Teknik Cat Air

14
TEKNIK CAT AIR Teknik basah atas basah (a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah. (b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan. (c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar. (d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan. (e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya. Teknik basah atas kering (a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering. (b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque). (c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap.

description

seni

Transcript of Teknik Cat Air

TEKNIK CAT AIRTeknik basah atas basah

(a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah.(b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.(c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar.(d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan.(e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya.

Teknik basah atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.(b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque).(c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap.(d) Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.

Teknik kering atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.(b) Campuran warna yang agak pekat atau likat.(c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering.

Teknik kering atas basah

(a) Melibatkan sapian warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering.(c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, engan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.

Wet on Dryadalah mengaplikasikan sapuan basah cat air pada permukaan kertas yang kering. SementaraWet on Wetadalah mengaplikasikan sapuan cat air basah di atas permukaan kertas cat air yang dibasahi terlebih dahulu pada area tertentu.Wet on wet: Pewarnaan menggunakan kuas dilakukan ketika kertas masih basah.Perlu Anda ketahui bahwa kedua teknik melukis ini (wet on dryatauwet on wet) akan menghasilkan efek lukisan cat air yang sangat berbeda.Melukis dengan teknikwet-on-dryakan membentuk sapuan warna yang tegas. Sementara dengan teknikwet-on-wetakan menghasilkan warna yang menyebar, sapuan-sapuan warna yang lembut dan tercampur. Anda harus mengenal kedua teknis ini untuk menghindari hasil yang tidak Anda harapkan.Jika Anda ingin mencoba kedua teknik ini, maka yang Anda butuhkan adalah sebagai berikut:1. Selembar kertas cat air, sebaiknya telah diregangkan di atas papan gambar sehingga tidak berkerut.2. Sebuah kuas cat air ukuran apa saja.3. Dua jenis warna cat air yang berbeda.4. Sebuah toples atau gelas berisi air yang bersih untuk membasahi kertas dan kuas cat air.5. Sebuah lap untuk menyerap basah di kuas Anda.Menggunakan Cat Air dengan teknik Wet-on-Dry:Jika Anda menginginkan sapuan warna yang tajam pada obyek lukisan Anda, maka sapuan cat air sebelumnya harus kering terlebih dahulu sebelum Anda mengaplikasikan warna yang lain. Jika sudah benar-benar kering, maka warna dan bentuk yang Anda sapukan tidak akan berubah setelah sapuan cat air kering.Sementara jika permukaan kertas belum terlalu kering, maka penambahan warna pada lukisan akan menyebar dan bercampur dengan sapuan warna sebelumnya (hal inilah yang disengaja pada teknikwet on wet).Menggunakan Cat Air dengan Wet-on-Wet:Dengan menambahkan warna cat air pada lapisan warna di area kertas basah akan Anda dapatkan campuran warna yang lembut dan menyebar. Luasnya penyebaran dan pencampuran warna tersebut bergantung pada seberapa basahnya kertas yang sedang Anda gunakan atau seberapa encer warna baru yang ditambahkan. Anda bisa memulainya dari sapuan tipis baru kemudian meluas membentuk pola tertentu.Teknik Wet-on-Dry dan Wet-on-WetPada contoh ini warna biru bisa sedikit tersingkir ketika goresan warna merah ditambahkan. Sehingga warna merah tersebut tidak bercampur terlalu luas ke dalam warna biru.Untuk memperkirakan bagaimana hasil yang akan kita dapatkan memang memerlukan banyak latihan. Sehingga kita dapatkan karya yang luar biasa seiring dengan keterampilan mencampur warna. Teknik wet-on-wet khususnya digunakan untuk memberi efek bergerak dan menyebar bentuk obyek jika kita tidak ingin menambahkan terlalu banyak detil.Tips melukis dengan cat air menggunakanwet-on-wet: Sapukanlah area yang Anda warnai dengan air bersih menggunakan kuas cat air. Lalu aplikasikan warna yang Anda inginkan. Perhatikanlah, warna akan mengalir ke area tersebut menuju tepi area yang basah tersebut. Jangan puas dengan mencoba dua warna saja. Gunakan pengetahuan mencampur warna cat air yang Anda miliki untuk membuat sesuatu yang baru. Misalnya, buatlah gambar matahari terbenam dengan campuran warna ungu pekat, merah dan oranye dengan menggunakan warna merah, biru, dan kuning menggunakan teknikwet-on-wetdan biarkan warna-warna cat air tersebut bercampur di atas kertas cat air yang telah Anda basahi dan bukan dipalletecat air. Siapkan warna-warna cat air yang akan Anda gunakan sebelum mulai melukis dengan cat air. Rencanakan dimana warna-warna tersebut akan diimplementasikan, dan mulailah dengan kerja cepat sebelum lukisan Anda kering.ini ada contoh mewarnainyaHappy watercoloring dan selamat berkarya

Teknik Atau Kaedah Penghasilan CatanCATANCatan merupakan perbuatan meletakkan pewarna pigmen terlarut dalam pelarut (ataumedium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) sepertikertas,kanvasatau dinding.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco.Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.Media Yang Digunakan Dalam Penghasilan CatanCat AirBahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.Cat PosterCat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.Cat TemperaBahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.Cat MinyakCat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

Teknik CatanTeknik Basah Atas KeringCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.Campuran WarnaCampuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.CaraWarna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas BasahCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.Campuran warnaCampuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.CaraKertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.Teknik Berus KeringCiri-ciriTeknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warnaGunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

CaraGunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.Teknik KecatanCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.Campuran warnaWarna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.CaraAmbil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.