Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

8
Teka Silang Kata: Simpulan Bahasa Melintang 1. bercakap besar tanpa ilmu 5. tajam pendengaran 6. sukar untuk membuat keputusan 8. kurang jelas pendengarannya, tidak dapat mendengar bunyi yang kuat 9. tergamak melakukan sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka Ke Bawah 2. orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain 3. cepat-cepat lari kerana ketakutan 4. melakukan sesuatu tanpa berfikir 6. negara-negara di sebelah timur 7. anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

description

teka

Transcript of Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Page 1: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Teka Silang Kata: Simpulan Bahasa

Melintang1.     bercakap besar tanpa ilmu

5.     tajam pendengaran

6.     sukar untuk membuat keputusan

8.     kurang jelas pendengarannya, tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

9.     tergamak melakukan sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka

Ke Bawah2.     orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

3.     cepat-cepat lari kerana ketakutan

4.     melakukan sesuatu tanpa berfikir

6.     negara-negara di sebelah timur

7.     anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

Page 2: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Teka Silang Kata: Teka-Teki

Melintang3.     Apabila kita bangun, dia tidur. Apabila kita tidur, dia bangun.

4.     Nilai wang yang terdapat dalam bentuk syiling dan kertas

7.     Kurang pengetahuan tentang sesuatu

8.     Sakit yang paling sakit.

10.   Pencebok

Ke bawah1.     Sejenis benda yang lebih berguna apabila pecah.

2.     Kalau seseorang itu jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?

4.     Benda yang dipakai di kaki

5.     Sejenis tenaga

6.     Bila dieja dari depan menjadi s.u.s.u. Bila diterbalikkan, menjadi______

9.     Ia selalu datang tetapi tidak pernah tiba

Page 3: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Teka Silang Kata: Kata Ganti Nama

Melintang3.     Digunakan oleh sultan

4.     Merujuk kepada sekumpulan orang

6.     Merujuk orang ketiga

8.     Merujuk kepada orang kedua

9.     Kata ganti nama diri pertama ramai

Menegak1.     Digunakan oleh orang bawahan dalam istana

2.     Merujuk kepada orang yang berkedudukan

3.     Merujuk kepada sultan

5.     Merujuk kepada orang kedua yang rapat

7.     Kata ganti nama diri pertama

9.     Ia selalu datang tetapi tidak pernah tiba

Page 4: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Teka Silang Kata: Semantik

Melintang

3.     Merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.

4.  Perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada sesebuah perkataan. 

Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi  kepada perkataan

kereta.

8.  Kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.Contoh:  kenderaan (kereta,

motorsikal, basikal, beca, kapal terbang).

9.     Kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

10.   Merupakan istilah makna tersirat

Menegak

1.     Satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.

2.     Kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerna

huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.

5.     Merupakan istilah makna tersurat.

6.   Kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. contoh:

massa dan masa.

7.     Merupakan kajian makna istilah.

Anda mungkin juga meminati:

Page 5: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Mulut manis hati nak baik,

Itulah amalan turun temurun;

Benda apa yang akan naik,

Apabila saja hujan turun. (payung)

Pergi umrah setiap tahun,

Moga sentiasa murah rezeki

Dalam batang ada daun,

Dalam daun ada isi?(lemang)

 Terbang tinggi si burung helang

Hinggap di atas pohon meranti

Anak ramai ibunya seorang,

Bila bergesel berapi-rapi?(mancis)

Pisau lipat dimainnya kera

Tangannya luka lalu terjun

Makan kuat tidak terkira

Kenyangnya tidak tahi bertimbun? (api)

 Cik Limah bersama anak lelaki

Duduk makan keropok lekor

Yang mengejar tidak berkaki,

Yang dikejar tiada berekor?(ular dan katak)

Tuan puteri belajar menari

Tari diajar oleh Pak Harun

Kalau Tuan bijak bestari

Apa yang naik tak pernah turun? (umur)

Page 6: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

 Ada tubuh ada tangan,

Tiada kepala tiada kaki;

Sangat berguna waktu hujan,

Apakah dia yang dimaksudkan ini.(baju hujan)

Burung nuri burung dara

Terbang ke sisi taman kayangan

Cubalah teka wahai saudara

Semakin diisi makin ringan? (belon)

 Budak-budak ramai di pekan

Hari raya membakar petas

Kalau adik pandai kiasan

Apakah buah gugur ke atas?(buah Melaka)

Minah ketawa terjerit-jerit

Melihat koyak pada seluar

Orang putih duduk sederet

Pagar didalam tebing diluar? (gigi)

 Buah budi bidara mengkal

Masak sebiji di tepi pantai

Hilang budi bicara akal

Buah apa tidak bertangkai?(buah hati)

Hidup aman di dalam kota,

Ada pemimpin bernama raja;

Buruh-buruh rajin bekerja,

Page 7: Teka Silang Kata n Pantun Minggu Pss

Askar bertugas setiap masa.(anai-anai/semut)

Ada sebiji roda pedati

Bentuknya bulat daripada besi

Bila bermain diikat sekuat hati

Dilempar hidup dipegang mati? (gasing)

Walau dibungkus bukan kiriman,

Sudah takdir tuhan yang satu,

Meski ditanam bukan tanaman,

Cubalah teka apakah itu?(mayat)

 Bila kecil boleh ditiup,

Sudah besar janganlah lagi,

Kalau tercucuk ia meletup,

Kalau terlepas terbangnya tinggi.(balon)

Tinggi duduk di atas sekali,

Bukan bulan bukan matahari;

Bila malam ia berseri,

Bila siang ia berganti.(bintang)

 Buah budi bedara mengkal

Masak sebiji di tepi pantai

Hilang budi bicara akal

Buah apa tidak bertangkai? (buah melaka)