Teknik KWL

2

Click here to load reader

Transcript of Teknik KWL

Page 1: Teknik KWL

Teknik KWL telah digunakan dalam penilaian diagnostik dan penilaian sumatif.

Bagaimanakah teknik KWL ini dapat diaplikasikan dalam suatu tajuk pelajaran sains.

Teknik KWL diperkenalkan oleh Ogle,1986. Langkah-langkah penggunaannya:

1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada dan kerangka alternatif murid dengan bertanya apa yang diketahui (Know) tentang tajuk yang akan dipelajari.

2. Murid berkolaborasi dalam aktiviti kelas atau kumpulan untuk menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang hendak dipelajari. (Want to learn)

3. Selepas P&P, murid berbincang apa yang telah dipelajari. (Learn) Guru menggunakan teknik penyoalan di bahagian L atau menjalankan ujian untuk menguji kefahaman murid di akhir P&P.

4. Murid melengkapkan jadual 1. Murid mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi untuk membantu membina pengetahuan dan kefahaman bermakna hasil daripada pembelajaran mereka dan memantau pencapaian objektif atau hasil pembelajaran mereka

5. Guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan untuk mempelajari lebih mendalam tentang topik tersebut. (How Can We Learn More)

K(What I KNOW)

apa yang diketahui

W(What I WANT to Know)

apa yang hendak dipelajari

L(What I LEARNED)

apa yang telah dipelajari

H(How Can We Learn More)

apa yang boleh dipelajari dengan lebih mendalam

Jadual 1

Aktiviti Kumpulan:

Beri satu contoh penggunaan teknik K-W-L bagi satu tajuk yang dikenal pasti dalam mata pelajaran Sains.