teklls ucapan

6
Bismillahirahmanirrahim, Yang Berusaha, En. Abdul Khadir Jalani bin Mohamad Pengetua SMK Gunung Semanggol Yang dihormati, En. Mohd Fodzi bin Osman Pen Kanan Pentadbiran En. Ab Raof bin Ramli Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hajah Haliza binti Cha Pen Kanan Kokurikulum Guru-guru cemerlang Guru- guru kanan Barisan para guru Seterusnya.. Rakan pelajar sekalian. Assalammu’alaikum warah matullahi wa barakatuh. ______________________________________________________________ _______________________ UCAPAN ALU-ALUAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama- sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi SMK Gunung Semanggol bagi tahun 2011. Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah ”1 Untuk Semua, Semua Untuk 1 ”. DOA

description

,

Transcript of teklls ucapan

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berusaha,En. Abdul Khadir Jalani bin MohamadPengetua SMK Gunung Semanggol

Yang dihormati,En. Mohd Fodzi bin OsmanPen Kanan Pentadbiran

En. Ab Raof bin RamliPen. Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hajah Haliza binti ChaPen Kanan Kokurikulum

Guru-guru cemerlang

Guru- guru kanan

Barisan para guru

Seterusnya..

Rakan pelajar sekalian.

Assalammualaikum warah matullahi wa barakatuh._____________________________________________________________________________________UCAPAN ALU-ALUAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi SMK Gunung Semanggol bagi tahun 2011.

Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah 1 Untuk Semua, Semua Untuk 1 .

DOA

Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Saudara Khairul Badri bin Sahibol Anwar untuk membacakan doa.

**Terima kasih diucapkan kepada saudara Khairul Badri di atas bacaan doa sebentar tadi.

LAGU

Seterusnya marilah kita sama-sama menghormati dan menyanyikan lagu:

1.Lagu Negaraku2.Lagu Negeri Perak3.Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan4.Lagu Sekolah dan5.Lagu Semangat Koperasi

Bersedia:

BACAAN PERUTUSAN

( Rakan pelajar dibenarkan duduk).

**Tunggu semua pelajar duduk =)

Acara seterusnya ialah mendengar dan menghayati bacaan perutusan.

Diharapkan para pelajar dapat memberikan perhatian dan membuat catatan kerana ada soalan-soalan kuiz koperasi esok dan hari Rabu nanti ada kaitan dengan perutusan yang akan dibacakan.Majlis menjemput rakan pelajar: SAUDARA SHAHRUL AZIM B SHAMSUDIN untuk membaca perutusan YANG BERHORMAT TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, MENTERI PELAJARAN MALAYSIA. Dipersilakan.**Terima Kasih.Seterusnya, majlis mempersilakan: SAUDARI NOOR ASFARINA BT MUSA untuk membaca perutusan YANG BERHORMAT DATO SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK). Dipersilakan.**Terima Kasih kepada saudari Noor Asfarina.Seterusnya ialah bacaan perutusan PRESIDEN ANGKASA, PROF. DATO DR MOHD ALI HAJI BAHARUM. Untuk itu, majlis mempersilakan SAUDARI NUR NAJIHAH BT IBRAHIM. Majlis mempersilakan.**Terima kasih diucapkan.UCAPAN PERASMIANUsah tertawan alpa duniawi,Hanya indah serupa mimpi,Duhai pahlawan satria pertiwi,Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput TUAN PENGETUA, EN. ABDUL KHADIR JALANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Koperasi SMKGS bagi tahun 2011.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

UPACARA MENANAM POKOKSeterusnya sekali lagi dijemput Tn Pengetua, En Abdul Khadir Jalani b Mohamad diiringi oleh Pn Hjh Haliza bt Cha selaku Pengerusi Koperasi SMKGS dan Cik Nurul Izzah bt Pahim selaku guru Koperasi ke meja di hadapan ini untuk upacara penanaman pokok sebagai simbolik perasmian HKS SMKGS 2011. Dgn hormatnya majlis mempersilakan.***Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas kesudian merasmikan Hari Koperasi SMKGS 2011. Upacara penanaman pokok ini bertujuan memupuk nilai mensyukuri dan menghargai alam sekitar.

UCAPAN CIKGU KOOPUntuk meneruskan majlis, saya menjemput Guru Koperasi SMKGS, Cikgu Nurul Izzah bt Pahim untuk menyampaikan makluman berkenaan aktiviti Hari Koperasi 2011 dan penyampaian sijil kepada Pengawas Koperasi Sesi 2011. Dipersilakan..

**Terima kasih diuacapkan kepada Cikgu Izzah.

PENYAMPAIAN HADIAHPulau Pandan Jauh Ke tengahGunung Daik Bercabang TigaHancur Badan Dikandung TanahBudi Yang bAik Dikenang Juga

Indah Bunga Kerana WarnanyaIndah Manusia kerana Budinya

Oleh itu bagi menghargai sumbangan guru-guru dan rakan pelajar dalam kegiatan Koperasi pada tahun 2010, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pen. Kanan Pentadbiran, En Mohd Fodzi bin Osman untuk menyampaikan cenderahati mereka yang terlibat. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

**Tunggu cg Fodzi naik pentas dulu =)

Cenderahati Guru-Guru Koperasi Sesi 2010 (sebut nie)

1. En. Abd Khadir Jalani b Mohamad selaku penasihat koop2. Pn Hjh Haliza bt Cha selaku pengerusi koop3. En kamal baharin b Abd Yazid4. Pn Rokiah Abdul Rahman5. Pn. Aishah bt Idris6. En Zulkurnain Haran7. Pn Hasliana Hashim8. Pn Hjh Siti Fatimah bt Ameri

Tokoh/Anugerah

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kpd koperator terbaik di kalangan guru dan juga pelajar.HADIAH KOPERATOR TERBAIK DI GURU BAGI TAHUN 2010:En. Kamal baharin b Abd Yazid( Untuk makluman semua, Cikgu kamal telah memegang jawatan sebagai setiausaha dan guru koperasi sejak awal penubuhan Koperasi SMKGs iaitu sejak tahun 1996. Sumbangan dan pengorbanan beliau selama 16 tahun terhadap koperasi SMKGS sangat besar )

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN RENDAH):Saudari Nor Faezah Rosly

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN ATAS):Saudari Noor Asfarina bt Musa

KOPERATOR PELANGGAN TERKERAP ( GURU):Ustazah Che Rokiah

KOPERATOR SETIA (PELAJAR):Ilyana najihah ( 1 Bukhari)

KOPERATOR TERAWAL sempena HKS 2011:......................................................................

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada En. Mohd Fodzi atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

EDARAN HKS PELAJARGuru2 dan pelajr2 sekalian, sempena sambutan hks 2011 pada kali ini, pihak koperasi dengan sukacitanya akan mengedarkan pen-pen sebagai tanda peringatan dan cenderamata kpd semua pelajar dan juga guru.

Majlis menjemput PK HEM, En Ab Raof untuk menyampaikan pen dan cenderamata kpd setiap ketua kelas. Dijemput ketua kelas tampil ke hadapan untuk menerima pen bagi pihak rakan-rakan yg lain.Senarai kelas2:1B, 1IS, 1M, IT, IN, 1AD2B, 2IS, 2M, 2T, 2N, 2AD3B,3IS, 3M, 3T, 3N, 3AD4IS, 4M, 4T, 4N, 4AD, 4IM5IS, 5M, 5T, 5N, 5AD, 5IMTerima kasih diucapkan kepada cikgu Raof dia ats penyampaian cenderamata kepada ketua kelas sebentar tadi.***kot2 ada cg2 lain nak berucap n pengumuman2...

PENUTUPKini, majlis tiba ke penghujungnya

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan HKS 2011.

Bunga Seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan,Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w.