Teknik Boneka.(3)

2
Teknik Boneka Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (DBP,1987) boneka bermaksud : 1. Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang. 2. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Boneka dalam konteks pengajaran & pembelajaran : 1. Tidak hanya terhad kepada bentuk orang. 2. Berbentuk haiwan dan objek lain. 3. Digeraklakonkan oleh pemainnya dengan tujuan tertentu. Boneka dapat difahami sebagai apa sahaja objek sama ada berbentuk orang, haiwan, tumbuhan atau alat seperti sudu, garpu, senduk, periuk dan sebagainya)yang digeraklakonkan bagi memainkan sesuatu peranan dalam cerita atau situasi tertentu. Biasanya boneka dimainkan dengan menggunakan dialog sesuai dengan watak boneka berkenaan. Namun begitu, terdapat juga permainan boneka tanpa dialog. Dalam keadaan ini suara latar, muzik atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka itu.

description

...

Transcript of Teknik Boneka.(3)

Teknik Boneka

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (DBP,1987) boneka bermaksud :

1. Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang.

2. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.

Boneka dalam konteks pengajaran & pembelajaran :

1. Tidak hanya terhad kepada bentuk orang.

2. Berbentuk haiwan dan objek lain.

3. Digeraklakonkan oleh pemainnya dengan tujuan tertentu.

Boneka dapat difahami sebagai apa sahaja objek sama ada berbentuk orang, haiwan, tumbuhan atau alat seperti sudu, garpu, senduk, periuk dan sebagainya)yang digeraklakonkan bagi memainkan sesuatu peranan dalam cerita atau situasi tertentu.

Biasanya boneka dimainkan dengan menggunakan dialog sesuai dengan watak boneka berkenaan. Namun begitu, terdapat juga permainan boneka tanpa dialog. Dalam keadaan ini suara latar, muzik atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka itu. Boneka boleh dimainkan oleh seorang atau beberapa orang pemain bergantung pada keadaan, keperluan dan tujuan. Dalam p&p guru boleh menggunakan boneka sama ada di peringkat pengenalan pelajaran, perkembangan pelajaran atau untuk pengukuhan. Guru sendiri boleh memainkan boneka tersebut atau dibantu oleh murid.

Untuk menggunakan boneka sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah membuat perancangan yang teliti dari segi objektif yang hendak dicapai, kemahiran, pengetahuan, nilai, aktiviti, input bahasa dan sebagainya.

Lakonan Patung

Lakonan patung atau puppet ialah lakonan antarabangsa yang tertua sekali.

Lakonan jenis ini boleh digunakan untuk menyampaikan pelajaran bahasa di sekolah. Antara patung yang digunakan : kayu, sarung tangan, patung tali.

Penggunaan patung : guru akan menunjukkan patung itu kepada murid-murid dan melakonkan.

Melalui patung tadi, berbagai bentuk dan gaya lisan diperkenalkan.

Murid-murid juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti lakonan patung ini.