teka teki.docx
-
Upload
priscilla-paul -
Category
Documents
-
view
268 -
download
4
description
Transcript of teka teki.docx
Soalan 1Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?Jawapan: Usus
Soalan 2Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang jarang tinggal?Jawapan: Rumah api
Soalan 3Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah turun?Jawapan: Umur
Soalan 4Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam apakah itu?Jawapan: Jarum
Soalan 5Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?Jawapan: Buah melaka
Soalan 6Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya tiada?Jawapan: Daun terup
Soalan 7Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak penuh tak boleh digunakan..Jawapan: Congkak
Soalan 8Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk menggali kubur dia tak akan pakai baju?Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak siap kerjanya
Soalan 9Semakin kita berpaling, semakin dia menjauh..apakah itu?Jawapan: Telinga
Soalan 10Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia berenang..apakah benda tersebut?Jawapan: Memancing
Soalan 11Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan jantan?Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada perempuan bernama Bakar..
Soalan 12Pokok atas buah, buah atas pokok...Jawapan: Buah nanas
Soalan 13Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?Jawapan: Pecah Rekod
Soalan 14Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di makan?Jawapan: Misai
Soalan 15Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah hujan?Jawapan: Bahrain
Soalan 16Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama semakin ramai dan tidak berkurang?Jawapan: Tanah perkuburan
Soalan 17Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua tergamam..siapakah aku?Jawapan: Kereta Kebal
Soalan 18Benda apakah bila dah masak ia menjerit?Jawapan: Cerek
Soalan 19Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit perutnya?Jawapan: Ubat gigi
Soalan 20Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah laju?Jawapan: Hingus
Soalan 21Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi tetap sama, apakah bendanya?Jawapan: Peti sejuk
Soalan 22Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh selera...apakah itu?Jawapan: Sudu dan garpu
Soalan 23Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas?Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar
Soalan 24Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi?Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan makanan
Soalan 25Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya di kepala?Jawapan: Gajah
Soalan 26Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat?Jawapan: Sotong
Soalan 27Binatang apa tanduknya terletak di mulut?Jawapan: Nyamuk
Soalan 28Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana?Jawapan: Lebah
Soalan 29Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah ia?Jawapan: Mayat
Soalan 30Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning disukai orang,apakah jawapannya?Jawapan: Buah belimbing
Soalan 31Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah telinga..siapakah dia?Jawapan: Jam loceng
Soalan 32Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda tersebut?Jawapan: Seluar
Soalan 33Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores menyalalah ia?Jawapan: Kotak Mancis
Soalan 34Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya berhenti, siapakah saya?Jawapan: Kasut
Soalan 35Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada bulan tertentu sahaja dia muncul?Jawapan: Lemang