Teknik Lawatan Ataupun Kaedah Lawatan Adalah Satu Kaedah Pengajaran Yang Boleh Memberi Kesempatan...

download Teknik Lawatan Ataupun Kaedah Lawatan Adalah Satu Kaedah Pengajaran Yang Boleh Memberi Kesempatan Kepada Pelajar

of 8

description

teknik

Transcript of Teknik Lawatan Ataupun Kaedah Lawatan Adalah Satu Kaedah Pengajaran Yang Boleh Memberi Kesempatan...

Teknik lawatan ataupun kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran yang boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai suatu perkara atau keadaan secara langsung di luar

Teknik lawatan

Teknik lawatan ataupun kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran yang boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai suatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. (Bruce Joyce dan Marsha Weil,2000). Di samping itu juga, ia dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Kaedah tersebut juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum sekolah di luar rutin sekolah. Di antara tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, air terjun, akuaria KLCC, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya. Kaedah ini membolehkan guru mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.

Menurut Gardner dan White Blythe (1992) kaedah tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar mengenai suatu konsep menerusi pengalaman secara langsung. Menerusi kaedah ini, ianya menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan sekaligus memberi kesan kepada pembelajaran yang mana pelajar diberikan peluang untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan konteks pembelajaran di sekolah. Dalam pada itu kaedah tersebut juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan lebih bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

Selain daripada itu juga teknik lawatan dalam pengajaran ini dapat memberikan kelainan dalam kaedah pembelajaran yang tidak hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Kaedah seumpama ini dapat memberikan ruang dan suasana yang berbeza dan menarik minat pelajar-pelajar di samping pendedahan maklumat secara terus. Dalam aspek ini, lawatan ke muzium merupakan satu perubahan yang baik untuk memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai peristiwa masa silam dari pelbagai sudut dan perspektif. Hal ini akan membuka minda pelajar-pelajar dan membentuk fakulti keintelektualan dalam diri mereka.Di antara kelebihan kaedah ataupun teknik ini adalah pelajar-pelajar akan mendapat pelbagai maklumat penting. Hal ini kerana pengalaman merupakan aspek yang paling bernilai. Pengalaman yang berguna menjadi asas kepada pelajar untuk menghadapi keadaan-keadaan yang lain dengan kegiatan-kegiatan lain kemudiannya. Selain daripada itu, kaedah tersebut akan memberikan kesedaran persekitaran sejarah kepada pelajar. Teknik lawatan tersebut akan mengubah corak pemikiran mereka dengan sikap-sikap yang lebih matang. Pelajar-pelajar akan mula memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan akan meningkatkan kemahiran dan minat terhadap matapelajaran sejarah. Jika sebelum ini pembejaran di dalam kelas membosankan, dengan adanya lawatan ke muzium pelajar-pelajar akan lebih seronok dengan bahan-bahan sejarah yang dilihatnya. Mereka akan lebih teruja untuk mempelajari sejarah dalam masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai dan sikap patriotik dikalangan pelajar-pelajar. Mereka menyayangi khazanah-khazanah berharga dan sekaligus menghargai sejarah bangsa mereka sendiri.Di samping itu, lawatan tersebut akan memberikan satu pendedahan baru kepada pelajar serta bermatlamat memupuk keperibadian seorang penyelidik sejarah. Perkara ini akan memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai kaedah untuk menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah yang diperolehi mereka. Hal tersebut sekaligus menjadi satu latihan kepada mereka dalam proses membuat suatu kajian yang perlu mereka ketahui. Langkah-langkah tersebut akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari di dalam kelas melalui buku teks. Hal ini kerana muzium memberikan gambaran yang konkrit memandangkan muzium dapat menjadi media pendidikan yang efektif.Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang melanda dunia pendidikan masa kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Jamaludin dan Nik Azis 1989). Menurut Nik Azis (1989) pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting iaitu:

i) Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer.

ii) Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data iaitu data penyelidikan dan perkataan.

iii) Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pengaturan pelajar dan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Menurut Jamaluddin (1989) pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar. Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal. Dalam pengajaran berbantukan komputer (CAI), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Berdasarkan aspek tersebut, pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Frunkhouser 1993, Henderson dan Landersman 1992, Chazan 1988, dan Al Ghamdi 1987 mendapati:

i) Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

ii) Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.

iii) Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

iv) Kumpulan yang berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Di samping itu menerusi bidang pendidikan, komputer berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti:

i) Penghasilan Bahan Kurikulum

ii) Latih Tubi

iii) Tutorial

iv) Ulangkaji

v) Pemulihan dan Pengayaan

vi) Simulasi

vii) Pengiraan

viii) Alat Bantu Mengajar

Penggunaan multimedia

Multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharudidin dan Mohd,1995). Multimedia berasaskan komputer dapat menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami suatu konsep. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Di antaranya multimedia dapat;

i) memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.

ii) memudah dan mempercepatkan kefahaman suatu konsep matematik.

iii) menjadikan aktiiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

iv) membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.

v) membantu pelajar mengulangi suatu isi pelajaran berulang kali.

Selain daripada itu teknologi multimedia telah mengembangkan penggunaan komputer dari alat yang digunakan untuk memproses maklumat kepada alat yang bertindak sebagai media pengajaran. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia telah mempunyai kemampuan untuk penyampaian teks, video bergerak, suara, animasi yang canggih dan grafik yang beresolusi tinggi. Gabungan unsur unsur ini akan membentuk satu persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Menurut Smellie et al. (1997) media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.Penggunaan Internet

Internet atau International Network of Networks merupakan sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ianya mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian internet, terdapat pelbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber tersebut termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Menerusi rangkaian internet, terdapat lebih daripada 8000 kumpulan diskusi elektronik.Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar, rencana tertentu, jurnal dan buletin (Web Sutera 1999). Melalui Internet, sumber-sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber sebegini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universiti, malah ia juga turut boleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat (Web Sutera 1999). Menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Melalui kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS. Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996).Dalam pelaksanaan projek tersebut, Kementerian Pendidikan telah:

i) menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan.

ii) melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan.

iii) merancang, melakasana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat.

PENGAPLIKASIAN KOMPUTER DALAM BILIK DARJAHPeranan Gurui) Penggubal Pembelajaran

Bagi menyediakan pembelajaran yang bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran multidimensi, guru perlu memahami hubungan di antara fungsi asas aplikasi komputer dengan teori pembelajaran. Pemahaman ini menjadi asas bagi pemilihan strategi pembelajaran yang perlu dipilih berdasarkan jenis kandungan pelajaran (fakta, peraturan, konsep, prosedur) dan hasil pembelajaran yang disasarkan (mengingat semula atau aplikasi). Selepas kandungan pelajaran dan sasaran pembelajaran ditetapakan, guru menggubal aktiviti-aktiviti yang menjanakan pembelajaran atau membimbing pelajar membuat perkaitan di antara pelajaran baru dengan pelajaran lama (Janet L.M, 1988). Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan pelajar dalam berbagai tugasan seperti mencari makluamat, mengkategorikan maklumat, menganalisis idea, dan sebagainya. Kemp, Morrison dan Ross (1994) menyenaraikan aplikasi komputer yang menyokong pembelajaran sebegini sebagai aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan pangkalan data. ii) Fasilitator

Peranan guru juga berubah daripada penyampai maklumat kepada fasilitator pembelajaran (Dufty & Jonassen. 1991). Guru yang kompeten teknologi bukan sahaja memodelkan proses seperti bagaimana membina pelbagai medan (field) dalam pangkalan data tetapi juga memodelkan proses kognitif pemikiran diperlukan untuk mencapai tugasan peembelajaran. Kebanyakan bilik darjah terdiri daripada pelajar heterogeneous dari segi pengetahuan dan kemahiran. Guru perlu fasilitasi proses scaffolding untuk membantu pelajar-pelajar mengurangkan jurang di antara yang mereka tahu dengan apa yang mereka perlu tahu (Collins, 1994). Proses scaffolding untuk melibatkan berbagai pengalaman pembelajaran seperti penggunaan perisian pendidikan spesifik.

Peranan Pelajar

Matlamat idea untuk persekitaran pembelajaran multidimensi adalah menghasilkan pelajar yang kompetens teknologi. Pelajar digalakan untuk membentuk kemahiran berfikir secara kritikal dalam konteks menyelesaikan masalah. Dalam hal ini aspek penyoalan, perancangan, perekaan, penganalisaan dan tekaan adalah sebahagian usaha kumpulan yang dipupuk dalam persekitaran pembelajaran multidimensi. Hal ini bermakna pelajar perlu selesa dengan penggunaan komputer dan memilih sumber maklumat termasuklah penggunaan komputer dan memilih sumber yang paling sesuai. Contohnya, mereka mungkin perlu mencari, menilai dan mengambil maklumat daripada internet, menggunakan hamparan elektronik bagi manipulasi data dan melihat keputusan dalam pelbagai format dan carta dan penyediaan persembahan. Menerusi aspek ini Perkara yang perlu ditegaskan ialah pelajar mempelajari penggunaan komputer bukan sebagai sumber pembelajaran tunggal tetapi merupakan satu daripada pelbagai sumber.Menggubal Pelajaran CSI

Dalam perubahan daripada literasi komputer kepada kompetasi teknologi, kita perlu mengubah konsep penggunaan komputer dalam bilik darjah. Penggunaan computer perlu diubah kepada Computer-Supported Instruction (CSI) daripada ComputerAssisted Instruction (CAI).CSI meletakkan lebih penekanan kepada guru sebagai penggubal pembelajaran berbanding dengan CAI yang telah ditetapkan mod pengajarannya. Guru akan merancang pembelajaran berdasarkan masalah bermakna kepada pelajar dan fokus pelajaran adalah pelajar. Komputer hanya alat dan bukannya sistem penyampaian maklumat. Pelajar mengutip data, manipulasi data dan mencari penyelesaian dalam menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Pelajaran juga dapat merentasi kurikulum. Contohnya dalam subjek sains dan geografi, dalam subjek sains pelajar mempelajari pola cuaca dan konsep haba serta suhu sementara dalam kelas geografi mereka mempelajari iklim dan penghasilan pertanian. Dengan merentasi kurikulum pelajar dapat menggabungkan pengetahuan cuaca dengan iklim dan geografi untuk memahami bagaimana kedudukan dan muka bumi menpengaruhi pula cuaca. Kemudian mereka dapat membuat tekaan dan menyelesai masalah seperti apakah musim menanam atau jenis tanaman yang sesuai untuk sesuatu kawasan. Di antara ciri-ciri penting dalam aspek pembelajaran seperti ini adalah:

i) perancangan data set yang realistik dan pelajar perlu mengutip data tersebut (daripada sumber Internet, CD-ROM atau eksperimen).

ii) Menganalisis tugasan dan menyusun setiap langkah yang diperlukan bergantung kepada tahap keupayaan pelajar, guru perlu menentukan arahan untuk mencari data, mengutip data, membina jadual, menggunakan hamparan elektronik, membuat pengiraan dan seterusnya. Apabila pelajar semakin biasa dan berupaya, bimbingan yang diperlukan daripada guru akan berkurangan.

iii) Guru perlu membuat perancangan supaya kepelbagaian aktiviti dapat dilakukan dalam bilik darjah tanpa mengganggu perjalanan kelas.Kesimpulannya teknik kreatif berasaskan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.