Teknik Mengajar Puisi Tradisional Kump Ipgkkb

download Teknik Mengajar Puisi Tradisional Kump Ipgkkb

of 22

description

PUISI TRADISIONAL

Transcript of Teknik Mengajar Puisi Tradisional Kump Ipgkkb

Pengajaran Pantun

GDM 3013 Pedagogi Kesusasteraan Melayu 3

Pengenalan

Puisi tradisional bukanlah hiburan semata-mata, tetapi ia mempunyai unsur pengajaran dan didikan malah pengaruhnya begitu luas lagi mesra, berkesan dan mempunyai pertalian yang erat dengan kehidupan ritual masyarakat Melayu. Jesteru itu puisi tradisional ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Menurut Harun Mat Piah (2000) , Secara analisis, istilah-istilah lama, tradisional, dan klasik sesungguhnya dapat dirujuk penggunaannya berdasarkan tiga ukuran yang berbeza, tetapi saling melengkapi iaitu zaman, bentuk dan ciri. Zaman lama, zaman kuno atau purba berbeza daripada zaman moden, baru atau mutakhir. Dengan demikian sastera lama berbeza daripada sastera moden, puisi baru, atau kesusasteraan Melayu mutakhir.

Pengkelasan genre puisi Melayu tradisional seharusnya dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema dan fungsi. Harun Mat Piah (2000) merumuskan bahawa berdasarkan faktor-faktor tersebut, terdapat 12 genre puisi Melayu tradisional, iaitu:

1. Pantun

2. Syair

3. Nazam

4. Gurindam

5. Seloka

6. Teka-teki

7. Peribahasa berangkap

8. Teromba

9. Talibun ( atau sesomba )

10. Prosa berirama atau prosa lirik

11. Mantera

12. Dikir atau zikir

Walaubagaimanapun, kumpulan kami akan memfokuskan kepada dua jenis teknik pengajaran puisi tradisional iaitu pantun dan syair.

Definisi Puisi Tradisional

Puisi Tradisional adalah karangan berbaris-baris atau berangkap yang tersusun dengan kemas, cantik dan poetik bagi meluahkan sesuatu perasaan, fikiran, sikap, idea, emosi, mood, semangat atau kepercayaan seseorang dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu motif dan maksud yang tertentu( Md Ali Bin Bachik, 1989,).

Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran cantik ini perkara tersebut akan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya. (Zaba, 1962) Bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisional. Dalam segala sifat kekentalannya, puisi setelah dibaca akan menjadi kita lebih bijaksana. Bukan puisi namanya andainya ia tidak berupaya membijaksana pembaca. (Muhammad Hj Salleh, 1988)Definisi Teknik.

Teknik ialah tindakan melaksanakan kedah yang telah dirancang oleh guru sepenuhnya. Ia adalah pelaksanan sebenardi dalam bilik darjah. Teknik apabila direalisasikan di dalam bilik darjah menjadi aktiviti.

Teknik ialah satu kemahiran cara melaksanakan penyampaian bahan-bahan pengajaran kepada para pelajar. Biasanya teknik diertikan sebagai satu muslihat atau strategi atau satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimun pada waktu pengajaran.

Teknik Mengajar Puisi Tradisional.

Terdapat pelbagai jenis teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar puisi tradisional. Apa sahaja teknik yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pelajar dan yang pentingnya merangsang, menarik minat dan membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari. Untuk itu, kumpulan kami akan memberi tumpuan kepada teknik pengajaran pantun dan syair.1. Pengajaran Pantun

Berbagai-bagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran seperti yang disarankan dalam pelajaran-pelajaran yang terdahulu boleh digunakan dalam pengajaran pantun. Ishak Ramly (1987) menggunakan pendekatan 'mengalami-menghayati' semasa pengajarannya. Kesannya pendekatan mengalami-menghayati mempunyai berbagai-bagai sifat positif daripada segi sikap, kognitif dan apresiasi terhadap pantun. Pelajar begitu berminat serta bersikap positif dan pencapaian mereka juga semakin meningkat dari masa ke semasa.

Pelajar mula berasa sedar bahawa melalui pantun mereka dapat melihat keadaan dan bentuk masyarakat, budaya, nilai dan pemikiran orang-orang Melayu lama. Mereka dapat melihat betapa indah dan halusnya masyarakat Melayu dengan kesopanan dan kesantunannya, nilai-nilai budi juga unsur-unsur lahiriah dan batiniah yang halus dan luhur

Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, apabila beberapa rangkap pantun diperkenalkan dan dibaca oleh pelajar, pelajar mampu menghubungkan hasil karya pantun dengan maksud, kedudukan dan realiti masyarakat melayu lama.

1.1Teknik berbalas pantun.Teknik ini sesuai untuk mengajar puisi tradisional iaitu pantun. Teknik ini amat menarik minat pelajar kerana melibatkan perbuatan saling berpantun. Teknik ini menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan pantas untuk menggunakan bahasa yang padat dan jitu selain menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Langkah-langkahnya:

i. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan pelajar mengikut pelbagai kebolehan.

ii. Seorang penjaga masa dilantik.

iii. Sembilan orang peserta daripada setiap kumpulan dikenal pasti.

iv. Setiap kumpulan diminta menyediakan sembilan rangkap pantun untuk dijual.

v. Guru perlu menjelaskan bahawa pantun hendaklah dibeli secara spontan.

vi. Sesiapa sahaja daripada setiap kumpulan boleh membeli pantun.

vii. Guru menyusun kedudukan kumpulan semasa pertandingan.

viii. Guru menyediakan pita rakaman lagu instrumental.

ix. Guru menyediakan format, peraturan pertandingan, pemarkahan dan masa.

1.2Teknik Pembentukan Perbendaharaan Kata Yang Sama Rima.Pantun yang baik harus mempunyai rima yang baik. Seseorang itu perlulah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya boleh memilih beberapa perkataan yang sama rima di suku kata akhirnya. Guru mulakan latihan yang disebut Medan Kata Berima dengan menuliskan di papan hitam satu patah perkatan misalnya, budi. Pelajar secara individu dikehendaki memberi seberapa banyak kata-kata yang berima dengan budi.

Contoh :

sudikeladinadi

lidibalditadi

Langkah-langkahnya:i. Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan.

ii. Guru menulis perkataan di papan hitam.

iii. Setiap ahli kumpulan menulis seberapa banyak perkatan yang berima sama.

iv. Masa diperuntukkan selama dua minit.

v. Kumpulan yang menda[pat paling banyak dianggap pemenang.

1.3 Teknik mencari makna perkataan.

Guru boleh merangsangkan minat pelajar untuk mencari makna perkataan dengan tepat dalam aktiviti kuiz. Di sini, guru harus mementingkan kejituan makna perkataan agar murid dapat membiasakan diri dengan penggunaan perkataan yang tepat semasa mengarang pantun kelak.

Langkah-langkahnya:

i. Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.ii. Guru membacakan peraturan kuiz.

iii. Guru membacakan soalan untuk kumpulan pertama dan mana-,mana peserta dalam kumpulan tersebut boleh menjawab. Jawapan yang tepat daripada orang pertama , diberi dua markah. Jika jawapan salah, peluang diberi kepada orang lain dalam kumpulan. Kali ini, satu markah sahaja diberi untuk jawapan yang tepat.

Contoh Soalan TepatContoh Jawapan TepatContoh Jawapan Tidak Tepat.

Beri makna sesakKeadaan terlalu penuh dan berasak-asak.Ramai

Beri makna lunturBerubah atau bertukarHilang

1.4Teknik Memberi Makna Frasa.Teknik ini dijalankan secara kuiz. Pelajar dikehendaki memberi makna yang tepat kepada frasa yang diberi. Guru boleh memilih frasa yang berkaitan dengan alam semulajadi seperti nama haiwan, nama tempat kejadian, keadaan alam dan unsur-unsur cuaca.

Langkah-langkahnya:

i. Bahagikan kelas kepada empat kumpulan.

ii. Guru membacakan peraturan kuiz.

iii. Guru membacakan soalan untuk kumpulan pertama dan mana-mana peserta dalam kumpulan tersebut boleh menjawab. Jawapan yang tepat daripada orang pertama, diberi dua markah. Jika jawapan salah, peluang diberi kepada orang lain dalam kumpulan. Kali ini, satu markah sahaja diberi untuk jawapan yang tepat.

Contoh:

FrasaMakna Yang Tepat.

Angin yang bertiup kencangRibut

Membawa barang-barang dengan kain sarung.Kendong

Suasana (udara) yang segarNyaman

Tanah rendah antara gunung-ganangLurah

Bahagian depan rumah yang bersambung dengan ibu rumah.Serambi

1.5Teknik Mengisi Baris-baris Maksud.Antara ciri keindahan pantun ialah susunan kata-kata dalam maksud pantun. Oleh kerana langkah membentuk maksud penting dalam mengarang pantun, murid-murid eloklah dibiasakan dengan menulis maksud terlebih dahulu sebelum merangka pembayangnya

Langkah-langkahnya:

i. Guru membahagikan pelajar kepada empat orang satu kumpulan.

ii. Guru memberikan tema pada hari itu, contohnya ; tema pencemaran alam.

iii. Jelaskan kepada pelajar maksud yang ingin disampaikan.

iv. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merangka maksud pantun berpandukan kawalan rima dan bilangan suku katanya.

v. Pelajar membentangkan di hadapan kelas maksud pantun yang dibina.1.6Teknik Mengisi Pembayang Maksud.

Setelah pelajar-pelajar menguasai kemahiran maksud pantun, guru bolehlah beralih kepada latihan mengisi baris-baris pembayang. Kejituan dan keindahan bahasa serta rima, penting diambil kira dalam mengarang baris pembayang ini. Guru hendaklah menjelaskan kesesuaian pemilihan perkataan yang sama rima bagi baris 1 dan 3, akhirnya 2 dan 4. Misalnya belayar dengan bayar dan peti dengan mati.Contoh:

Pisang emas dibawa belayar

baris 1

Masak sebiji di atas peti

baris 2

Hutang emas boleh dibayar

baris 3

Hutang budi dibawa mati

baris 4

Langkah-langkahnya:

i. Guru membahagikan pelajar kepada empat orang satu kumpulan.

ii. Guru memberikan maksud pantun.

iii. Jelaskan kepada pelajar pembayang yang akan dibina.

iv. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merangka pembayang pantun berpandukan kawalan rima dan bilangan suku katanya.

v. Pelajar membentangkan di hadapan kelas pembayang pantun yang dibina.

2. Pengajaran Syair

Syair adalah hasil sastera tradisi yang unik. Sesebuah hasil syair memperlihatkan satu kesatuan isi yang telah digarap melalui bahasa yang puitis serta mengikut bentuk-bentuk tertentu. Guru boleh menggunakan berbagai-bagai pendekatan yang sesuai dengan kehendak kognitif dan afektif sekali gus dalam proses pengajaran syair. Antaranya menggunakan pendekatan berfokus, gabungan pendekatan struktural dan pendekatan mengalami menghayati. Maksudnya pelajar berupaya memahami dan mengikuti perkembangan emosi serta kejiwaan melalui pembacaannya. Oleh itu guru dan pelajar harus dapat menguasai teknik dan aras bacaan apresiasi. Aras ini lebih menekan kepada bacaan bagi mencari makna dan nikmat kejiwaan.

2.1Teknik Melagukan Syair.Bertujuan memperkenalkan syair sebagai sebuah puisi. Matlamat akhirnya adalah membolehkan pelajar-pelajar menghayati syair sebagai puisi tradisional. Oleh itu, pelajar-pelajar diberi peluang menikmati syair sebagai satu keseronokkan dalam pembelajaran.

Langkah-langkahnya:

i. Penyediaan bahan guru memilih atau mengarang syair yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Lirik syair diedarkan. Lebih baik jika syair ini dirakamkan berserta iringan muzik sebagai satu tarikan kepada pelajar.

ii. Pengenalan syair syair diperdengarkan kepada pelajar-pelajar sama ada dilagukan oleh guru sendiri atau melalui rakaman.

iii. Latihan sebutan guru meminta pelajar-pelajar membaca lirik syair tanpa lagu bagi memastikan mereka dapat menyebut perkataan dengan betul.

iv. Latihan melagukan guru memperdengarkan syair sekali lagi manakala pelajar ikut melagukan secara perlahan , berkumpulan dan individu mengikut irama yang sesuai.

2.2Teknik Bercerita.

Teknik bercerita seperti seorang panglipulara merupakan satu teknik yang menarik. Sebagai contohnya dengan dibantu menggunakan satu alat muzik yang ringkas seperti rebana guru akan bercerita mengenai kehebatanan individu atau sesuatu peristiwa dan diikuti pula dengan bacaan syair sebagai mengindahkan lagi suasana penceritaan. Teknik ini mungkin sukar bagi guru untuk bercerita secara spontan tetapi ianya boleh dirakamkan terlebih dahulu dalam pelbagai media elektronik. Selepas mengalunkan syair pelajar dikehendaki menceritakan dalam bentu cerita ringkas Langkah-langkah pengajaran yang berikut menunjukkan penggunaan syair dalam aktiviti lisan bercerita.Langkah-langkahnya:

i. Memilih syair guru menentukan syair yang sesuai dengan objektif aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Sebaik-baiknya guru memilih syair jenis cerita.

ii. Melagukan syair syair dilagukan oleh guru atau diperdengarkan melalui rakaman. Pelajar diminta mendengar dengan teliti sambil mencatatkan cerita yang terkandung dalam syair. Pelajar boleh berbincang secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil tentang jalan cerita dan bagaimana untuk menceritakannya kembali dalam bentuk prosa.

iii. Bercerita bila pelajar sudah bersedia, mereka diminta menceritakan kembali cerita yang terdapat dalam syair. Teknik bercerita hendaklah dijalankan mengikut cara-cara yang betul.

2.3Teknik pemahaman.Syair juga boleh digunakan untuk menguji kefahaman pelajar-pelajar. Langkah-langkah yang berikut menunjukkan salah satu daripada cara penggunaannya.

Langkah-langkahnya:

i. Melagukan syair syair yang dipilih sebagai bahan dilagukan untuk dihayati oleh pelajar-pelajar.

ii. Perbincangan untuk pemahaman pelajar diminta membaca lirik dan cuba memahami maksudnya. Perbincangan boleh dilakukan secara kelas atau berkumpulan. Aspek-aspek yang boleh dibincangkan ialah erti perkatan, soalan-soalan kefahaman dan juga nilai-nilai murninya.iii. Soal jawab secara lisan atau bertulis setelah pelajar selesai berbincang, pelajar diminta menjawab soalan-soalan secara lisan atau bertulis.

2.4 Teknik tatabahasa.Pengajaran tatabahasa dilakukan secara tidak langsung. Guru boleh menggunakan aktiviti syair dalam pengajaran tatabahasa. Pelbagai aktiviti boleh digunakan untuk menerapkan pengajaran tatabahasa ini.

Langkah-langkahnya:

i. Melagukan syair syair masih perlu dilagukan untuk tujuan penikmatan dan penghayatan rangsangan dan pengukuhan.ii.Menggolongkan perkataan berdasarkan lirik syair, pelajar boleh diminta menggolongkan perkataan-perkataan kepada kata nama, kata adjektif , kata kerja dan kata tugas. Guru meminta pelajar mencari satu golongan kata atau keempat-empatnya mengikut keupayaan pelajar.

Contoh:

Hari Raya

Ayah ibu saya dapatkan,

Ampun maaf saya pohonkan,

Silap salah yang dilakukan,

Agar hidup diberkati Tuhan.

Penggolongan Kata

Kata NamaKata KerjaKata Tugas

AyahDapatkanYang

IbuPohonkanAgar

SayaDilakukan

AmpunDiberkati

Maaf

Hidup

Tuhan

Silap

Salah

2.5 Teknik LakonanTeknik lakonan boleh digunakan untuk mengajar syair. Teknik ini amat menarik minat pelajar. Syair yang digunakan dalam lakonan ini hendaklah mengandungi episod-episod yang boleh dilakonkan. Epsiod-episod ini boleh dilakonkan berselang-seli dengan syair atau dipersembahkan sebagai taridra.Langkah-langkahnya.

i. Pilih syair yang mengandungi episod-episod yang boleh dilakonkan, contohnya syair jenis cerita.

ii. Menentukan pelajar yang boleh melagukan syair dengan intonasi yang baik. Pelajar boleh menyampaikan syair secara bergilir-gilir.

iii. Mengenal pasti episod-episod penting dalam syair yang boleh dilakonkan. Persembahan lakonan ini mestilah mengikut prosedur mempersembahkan lakonan.iv. Mengadakan latihan bagi pelajar yang akan melagukan syair dan kumpulan pelakon. Latihan bagi kedua-dua kumpulan boleh dilakukan secara berasingan pada awalnya. Setelah kedua-dua kumpulan dapat memainkan peranan dengan baik, barulah diadakan latihan secara bergabung.

v. Lakonan dan syair dipersembahkan. Semasa persembahan , penyair boleh berada di satu sudut pentas kerana fokus penonton adalah kepada persembahan lakonan. Syair yang dilagukan dengan iringan muzik hanya merupakan suara latarbagi persembahan lakonan itu.

KesimpulanApa sahaja teknik pengajaran Puisi Tradisional yang digunakan oleh guru sesuai sekiranya ia dapat menarik minat pelajar. Apa yang penting, minat pelajar yang dibina oleh guru dan inisiatif guru sendiri dalam mencari teknik-teknik pengajaran yang baik dan menarik.

RujukanAnnas Haji Ahmad, (1982), Sastera Melayu Lama Dan Baru , Selangor : International

Book Service.Azman Wan Chik, (1981) Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan

Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Hashim Awang, (1984) Teman Pelajar Kesusasteraan,Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.

Bhd.Harun Mat Piah , (1989), Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ishak Ramly, (2003), Teknik Mengajar Sastera, Pahang Darul Makmur : PTS Publication

& Distributor Sdn. Bhd.Kamaruddin Hj. Huson,(1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Petaling Jaya: Fajar

Bakti Sdn.

Rahman Shaari dan Mohd. Fauzi Hj. Masurrori, (1988) Rangkaian Puisi Klasik. Kuala

Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Bahasa Malaysia, (1998), Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

RANCANGAN PELAJARAN

Mata pelajaran : Kesusasteraan Melayu

Tajuk

: Memahami dan menghayati pantun 'Budi'.

Tingkatan : 4Masa

: 40 minit

Hasil Pelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar-pelajar dapat :

i. Pelajar-pelajar dapat memahami dan menghayati pelajaran

pantun secara keseluruhan dengan mendalam. ii. Membaca pantun dengan betul dan dapat merasakan keindahannya.

iii.Memberi makna pembayang dan maksud pantun 'Budi'.

HPU

: Aras 1:

i) Menyatakan jenis pantun

ii) Menyatakan ciri pantun

iii) Menyatakan peranan pantun dalam masyarakat

Pengetahuan sedia ada : Pelajar-pelajar sudah mempelajari pengertian pantun, jenis serta

ciri-ciri pantun.

Alat bantu mengajar:

i. Klip Video Bujang Senang

ii. Pita rakaman-contoh pantun 'Budi'.iii. Nota edaran:

a. Pantun 'Budi' yang akan dibincangkan di dalam bilik

darjah (lihat Lampiran 1).

b. Pantun yang dianalisis sendiri oleh pelajar sebagai tugasan lanjutan.

iv. OHP- transparensi yang menunjukkan: a. Beberapa tajuk keratan akhbar.

b. gambar bahan-bahan terbuang.

Penerapan Nilai : i. Berbudi bahasa ii. Berani

iii.Menghargai alam

MASA/LANGKAHAKTIVITI GURUAKTIVITI MURIDCATATAN/NILAI/ABM

INDUKSI SET(5 minit)

1. Guru menayangkan klip video Bujang Senang2. Guru bersoal jawab berasaskan klip video yang ditayangkan.

3. Guru kaitkan set induksi dengan pengajaran hari ini.1. Murid menonton klip video yang ditayangkan.

2. Pelajar memberi respon Klip video Bujang Senang

AKTIVITI PENGEMBANGAN

Langkah 1

(10 minit)1.Guru menjelaskan kepada murid tajuk hari ini.2.Guru mengedarkan nota edaran pantun 'Budi'. Pelajar diminta membaca dengan senyap sambil menandakan rima tengah dan rima akhir setiap bans serta unsur-unsur alam yang terdapat dalam pantun tersebut.

3. Semasa murid membaca guru menuliskan tajuk pelajaran di papan hitam.4.Guru meminta beberapa orang murid membaca pantun tersebut.5.Guru menyoal bagaimana perasaan murid mendengar rakan mereka membacakan pantun tersebut.6.Adakah pantun itu indah?7.Guru menyoalkan lagi mengapa pantun itu dikatakan indah.1. Murid membaca serta menandakan rima tengah, rima akhir serta unsur-unsur alam.

2. Seorang murid membaca dan murid lain mendengar.

3. Jawapan murid:

Seronok. Mengapa?

Tidak seronok. Mengapa?

4. Jawapan murid:

Ya.

5. Jawapan murid:

Keindahan dari segi:

i. pemilihan kata-kata mudah.

ii. bunyi rima yang sama.

iii. melibatkan unsur alam.

iv. maksud yang hendak diperkatakan disampaikan secara halus. Penerapan Nilai:

Berbudi Bahasa

Berani

ABM:

Nota Edaran

KBKK:

Interpretasi Bahan

Langkah 2

(10minit)

1. Guru meminta murid memerhatikan semula rangkap 1.2. Guru menanyakan apakah alam yang terdapat dalam baris 1 dan baris 2.3. Guru meminta murid memberi makna kedua-dua baris tersebut.4. Guru menuliskan makna yang murid berikan di papan hitam.5. Guru menayangkan transparensi mengenai keratan tersebut.6. Guru diminta mengaitkan kejadian tersebut dengan baris 4 dalam rangkap 1.7. Guru menyoal murid sama ada pantun tersebut sesuai untuk zaman iniberdasarkan keratan akhbar tadi.

8. Berdasarkan apa yang sudah dibincangkan guru meminta salah seorang murid memberikan makna keseluruhan bans 3 dan 4 pantun tersebut.

1. Murid memberi perhatian.

2. Jawapan murid:

a. padi

b. nanas

3. Jawapan murid:

Memberi makna kedua baris mengikut kefahaman sendiri.

4. Murid memberi perhatian.

5. Jawapan murid:

Sesuai. Mengapa?

Tak sesuai. Mengapa?Penerapan Nilai :

Berbudi pada tanah

ABM:

Nota Edaran

Transperensi

Keratan akhbar

KBKK:

Interpretasi Bahan

Langkah 3

(10 minit)

1. Selepas murid memahami rangkap 1, guru mengarahkan murid meneliti rangkap 2 pula.2. Guru meminta murid menamakan dua unsur alam dalam pantun tersebut.3. Guru bertanya kepada murid secara lebih lanjut mengenai pokok-pokok tersebut daripada segi;-bentuk, warna dan saiz-tempat ia sesuai ditanam. Mengapa?4. Sebelum beralih ke baris seterusnya, guru menarik perhatian murid kepada transparensi-besi buruk yang terbiar.

5. Guru mermnta pendapat adakah mereka akan gembira sekiranya barang-barang tersebut diberikan kepada mereka.6. Berdasarkan jawapan murid, guru menyoal sama ada apa yang pengarang cuba sampaikan dalam baris 3 benar atau tidak.7. Guru menyoal murid sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan maksud baris 4.1. Jawapan murid:

a. bunga melati.

b. bunga seroja.

2. Jawapan murid

3. Murid memerhati.

4. Murid memberi pendapat.

5. Murid menjawab.

6. Murid menjawab dengan memberikan alasan.Penerapan Nilai :

Menghayati Alam sekitar

ABM:

Nota Edaran

Transperensi

KBKK:

Pengelasan warna

PENUTUP(5 minit)

1. Guru membantu murid membuat kesimpulan apa yang sudah dipelajari.-Untuk melihat keindahan sesuatu pantun kita perlu meneliti daripada pelbagai sudut. Apakah dia?-Setiap pantun yang dicipta oleh nenek moyang kita dahulu mempunyai makna dan pengajaran yang tertentu.

1. Jawapan murid.

Lagu Joget Malaysia

Lampiran 1 Pantun Budi

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Penat sahaja menanam padi,

Nanas juga ditanam orang,

Penat sahaja mananam budi,

Emas juga dipandang orang.

Bunga melati bunga di darat,

Bunga seroja di tepi kali,

Hina besi kerana karat,

Hina manusia tidak berbudi.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke. Tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi baik rasa nakjunjung.

Saya tidak menanam nanas,

Tanam kepaya di dalam padi,

Saya tidak memandang emas,

Budi bahasa yang soya cari.

Pisang emas bawa ke Bentan,

Masak sebiji di atas panggung,

Hutang emas berganti intan,

Hutang budi badan menanggung.

PAGE Teknik Mengajar Puisi Tradisional