Teknik Lari Pecut

33
Teknik lari pecut Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut. a. Gaya berdiri i. Persediaan peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi. ii. Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan. bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. condongkan badan ke hadapan. kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan” iii. Sedia condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.

Transcript of Teknik Lari Pecut

Page 1: Teknik Lari Pecut

Teknik lari pecut

Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a.    Gaya berdiri

              i.        Persediaan         peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke

garisan' diberi.

            ii.        Ke garisan         Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada

garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

         bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.         condongkan badan ke hadapan.         kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki

hadapan.

Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan”

           iii.        Sedia         condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.         bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.         badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan

wisel.

Page 2: Teknik Lari Pecut

Rajah 1.4: Gerakan “sedia”

           iv.        Mula         pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki

hadapan.

        Rajah 1.5: Gerakan “mula” 

http://laripecut.blogspot.com/p/teknik-lari-pecut.html

Page 3: Teknik Lari Pecut

LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang

terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul kepada para

pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut

Tangan digerakkan dengan pantas.

Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

TEKNIK MULAAN LARI PECUT

Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Mulaan gaya berdiri

Gaya ini seringkali diamalkan oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat.

Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula.

Bengkokkan sedikit kaki hadapan.

Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.

Condongkan badan ke hadapan.

Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.

Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan kuat.

Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan. (Rujuk

kepada prinsip-prinsip asas lari pecut)

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lari-pecut.html

Page 4: Teknik Lari Pecut

http://www.zairedin.com/2011/12/lari-pecut.html

LARI PECUT TEKNIK DAN APLIKASILARI PECUT.Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan

Page 5: Teknik Lari Pecut

seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan

Page 6: Teknik Lari Pecut

tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

Diterbitkan pada: 17 Januari, 2008   

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/#ixzz2GtjPkGlM

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/

ERATURAN DALAM LARI PECUTPeraturan / undang-undang lari pecut

1.    Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.

2.    Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.

Page 7: Teknik Lari Pecut

3.    Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan

atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.

4.    Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh

tanah.

5.    Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira

batal.

6.    Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan

kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.

7.    Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.

8.    Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

Prinsip-prinsip asas larian pecut adalah seperti berikut :-

a)  berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki

b)  kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki

    tersebut

c)  tangan digerakkan dengan pantas

d)  leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan )

Page 8: Teknik Lari Pecut

Panjang langkah

Panjang langkah seorang pelari ditentukan oleh beberapa faktor:

            1) panjang kaki pelari

            2) kefleksibelan pinggul

            3) kekuatan dan keanjalan otot

4) julat pergerakkan

           

Dua perkara yang patut dielakkan adalah berlari pelepik-pelepik dan termelangkah.

Berlari pelepik-pelepik adalah untuk mencapai aksi yang lebih pantas daripada kaki sehingga

menjejaskan kepanjangan kaki. Termelangkah melibatkan jangkauan ke depan dengan kaki

pemulihan semasa menyentuh tanah. Ia akan melambatkan atlet dengan menyebabkan kesan

membrek kepada gerakan ke hadapan. Gaya lari pecut yang baik adalah dengan

memanjangkan pinggul, lutut dan sendi pergelangan kaki, pemacu kaki belakang dan

mengangkat lutut dan peha kaki kanan.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Setelah melakukan pelepasan dengan baik dan pada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.

Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa , pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

Page 9: Teknik Lari Pecut

Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas danpada paha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan ini  boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.

Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam lariari pecul. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan. Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi.

Page 10: Teknik Lari Pecut

Kedudukan badan hendaldah condong sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

Menamatkan Larian Pecut

Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pclari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan mmemusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkann larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pcgawai penamat disebabkan beberapa pekari niencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara iru akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100 meter dan 200 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan

Page 11: Teknik Lari Pecut

berjalan. Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cam untuk mengatasai sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.

http://laripecut.blogspot.com/p/kesalahan-dalam-lari-pecut.html

OLAHRAGA (LARI PECUT)

SEJARAH

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam

Page 12: Teknik Lari Pecut

Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

 PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT

Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan aktiviti fizikal yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut merupakan aktiviti fizikal yang dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga.

 Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan perkembangan olahraga iaitu pada tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga. Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD). Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam olahraga. Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPATChris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.

Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55 Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42 

Contoh = 86 cmPenempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cmJarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm

Page 13: Teknik Lari Pecut

ukuran balapan/trek 200m

PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH

Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam .

Aktiviti  drilling sebelum memulakan lari pecut :

Page 14: Teknik Lari Pecut

                                                                                          

     

Page 15: Teknik Lari Pecut

 Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah menguasai teknik larian dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik

 KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT  

Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu:

i)             Fasa permulaan

ii)             Fasa berlepas

iii)            Fasa pecutan

iv)            Fasa penamat

 Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik tertentu untuk melakukannya.

 i) FASA PERMULAAN - Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. - Teknik gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan larian. - Gaya dekam terbahagi kepada tiga cara, iaitu:

a. Cara peluru/pendek- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk

Page 16: Teknik Lari Pecut

. b. Cara sederhana - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

c. Cara panjang - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 ½ tapak. - Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

 Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut. - Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan pecutan.

 Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, dan mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih kompleks seperti berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi dan memecut. - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan melonjak untuk jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding). Latihan ini semakin kompleks apabila murid didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah melepasi halangan, melompat, memusing, mendekam, dan memecut.kemudian secara berpasangan, murid dikehendaki berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan menggunakan sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.

 Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:

i.              peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. - kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. - jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan.  kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. - bahu ke hadapan sedikit. - tangan lurus tetapi dalam keadaan selesa. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan). - kawal pernafasan.

ii.             peringkat sedia - kawal pernafasan - pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga melebihi aras bahu. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. - fokuskan mata ke hadapan. . - bahu ke hadapan sedikit daripada tangan. - lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah. - lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. - kaki ditolak kuat pada blok permulaan

. ii) FASA BERLEPAS - Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik sahaja pelari mendengar isyarat mula atau bunyi letupan pistol. - Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut yang baik. - Teknik fasa berlepas ialah:

i.              kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan.

ii.             tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki.

Page 17: Teknik Lari Pecut

iii.            badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang pertama.

iv.            elakkan daripada melompat ke hadapan untuk langkah pertama.

.  FASA PECUTAN - Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan. Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat. - Teknik bagi fasa pecutan ialah:

i.              langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.

ii.             berlari di atas bebola kaki.

iii.            bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

 FASA PENAMAT - Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan semasa menghampiri garisan penamat. - Teknik fasa penamat ialah:

i.              terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan penamat.

ii.             bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.

iii.            badan dicondongkan sedikit.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:

1.   Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini , dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan, walaupun pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah sama.

2.   Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.

3.   Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat diperolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.

4.   Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian

Page 18: Teknik Lari Pecut

adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.

ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.

i.              lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjoging dan regangan.

ii.             tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan pantas, lari pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.

iii.            amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal terutamanya komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..

iv.            pakai pakaian yang sesuai dan bebas.

v.             gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan.

vi.            pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda yang berbahaya.

 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT

       i.        jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelari.

     ii.        peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.

    iii.         permulaan yang baru akan dilakukan.

    iv.         jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada bertanding.

     v.         peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.  

Ciri-ciri sistem tenaga untuk pelari pecut.

Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga. Sebagai contoh semasa  berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.

Anaerobik alaktik

Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.

Anaerobik laktik

Page 19: Teknik Lari Pecut

Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.

Glukos atau asid lemak + triglycerides + 02 → C0 2 + H 2 O + haba    

 BIBLIOGRAFI

 1. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman webhttp://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan- aplikasi/

2. Dilawati pada 11 Mac 2009 daripada laman webhttp://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter

 3. Idris bin Mohamed, Shaharudin bin Abd. Aziz, dan Zamry bin Ahmad (2002), Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan  Tingkatan 1, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

                                                                                

http://5starpjkdpli.blogspot.com/2012/02/sejarah-laripecut-merupakan-salah-satu.html

SEJARAH OLAHRAGASEJARAH OLAHRAGA

Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini.

Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of

Page 20: Teknik Lari Pecut

Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1½ inci (7.0485).

Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

SEJARAH LARI PECUTSEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.

Page 21: Teknik Lari Pecut

Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut .

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.c)Tangan digerakkkan dengan pantas.d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari

Page 22: Teknik Lari Pecut

dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.

Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

FASA-FASA DAN TEKNIK LARIANFASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN

Menurut pakar, fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikuti) Fasa permulaanii) Fasa lariana) Fasa pecutanb) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuanc) Fasa larian di selekohiii) Fasa penamat

Fasa PermulaanBukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat 3 cara :a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start) b) Gaya sederhana(Medium Start) c)Gaya Panjang(Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan1. Gaya pelurua) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana

Page 23: Teknik Lari Pecut

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjanga) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach, seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa(mengikut Payne, 1985)

Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya pelurublok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhanagaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Penempatan blok permulaan yang lebih tepat

Chis Brook(1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling:Novice to Championship mengemukan satu cara penempatan blok yang lebuh tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.

Nilai dicari Cara mengira KeputusanPanjang kaki Dari trochanter ke tanahPenempatan blok Panjang Kaki ____ ×

Page 24: Teknik Lari Pecut

hadapan 0.55Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42

Contoh : Panjang kaki = 86 cm

Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.3 cm ( a)

Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm (b)

Penempatan blok di selekoh

Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada garis dalam.

Teknik larian di selekoh

Fasa Permulaan dan Pecutan

Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leherKepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki

Page 25: Teknik Lari Pecut

Selepas ‘ bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan ( bukan ke atas ) dimulakan. Diikuti pergerakan kuat tangan dan kaki.

Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan kehadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

Lutut belakang digerakkan ke belakang dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30-60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter. Dalam acara lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira- kira 18 meter. Apabila seseorang atlit mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlit tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

Teknik Larian di Selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa ‘ centrifugal’.Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan atau untuk mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’, seorang pelari seharusnya merendahkan badan kea rah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Teknik Penamat

Faktor yang paling pentinguntuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 mdan 210 m untuk 200 m.Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut untuk melewati garisan penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.9 mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

ANSUR MAJULatihan Ansur Maju

Page 26: Teknik Lari Pecut

 Latihan mendorong1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.2. Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan.3. Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi

berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.4. lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.

 Larian teknik pecut1. Berlari dengan melangkah panjang.

2. Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang.

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.

8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung

 Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan1. Melonjak untuk jarak

2. melangkah panjang ( bounding )

3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/08/kerja-kursus-pj-olahraga-lari-pecut.html