laluan sehala elak jalan sesakLAngKAh M a j -l i s Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengubah beberapa la-luan utama di pusat ban-dar Kuala Terengganu sebagai jalan sehala mulai Mei lalu mampu mengurangkan kesesa-kan lalu lintas dan kema-langan jalan raya. Lokasi terlibat dengan sistem jalan sehala ada-lah persimpangan Seko-lah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin Ladang melalui Taman Shahbandar dan seterusnya ke Pasar Be-sar Kedai Payang. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Dagang, berkata sekiranya pe-nyusunan semula jalan ini mendapat sambutan orang ramai, berke-mungkinan MBKT akan menambah kawasan pejalan kaki di jalan itu bagi memberi keselesaan kepada orang ramai. “Pada masa sama, MBKT a k a n mem-pertingkatkan k e m u -dahan sedia ada bagi memenuhi keperluan pelancong tempatan dan luar Terengganu,” katan-ya. Sebelum ini , MBKT turut mengubah beber-apa jalan lain, termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Cerong Lanjut, Jalan Bandar, Jalan Banggol, Jalan Kampung Tiong dan sebahagian Jalan Sultan Zainal Abidin. “Setakat ini kita tidak mendapat maklumbalas yang tidak baik dari-pada mana-mana pihak. Malah, para peniaga juga tidak membantah tinda-kan MBKT menjadikan laluan tersebut sebagai jalan sehala,” ujarnya. B e l i a u b e r k a t a , pihaknya menjalankan kajian terperinci sebe-lum mengubah sistem sedia ada. “Papan tanda dan kain rentang turut dipasang di sebelah bahu kiri dan ka-nan jalan bertujuan tidak mengelirukan pengguna jalan raya,” katanya. Pada masa yang sama, katanya, MBKT sedia menerima pandangan daripada mana-mana pihak bagi menambah-baik cadangan penguba-han laluan sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.

KeRAjAAn negeri me-naja 12 guru besar dan pengetua dari sekolah as-rama penuh yang terpilih seluruh Terengganu bagi mengikuti Kursus `Con-fratute’ di University of Connecticut, Amer ika Syarikat sebagai ke-sinambungan program memperkasakan bidang pendidikan yang dilaksa-nakan sejak 2008 lalu. Program melibatkan

kos RM3,800 bagi setiap guru mengikuti kursus yang meliputi 60 ta juk perbincangan, termasuk teknik pengajaran dan pembelajaran kreatif serta menyeronokkan pelajar. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ber-kata, guru yang menda-pat pendedahan daripada kursus itu akan berkongsi ilmu itu dengan guru lain serta mengaplikasikannya untuk pelajar di sekolah masing-masing bagi me-

ningkatkan prestasi pela-jar terutama yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sehingga kini, 72 guru dari seluruh negeri sudah mengikuti program itu se-jak ia diperkenalkan empat tahun lalu. “Selepas menamatkan kursus itu, guru berkenaan akan menjadi pelatih bagi melakukan penambahbai-kan dalam pelajaran dan usaha Kerajaan Tereng-

ganu ke arah mencapai wawasan menjadikan Terengganu sebagai Neg-eri Anjung Ilmu serta merealisasikan program 201052,” katanya. Sementara itu, Menteri Besar turut berpuas hati dengan prestasi pencapa-ian murid seluruh negeri dalam Ujian Pengesanan (OTI) 2 bagi (UPSR) ta-hun ini menunjukkan pen-ingkatkan 24.93 peratus pada tahun ini, berbanding 24.43 peratus tahun lalu.

Malah, beliau berharap pada peperiksaan OTI 3 akan terus mencatat pen-ingkatan bagi mencapai sasaran keputusan UPSR yang terbaik seluruh nega-ra buat kali ke-11 berturut-turut tahun depan. “Daripada keputusan OTI 2 dan OTI 3 ini boleh kita tafsirkan sebagai peningkatan pencapaian dalam objektif kita un-tuk memastikan program 201052, iaitu 20 sebagai peratusan keseluruhan A untuk UPSR tahun depan menjadi kenyataan.

tURUt hadir, Yang Di-pertua Badan Amal dan Ke-bajikan Tenaga Isteri Men-teri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Hajah Noo-rainee Abd Rahman. Hadir sama, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri merangkap Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Tereng-ganu (Serikandi), To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bersama isteri masing-mas-ing. Dato’ Seri Mohd Najib

`Membantu suami merasai denyutan nadi rakyat’dari ms 1 berkata, isteri juga tidak bo-leh terlalu asyik merungut menyebabkan suami tertekan yang mengakibatkan mer-eka sukar menjalankan tugas dengan baik seka-ligus men-jejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) me-reka seb-agai wakil rakyat. Selain itu, isteri wakil rakyat juga memainkan per-anan membantu suami me-layan penduduk setempat dengan baik dan berhemah apabila penduduk berkun-jung ke rumah masing-mas-ing. Menurutnya, isteri wakil rakyat juga boleh berfungsi sebagai penyalur maklumat atau `networking’ mengenai isu berkaitan rakyat termasuk rungutan penduduk sekaligus membantu suami merasai denyutan nadi rakyat.

AKtIvItI sukan berku-da tidak lagi menjadi hak eksklusif golongan elit atau mereka yang berada sahaja tetapi mampu disertai oleh semua lapisan masyara-kat dan pelbagai peringkat umur. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata usaha Majlis Ekuin Malay-sia (MEM) memaju dan memperkembangkan ilmu dan kemahiran mengenai ekuestrian telah menampak-kan hasilnya apabila ramai pelajar sekolah men-yertai program menunggang di sekolah dan menyertai kelab-kelab poni di seluruh negara. “Ramai ahli-ahli kelab itu yang telah berjaya mewaki-li negeri masing-masing dalam pertandingan di per-

ingkat kebangsaan bahkan ada yang telah mewakili negara ke peringkat anta-rabangsa,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Perkhemahan Poni Kebang-saan 2011 di Terengganu

Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Tereng-ganu. Perkhemahan berkenaan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zai-nal Abidin.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah beserta dua puteri baginda Tengku Nad-hirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra’. Hadir sama, isteri Men-

teri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi MEM, Dato’ Sri Mahamad Fathil Mahmood. Dato’ Seri Haji Ahmad mengucapkan syabas kepa-da jawatankuasa penganjur yang berjaya mengumpul-kan hampir kesemua Kelab Poni di seluruh negara. “Perkhemahan kali ini merupakan yang terbesar pernah diadakan termasuk penyertaan empat kelab baru ditubuhkan iaitu Kelab Poni Imtiaz Yayasan Tereng-ganu, Sabah, Sarawak serta Bahagian Teknik dan Vokasional,”katanya. Menteri Besar menaruh keyakinan kelab ini akan berjaya menghasilkan lebih ramai atlit sukan berkuda.

Dato’ Seri Mohd Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Ahmad serta isteri wakil-wakil rakyat ketika menyampaian hadiah sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011.

Page 3: teganukita 43

3am 3 15-30 Jun 2011

Sukan berkuda kini disertai oleh semua lapisan masyarakat - Ahmad

Oleh: Aida Abd Rahman

Dato’ Seri Haji Ahmad berkongsi kecemerlangan Terengganu menjadi johan keseluruhan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan disaksikan Nor Hidayah (Qariah), Dato’ Haji Wan Ahamad (TSUK) dan Haji Mohd. Rozali.

Dewan serbaguna hadiah untuk kaum Tionghua

Nurussyahamah wakili Malaysia ke Majlis Tilawah di DohabAPAnyA Encik Nurun-najmi Yaacob, 40, guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut akan menemani pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh, ke Doha Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir pertandingan anjuran Ke-menterian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan sa-luran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera. Pemilihan Nurussyaha-mah Taqiah itu merupakan satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kera-jaan Qatar sebelum ini melibatkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Ma-laysia. Sebelum berjaya ke Doha, Nurussyahamah Taqiah menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara, dan terpilih antara tiga yang

berjaya melepasi ujian berkenaan. Beliau menjalani sekali lagi ujian dalam bulan April lalu dan dipilih me-wakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari se-luruh dunia. Sebagai persediaan ke peringkat akhir itu nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wa-taniah, Alor Keladi, mem-bawa anaknya itu berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999 Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan. Nurussyahamah pernah menjadi johan membaca Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandin-gan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia , selain pernah muncul se-bagai naib johan.

dari ms 1

Terengganu johan keseluruhan tilawahKecemeRLAngAn Terengganu bukan hanya dalam bidang sukan dan pendidikan, malah turut memahat nama dalam bi-dang keagamaan apabila menamatkan kemarau leb-ih sedekad tidak merang-kul piala pusingan johan keseluruhan Tilawah al-Quran Peringkat Kebang-saan selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada pertandingan itu bagi 2011. Kejayaan bersejarah selepas kali terakhir mer-angkulnya pada 1998 diu-langi Ahmad Tirmizi Ali, 26, dan Norhidayah Abdul Rahman, 20, yang muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat bagi kategori qari dan qariah terbaik pada tilawah edisi ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, Sarawak yang berlang-sung pada 13 hingga 17 Jun lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kemenangan itu secara tidak langsung membuktikan kesunggu-han kerajaan negeri dalam melahirkan tokoh agama pada masa depan. “Saya bersyukur kerana Terengganu bukan sahaja cemerlang dari segi akade-mik dan sukan, tetapi juga cemerlang dalam bidang

keagamaan,” katanya. Menteri Besar berkata demikian ketika menyam-but kepulangan rombongan peserta Terengganu dari-pada menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Ke-bangsaan itu, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat ser-ta Timbalannya, YB Haji Muhammad Ramli Nuh; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris dan Pesu-

ruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mohd. Rozali Salleh. Sementara Nor Hidayah berkata, kejayaan mem-bawa pulang trofi juara keseluruhan itu mem-beri perangsang buatnya melakukan leb ih baik pada masa depan dan terus berusaha memajukan diri dalam bidang berkaitan keagamaan. “Ini penyertaan kali kedua saya di peringkat kebangsaan dan kejayaan membawa pulang Piala Pusingan Johan Keseluru-han Tilawah Kebangsaan (2011) ini amat bermakna

buat saya, walaupun se-cara peribadi saya hanya memperolehi tempat ke-empat keseluruhan qariah terbaik,” katanya lagi. Ahmad Tirmizi yang memenangi tempat ke-tiga membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala Nor Hidayah yang mendapat saguhati menerima hadiah wang tunai RM2,000, hadiah ir-ingan dan sijil. Seramai 29 qari dan qa-riah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang berte-makan ‘1Malaysia, 1Um-mah”.

Guru agama rujuk kitab moden dan ringkas terjemahan YITKeRAjAAn negeri berharap segelintir guru agama di masjid dan surau seluruh negeri dapat men-gajar dengan lebih tepat serta lancar apabila meng-gunakan kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain yang diterjemah menggunakan bahasa mu-dah dan lebih moden. Pengerusi Jawatankua-sa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata ramai guru agama sebelum ini didapati mengajar dengan kefahaman yang berbeza dan kemampuan sendiri walaupun merujuk kitab. Katanya, kitab Matla’ al-

Badrain terbitan Yayasan Islam Terengganu (YIT) diterjemah oleh enam ahli panel merangkumi aspek ibadat, munakahat, jual beli dan muamalat. Beliau berkata, pener-bitan naskhah yang diter-jemahkan daripada kitab

tersohor bertujuan me-mudahkan guru agama di masjid dan surau menga-jar. Seramai 2,000 guru agama di masjid dan surau dilantik di bawah YIT. Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk guru

ta’mir dan mubaligh yang dilantik menerusi Jaba-tan Hal Ehwal Agama Terengganu. YB Haji Khazan berka-ta, semua guru berkenaan terlebih dahulu diberi pendedahan mengenai kaedah mengajar yang betul melalui Kursus Met-odologi Pengajaran Kitab Matla’ al Badrain yang disampaikan bekas Tim-balan Mufti negeri, Haji Abdul Halim Awang. “Kitab yang kompre-hensif ini bukan sahaja merangkumi mengenai ibadat, munakahat, jual beli dan muamalat, malah pelbagai aspek lagi,” ka-tanya.

YB Haji Khazan ditemani YB Haji Muhammad Ramli dan Haji Md Kamaru Al-Amin melancarkan kitab dan tujuh buku terbitan YIT dengan kerjasama kerajaan negeri.

KePRIhAtInAn kera-jaan negeri terhadap se-mua kaum terbukti apabila menyediakan dewan ser-baguna untuk masyarakat Tionghua di Kemaman. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri prihatin dengan keperluan kaum Cina yang menga-lami masalah mengadakan pelbagai majlis dan ak-tiviti keramaian termasuk perkahwinan. “Kita luluskan perun-tukan membina sebuah dewan serbaguna berharga lebih RM3.8 juta untuk mereka. Cuma, apa yang kita harapkan penduduk Cina tidak mudah terpen-garuh dengan fitnah dan dakyah pembangkang se-

baliknya terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katan-ya ketika merasmikan De-wan Komuniti Tionghua di Kampung Bukit Mak Dayang, Kemaman, baru-baru ini. Menteri Besar berharap pengorbanan kerajaan da-pat dinilai penduduk serta terus menyokong kerajaan tanpa berbelah bagi teru-tama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Lebih menggembira-kan, pada majlis itu, Dato’ Seri Haji Ahmad turut mengumumkan kelulu-san peruntukan tambahan RM100,000 untuk mem-buat penambahan dan pengubahsuaian pendingin hawa di dewan berkenaan. .

Dewan serbaguna kaum Tionghua di Kampung Bukit Mak Dayang.

Page 4: teganukita 43

ANALISIS

44 rencana

Oleh: Putera Pesisir Air

Keamanan adalah nikmat yang perlu

disyukuri

15-30 Jun 2011

KeAmAnAn negara adalah suatu perkara yang utama untuk membolehkan rakyat dapat hidup dengan bahagia, selamat dan sejahtera. Namun ada sesetengah pihak yang suka melakukan huru-hara melalui demostrasi jalanan dan perhimpu-nan haram yang didalangi oleh pemimpin pembang-kang. Sesungguhnya Islam, agama yang amat memen-tingkan keamanan dan perpaduan. Perpaduanlah yang akan membuahkan keamanan. Islam tidak hanya sekadar membina hubungan manu-sia dengan Allah semata-mata, tetapi lebih luas dari-pada itu, tuntutannya mencakupi juga, hubungan baik sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Perhimpunan haram itu juga jelas mengancam keselamatan negara, menimbulkan perasaan takut di kalangan orang ramai serta menjejaskan sektor pelan-congan di negara ini. Selain mengganggu ketenteraman awam, perhim-punan itu boleh menjejaskan keyakinan para pelabur untuk meneruskan dan mencari peluang menjalankan pelaburan di negara ini, sekaligus memberi impak negatif serta imej yang buruk kepada negara di mata masyarakat luar. Oleh itu apa yang berlaku pada 9 Julai lalu, walau-pun gagal untuk menghancurkan negara melalui cara demonstrasi itu, tetapi perlulah kita jadikan iktibar agar ia tidak cuba diulangi lagi. Jangan kita menyokong atau mendorong kepada golongan yang hendak menghancurkan negara den-gan cara itu dengan bertopengkan bersih dan Islam. Janganlah kita mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menggambarkan bahawa negara kita ini tidak aman atau memberi imej buruk negara di mata luar. Dalam Islam sendiri, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk menghancurkan negara kita dengan cara demikian, apatah lagi hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara reformasi jalanan. Kepada yang tersilap langkah kembalilah ke pang-kal jalan, kerana keamanan adalah nikmat yang perlu disyukuri.

Bersihkah Pas dan pakatan pembangkanghImPUnAn Bersih itu namanya sahaja, tetapi sebenarnya per-himpunan haram dan demonstrasi jalanan. Nama bersih itu sekadar hendak mengaburi mata rakyat, kononnya kera-jaan dan pilihanraya di negara ini dijalankan secara tidak betul. Yang betul hanya pembang-kang sahaja. Bagi mereka yang betul hanya pemimpin-pemimpin yang ber-serban dan berjubah, kononnya hendakkan kepada Islam tetapi bertuankan orang yang menentang Islam. Jiwa mereka ini sebenarnya belum mardeka lagi! Bersih apa kalau tin-dakan yang dilakukan itu menghura-harakan keadaan. Pendekatan ajaran Islam mana yang digunakan boleh ‘meng-halal’ perbuatan meng-huru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Na-jib Tun Abdul Razak menyifatkan tindakan perhimpunan haram dan demonstrasi jala-nan bukanlah dari aja-ran Islam dan menu-rutnya ulamak-ulamak berpendapat tindakan atau cubaan hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara demikian bukanlah dari ajaran Is-lam. Beliau bersyukur kerana sebahagian be-sar rakyat Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di ibu kota dan rakyat Malaysia amnya tidak menyertai perhim-punan haram itu. Mereka merupakan rakyat Malaysia yang cintakan kepada ke-amanan dan kedamaian. Mereka adalah rakyat yang patuh dan taat kepada titah nasihat ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang Diper-tuan Agong. Perdana Menteri juga mengucap terima kasih kepada pihak kes-elamatan dan polis yang telah dapat menyurai-kan perhimpunan haram atau demonstrasi jala-

nan di ibukota hari ini. Beliau berkata demiki-an kepada pihak media selepas menyampaikan hadiah Program Tahu-nan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di Stadium Negeri, di Kuala Terengganu ba-ru-baru ini. “Saya harap apa yang berlaku ini menjadi ikti-bar kepada rakyat negara ini agar tidak berulang lagi. Tunjuk perasaan, perhimpunan haram dan demostrasi jalanan bu-kanlah cara yang baik kerana ia boleh menje-jaskan ketenteraman dan menjejaskan ekonomi negara,” kata Perdana Menteri. Katanya, kerajaan kesal kerana kita telah menawarkan stadium un-tuk perhimpunan tetapi mereka menolak dan ternyata mereka mem-punyai motif lain bagi menggambarkan negara ini kucar-kacir kepada pihak luar. Dato’ Seri Mohd Najib berkata, kerajaan juga bersependapat bahawa pilihan raya perlu ber-laku secara bersih dan sebab itulah pihak Su-ruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan ma-cam-macam pendekatan untuk tujuan itu. “Kalau sekiranya apa yang mereka tuntut itu ialah untuk mendapat plihanraya yang adil dan bersih, kita tidak berbeza pendapat sama sekali. Kerajaan ini adalah kera-jaan yang inginkan pili-hanraya yang adil dan bersih. Dan kita telah pun mengamalkan pili-hanraya sedemikian rupa selama ini,” tegasnya.

“Malangnya, perhim-punan itu sudah bertukar kepada reformasi dan dan bukan lagi untuk menuntut pilihan raya yang bersih, namun saya bersyukur keadaaan ter-kawal dan keadaan tidak terjejas teruk termasuk kemudahan-kemudahan awam tidak banyak yang rosak,” katanya. Beliau berkata, ka-lau hendak berlawan berhimpun dan berde-montrasi penyokong kerajaan pun boleh buat dengan jumlah lebih ra-mai, tetapi itu bukan caranya kerana ia boleh menjejaskan imej negara dan keyakinan pelabur, Perdana Menteri juga turut menafikan khabar angin tentang pembuba-ran parlimen dalam masa terdekat ini dan men-ganggapnya itu sebagai berita palsu yang dise-barkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Marilah kita berfikir logik, beberapa neg-eri sudah ditawan oleh pembangkang melalui pilihanraya, tidakkah itu bermakna pilihan raya berlaku secara bersih dan adil? Dan sejauh manakah bersihnya pentadbiran pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dimenanginya itu. Ber-macam penyelewengan berlaku dan dilakukan di bawah pentadbiran mereka yang berselind-ung di atas nama Islam, bahkankan nama Khali-fah Umar Abdul Aziz pun digelarkan kepada pemimpin bukan Islam

pujaan mereka, betapa sesatnya! Sesat dan menyesatkan lagi bila orang yang per-nah terbabit dengan isu ditangkap khalwat pun di-angkat menjadi pemimpin utama dalam Pas. Kalau Pas hendak mendabik dada mereka bersih dalam pilihan raya pula, bersih apakah di Peti Undi Rusila dan beberapa tempat lagi di Terengganu bila penyokong Pas me-nyekat pengundi Umno atau BN untuk ke tempat mengundi. Mereka menggunakan kekerasan, itu lagi ti-dak bersih , janganlah menuduh orang kalau kita sendiri lebih teruk bersi-kap tidak bersih dan tidak adil dalam pilihan raya. Demikian juga isu pen-gundi hantu, pemimpin Pas sendiri terbabit men-gamalkannya, tetapi menuduh Umno dan BN. Rakyat Terengganu telah dapat menilai ke-bersihan atau kenajisan pemimpin pembangkang sewaktu memerintah Terengganu. Macam-ma-cam penyelewengan, pem-bohongan dilakukan, hatta anak Exco Kerajaan Neg-eri pun sapus/bolot wang zakat yang sepatutnya un-tuk orang miskin dan layak menerima. Bersihkan itu?? Saman berkaitan bal-ak oleh sebuah syarikat membabitkan bekas Men-teri Besa (Pas), hingga terpaksa ditanggung oleh kerajaan BN Terengganu sekarang, bersihkah itu? Sama-samalah kita re-nung dan fikir-fikirkan.

Perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan adalah perbuatan terkutuk yang boleh menghuru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara.

Pendekatan ajaran Islam mana yang digunakan boleh ‘mengha-lal’ perbuatan menghuru-hara dan memberi imej yang buruk kepada negara.

Sidang Pengarang

Penaung : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media Baru)

Penolong Pengarang 2 : Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita)

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Pelatih : Azwa Shamsuddin dan Nor Izieantie Ibrahim

Page 5: teganukita 43

55

INSPI ambil pelajar luar negara

ETA jadi program nasional

Pelajar INSPI merakam kenangan bersama Haji Muhammad Ramli selepas Majlis I’dul Ilmi 2011 di Dewan Berlian majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.

Nelayan kecil layak dapat lesen secara automatik

15-30 Jun 2011

InstItUt Pengajian Is-lam (INSPI) di Kemaman akan menawarkan tempat pengajian kepada pelajar dari luar negara, dalam usaha menaiktaraf pusat pengajian berkenaan ke peringkat antarabangsa. Pengerusi INSPI, Haji Muhammad Ramli Nuh, berkata pengambilan pe-lajar dari Kemboja akan di-mulakan bagi sesi pen-gajian 2012 dan ia akan diperluaskan ke beberapa negara lain di Asia Teng-gara. “Kerajaan negeri me-nerima banyak permo-honan daripada negara Kemboja untuk kemasu-kan pelajar mereka di bi-dang pengajian agama di INSPI. “Selepas perkara ini dibawa kepada mes-yuarat jawatankuasa Pe-megang Amanah Yayasan Islam Terengganu (YIT),

Oleh: Kamarudin mat Akib

pengambilan pelajar dari luar negara diluluskan pada April lalu,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui selepas Majlis I’dul Ilmi INSPI 2011 di

Haji Muhammad Ramli (dua kanan) menyampaian sijil dan diploma kepada pelajar INSPI sambil disaksikan Haji Md Kamarul Al-Amin (kanan).

Dewan Berlian Majlis Per-bandaran Kemaman, baru-baru ini. INSPI yang ditadbir YIT mula ditubuhkan ki-ra-kira dua tahun lalu bagi

menggantikan Markas Pengajian Islam (Marpa), dalam usaha kerajaan neg-eri melahirkan graduan berlatarbelakang penga-jian agama.

Sebahagian graduan-nya kini mengisi jawatan imam, bilal, pegawai agama dan pembantu hal ehwal Islam di seluruh negara manakala selebi-hnya melanjutkan pelaja-ran di Mesir, Jordan dan Indonesia dalam pelbagai bidang pengajian agama. Haji Muhammad Ramli berkata, pihaknya telah berbincang dengan Ma-jlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi menaja pe-lajar dari negara Kemboja melanjutkan pelajaran di INSPI. “Selepas ini kita ber-cadang untuk mengam-bil pelajar miskin dari negara-negara jiran untuk melanjutkan pelajaran di INSPI. “Langkah ini bukan saja bertujuan membantu saudara seagama kita yang miskin, tetapi juga mem-bantu menaikkan taraf INSPI ke peringkata anta-rabangsa,” ujar beliau.

PROgRAm ETA yang mula diperkenalkan kera-jaan negeri sejak lima tahun lalu akan dijadikan program nasional mulai tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sum-ber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemen-terian menjadikan modul kerajaan negeri dalam melaksanakan program ETA untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. “Ini satu pengiktirafan kepada kita di mana me-reka mulai yakin dengan apa yang kita buat setelah kejayaan demi kejayaan yang kita capai dalam kepu-tusan peperiksaan awam

yang lalu,” katanya kepada pemberita di majlis peras-mian Pameran Schoolwide Enrichment Model (SEM) di Pusat Dagangan Tereng-ganu (TTC), Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Katanya, kejayaan yang dicapai pelajar-pelajar kita adalah hasil kerja keras guru, ibu bapa, masyarakat di samping kesediaan kera-jaan yang melabur jutaan ringgit demi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Sehubungan itu katanya, pameran SEM yang akan dijadikan acara tahunan ini membuka peluang kepada pelajar bagi mengembang-kan idea, minat dan bakat dengan menghasilkan cip-taan masing-masing untuk diketengahkan.

“Sebenarnya apa yang dihasilkan pelajar kita mendapat respon sangat baik dan ada pengunjung luar yang berminat terha-dap kreativiti yang dihasil-kan semasa program ber-langsung,” katanya.

semUA awak-awak (ne-layan) di seluruh negara yang menerima elaun sara hidup dan memiliki sam-pan sendiri akan diberikan lesen sampan secara au-tomatik. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar, berkata urusan untuk memiliki lesen dipermudahkan bagi membolehkan mereka berdikari dan tidak sela-manya bergantung kepada pihak lain. “Nelayan yang ingin memohon lesen mesti membawa kad nelayan sebagai bukti mereka penerima elaun sara hidup dan kita akan lulus serta merta,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup secara tunai ke-pada nelayan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Losong, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dato’ Mohd Ji-din Shafee dan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Katanya, setakat ini ter-dapat 15,900 awak-awak di seluruh Negara sudah memiliki lesen sampan dan mampu menjana pendapatan yang lebih baik. “Saya difahamkan terdapat lebih 400 awak-awak di negeri ini tidak mempunyai lesen sampan tetapi terpaksa keluar ke laut demi tuntutan kehidu-pan,” katanya. Katanya, 90 peratus kalangan mereka ini me-miliki kad nelayan dan menerima elaun sara hi-dup daripada kerajaan.

5am 15-30 Jun 2011

Perkemas jentera parti - MBsemUA Ketua Umno Cawangan seluruh negeri diminta bersiap sedia dari sekarang untuk mengha-dapi Pilihan Raya Umum akan datang. Pengerusi Badan Per-hubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) merangkap Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jentera parti perlu diperkemaskan dan semua ketua cawangan hendaklah bergerak seir-ing. “Ahli-ahli di cawangan merupakan penentu kalah menangnya parti dalam se-tiap pilihan raya,” ka-tanya selepas mengadakan per-jumpaan dengan Ketua Cawangan Umno seluruh negeri di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,

baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Pengerusi BPUNT, YB Yahya Khatib Moham-mad; Setiausaha, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ketua Peneran-gan, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Strategi BPUNT, Datuk Dr. Rosli Mat Hasan serta Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) seluruh negeri. Katanya, ketua cawa-ngan lebih dekat dengan pengundi di peringkat akar umbi dan amat arif dengan sikap serta gerak geri anak buah di kampung masing-masing. “Saya yakin dengan ke-mampuan ketua cawangan yang sentiasa menjaga kebajikan penduduk kam-pung,” katanya.

HAJI AHMAD RAZIF

Page 6: teganukita 43

6 rencana

TDM bayar untung terbesar hasil perladangan, kesihatan

Veteran yakin BN akan terus memerintah

15-30 Jun 2011

tDm Berhad membayar di-viden dan keuntungan terbesar yang diraih Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu kepada kerajaan negeri dan agensi lain berjumlah RM28,810,458.17 bagi 2010. Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik menyerahkan di-viden dan keuntungan itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Pembayaran dividen itu dibuat kepada Terengganu In-corporated Sdn Bhd dan agensi lain (RM20,400,362.07) dan Perbadanan Memajukan Ik-tisad Negeri Terengganu ber-jumlah RM5,412,000. Agensi lain yang mendapat keuntungan usahasama adalah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (RM2,861,543.10) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM136,553). Sehingga kini, TDM sudah membayar RM81.8 juta dividen dan keuntungan usahasama ke-pada kerajaan negeri sejak ba-yaran pertamanya pada 2007. TDM Berhad adalah syarikat pegangan pelaburan milik Terengganu yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan menjalankan operasi berteraskan perladangan dan penjagaan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Encik Badrul Hisham Mahari, pembayaran dividen kali ini adalah terbesar pernah dibuat TDM kepada pemegang saham jangka panjangnya, merupakan sebahagian dari-pada komitmen TDM untuk memberi ganjaran kepada pe-

EKONOMI

Kerajaan negeri yang diwakili Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerima penyerahan cek bernilai RM20,400,367.07 dari Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik.

megang saham dengan pulan-gan yang lumayan. “Pembayaran dividen ini se-lari dengan prestasi memuaskan yang dicapai oleh TDM untuk 2010. Menjadi fokus kami un-tuk terus memberi ganjaran kepada para pemegang saham kami. “Bagi memastikan kami mampu berbuat demikian, usaha berterusan perlu dilaku-kan bagi memajukan dua per-niagaan teras kami dan mem-perbaiki kecekapan operasi. Hasilnya boleh dilihat melalui peningkatan pembayaran div-iden kepada para pemegang sa-ham,” jelasnya. TDM akan terus mengagi-hkan dividen yang mem-berangsangkan kepada syarikat pemegang saham selaras den-gan peningkatan pendapatan syarikat. Syarikat GLC itu men-catat peningkatan hasil Kum-pulan sebanyak 25 peratus dari RM335.6 juta pada 2009 ke-pada RM420.4 juta bagi 2010. Sementara itu, keuntungan sebelum cukai turut mening-kat sebanyak 67 peratus dari RM77.5 juta pada 2009 kepada RM129.2 juta bagi 2010. “Peningkatan itu adalah sum-bangan dari sektor perladangan yang semakin meningkat dan prestasi lebih baik yang dicapai oleh sektor penjagaan kesihat-an,” katanya.

Pembayaran dividen ini selari dengan prestasi memuaskan yang dicapai oleh TDM untuk 2010.

Apa pandangan tentang Pili-han Raya Umum ke 13? Barisan Nasional (BN) masih boleh berkuasa. BN masih di hati rakyat. Pengundi, termasuk pengundi muda, khususnya di Terengganu masih percaya hanya BN boleh menentukan masa de-pan yang terjamin untuk mereka. Walaupun pandangan tertentu semacam golongan muda tidak menyokong BN, tetapi hakikat-nya tidak semua. Masih ramai se-benarnya yang menyokong dan bersetuju dengan kerajaan BN.

mengapa berpandangan demikian? BN mempunyai sejarahnya dalam pentadbiran dan penguru-san negara. Dengan kesunggu-han kerajaan BN memperbaiki pentadbiran ke arah yang labih baik dengan pelbagai transfoma-si sudah tentu keyakinan rakyat semakin baik kepada BN. Di peringkat negeri pun kita melihat agenda pendidikan di-perkasakan. Ini semua adalah suatu jaminan untuk masa depan depan bangsa kerana pendidikan adalah penting untuk mempas-tikan bangsa dan negara terus maju dan mampu bersaing.

Politik dan pembangunan, apa pandangan? Ya, dalam sistem negara yang mengamalkan demokrasi ber-parlimen dan kerajaan dipilih melalui pilihan raya, kuasa poli-tiklah dapat menentukan pem-bangunan dapat dijalankan. Asas pembentukan kerajaan ialah poli-tik atau pilihan raya. Mana-mana parti politik yang diyakini rakyat akan dipilih dan membentuk ke-rajaan. Kerajaan itulah yang akan menjalankan pembangunan un-tuk rakyat. Pembangunan bukan sahaja projek-projek fizikal, tetapi me-liputi kerohanian, pendidikan, keselamatan dan apa jua perkara untuk kesejahteraan rakyat. Ini-lah yang telah terbukti dilaku-kan oleh BN. Cuma kalau boleh jangan buat secara ‘ad hoc’ atau tergesa-gesa, tetapi mestilah me-lalui perancangan yang rapi dan perlaksanaan yang berkesan.

bagaimana dengan calon-calon bn, calon yang boleh menang? Dalam politik bukan boleh cuba-cuba. Memilih kerajaan juga bukan boleh cuba-cuba. Calon juga tidak tidak boleh

WAWANCARA meReKA masih berada di belakang sebagai penyokong Bari-san Nasional (BN). Mereka ingin melihat anggota kerajaan dan pemimpin pelapis yang menggantikan mereka meneruskan ke-sinambungan perjuangan mereka. Berikut adalah wawancara Pen-garang Teganukita RUSLAN ABDUL RAHMAN dengan bekas pemimpin/bekas wakil rakyat terdiri dari Dato’ Haji Salleh Ismail (Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri 1978-82, Haji Abdullah Muda (Exco Kerajaan Negeri 1987-1990) dan Haji Abdullah@ Wa-hab Said (Adun Tepoh 1990-95).

dicuba-cuba. Kami yakin dengan kebijaksanaan pemimpin dalam membuat pemilihan calon yang terbaik untuk parti dan rakyat serta boleh menang, Insya Allah. Yang telah nyata ditolak rak-yat sebelum ini tidaklah perlu lagi hendak cuba-cuba, itulah ha-rapan kami.

Apa yang hendak diper-katakan tentang pentadbiran dan kerajaan? Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu perkasa. Mereka adalah jentera penting di peringkat akar umbi dan perlu sentuhan yang berkesan kepada rakyat. Ia adalah satu badan, bukannya in-dividu, perlu digerakkan secara kolektif, sama ada dalam bentuk bidang kerja, tanggungjawab, elaun dan apa sahaja adalah atas nama jawatankuasa bukan indi-vidu.

Apa lagi? Selain institusi Menteri Besar yang memang dipandang tinggi dalam struktur pentadbiran dan politik negeri kita, institusi Exco (Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) melalui portfolio ma-sing-masing juga perlu. Rakyat ingin tahu apa yang dilakukan dan sudah tentu untuk menikmati hasil dari peranan kolektif insti-tusi kerajaan itu, selain peranan jabatan-jabatan yang sedia ada. Pelancongan begitu popular di Terengganu sekarang. Ramai pengunjung ke Terengganu saban musim cuti. Oleh itu, langkah memperkasakan bidang tersebut

Pembangunan bukan sahaja projek-projek fizikal, tetapi meliputi kerohanian, pendi-dikan, keselamatan dan apa jua perkara untuk kesejahteraan rakyat. Inilah yang telah terbukti dilaku-kan oleh BN.

amat perlu supaya pelancong selesa dan dapat menikmati apa yang diperlukan mereka di ne-geri ini. Cara Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat sekarang amat perlu dicontohi. Selain berpe-ranan sebagai Ketua Kerajaan, membuat dasar dan perancangan untuk negeri, mereka (Exco dan wakil-wakil rakyat) juga terus bersama rakyat bagi memberi sentuhan sendiri kepada rakyat dan dapat menyelami dan menji-wai kehendak rakyat.

tentang bn dan pilihan raya? Ya, gerakan bersepadu ke arah berdepan dengan pilihan raya perlu dibuat. Peranan pen-gundi luar juga penting. Me-reka yang berada di ibu kota dan luar Terengganu tetapi ma-sih mengundi penting dikenal-pasti dari sekarang. Perlu lantik jawatankuasa pengesan di pe-ringkat tempat masing-masing, kerana mereka penting juga dalam menentukan kemenangan. Kami yakin BN akan terus perintah negara lagi. Begitu juga di negeri Terengganu.

Kami yakin dengan kebijaksanaan pe-mimpin dalam mem-buat pemilihan calon yang terbaik untuk parti dan rakyat serta boleh menang, Insya Allah.

Cara Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat amat perlu dicontohi. Selain berperanan sebagai Ketua Kerajaan, mem-buat dasar dan peran-cangan untuk negeri, mereka (Exco dan wakil-wakil rakyat) juga terus bersama rakyat bagi memberi sentuhan sendiri ke-pada rakyat dan dapat menyelami serta men-jiwai kehendak rakyat.

Page 7: teganukita 43

7am

MB minta penjawat beri perkhidmatan terbaikOleh: suriati Ali

Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan perasmian Karnival Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah (Sukata) Terengganu 2011 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.

15-30 Jun 2011

PenjAwAt a w a m di Terengganu diminta mem-beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bertu-juan mengelak pandangan serong dan tohmahan ter-hadap mutu perkidmatan awam. Memperkenalkan slogan `Merakyatkan Pentadbi-ran & Pembangunan’ dan mengamalkan sistem Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S) antara pendekatan yang dilak-sanakan bertujuan memberi kebajikan dan keselesaan kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, dia menyarankan pejawat awam supaya tidak lupa mengamalkan etika mesra, jujur dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. “Pendekatan itu cukup penting berikutan mampu menaikkan imej jabatan di kalangan masyarakat,” ka-tanya ketika berucap di Ma-jlis Perasmian Karnival Su-kan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah (Sukata) Tereng-ganu 2011 di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha

Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Nawawi Wan Ismail. Seramai 800 atlit me-wakili tujuh Pejabat Daer-ah dan Tanah di seluruh Terengganu menyertai 14 acara pada kejohanan kali ketujuh itu. Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu penganjuran sukan seumpama ini mam-pu meningkatkan tahap kes-ihatan, mewujudkan seman-gat tolenrasi dan kerjasama antara penjawat awam. “Melalui kejohanan

ini, ia mampu melahirkan kakitangan kerajaan yang berbakat dan berdisplin di samping dapat membu-dayakan sukan sebagai ak-tiviti sihat dalam kehidupan harian. “Terengganu kini mampu menjulang nama di pelbagai ceruk negeri selepas ber-jaya meraih kejuaraan tiga kali dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan merangkul Piala FA,” katanya. Katanya, kerajaan negeri akan berusaha mengekal-kan kecemerlangan ini se-lain berazam untuk terus mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang lain.

Penduduk minta perkhidmatan bot penambang dikekalkan PenDUDUK tempa-tan dan pengunjung luar Terengganu mengharapkan kerajaan negeri mengeka-lkan perkhidmatan bot pe-nambang walaupun kini terdapat pelbagai kemudah-an pengangkutan lain yang lebih canggih. Pengangkutan berusia lebih 50 tahun itu masih di-minati dan diperlukan orang ramai terutama penduduk dan peniaga yang tinggal di Seberang Takir untuk mem-bawa barangan niaga atau ke mana-mana destinasi di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu. Bermula dengan harga 20 sen untuk satu perjalan-an ketika ia diwujudkan, kini menjadi RM1 namun ia masih tetap menjadi pi-lihan penduduk kerana caj tambangnya yang masih murah. Bukan tiada bas atau teksi namun kelaziman bagi mereka untuk meng-gunakan perkhidmatan bot berikutan tidak mengambil masa yang lama menunggu ke destinasi. Bagaimanapun, jika dulu hampir 70 buah bot penam-bang yang beroperasi di sungai tersebut namun kini hanya tinggal 25 buah sa-haja. Ini kerana sejak Jam-batan Sultan Mahmud siap dibina pada tahun 1980-an, penumpang bot penambang semakin berkurangan me-

mandangkan lebih ramai yang menggunakan kemu-dahan jambatan tersebut. Seorang penumpang, Zulkifli Zainuddin berkata perkhidmatan ini wajar dikekalkan kerana ia men-jadi pengangkutan tradisi sejak turun temurun lagi. Katanya, dia akan mem-bawa anak-anak menaiki bot penambang setiap kali tiba cuti umum atau hujung minggu. “Kami cukup teruja me-naiki bot penambang kerana dapat melihat pemandangan

sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu melalui jalan air. Jika bot penambang yang masih tinggal ini dita-matkan perkhidmatannya, sudah tentu generasi akan datang tidak dapat menggu-nakannya lagi,” katanya. Seorang pengusaha bot penambang Ghazali Abdul-lah, 48, berkata dia mencari rezeki menggunakan bot penambang sejak 20 tahun lalu dan kini masih giat menjalankan aktiviti itu bersama rakan lain. Katanya, perkhidmatan bot penambang sebelum

ini hanya menggunakan bot yang menggunakan layar sahaja. Namun kini semua bot penambang telah meng-gunakan enjin, tetapi ke-banyakannya telah berusia hampir 20 tahun. Beliau mengakui bahawa perusahaan bot tersebut semakin kurang mendapat sambutan daripada peng-guna.Bagaimanapun peru-sahaan tersebut masih lagi diperlukan memandangkan permintaan penduduk tem-patan yang menggunakan pengangkutan itu sejak da-hulu lagi.

Contohi JPNT anjur program serlah bakat pelajar istimewa UsAhA murni Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) mengetengahkan bakat terpendam pelajar pen-didikan khas untuk tatapan khalayak umum secara be-sar-besaran sewajarnya menjadi contoh kepada pelbagai pihak. Bukan mudah untuk memujuk, mengasah dan meng-gilap bakat golongan itu kerana ia memerlukan perhatian serius dan komitmen tinggi oleh tenaga pengajar serta warga pendidik golongan tersebut. Timbalan Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Jalaludin Othman, berkata pihaknya bangga kerana Terengganu mampu melakukan yang terbaik dalam merencana sistem pendidikan khas termasuk mengatur program dan membuat persembahan pentas. Katanya, dia mengakui bukan satu perkara mudah un-tuk melibatkan pelajar pendidikan khas terutama cacat penglihatan dan cacat pendengaran mengadakan persem-bahan pentas. ”Pelajar golongan ini mampu melakukan yang terbaik sama mereka dialiran perdana sekiranya pihak berkenaan bijak mendidik dan membimbing,” katanya ketika beru-cap sempena program Pentas Istimewa di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini Hadir sama, isteri Menteri Besar yang juga Yang Diper-tua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil rakyat Terengganu, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Encik Ngah Bidin. To’ Puan Seri Hajah Norliza memberitahu insan is-timewa yang ada pada hari ini cukup membanggakan semua pihak kerana mampu melakukan pelbagai perkara seperti individu normal. “Tidak pernah terfikir golongan ini mampu berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum di pelbagai universiti tempatan. Orang ra-mai terutama keluarga dan Ibu bapa diminta memberi pe-luang serta ruang yang seluas-luasnya supaya anak-anak istimewa ini mampu berdikari dan tidak berasa tersisih,” katanya. Katanya, apa yang lebih penting mempastikan mereka mendapat pendidikan khas di beberapa sekolah terpilih di negeri ini.

Bot penambang, pengangkutan warisan sejak lebih 50 tahun lalu masih digunakan penduduk untuk berulang-alik dan menjadi daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Page 8: teganukita 43

8 15-30 Jun 20118

`Boat On The Road’ acara negeriPROgRAm memancing sambil santai di Tasik Kenyir “Boat On The Road” yang dimulakan tahun lalu, akan dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri, mulai tahun depan. Keputusan itu dibuat selepas mendapati pro-gram tersebut berjaya menarik minat pelawat datang ke Terengganu, sekaligus mempromosi-kan negeri ini sebagai destinasi pelancong Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri juga akan menambah satu lagi acara baru tahun depan bagi tujuan

promosi pelancongan iaitu pertandingan “power boat” peringkat antarabangsa, yang juga akan diadakan di Tasik Kenyir. Pertunjukan “power boat” yang diperkenalkan tahun ini serentak dengan program “Boat On The Road” akan meli-batkan peserta dari negara-negara Asean. “Kita akan masukkan kedua-dua program berkenaan dalam Kalendar Pelancongan Negeri pada tahun depan, khusus bagi menarik pelancong ke Tasik Kenyir dan neg-eri Terengganu,” katanyanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah pro-gram “Boat On The Road” di Pengkalan Gawi, baru-baru ini. Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB Dato’

Oleh: Kamaruddin mat Akibgambar oleh: Zulkipli Putra dan harish Fadzillah

Page 9: teganukita 43

9 15-30 Jun 2011 9

`Boat On The Road’ acara negeriAbd Rahin Said dan YB Haji Rozi Mamat dan Timbalan Ketua Pengarang Berita Harian, Encik Mahfar Ali. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menye-diakan pelbagai hadiah menarik bagi menggamit pen-yertaan kaki pancing dan ‘power boat’ menyertai program tersebut. Beliau yakin berdasarkan sambutan semasa terhadap program itu, ia mampu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, terutama di kalangan ‘kaki pancing’ dan pe-minat ‘power boat’. Sementara itu, bagi pertandingan Boat On The Road, Mohd Shafik Izwan muncul johan kategori House Boat (individu) dan menerima hadiah wang tunai RM12,000

serta pelbagai hadiah iringan manakala Mohd Za-hid Mohd Zain muncul naib johan (RM8,000). Tempat ketiga bagi acara berkenaan dimenangi Saifuddin Abdul Rahman yang menerima wang tunai RM5,000. Manakala bagi kategori kumpulan, johan di-menangi Kumpulan Alucas 2 yang menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai hadiah irin-gan manakala Kumpulan Marang Extreme Caster muncul naib johan (RM15,000) dan ketiga TCE Sport I (RM10,000). Pelepasan acara itu dilakukan Menteri Besar di Sri Pentas, Damansara.

Page 10: teganukita 43

10 rencana

SERIKANDI

TURUN PADANG Pangsapuri 30 tingkat akan dibina di Ladang Tok Pelam

Oleh: Aida Abd Rahman dan suriati Ali

Penduduk melihat pelan pembangunan kawasan Kampung Ladang, Kuala Terengganu termasuk pembinaan pangsapuri 30 tingkat di Ladang Tok Pelam.

Kejayaan anak pengubat hati Oleh: suriati Ali

15-30 Jun 2011

beRKAt doa dan hasil bimbingan yang sempur-na membuatkan kelima-li-ma permata hati To’ Puan Hajah Rohani Abdullah, 53, berjaya memilki ker-jaya yang disegani, selain cemerlang dalam pelaja-ran. To’ Puan Hajah Rohani, suri kepada Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah yang juga Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wan-ita Perkhidmatan Awam cawangan Terengganu (Puspanita) bersyukur dengan nikmat yang dil-impahi Allah s.w.t walau-pun kadangkala turut menerima dugaan sepan-jang membesarkan anak-anak. Cahaya mata sulung, Mailaitul Syima Mazlan, 29, kini bertugas seba-gai guru, `dek’tidak puas menuntut ilmu, dia mem-buat keputusan menyam-bung Pengajian Jarak Jauh

(PJJ) di Universiti Ke-bangsaan Malaysia bagi memperolehi PhD. Anak kedua, Mohd Azi-zul Hakim, 26, bertugas sebagai jurutera syarikat penerbangan di Miri, Sara-wak. Manakala Najibah Wajihah, 24, dan Muham-mad Adib Thaqif, 19 pula menuntut dalam bidang perubatan, masing-masing di Royal Collage Of Sur-geon, Ireland dan Kolej Perubatan Indonesia. Anak bongsu, Muham-mad Arif Zakwan, 14, pula sedang belajar di Mak-tab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Berang. To’ Puan Rohani meru-pakan bekas pendidik Sekolah Kebangsaan Kua-la Ibai, Kuala Terengganu, mengambil keputusan bersara awal kerana ingin memberi lebih tumpuan terhadap keluarga selain ingin mendalami ilmu agama. Tiada petua istimewa yang diamalkan untuk memperoleh anak cemer-

lang melainkan sentiasa memanjatkan doa ke had-rat Allah s.w.t setiap kali selepas solat lima waktu dan solat sunat hajat. “Kelima –lima anak-anak cukup rapat dengan saya dan suami, jika mempunyai masalah sama ada berkaitan pelajaran mahu pun soal peribadi mereka tidak segan untuk berkongsi cerita. “Hubungan yang serasi dan rapat mungkin disebab-kan amalan kami sejak duu-lu lagi gemar melakukan aktiviti bersama-sama ter-masuk membersih kawasan rumah, membasuh kereta, memasak, membeli-belah, bersukan dan bersiar-siar,” katanya ketika ditanya mengenai petua mendidik anak-anak. Setiap hari, beliau juga akan memastikan anak-anak dan suami tercinta merasai masakan daripada air tan-gannya sendiri walaupun ketika itu sibuk dengan tu-gasan di sekolah mahu pun berpersatuan. “Menu paling digemari

anak-anak adalah ikan sing-gang berserta ulaman kam-pung dan budu. Anak yang tinggal berjauhan sanggup pulang sekiranya teringin merasai menu kegemaran itu. “Saya cukup mement-ingkan aspek pemak-anan anak-anak dengan menggalakkan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, kis-mis serta buah-buahan dan bukannya makanan ringan atau segera bagi memasti-kan minda dan kesihatan yang baik,”katanya ketika di temui di Rumah Kedia-man Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. To’ Puan Rohani berka-ta, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga ba-hagia termasuk memiliki suami yang penyayang dan memiliki sifat suka berahsia pada sesetengah aspek. “Sifat kuat berahsia itu kadang-kala membuat saya pelik, contohnya sewaktu dinaikkan pan-gkat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pun,

beliau masih ingin berahsia dengan saya,” katanya.

TO’ PUAN HAJAH ROHANI

PenDUDUK di sekitar Dewan Undangan Neg-eri (DUN) Ladang nyata gembira menerima kehad-iran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ber-sama isteri To’ Puan Hajah Norliza Mahmud yang mengunjungi kawasan mereka sempena Program Sehari Bersama Rakyat, baru-baru ini. Lawatan sehari ke DUN Ladang adalah yang kedua selepas melakukan program yang sama di DUN Batu Buruk sebe-lum ini. Dalam kunjungan itu, Dato’ Seri Haji Ahmad memberitahu kerajaan negeri akan membina sebuah lagi pangsasuri setinggi 30 tingkat membabitkan ka-wasan 15 hektar di Ladang Tok Pelam, Kuala Tereng-ganu bagi menempatkan sebahagian lagi penduduk yang belum memiliki ke-diaman. Pangsapuri yang se-dang dalam perancangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu akan dilengkapi lot perkedaian dan kemu-dahan tempat letak kereta bagi memberi keselesaan kepada penduduk setem-pat. Setakat ini dua pangsa-suri iaitu Ladang Gemi-lang Satu dan Ladang Gemilang Dua sudah didi-

ami 170 penghuni manaka-la sebuah lagi pangsapuri serupa yang mengandungi 88 unit masih dalam pembi-naan. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan seme-mangnya prihatin dengan nasib penduduk di ka-wasan ini kerana mengeta-hui mereka kurang berke-mampuan untuk membina rumah sendiri apatah lagi membabitkan kawasan ban-dar. “Oleh itu, pelbagai keis-timewaan disediakan kera-jaan negeri termasuk mem-beri subsidi 50 peratus bagi setiap unit rumah berharga RM150,000. Pendeka-tan ini dilaksanakan bagi mengelak penduduk dibe-bani masalah kadar sewa yang tinggi. “Berdasarkan prosedur biasa, iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, setiap peng-huni perlu membayar sewa antara RM126 sehingga RM300 sebulan bergantung kepada kemampuan,” kat-anya. Turut menyertai lawatan sehari itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Adzlan Dagang; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji

Wan Nawawi Wan Ismail; Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Ketua Pemuda Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki. Selain itu, Menteri Besar turut meluangkan masa ke Majlis Jamuan Rakyat ber-

tempat di Sekolah Rendah Pasir Panjang dan karnival futsal serta bola jaring `3 on 3’ DUN Ladang di Uptown Futsal De Zone, Jalan Ka-maruddin. Beliau kemudian-nya meninjau pertandin-gan memancing anjuran Jawatankuasa Keselamatan

dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tok Molor dan berkesempatan melakuakn gimik pelancaran pertand-ingan memancing yang disertai kira-kira 200 pen-duduk setempat dengan melempar joran ke sungai Tok Molor sebelum ber-jaya menaikkan seekor ikan

sembilang. Program berakhir den-gan majlis dialog bersama kira-kira 60 pemilik akaun Facebook di Majlis Temu Mesra YAB Menteri Be-sar Terengganu Bersama Facebooker, di perkaran-gan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Bukit Besar.

Page 11: teganukita 43

11rencana

MIMBAR BISNES NR Cafe tampil konsep semula jadi

Oleh: suriati Ali

15-30 Jun 2011

nR cAFe milik usahawan Bumiputera, Encik Nazmi Ghazali pastinya menjan-jikan kelainan berbanding restoran lain berikutan me-nampilkan konsep garapan alam semula jadi sebagai lanskap yang memenuhi setiap penjuru restoran ter-masuk beratap rumbia dan bertiangkan batang pokok. Selain itu, bacaan doa dan motivasi kepada kaki-tangan pasti tidak dilupakan Encik Nazmi setiap kali in-gin memulakan perniagaan yang bermula jam 3 petang sehingga 12.30 tengah malam bertujuan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Dengan merasai pen-galaman menikmati hidan-gan dalam rimba sambil di kelilingi suasana santai, segar dan terbuka, selain dapat melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar raya, NR Cafe pasti menjanjikan kelainan bagi pengunjung yang datang untuk men-jamu selera. Alangkah damainya be-rada di NR Cafe atau Nazmi Rohani Cafe ini. Desingan unggas yang memecah ke-sunyian, tumbuhan rendang di kiri dan kanan, ditambah dengan cahaya neon bak kerdipan kelip-kelip di ten-gah malam membuatkan pengunjung teruja dan terus memilih restoran ini untuk menjamu selera. Menu masakannya pula pasti memenuhi kehendak pengunjung. Sebut sahaja masakan Barat, makanan laut, masakan Thai pastinya boleh didapati di sini. Pemiliknya, Nazmi Ghazali, berkata NR Cafe digarap berdasarkan pen-galamannya sendiri ketika menjadi pereka bentuk ban-gunan dan rumah serta mer-antau ke beberapa tempat. Katanya, pada awal me-mulakan perniagaan lima tahun lalu, agak sukar bagi dirinya memperkenalkan idea dan konsep ini kepada pelanggan berikutan masih baru bagi mereka. “Rata-rata yang datang menjamu selera mereka mengakui teruja kerana tidak pernah menemui restoran seumpama ini di Terengganu atau di tempat lain,” katanya. NR Cafe terletak kira-ki-ra satu kilometer (km) dari Universiti Malaysia Tereng-ganu (UMT) atau 12 km dari Kuala Terengganu. Dengan kedudukannya yang strate-gik ini tidak hairanlah ia menjadi tumpuan golongan pelajar, penduduk setempat dan juga pengunjung luar untuk menjamu selera. Lebih 60 menu istimewa termasuk tom yam, sup be-lut, halia telur puyuh dan

nasi goreng cukup mem-bangkitkan selera pen-gunjung. Bukan itu sahaja malah pengunjung juga boleh menikmati hidan-gan masakan Barat seperti chicken chop, chicken grill dan black pepper steak. Selain itu, NR Cafe juga turut menghidangkan pelbagai jenis snek serta makanan tempatan seperti keropok lekor goreng se-

bagai hidangan ringan. Jika mahukan yang lebih istime-wa, nasi goreng nanas yang dihidangkan di dalam buah nanas pasti membuka selera pengunjung. Bagi penggemar ikan ba-kar pula, pelbagai jenis ikan seperti ikan siakap, bawal, kerapu kembung, cencaru, pari dan sotong sedia me-nanti untuk dibakar atau dimasak dalam cara.

NR Cafe juga menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu dan restoran ini mampu menampung se-hingga 150 orang pada satu-satu masa. Encik Nazmi mengalu-alukan golongan belia di Terengganu bekerja di restoran miliknya kerana dia sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar jika ingin menjadi usahawan berjaya.

NR Cafe menjanjikan kelainan berbanding restoran lain berikutan penampilan konsep garapan alam semula jadi.

”ممليهارا نعمت كأمانن“تله مأنسي كتمادونن سجاره دالم منونجوقكن بتاف نعمت كأمانن ممبريدان كمعمورن كفد بسر سومبغن كسجهتراءن دنيا. كأمانن برارتي كيتيغ انخمن بنتوق سضاال دري بيبس مغضوضت كهرمونيان هيدوف. كيت امت برشكور بهاوا نضارا كيت برادا دالم سواسان امان دان داماي واالوفون فد كتيك اين سداغ مغهادفي ببراف ايسو يغ بوليه مغنخم كسالمتن نضارا. دغناوروسن مالكوكن دافت كيت كأمانن كهيدوفن دنيا تنفا مراسا تاكوت، ضرونباثق ممباوا بوليه جوض دغنث دان دان مأنسي كفد كباءيقكن سرتا رزقي نضارا. فرمان هللا سبحانه وتعالى دالم

سورة النهل ايات 112

ساتو ممبريكن هللا “دان مقصودث: ميثلن; سبواه نضري يغ امان داماي دان تنترام، يغ دداتغي رزقيث يغ ميواه دري تياف۲ تمفت، تتافي فندودوقث كوفوركنمراساكنث هللا مك ايت، هللا نعمت۲ يغ اف دسببكن كتاقوتن دان كالفرن

مريك تله الكوكن ممليهارا كأمانن اداله سواتو يغ دتونتوت دالم كهيدوفن تنفا مغيرا انوتن اضام، بغساممبوقتيكن تله سجاره كتورونن. اتاو نبي إبراهيم عليه السالم سماس منروكعبادة فوست سباضاي مكة فمبوكاءن اضر مندعاءكن تله سوخي تانه دان مكة دكورنياكن هللا سبحانه وتعالى دغنجوض كيت كمعمورن. دان كأمانن تله مثقسيكن بتاف روضي دان مالغث نضارا۲ يغ دلندا ككاخاون، فرسغكيتاءن دان فرفخاهن. نضارا۲ بركناءن بوكن سهاج كتيغضالن دان موندور دالم اسفيك كماجوان دان فمباغونن ماله كسالمتن هيدوف سهارين فون سنتياس ترانخم.منولق إسالم اضام ايت، جوسترو ضرقن۲ يغ بوليه مغهورو-هارا كأماننضرقن ترماسوقله نضارا سسبواه

فالمفاو

Page 12: teganukita 43

12 rencana

BAKTI JKKK Hajah Salmah cekal galas tugas JKKKOleh: esah Abdullah

IKON Transformasi Mazuki berbaloiOleh: Aida Abd Rahman

15-30 Jun 2011

tAnggUngjAwAb sebagai ketua kampung tidak semu-dah diucap, apa lagi jika tugas berkenaan dipikul oleh se-orang wanita yang perlu mem-beri banyak komitmen lain antara kerjaya,keluarga dan masyarakat. Tugas yang disandang sejak tiga tahun lalu itu membuatkan Hajah Salmah Abdullah, 54, sen-tiasa berdepan dengan pelbagai kerenah anggota masyarakat. “Segalanya harus ditangani dengan minda terbuka, kera-na sebagai ketua orang yang di bawah harus didahulukan dan segala pandangan dan te-guran diperbaiki bersama,” ka-tanya dalam pertemuan dengan Teganukita.

Kampung Tengah, Men-gabang Telipot dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dan Parlimen Kuala Nerus mempunyai 500 orang pen-

duduk daripada 130 keluarga. Majoriti penduduknya meru-pakan golongan petani, nelayan dan buruh kontrak yang seba-hagian besar berada di bawah

kategori miskin dan miskin tegar. “Perpaduan menjadi matlamat utama dan selaku Pengerusi Ja-watankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK), agenda memupuk semangat kejiranan dan saling membantu sentiasa disemarakkan,” kata kakitangan Kemas itu lagi. Sikap kecintaan terhadap kampung halaman diserlahkan melalui program gotong- royong membersih kawasan rumah ke-diaman, sekitar kampung dan ta-nah perkuburan yang diadakan secara berkala. Mengenai sikap sesetengah anggota masyarakat yang kurang peka dengan aktiviti yang dian-jurkan, beliau mengambil jalan tengah dan terus mengamalkan sikap berbaik antara satu sama

jIKA tidak menjadi pemain bola sepak profesional, pemuda tinggi lampai yang cukup dike-nali umum kerana aksi cemerlang mengawal gawang selaku pemain pertahanan pasukan Terengganu ini mungkin berkhidmat sebagai pegawai polis berikutan minat yang mendalam terhadap kerjaya itu ketika di bangku sekolah. Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohd Mazuki Yusof bersama seorang rakan baik meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulai-man, Kuala Terengganu sejurus menamatkan Tingkatan Lima di SMK Chendering pada 1998. Bagaimanapun, impian me-nyarung sut seragam penjawat awam itu tidak menjadi realiti kerana keputusannya bagi mem-buat transformasi kerjaya setahun kemudian, selepas menerima pe-luang keemasan untuk menyertai skuad bola sepak negara dalam kejohanan Piala Milo Bawah 18 tahun. Cita-cita awal itu terpaksa di-lupakan, biarpun rakan baiknya kini sudah pun bergelar Inspektor polis sejurus tamat pelajaran di Tingkatan Enam Atas. Keputusan yang dibuat pemu-da berasal dari Kampung Aur Chendering 15 tahun lalu itu nya-ta tidak sia-sia. Dia yang dilantik sebagai Kapten Terengganu sejak 2007 kini berada di landasan se-benar sebagai pemain bola sepak yang disegani dan berpengalaman dalam liga profesional tempatan. Sepanjang karier, anak kelima daripada sembilan beradik itu pernah berkelana untukmencuba nasib mewakili skuad Telekom Melaka sepanjang 2005 hingga 2006 dan kembali bersama pa-sukan negeri kelahiran lantaran pelbagai kelebihan dan kepuasan berkhidmat di tempat sendiri. Pemuda yang menamatkan za-man bujang pada 2004 bersama

suri pilihan hati, Shahida Emilia Muhamad, 30 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Muhaimin, 6, dan Qaseh Mia Areesya,2, setia bersama pasu-kan Penyu sejak lima musim lalu yang kini di bawah kendalian ju-rulatih, Irfan Bakti Abu Salim. “Bukan saya tidak mahu men-cuba nasib lebih lama di tempat orang, tetapi apabila di kampung sendiri dengan keluarga ter-sayang berada bersama khusus-nya melihat dua anak membesar depan mata menyebabkan saya lebih fokus dan mampu memberi komitmen terhadap kerjaya ini,” katanya yang turut akrab dengan rakan sepasukan yang kebanya-kannya berusia bawah 25 tahun. Selain isteri dan anak-anak yang memahami kerjayanya yang menuntut banyak kesaba-ran dan pengorbanan terutama apabila sering ditinggalkan ke-tika perlawanan berlangsung di gelanggang lawan, Mazuki turut memiliki dua individu yang men-jadi watak penting membina keg-emilangannya dalam arena itu. Dua individu itu merupa-kan arwah bapanya, Yusof Ma-mat, ketika hayatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira enam bulan lalu akibat penyakit jantung, sering memberi perangsang buat satu-satunya

zuriat yang terlibat dalam sukan itu supaya melakukan yang ter-baik serta sentiasa bersedia dalam pelbagai aspek ketika menentang lawan. Selain bapa, ibunya, Wook Taib, juga tidak pernah serik un-tuk mendoakan kejayaannya. Malah, setiap kali dia beraksi dan perlawanan disiarkan mela-lui kaca televisyen, kedua orang tuanya itu antara penyokong fa-natik, namun kerana perasaan cemas yang melampau, ibu dan bapanya pasti tidak senang duduk sehingga membawa diri jauh dari televisyen demi menenangkan perasaan. “Mak dan arwah ayah secara spontan akan menjadi hilang arah apabila saya beraksi. Dia se-lalu mendoakan yang terbaik dan bimbang kejadian buruk men-impa saya, sebab itu mereka tidak boleh menonton sehingga perla-wanan tamat. Mereka juga tidak sanggup pasukan Terengganu kalah,” kata pemuda yang lahir tanggal 3 Januari 1981 itu lagi. Dari sisi lainnya, pemuda yang tidak lekang dengan se-nyuman ini menyimpan hasrat untuk terus menyumbang tenaga setidak-tidaknya untuk tempoh lima musim lagi bersama skuad Terengganu selagi khidmatnya dan kudratnya masih berupaya

membantu skuad `Peteh Ganu Peteh’ itu . Menurut Mazuki, hasil adunan aspek pengurusan pasukan yang baik serta pemain yang memberi komitmen padu dan disiplin yang tinggi dalam setiap perlawanan menjadi faktor pasukan Tereng-ganu sentiasa konsisten dan menempatkan diri antara tiga pasukan terbaik dalam Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu. Malah, faktor itu tu-rut mengukir momen paling manis dalam kariernya itu, selepas mengulangi ke-jayaan menjulang trofi Piala FA buat kali kedua dalam tempoh 11 ta- h u n menerusi kemenangan ketika menentang pasukan tetangga, Kelantan dalam perlawanan yang penuh dramatik, di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tang-gal 11 Jun lalu. “Melihat sokongan peminat, laungan mereka di luar padang menyuntik kekuatan dan me-nambahkan semangat saya untuk sama-sama anak buah beraksi sehabis daya dan terus menga-sak kubu lawan. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi Terengganu dan tiada siapa berhak menafikan kejayaan itu,” katanya yang turut memiliki koleksi pingat emas ketika mewakili skuad negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam 2003. Selepas mendakap kejayaan demi kejayaan, Mazuki kini me-masang impian untuk menambah koleksi kejuaraan dalam Piala Malaysia pula, selepas pernah meraihnya ketika awal pembabi-tan bersama Terengganu pada 2001 lalu. “ Saya harus optimis dan yakin kerana dalam sukan bola sepak, apa sahaja boleh berlaku, asal-kan semua rakan sepasukan gigih mahu memburu kejayaan dalam

lain tanpa timbul unsur preju-dis. Di samping tugas ketua kam-pung, Hajah Salmah turut me-megang jawatan lain, antaranya Ketua Umno Cawangan, Ketua Wanita Umno Cawangan, Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Ba-hagian Kuala Nerus dan Benda-hari Lembaga Kebajikan Perem-puan Islam (LKPI) Kuala Nerus. Banyak tugas yang terpikul di bahunya, bertambah kuat azam-nya untuk membantu masyarakat untuk berubah ke arah kebaikan serta bersama mendukung pem-bangunan kerajaan dari masa ke semasa. “Saya menganggapkan ini sebagai tanggungjawab antara manusia dengan manusia lain yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Hajah Salmah tidak sekali-kali segan atau malu untuk turut sama menyertai program gotong-royong bersama penduduk .

set iap p e r l a -wanan . Pastikan berjuang h a b i s -h a b i s a n sehingga ke tiupan wisel yang terakhir,” katanya

Mazuki bersama rakan sepasukan dalam skuad Terengganu.

Page 13: teganukita 43

13rencana 15-30 Jun 2011

KebIRUAn air laut dan pasir pantainya yang memutih membuatkan destinasi ter-sohor Pulau Kapas, Marang terus menjadi sebutan pelancong tempatan dan luar negara `dek’ keindahan panoramanya itu. Bagi kebanyakan pelancong terutama yang meminati keindahan alam semula jadi dan ingin lari dari kesibukan kota, Pulau Kapas menjadi lokasi wajib bagi mereka

setiap kali mengunjungi Tereng-ganu. Mereka yang datang se-cara individu, bersama keluarga atau secara kumpulan akan men-ginap di resort dan chalet pilihan masing-masing. Antara resort yang ter-dapat di lokasi itu ialah Makcik Gemuk Beach Resort, Kapas Island Resort, Kapas Coral Beach, Duta Puri Island Resort,

dan Gems Island Resort. Jika kurang berminat untuk bermalam di chalet, mereka boleh membuat alternatif mendirikan khemah di tapak perkhema-han (Harmoner Camp Site) yang tersedia di kawasan itu dengan kadar sewa serendah RM11 bagi setiap individu. Pelbagai aktiviti boleh disertai termasuk mencandat sotong, menyelam, snorke-ling, berkayak, mengadakan hari keluarga, ber-santai dan memancing apabila berada di pulau peranginan itu. Malah, penyelam juga boleh menyak-sikan sendiri keindahan dasar laut Pulau Kapas yang diserikan dengan gerak-geri pelbagai spesies ikan berwarna warni serta terumbu karang. Selain itu, pelancong turut berpeluang menyaksikan rangka kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia di kawasan utara Pulau Ka-pas. Pada masa yang sama, penyelam di-nasihatkan berhati-hati dengan landak laut di mana durinya sangat berbisa sekiranya terpijak, selain obor-obor yang boleh men-gakibatkan badan gatal-gatal jika terkena

Oleh: suriati Ali

Keindahan Pulau Kapas jadi tarikan pelancong

sengatnya. Jika bernasib baik, mereka boleh terser-empak dengan penyu yang mendarat di perairan pantai untuk bertelur. Perjalanan ke lokasi itu hanya mengam-bil masa 10 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Marang.

DESTINASI

Page 14: teganukita 43

14 am

YT sedia Modul Kelas Maya

Pulau Bidong destinasi sukan air MBKT sasar RM50jpendapatan

Kanak TPK mula hafaz surah

15-30 Jun 2011

Oleh: Kamarudin mat Akib dan hazwan Rosli

KeRAjAAn negeri se-dang merangka modul khas bagi melaksanakan Kelas Maya di sekolah-sekolah menengah di ne-geri Terengganu. Bagi tujuan itu, guru-guru Sekolah Menengah Imtiaz di bawah Yayasan Terengganu ditugaskan untuk menyediakan modul berkenaan. Buat masa ini modul bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Ba-hasa Malaysia sudah siap, manakala bagi mata pela-jaran lain dijangka siap selewat-lewatnya Ogos ini. Pengerusi Jawatankua-sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia ne-geri, YB Haji Ahmad Ra-zif Abd Rahman, berkata kelas maya bagi pelajar sekolah menengah akan dimulakan selepas modul tersebut siap. “Pada masa ini kita menumpukan kepada usaha-usaha memasang peralatan di sekolah-seko-lah menengah berkenaan bagi menjalankan kelas maya,” ka t anya pada sidang media selepas Maj-lis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab dan Pelancaran Modul Virtual Class Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT 2011 di Sekolah Menengah Im-tiaz Kemaman, baru-baru ini. YB Ahmad Razif berkata, tujuh sekolah menengah di negeri ini dipilih sebagai projek perintis kelas maya, iaitu Sekolah Menengah Elit Lembah Bidong dan Mak Lagam serta lima Sekolah Menengah Imtiaz di neg-eri ini. “Kerajaan negeri ber-harap kelas maya bagi

sekolah menengah di ne-geri ini akan dimulakan pada tahun ini juga bagi membolehkan lebih ramai pelajar didedahkan kepada bidang ICT,” ujar beliau. Beliau berkata, pema-

sangan peralatan di Seko-lah Menengah Imtiaz Kemaman yang bernilai RM90,000 sudah pun siap manakala di sekolah Imtiaz lain akan dipasang tidak lama lagi.

Pelajar cemerlang dari Sekolah Imtiaz seluruh negeri Terengganu bersama anugerah yang diperolehi mereka yang disampaikan YB Haji Ahmad Razif selepas Majlis Penutup Program Khas Asasi Ulul Albab dan Pelancaran Modul Kelas Maya Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT 2011 di Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman.

KeRAjAAn negeri se-dang giat mempromosikan Pulau Bidong yang terke-nal sebagai penempatan pelarian dari negara Viet-nam pada tahun 70-an, se-bagai destinasi sukan air, selam skuba dan snorkel-ing. Bagi tujuan itu, Ek-splorasi Bidong Tourism Malaysia Bersama Me-dia 2011 selama tiga hari dua malam, melibatkan penyertaan wartawan dan jurugambar daripada pel-

bagai media cetak dan elektronik, d i lancarkan bagi menarik pengunjung ke situ. Majlis pelancaran pro-gram tersebut disempur-nakan Pengerusi Jawa-tankuasa Pelancongan, Kebudayaan, K e s e n i a n dan Warisan Negeri, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bercakap kepada war-tawan selepas majlis itu, beliau berkata pihaknya

tidak mahu pulau yang terkenal di seluruh dunia itu kerana peninggalan sejarahnya, terbiar begitu saja, sedangkan masih banyak hidupan laut yang boleh terus dipulihara dan dijaga. Program berkenaan yang diadakan dengan ker-jasama Tourism Malaysia diharapkan dapat memberi promosi sewajarnya dan mempopularkan semula pulau yang agak terbiar itu.

Beliau berkata, kera-jaan negeri berharap pu-lau berkenaan akan men-jadi destinasi pelancongan terkenal dan mampu me-narik mereka yang gemar beriadah dan meminati su-kan air. Katanya, pulau tersebut masih kaya dengan khaza-nah alam semulajadi dan mampu men jad i lokasi pelancongan terkenal jika diberi perhatian dan pro-mosi diadakan dari semasa ke semasa.

“Kelas Maya di Seko-lah Elit boleh dimulakan pada bulan Julai dan pela-jar tingkatan satu sekolah berkenaan akan bermula selepas modul tersebut siap,” katanya.

YB Haji Ahmad Razif meninjau pelajar Sekolah Imtiaz Kemaman belajar menggunakan modul Kelas Maya.

m A j L I s B a n d a r a -ya Kuala Terengganu ( M B K T ) mensasarkan kutipan hasil keseluruhan s e b a n y a k RM50 j u t a sepanjang ta-hun ini. Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Da-gang (gambar) , berkata sasaran itu dibuat ber-dasarkan perolehan yang menggalakkan berjumlah RM38 juta pada tahun lalu. “Sehingga kini, dalam tempoh pertengahan ta-hun hasil yang mampu dikutip t i d a k sampai separuh daripada sa-saran yang ditetapkan, bagaimanapun kita yakin sasaran itu dapat dicapai. “Kutipan lainnya me-lalui pembayaran cukai pintu yang lazimnya dibuat pada bulan Ogos kerana selepas Ogos mereka akan didenda. Kita akan memastikan penduduk membayar cukai pintu sekaligus meningkatan pendapa-tan MBKT,” katanya ke-tika sidang media semasa program MBKT Bersama Media di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, pertamba-han hasil yang diperolehi MBKT membolehkan

lebih banyak kemudahan dibangunkan untuk me-ningkatkan kese lesaan warga ban-dar raya. Selain itu, MBKT turut men-sasarkan per-

tambahan hasil bagi kuti-pan letak kereta termasuk saman yang dikeluarkan bagi tujuan itu kepada RM1.5 juta menjelang hujung tahun ini. Dato’ Adzlan berkata, pada tahun lalu MBKT berjaya membuat kutipan RM4 juta, berbanding dua tahun lalu sebanyak RM1 juta dapat dikum-pul. Sementara itu, pada tahun ini MBKT mensa-sarkan kutipan sebanyak RM5.5 juta. B e l i a u b e r k a t a , pihaknya mengeluarkan hampir 10,000 saman pada setiap bulan namun, hanya separuh daripada nilai tersebut dibayar oleh pengguna setakat ini. Pada masa yang sama, dalam usaha memastikan orang ramai membayar saman, MBKT bukan sa-haja bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, malah turut mem-buka kaunter pembayaran di pejabat daerah, bank serta pejabat pos.

KAnAK-KAnAK beru-sia tiga dan empat tahun di 65 Ta s k a Permata Keluarga ( T P K ) mi-lik Yayasan Pembangu-nan Keluarga (YPK) di seluruh negeri ini mula menghafaz 23 surah laz-im yang dijangka diper-dengarkan kepada umum September nanti. Pengarah YPK Encik Mohd Safaruddin Mus-taffa, berkata pihaknya mengharapkan jumlah lebih besar boleh dicapai kanak-kanak TPK dalam menghafaz 23 surah laz-im pada tahun ini. “Untuk capai sasaran berkenaan, setiap pagi mereka perlu menghafaz beberapa surah sebelum memulakan aktiviti dan pembelajaran. Ketika aktiviti pun dimulakan dengan sebu-tan ayat-ayat suci al-Quran agar setiap patah perkataan itu mudah me-lekat di hati mereka,” ka-tanya. Pada tahun lalu ka-

tanya, 735 kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun boleh menghafaz 23 surah lazim dan tahun ini jumlah itu akan lebih meningkat lagi. P e n g u r u s Ta s k a TPK Batas Baru, Kua-la Terengganu, Puan Norhayati Omar, ber-kata menjadi rutin pagi bagi kanak-kanak TPK menghafaz surah-surah lazim bersama ustaz dan ustazah sebelum memu-lakan pembelajaran dan aktiviti harian. “Kanak-kanak berke-naan dipastikan peka dengan amalan itu su-paya tidak ketinggalan. Mereka yang menunjuk-kan minat saja akan dipi-lih menyertai Program Menghafaz 23 Surah Lazim. “Ibu bapa disarankan membantu anak-anak menghafaz setiap surah dikehendaki di rumah supaya lebih cepat ingat dan lancar,” katanya.

Page 15: teganukita 43

15am

Nasib anak yatim terbelaOleh: suriati Ali

Para imam dan bilal mengambil kesempatan bermesra dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika beliau hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Masjid Daerah Kemaman, di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.

Muafakat Mara puji langkah Terengganu agih e-Book

Kerajaan negeri cakna rakyat - MB

15-30 Jun 2011

gOLOngAn anak yatim di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menjadikan alasan ketiadaan kasih sayang serta sokongan daripada ibu bapa me-nyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar dan tidak cemerlang dalam peperiksaan. Yang Dipertua Pertu-buhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Per-kaya), Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor, berkata mana-mana pelajar kema-tian ibu atau bapa tidak perlu berasa tersisih dalam menuntut ilmu kerana ada pihak bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi sokongan. Katanya, di Terengganu, agensi kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai ak-tiviti serta program sema-ta-mata ingin membantu meringankan beban selain

mengelak golongan itu berasa tersisih. “Pihak kami mengakui masih terdapat segelintir anak yatim di negeri ini masih ketinggalan dalam pelajaran selain kurang berjaya menempatkan diri di universiti tempatan. “Faktor itu berlaku mungkin d i sebabkan kurangnya sokongan moral, malah insan di-harapkan iaitu ibu atau

bapa berkahwin lain, di-himpit kemiskinan dan ganguan emosi,” katanya baru-baru ini. Katanya, bagi men-gurangkan tekanan itu, pihaknya mengadakan pelbagai akt ivi t i , ter-masuk kelas tambahan, sukaneka, lawatan sambil belajar, bantuan pakaian sekolah, program anak angkat, motivasi dan kem jati diri. Selain itu, seramai 200 anak yatim kini melan-jutkan pelajaran di Kolej Bestari, Setiu berjaya menamatkan pengajian masing-masing. “Apa yang membang-gakan, kesemua mereka mendapat keputusan yang memuaskan atau melepa-si sasaran yang diingin-kan. Pelbagai pendekatan dilaksanakan termasuk memberi bantuan kewan-gan dan kelengkapan be-lajar semata-mata ingin

merangsang minda dan memastikan matlamat itu tercapai. “Antara pendekatan diambil adalah melalui lawatan sambil belajar ke beberapa universiti terke-nal di seluruh negara,” katanya. Katanya, langkah itu mampu memberi pende-dahan kepada mereka un-tuk mengetahui cara hidup sebenar di kampus, selain sentiasa memantau bagi mengenal pasti golongan itu berpotensi mencapai kecemerlangan dalam se-tiap mata pelajaran dan peperiksaan utama. “Bagi mereka yang ce-merlang, ia tidak menjadi masalah untuk melanjut-kan ke mana-mana In-stitusi Pengajian Tinggi Awam IPTA kerana Per-kaya sentiasa membantu daripada pelbagai aspek sama ada kewangan dan moral,” katanya.

bADAn Permuafakatan Pendidikan Mara Ma-laysia (Muafakat) Majlis Amanah Rakyat (Mara) memuji langkah Kerajaan Terengganu yang menye-diakan peruntukan besar membekalkan pelajar sekolah rendah di negeri ini dengan e-Book bagi meningkatkan tahap pen-didikan.

Sehubungan itu, Pengerus-inya, Haji Hassan Ahmad, berkata pendekatan itu turut menjadi perangsang untuk Muafakat Mara terus mempergiatkan usaha bagi memastikan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di Mak-tab Rendah Sains Mara (MRSM) melalui penggu-naan komputer riba. Beliau berkata, Mua-fakat Mara meminta se-mua ibu bapa pelajar MRSM d a p a t membeli komputer r i b a kepada anak-anak mereka melalui pihak sekolah bagi mere-alisasikan hasrat itu. “Kita harap ibu bapa memberi sokongan ter-hadap usaha kita dalam memastikan MRSM men-capai pendidikan bertaraf dunia dan menyediakan

anak mereka dengan per-alatan bagi kemudahan pembelajaran ini,” kata-nya selepas Majlis Peras-mian Mesyuarat Agung Muafakat Mara Kali Ke-9, di Hotel Grandcontinental, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan majlis itu. Lebih 200 perwakilan hadir ke mesyuarat agung berkenaan. Haji Hassan berkata, pihaknya mensasarkan semua pelajar Tingka-tan Satu hingga Tingka-tan Lima di MRSM akan memiliki komputer riba masing-masing suatu masa nanti selepas melancarkan program itu sejak Januari lalu. “Kita sudah melak-sanakan program itu mu-lai Januari dan ia sedang berjalan. Pelajar boleh membelinya melalui pihak sekolah secara beransur-ansur dan boleh berunding jika tidak mampu mem-bayar sepenuhnya kerana kita akan membantu. “Semua pelajar perlu memiliki komputer riba ini, apatah lagi MRSM dikenali sebagai sekolah yang memang cemerlang dan berkualiti tetapi masih menggunakan kaedah pelajaran cara lama seperti penggunaan buku teks dan nota,” katanya. Beliau turut meminta ibu bapa mengubah men-taliti supaya dapat me-nyediakan kemudahan yang lebih berkualiti dan terjamin bagi memastikan tahap pelajaran anak-anak mereka meningkat beriku-tan kemudahan serta pem-biayaan lain sudah ditaja sepenuhnya pihak kera-jaan. Dalam p a d a itu, pihaknya juga sedang melaksanakan penambah-baikan dari masa ke se-masa untuk memastikan sistem pelajaran di MRSM akan menggunakan kom-puter r i b a sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pelajaran sedia ada.

Langkah Kerajaan Terengganu membekalkan e-Book kepada pelajar seluruh negeri ini menjadi perangsang untuk Muafakat Mara terus mempergiatkan usaha bagi memastikan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di Maktab Ren-dah Sains Mara (MRSM) melalui penggunaan komputer riba.

DATO’ DR TENGKU MAHMUD

menteRI Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mencabar pemimpin parti pembangkang supaya me-namakan perkara-perkara yang masih belum dilaku-kan Kerajaan Terengganu bagi m e n j a g a kebaji-kan penduduk negeri ini, khususnya di kalangan umat Islam. Beliau berkata, sehingga ini semua keperluan pen-duduk terutama dari ka-langan golongan miskin dan berpendapatan rendah sudah disediakan sama ada oleh kerajaan negeri mahu pun Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN). “K e r a j a a n Tereng-ganu memberi bantuan bermula dari keperluan sekolah anak-anak berupa biasiswa, bantuan uniform dan bantuan awal kemasu-kan ke asrama penuh hing-galah ke universiti. “Manakala bantuan lain turut disediakan kerajaan dari segi bantuan untuk ibu tunggal, fakir miskin dan memulakan perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Masjid Daerah Kemaman di De-wan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman ,baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu Pegawai Daerah Kema-man, Haji Kamil Othman, imam dan bilal seluruh daerah Kemaman. Menteri Besar berkata, penduduk negeri ini tidak

perlu keliru dengan hasrat pemimpin Pas kononnya parti itu dan rakan-rakan mereka dalam p a k a -t a n pembangkang mahu menubuhkan negara ke-bajikan jika diberi pe-luang memerintah negara ini.

“Dulu Pas mendakwa mereka berjuang untuk Islam tetapi kini mereka tukar kepada negara ke-bajikan pula. Apa yang saya nampak pemimpin Pas menggunakan Islam semata-mata untuk ke-pentingan politik mereka

Pas tidak perlu mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka mahu menjaga kebajikan mereka kerana perkara itu sudah lama dilakukan Kerajaan Barisan Nasional.

saja,” katanya. Beliau berkata, Pas tidak perlu mencanang-kan kepada rakyat baha-wa mereka mahu menjaga kebajikan mereka kerana perkara itu sudah lama di-lakukan Kerajaan Barisan Nasional.

Page 16: teganukita 43

sukan Bil. 43 (15-30 Jun 2011) http://teganukita.blogspot.com

Terengganu destinasi akhir LTdL tahun depan

Dato’ Seri Ahmad Shabery (kanan) ketika melancarkan imej dan pengumuman laluan LTdL 2012 di Putrajaya, Selangor, baru-baru ini.

sesUAI dengan status negeri yang menjadi `ki-lang’ melahirkan jaguh sukan berbasikal negara dan mampu mengha-rumkan nama di persada antarabangsa, Terengganu diberi penghormatan apa-bila buat pertama kalinya dipilih sebagai destinasi terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012. Sebelum ini, perlum-baan berprestij yang diser-tai pelumba seluruh dunia itu ditamatkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Menteri Belia dan Su-kan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata p e m i l i h a n Terengganu

dibuat sebagai memberi penghormatan kepada negeri itu atas usaha dan pelaburan mereka dalam menghasilkan ramai pe-lumba negara dalam acara trek dan lebuh raya. “Penghormatan ini men-jadi cabaran kepada negeri lain supaya mempunyai program pembangunan masing-masing dalam usa-ha mencungkil bakat baru dalam sukan berbasikal,” katanya pada sidang me-dia Majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman laluan LTdL 2012, di Putrajaya, Selangor, baru-baru ini. Dalam majlis itu turut berlangsung pertukaran memorandum persefaha-

man antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan wakil dari dua pasukan ProTour, Team garmin-Cervelo dan Pro Team Astana. Malah, penganjuran tahun depan turut mem-pertandingkan kembali acara Ujian Masa Individu 20.3 kilometer (km) yang menjadi ujian getir setiap pelumba. Dato’ Seri Ahmad Sha-bery berkata, penganjuran edisi ke-17 tidak melibat-kan kos tinggi berban-ding sebelum ini berikutan tidak melibatkan perlum-baan di Pulau Langkawi. “LTdL adalah jenama

dan tidak semestinya ke-rana namanya Le Tour de Langkawi jadi kita harus melalui Langkawi. Ba-gaimanapun, kita tetap akan adakan perlumbaan di pulau terbabit berse-lang-seli. Contohnya pada 2011 kita ke Langkawi, jadi 2012 kita beri pelu-ang kepada negeri lain dan

2013 kita kembali ke pu-lau itu,” katanya. Cabaran edisi ke-17 melibatkan perlumbaan sejauh 1,414.8km bermula dari Putrajaya pada 24 Februari hingga 4 Mac di Kuala Terengganu yang juga tuan rumah tiga pe-ringkat bagi peringkat ke-8, 9 dan terakhir, 10.

Sebanyak 22 pasukan profesional termasuk tiga pasukan tempatan yang juga skuad kebangsaan termasuk Terengganu Cy-cling Team (TSG) dan Le Tua Cycling Team bakal membawa cabaran negara dalam LTdL yang berte-makan `Ready For The Wold’ musim depan itu.

Oleh: Aida Abd Rahman

KeRAjAAn negeri bakal mengagihkan in-sentif berupa wang tu-nai berjumlah kira-kira RM800,000 kepada se-mua atlet yang berjaya meraih pingat pada te-masya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 Kuala Lumpur, baru-baru ini. Setiap pemenang pin-gat emas dalam acara individu a t a u p u n ber-pasukan akan menda-pat RM5,000, manakala pemenang pingat perak RM3,000, diikuti peme-nang pingat gangsa akan

menerima RM2,000 se-orang dalam satu majlis khas yang dijangka ber-langsung selepas Rama-dan ini. Pengerusi Jawatankua-sa Belia dan Sukan neg-eri, YB Haji Rozi Mamat (gambar), berkata seramai 66 atlet mendapat insentif RM5,000 seorang hasil pungutan pingat emas da-lam temasya edisi ke-13 yang lalu. “Walaupun kita meraih 30 pingat emas keseluru-han, atlet yang menerima insentif atas kemenan-gan itu meningkat sekali ganda berikutan pingat itu

banyak dikumpul meneru-si acara berpasukan ber-banding acara individu. “Apabila acara berpa-sukan melibatkan sehing-ga 20 pemain dan faktor itu yang menyebabkan jumlah insentif meningkat begitu banyak,” katanya ketika sidang media di majlis perjumpaan bersa-ma pengurus pasukan dan jurulatih Sukma Ke-14

Pahang 2012, di Dewan Auditorium 1, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Turut hadir, Penga-rah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Zainal Abidin Hussin dan Timbalannya, Encik Ibni Amin Busu. Dalam Sukma edisi ke-13 pada 2 hingga 12 Jun

lalu, Terengganu meraih 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa un-tuk muncul juara keselu-ruhan dan mengekalkan kejuaraan itu buat kali ke-tiga berturut-turut dalam temasya itu sejak 2008. Sementara itu, Kon-tinjen Terengganu men-sasarkan 58 pingat emas menerusi penyertaan da-lam 24 acara sukan yang menawarkan lebih 100

Imbuhan RM800,000 untuk pemenang Sukma KL

pingat emas, sekaligus berhasrat mengekalkan kejuaraan dalam temasya itu buat kali keempat ber-turut-turut. Sehingga kini, Sukma Ke-14 Pahang 2012 di-jangka mempertanding-kan 18 sukan wajib sep-erti olahraga, menembak, pencak silat, tenpin boling dan skuasy, manakala lima sukan pilihan pula adalah tinju, golf, petanque, bola tampar dan ekuestrian.

Emas RM5,000Perak RM3,000Gangsa RM2,000