TEH.pdf

8
Pendidikan Sains 92 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012| Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 19 – 20 September 2012 Sistem Respons Kelas(SRK): Satu Kaedah AGILE Dalam Pengajaran & Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Teh Tiam Kian Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam Diterima untuk diterbitkan pada: 16 OGOS 2012 ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan lagi pencapaian dan motivasi pelajar berhubung dengan matapelajaran sains sekolah rendah. Oleh kerana gajet SRK adalah sangat mahal ia itu lebih kurang RM8000 untuk set 20 unit. Maka saya menggunakan inovasi kepada gajet ini. Saya menggunakan komputer dengan program Excel dan kliker diganti dengan kertas. Seramai 78 orang pelajar dari sebuah Sekolah SJK(C) dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk Kuasi eksperimen di mana dua kumpulan terlibat iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Sistem Respons Kelas(SRK) komputer manakala kumpulan kawalan akan menjalani proses pembelajaran mereka seperti biasa. Di samping itu soal-selidik berskala Likert 5 point diberikan untuk mengkaji keberkesanan kajian ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Excel yang mengandungi peratus dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan selepas penggunaan kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) di dalam kelas didapati bahawa terdapat perbezaan skor yang signifikan di mana skor min kumpulan eksperimen 100% manakala skor min kumpulan kawalan 87%. Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan pencapaian penguasaan konsep sains. Pengenalan Sistem Respons Kelas(SRK) adalah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pengajar cepat mengumpul dan menganalisis jawapan pelajar daripada soalan yang dikemukakan semasa pengajaran dalam kelas. Sistem biasanya digunakan dalam cara yang berikut. Pertama, pengajar menimbulkan soalan, selalunya soalan aneka pilihan kepada pelajar. Pelajar berfikir mengenai soalan dan mengemukakan jawapan mereka. Mereka mengemukakan jawapan soalan-soalan dengan menggunakan pemancar wayarles kliker. Kliker yang sering kelihatan seperti kawalan televisyen jauh, dan isyarat disampaikan ke peranti yang menerima isyarat. Perisian pada komputer menghasilkan carta palang yang menunjukkan taburan jawapan pelajar. Pengajar kemudian gunakan keputusan ini untuk

Transcript of TEH.pdf

  • Pendidikan Sains 92

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    Sistem Respons Kelas(SRK): Satu Kaedah AGILE Dalam

    Pengajaran & Pembelajaran Sains Sekolah Rendah

    Teh Tiam Kian

    Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam

    Diterima untuk diterbitkan pada: 16 OGOS 2012

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah

    Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan lagi pencapaian dan

    motivasi pelajar berhubung dengan matapelajaran sains sekolah

    rendah. Oleh kerana gajet SRK adalah sangat mahal ia itu lebih

    kurang RM8000 untuk set 20 unit. Maka saya menggunakan inovasi

    kepada gajet ini. Saya menggunakan komputer dengan program Excel

    dan kliker diganti dengan kertas. Seramai 78 orang pelajar dari

    sebuah Sekolah SJK(C) dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini

    dijalankan dengan menggunakan rekabentuk Kuasi eksperimen di

    mana dua kumpulan terlibat iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan

    eksperimen. Kumpulan eksperimen akan mengalami proses

    pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Sistem Respons

    Kelas(SRK) komputer manakala kumpulan kawalan akan menjalani

    proses pembelajaran mereka seperti biasa. Di samping itu soal-selidik

    berskala Likert 5 point diberikan untuk mengkaji keberkesanan kajian

    ini. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Excel yang

    mengandungi peratus dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan selepas

    penggunaan kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) di

    dalam kelas didapati bahawa terdapat perbezaan skor yang signifikan

    di mana skor min kumpulan eksperimen 100% manakala skor min

    kumpulan kawalan 87%. Ini menunjukkan bahawa kaedah

    pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan

    pencapaian penguasaan konsep sains.

    Pengenalan

    Sistem Respons Kelas(SRK) adalah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran yang

    membolehkan pengajar cepat mengumpul dan menganalisis jawapan pelajar daripada soalan

    yang dikemukakan semasa pengajaran dalam kelas. Sistem biasanya digunakan dalam cara

    yang berikut. Pertama, pengajar menimbulkan soalan, selalunya soalan aneka pilihan kepada

    pelajar. Pelajar berfikir mengenai soalan dan mengemukakan jawapan mereka. Mereka

    mengemukakan jawapan soalan-soalan dengan menggunakan pemancar wayarles kliker.

    Kliker yang sering kelihatan seperti kawalan televisyen jauh, dan isyarat disampaikan ke

    peranti yang menerima isyarat. Perisian pada komputer menghasilkan carta palang yang

    menunjukkan taburan jawapan pelajar. Pengajar kemudian gunakan keputusan ini untuk

  • Pendidikan Sains 93

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    menentukan bagaimana untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sistem

    Respons Kelasdisebut kaedah Agile kerana kaedah ini memang tangkas menerima jawapan

    dan analisis jawapan yang diterima dalam bentuk graf. Sistem Respons Kelasboleh

    dilaksanakan dalam berbagai cara. Salah satu adalah melibatkan beberapa orang pelajar

    dalam perbincangan kumpulan kecil atau seluruh kelas dengan soalan-soalan. Guru boleh

    beralih ke topik seterusnya jika keputusan menunjukkan pelajar sudah memahami

    keseluruhan topik. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Sistem

    Respons Kelas(SRK) dapat meningkatkan lagi pencapaian dan motivasi pelajar berhubung

    dengan matapelajaran sains sekolah rendah. Oleh kerana gajet Sistem Respons Kelas(SRK)

    adalah sangat mahal ia itu lebih kurang RM8000 untuk satu set 20 unit. Maka saya

    menggunakan inovasi kepada gajet ini. Saya menggunakan komputer dengan program Excel

    yang telah di program dan kliker diganti dengan kertas. Pelajar hanya perlu menuliskan

    jawapan mereka dalam kertas segi empat yang disediakan dan kemudian kertas jawapan

    diberikan kepada seorang penyelaras memasukkan jawapan mereka ke dalam komputer.

    Kaedah SRK lebih canggih pelajar hanya perlu memasukkan jawapan mereka melalui kliker

    sahaja. Ia lebih menjimatkan masa daripada cara inovasi.

    Tinjauan Literatur

    Guru mengajar dengan sistem sambutan kelas untuk pelbagai sebab. Terdapat beberapa

    kegunaan kliker, seperti kebolehan untuk mengumpul maklum balas dalam kumpulan pelajar

    yang ramai. Adalah sukar untuk mendapat maklumat balas daripada pelajar dalam kumpulan

    yang besar tanpa sistem respons kelas. Faedah lain, seperti kebolehan untuk pelajar untuk

    bertindak balas tanpa nama kepada soalan-soalan, relevan tanpa mengira bilangan pelajar

    dalam sesuatu pengajaran. Terdapat beberapa sebab ini membincangkan sebab-sebab untuk

    mengajar dengan Kliker, menonjolkan keupayaan unik sistem ini.

    Menurut Professor Dr.Roger C. Lowery dari University of North Carolina (2005)

    menyatakan bahawa matlamat yang paling biasa dinyatakan sistem respons pelajar adalah

    untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam bidang-bidang berikut:

    i kehadiran dan penyertaan kelas yang lebih baik

    ii lebih jelas kefahaman kelemahan

    iii penyertaan yang lebih aktif dalam kelas

    iv meningkat kerjasama rakan sebaya dalam pembelajaran

    v pembelajaran yang lebih berkesan

    vi meningkatkan kepuasan pelajar

    Roger (2005) juga menyatakan matlamat kedua asas semua sistem tindak balas pelajar adalah

    untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam sekurang- kurangnya dua cara. Dengan

    sistem tindak balas pelajar,

    i maklum balas segera mudah didapati daripada semua pelajar

    ii maklum balas tepat pada masanya membenarkan pengajar menilai dengan detail.

    Ada dua hala peranti input pelajar membenarkan mana-mana pelajar tanpa nama mengulas

    atau menjawab soalan untuk dihantar kepada guru. Sebagai contoh, banyak program SRK

    membenarkan maklum balas pelajar dengan cepat mengikut demografi. Perbincangan Kelas

    (Classtalk) akan memberikan pilihan perbincangan dalam kumpulan kecil. Walaupun

    sambutan kumpulan berbeza pendapat jadi membina komuniti di dalam kelas di mana pelajar

  • Pendidikan Sains 94

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    akan menjadi peserta aktif dalam perbincangan. (Dufresne, R.J. et al., 2004). Di samping itu,

    pengajar boleh juga mudah mengumpul data ke atas demografi pelajar , sikap atau tingkah

    laku juga boleh dinilai dari SRK. Gol ketiga Sistem Respons Kelasadalah untuk

    mengurangkan kertas kerja dan tenaga pekerja seperti i) pengambilan kehadiran, ii)

    pentadbiran ujian, iii) pengiraan dan analisis gred.

    Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman para murid dalam pembelajaran Sains

    menerusi kaedah Sistem Respons Kelasdari segi,

    i. Membantu murid meningkatkan prestasi pencapaian dalam pembelajaran Sains melalui

    intervensi kaedah sistem respons kelas.

    ii. Memantapkan pemahaman dan prestasi Sains murid menerusi pembelajaran dengan

    kaedah sistem respons kelas.

    iii. Meningkatkan minat serta menggalakkan motivasi pembelajaran Sains dalam

    kalangan murid dengan pendekatan sistem respons kelas.

    Soalan Kajian

    Objektif-objektif kajian dijawab melalui persoalan-persoalan berikut:

    i. Adakah prestasi pencapaian murid dalam pembelajaran Sains dapat dipertingkatkan

    melalui intervensi kaedah sistem respons kelas?

    ii. Adakah pemahaman dan prestasi pemahaman Sains murid dapat dimantapkan dengan

    penilaian sistem respons kelas?

    iii. Adakah minat dan motivasi pembelajaran Sains dalam kalangan murid dapat

    dipertingkatkan dan digalakkan dengan pendekatan sistem respons kelas?

    Kepentingan kajian

    i. Kajian ini diharapkan dapat memperlihatkan keberkesanan dalam pembelajaran

    berbantukan komputer bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat menarik

    minat pelajar dalam menguasai kemahiran dan memahami tajuk sains lebih baik dan

    lebih cepat.

    ii. Kajian ini juga membolehkan guru menilai pelajar dengan lebih cepat. Membolehkan

    guru memahami sejauh mana pemahaman murid-murid dengan serta merta dan semua

    murid terlibat aktif tiada akan ketinggalan..

    iii. Kajian ini membolehkan guru mengenalpasti dan menggunakan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang lebih sesuai dalam pengajaran. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat

    mengubah tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran sains dan menganggap sains itu

    mudah dan menyeronokkan untuk dipelajari seterusnya dapat meningkatkan pencapaian

    pelajar akhirnya.

    KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran yang telah dipilih dalam kajian tindakan ini melibatkan 78 orang murid

    dari 2 buah kelas SRJK(C), Sekolah Daerah Seberang Prai, Butterworth yang lebih kurang

    sama prestasi pencapaian.

  • Pendidikan Sains 95

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    Guru pelatih mengajar dua kelas satu kelas tanpa SRK dan satu kelas dengan SRK. Pada fasa

    pertama, ujian pra di ambil pada topik-topik yang mereka sudah belajar kepada kedua-dua

    kelas, untuk menentukan perbezaan mereka. Guru pelatih

    Metodologi

    Cara Pelaksanaan dan Instrumen Pengumpulan Data

    Dalam kajian tindakan ini, kaedah pengumpulan data yang terlibat adalah data berunsur

    kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kuantitatif adalah pelaksanaan pra ujian dan ujian pasca.

    Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra dan pasca)

    demi mendapat pembolehubah (pencapaian murid) yang dapat diukur dan soal selidik.

    Manakala instrumen yang digunakan untuk memperoleh data kualitatif merangkumi temu

    bual yang akan dijalankan selepas intervensi.

    Jadual 1: Kriteria dan Instrumen Pengumpulan Data

    Kriteria

    Pengumpulan Data

    Instrumen

    Pengumpulan Data

    Pelaksanaan Instrumen

    Kuantitatif

    Ujian pra

    Ujian pra dijalankan kepada dua-dua kelas

    untuk menentukan perbezaan standard

    mereka.

    Ujian pasca

    Ujian pasca dijalankan kepada kedua-dua

    kelas satu mengikuti cara tanpa SRK dan

    satu dengan kaedah SRK

    Soal selidik Selepas tindakan

    Kualitatif Temu bual Selepas tindakan

    Jadual 2: Instrumen Pengumpulan Data Kajian Tindakan

    No.

    Instrumen

    Pengumpulan Data

    Indeks Soalan

    Bilangan Item

    1. Ujian pra Soalan Subjektif 30

    2. Ujian pasca Soalan Subjektif 30

    3. Soal Selidik Soalan bersakala Likert 5

    point

    6

    4. Temu bual Soalan penghuraian 2

    Ujian Pra dan Pasca

    Peringkat pertama dua kelas yang pencapaian prestasi yang lebih kurang sama diberi satu

    ujian objektif mengenai topik-topik yang mereka sudah belajar pada bulan Jun dan Julai

    untuk menentukan tahap perbezaan mereka. Dalam kajian tindakan ini, pengajaran

    konvensional akan dijalankan pada kelas 4A tanpa SRK dan kelas B menggunakan

    pengajaran yang sama tetapi ada tindakan penilaian pengukuhan dengan SRK. Selepas satu

    bulan intervensi dengan SRK, satu ujian dengan bilangan objektif yang sama di adakan Pada

    masa masa yang sama, ujian pra akan dilaksanakan selepas pengajaran konvensional

    manakala ujian pasca akan dijalankan selepas pengajaran tindakan.

  • Pendidikan Sains 96

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    Dapatan Kajian

    ANALISIS DAPATAN KAJIAN TINDAKAN

    (A) Kaedah Ujian

    Berdasarkan markah ujian pra dan pasca, data yang dikumpulkan digunakan untuk

    menganalisis bagi membanding beza tahap penguasaan pelajar-pelajar dengan tajuk yang

    diuji. Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh telah menunjukkan tidak

    banyak perbezaan. Oleh itu, peratusan markah ujian pasca menunjukkan peningkatan yang

    sangat sedikit. Ini menunjukkan cara conventional kurang mengaktifkan pelajar.

    Jadual 3: Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk kelas A

    Gred Ujian Pra Ujian Pasca

    Bilangan

    Pelajar

    Peratus% Bilangan

    Pelajar

    Peratus%

    A 80-100 16 41.0 16 41.0

    B 70-80 10 25.6 11 28.2

    C 50-69 6 15.4 7 17.9

    D 31-49 6 15.4 5 12.8

    E 0-30 1 2.6 0 0.0

    LULUS 32 82.1 34 87.2

    GAGAL 7 17.9 5 12.8

    Jumlah

    Pelajar

    39

    39

    Berdasarkan markah ujian pra dan pasca, data yang dikumpulkan digunakan untuk

    menganalisis bagi membanding beza tahap penguasaan pelajar-pelajar dengan tajuk yang

    diuji. Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh telah tidak menunjukkan

    banyak perbezaan. Ini menunjukkan kaedah lama tidak banyak meningkatkan pembelajaran

    pelajar.

    Jadual 4: Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk kelas B

    Gred Ujian Pra Ujian Pasca

    Bilangan Pelajar Peratus% Bilangan Pelajar Peratus%

    A 80-100 16 41.0 20 51.3

    B 70-80 10 25.6 12 30.8

    C 50-69 6 15.4 7 17.9

    D 31-49 6 15.4 2 0

    E 0-30 1 2.6 0 0

    LULUS 32 82.1 39 100.0

    GAGAL 7 17.9 0 0.0

    Jumlah Pelajar 39 39

  • Pendidikan Sains 97

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    Graf 1 menunjukkan purata min skor ujian pra & ujian pasca

    Berdasarkan jadual 4, peratusan kelulusan bagi ujian pra adalah 82.1% manakala ujian pasca

    adalah 100.0%, peningkatan sebanyak 17.9%. Sebelum melaksanakan strategi pembelajaran

    Sistem Respons Kelas(SRK), terdapat tujuh orang pelajar yang gagal dalam ujian pra.

    Terdapat peningkatan bilangan pelajar yang mendapat A (10.3%)dan B(5.2%) serta jumlah

    kelulusan pelajar dalam ujian pasca selepas pelaksanaan strategi ini. Malah, pelajar yang

    berkeputusan baik juga ada peningkatan dalam markah ujian selepas melaksanakan strategi

    pembelajaran koperatif dengan kaedah itu.

    Berdasarkan Jadual 4, analisis data menunjukkan bahawa semua pelajar telah menunjukkan

    peningkatan markah dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Hasil kajian ini

    menunjukkan program Sistem Respons Kelas(SRK) yang diadakan dapat meningkatkan

    prestasi pelajar dalam sains. Oleh yang demikian, saya dapat menyimpulkan bahawa Kaedah

    Sistem Respons Kelas(SRK) berjaya meningkatkan prestasi pelajar.

    Soal selidik Hasil Dapatan Soal selidik

    Jadual 4 menunjukkan purata min daripada soal selidik

    Bil ITEM Min

    1 Saya memasuki kelas sains dengan penuh semangat selepas

    Sistem Respons Kelas(SRK) diperkenalkan. 4.5

    2 Saya lebih bermotivasi belajar apabila guru memperkenalkan

    SISTEM RESPONS KELAS(SRK). 4.8

    3 Saya lebih memahami mata penjalaran tersebut apabila guru

    memperkenalkan Sistem Respons Kelas(SRK). 4.7

    4 Suasana Penggunaan Sistem Respons Kelas(SRK) amat

    menyeronokkan 4.8

    5 Saya terlibat dengan aktif melalui Sistem Respons

    Kelas(SRK). 4.9

    6

    Saya sangat mengharapkan guru lain pun menggunakan Sistem

    Respons Kelas(SRK) untuk pengajaran dan pembelajaran

    mereka.

    4.6

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    A B C D E LULUS GAGAL

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

  • Pendidikan Sains 98

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    Purata min 4.72

    Geraf 2 menunjukkan purata min skor soal selidik.

    Berdasarkan jadual 4, majoriti pelajar-pelajar pandangan yang amat positif dengan item 1

    hingga 6, ia itu purata Likert 4.5 hingga 4.9. Bagi item 1, Purata skor Likert 4.5 pelajar yang

    bersetuju bahawa mereka berasa sangat bersemangat belajar melalui Sistem Respons

    Kelas(SRK).

    Bagi item 2, Purata skor Likert 4.8,pelajar menyatakan mereka lebih bermotivasi belajar

    apabila guru memperkenalkan Sistem Respons Kelas(SRK). Bagi item 3, pelajar menyatakan

    mereka lebih memahami topik tersebut selepas Sistem Respons Kelas(SRK), ini juga

    membantu pencapaian mereka dalam ujian pasca. Bagi items 4, mereka juaga suasana kelas

    menjadi seronok untuk belajar dengan skor 4.7. Purata Likert yang paling tinggi adalah item

    5 dengan skor 4.9, di mana semua setuju bahawa Sistem Respons Kelas(SRK) membuat

    mereka terlibat dengan aktif dalam kelas. Mereka akhirnya mengharapkan guru lain juga

    menggunakan kaedah ini dalam P&P mereka.

    Analisis temu bual dijalankan ke atas empat orang guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini.

    Empat orang adalah ketua kumpulan tiap-tiap kumpulan. Dua orang daripada kelas SN1 dan

    dua orang juga daripada kelas SN2.

    S1. Adakah kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) menyeronokkan ?

    A1. Ya, memang sangat seronok kerana ada ransangan.

    A2. tentu kerana car ini berlainan, mereka kurang malu menjawab.

    A3. Sangat, sangat seronok...kalau boleh ia dilakukan atas tiap-tiap topik sebagai pengukuhan.

    A4. Saya rasa gembira kerana ia mengurangkan bosan saya.

    S2 Adakah kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK) membuat anda lebih aktif dan

    lebih bermotivasi dalam kelas ?

    A1. Ya, memang saya terlibat lebih aktif dan rasa lebih bermotivasi.

    A2. betul, saya libat dengan aktif dan tidak bosan. Saya juga lebih bermotivasi untuk

    bertanding.

    A3 Saya rasa bermotivasi dengan Sistem Respons Kelas(SRK) kerana ia mengaktifkan saya.

    A4. Ia sesuai dengan zaman moden ini kerana pelajar mahu excitement dalam P&P mereka.

    Daripada kedua-dua soalan temu bual didapati keempat-empat wakil kumpulan menyatakan

    Ya. Mereka amat setuju dengan kaedah pembelajaran Sistem Respons Kelas(SRK)

    membuat P&P lebih seronok, mereka lebih aktif dan lebih bermotivasi untuk belajar. Kalau

    Min

    4.3

    4.4

    4.5

    4.6

    4.7

    4.8

    4.9

    5

    1 2 3 4 5 6

    Nombor item soal selidik

    Skor m

    in

    Min

  • Pendidikan Sains 99

    Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,

    19 20 September 2012

    boleh ia dijadikan satu kaedah pengukuhan pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah

    penilaian kelemahan pelajar.

    Rumusan dan kesimpulan

    Berdasarkan dapatan kajian atau analisis yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca,

    jelas terlihat pelajar lebih baik berbanding dengan strategi pengajaran biasa. Malah, pelajar-

    pelajar juga menunjukkan persepsi yang positif terhadap kaedah tersebut berdasarkan analisis

    soal selidik dan temu bual yang telah dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar. Peningkatan min

    bagi ujian ujian pasca sebanyak 17.9% ialah dari 82.1% ke 100%. Ia telah menjawab soalan

    kajian 1 iaitu peningkatan prestasi pelajar-pelajar dalam ujian pasca selepas pelaksanaan

    kaedah tersebut. Daripada soal selidik terdapat enam item dan semua pelajar berjawab sangat

    positif. Mereka menjawab mereka memang terlibat dengan aktif, suasana seronok dan lebih

    bermotivasi selepas SISTEM RESPONS KELAS (SRK). Kaedah triangulasi juga mencapai

    jawapan yang sama daripada temu bual 4 orang pelajar. dan ia telah menjawab soalan kajian

    2, 3 dan 4.

    Bibliografi

    1. Bruff, D. (2009). Teaching with Classroom Response System. San Francisco, Califonia:

    Jossey-Bass.

    2. Crouch C.H., and Mazur, E. 2001. Peer Instruction: Ten years of experience and results.

    American Journal of Physics, 69(9):970-977.

    3. Dufresne, R.J., Wenk, L., Mestre, J.P., Gerace, W.J., Leonard, W.J., 1996. Classtalk: A

    Classroom Communication System for Active Learning. Journal of Computing in Higher

    Education, 7(2): 3-47.

    4. Duncan, D. 2005. Clickers in the Classroom: How to Enhance Science Teching Using

    Classroom Response Systems. Toronto. Pearson Prentice-Hall and Pearson Benjamin

    Cummings.

    5. Fies, C., and Marshall, J. 2005. Electronic Response Systems in Classrooms. American

    Association of Physics Teachers: Announcer, 34(4): 111. Mazur, E. 1997. Peer

    Instruction: A Users Manual. Toronto: Prentice-Hall.

    6. Owens, L.D., Walden, D.J., 2001. Peer Instruction in the learning laboratory: a strategy to

    decrease student anxiety. Journal of Nursing Education, 40(8): 375-377.

    7. Rao, S.P. and DiCArlo, S.E. 2000. Peer Instruction Improves Performance on Quizzes.

    Advances in Physiology Education, 24: 51-55.

    8. Reay, N.W., Bao, L., Pengfei, L., Warnakulasooriya, R., and Bough, G. 2005. Toward an

    effective use of voting machines in physics lectures. American Journal of Physics, 73(6):

    554-558.

    9. Roger C, Lowery.(2005). Teaching and Learning with Interactive Student Response

    Systems: A Comparison of Commercial Products in the Higher-Education Market, North

    Carolina. Retrieved Mac 22, 2012, from

    http://people.uncw.edu/lowery/swssa%20ms.pdf

    10. Roschelle, J., Penenuel, W.R., & Abrahamson, L. (2004). Classsroom response and

    communication systems: Research review and theory. Paper presented at the Annual

    meeting of the American educational Research Association, San Diego, CA.

    11. Roschelle, J., Penuel, B., and Abrahamson, A.L., 2004. The networked classroom.

    Educational Leadership, 61(5): 50-54.

    12. Ruhl, K.L., Hughes, C., and Schloss P. 1987. Using the pause procedure to enhance

    lecture recall. Teacher Education and Special Education, 10: 14-18.