Teknik KBAT
-
Upload
azlinamina -
Category
Documents
-
view
182 -
download
18
description
Transcript of Teknik KBAT
Cont..1
1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA2013
1
PROGRAM kemahiran berfikir aras tinggi
Teknik penyoalan
penghargaan• Bahan ini dibangunkan dan diterjemahkan
berdasar nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education, United Kingdom
2
4
HASIL PEMBELAJARAN Dalam bengkel ini, kita akan meneroka...
Soalan,soalan,soalan…
Soalan yang berkesan
Bagaimanakah soalan menjana pemikiran?
Bloom’s taxonomy and higher order thinkingTaksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggi
Menggunakan soalan dengan berkesan
6
• Menilai pengetahuan sedia ada
• Menimbulkan minat
• Membina pemahaman yang mendalam
• Membina idealisme, sikap dan penghargaan
• Memantapkan pembelajaran
• Merangsang pemikiran kritis
TUJUAN MENYOAL
Samb…
7
• Mentaksir pembelajaran dan kemajuan murid
• Menjelaskan pemikiran
• Mencari sebab atau penjelasan
• Meneroka pandangan alternatif
• Menguji implikasi dan akibat
TUJUAN MENYOALTUJUAN MENYOAL
8
• Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)• Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang
dimaksudkan)• Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan
yang mungkin)• Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan
tindak balas)• Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada
penyoalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
• Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian boleh mengelirukan)
• Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai dan berbeza-beza)
-Art Costa dan Bena Kallick
Soalan yang berkesan:
9
Soalan yang dibina perlu:
• dirancang• logik dan berurutan• ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan• memberi masa kepada murid untuk berfikir• seimbang antara fakta dan pemikiran• tidak berulang• ditanya dalam nada perbualan• direka bentuk untuk mendapatkan maklum
balas yang berterusan
AMALAN BAIK UNTUK GURU
10
"Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan merangsang, kita
sebagai guru mesti menggalakkan mereka bertanya soalan aras tinggi."
Karron G. Lewis
~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas
MEMBINA SOALAN
11
Kajian menunjukkan bahawa:• Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka• Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan• Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta.
Karron G Lewis
~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas
MEMBINA SOALAN
12
“Penyoalan yang berkesan adalah satu aset yang amat penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik memilih alat yang tepat untuk menjalankan tugas dan menggunakannya dengan betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap murid dan teknik penyoalan yang baik. “
William G CampVirginia Polytechnic Institute
and State University
MEMBINA SOALAN
13
Oliver Wendell - Holmes
Terdapat intelek aras satu, intelek aras
dua, dan intelek aras tiga dengan
jendela langit ...
15
Para intelek aras dua akan membanding beza, menaakul, membuat generalisasi dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul oleh pengumpul fakta sebagai kepunyaan sendiri...
16
Mereka yang berada di intelek aras ketiga mampu beridealisasi, berimaginasi dan meramal - mereka diterangi oleh cahaya dari jendela langit
17
Para intelektual aras ketiga Beridealisasi, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi cahaya dari jendela langit
Para intelektual aras dua Membanding beza, menaakul, membuat generalisasi dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul oleh pengumpul fakta
Para intelektual aras satu.Pengumpul fakta tanpa sebarang tujuan
INTELEK 3 ARASTerdapat intelektual aras satu, aras dua dan aras tiga dengan jendela langit.
19
MENGAPLIKASI
MEMPROSES
MENGUMPUL
menilai, membuat generalisasi, mengimaginasi, mempertimbang, menentukan, membuat spekulasi, jika ... maka, mengaplikasiprinsip, membuat hipotesis, meramal, mencetus idea
membanding beza, menerangkan mengapa, memberi sebab, mengelas, mentafsir, menganalisis, membuat kesimpulan awal, membuat urutan, mensintesis, membuat analogi
melengkap, mengira, mendefinisi, menerangkan, mengenal pasti, menyenaraikan, menyesuaikan, menamakan, memerhati, memilih, melafaz, mengimbas
Intelek 3 Aras
20
• Benjamin Bloom membangunkan taksonominya pada tahun 1950-an• Ia adalah suatu hierarki enam peringkat perkembangan
pemikiran yang menjadi semakin kompleks dan mencabar.
• Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua bidang pembelajaran.
• Pada 1990-an Lorin Anderson telah membuat adaptasi pada taksonomi asal.
21
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mem
ekark
an
Pem
ikira
n
Aplikasi
Analisis
Sintesis
PenilaianMencipta
MemahamiKefahaman
MengingatPengetahuan
AndersonBloom
22
Kompleksiti Pemikiran
Bahasa Pemikiran Kata Kerja
MengingatSaya boleh ingat semula maklumat
Mengecam, mengulang, menyenaraikan. menerangkan, mengenal pasti, menamakan
MemahamiSaya boleh ingat semula dan menjelaskan idea dan konsep
Mentafsir, menjelaskan, memberi contoh, meringkaskan, membuat kesimpulan awal, menunjukkan pemahaman, menterjemah
MengaplikasiSaya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan biasa atau baharu
Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, menggunakan
MenganalisisSaya boleh mengeluarkan idea-idea penting
Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun
MenilaiSaya boleh membuat pertimbangan dan keputusan
Menyemak, mempertimbang, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesis
MenciptaSaya boleh memikirkan idea dan cara baharu untuk menggunakan maklumat
Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil
23
Siapakah...? Apakah ...?Di manakah ...? Apabila ...?Yang manakah ...?
Mengulangi, menamakan,mengingat semula, menyatakan, menyenaraikan
Jawapan berfakta, mengingat semula dan mengenalMengingat
Apakah maknanya?Apakah kegunaannya?Bolehkah anda terangkan ...?
Menyatakan semula , menerangkan, mentafsir, menterjemah, merumus
Mengungkap semula dan mentafsir untuk menunjukkan pemahaman
Memahami
So
alan
Mu
dah
So
alan
Mu
dah
Apakah contoh-contoh lain yang ada tentang ini?
Menunjukkan, menggunakan,mengaplikasi, membina,menggambarkan
Mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi atau pengalaman baharu
Mengaplikasi
Bagaimana mereka sama / berbeza?Bagaimana ia berfungsi ...?Apakah bukti ...?
Membanding beza,mengelas,menyusun,meneliti, menganalisa
Pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil -meneliti secara lebih mendalam & memahami perhubungannya
Menganalisis
Mengapa anda berfikir tentang ...?Mengapa anda suka ini ...?Apakah yang terbaik ...?
Menentukan kedudukan, menyimpul, menilai , mentaksir, menentukan
Membuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulan
Menilai
Bagaimanakah kita boleh mereka bentuk ...? Bolehkah kita menambah ...? Apa yang akan berlaku jika ...?
Mereka bentuk, mencipta, menambah baik merancang, membina, menggubah
Gabungkan maklumat untuk mencipta sesuatu yang baharu
Mencipta
So
alan
S
oal
an K
om
ple
ksK
om
ple
ks
Soalan PemulaSoalan PemulaBahasa PemikiranBahasa PemikiranPeneranganPeneranganAras pemikiran dan Aras pemikiran dan penyoalanpenyoalan
Soalan-soalan Yang Membangunkan Tahap Pemikiran Bloom
24
Mengaplikasikan Bloom
Berdasarkan video ‘Si Tanggang’, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom.
MengingatMemahami MengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta
25
Mengaplikasikan Bloom Berdasarkan cerita ‘Si Tanggang’
Mengingat - Apakah yang dibawa balik oleh Si Tanggang ke rumahnya?
Memahami - Apakah yang menyebabkan Si Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang?
Mengaplikasi – Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah ibu Si Tanggang?
Menganalisis – Apakah titik perubahan dalam cerita ini?
Menilai - Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang terhadap ibunya?
Mencipta – Apakah perubahan yang boleh anda lakukan dalam cerita tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini?
26
Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki tua. Beliau adalah sangat tua. Sesetengah orang mengatakan bahawa umurnya adalah seribu tahun. Beliau juga sangat bijak dan tahu banyak perkara. Ramai orang datang untuk melawat beliau di dalam gua berhampiran laut. Mereka sentiasa meminta bantuan daripadanya.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang berjumpa dengan orang tua yang bijaksana ini. "Wahai ayah yang bijaksana," kata lelaki muda itu, "Saya mahu menjadi seorang yang berguna kepada manusia. Saya mahu berkhidmat kepada mereka sepanjang hidup saya. Bagaimana saya boleh melakukan ini?”
diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
Samb…
27
…Samb
"Itu sangat baik," kata lelaki tua itu. “Ini adalah sebuah kotak ajaib. Jangan buka kotak ini sehingga anda sampai ke rumah. Jika anda membukanya sekarang, sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.”
"Terima kasih, wahai ayah yang bijaksana,” kata lelaki muda itu. Kemudiannya, pemuda tersebut mengambil kotak dan pulang. Apabila beliau keluar dari gua, dia berhenti. "Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam kotak ini?" katanya kepada dirinya sendiri. "Saya akan melihatnya.“
Dia membuka kotak dan sekali gus dia bertukar menjadi pokok kelapa yang tinggi. Itu adalah hukuman kepadanya kerana mengingkari orang tua itu, tetapi dia masih mencapai hasratnya kerana pokok kelapa adalah sangat berguna kepada manusia.
28
Mengaplikasikan Bloom
Gunakan cerita Pokok Kelapa tadi, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom.
MengingatMemahami MengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta
29
MENGAPLIKASIKAN BLOOM Berdasarkan cerita Pokok Kelapa
Mengingat – Apakah yang diberikan oleh lelaki tua itu kepada pemuda tersebut?
Memahami - Apakah yang disampaikan oleh cerita ini tentang pokok kelapa? Atau tentang manusia?
Mengaplikasi – Apakah yang anda dapat apabila anda mempraktikkan kesabaran?
Menganalisis - Apakah titik perubahan dalam cerita ini?
Menilai - Apakah pandangan anda terhadap hukuman yang diterima oleh pemuda tersebut?
Mencipta – Apakah yang akan berlaku sekiranya pemuda tersebut tidak membuka kotak ajaib?
31
Kata Kerja yang boleh digunakan
Contoh SoalanContoh aktiviti dan
hasil
memberitahumenyenaraikanmenggambarkanmenghubung kaitmengesanmenulismencarimenyatakanmenamakan
Apakah yang berlaku selepas...?Berapa banyak...?Siapakah yang...?Namakan...?Terangkan apa yang berlaku di...?Siapakah yang memberitahu...?Beritahu kenapa...?Cari maksud bagi...?Apakah yang...?Manakah yang benar dan salah...?
Senaraikan peristiwa-peristiwa utama ...Buat satu garis masa peristiwa.Buat satu carta fakta.Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini…Buat satu carta untuk menunjukkan...Buat satu akrostik.Deklamasikan satu puisi.
MENGINGATMENGINGAT
32
MEMAHAMIMEMAHAMI
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menerangkan
mengintepretasi
menggariskan
membincangkan
mengesan
meramal
menyatakan semula
menterjemah
membanding
menggambarkan
Nyatakan dalam perkataan
sendiri ...
Beri gambaran ringkas ....
Apakah yang akan berlaku
selepas ini ...?
Pada pendapat anda siapa..?
Apakah perkara utama ...?
Siapakah watak utama..?
Apakah perbezaan antara..?
Beri contoh untuk menyokong
jawapan anda.
Apakah definisi...?
Menerangkan peristiwa.
Terangkan pendapat anda tentang idea
utama.
Sediakan satu jalur kartun yang
menerangkan urutan peristiwa.
Tulis dan lakonkan pementasan
berdasarkan jalan cerita…
Ceritakan semula dalam perkataan
sendiri
Lukiskan satu aspek yang anda suka
Tuliskan ringkasan
Sediakan satu carta alir untuk
menggambarkan urutan peristiwa
Sediakan satu buku mewarna
33
MENGAPLIKASIMENGAPLIKASI
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menyelesaikan
menunjukkan
menggunakan
membuat ilustrasi
membina
meramal
melengkapkan
menilai
mengklasifikasi
menggambarkan
Tahukah anda peristiwa lain di mana..?
Bolehkah perkara ini berlaku ...?
Himpunkan mengikut perwatakan
Apakah faktor yang anda ubah jika..?
Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah
ini dengan pengalaman sendiri?
Apakah soalan yang akan ditanya...?
Daripada maklumat yang diterima, bina
satu set arahan untuk ..
Adakah maklumat ini berguna jika
anda ada...?
Bina sebuah model yang akan menunjukkan
bagaimana ia berfungsi.
Bina sebuah diorama untuk menceritakan
sesuatu peristiwa.
Ambil beberapa keping gambar untuk
menunjukkan sesuatu perkara.
Bina sebuah model tanah liat.
Rangka satu strategi pemasaran produk anda
menggunakan strategi yang diketahui sebagai
panduan.
Pakaikan anak patung dengan pakaian
kebangsaan / tradisional.
Lukis mural berdasarkan perkara yang sama.
Tulis buku teks tentang …
34
MENGANALISISMENGANALISISKATA KERJA YANG BOLEH
DIGUNAKANCONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menganalisis
membezakan
menilai
membanding
menyiasat
mengkategori
mengenal pasti
menerangkan
memisahkan
mengiklankan
Peristiwa manakah akan berlaku..?
Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang
akan berlaku?
Apakah persamaan .. dengan ..?
Apakah hasil lain yang mungkin...?
Himpunkan mengikut perwatakan
Apakah faktor yang anda ubah jika..?
Kenapa perubahan ini berlaku?
Banding perubahan yang anda kemukakan
dengan yang disampaikan.
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku
apabila..?
Apakah persamaan..?
Apakah masalah yang mungkin timbul?
Apakah motif..?
Apakah titik perubahan ...?
Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul
maklumat
Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk
Bina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat
kritikal
Bina sebuah jigsaw
Bina sebuah salasilah keluarga untuk
menunjukkan perhubungan
Tuliskan sebuah biografi seseorang
Sediakan laporan ..
Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun
atur, langkah, rekod yang diperlukan
Nilaikan hasil seni – persamaan dan
permasalahan
35
MENILAIMENILAI
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASIL
mengadili
memilih
memutuskan
membenarkan
membahas
mengesahkan
berhujah
mengesyorkan
menilai
membincang
mengutamakan
memberi kadar
menentukan
Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ...Nilaikan ...Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...?Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk?Bagaimana anda akan mengendalikan ...?Apakah yang mengubah ... Adakah anda akan mengesyorkan?Adakah anda percaya?Adakah anda seorang ... orang?Apakah perasaan anda jika ...?Adakah berkesan ...?Apakah pendapat anda tentang ...?
Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai
sesuatu ... menunjukkan.
Kendalikan perbahasan tentang isu yang
menarik perhatian orang ramai.
Buat satu buku catatan mengenai 5
peraturan yang anda anggap penting.
Menyakinkan orang lain.
Membentuk panel untuk membincangkan
pandangan, misalnya "Pembelajaran di
Sekolah."
Tulis sepucuk surat kepada ...
memberi nasihat mengenai perubahan
yang diperlukan di ...
Sediakan kes untuk membentangkan
pandangan anda tentang ...
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASIL
mencipta
mereka
mengarang
meramal
merancang
membina
mereka bentuk
mengimaginasi
mengusul
menjana
mencipta formula
Adakah anda boleh mencipta…?
Mengapa tidak mengubah sebuah lagu tentang…?Dapatkah anda melihat penyelesaian jika...?Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber, bagaimana anda akan berurusan dengan ...?Mengapa tidak anda merangka...?Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?Apakah yang berlaku jika…? Berapa banyak carakah anda boleh cipta ...yang baru dan luar biasa untuk...?Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang sedap?Bolehkan anda bina kertas kerja untuk...
Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu.Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda .Cipta satu produk baharu. Berikan nama dan rancang satu kempen pemasaran.Menulis tentang perasaan anda berkenaan...?Cipta satu rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomin tentang ...? Reka bentuk satu kulit depan,rekod, buku, atau majalah untuk ...?Pasarkan idea. Merangka satu cara untuk ... ?Gubah satu rentak atau memasukkan lirik baru kepada melodi yang dikenali...?36
MENCIPTAMENCIPTA
38
• Rancang soalan anda• Bersedia untuk bertanya soalan susulan • Tentukan sama ada soalan itu hendak ditujukan kepada
seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individu• Beri masa untuk murid berfikir• Adakah soalan anda seimbang antara fakta dan
pemikiran?• Bertanya dalam nada perbualan• Bentuk soalan yang akan mendapat maklum balas yang
berterusan
Memperkembangkan Kemahiran Penyoalan Guru
39
Guru perlu:• mengelakkan bertanya banyak soalan • menggalakkan murid bertanya lebih banyak soalan jenis
lisan dan bertulis• menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa
perbincangan• menerima soalan yang diajukan• memberikan masa untuk membuat soalan susulan
kepada murid• mengumpul, membincang, membina dan
mengkategorikan soalan murid
Memperkembangkan Kemahiran Penyoalan Murid
40
• Dengan menggunakan nota edaran, pilih dua soalan daripada setiap kotak.
• Kenal pasti bila anda mungkin menggunakan soalan berkenaan secara berkesan dalam pengajaran anda baru-baru ini.
Aktiviti:
41
• Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ...?• Apakah yang anda maksudkan dengan...?• Bolehkah anda memberi saya satu contoh ..?• Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?• Bolehkah anda menunjukkan saya cara...?
1. Soalan-soalan Yang Menjelaskan Pemikiran
42
• Mengapa anda berfikir bahawa ...?
• Bagaimana kita tahu bahawa ...?
• Apakah sebab-sebab anda ...?
• Apakah bukti yang kita ada untuk...?
• Kenapa anda menyatakan sedemikian?
2. Soalan-soalan untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
43
•Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara yang lain?
• Adakah terdapat pandangan yang lain...?• Bagaimana sekiranya ada orang lain yang mengesyorkan bahawa ...?• Apakah yang perlu kita tahu sekiranya ...?
3. Soalan-soalan Meneroka Pandangan Alternatif
44
4.Soalan-soalan Menguji Implikasi dan Akibat
• Apakah susulan daripada pernyataan anda?• Adakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini?• Apakah akibat sekiranya …?• Adakah terdapat peraturan am untuk …?•Bagaimanakah anda dapat memastikan … sama ada benar atau tidak?
Tindakbalas Terhadap Soalan-Soalan Murid
Menganalisis soalan Apakah yang anda maksudkan dengan ...?
Menyusun semula soalan Adakah anda maksudkan...?
Menyoal murid kembali Apakah pendapat anda ...?
Tanya soalan sokongan Saya tertanya-tanya sama ada/sekiranya...?
Cadangkan kemungkinan-kemungkinan
Mungkin kita boleh ...?
45
46
MASA MENUNGGU ATAU MASA BERFIKIR
Setelah anda menyoal murid,
beri masa kepada mereka untuk memikirkan jawapan
Berapa lama?
47
MASA MENUNGGU
Masa menunggu amat penting untuk perkembangan proses pemikiran aras tinggi apabila murid diminta
menjawab soalan
Ia adalah tempoh masa di antara masa guru bertanya soalan dan masa meminta pelajar menjawab
Kebiasaannya, purata masa menunggu guru adalah 1 saat
48
IMPAK MENAMBAH
MASA MENUNGGU
MURID
Peningkatan dalam jumlah soalan murid
Murid berkemungkinan menjawab dengan ayat
lengkap
Jawapan murid lebih panjang
Murid berkemungkinan berfikir secara spekulatif,
“Kemungkinan akan ...”
49
IMPAK MENAMBAH
MASA MENUNGGU
GURU
Guru mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir
tentang jawapan murid
Jangkaan guru terhadap jawapan murid berubah
Guru mula menggunakan kepelbagaian dalam teknik
penyoalan
Mewujudkan iklim bilik darjah yang lebih kondusif untuk pemikiran
aras tinggi
50
Soalan...?Soalan...?Soalan...?
Soalan berkesan
Bagaimana soalan-soalan membina pemikiran
Taksonomi Bloom dan Pemikiran Aras Tinggi
Menggunakan soalan dengan berkesan
HASIL PEMBELAJARANDalam bengkel ini, kita
telah meneroka...
51
MEMBINA SOALAN
“Soalan yang baik tidak terjawab. Soalan bukan satu bolt yang perlu diketatkan tetapi umpama benih yang perlu disemai yang akan terus bercambah ke arah menghijaukan landskap idea.” John Anthony Ciardi (1916 – 1986)