Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

4
8/9/2019 Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2) http://slidepdf.com/reader/full/teknik-kaunseling-menggunakan-pendekatan-psikologi-individu-2 1/4 TEKNIK KAUNSELING MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI INDIVIDU Proses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus kepada hubungan kolaboratif antara kaunselor-klien. Di samping itu, klien diberi segala galakan agar mempunyai rasa bertanggungjawab atas tindak-tanduknya. Kaunselor bekerja keras dengan secara sedar mewujudkan wawasan kepada klien tentang kekuatan yang ada dalam dirinya. Walaupun segala kelemahan diterangkan kepada klien, bagaimana pun kelemahan dan serba kekurangan klien tidak begitu ditonjolkan. Teknik melayan dalam terapi ini lebih mementingkan kepada aliran pemikiran dan pengalaman klien secara subjektif. Serupa dengan cara layanan terapi afektif, peringkat awalan proses terapi ini juga memfokus kepada keupayaan penerokaan menjelaskan matlamat yang hendak dicapai keseluruhan cara layanan juga mengabung aspek kefahaman empati dan ketulenan terhadap klien. Tujuan memahami gaya hidup klien, kaunselor pada biasanya akan mengambil perhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien.  Perkara ini diterokai secara mendalam tujuan untuk mendapatkan suatu penilaian kefahaman tentang kehendak klien. KAEDAH ANALISIS DAN PENTAFSIRAN DALAM PROSES KAUNSELING PSIKOLOGI INDIVIDU Konstelasi Keluarga. Sebagai satu matlamat untuk memahami klien, kaunselor juga pentingkan analisis terhadap gabungan dalam keluarga klien. Kedudukan kelahiran antara adik-beradik  juga digunakan sebagai analisis dan penilaian untuk memahami gaya hidup yang sedang dialami oleh klien. Aspek kedudukan psikologikal adalah ditumpukan apabila analisis kedudukan kelahiran diguna sebagai pentafsiran. Soalan tentang siapakah di antara adik-beradik yang disayangi oleh ibu bapa? Apakah hubungan yang dapat diperhatikan antara bapa dengan ibu; bapa dengan anak-anak; ibu dengan anak-anak? Siapa di antara adik-beradik yang menyerupai klien? Menyerupai bapa atau ibu? Perkara ini penting bagi kaunselor, bertujuan untuk menyelami persepsi dan pengalaman yang mempengaruhi pertumbuhan hidup klien. Ingatan awal. Terapi Adlerian menggunakan teknik ingatan-ingatan awal, di mana ingatan-ingatan tersebut dapat digunakan sebagai petanda memahami tentang gaya hidup yang dialami klien sekarang. Angapan ini bersesuaian dengan fahaman bahawa individu hanya ingatkan even yang konsisiten dengan pandangan hidup mereka sekarang. Persepsi

Transcript of Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

Page 1: Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

8/9/2019 Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-kaunseling-menggunakan-pendekatan-psikologi-individu-2 1/4

TEKNIK KAUNSELING MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI INDIVIDU

Proses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus kepada hubungan kolaboratif 

antara kaunselor-klien. Di samping itu, klien diberi segala galakan agar mempunyai rasa bertanggungjawab atas tindak-tanduknya. Kaunselor bekerja

keras dengan secara sedar mewujudkan wawasan kepada klien tentang kekuatan

yang ada dalam dirinya. Walaupun segala kelemahan diterangkan kepada klien,

bagaimana pun kelemahan dan serba kekurangan klien tidak begitu ditonjolkan.

Teknik melayan dalam terapi ini lebih mementingkan kepada aliran pemikiran dan

pengalaman klien secara subjektif. Serupa dengan cara layanan terapi afektif,

peringkat awalan proses terapi ini juga memfokus kepada keupayaan penerokaan

menjelaskan matlamat yang hendak dicapai keseluruhan cara layanan juga

mengabung aspek kefahaman empati dan ketulenan terhadap klien.

Tujuan memahami gaya hidup klien, kaunselor pada biasanya akan mengambil

perhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien. 

Perkara ini diterokai secara mendalam tujuan untuk mendapatkan suatu penilaian

kefahaman tentang kehendak klien. 

KAEDAH ANALISIS DAN PENTAFSIRAN DALAM PROSES KAUNSELING

PSIKOLOGI INDIVIDU

Konstelasi Keluarga.

Sebagai satu matlamat untuk memahami klien, kaunselor juga pentingkan analisis

terhadap gabungan dalam keluarga klien. Kedudukan kelahiran antara adik-beradik

  juga digunakan sebagai analisis dan penilaian untuk memahami gaya hidup yang

sedang dialami oleh klien. Aspek kedudukan psikologikal adalah ditumpukan apabila

analisis kedudukan kelahiran diguna sebagai pentafsiran. Soalan tentang siapakah di

antara adik-beradik yang disayangi oleh ibu bapa? Apakah hubungan yang dapat

diperhatikan antara bapa dengan ibu; bapa dengan anak-anak; ibu dengan anak-anak?

Siapa di antara adik-beradik yang menyerupai klien? Menyerupai bapa atau ibu?

Perkara ini penting bagi kaunselor, bertujuan untuk menyelami persepsi dan

pengalaman yang mempengaruhi pertumbuhan hidup klien.

Ingatan awal.

Terapi Adlerian menggunakan teknik ingatan-ingatan awal, di mana ingatan-ingatan

tersebut dapat digunakan sebagai petanda memahami tentang gaya hidup yang dialami

klien sekarang. Angapan ini bersesuaian dengan fahaman bahawa individu hanya

ingatkan even yang konsisiten dengan pandangan hidup mereka sekarang. Persepsi

Page 2: Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

8/9/2019 Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-kaunseling-menggunakan-pendekatan-psikologi-individu-2 2/4

ini memberi peneguhan terhadap logik yang wujud dalam individu tersebut, yang mana

merupakan asas dalam pegangan hidupnya. Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor 

dapat menyelami matlamat klien serta perkara-perkara, nilai yang merangsangkan

klien.

Pada biasanya klien akan diminta untuk relaks sejenak, dan pejamkan mata. Kemudiankaunselor akan bertanyakan soalan atau pernyataan kepada klien:

"Saya sangat berharapkan agar anda dapat mengingati semula memori yang paling

awal dalam hidup anda. Suatu perkara yang benar-benar terjadi kepada diri anda,

bukan suatu perkara yang dimaklomkan kepada anda."

Ingatan-ingatan ini akan diminta oleh kaunselor mengikut sejauh mana dalamnya

keinginan kaunselor untuk meneroka tentang diri klien berkaitan isu yang diproses.

Mengglakkan wawasan.

Cara ini menumpukan keupayaan kaunselor selepas memahami gaya hidup klien untuk

berusaha menggalakkan wawasan klien tentang tingkahlaku yang baru. Dengan

menggunakan teknik yang konfrontif, klien akan dicabar untuk menyelami dan sedar 

terhadap matlamat hidupnya yang merosakkan dirinya. Teknik mencabar digunakan

sealiran dengan teknik galakan. Biasanya pentafsiran-pentafsiran yang bernas adalah

perlu untuk mencetuskan wawasan baru untuk diri klien. Pentafsiran juga digunakan

sesuai dengan kefahaman kaunselor tentang gaya hidup yang dialami oleh klien.

Penerimaan wawasan yang baru oleh klien merupakan permulaan untuk klien tersebut

merasai tanggungjawabnya terhadap isu yang dibincangkan dalam proses terapi.

PROSES YANG DIGUNAKAN DALAM TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU

  Adler berpendapat kaunselor harus mesra dan menerima klien. Empati adalah satu

faktor penting dalam membina suasana teraputik. Hubungan kaunselor dan klien dilihat

sebagai kolaboratif yang mana kaunselor dan klien berusaha untuk bekerjasama dan

bersetuju tentang matlamat kaunseling yang khusus. Teori Psikologi Individu ini tidak

mempunyai teknik yang khusus, jadi Adler telah menyediakan empat fasa proses

kaunseling (Sabariah Siron, 2005).

Fasa terapi

Fasa 1: Membina hubungan

y mengambil berat yang mendalam, melibatkan diri dan menganggap klien

sebagai kawan.

Page 3: Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

8/9/2019 Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-kaunseling-menggunakan-pendekatan-psikologi-individu-2 3/4

y mendengar, memberi tindak balas dan menghormati keupayaan klien untuk

memahami dan mencari perubahan dengan cara kaunselor memberi harapan

serta mengambil berat.

Fasa 2: Meneroka Kedinamikan Klien

y gaya hidup klien melalui pemahaman kaunselor tentang kepercayaan, perasaan,

matlamat dan motif klien.

y Kemahiran empati diperlukan untuk membina pemahaman ini.

y Kaunselor meneroka pengalaman hidup semasa kanak-kanak untuk menilai

hubungan adik-beradik dan persepsi kanak-kanak tentang kedudukannya di

dalam keluarga.

y Mengingat kembali pengalaman awal hidup digunakan untuk menilai gaya hidup

klien.

y Prosedur penilaian ini digunakan oleh kaunselor untuk menilai gaya hidup klien.

y objektif temuabual di tahap ini ialah:

a) Bagaimana masalah hidup klien bermula;

b) Peristiwa-peristiwa yang menyebabkan masalah klien;

c) Sejarah kesihatan;

d) Sejarah sosial;

e) Sebab klien memilih masa tersebut untuk mendapatkan kaunseling;

f) Cara klien menangani tugas hidupnya;

g) Penilaian gaya hidup klien.

Fasa 3: Menggalakkan Pemahaman Kendiri dan Celik Akal

y Kaunselor menekankan kepada membina dan menggabungkan celik akal

kepada masalah klien melalui kesedaran tentang matlamat yang salah dan

tingkahlaku merosakkan diri sendiri.

y Kaunselor menggunakan teknik konfrantasi dan interpretasi untuk membina celik

akal klien. Bukan sahaja celik akal penting, penekanan kaunseling juga kepada

perubahan tingkahlaku.

Fasa 4: Orientasi Semula

y

Mengorientasi dan mendidik semula klien iaitu mempraktikkan celik akal yangtelah didapati oleh klien sepanjang proses teraputik.

y Klien digalakkan mengambil risiko, mencuba tingkahlaku baru, mengambil

tanggungjawab untuk hidupnya dan membuat keputusan baru yang

membolehkannya mencapai matlamat.

y Di dalam kes tertentu perubahan signifikan diperlukan jika klien ingin mengatasi

rasa kecewa dan mencari tempat untuk diri sendiri di dalam hidupnya.

Page 4: Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

8/9/2019 Teknik Kaunseling Menggunakan Pendekatan Psikologi Individu (2)

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-kaunseling-menggunakan-pendekatan-psikologi-individu-2 4/4

y Klein perlu diorientasi semula ke arah hidup yang lebih berguna.

y Hidup berguna melibatkan rasa dipunyai dan dihargai, berminat kepada orang

lain dan mengambil berat kebajikannya, berani, menerima ketidaksempurnaan,

yakin, mempunyai ciri kecindan, sedia memberi sumbangan dan mesra.

y Memberi galakan.