teganukita 55

16
ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 55, 15-29 FEBRUARI 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my BR1M Terengganu RM87j Lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada hampir 175,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Terengganu. Sehingga ini, kira-kira 80 peratus daripada penerima bantuan RM500 setiap orang, sudah menerima bantuan masing-masing manakala selebihnya akan mendapat habuan mereka tidak lama lagi. Bantuan tersebut disediakan khusus Kerajaan Pusat yang prihatin dengan nasib rakyat, khusus bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang mempunyai tanggungan besar. > Berita penuh ms 2 Al-Quran emas Dinasti Ming jadi tumpuan - ms 3 Lembah Silika jana 1,000 peluang pekerjaan - ms 5 FOTO Zulkipli Putra | [email protected] Telus laksana tugas - MB - ms 4 TUAI HASIL...Projek Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu, meli- batkan kawasan seluas 1,000 hektar, sudah pun memulakan ternakan itu. Sewaktu Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, melawat projek itu baru-baru ini, 48 kolam yang memulakan oper- asinya, mengeluarkan hasil sehingga enam tan. (Berita penuh ms-5). LTdL 2012: TSG buru kemenangan peringkat - ms 16

description

teganukita 55

Transcript of teganukita 55

Page 1: teganukita 55

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 55, 15-29 FEBRUARI 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

BR1M Terengganu RM87j Lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada hampir 175,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Terengganu.

Sehingga ini, kira-kira 80 peratus daripada penerima bantuan RM500 setiap orang, sudah menerima bantuan masing-masing manakala selebihnya akan mendapat habuan mereka tidak lama lagi.

Bantuan tersebut disediakan khusus Kerajaan Pusat yang prihatin dengan nasib rakyat, khusus bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang mempunyai tanggungan besar.

> Berita penuh ms 2

Al-Quran emas Dinasti Ming jadi tumpuan

- ms 3 Lembah Silika jana 1,000 peluang pekerjaan

- ms 5

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

Telus laksana tugas - MB - ms 4

TUAI HASIL...Projek Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu, meli-batkan kawasan seluas 1,000 hektar, sudah pun memulakan ternakan itu. Sewaktu Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, melawat projek itu baru-baru ini, 48 kolam yang memulakan oper-asinya, mengeluarkan hasil sehingga enam tan. (Berita penuh ms-5).

LTdL 2012: TSG buru kemenangan peringkat - ms 16

Page 2: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 20122

AM

Projek tebatan RM6.7 juta atasi banjir di Pekan Kuala BerangOleh: Aida Abd [email protected]

Kerajaan negeri melulus-kan peruntukan kira-kira RM6.7 juta untuk membina tebatan banjir di Sungai

Pertang, Hulu Terengganu yang bertujuan mengatasi masalah banjir di pekan Kuala Berang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata selain pro-jek mendalam dan melebarkan Sungai Pertang yang melibatkan kawasan sepanjang 11 kilometer, dua kolam takungan juga diban-gunkan di kawasan itu termasuk satu daripadanya dibina pada tahun lalu bagi tujuan yang sama. ``Pada tahun lalu, kita sudah beri satu pembinanan kolam takungan dan selepas ini satu lagi kolam takungan dibuat sebaik sahaja kerja melebar dan mendalam Sungai Pertang RM6.7 juta ini disiapkan. ``Saya minta Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Terengganu supaya dapat mengeluarkan tender segera yang boleh bagi mempercepatkan

kerja tersebut,'' katanya ketika sidang media selepas mengada-kan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Turut hadir, Yang Dipertua

Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid;

Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua MDHT, Haji Talaha Ali. Dalam pada itu, lawatan kerja Menteri Besar ke Hulu Tereng-ganu adalah yang ketiga selepas di Kemaman dan Marang. Sebagaimana daerah lain, Menteri Besar turut melulus-kan peruntukan RM750,000 bagi kerja-kerja melebar, menaik taraf dan membaiki semula jalan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Hulu Terengganu yang keseluruhannya melibatkan RM3 juta. Selain itu, beliau turut me-minta Pihak Berkuasa Tempatan, MDHT dan JPS memperincikan setiap permintaan penduduk untuk membina longkang dan perparitan bagi membolehkan pihaknya menjalankan kajian semula dari aspek saiz dan kos sebelum kelulusan dibuat dari masa ke semasa.

Penasihat Ekonomi ke-pada Menteri Besar

Terengganu, Dato' Mu-stapha Ahmad Marican menjadi rakyat pertama di negara ini menerima anugerah Doktor Falsafah Kehormat (PhD) Undang-undang dari Universiti Politeknologi Chamroeun, Kemboja. Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan daripada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kerana sumbangan berterusan be-liau sejak 12 tahun lalu berhubung pembangunan sosial masyarakat terma-suk misi kemanusiaan dan keamanan Kemboja sejak 1999 melalui pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara. Dato' Mustapha meru-pakan anak jati Tereng-ganu itu sebelum ini pernah menerima anugerah pingat emas daripada Kerajaan Kemboja pada 2004 dan pernah diundang memberi ucapan bagi berkongsi ke-jayaan Malaysia berhubung pembangunan ekonomi, politik dan pendidikan. Kerajaan Kemboja men-jadikan negara ini seb-agai negara contoh yang dapat membangun dalam kepelbagaian kaum tanpa sebarang permusuhan. Dato' Mustapha memiliki jurusan Sarjana Undang-undang Perniagaan dari Uni-versiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2009, kini sedang menghabiskan pengajian peringkat Doktor Falsafah jurusan Undang-undang di universiti yang sama. Sebelum ini beliau per-nah berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Laut Di-raja Malaysia, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Luar, Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Dalam Negeri. Selain menjadi Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Mustapha pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat berkaitan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Penasihat Ekonomi MB terima pengiktifaran

Petani lega terima bantuan baja tanaman Seramai 69 orang petani dari bebera-

pa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit

menerima bantuan baja tanaman yang diagihkan oleh wakil rakyat DUN, YB Haji Khazan Che Mat baru-baru ini. Peruntukan di bawah Tabung Darul Iman (TDI) berjumlah RM11,000 itu memberi kelegaan kepada petani yang terbabit dalam kejadian banjir tahun lalu berikutan mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila tamanan mereka musnah diteng-gelami air. Tanaman yang diusahakan oleh petani termasuklah tembikai, cili, sayuran seperti sawi musnah sama sekali namun kesedihan terubat dengan sikap cakna wakil rakyat

dengan menghulurkan bantuan. ``Bencana alam yang melanda telah mengakibatkan kami kerugian wang dan tenaga tetapi tetap percaya ada hikmah disebalik musibah ini,'' kata seorang petani, Encik Mohammad Majid, 69. Katanya, beliau dan rakan-rakan tidak serik untuk berbakti pada tanah dengan mempelbagaikan jenis tanaman mengikut musim kerana ini punca pendapatan utama menyara keluarga. Sementara itu, Pegawai Pusat Pemban-gunan DUN Batu Rakit, Ustaz Kamaruddin Mohd berkata, semua petani yang men-galami kerugian bencana alam menerima bantuan mengikut kadar kerugian yang dialami.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Menteri Besar diberi penerangan mengenai projek tebatan banjir yang akan dibina di Sungai Pertang, Hulu Terengganu bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Kuala Berang.

BR1M: 80 peratus sudah menerima RM500 seorang

Sebahagian daripada penerima BR1M, khususnya di kawasan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Batu Buruk, menerima bantuan itu ketika lawatan kerja Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, ke Terengganu, baru-baru ini. Manakala sebahagian lagi penerima akan mendapat habuan masing-masing ketika kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

Sri Muhyiddin Mohd Yassin, ke Terengganu pada 1 Mac depan. Bagi negeri Terengganu, pen-gagihan BR1M yang bertujuan meringankan beban penduduk negara ini yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah itu dibahagikan kepada empat kumpulan. Semua penduduk di negeri ini yang layak, diberi bantuan itu tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan mereka menik-mati pemberian kerajaan secara adil dan saksama. Kumpulan pertama yang ber-

jumlah 75,485 orang, melibatkan bayaran sejumlah RM37,742,500 sudah pun menerima wang masing-masing dalam beberapa majlis yang diadakan secara berasingan di seluruh negeri. Manakala kumpulan kedua yang melibatkan 42,377 orang penerima (RM21,188,500) juga sudah menerima bantuan tersebut, baru-baru ini. Pada masa ini pembayaran sedang dilakukan bagi kumpulan ketiga melibatkan 6,729 orang penerima (RM3,364,500) dan proses pembayarannya dijangka

selesai dalam tempoh terdekat. Bagi kumpulan keempat yang melibatkan lebih 6,000 orang penerima di seluruh negeri Tereng-ganu, proses pembayaran akan dilakukan tidak lama lagi dan dijangka berakhir pertengahan Mac depan. Bantuan tersebut disediakan khusus Kerajaan Pusat yang prihatin dengan nasib rakyat, khusus bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutama yang mempunyai tanggungan besar.

dari ms-1

Haji Khazan menyampaikan baja tanaman kepada petaniDUN Batu Rakit.

Page 3: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 3

AM

Hospital swasta baru akan dibinadi Batu BurukOleh: Esah [email protected]

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM200 juta bagi membina sebuah lagi hospital swasta di

Batu Buruk, Kuala Terengganu bagi menampung kesesakan pesakit di hospital kerajaan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, pembi-naan hospital di bawah TDM bakal menyediakan 150 katil yang akan memberi altenatif kepada rakyat di negeri ini untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan selesa. ``Kerja-kerja pembinaan dijangka paling lewat dapat dimulakan pada Jun depan,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dana bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kom-pleks Rawatan Harian, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Per-

paduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr Haji A. Rahman Mokhtar; Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Haji Anwa Sulaiman dan Pengarah HSNZ, Tengku Ramlah Tengku Senik. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, hospital ini akan dibina di atas tapak kuarters kerajaan yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk dan rumah berkenaan akan dirobohkan bagi membina bangunan hos-pital berkenaan. Selain itu kerajaan telah memperuntukkan RM72 juta bagi mengisi Tabung Dana Khas untuk pembangunan kesihatan di negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2007 hingga akhir 2010. Tabung berkenaan dibahagikan kepada dua iaitu menaik taraf perhidmatan perubatan (RM62 juta) dan untuk kebajikan sosial perubatan (RM10 juta). Menteri Besar kemudiannya menyerahkan sumbangan RM2

Dato’ Seri Haji Ahmad Said mewakili kerajaan negeri menyerahkan Dana Ban-tuan Kebajikan Sosial Perubatan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Tereng-ganu.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

juta untuk Dana Bantuan Keba-jikan Sosial Perubatan negeri kepada Dr. Haji Anwa serta RM20,000 untuk Tabung Ke-bajikan Perubatan HSNZ yang diterima Pengarah HSNZ, Tengku

Ramlah. Dato' Seri Haji Ahmad juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM22,088 beserta kerusi roda kepada tiga orang pesakit kronik.

Al-Quran emas Dinasti Ming jadi tumpuanNaskah al-Quran bersadur

emas yang berusia lebih 500 tahun dari Dinasti

Ming, China bernilai kira-kira RM170 juta menarik minat orang ramai yang mengunjungi Pameran Khazanah Islam dari China, di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu. Artifak berharga lain yang dipamerkan pada pameran yang berlangsung selama enam bu-lan iaitu bermula 14 Februari hingga 14 Ogos itu, termasuk perkakasan yang dihiasi emas dan batu permata, koleksi cop mohor dari pelbagai dinasti, pasu seramik berusia 1,400 tahun, pasu porcelain, jade dari budaya `Hong Sun’dan kuda hiasan dari Dinasti Tang. Timbalan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Encik Che Azmi Ngah, berkata sebanyak 80 artifak dipamerkan pada pameran yang julung kali diadakan itu semata-mata mahu menarik minat orang ramai dan pelancong asing mengunjungi muzium. Katanya, artifak al-Quran emas merupakan satu con-toh daripada puluhan simbol kesenian Islam yang bernilai jutaan ringgit dari pelbagai dinasti-dinasti China mampu

menarik minat orang ramai. ``Pihak kami berusaha mengan-jurkan pameran seumpama ini kerana dapat membantu pencinta dan pengkaji artifak melihat se-cara dekat pelbagai jenis ukiran halus dan bentuk-bentuk artifak dari dinasti purba Cina yang asli. ``Selain ingin melahirkan rasa bangga dan menghargai per-juangan orang Islam terdahulu dengan melihat dan menghayati keindahan seni islam sejagat,''

katanya ketika berucap di Majlis perasmian Pameran Khazanah Islam dari China, di Muzium Negeri, Losong, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Program yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Per-industrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Pengunjung teliti melihat al-Quran bersadur emas berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming bernilai kira-kira RM170 juta yang dipamerkan di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu.

Artifak al-Quran emas merupakan satu contoh dari-pada puluhan sim-bol kesenian Islam yang bernilai jutaan ringgit dari pelba-gai dinasti-dinasti China.

Kaji penemuan baru: ̀ Gua dalam gua’Kerajaan negeri kini giat men-

jalankan kajian dan penyeli-dikan secara menyeluruh bagi memajukan satu lagi penemuan baru, gua dalam gua yang terletak di bahagian atas di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, penemuan yang cukup berharga itu ditemui pasukan gali cari Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) ke-tika menjalankan tugas mencari artifak dan khazanah alam pada pertengahan tahun lepas.

Katanya, satu lagi rangka manu-sia turut di temui di gua sama, usia artifak itu belum diketahui kerana masih dalam kajian oleh pihak berkaitan. Sebelum ini masyarakat dike-jutkan dengan penemuan rangka manusia yang berusia 16,000 tahun yang ditemui pada No-vember 2009 ketika kerja-kerja eskavasi yang diketuai Prof Nik Hasan Shuhami Nik Abdul Rah-man dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bantuan Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Rangka tersebut yang dipercayai mayat seorang remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui. ``Penemuan artifak seumpama itu membuktikan Gua Bewah cukup berharga kepada kerajaan negeri dan kita akan terus memperke-nalkan lokasi pelancongan itu di mata dunia. ``Kita tak bercadang untuk bawa pulang artifak yang ditemui dan kita akan kekalkan ia di sini dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri ini dan ke Tasik Kenyir.,'' katanya. Menurutnya, pada masa seka-rang kerja-kerja meningkatkan kemudahan untuk para pelancong di kawasan sekitar gua tersebut sedang dilakukan. ``Kita juga sedang menyediakan pelantar khas, bekas penutup kaca di kawasan rangka manusia yang tertua di negara ini ditemui, bagi tujuan keselamatan terhadap artifak yang sangat bernilai itu,'' katanya.

Penemuan yang cukup berharga itu ditemui pasukan gali cari Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

BR1M: 80 peratus sudah menerima RM500 seorang

Page 4: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 20124

AM

Terengganu cipta sejarah perubatan negara

Kursus teknologi automotif di Jerman

Kerajaan Terengganu memilih Jerman sebagai pengkalan untuk melatih sekumpu-lan pelajar dari negeri ini

bagi mengikuti bidang teknologi automatif bermula tahun ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri memilih The Technical University of Berlin, Jerman bagi menempatkan sekumpulan pela-jar berikutan kemajuan negara itu dalam industri pemasangan tiga jenama kereta terkenal yang mendominasi pasaran dunia, iaitu BMW, Mercedes dan Audi. ``Kita sudah berbincang dengan pihak universiti berkenaan dan mereka bersetuju untuk men-empatkan pelajar Terengganu mengikuti kursus kejuruteraan automotif berkenaan. ``Bagaimanapun, pelajar berke-naan terlebih dahulu perlu belajar bahasa Jerman,'' katanya ketika sidang media selepas melancarkan Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR & PMR 2011 dan Pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu 2012, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,

Oleh: Aida Abd [email protected]

baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Encik

Hashim Mohd Zin. Katanya, kepakaran itu nanti akan membuka peluang yang lebih luas kepada anak Terengganu untuk bekerja di mana-mana firma permotoran di seluruh dunia. ``Kita akan lihat jumlah pelajar

yang dihantar kelak berdasarkan keperluan, kesanggupan dan ke-layakan mereka untuk mengikuti kursus berkenaan. Manakala kos keseluruhannya nanti akan ditang-gung oleh Yayasan Terengganu,'' katanya.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

Pengetua sekolah cemerlang dalam peperiksaan awam menerima insentif di majlis pelancaran Anugerah Apresiasi Kece-merlangan UPSR & PMR 2011 dan Pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu 2012 di Dewan Besar Wisma Darul Iman.

Terengganu mencipta sejarah perubatan negara apabila menjadi negeri pertama di

Malaysia dan di Asia Tenggara yang menggunakan peralatan canggih Mesin Tomografi Berkom-puter Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan. Mesin berharga RM2 juta ini juga dapat ditingkatkan keupayaan sehingga 128 imej melebihi keu-payaan mesin scan biasa terutama bagi imejan dan isotropik bagi tujuan rekostruksi multiplana (MPR) mengesan penyakit. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan memberi sumbangan terbesar melalui Tabung Dana Khas Peru-batan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan yang terbaik untuk rakyat negeri ini. ``Sumbangan berjumlah RM72 juta sejak 2007 yang disalur-kan melalui dana berkenaan bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 buah ambulan (RM3.2juta, mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk perhid-matan Reproduktif bagi Program Bayi Tabung Uji (RM500,000).

``Kerajaan juga telah meluluskan RM1 juta untuk pembelian beberapa peralatan pembedahan serta 10 katil Hospital Kemaman dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di daerah itu,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumban-gan RM2 juta kepada Tabung Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini. ``Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan RM120 juta untuk membina Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di kawasan 100 hektar,'' katanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk penaiktarafan perkhidmatan dan peralatan perubatan dengan menambah peruntukan setiap ta-hun bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Terengganu mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi negeri pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan Mesin Tomografi Berkomputer Mul-ticlise yang mampu menghasilkan 64 hingga 128 imej pada setiap imbasan ber-harga RM2 juta tujuan rekostruksi multiplane bagi mengesan penyakit.

Telus laksana tugas - MBPenjawat awam di negeri

ini diminta membuang sikap gemar menghentam etika dan dasar yang dilak-sanakan kerajaan sebaliknya perlu amanah serta bersikap telus supaya mampu mencapai matlamat yang dihasratkan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said kesal dengan sikap mereka yang gemar menghentam kerajaan dan tidak amanah memikul tang-gungjawab yang sepatutnya. ``Mereka patut sedar wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya bergantung kepada mana-mana pihak.

``Pada masa sama, sikap gemar menyembunyikan fail patut dikikis bagi mengelak berlakunya `lambakan' tugasan pada setiap tahun,'' katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kira-kira 200 PTN dari seluruh Terengganu dirai bagi mengenang tugasan dan jasa mereka kepada masyarat dan kerajaan Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad menyampaikan cenderahati khas kepada PTN yang telah bersara. Beliau turut memberitahu setiap penjawat awam teru-tama yang berusia 50-an perlu mengamalkan pemakanan sihat di samping membuat pemeriksaan doktor secara berkala bagi mengekalkan kesihatan sempurna. ``Kerajaan negeri sedia membantu bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kronik seperti jantung, dia-betis dan sebagainya dengan mendapat rawat di Pusat Pe-rubatan i-Heal,'' katanya.

`̀ Sikap gemar menyembunyikan fail patut dikikis bagi mengelak berlakunya `lam-bakan’ tugasan pada setiap tahun.'' - Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Page 5: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 5

EKONOMI

Lembah Silika jana 1,000 peluang perkerjaanOleh: Esah [email protected]

Projek Lembah Silika yang akan dibangunkan di daerah Setiu dan Marang mampu menjana lebih 1,000 pelu-

ang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS). Tapak projek seluas 1,800 hektar itu yang terletak di Wilayah Eko-nomi Pantai Timur (ECER) bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk silika dan industri berkaitan. Menteri Besar, Dato' Seri Haji

Ahmad Said, berkata, Tereng-ganu mempunyai kawasan rizab terbesar pasir silika di negara ini dan Asia Tenggara dengan lebih 80 juta tan metrik deposit silika gred tinggi. Projek itu akan dibangunkan Terengganu Industrial Minerals (TIM) dan beberapa syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium yang dike-nali sebagai TIM Konsortium. ``Konsortium ini akan melabur antara RM350 juta hingga RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan penceriaan dan industri hiliran,'' katanya.

Sultan Mizan Zainal Abidin mendengar penerangan mengenai projek Lembah Silika selepas berkenan merasmikan Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

FOTO Zulkipli Putra | [email protected]

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, yang disempurnakan

Sultan Mizan Zainal Abidin. TIM Konsortium merancang membina kilang pemprosesan silika terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran kira-

kira 800,000 tan metrik setahun, mulai pertengahan tahun depan. Loji ini akan menghasilkan pasir dan tepung silika bergred tinggi untuk industri seperti panel TFT LED, solar dan sektor elektronik.

iSHARP pengeluar udang putih terbesar negaraTerengganu bakal menjadi

pengeluar udang putih ter-besar negara apabila projek

Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. Ketua Pegawai Eksekutif iS-HARP, Encik Abu Bakar Ibrahim, berkata dalam tempoh percubaan itu, ladang seluas 1,000 hektar sudah mengeluarkan hasil se-hingga enam tan, iaitu lebih satu tan daripada sasaran awal. Katanya, menerusi fasa per-tama, 216 kolam ternakan akan beroperasi sepenuhnya tahun ini dengan kapasiti pengeluaran 2,100 tan setahun dan menjelang tahun 2013, sebanyak 400 kolam akan dibina. ``Apabila beroperasi sepenuh-nya pada 2013, iSHARP mampu menyediakan 700 hingga 1,000 peluang pekerjaan terutamanya kepada anak tempatan,'' katanya kepada pemberita ketika menerima lawatan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said ke ladang itu di Kam-pung Nyatuh, Setiu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB. Asha'ari Idris dan Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd. Jidin Shafie. Mengulas lanjut, Encik Abu Bakar berkata, ladang iSHARP dibangunkan Blue Archipelago Berhad, anak syarikat Khazanah Nasional Berhad khusus untuk menternak udang secara teratur dan terkawal.

Katanya, kewujudan pelaburan bernilai RM260 juta itu antara lain bagi menyuburkan perkongsian swasta, kerajaan negeri dan perse-kutuan bagi merancang gugusan akuakultur udang secara moden. ``Fasa kedua tahun hadapan, iSHARP akan mempunyai 400 kolam ternakan yang mampu menghasilkan 3,920 tan udang setahun. ``Apabila siap sepenuhnya, hasil pengeluaran iSHARP di-jangka mencecah nilai pasaran RM78 juta setahun dan udang ini akan dieksport ke Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Timur Tengah,'' katanya. Katanya, pusat pembenihan udang di ladang itu mampu menge-luarkan satu bilion benih udang setahun, cukup untuk menampung keperluan iSHARP dan penternak kecil di Pantai Timur. ``Pada masa ini, 48 kolam telah mengeluarkan hasil udang dan seramai 108 pekerja telah memu-lakan tugas di iSHARP dimana 85 peratus daripada mereka adalah anak Terengganu. ``Pekerjaan yang diwujudkan itu mampu menjana pendapatan RM12 juta setahun dan secara langsung mampu meningkatkan kegiatan ekonomi penduduk se-tempat,'' ujarnya.

Ladang Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung

Nyatuh, Setiu, sudah beroperasi, sehingga kini sudah

48 kolam mengeluarkan hasil dan mampu menjana pendapa-

tan RM12 juta setahun.

BISNES Hotel Permai sasar perolehan RM8.5 jutaOleh: Fauzi Mohd

[email protected]

Hotel Permai Inn, hotel milik Kerajaan Terengganu me-

nyasarkan perolehan RM8.5 juta bagi tahun ini dengan perkem-bangan perniagaan yang semakin menyakinkan. Pengurus Besarnya, Encik Azman Ali berkata, hotel yang dijenamakan semula melalui pengurusan baru sejak 2010 yakin perolehan tertinggi itu dapat dicapai. ``Ia dilakukan dengan mem-perkukuhkan strategi pemasaran termasuk melalui promosi berkesan di samping terus meningkatkan mutu perkhidmatan. ``Kita mahu hotel ini sinonim dengan pengenalan Terengganu,'' katanya pada majlis makan malam tahunan bagi meraikan warga kerjanya, baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Hotel Permai, Tan Sri Wan Abu Bakar Omar dan Pengerusi Jawatankuasa

Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd. Adib. Katanya, perolehan hotel dengan 220 bilik itu meningkat daripada RM7.3 juta pada 2010 kepada RM7.7 juta pada tahun 2011 ketika industri pelancongan Terengganu semakin berkembang. Beliau turut menarik perhatian tentang penglibatan hotel dalam pelbagai kegiatan luar agar dapat

bersama-sama kerajaan dalam mengembangkan industri ini dan mendekatkannya dengan masyarakat. ``Ini termasuk dalam kegiatan sukan kapal layar dan berbasikal di samping kami turut meran-cang menganjurkan pesta sukan pantai,'' ujarnya.

Hotel Permai Inn , Kuala Terengganu semakin yakin untuk mengembang-kan perniagaan dalam industri per-hotelan.

Page 6: teganukita 55

6 BIL: 55, 15-29 Februari 2012

RENCANA

Catatan Pengarang Kesesatan yang nyata

ANALISIS Oleh: Pengarang [email protected] Ingat dok lagi???

Penerima bantuan miskin ditamatkanKezaliman terhadap golongan miskin

IMBAS KEMBALI bagaimana rintihan golongan miskin yang menjadi mangsa pemerintah yang memerintah Terengganu pada 1999-2004 yang jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

PENAUNG: YAB DAto’ SErI HAjI AHmAD SAID

mENtErI BESAr tErENGGANU. YB Haji Khazan Che mat

Pengerusi jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAt: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGArANG: ruslan Abdul rahman

timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGArANG 1: Kamaruddin mat Akib

(media Baru).

PEN. PENGArANG 11: Aida Abd. rahman

(Akhbar teganukita).

WArtAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi mohd Hj. mohamad Ishak (Besut) Amirullah othman (marang) Hazwan rosli (Dungun) mastura jamaluddin (H. terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

jUrUFoto: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidang

Reda

ksi

Parti Ajaran Sesat, ada pihak berasa tercabar dengan kenyataan seperti itu, terutama bila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji

Ahmad Said sendiri yang menyebut perkara itu. Di pihak parti Umno, pelbagai tuduhan liar kepada mereka termasuk dituduh kafir pun. Kita tentu masih ingat amanat atau ucapan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang berbunyi, ``Kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno, bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlem-bagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah....percayalah saudara saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini,

kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.'' Ucapan Haji Hadi yang menyatakan menen-tang dan berlawan dengan Umno mati syahid ini tidakkah suatu bukti ajaran yang bertentangan dengan Islam....mengkafirkan sesama Islam? Tetapi sekarang ini, kalau kita lihat dalam buku jingga muka surat 23, Dasar Bersama MEM-PERTAHANKAN PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN, perlembagaan yang difatwakan tidak Islam dan menjadi kafir orang Umno kerana mendokong perlembagaan itu. Haji Hadi, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menandatangani bersama buku itu. Bagaimana kedudukan Haji Hadi sendiri yang mempertahankan perlembagaan yang dikatakan

penjajah, kafir dan jahiliyah itu, berbanding dengan ucapan amanat sebelumnya (1981). Itu hanya satu hujah tentang betapa sesatnya ajaran dan fatwa yang dibuat sesuka hati. Banyak lagilah fatwa dan ucapan-ucapan karut kalau dihimpun kesesatan-kesesatan yang dibawa. Kesannya termasuklah berbalah dan putus silaturahim sesama keluarga Islam, tidak makan sembelihan, sembahyang dua imam, pergaduhan hingga menyebabkan kematian dan sebagainya. Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Haji Ahmad Said adalah tepat dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Semoleknya lebih ramai ulamak dan cerdik pandai tampil memberi huraian bagi sama-sama membetulkan keadaan atas nama kebenaran.

Pihak yang menjanji-kan negara dan ne-geri kebajikan juga semasa berkuasa

telah melakukan kezaliman terhadap golongan miskin kerana dendam kesumat yang amat bertentangan sekali dengan nilai dan ajaran Islam. Pada tahun 2000, sebaik berkuasa sebagai kerajaan di Terengganu pihak berkuasa ini telah memotong ban-tuan kepada seramai 1492 penerima bantuan bulanan di bawah Jabatan Keba-jikan Masyarakat Negeri Terengganu. Pemotongan yang dilaku-

kan tanpa peri kemanusiaan itu membabitkan kalangan orang miskin ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak mengundi atau me-nyokong mereka semasa pilihan raya. Cuba kita imbaskan kembali kepada berita mereka yang menjadi mangsa kezaliman, amat sedih dan mengha-rukan bila menghayatinya.

siri 2

Page 7: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 7

RENCANA

WAKAF rAKYAtOleh: Ruslan Abdul [email protected] tiba-tiba

seorang Ahli Jawatankua-sa Pas Pusat,

melenting bila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said menyatakan Pas parti ajaran sesat. Mengapa tidak sesatnya: ``Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran'' - ini kata pemimpin ter-tinggi Pas sendiri dalam satu kenyataan akhbar pada 24 April 1994. Tidak berniat untuk men-gulas panjang, tetapi bila menentang Pas itu haram bermakna berdosa. Sesuailah pula dengan kenyataan bekas pemimpin parti itu dalam akhbar milik parti itu, Harakah pada 3 Oktober 1997 ba-hawa: ``Umat Islam wajib sertai Pas''. Sekali lagi `̀ Wakaf Raky-at'' tidak berniat hendak mengupas kenyataan ini, tetapi apabila wajib maka berdosalah orang Islam tidak menyertai Pas atau menyertai parti lain, jadi bagaimana pula umat Is-lam di negara lain yang tidak apa Pas? Bahkan orang yang hen-

dak mengambil tindakan undang-undang kepada Menteri Besar Tereng-ganu dan memberi tempoh tiga hari untuk memohon maaf itu sendiri pernah menyatakan ``Pas Parti Allah''. Tidakkah sesat itu? Pemimpin nombor utama Pas sendiri mengkafirkan orang-orang Umno me-lalui ucapannya di Banggol Peradong pada 7 April 1981. Antara lain menurut ucapannya orang Umno menjadi kafir kerana telah menyokong perlembagaan negara (mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliyyah) yang bukan merupakan perlembagaan Islam. Semudah itu menuduh `orang Umno' yang ber-agama Islam itu kafir!! Ucapan itu tidak ditarik balik hingga sekarang pun. Kesan dari ucapan itulah menyebabkan pengikut Pas dari Kedah, Ustaz Ibrahim Libya didakwa oleh Haji

Hadi `mati syahid' dan ditanam tanpa dikafankan. Fatwa mati syahid mela-wan puak-puak Umno yang dikafirkan itu tidakkah ajaran sesat? Peliknya dalam buku jingga, Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, yang turut ditandatangani bersama oleh Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, muka surat 23 Dasar Bersama Mereka ialah MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSE-KUTUAN. Perlembagaan yang di-fatwakan oleh pemimpin nombor satu parti itu tidak Islam itu dan menjadi kafir orang Umno kerana men-dokong perlembagaan itu serta mati syahid kalau mati menentang orang-orang Umno yang mengekal-kan perlembagaan itu, TETAPI KINI PEMIMPIN NOMBOR SATU SENDIRI MAHU PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN ITU??? Kadang-kadang kita berasa sedih berselisih pendapat

sesama saudara seIslam dikafirkan, diputuskan si-laturrahim, tetapi dengan orang bukan Islam ber-baik dan berpakat sakan, sampai berdakap-dakap, mesranya. Sebenarnya banyak lagi kesesatan hingga ada di kalangan pemimpin me-reka sama ada yang masih hidup atau yang telah me-ninggal membuat dakwaan sesuka hati, tetapi undi parti mereka masuk ke syurga. Masih ingat pantun seorang pemimpin parti mereka yang terkenal dari Kelantan dan bertaraf ustaz: ``Wau-wau bule, wau bule teraju tigo, pakat pakah bule, pakah bule masuk syurgo”. Lain-lain yang mungkin masyarakat rata-rata telah tahu ada pimimpin parti itu yang menyatakan. Tu-han juga mencarut, kita orang Islam boleh berkawan dengan syaitan dan yang terbaru Nabi Muhamammad s.a.w sama taraf dengan Mat di kampung-kampung sahaja sebelum diangkat menjadi Rasul. Tidakkah itu sesat na-manya?

... benarkah?SESAT

Sesama Islam dikafirkan, dengan kafir menentang Islam

dipeluk cium

Page 8: teganukita 55

8 BIL: 55, 15-29 Februari 2012

RENCANA

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

Masuk kampung keluar kampung...itu sebaha-gian tugas rutin Menteri Besar, Dato' Seri Haji

Ahmad Said yang tidak pernah beliau tinggalkan sejak menerajui pemerintahan negeri ini, hampir empat tahun lalu. Tanpa menghiraukan hujan dan panas terik, beliau yang diir-ing wakil rakyat dan pemimpin kawasan terlibat serta ketua-ketua jabatan berkaitan, meninjau sistem perparitan dan jalan kampung yang bermasalah. Selepas mengenal pasti ma-salah dihadapi di kawasan yang dilawati, beliau berbincang dengan ketua jabatan terlibat dan membuat keputusan secara `ad-hoc' bagi membolehkan projek-projek kritikal dilaksanakan segera bagi mengatasi pelbagai masalah penduduk setem-pat. Bagi kalendar 2012, bermula 6 Februari lalu, Menteri Besar berjiwa rakyat itu melawat daerah Marang, iaitu daerah pertama yang dilawati sebagai acara tahunan lawatan kerja ke daerah-daerah, bagi meninjau sistem perparitan, jalan kampung dan projek-projek kecil yang memer-lukan tindakan segera. Seperti kebiasaan, bermula den-gan sarapan pagi bersama pen-duduk tempatan dan ketua-ketua ja-batan, beliau bersarapan di sebuah gerai di depan pasar Marang. Selepas itu, beliau terus ke pasar Marang untuk meninjau masalah peniaga di situ sambil beramah mesra dengan peniaga yang menjual pelbagai barangan harian. Sempena lawatan ke daerah

Marang, Dato' Seri Haji Ahmad meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta untuk daerah itu tahun ini bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah. Peruntukan tersebut tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah itu yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat. Sewaktu lawatan kerja ke dae-rah Kemaman pula, Menteri Besar mengumumkan lebih RM100 juta diperuntukkan bagi membina jalan baru dan menaik taraf jalan lama di seluruh negeri, agar mencapai tahap di tetapkan kerajaan. Bagi daerah Kemaman, RM3.25 juta diagihkan untuk tujuan berke-naan membabitkan peruntukan RM1 juta untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik

dan masing-masing RM750,000 un-tuk tiga DUN lain iaitu Kijal, Chukai dan Air Putih. Di Hulu Terengganu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM6.7 juta untuk mem-bina tebatan banjir bagi mendalam dan melebarkan Sungai Pertang, Hulu Terengganu yang bertujuan mengelak masalah banjir di pekan Kuala Berang. Peruntukan RM750,000 dil-ulsukan bagi kerja-kerja melebar, menaik taraf dan membaiki semula jalan bagi setiap DUN di daerah itu yang keseluruhannya melibatkan RM3 juta. Di Setiu, kerajaan negeri melulus-kan peruntukan RM400,000 bagi membina semula jalan dan menam-bak hakisan Pantai Rhu Sepuluh di mana RM200,000 disalurkan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) untuk mem-bina semula jalan dan selebihnya diperuntukkan kepada Jabatan Pen-galiran dan Saliran (JPS) untuk menam-bak hakisan pantai

tinjau masalahMBrakyat

PerarakanMaulidur Rasul

di Malaysiaterbesar

FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@ gmail.com

Page 9: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012

RENCANA9

tinjau masalah

sepanjang 200 meter. Di Besut, Menteri Besar melu-angkan masa hampir sehari suntuk untuk meninjau pelbagai projek pembangunan di sekitar daerah itu untuk mengetahui sendiri perma-salahan pelaksanaan projek dan kehendak rakyat. Masalah kelewatan pembinaan projek Jertih Souq turut mendapat perhatian beliau yang melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan projek berharga RM70 juta itu menyebabkan peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan. Beliau turut meluluskan perun-tukan RM6 juta untuk pembinaan jalan dan longkang di kawasan pen-tadbiran Majlis Daerah Besut (MDB).Sehingga artikel ini ditulis, Menteri Besar belum melawat dua daerah lagi iaitu Dungun dan Kuala Tereng-ganu, tetapi ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

PerarakanMaulidur Rasul

di Malaysiaterbesar

Perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kema-man 1433 Hijrah memecah

tradisi apabila penganjurannya berjaya menghimpunkan sejumlah 40,000 peserta. Menteri Besar, Dato' Seri Ah-mad Said mengetuai perarakan yang melakar sejarah sebagai perarakan maulidur rasul terbesar pernah diadakan menganggap ia sebagai cerminan perpaduan yang semakin kukuh. ``Program ini juga adalah se-bahagian daripada usaha kita menjalin kesepakatan sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW,'' kat-anya selepas perarakan itu yang bermula di Padang Astaka dan mengelilingi bandar Cukai, Kema-man. Turut serta, Ahli Parlimen Ke-maman Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia dan Sukan; Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera; Adun Kemasik, YB Ir. Rosli Othman; Adun Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah, Encik Mohamad Kamil Othman. Perarakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dewasa sejauh

tujuh kilometer, institusi pendidi-kan sejauh lima kilometer serta tabika dan wanita sejauh dua kilometer. Sebagai penghargaan, peny-ertaan dan penampilan setiap kontinjen dalam perarakan itu dinilai untuk diberikan hadiah. Ia dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi oleh Pesama Timber, Pejabat Agama Daerah Kemaman (kedua) dan Jabatan Kerja Raya-Daerah Kemaman (ketiga). Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kam-pung (JKKK), tempat pertama disandang oleh JKKK Batu Em-pat Binjai manakala JKKK Bukit Teruna (kedua) dan JKKK Mak Lagam (ketiga). Untuk kategori Wanita Umno, tempat pertama dimenangi Batu Empat Binjai manakala Jawatankuasa Aktiviti Kemas (kedua) dan Sungai Ibok (ketiga). Kategori sekolah rendah di-menangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang manakala kategori sekolah menengah diraih Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai.

Page 10: teganukita 55

10 BIL: 55, 15-29 Februari 2012

PELANCONGAN

Pulau Petang saji keindahan

rIADAHOleh: Suriati [email protected]

Pertama kali menjejak kaki di Pulau Petang, Tasik Kenyir, Hulu

Terengganu pasti men-janjikan pengalaman terbaik dan menarik buat pengunjung `dek' tarikan panorama yang indah serta udara yang menyegarkan. Tarikan itu membuat-kan pelancong seakan terpanggil untuk men-gunjunginya buat kali kedua bagi memanfaatkan sepenuhnya setiap kein-dahan dan kemudahan yang terdapat di lokasi itu. Perjalanan menaiki bot laju ke Pulau Petang yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit bagaikan tidak terasa berikutan setiap detik pergerakan pengunjung disajikan pemandangan mempesonakan sambil diiringi kicauan pelbagai jenis unggas, deretan pokok bakau dan air

sungai yang jernih. Sebaik tiba di pulau yang berkeluasan 9.35 hektar itu, pemandangan anda pasti tertumpu kepada puluhan gambar dan beberapa koleksi barangan berharga yang

dipamerkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bangunan khas kaki lima pulau itu. Pelbagai aktiviti menarik boleh diikuti pengunjung setiap kali singgah, antaranya me-mancing, merendah hutan, berkhemah, menyusuri sungai, mendaki gunung, berkayak dan `flying fox'. Jika anda ingin berehat, Petang Island Resort ada menyediakan beberapa kemudahan seperti:

Chalet eksekutif - rumah kayu dua tingkat, dilengkapi peralatan moden, direka dan dihiasi mirip kediaman sendiri.

Chalet biasa - menempatkan ruang tidur berkembar dan kemudahan bilik air yang selesa.

Penginapan asrama - sesuai bagi mereka yang datang secara berkumpulan atau rakan persatuan.

Bahtera Petang - penginapan terapung yang cukup unik, dilengkapi dua bilik tidur dan ruang tamu `Deck' di tingkat atas sesuai untuk majlis keraian dan jamuan ringan.

Bagaimana ke sana:Jika dari Kuala Lumpur anda perlu melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sehingga ke Kuantan- Jerangau Jabor dan seterusnya ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Lambaian Pulau Petang di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Perkhidmatan buggie disediakan untuk meninjau keliling pulau.

Aktivit memancing di Sungai Petang.

Mendaki anak tangga menuju ke chalet.

FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@ gmail.com

Rumah Awam Seberang Jerteh lahir ramai usahawan kecil

DESAKU

Oleh: Mohammad [email protected]

Perumahan Awam Se-berang Jertih pada awalnya meliputi

kawasan tanah sawah milik penduduk tempatan kemudian dibangunkan sebagai Projek Peruma-han Kos Rendah berikutan pertambahan penduduk. Mengandungi tiga fasa pembinaan yang bermula pada tahun 1960 (32 unit), fasa kedua pada 1970 (32 unit) kemudian 160 unit bagi fasa ketiga pada 1987. Kemajuan kemudahan asas di kawasan perumahan itu sebelum ini kurang diberi perhatian sehing-galah permohonan pen-duduk untuk menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diluluskan kerajaan negeri pada 1 Mac 2006. Setiausahanya, Wan Mohamad Ibrahim yang bangga dengan hasrat pen-duduk untuk menubuhkan organisasi itu diluluskan kerajaan mula menyusun atur pelan pembangunan sehingga kini pelbagai ke-mudahan asas termasuk surau, padang permainan, kelas tadika, sistem perpari-tan, bekalan air, elektrik, telefon dan pejabat JKKK. Sebuah pusat komputer di bawah seliaan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), juga berjaya diwujudkan

dengan sokongan Tele-kom Malaysia yang mula beroperasi pada 1 April 2009. Sehingga kini, PJK ter-babit mempunyai 850 ahli berdaftar termasuk ibu tunggal, usia emas, remaja, pelajar, kanak-kanak tadika. Wan Mohamad berkata, kemajuan pembangunan dan sosial di perumahan itu juga turut disokong beberapa NGO yang ditu-buhkan di situ termasuk Umno, Jawatankuasa Surau, pasukan berzanji, kumpulan kompang, pasukan bola jaring dan bola tampar. Menurutnya, keistimewaan perkampungan berteraskan taman dalam bandar itu juga kerana mempunyai ramai usahawan kecil dalam industri kecil dan seder-hana yang mengusahakan pengeluaran sate, kuih pau, masakan Siam, pertu-kangan kayu dan rumah serta tenaga kerja mahir dalam bidang elektrik,paip air, kimpalan mekanik motor,tukang gunting, bidan tradisional dan tukang urut.

Jawatankuasa mengadakan mesyuarat di pejabat JKKK.

WAN MoHAMAD

Page 11: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 11

AGAMA

MIMBARMIMBARSumber : JAKIM

Maksud Hadis:

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemu-

dian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gan-dakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukahri) Huraian:mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak me-mahami keperluan mualaf. mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad.

Sejarah tidak pernah berbohong

Semoga Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Gagah Perkasa menjadikan kita umat Nabi Muhammad

Sallallahu `Alaihi Wasallam ( SAW ) yang sentiasa sedar diri, tahu diri, kenal diri, menghargai diri dan tidak pernah lupa diri, walaupun mempunyai karisma yang hebat, disanjung dipuji di mana jua tempat dan dapat berdiri segak di hadapan ribuan pengikut yang taat. Sejarah tidak pernah berbohong kepada kita. Kita tidak pernah lupa sejarah negara kita dijajah. Selama 446 tahun negara kita dijajah oleh berbagai- bagai kuasa penjajah. Sejak Melaka jatuh ke tangan kuasa Portugis pada tahun 1511. Kemudian ke tangan Belanda mulai tahun 1641. Kemudian British datang semula ke Pulau Pinang pada tahun 1786. Seterusnya ke Singapura pada tahun 1819. Diikuti selepas itu Perjanjian Inggeris dengan Belanda pada tahun 1824. Kemudian British datang ke Perak pada tahun 1874. Selanjutnya ke Selangor pada tahun 1875. Seterusnya ke Pahang pada tahun 1888. Kemudian bertukar tangan kepada kuasa penjajah baru iaitu Jepun pada tahun 1941. Berbalik pula kepada penjajah British pada tahun 1946. Ancaman komunis pada 1948. Kemudian British semula, sehingga akhirnya kita mencapai kemerdekaan negara tanggal 31 Ogos 1957. Inilah sejarah negara kita. Betapa pe-dih dan peritnya hidup dalam era penjajahan. Hanya generasi terdahulu yang mampu men-gungkapkannya, kerana mereka yang mengalaminya. Semoga Allah mengurniakan pahala yang besar kepada para pejuang negara yang berjuang, bahkan sebahagiannya gugur terkorban kerana memerdekakan negara. Kerana dalam Islam, usaha memerdekakan negara daripada penjajah adalah WAJIB SYARIE, selaras dengan sabda

Nabi SAW yang bermaksud: `̀ Kasihkan negara sebaha-gian daripada iman''. Kerana itu, pendahulu-pendahulu kita berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara. Seb-agaimana Baginda Nabi SAW memerdekakan kota Mekkah daripada kuasa Kuffar Quraisy. Begitulah sebagaimana negara- negara yang dimerdekakan di zaman Nabi dan para Sahabat r.a. Imam Al-Ghazali rahmatul-lahi `alaih pernah menyebutkan bahawa berbahagialah mer-eka yang mati dalam keadaan bahagia pada hari ini. Tetapi, kasihanilah anak-cucu (gen-erasi baru) yang lahir pada hari ini dalam keadaan umat berbalah dan bersengketa sesama sendiri. Hari ini, suasana yang per-nah dibayangkan oleh Imam al- Ghazali r.a. di atas, telah timbul di permukaan. Kita dapat menyaksikan betapa bibit-bibit perpecahan umat semakin melebar. Samada di luar ataupun di dalam negara kita sendiri. Sudah banyak neg-ara- negara Islam yang sudah hancur musnah, akibat daripada perbalahan dan peperangan sesama sendiri. Inilah azab di dunia yang dibimbangi terjadi yang pernah ditafsirkan oleh Allahyarham Prof.Dr. HAMKA di dalam tafsir Al-Azharnya iaitu apabila jatuhnya sesebuah kerajaan yang merdeka. Apabila negara yang merdeka dijajah semula. Rakyat akan menderita, merana dan sengsara, akibat perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Cuba kita buka minda kita semua hari ini. Lihatlah betapa nasib dan kesudahan umat Islam di negara-negara yang mengalami peperangan? Apakah selesai hidup ini, selepas berlakunya kematian? Bagaimanakah pula generasi baru mereka meneruskan kehidupan ini? Kerana itu, kata Imam al-Ghazali, kasihanilah anak-cucu kita. Kasihanilah generasi yang baru lahir, bagaimana perit dan susahnya hidup mereka menghadapi masa depan, sekiranya umat ini hidup

dalam keadaan bertelagah dan berbalah. Melihat kepada perkemban-gan mutakhir,kita amat bimbang terhadap masa depan negara ini. Apa akan terjadi kepada anak cucu kita akan datang, apabila melihat fenomena fitnah-memfitnah semakin menjadi-jadi. Samada secara lisan, akhbar, youtube, internet, facebook, blog, twitter dan seumpamanya. Suara-suara mencela, mencerca, memaki-hamun, memburuk dan mengaibkan orang lain di pentas-pentas syarahan semakin diminati. Berita-ber-ita bohong dan ``fatwa- fatwa'' songsang yang menyempang daripada landasan kebenaran Islam mula berhemburan. Tanpa disedari, `̀ pak hitam'' telah ber-jaya menjerut dan mengheret sebahagian kita untuk masuk ke ``taman fatamorgana'' supaya kita jauh daripada rahmat ilahi. Akhirnya kita dapat menyaksi-kan krisis umat yang semakin parah. Suami berbalah dengan isteri kerana berlainan fahaman politik. Anak bertelagah dengan ibu ayah kerana ta'assub kepada ajaran gurunya. Sesama ahli qaryah tidak bertegur-sapa dan begitulah seterusnya. Akhirnya umat kita hidup tidak bersefaha-man lagi, yang cari kes sahaja untuk berbalah, bermusuhan dan berperang. Justeru, marilah sebagai seorang muslim yang mendapat didikan Islam, kita kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah. Di dalam surah Aali Imran ayat 105, Allah menegaskan `̀ Janganlah ada kalangan kamu yang berpe-cah- belah dan berselisih faham selepas didatangkan keteran-gan- keterangan yang jelas. Jika tidak kamu akan mendapat azab yang amat pedih''. Kerana itu, marilah kita bersatu padu, sebagaimana seruan Baginda Nabi SAW ba-hawa: `̀ Bersatu-padulah kalian, kerana pertolongan Allah akan diberikan kerana kita bersatu-padu.'' Kerana itu, Baginda SAW membina masjid sebagai pusat penyatuan ummah, sebaik sahaja tiba di bumi Madinah. Baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Kerana perpaduan yang ikhlas itu prasyarat mendapat keberkatan dan rahmat ilahi. Percayalah, sesungguhnya tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Tiada pengorbanan tanpa per-juangan. Tiada perjuangan tanpa perpaduan. Tanpa perpaduan kita tidak mampu menjulang kejayaan, kemajuan dan kemak-muran.

Page 12: teganukita 55

12 BIL: 55, 15-29 Februari 2012

RENCANA

Oleh: Aida Abd [email protected]

YPU sedia SBPP bantu usahawan Terengganu

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyediakan

Skim Bantuan Pembangunan Produk (SBPP) bagi membantu usahawan tempatan untuk meningkatkan kualiti serta pasaran produk keluaran mereka. Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Encik Azmi Razik berkata, SBPP diperkenal-kan bagi memperkasakan

program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Indus-tri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan agar lebih berdaya saing dan setand-ing di pasaran tempatan mahupun global. ``Skim itu dapat mem-bantu meringankan kos penyediaan dan pening-katan kualiti produk baru yang dihasilkan usahawan tempatan,'' katanya kepada Teganukita baru-baru ini. Antara syarat-syarat permohonan skim itu

kata beliau, usahawan SDSI atau IKS mestilah memiliki pendaftaran perniagaan yang sah dan beroperasi di Terengganu. Selain itu katanya, bengkel atau kilang yang menghasilkan produk perlu memiliki lesen daripada pihak berkuasa tempatan, telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun dan produk yang dihasilkan berkualiti dan berpotensi untuk dipasarkan. Konsep bantuan yang diperkenalkan ujarnya, pemohon layak memohon sekali sahaja dalam tempoh tiga tahun dengan tumpuan

tiga sektor iaitu industri makanan, kraftangan dan produk SDSI. ``Skim bantuan yang dise-diakan bukan berbentuk kewangan,'' jelasnya. Skim yang ditawarkan seperti berikut: (1) Skim Bantuan Nutri-tion FACT: Untuk meningkatkan kualiti pembangunan produk dis-amping membantu memenuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Had Maksima Skim Bantuan RM 2,500. Bentuk Bantuan meliputi 70 peratus YPU

dan selebihnya usahawan. (2) Skim Bantuan Yuran Pensijilan GMP dan HalalBerbentuk geran: Dikhususkan kepada usahawan bimbingan yang memenuhi syarat produk SDSI dan boleh ditingkatkan ke taraf global. Bantuan adalah untuk membayar kos perundingan penyediaan dokumentasi ke arah memperoleh sijil Ama-lan Pengeluaran Yang Baik (GMP) dan Halal. (3) Skim Bantuan Pem-bungkusan dan Pelabelan Produk: Untuk meningkatkan kualiti pembungkusan dan

pelabelan produk usahawan dalam usaha untuk menin-gkatkan daya saing produk di pasaran. Had Maksima Skim Bantuan RM 2,000 danBentuk Bantuan meliputi 70 peratus YPU dan bakinya usahawan. (4) Bantuan Bar Kod: Merupakan insentif secara percuma yang diperkenal-kan oleh YPU dalam usaha membantu usahawan me-luaskan produk dipasaran global dan mampu berdaya saing dengan produk lain. Had maksima skim bantuan untuk 10 produk sahaja.

jABAtAN & ANDAOleh: Fauzi [email protected]

Kehadiran zuriat pertama tanggal 8 Januari 1995 yang dikesan mengalami autisme

tidak langsung menggugat kesetiaan, malah mengerat-kan lagi keampuhan cinta pasangan serasi, Zainuddin Muhammad dan Rozina Mohd Ikram, 47. Pasangan yang bertemu `cinta p a n d a n g pertama’tatkala sama-sama menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Nevada, Reno, kira-kira 25 tahun lalu disatu-kan pada 30 Januari 1994 . Mereka yang kini ting-gal di Taman Setia, Durian Burung, Kuala Terengganu dikurniakan tiga cahaya mata termasuk `putera is-timewa', Muhammad Danial,

17, selain Nurul Diana, 16 dan Muhammad Diny, 13. Muhammad Danial mula dikesan mengalami kekurangan itu ketika usianya menginjak dua tahun apabila bersikap hiperaktif, selain

sukar berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan persekitaran. ``Ada sesuatu yang di luar jangkauan saya, apa-bila ketika usianya lapan tahun, Danial sudah mampu

IKoN Danialpecah tembok autisme

membaca akhbar, walhal se-belum itu kami tidak pernah mengajar mahupun meng-hantarnya ke sekolah. Dia juga gemar membaca buku yang dibekalkan terutama buku pelajaran ketika usia 10 tahun. ``Dia juga menunjukkan potensi dan minat yang men-dalam terhadap pelajaran ketika berusia 10 tahun dan dimasukkan ke kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran serta ditempatkan dalam Tahun Tiga,'' katanya. Bermula daripada kejay-aan memperolehi 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Muham-mad Danial terus melakar kecemerlangan dalam Pe-nilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan 22 Disember lalu, apabila memecah tradisi muncul calon autisme pertama negara ini yang memperolehi 9A. Muhammad Danial ternyata berjaya meneruskan kes-inambungan kecemerlangan itu apabila mengekalkan 9A dalam peperiksaan sebenar selepas memperolehi kepu-tusan yang sama dalam peperiksaan percuban sebelum itu. Dia yang gemar bermain badminton dan catur ketika mengisi masa lapang me-nyahut cabaran dan mahu membuktikan keupayaan biarpun bersaing dengan rakan yang normal, dengan mengambil subjek Bahasa Arab

biarpun kebanyakan calon PMR lain hanya mengambil lapan kertas peperiksaan. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik berjaya membuka mata pelbagai pihak untuk menjadikannya sebagai ikon pendidikan masa kini. Terbaru, mendapat An-ugerah Khas Presiden sempena Anugerah Kelab Wartawan Terengganu-ExxonMobil 2011 dan Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat neg-eri dua tahun lalu kerana kejayaan dalam UPSR. Kejayaan mendapat 9A turut diraih pesaing ter-dekat yang juga adiknya, Nurul Diana yang sentiasa berlumba-lumba dengannya untuk mendapat markah yang terbaik dalam setiap ujian dan peperiksaan dalam kelas, selain mereka sentiasa meluangkan masa mengu-langkaji pelajaran bersama ketika di rumah. ``Kedua-dua anak saya, Danial dan Diana saling bersaing antara satu sama lain dalam pelajaran. Bagaimanapun, Danial memiliki kelebihan di mana dia lebih kuat daya ingatan menyebabkan adiknya harus bekerja keras bagi menyaingi prestasi abang-nya itu,'' kata Rozina yang sentiasa disokong suami yang juga wartawan akhbar The New Strais Times Press Terengganu. Dari sisi lainnya, membe-sarkan Muhammad Danial,

menurut Rozina lagi, tidak sama dengan remaja lain kerana dia sukar dikawal dan sangat aktif menyebabkan perhatian lebih perlu diberi-kan kepadanya berbanding dua adiknya itu. ``Saya dan suami banyak bertoleransi serta mengor-bankan masa dan waktu kami bagi menjaga Danial yang sentiasa aktif melompat dan berlari ke mana sahaja terutama di dalam rumah sendiri. ``Pun begitu, saya amat bersyukur, walaupun hip-eraktif sejak kanak-kanak, Danial kini semakin matang, mudah dikawal dan sudah bijak mengurus serta menye-suaikan diri apabila berada di khalayak ramai,'' katanya. Rozina yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa, sanggup melepaskan jawatan sebagai pengurus dengan gaji lumayan di sebuah syarikat korporat sebaik melahirkan Muhammad Danial demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap permata hatinya itu. ``Saya rasa amat berbaloi melepaskan jawatan demi me-mastikan anak-anak terutama Danial mendapat tumpuan dan penjagaan yang baik. Malah, kejayaan anak-anak pada hari sini sesuatu yang sungguh bernilai, membang-gakan kami sekeluarga dan ianya tidak mampu dibeli dengan wang ringgit,'' ka-tanya lagi.

Page 13: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 13

AM

`Tentera Semut Merah’ JR BN

“Pas ceroboh tanah kami”

Sultan Mizan rasmi Masjid Al-Mustaqim

``Kami sedih dan sungguh terkilan apa-bila mereka dengan tidak

semena-mena `ceroboh' tanah kami.'' kata Anita Ariffin, 45, isteri pemilik tanah di kawasan Kolam Mak Tagar, Paka. Selain Anita, yang mewakili suaminya, Abd Ghani Muda, 57, dari Kampung Limbong, empat lagi pemilik tanah yang didakwa pembang-kang sebagai `JKKK yang merampas tanah mereka' turut tampil menunjukkan geran milik serta dokumen berkaitan pemilikan itu sam-bil menyifatkan pemimpin Pas sebagai berbohong. Manakala Pengerusi JKKK Kampung Limbong, Ibrahim Abdullah, 50, ber-kata dia memohon tanah mengikut prosedur biasa dengan melakukan pendaf-taran di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka. ``Setahun kemudian kami dipanggil isi borang Jadual 1 dan selepas permohonan diluluskan kami mengisi Borang Jadual 5 sebelum membuat bayaran dan mem-perolehi geran hak milik. ``Saya rasa sedih, tanah pertama yang berjaya di-perolehi selepas beberapa tahun memohon akhirnya dihalang oleh orang yang cuba menunjukkan kuasa untuk menggagalkan per-mohonan kami,'' katanya. Sementara Pengerusi JKKK Telaga Mas, Encik Ali Mo-hamamd, 59, berkata hasil pertemuan dengan pihak SRIDB untuk membincangkan kejadian itu menyebabkan pihak SRDIB mengambil ke-sempatan menggunakan salinan fotostat geran hak milik tanah penduduk seba-gai bahan untuk diedarkan

Oleh: Aida Abd [email protected]

kepada umum menyatakan lima JKKK itu pula yang menceroboh tanah mereka. ``Kita sangat dukacita kerana mereka mengambil kesempatan atas kejujuran kita. Pas memutarbelitkan kejadian. Kita bukannya merampas tanah mereka. ``Malah, mereka pula menuduh kita mahu meroboh-kan sekolah rendah itu. Walhal, pada hakikatnya kita hanya mempertahankan hak milik (tanah) kita di luar pagar kawasan sekolah,'' katanya. Menurutnya, Pas mencipta isu itu untuk menarik per-hatian rakyat demi meraih sokongan terhadap mereka pada pilihan raya umum nanti. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Paka, YB Zakaria @ Ariffin Abdullah berkata, tanah berkenaan bukan hak milik pembang-kang berikutan tanah yang menempatkan sekolah itu tidak pernah mendapat ke-lulusan Majlis Perbandaran Dungun. Untuk rekod, SRIDB yang ditubuhkan pada 2001 atas tanah kerajaan dan berstatus haram. Tanah bangunan sekolah ini pernah dilu-luskan oleh Kerajaan Pas pada 2003 dalam bentuk permohonan pendudukan sementara (Tol).

Kerajaan negeri yang men-gambil alih pentadbiran pada 2004 dan membahagikan tanah yang tidak melibatkan langsung kawasan SRIDB itu kepada lima penduduk termasuk JKKK yang didakwa oleh pembangkang sebagai merampas tanah SRIDB. Tanah yang dibahagikan itu berada di luar daripada kawasan SRIDB dan merupakan tanah hak milik peserta Ran-cangan Tanah Berkelompok (RTB) Kolam Permai yang diluluskan sejak 1997. Seterusnya pada 2001 Kerajaan Pas mengeluarkan 34 lot Tol kepada peserta RTB Kolam Permai dan hanya tujuh lot yang dikosongkan (lot yang didakwa pembangkang dirampas JKKK), disebab-kan di atas lot ini terdapat pembinaan secara haram termasuk rumah yang diban-gunkan penduduk Paka. Adun Paka bertindak memindahkan penduduk yang tinggal secara haram itu ke penempatan baru di Kampung Telaga Mas, Paka. Sementara itu, pada 2011, Adun Paka turut memohon pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan berhubung perkara itu bagi membolehkan kerajaan negeri memberi tanah kepada peserta yang layak di RTB Kolam Permai itu.

Jentera Wanita Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional (BN) digesa

menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir secara besar-besar dalam usaha membantu DUN itu bangkit menyokong kepimpinan BN dan bukannya berterusan dijajah pembangkang. Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ber-kata JR turun ke kawasan

masing-masing dan mem-perhebatkan lagi kempen di DUN yang kalah bagi mem-bantu pemimpin sedia ada berjuang berhabis-habisan mempertahankan parti ini. Katanya, di setiap baha-gian, BN mempunyai gerakan wanita atau `Tentera Semut Merah' yang mampu dan bersemangat menyerang semua DUN terutama di kawasan kubu kuat pem-

bangkang. ``Kalau ada saudara mara di DUN yang kalah, jan-gan malu dan segan untuk berkempan atau bersemuka dengan rakyat kerana sudah ternyata parti kita banyak kelebihan dan membantu penduduk. ``Pelbagai bantuan dan kebajikan kita sudah lak-sanakan, termasuk bantuan atap rumah, tabung kronik,

rumah bersubsidi serta banyak lagi,'' katanya kepada pem-berita selepas merasmikan Majlis Permantapan Jentera Wanita JR, di Dewan Intan Sekolah Menengah Kebang-saan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu baru-bau ini. Dato' Haji Ahmad mem-beritahu, gelombang dan bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) sudah se-makin dekat, JR di setiap kawasan perlu bersiap-sedia dengan menjalankan tang-gungjawab masing-masing.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Masjid

Al-Mustaqim, Kampung Gemuroh sebe-lum Tuanku bersama kira-kira 1,000 penduduk setempat menunaikan solat Jumaat. Turut mengiringi Tuanku ialah Men-teri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat serta Ahli Dewan Un-dangan Negeri Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh. Semasa bertitah, Tuanku menyeru seluruh rakyat supaya mengimarahkan masjid manakala jawatankuasa dan para pegawai institusi itu perlu mencari jalan terbaik agar masjid sentiasa didekati.

Tuanku juga mahukan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid memperluaskan peranan mereka dengan turun padang mendekati anak mukim. ''Tindakan ini secara tidak langsung dapat menerapkan kasih sayang dan nilai tambah yang cukup berkesan bagi menarik minat anak mukim ke masjid pada setiap masa dan bukan hanya pada hari Jumaat,'' titah Tuanku. Masjid Al-Mustaqim yang dibina semula dengan kos RM1.8 juta itu mampu memuatkan kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Pada majlis yang sama juga, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan tauliah kepada 32 imam dan jurunikah dari Daerah Kuala Terengganu.

Jentera Wanita JR BN akan menggempur semua DUN terutama kawasan kuat pembangkang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Tengku Fatimatuz Zahra berkenan berangkat ke majlis perasmian

penutup permainan sukan rakyat di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini. Turut mengiringi, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Peneran-gan Negeri, YB. Haji Khazan Che Mat dan Pegawai Daerah, Wan Nawawi Wan Ismail. Sempena keberangkatan Sultan Mizan, hampir 3,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit hadir.

Pemilik menunjukkan surat asal pemilikan tanah membuktikan kezaliman Pas terhadap rakyat.

Page 14: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 201214

AM

Generasi Muda Transformasi Terengganu Cemerlang

Karnival Generasi Muda platform belia ekspresi diri - Rusli

Golongan belia di seluruh negeri ini berpeluang mengekspresikan diri dan mengetengahkan kehendak serta bakat mereka menerusi Kar-nival Generasi Muda Terengganu Cemerlang

2012 yang akan bemula bulan depan. Karnival anjuran kerajaan negeri melalui Bahagian Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Remaja Terengganu dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu itu bakal menjelajah ke empat daerah bermula di Kemaman sebelum bergerak ke daerah lain. Program pertama di Kemaman dijangka pada 6 Mac di Taman Bandar Cukai; manakala keesokannya, 7 Mac di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak (Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus). Manakala pada 13 di Hulu Terengganu yang bakal diadakan di Padang Astaka, Kuala Berang, sementara lokasi terakhir, 14 Mac di Besut. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Encik Rusli Yusoff (gambar), berkata program bertujuan untuk

Oleh: Aida Abd [email protected]

mendekati golongan belia setempat serta mahu mengekal-kan hubungan stategik bersama pertubuhan-per-tubuhan belia. ``Langkah ini juga diharapkan dapat dilaksanakan bersama belia setempat dengan tujuan memperka-sakan belia seluruh Terengganu.``Program dilak-sanakan secara

santai dengan memfokuskan kepada kecenderungan dan pilihan belia, sekaligus menyediakan ruang kepada mereka menonjolkan diri secara sihat dan positif,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, program akan bermula jam 10 pagi melibatkan aktiviti berbentuk sukan, selain pameran dan jualan, manakala pada sebelah malam pula akan

sana

siniBELIA

diadakan persembahan pentas. Antara karnival sukan seperti futsal, `Street Soccer 3 on 3', sepak raga, badminton, bola tampar, ping pong, acara basikal fixie dan permainan ekstrem yang lain. ``Pameran peluang kerjaya dan pendidikan, selain pendedahan daripada pelbagai agensi kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh belia,'' katanya. Selain itu, kumpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band turut dijemput untuk men-gadakan konsert jelajah di empat daerah sempena program itu.

Wali Band dijemput memeriahkan Karnival Generasi Muda Terengganu Cemerlang 2012 awal Mac ini.

Remaja terima dana lagi

Anak jati Terengganu terutama golongan belia terus mendapat manfaat daripada kerajaan negeri yang sememangnya prihatin menge-

nai pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan, kemudahan dan pendidikan. Terbaru, kira-kira 85,000 belia di seluruh Tereng-

ganu dijangka menerima Dana Remaja pada awal Mac ini. Borang berkaitan itu mula diisi belia yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Daripada kira-kira RM17 juta yang dipe-runtukkan, setiap belia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan belum berkahwin layak menerima RM200. Tahun lalu, seramai 83,197 belia yang membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu. Ketua Pemuda Umno Terengganu, Encik

Saiful Bahri Baharuddin, berkata pihaknya terharu kerana golongan belia di negeri ini terus mendapat perhatian dengan memberi Dana Remaja. Katanya, pelaksanaan program itu mampu mem-bentuk generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih di mana sebelum ini kurang berminat untuk berbuat demikian. ``Kita harap remaja-remaja yang menerima dana ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,'' katanya.

Oleh: Suriati [email protected]

Generasi muda ketika menerima Dana Pendidikan.

Program Jom Ke Masjid ajak belia dekati masjid

Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT) laksana Program Jom Ke Masjid (PJKM) dalam

usaha mengajak masyarakat mengimarahkan mas-jid dengan menyusun pelbagai aktiviti membabitkan golongan muda. Penolong Pegawai PADKT (Bahagian Pengurusan Masjid), Puan Fazila Ishak berkata, peruntukan RM50,000 akan diagih-agihkan kepada masjid terpilih dalam daerah bagi melaksanakan program berkenaan. ``Masyarakat setempat bebas merancang aktiviti mengikut kesesuaian penduduk yang diwakili,'' ka-tanya kepada Teganukita ketika di temui, baru-baru ini. Katanya, pelbagai aktiviti boleh dirancang oleh jawatankuasa masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelaksanaan aktiviti dalam kawasan masjid. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan futsal, bola jaring untuk golongan belia, pertandingan azan, baca surah untuk pelajar berusia lapan tahun ke atas. ``Golongan suri rumah pula bergotong royong me-masak nasi beserta lauk kemudian penduduk kampung beramai datang menjamu selera di masjid,'' katanya. Katanya, kemeriahan jelas terpancar dan jalinan kemesraan begitu ketara bila membabitkan semua lapisan masyarakat hadir memberi sokongan. ``Program yang julung kali diadakan ini berjaya memupuk semangat cintakan masjid di samping me-nimbulkan kesedaran masyarakat bahawa masjid juga boleh diimarahkan dengan pelbagai aktiviti di samping solat lima waktu,'' katanya.

Oleh: Esah [email protected]

Page 15: teganukita 55

BIL: 55, 15-29 Februari 2012 15

AM

MB tidak berganjak, - Pas 'Parti Ajaran Sesat'

Generasi Muda Transformasi Terengganu Cemerlang

Pemuda Umno daftar 90,000 belia sebagai pengundi

Pergerakan Pemuda Umno Terengganu berjaya mendaftar hampir 90,000 pengundi baru di kalangan belia di seluruh negeri ini. Ketua pergerakan itu, Encik Saiful Bahari

Dato' Baharuddin, berkata jumlah pendaftaran itu yang dikemaskini akhir tahun lalu itu, merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan pihaknya. Beliau berkata, perkembangan positif seumpama itu seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Barisan Nasional mampu menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). ``Kita yakin Umno dan BN mampu mempertah-ankan negeri Terengganu daripada jatuh ke tangan pembangkang kerana rakyat mula mempercayai apa yang kita dilaksanakan. ``Semua jentera parti di 32 Dewan Undangan Negeri sudah lama menyusun gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat,'' katanya ketika dihubungi Teganukita. Encik Saiful Bahari berkata, Pemuda Umno kini sedang giat menggempur di seluruh kawasan bagi mengesan setiap masalah rakyat, selain menyakinkan mereka bahawa Umno dan BN adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.

``Kita atur gerak kerja mengikut peti undi. Dengan bantuan Ketua-ketua Bahagian setiap kawasan, kita berjumpa dengan rakyat hingga ke akar umbi. Kita mahu mendengar keluhan mereka dan cuba meng-hulurkan bantuan apa yang termampu. ``Selain itu, kita juga sentiasa mengutamakan daftar pengundi bagi memastikan bilangan pengundi baru pro-BN sentiasa bertambah dan ianya sudah pasti membantu kita untuk kekal mentadbir Terengganu,'' ujarnya. Katanya, pembangkang sering menabur fitnah terhadap Umno dan ini membuatkan rakyat ke-liru. Tugas kita adalah menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenar. ``Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. Selepas itu, nasib rakyat tidak akan dibela. Sejak BN mentadbir negeri Terengganu, dapat dilihat hidup rakyat semakin selesa. ``Selaku sayap, kita akan membantu sebaik mungkin untuk memastikan Umno dan BN sentiasa menjadi pilihan rakyat. Walau apa pun yang pembangkang fitnah, kita akan terus menyakinkan rakyat Tereng-ganu bahawa kita adalah yang terbaik,'' katanya.

Hampir 90,000 di kalangan

belia di seluruh Terengganu

sudah mendaf-tar sebagai pengundi.

`̀ Golongan belia di negeri ini marilah sama-sama mempertahankan

Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana hanya BN yang mampu membela nasib mereka''.

YB Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said tetap dengan pendirian dan tidak mahu berganjak

dengan kenyataan beliau yang mengatakan Pas se-bagai `parti ajaran sesat'. Beliau juga bersedia untuk disaman oleh pembang-kang berhubung kenyataan itu dan mempersoalkan pula di mahkamah mana Pas bakal membawa kes berkenaan, sama ada mahkamah sivil atau syariah. ``Ikut pandai dialah, kita tunggulah. Tarik balik (kenyataan) buat apa? Dia nak saman mahkamah syariah ke mahkamah sivil, ikut pandailah. ``Kalau nak saman, samanlah. Kita tunggulah...Apa yang hendak disusahkan. Apa yang dia tidak kata, Umno (BN) kafirlah macam-macam. Kita tidak pernah saman pun...Ini soal politik, kita buat cara politik kita tunggulah. Dia nak saman mahkamah mana? Syariah atau sivil? Kalau mahkamah sivil rasanya payah perbicaraan ini..kena keluar dalil al-Quran semua sekali,'' katanya sebagai mengulas pendirian beliau mengenai desakan Pas supaya beliau menarik semula kenyataanya selepas melabelkan Pas sebagai `parti ajaran sesat'. Menteri Besar mengulas demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Sebelum itu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Dato' Seri Haji Ahmad agar menarik balik kenyataan mengenai perkara itu. Menteri Besar juga bersedia dengan hujah serta bukti sekiranya isu itu di bawa ke mahkamah kelak.

RM32j baiki rumah, tukar atap bocorKerajaan negeri memperuntukkan RM32 juta tahun

ini bagi membantu rakyat miskin di Terengganu, termasuk membaik pulih kediaman dan masalah atap bocor. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, rumah kediaman rakyat miskin akan diperbaiki, termasuk menggantikan atap yang rosak agar ke-hidupan mereka lebih selesa. Menurutnya, jumlah peruntukan itu diagihkan kepada kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN menerima RM1 juta. ``Tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk tujuan yang sama dan untuk tahun ini kita tambah lagi RM500,000 menjadikan RM1 juta bagi setiap DUN. ``Kami percaya menerusi bantuan yang diperkenal-kan dua tahun lalu tiada lagi masalah rumah rosak dan atap bocor yang dihadapi oleh rakyat dalam tempoh lima tahun lagi,'' katanya. Beliau berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Setiu di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, baru-baru ini. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri juga menyediakan RM1.5 juta bagi dua DUN iaitu Langkap dan Permaisuri untuk membina jalan baru serta membaik pulih jalan raya yang rosak di kawasan itu. Kata beliau, pihaknya akan membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk membina sebuah pasar baharu dua tingkat di pekan Seri Langkap. ``Di samping itu kita juga peruntukkan RM2 juta untuk pembinaan sistem pengaliran dan RM200,000 bagi menaik taraf jalan di Kampung Rhu Sepuluh yang dilanda hakisan pantai baru-baru ini,'' ujarnya.

Page 16: teganukita 55

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:[email protected]

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 55, 15-29 FEBRUARI 2012

LTdL 2012: TSG buru kemenangan peringkatOleh: Fauzi [email protected]

Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) menyusun perancangan teliti untuk memastikan pelumba yang bakal membawa cabaran pasukan itu pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bersedia memenuhi sasaran kemenangan peringkat dan memperbaiki kedudukan

keseluruhan pada edisi lalu. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Encik Mohd Sophian Abu Bakar berkata, pasu-kannya memberi tumpuan terhadap kecergasan pelumba sebelum menyusun perancangan terakhir menjelang perlumbaan yang masuk edisi ke-17 bermula 22 Februari hingga 4 Mac depan. ``Apa yang penting ketika ini adalah memastikan tahap kecergasan pelumba berada di tahap yang baik supaya dapat dipertingkatkan lagi menjelang bermu-lanya LTdL,'' katanya di majlis pelancaran TSG oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tambah Encik Mohd. Sophian, keyakinan sasaran itu berdasarkan pencapa-ian TSG yang mencipta nama pada tahun lalu dengan menduduki tangga ke-4 daripada 70 pasukan dalam Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) Asia Tour. Pada perlumbaan LTdL edisi ke-16 tahun lalu kata beliau, TSG berada kedudukan tangga ke-8 keseluruhan daripada 23 pasukan bertanding, manakala kedudukan ke-5 kategori Asia mengatasi pasukan negara. ``TSG telah menyambung kontrak lapan pelumba tempatan, mengambil dua pelumba baru dan mendapatkan khidmat tiga pelumba luar negara iaitu dua dari Korea dan satu dari Jepun serta kepakaran jurulatih dari Perancis, Sebastian Duclos,'' ujarnya. 13 pelumba yang menggalas cabaran di LTdL ialah Mohamed Harrif Salleh, 23, selaku ketua pasukan; abangnya, Mohamed Zamri Salleh, 28; Faiz Syarifuddin Abd Kadir, 22; Muhammad Shobry Abdullah, 21; Anwar Aziz Muhd Shaiful, 25; Mohd Shahrul Mat Amin, 22 dan Mohamad Saufi Mat Senan, 21. Selain itu, Nur Amirul Fakruddin Marzuki, 20; Mohd Nor Umardi Rosdi, 25; Yusrizal Yusof, 21; Shinichi Fukushima, 40 (Jepun); Jang Chan Jae, 23 (Korea) dan Kim Do Hyeong, 25 (Korea). Pada majlis itu, TSG yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’

Mazlan menerima tajaan daripada Eastern Pacific Industrial Corporation Ber

Penduduk Hulu Terengganu bakal menerima sebuah kompleks sukan mini bernilai RM1.5 juta yang akan

dibangunkan di kawasan berkeluasan 10 hektar di Kampung Paya Besar, Kuala Berang, tidak lama lagi. Sehingga kini, kerajaan negeri akan mengeluarkan tender bagi memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan segera sebelum tender bangunan dikeluarkan dalam tempoh setahun kemudian.Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said,

berkata selepas kerja meratakan tapak dan memastikan tapak selamat dalam tempoh masa setahun , pihaknya akan mengeluarkan tender bagi mendirikan bangunan kompleks sukan mini itu. ``Kalau tidak selamat dan berlaku penurunan tanah, berlaku bangunan retak pula. Kita sudah ada peruntukan RM1.5 juta dan boleh lakukan kerja tanah dengan segera. ``Saya minta supaya cari reka bentuk stadium yang baru, sebagaimana Kema

`Orang hulu` dapat kompleks sukan mini

man dan Besut reka bentuknya yang asal dan sudah ketinggalan zaman serta tidak sesuai lagi dengan masa kini,'' katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), baru-baru ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Ahli Dewan Un-dangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid; Adun Kuala Berang Haji Zawawi Ismail. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.

1.5 juta

had (EPIC) sebanyak RM400,000, Kolej Universiti Tati (RM50,000) dan Shimano (RM120,000).

Pasukan TSG mula berani membuat sasaran kemenangan peringkat dalam kejohanan LTdL.FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com