teknik asas kompas
-
Upload
nurhidayah-mat-sarit -
Category
Documents
-
view
465 -
download
11
description
Transcript of teknik asas kompas
Kegunaan Kompas: 1.Mencari arah Utara 2.Menentukan kedudukan peta 3.Menyukat bering (sudut)
Jenis Kompas
Terdapat dua jenis kompas: ANALOG DIGITAL
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah
sebenar di muka bumi Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran kerana ia adalah alat paling
tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada
sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera.
Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan
dengan kompas tersebut.
SILVA
Kegunaan kompas orienteering Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah Teknik menggunakan kompas:
1) cari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting.
Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara.
Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin:
2) ialah memahami bahagian-bahagian kompas.
ANATOMI KOMPAS:
UTL-Utara Timur Laut
TTL-Timur Timur laut
TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya
3) mengetahui mengenai 'bearing' (sudut). Bearing ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".
Sama seperti protractor, kompas juga mempunyai dua bacaan iaitu bacaan sudut dalam darjah dan bacaan sudut dalam mil. Bacaan mil bemula dari 0 hingga 6400 mil manakala bacaan darjah pula dari 0 hingga 360 darjah. Namun bagi kompas bacaan mil, anda perlu menambah sendiri angka 00 bagi setiap sudut yang anda dapat untuk dibaca kerana pada kompas ini bacaan hanya dalam dua angka sahaja. Contohnya jika bacaan dalam kompas menunjukkan angka 20 maka anda perlu menambah angka 00 menjadi 2000 mil. Kompas digunakan untuk mendapatkan sudut sesuatu objek dari kedudukan anda dan ia juga digunakan untuk mencari objek apabila sudut objek tersebut diberi bersama-sama jarak. Selain itu, kita boleh menggunakan kompas untuk menyamakan utara peta dan utara bumi, back bearing dan mengelak halangan menggunakan kompas.
4) harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas.
Contohnya:
Cara pertama:
-Jika mengunakan kompas seperti diatas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar diatas.
-Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti diatas.
Jika kompas jenis Silza, cara memegangnya..
Teknik lain ialah: 1. Meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan 2. Meletakan kompas ditempat yang rata
Penjagaan kompas
1. Jangan hempaskan kompas kerana ia akan merosakkannya.
2. Ketika menggunakan kompas, pastikan tiada objek besi berdekatan kerana ia akan menyebabkan bacaan anda menjadi ralat. Malah, jam tangan juga akan memesongkan jarum kompas.
3. Sekiranya terdapat gelembung udara didalam kompas maka kompas itu sudah tidak sesuai lagi digunakan kerana ia telah rosak.
4. Jangan ketuk kompas.