Teknik Menjawab 2015

download Teknik Menjawab 2015

of 46

  • date post

    08-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    30
  • download

    2

Embed Size (px)

description

teknik menjawab moral SPM

Transcript of Teknik Menjawab 2015

  • Teknik Menjawab Soalan SPM

    2015

    1

  • Pendidikan Moral SPM Kod 1225

    Kertas 1: Ujian bertulis

    Bahagian A: Soalan Struktur

    Bahagian B: Soalan Esei

    Kertas 2: Kerja Kursus

    2

  • Bahagian A: Soalan Struktur Soalan Tanya Nilai

    Soalan Tanya Maksud Nilai

    Soalan Tanya Nilai dan Huraian

    Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan

    Soalan Tanya Fakta

    Soalan Tanya Fakta dan Huraian

    Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

    3

  • Soalan Tanya Nilai

    Contoh soalan:

    Apakah nilai [1 markah]

    Nyatakan dua nilai [2 markah]

    Contoh jawapan:

    Amanah

    Kepercayaan kepada Tuhan

    4

  • Soalan Tanya Maksud Nilai

    Contoh soalan:

    Jelaskan maksud nilai [2/3/? markah]

    Berikan definisi bagi nilai [2/3/? markah]

    Contoh jawapan:

    Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

    5

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian

    Contoh soalan:

    Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam ponteng sekolah. [4 markah]

    Format jawapan: NH

    Ayat N: Watak + Nilai

    Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

    NH (2 markah) dan NH (2 markah) 6

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan?

    Tanya soalan bagaimana pada nilai yang anda guna.

    Katakan guna nilai harga diri:

    Bagaimanakah murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri agar tidak terlibat dlm ponteng sekolah?

    Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.

    Jawapannya:

    Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik diri dan keluarganya dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah

    7

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Selain soalan bagaimana

    Tanya soalan mengapa pada nilai yang anda guna.

    Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-undang:

    Mengapakah murid-murid harus mematuhi peraturan dan undang-undang?

    Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk.

    Jawapannya:

    Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah.

    8

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Contoh jawapan:

    i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. (Huraian Bagaimana?)

    ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah. (Huraian Mengapa?)

    9

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Kalau tulis jawapan guna definisi/kk, boleh tak?

    i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (def) 1 MARKAH SAHAJA!

    ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Mereka harus menerima peraturan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (kk) 1 MARKAH SAHAJA!

    Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah 10

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

    dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:

    i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan (def). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian Bagaimana?).

    11

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,

    dinasihatkan tambah 1 ayat huraian:

    ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) dengan tidak terlibat dalam ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian Mengapa?).

    Perhatian: tidak terlibat dlm ponteng sekolah dipetik dari situasi soalan tidak dianggap sebagai huraian.

    12

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

    definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat:

    i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan menjaga nama baik diri dan keluarga supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian Bagaimana?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH

    13

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan

    definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat:

    ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian Mengapa?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH

    14

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan Contoh soalan:

    Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar menjauhi gejala ponteng sekolah. [6 markah]

    Format jawapan: NHBagaimana? HMengapa?

    Ayat N: Watak + Nilai

    Ayat H: Bagaimana? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

    Ayat H: Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)

    NHH (3 markah) dan NHH (3 markah) 15

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga

    diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dipandang serong oleh masyarakat (Ayat Huraian Mengapa?).

    (Perhatian: perkataan Contohnya mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.)

    16

  • Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi

    peraturan dan undang-undang. Contohnya, mereka harus akur kepada peraturan sekolah dengan menjauhi gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dikenakan tindakan demerit jika ditangkap oleh pihak sekolah(Ayat Huraian Mengapa?).

    (Perhatian: perkataan Contohnya mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.)

    17

  • Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:

    Berikan tiga cara [3 markah]

    Nyatakan dua kesan [2 markah]

    Senaraikan tiga kebaikan [3 markah]

    Cadangkan dua usaha [2 markah]

    Tujuan: Menilai KBKK

    Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5

    Jangan tulis amalan nilai sebagai jawapan

    Perlu tulis ayat fakta

    18

  • Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:

    Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [3 markah]

    Jawapan:

    i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

    ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.

    iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.

    19

  • Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan:

    Huraikan tiga cara [6 markah]

    Terangkan dua kesan [4 markah]

    Jelaskan tiga kebaikan [6 markah]

    Cadangkan dua usaha [4 markah]

    Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan huraian

    Fakta + Huraian Cara untuk menulis ayat huraian:

    Tanya soalan Bagaimana? Tanya soalan Mengapa?

    20

  • Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan:

    Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [6 markah]

    Jawapan: i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

    (Soalan: Bagaimana tidak mengantuk?) Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi sebelum memandu.

    21

  • Soalan Tanya Fakta serta Huraian

    ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik. (Soalan: Bagaimana pasti kereta dalam keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap.

    iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.

    (Soalan: Bagaimana mematuhi peraturan lalulintas?) Jangan memandu ketika mabuk.

    22

  • Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Contoh soalan:

    Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak [2 markah]

    (i) __________________________________

    (ii) __________________________________

    Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan

    Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)

    Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta, bukannya amalan nilai

    23

  • Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:

    Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak [4 markah]

    (i) ___________________________________

    (ii) ___________________________________

    Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan

    Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii) Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi

    perlu diikuti dgn ayat contoh / huraian lanjutan Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan

    24

  • Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Contoh soalan:

    Bagaimanakah anda menghargai? Terangkan dua jawapan anda. [4 markah]

    ______________________________________

    ______________________________________

    ______________________________________

    Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan

    Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian la