teganukita 66

8
ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 September 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 66 Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: · Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; · Bekerja dengan penuh tanggungjawab; · Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; · Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; · Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; · Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan · Berpegang teguh kepada ajaran agama. Ikrar perkhidmatan awam ialah: S etiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah membuat perakuan bahawa apa yang beliau dapati, penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ) di negeri ini memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, terutama berte- raskan wawasan kepimpinan untuk “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. “Dalam penelitian saya, setakat ini kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri berjalan dengan amat baik,” katanya dalam satu pertemuan dan wawancara eksklusif den- gan Pengarang Teganukita, Unit Komuniknasi Negeri. Malah pegawai dan kakitangan awam memberi sokongan dan dokongan yang baik kepada pucuk pimpinan, pentadbiran dan saya sendiri selaku Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato’ Haji Mazlan meminta penjawat awam supaya menghayati prinsip ikrar perkhidmatan yang telah diikrarkan pada masa mula- mula menjawat jawatan yang diberikan. Kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri amat baik. Oleh: Ruslan Abdul Rahman [email protected] Ikuti wawancara penuh di ms 6 - 7 Pegawai dan kakitangan awam dokong kepimpinan Eksklusif - Keluaran Khas DATO’ HAJI MAZLAN NGAH

description

teganukita 66

Transcript of teganukita 66

Page 1: teganukita 66

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 15 - 30 September 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my Bil : 66

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

· Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; · Bekerja dengan penuh tanggungjawab; · Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; · Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; · Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; · Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan · Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ikrar perkhidmatan

awam ialah:

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah membuat perakuan bahawa apa yang beliau dapati, penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ) di negeri ini memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, terutama berte-

raskan wawasan kepimpinan untuk “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. “Dalam penelitian saya, setakat ini kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri berjalan dengan amat baik,” katanya dalam satu pertemuan dan wawancara eksklusif den-gan Pengarang Teganukita, Unit Komuniknasi Negeri. Malah pegawai dan kakitangan awam memberi sokongan dan dokongan yang baik kepada pucuk pimpinan, pentadbiran dan saya sendiri selaku Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato’ Haji Mazlan meminta penjawat awam supaya menghayati prinsip ikrar perkhidmatan yang telah diikrarkan pada masa mula-mula menjawat jawatan yang diberikan.

Kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri amat baik.

Oleh: Ruslan Abdul [email protected]

Ikuti wawancara penuh di ms 6 - 7

Pegawai dan kakitangan awam dokong kepimpinan

Eksklusif - Keluaran Khas

DATO’ HAJI MAZLAN NGAH

Page 2: teganukita 66

2

KELUARAN KHASBIL: 66 (15 - 30 September 2012)

Pemimpin, rakyat perlu berganding

Pemimpin bukan sahaja harus membantu rakyat, malah perlu sentiasa bersama dengan mer-eka.

Pendekatan itu menurut Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dapat merapatkan hubungan dan mengelak wujudnya jurang antara pemimpin dan orang yang dipimpin. “Kita harus sentiasa bergandingan dengan mereka. Apabila rakyat meli-hat sudah tidak ada jurang lagi di an-tara yang memimpin dan yang dipimpin, tiada lagi tembok pemisah, lantaran itu pasti pemimpin mudah didekati, disenangi seterusnya saling mengas-ihi satu sama lain. “Rakyat juga perlu diajak untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada agen pembangunan dan pe-rubahan. Dengan itu rasa cinta dapat dipupuk sekali gus mereka akan ber-sama-sama mempertahankan pen-tadbiran dan kepimpinan kerajaan hari ini,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Dato’ Wan Ahmad Farid berkata, sesuai dengan moto `Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’, raky-at mesti melihat hasil dari dasar kera-jaan itu memberi manfaat kepada mereka. Katanya, manfaat ini mungkin datang kepada mereka secara peribadi mahu pun kepada masyarakat di sekeliling sebagaimana contoh yang dekat di hati rakyat adalah sumbangan yang diperolehi melalui Tabung Darul Iman. “Saya sendiri pernah menziarahi mangsa rumah terbakar dengan mem-bawa bersama-sama pegawai dari

“Rakyat juga perlu diajak untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada agen pembangunan dan perubahan.” - Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Tiada lagi tembok pemisah antara pemimpin dengan rakyat.Oleh: Aida Abd [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mang-sa menerima bantuan dalam masa yang cepat. Selain itu, kes pesakit jantung yang mendapat bantuan segera mendapatkan rawatan di sebuah hos-pital swasta milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur. “Kita juga boleh melihat bagaimana projek-projek yang kecil seperti pem-baikian atau pembinaan masjid, pem-binaan rumah mesra rakyat dapat pula membantu memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Bagi saya, ke-bajikan kepada rakyat ini membantu menambah keyakinan mereka bahawa Kerajaan Barisan Nasional dan Umno bersungguh-sungguh dalam mem-bela nasib mereka yang memerlukan bantuan,” katanya. Dalam perkembangan yang sama juga, bantuan kepada rakyat melalui mekanisma seperti Dana Hari Raya itu juga penting kerana berlaku pengaliran wang dari satu sektor kepada sektor

yang lain. Contohnya, apabila seseorang menerima Dana Hari Raya atau Dana Bakti Remaja mereka pastinya mem-peruntukkan wang itu bagi membeli keperluan peribadi mahu pun keluarga ketika itu. “Peniaga pasar malam yang mener-ima wang itu pula akan membelan-jakannya bagi membeli barangan yang lain. Jadi berlaku aliran wang yang seterusnya merancakkan ekonomi tempatan. Di mana-mana sahaja, kita-ran wang seperti ini amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan mening-katkan pendapatan rakyat,.” katanya. Malah, menurut beliau prinsip dan dasar yang sama dipraktikkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut bekerja dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh bagi mereliasasikan moto pentadbiran neg-eri, iaitu Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Pemimpin disenangi rakyat adalah yang kerap turun padang berjumpa rakyat.

Utamakan kebajikan rakyat

Prinsip dan pendekatan kepim-pinan Terengganu yang men-gutamakan kebajikan rakyat

menjadi modal utama kejayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan berkata, tiada pihak yang boleh mempertikaikan kelebihan pucuk pimpinan negeri yang diketuai Dato’ Seri Haji Ahmad Said kerana beliau sudah terbukti mem-bela nasib rakyat dan sentiasa turun padang menyelesaikan permasalahan rakyat. “Pertama kepimpinan beliau selaku ketua kerajaan negeri yang mengetuai

pentadbiran kerajaan. Yang kedua, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Walaupun kedua-duanya berlainan, tetapi tetap berkait rapat antara satu sama lain. Dia perlu ada saling perkaitan dan melengkapi. Kalau bagus di kerajaan, tak bagus di Umno pun, tak boleh juga. Bagus kat Umno, tak bagus di kerajaan, tak bagus juga, sebaliknya kedua-duanya perlu bagus dan saling membantu,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau yang juga Pegawai Pem-bangunan Dewan Undangan Negeri Sura, berkata selaku pemimpin yang mengepalai dua struktur penting negeri itu, beliau berupaya melak-sanakan tanggungjawab yang di-

amanahkan itu dengan saling me-lengkapi antara satu sama lain yang tiada lain menjurus kepada menjaga kebajikan rakyat. Dato’ Rosli berkata sebagaimana umum sedia maklum bahawa Dato’ Seri Haji Ahmad mengambil alih tam-puk kepimpinan negeri dalam keadaan yang tidak bersedia serta menim-bulkan kontroversi terutama sekali dalam sokongan padu daripada Adun-Adun. “Jadi, setakat ini saya melihat ber-laku transformasi dan proses peruba-han positif dalam iklim pentadbiran dan politik negeri. Walaupun tidak secara keseluruhan tapi, lebih dari-pada tiga suku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ada memberi

sokongan kepada beliau. Saya kira, masalah sebelum ini sudah pulih. “Kemudiannya, langkah pertama yang dibuat beliau mengamalkan konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ . Jadi sebab itu kita tahu dari awal lagi penekanan kepentingan yang memberi sepenuh tumpuan kepada rakyat, rakyat dida-hulukan dalam setiap aspek,” ka-tanya. Beliau berkata, penekanan jelas diberikan kepada usaha menyediakan bantuan dan kemudahan terutama bidang kesihatan dan pendidikan. Malah, sektor juga diteruskan dan diberi nilai tambah yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat. Selain itu, kata beliau projek mega tidak banyak wujud kebelakangan ini melainkan Dato’ Seri Haji Ahmad mem-buat penambahbaikan dengan mem-beri kekuatan kepada sesetengah projek dan program pembangunan.

DATO’ rOsLI MAT HAssAN

Page 3: teganukita 66

3BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

Perjuangan tulen Umno untuk agama, bangsa dan negara

Tiada parti lain yang lebih layak dan selamat untuk mempertahankan kemuliaan dan jati diri bangsa, agama

Islam dan negara melainkan Umno dan juga Kerajaan Barisan Nasional. Semua parti yang wujud di negara ini sama ada Pas, PKR dan DAP ke-semuanya berpaksikan kepentingan peribadi dan `assabiyah’ semata-mata, iaitu mahu merampas kuasa seterusnya mahu memimpin mengi-kut acuan puak yang mengamalkan multirasional. Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu, YB Asha’ari Idris, berkata sepa-tutnya rakyat negara ini sudah mena-nam asas dalam diri untuk terus mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara dengan menja-dikan Umno sebagai parti yang paling tulen berjuang demi umat sejagat itu. “Umno sudah terbukti berjuang bagi

Oleh: Aida Abd [email protected]

membela nasib bangsa dan mem-perkasakan keunggulan agama Islam dan juga negara sejak merdeka lagi sehingga kini. “Tiada sebab untuk kita memilih parti lain yang wujud atas dasar tidak puas hati demi kepentingan individu semata-mata,” katanya kepada Tega-nukita, baru-baru ini. Haji Asha’ari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap berkata , majoriti rakyat sudah tahu menilai dan merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan oleh pemimpin Umno yang benar-benar ikhlas ber-juang kerana agama dan bangsa itu. Katanya, rakyat di Terengganu terutama di kawasan Langkap juga didapati terus setia terhadap parti yang benar-benar berjuang mem-bela nasib dan memahami denyut nadi mereka selama ini. “Saya tidak ragu-ragu dengan ke-setiaan dan sokongan rakyat khu-susnya dari kawasan Langkap yang

sentiasa memahami perit jerih pejuang lampau memperkasakan parti kera-mat ini, seterusnya memastikan kes-inambungan perjuangan diteruskan sehingga saat ini. “Kita perlu bersatu dalam satu rumpun dan kekuatan kita hari ini tidak akan memberi ruang langsung kepada pembangkang, sama ada Pas, PKR dan DAP berangan-angan merampas kuasa pemerintahan kerajaan hari ini,” katanya.

‘‘Pas, PKR dan DAP kesemuanya ber-paksikan kepentin-gan peribadi dan `assabiyah’ semata-mata, iaitu mahu merampas kuasa seterusnya mahu memimpin mengi-kut acuan puak yang mengamalkan multirasional.’’ - YB Asha’ari Idris, Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu.

Ladang bakal kembali ke pangkuan BN

Menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 semakin hampir, gerak kerja jentera

pilihan raya mula diperkuatkan di seluruh peringkat termasuk bahagian UMNO. Agenda setiap bahagian ialah memastikan UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) terus kekal menjadi parti pilihan rakyat selain mengembalikan mandat bagi mendapat majoriti dua pertiga. Tidak ketinggalan UMNO ba-hagian Kuala Terengganu yang meliputi Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Ladang, mahu rakyat tidak terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang jelas gilakan kuasa berbanding berbuat ke-bajikan kepada rakyat. Sehingga ke hari ini, pemimpin Pas itu hanya pandai berceramah dan menabur fitnah terhadap kebaikan yang dilaksanakan kerajaan memerintah. Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (PPD) Ladang, Dato’ Haji Wan Hisham Wan Salleh , berkata pembangkang tidak sudah-sudah memutarbe-litkan isu sama ada projek pem-binaan Pangsapuri Ladang Gemilang dengan pelbagai isu dan perkara yang sememangnya

Oleh: Suriati [email protected]

tidak benar. “Pelbagai sumber digunakan puak itu, termasuk melalui ce-ramah-ceramah, menyebarkan fitnah dalam laman sesawang dan Sistem Pesanan Ringkas semata-mata mahu menimbul-kan kebencian rakyat terhadap kerajaan memerintah. “Apa yang menyedihkan, me-reka yang menabur fitnah bukan di kalangan penghuni itu sen-diri, sebaliknya puak pembang-

kang di kawasan DUN Batu Burok,” katanya. Katanya, tidak guna puak pembangkang memutarbelitkan keistimewaan pangsapuri itu melalui mana-mana saluran tanpa usul periksa. “Saya mencabar mereka terutama pemimpin Pas yang menyatakan pembinaan Pang-sapuri Ladang Gemilang men-datangkan pelbagai masalah kepada penghuni.

“Apabila kita bersemuka, mereka boleh bagi tahu kepada saya, apa yang tidak puas hati tentang pembinaan itu, saya boleh jelaskan semuanya ber-dasarkan fakta,” katanya. Katanya, mereka perlu sedar kerajaan bina pangsapuri itu untuk keselesaan rakyat kerana sebelum ini kebanyakan peng-huni terpaksa tingggal berhimpit di rumah daif yang dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). “Kita bina pangsapuri itu leng-kap dengan dua kemudahan lif di mana terdapat satu lif besar dan kecil. Jika mereka menyatakan jenazah sukar diturunkan dan terpaksa dikendong, itu hanya kenyataan bohong dan penipuan yang sengaja diwujudkan,” ka-tanya. Katanya, berkaitan harga sewa RM300 sebulan yang dikatakan mahal itu adalah tidak benar, ia jauh lebih murah kerana men-gandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air. “Kadar sewa sebenar RM700 atau RM800 sebulan, tetapi kerajaan memberikan subsidi bayaran sewa rumah itu. “Apabila penghuni itu mem-bayarnya secara teratur dan berdisplin selanjang tiga tahun, ia layak memohon untuk menu-kar syarat rumah kepada sewa beli,” katanya.

Fokus

DATO’ HAJI wAN HIsHAM

Pembangunan Kampung Ladang termasuk pembinaan Pangsapuri Ladang Gemilang hasil usaha pemimpin UMNO yang mahukan rakyat hidup selesa dan mempunyai rumah sendiri.

Page 4: teganukita 66

4

KELUARAN KHASBIL: 66 (15 - 30 September 2012)

Wakaf Mempelam pilihan TPMKunjungan Timbalan Perdana

Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf

Mempelam sebagai lokasi lawatan kerja sehari ke Terengganu baru-baru ini meniupkan semangat kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dalam usaha merampas kembali DUN berkenaan

Oleh: Aida Abd RahmanGambar: Zulkipli Putra dan Harish [email protected]

daripada pembangkang. Sebelum ke Wakaf Mempelam, pemimpin nombor dua negara itu telah melakukan lawatan kerja di tiga DUN lain dalam Bahagian Kuala Terengganu iaitu DUN Batu Buruk, DUN Bandar dan DUN Ladang. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meluangkan masa lebih dua jam dalam Majlis Sepetang Bersama TPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, kira-kira jam 3.30 petang. Lebih 6,000 masyarakat tempatan mem-banjiri majlis yang turut menyampaikan

bantuan kepada golongan kurang berna-sib baik di kawasan DUN Wakaf Mempelam dan Parlimen Kuala Terengganu. Di majlis itu, beliau meminta supaya rakyat di Wakaf Mempelam perlu memberi mandat kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya dengan kepimpinan BN bukan sahaja mampu mengekalkan, malah mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan setempat. Pada sebelah malam, beliau ke majlis perasmian Konvensyen Pemantapan Pro-fesionalisme Pegawai-Pegawai Pelajaran

Daerah (PPD) Peringkat Kebangsaan 2012 dan Makan Malam Bersama Warga Pen-didik di Pusat Konvensyen, Taman Tama-dun Islam (TTI). Kecemerlangan Terengganu di bidang pendidikan hingga menjadi juara semua peperiksaan awam di negara ini, mendapat pujian daripada Tan Sri Muhyiddin. “Kecemerlangan pendidikan di Tereng-ganu boleh menjadi contoh kepada negeri lain. Kejayaan ini agak sukar untuk ditan-dingan oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Sebelum ini, TPM telah melakukan lawatan kerja di tiga DUN lain dalam Bahagian Kuala Terengganu iaitu DUN Batu Buruk, DUN Bandar dan DUN Ladang.

Page 5: teganukita 66

KELUARAN KHAS5BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

Daerah (PPD) Peringkat Kebangsaan 2012 dan Makan Malam Bersama Warga Pen-didik di Pusat Konvensyen, Taman Tama-dun Islam (TTI). Kecemerlangan Terengganu di bidang pendidikan hingga menjadi juara semua peperiksaan awam di negara ini, mendapat pujian daripada Tan Sri Muhyiddin. “Kecemerlangan pendidikan di Tereng-ganu boleh menjadi contoh kepada negeri lain. Kejayaan ini agak sukar untuk ditan-dingan oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Sebelum ini, TPM telah melakukan lawatan kerja di tiga DUN lain dalam Bahagian Kuala Terengganu iaitu DUN Batu Buruk, DUN Bandar dan DUN Ladang.

Page 6: teganukita 66

PENAUNG: YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID

MENTERI BESAR TERENGGANU. YB Haji Khazan Che Mat

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong

Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG: Ruslan Abdul Rahman

Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib

(Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman

(Akhbar Teganukita).

WARTAWAN: Esah Abdullah Suriati Ali

Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)

JURUFOTO: Zulkipli Putra Harish Fadzillah

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582 Sidan

g Red

aksi

- Pengarang.

CAKNA REMAJA

6

KELUARAN KHASBIL: 66 (15 - 30 September 2012)

Terengganu yang sebelum ini telah mem-perkenalkan Dana Bakti Remaja sebanyak RM200 seorang tentulah berasa amat

bangga apabila dalam Bajet 2013 turut mem-perkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) kepada individu bujang. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan berkata warga bujang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan akan diberi sebanyak RM250. Di Terengganu melalui Dana Bakti Remaja tahun ini (2012), kira-kira 85,000 belia di seluruh Terengganu baru sahaja menerima bantuan itu yakni belia yang layak di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kira-kira RM17 juta yang yang dibelanjakan bagi tujuan itu pada tahun ini. Setiap belia berusia antara 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin menerima RM200. Tahun lalu seramai 83,197 belia yang membabit-kan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu. Manakala dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Dato’ Sri Mohd Najib menyatakan sebagai tambahan, beliau sukacita juga men-gumumkan pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2 ,000 sebulan. “Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah po-pulis malah manifestasi sebuah kerajaan ber-tanggungjawab dan mampu mengurus kewan-gan negara dengan berhemah,” katanya. Ia memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit. Ia akan dibayar mulai awal 2013. Bagi memu-dahkan pelaksanaan, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mula mendaf-tar mulai November 2012 secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara. Kita yakin dan percaya, walaupun Kerajaan Persekutuan memperkenalkan BR1M untuk golongan bujang, Terengganu juga boleh menerus-kan program Dana Bakti Remaja. Jangan anggap semua kerajaan boleh berbuat demikian, hanya kerajaan yang peka kepada rakyat dan remaja sahaja melakukan demikian. Tidak berlaku di negara-negara lain semesra ini kerajaan dengan rakyat kerana kalau kita melihat bagaimana kehidupan gelandangan dan warga miskin di kota-kota dan desa negara jiran kita tanpa dihirau pun oleh pemerintahnya. Bersyukurlah kerana kita mempunyai kerajaan yang cukup cakna terhadap rakyatnya.

Pengarang Teganukita: Dalam tempoh perkhidmatan Dato’ sebagai Setiausaha Kerajaan apa yang Dato’ boleh gambar dan lukiskan....?Dato’ Haji Mazlan: Amat baik sekali perjalanannya, dalam pemerhatian saya setakat ini kerjasama amat baik dari semua pihak, pentadbiran negeri, pucuk pimpinan negeri dan orang awam (ramai) keseluruhan. Suatu kerjasama yang mantap dan amat baik.Masing-masing saling bekerjasama baik.

Pengarang Teganukita: Sokongan pegawai dan kakitangan kerajaan kepada kerajaan dan pimpinan? Dato’ Haji Mazlan: Apa yang saya perhatikan penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan) membei sokongan dan dokongan. Wawasan kerajaan negeri sekarang Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, semua sokong dan mendokong-nya.

Pengarang Teganukita: Tiada yang melakukan kesalahan tatatertib dan adakah diambil apa apa tindakan? Dato’ Haji Mazlan: Ada. Tindakan tatatertib (disiplin) kita sentiasa ambil. Sepuluh orang telah dibuang kerja dari 2010 hingga sekarang dibuang kerja kerana melanggar tata tertib dengan tidak hadir bekerja.

Pengarang Teganukita: Apakah Dato’ melihat pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekarang?Dato’ Haji Mazlan: Kemajuan dan pencapaian kerajaan BN Terengganu meningkat. Dan diharap-kan projek-projek pembangunan dan kemajuan negeri terus dipantau dengan baik oleh petugas (pegawai dan kakitangan yang diberi tanggungjaw-ab). Yang penting mereka perlu juga untuk turun padang memantau apa yang dilakukan di tapak projek.

Pengarang Teganukita: Kita mempunyai wang untuk pembangunan dan projek-projek yang dijalankan untuk kepentingan rakyat?Dato’ Haji Mazlan: Setiap bajet yang diluluskan kita hendaklah belanjakan secara berhemah mengikut kelulusan yang diberi. Sekiranya terdapat keperluan tambahan hendaklah dibincangkan dengan pihak kewangan negeri.

Wawancara pengarang Teganukita merangkap Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Ruslan Abdul Rahman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan pada 16 April 2010, iaitu lebih kurang 2 tahun 5 bulan lalu.

Pengarang Teganukita: Adakah pengurusan dijalankan dengan cekap dan ikut jadual ?Dato’ Haji Mazlan: Ya, sebab itulah saya menekank-an supaya kita (penjawat awam) hendaklah melaku-kan tugasan dan arahan yang diberikan dengan cepat dan tepat, kerana jika tidak ia akan member kesan kepada orang ramai. Umumnya baik, tetapi saya harap yang ada kalanya lambat dipercepat-kan, saya kurang puas hati kalau sesuatu itu lambat diuruskan.

Pengarang Teganukita: Apa harapan Dato’ kepada pegawai dan kakitangan kerajaan?Dato’ Haji Mazlan: Nasihat saya kepada semua penjawat awam supaya melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin sebagaimana yang dihas-ratkan oleh pucuk pimpinan kita, iaitu Menteri Besar selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentad-biran dan Pembangunan “ yang diperkenalkan.

Kerjasama yang mantap antara pentadbiaran negeri, pucuk pimpinan dan kakitangan awam serta orang awam bagi merealisasikan wawasan kerajaan negeri `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Page 7: teganukita 66

7BIL: 66 (15 - 30 September 2012)

KELUARAN KHAS

Wawancara pengarang Teganukita merangkap Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Ruslan Abdul Rahman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mazlan Ngah. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan pada 16 April 2010, iaitu lebih kurang 2 tahun 5 bulan lalu.

Pengarang Teganukita: Tadi, Dato’ ada menyebut tentang ikrar penjawat awam sebaik ditawarkan jawatan, mengapa perlunya ikrar itu perlu dihayati?Dato’ Haji Mazlan: Ini adalah untuk memastikan kita dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Prinsip ikrar yang paling penting ialah mengimbang-kan kepentingan peribadi dengan memberi keuta-maan kepada kepentingan jabatan dan pentadbiran. Selain itu, konsep integriti dan amanah untuk tidak menyeleweng ataupun melakukan rasuah sahaja, malah kita perlu mematuhi kerja pada masa yang tepat.

Pengarang Teganukita: Itu sahaja ruang lingkup integriti?Dato’ Haji Mazlan: Kita juga perlu integriti dalam menyampaikan maklumat kepada yang memerlu-kan. Sekiranya maklumat yang disampaikan kepada ketua jabatan tidak tepat, maka keputusan yang diambil juga tidak tepat.

Pengarang Teganukita: Apa lagi nasihat Dato’ kepada mereka (anggota perkhidmatan awam)?Dato’ Haji Mazlan: Selain itu, konsep syukur juga amat perlu dititikberatkan dan ia perlu bagi setiap pegawai dan kakitangan perkhdimatan awam yang banyak menikmati faedah dan pemberian. Dengan bersyukurlah kita akan dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, amanah serta berintegriti.

Kerjasama yang mantap antara pentadbiaran negeri, pucuk pimpinan dan kakitangan awam serta orang awam bagi merealisasikan wawasan kerajaan negeri `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Pengarang Teganukita: Tentang tahap kualiti tugas yang dijalankan?Dato’ Haji Mazlan: Saya berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap profesionalisma masing-masing mengikut jawatan yang disandang. Oleh itu, kita perlu rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti kursus-kursus yang ditetapkan, di mana setiap penjawat awam telah ditetapkan untuk mengikuti kursus tujuh hari dalam setahun.

Pengarang Teganukita: Apa respon orang ramai terhadap perkhidmatan awam di Terengganu?Dato’ Haji Mazlan: Secara umumnya baik, namun penjawat awam juga perlu memberi keutamaan untuk memenuhi kehendak rakyat . Aduan daripada rakyat perlu diteliti dan ambil tindakan sebab kadang-kadang setiap aduan ada juga kebenaran-nya dan sebab itu kita ada e-aduan.

Pengarang Teganukita: Akhir sekali apa harapan Dato’ kepada anggota perkhidmatan awam?Dato’ Haji Mazlan: Saya berharap agar semua penjawat awam menghayati konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di peringkat negeri dan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di peringkat Malaysia. Fahamilah pendekatan itu dan bertindak dalam perlaksanaan merealisasikannya sebagai suatu kenyataan dan amalan.``Saya berharap agar

semua penjawat awam menghayati konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ di peringkat negeri dan 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di peringkat Malaysia. Fahamilah pendekatan itu dan bertindak dalam pelaksa-naan merealisasikannya sebagai suatu kenyataan dan amalan.’’

Penjawat awam diharap dapat meningkatkan profesionalisme masing-masing mengikut jawatan.

Kerjasama amat baik

Page 8: teganukita 66

8

KELUARAN KHASBIL: 66 (15 - 30 September 2012)

BN perlu kekal memerintah

Pemimpin boleh bertukar ganti, namun parti Barisan Nasional (BN) perlu kekal sebagai peme-rintah di negara ini bagi menerus-

kan kesinambungan tradisi membela kebajikan rakyat. Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad me-negaskan bahawa jentera BN berjalan lancar serta siap siaga untuk berde-pan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. “Apabila jentera berada dalam keadaan baik dan teratur ia meng-gambarkan pemimpinnya seorang yang bagus dan berwibawa,” ka-tanya kepada Teganukita. Beliau berkata, kepimpinan negeri berjaya memikul amanat presiden parti menjaga kebajikan rakyat dan menggerakkan pembangunan negeri dengan jayanya. Kerajaan BN sentiasa telus dan fokus membantu golongan masyara-kat yang memerlukan tanpa men-

Oleh: Esah [email protected]

gira fahaman politik dan warna kulit. “Pendekatan ‘Merakyatkan Pen-tadbiran dan Pembangunan’ yang di bawa Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyerlahkan lagi ke-trampilan sikap seorang pemimpin yang komited untuk mendekati golon-gan rakyat pelbagai peringkat. “Menteri Besar dan saf kepimpinan negeri yang sentiasa turun padang, amat mudah didekati rakyat dan ban-yak masalah penduduk tempatan dapat diselesaikan dengan cepat. “Rakyat menilai keadaan ini dan mereka tidak akan sewenang-wenang-nya mengalih sokongan kepada pem-bangkang yang hanya pandai mena-bur janji,” katanya. Dato’ Yahya Khatib berkata, kini rasa tidak puas hati berkait dengan ban-tuan dan tidak cakna pemimpin sudah jarang kedengaran kecuali isu yang dipolitikkan oleh pembangkang. Katanya, ini memberi gambaran baik bahawa BN kini berada di hati rakyat Terengganu dan mereka akan menyokong calon-calon BN pada pilihan raya akan datang.

Bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela kebajikan rakyat pelbagai

peringkat dan menggerakkan pembangunan negeri dengan jayanya.

Pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang di bawa Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyerlahkan lagi ketrampilan sikap seorang pemimpin. - Dato’ Yahya Khatib Mohamad.

Pro-A menang besar - petanda baik bagi BN

Kemenangan besar calon proaspira-si (Pro-A) pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi

pengajian awam (IPTA) di seluruh negara memberi petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kejayaan Pro-A menguasai hampir kesemua universiti, termasuk di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang, pada pemilihan baru-baru ini menguatkan sokongan masyarakat kampus terhadap Kerajaan BN. Keadaan ini tentunya melegakan pe-mimpin kerajaan di mana sebelum ini masyarakat kampus sering dikaitkan dengan pelbagai kegiatan yang lebih cenderung kepada pihak pembangkang. Pemimpin pembangkang sering meng-gunakan para pelajar universiti tempatan untuk menjayakan kegiatan mereka seperti demonstrasi haram dan program-program memburuk-burukkan kerajaan. Pemilihan MPP kali ini merupakan yang pertama kali selepas pindaan Akta Uni-versiti dan Kolej 1971 (pindaan 2012) yang membenarkan pelajar memegang jawatan dalam parti politik, tetapi tidak dibenarkan mengadakan kempen parti

Oleh: Kamarudin Mat [email protected]

dalam kampus. Lebih memeranjatkan Pro-A turut menang di Universiti Malaysia Kelantan yang kerajaan negeri dikuasai parti pem-bangkang apabila kumpulan itu memenan-gi 10 kerusi berbanding Pro-M yang di-kaitkan dengan pembangkang hanya menang empat kerusi. Sokongan masyarakat kampus ke-pada Kerajaan BN dilihat bertambah kuat apabila Kumpulan Pro-M gagal meme-nangi sebarang kerusi di lima buah uni-versiti iaitu UUM, UiTM, UniSZA, Utem dan UniMAP. Pemerhati politik berpendapat pemi-lihan MPP kali ini memperlihatkan kema-tangan masyarakat pelajar dalam me-nentukan sokongan mereka kepada parti-parti politik negara ini. Masyarakat kampus yang terdiri dari-pada golongan terpelajar tentunya dapat menilai dengan waras corak kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Mereka mengikuti dengan teliti perkem-bangan politik, ekonomi dan keadaan sosial negara yang semakin meningkat dengan pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri. Bantuan serta subsidi yang mencurah kepada golongan kurang berada dan

semua lapisan masyarakat di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib kini telah menambat hati masyarakat kampus untuk menyokong dan mendokong ke-rajaan. Kita mengharapkan sokongan ini akan berterusan hinggalah ke PRU 13 bagi membolehkan Kerajaan BN bukan saja kekal sebagai pemerintah, tetapi menang besar dengan majoriti melebihi dua per-tiga. Mengulas kejayaan Pro-A menguasai pemilihan MPP di seluruh negara, Se-tiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata ia menunjukkan kini pemimpin pelajar mempunyai hala tuju yang jelas. “Masyarakat pelajar kini telah faham dan mampu mengenali mana kaca dan yang mana intan. Mereka kini yakin den-gan Kerajaan BN yang sentiasa menun-aikan janji seperti slogan “Janji Ditepati” kerana sejarah telah membuktikan rekod pentadbiran BN. “Masyarakat kampus sedar bahawa parti pembangkang tidak akan mampu menandingi pemimpin BN di mana pem-bangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya,” katanya.

BN jaga rakyat tahap maksimum

Tahap kecaknaan kerajaan ne-geri terhadap rakyat telah

mencapai tahap maksimum, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, YB Ir Rosli Othman. Katanya, kedatangan pelabur dari luar negara membawa pela-buran hingga ratusan juta ke ne-geri ini memberi isyarat jelas akan kebijaksanaan serta wawasan jauh kepimpinan negeri memban-gunkan negeri dan rakyat.

Dari segi kebajikan kerajaan telah menyediakan pelbagai dana ban-tuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah termasuk bantuan rumah dan juga rumah mampu milik kepada golongan pertengahan. Bantuan untuk memulakan per-niagaan juga disediakan kepada golongan miskin dalam usaha membantu mereka hidup berdikari. “Kerajaan sentiasa berlaku adil dalam semua perkara termasuk pemberian tanah, rumah, bantuan pelajaran, bantuan sara hidup dan sebagainya. “Kepimpinan hari ini sangat mengambil berat pemasalahan yang dihadapi semua golongan rakyat tanpa mengira batasan agama dan fahaman politik,” ka-tanya kepada Teganukita. Katanya, kesungguhan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dalam usaha memertabatkan bi-dang pendidikan di negeri ini ter-serlah dengan menyediakan pe-runtukan ratusan juta setahun sukar ditandingi oleh negeri-negeri lain.

YB Ir rOsLI OTHMAN

“Kepimpinan hari ini sangat mengambil berat pemasalahan yang dihadapi rakyat.”