Teknik menjawab bahasa malaysia 11

32
BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 1. Bahagian A : 1 soalan waijb dijawab. 2. Bahagian B : 3 soalan, pilih satu sahaja untuk dijawab. 3. Bahagian C : 1 soalan wajib dijawab.

Transcript of Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Page 1: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

BAHASA MALAYSIAKERTAS 2

1. Bahagian A : 1 soalan waijb dijawab.

2. Bahagian B : 3 soalan, pilih satu sahaja untuk

dijawab.

3. Bahagian C : 1 soalan wajib dijawab.

Page 2: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

PERHATIAN KEPADA CALON1. Calon perlu membina lima ayat lengkap berdasarkan

gambar (tunggal & bersiri)2. Tidak ada pilihan soalan. Soalan ini wajib dijawab.3. Soalan ini memperuntukkan 10 markah.4. Masa yang dicadangkan ialah 15 minit.

BENTUK SOALANTiga bentuk soalan :

(a) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar. (b) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar. (c) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat

dalam gambar.

BAHAGIAN A(Memindahkan maklumat)

Page 3: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Teliti gambar.

2. Kenal pasti objek yang terdapat dalam gambar.

3. Tandakan lima objek utama:

- Objek yang paling sesuai untuk menghasilkan ayat yang baik

- Sesuai dengan idea keseluruhan gambar.

4. Tulis kata kerja yang tepat pada objek tersebut.

( Soalan bentuk “C” situasi)

5. Bina ayat menggunakan kata kerja yang ditulis.

6. Teliti gambar.

- Bentuk “a” dan “c” boleh bina ayat berdasarkan objek yang

ditanda tanpa menggunakan kata kerja. Utk lebih selamat

gunakan kata kerja telah ditanda bagi membina ayat.

7. Jangan guna perkataan “saya” dalam ayat.

PANDUAN MENJAWAB SOALANBAHAGIAN A

Page 4: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH 1Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Mduduk berehat

Menyapu sampahM

mengemas kerusi

Memotong sayur

Mmemasak lauk-pauk

Page 5: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH 1Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Siapa/ Apa Berbuat apa/mengapa Peluasan Ayat (Keterangan/Tempat/

masa)

1. Tiga orang lelaki sedang memasak lauk-pauk

untuk dihidangkan kepada para tetamu.

2. Dua orang wanita pula

Sedang tekun memotong sayur dan bahan tumisan

Untuk memasak

3. Dua orang wanita Sedang sibuk mengemas meja dan kerusi

di bawah khemah.

4. Dua orang lelaki pula

Sedang menyapu sampah

Dii kawasan khemah supaya bersih.

5. Beberapa orang lelaki

sedang duduk berehat sambil berbual-bual di tepi khemah.

Page 6: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH 2Tulis ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.

Page 7: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH 2Tulis ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.

Siapa/apa Berbuat apa/mengapa

Peluasan Ayat

1.Molly dan Salmi

menyapu sampah Supaya kelas mereka kelihatan bersih.

2. Ismail mengelap cermin tingkap yang kotor

Dengan menggunakan sehelai kain.

3. Izman Mengutip sampah di atas lantai

Lalu memasukkannya ke dalam bakul sampah.

4. Borhan dan Zaidi

Sedang menyusun meja

Supaya kelihatan kemas.

5. Normah Sedang memadam papan tulis

dengan menggunakan pemadam khas.

Page 8: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH 3Tulis lima ayat legkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Page 9: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Siapa/apa Berbuat apa/ mengapa

Peluasan ayat

1. Seorang budak lelaki

sedang melontar pundi kacang

Ke arah rakannya.

2. Seorang rakannya cuba

Menyambut pundi kacang itu

Dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

3.Seorang murid lelaki

Membalingkan sebiji bola ke arah

gelung rotan yang dipegang oleh rakannya.

4. Dua budak lelaki sedang memegang gelung rotan

Menghala ke arah bola.

5. Seorang guru lelaki sedang memerhati dan mengawasi

Murid-muridnya melakukan aktiviti.

CONTOH JAWAPANTulis lima ayat legkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Page 10: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Ayat yang dibina hendaklah bersesuaian dengan

perkara yang terdapat dalam gambar.

2. Calon tidak perlu memberitahu latar masa dalam

ayat kerana tidak dinyatakan dengan jelas

tentang masa bagi sesuatu peristiwa dalam

gambar berlaku. (Jangan buat andaian).

NOTA PENTING:

Page 11: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Karangan Berformat Surat Kiriman Rasmi Surat Kiriman Tidak rasmi Laporan Berita Syarahan/ pidato Ucapan Dialog/Temu ramah/wawancara Perbahasan Catatan Harian

Karangan Tidak Berformat

Keperihalan / gambaran Fakta Perbincangan Imiginasi Autobiografi Biografi Rangsangan gambar: (a) Bersiri (b) Tunggal Menyudahkan cerita Peribahasa : (a) Cerita (b) Huraian

BAHAGIAN B(MENULIS KARANGAN)

Page 12: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Tiga pilihan soalan diberikan dalam bahagian ini.

2. Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

3. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.

4. Cadangan masa untuk menjawab ialah 40 minit.

5. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah

perkataan.

ARAHAN KEPADA CALON

Page 13: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Baca soalan dengan teliti.

2. Pilih soalan yang benar-benar diketahui isinya.

3. Kenal pasti kunci soalan.

4. Buat peta minda atau rangka karangan sebelum menulis.

5. Tentukan pendahuluan, isi ( 3-4 isi) dan penutup karangan.

6. Mulakan karangan dengan pendahuluan yang menarik.

7. Huraikan setiap isi yang dipilih ( sertakan contoh yang sesuai).

8. Gunakan pelbagai jenis ayat (ayat tunggal, majmuk, penyata dll)

9. Gunakan penanda wacana yang sesuai pad awal perenggan atau antara

ayat dalam perenggan ( selain itu, di samping itu, oleh yang demikian

dll)

10. Menulis penutup karangan dengan menyimpul isi, penyoalan, peribahasa

harapan dan cadangan.

PANDUAN KEPADA CALON

Page 14: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Persediaan sebelum menulis karangan

(a) Membaca soalan

(b) Memilih soalan

(c) Merangka karangan :

Isi-isi karangan dibahagikan kepada tiga bahagian :

pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Peruntukan 5 minit untuk menulis rangka karangan

Susun isi mengikut keutamaan.

JANGAN masukkan isi yang kabur, kurang mantap atau

terpesong.

PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B

Page 15: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

2. Semasa menulis karangan(a) Pendahuluan: Terus bicarakan pengenalan tajuk dan kaitkan dengan isu semasa Satu perenggan sahaja. Jelas dan tepat Jangan masukkan isi penting. Memadai 2 ayat sekitar 20 patah perkataan.

(b) Isi-isi penting Mempunyai 4 isi penting. Satu perenggan untuk menghuraikan satu isi. Setiap huraian isi disertai contoh sesuai. 3 ayat atau sekitar 30 patah perkataan. Gunakan penanda wacana dan kata hubung sesuai.

(c ) Penutup Kesimpulan / rumusan berdasarkan tajuk. Nyatakan pendirian jika arangan berbentuk syarahan atau perbahasan. Mantapkan dengan pantun, peribahasa, mutiara kata yang sesuai. 2 ayat atau sekitar 20 patah perkataan.

Page 16: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Terdapat tiga bentuk soalan bahagian B:

1. Karangan Jenis “Kepunyaan”

2. Karangan Jenis “Berkunjung”, atau “Pergi” atau “Melawat”

3. Karangan Jenis “Peristiwa”

BENTUK-BENTUK SOALANBAHAGIAN B

Page 17: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Contoh soalan:

Keluarga Saya Haiwan Kesayangan Saya Sekolah Saya Perpustakaan Sekolah Saya Negara Saya

Cara paling sesuai untuk menjawab soalan ini adalah dengan menggunakan soalan sesuai.

Contoh : Apa - (Pendahuluan) Bagaimanan - (Isi) Mengapa - (Penutup)

1. KARANGAN JENIS “KEPUNYAAN’

Page 18: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Contoh soalan: Berkunjung ke Pameran Buku Pergi ke Dusun Datuk Melawat ke Melaka Satu Tempat yang Pernah Saya Lawati Pergi Berkelah / Berkelah di Tepi Laut/ Air Terjun Pergi Berkelah

Cara paling mudah menjawab soalan jenis ini adalah dengan cara mengemukakan soalan berikut:

Bila - (pendahuluan) Buat apa - ( isi) Bila balik - ( penutup)

2. KARANGAN JENIS “BERKUNJUNG”/”PERGI”/”MELAWAT”

Page 19: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Contoh Soalan “Berkelah di Tepi Laut”

Berkelah di Tepi Laut

Isi 4 (Buat apa)Contoh:

Makan (huraikan)Gunakan soalan

Apa?Di mana?

Bagaimana?

iIIsi 3 (Buat apa)Contoh : Bermain pasir (huraikan)Guna saolan :

Siapa?Di mana?

Apa perasaan ?

Isi 2 (Buat apa?)Contoh :Berenang (huraikan)

Guna soalan:Di mana

Bagaimana perasaan?

PPenutup:

PulangGuna soalan :Pukul berapa?Apa perasaan?Apa harapan?

Isi (tiba)Nampak apa?

(keadaan tempat)Buat apa?

Contoh: Mencari tempat (huraikan)

Guna soalan:Di mana?Mengapa?

Pendahuluan:

Bila?Di mana?

Dengan siapa?Mengapa?

Page 20: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Untuk menjawab soalan ini, calon hanya perlu menulis:

Masa, tempat, individu yang terlibat, cara pergi dan tujuan

(pendahuluan)

tiba dan perkara yang dilakukan (isi)

Perkara lain yang dilakukan ( 3 perkara/ isi penting) Isi

Balik (penutup)

2. Calon boleh menukar bentuk karangan:

Surat kiriman

Laporan

Berita atau sebagainya

Page 21: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Contoh soalan :

Sambutan Hari Lahir Saya Hari Sukan Sekolah Saya Hari Kanak-kanak Hari Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya Sambutan Hari Kebangsaan

Tiga perkara penting perlu diketahui apabila menjawab soalan ini:

Perkara berlaku sebelum sesuatu peristiwa ( pendahuluan) Semasa peristiwa berlangsung ( 3-4 isi tentang apa yang berlaku) Selepas sesuatu peristiwa berlaku (penutup)

3. KARANGAN JENIS “PERISTIWA”

Page 22: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Contoh soalan “ Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya”

Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya

Pendahuluan(sebelum sambutan)

Tarikh Persediaan tempat

Latihan dan persembahan

Penutup(selepas sambutan

selesai)Bersurai

Guna soalan:Pukul berapa?Apa perasaan?Apa harapan?

Isi 4 (Apa berlaku)Contoh: selepas

rehat Acara pentas Anugerah khas Guna soalan:

Siapa Apa

Isi 2( Apa berlaku?)

Contoh : menyanyikan “Guru

Malaysia”Hadiah dan cenderahati (huraikan)

Guna soalan: Siapa?

Bagaimana?

Isi 1( semasa sambutan)

Keadaan tempat itu Apa yang berlakuContoh: Ucapan guru

besar (hurikan) Guna soalan :

siapa? bagaimana?

Isi 3 (Apa berlaku?)Contoh :

Sukaneka perlawananGuna soalan:

Apa? Di mana?

Bagaimana?

Page 23: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

PENTING

1. Calon boleh menggunakan teknik carian isi

yang sama untuk menulis tajuk-tajuk yang

lain. Tukar isinya sahaja.

2. Calon juga boleh menggunakan isi ini

untuk menulis karangan dalam bentuk lain

seperti berita, surat kiriman, fakta, laporan

dan sebagainya.

Page 24: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Calon dikehendaki untuk menterjemah nilai

atau pengajaran daripada teks.

2. Tiada pilihan jawapan. Calon wajib

menjawabnya.

3. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.

4. Masa yang dicadangkan ialah 20 minit.

5. Panjang jawapan tidak lebih daripada 50 patah

perkataan.

BAHAGIAN CMENULIS ULASAN

Page 25: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Baik hati

Berdikari

Hemah tinggi

Hormat-menghormati

Kasih sayang

Keadilan

Kebebasan

Kebersihan fizikal dan

mental

Kejujuran

Kerajinan

Kerjasama

Kesederhanaan

Kesyukuran

Patriotisme

Rasional

Semangat bermasyarakat

17 NILAI MURNI

Page 26: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Baca dan fahami petikan.

2. Gariskan lima ayat atau frasa yang mengandungi

nilai murni atau pengajaran (ikut kehendak

soalan).

3. Kenal pasti nilai atau pengajaran yang tersirat

daripada ayat atau frasa tersebut.

4. Tulis pengajaran atau nilai yang dikenal pasti

dalam satu perenggan dengan menggunakan

penanda wacana yang sesuai.

PANDUAN UNTUK CALON

Page 27: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada

petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang

daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

perenggan.

.

CONTOH SOALAN

Page 28: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

CONTOH PETIKAN 1

Ibu dan ayah terpaksa ke pejabat pada hari Sabtu. Ibu berpesan kepadaku agar menjaga adik-adik, Lili dan Aznil. Hari Sabtu merupakan hari rehatku. Tambahan pula, kartun kegemaranku ada disiarkan pada hari ini.

Aku menyuruh adik-adik supaya bermain-main, manakala aku asyik menonton televisyen. “Abang, Lili nak minum,” pinta adik bongsuku yang berusia empat tahun. Aku menyuruh Aznil supaya mengambil minuman untuk Lili.

Aznil menurut saja akan perintahku. Dia bergegas ke dapur. Lili mengekorinya dari belakang. Tiba-tiba aku terdengar bunyi benda terjatuh. Lantas, aku berlari ke dapur. Aku mendapati kaki Lili berdarah akibat terkena serpihan teko yang pecah. Aku panik.

Aku mendukung Lili lalu bergegas ke rumah jiran. Mujur pada ketika itu, Encik Sabri ada di rumah. Beliau membawa kami ke klinik. Aku amat kesal kerana tidak menjaga adikku baik-baik.

Page 29: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

Terdapat beberapa pengajaran yang diperoleh

daripada petikan. Antaranya, kita mestilah menjalankan

tanggungjawab sebagai anak dengan amanah. Selain itu,

kita juga tidak sepatutnya bersikap mementingkan diri

sendiri. Di samping itu, sebagai insan paling tua dalam

adik-beradik, kita wajar menunjukkan teladan yang baik

kepada adik-adik. Akhir sekali, sekiranya kita berbuat

salah, kita hendaklah insaf dan membaiki kesalahan.

Contoh jawapan

Page 30: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

1. Gunakan Penanda wacana :

Antaranya Selain itu, Di samping itu Oleh yang demikian Namun demikian Akhir sekali

2. Gunakan

Kita mestilah Kita haruslah Kita wajib Kita sepatutnya Kita tidak boleh Janganlah kita Kita tidak digalakkan

PENTING

Page 31: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR 2012

Page 32: Teknik menjawab bahasa malaysia 11

SEKIAN