Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

106
TEKNIK MENJAWAB 2014 Bahasa Melayu SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com ckgdin@slide share Ckgsaha@twiter

description

Bahan Teknik Menjawab Bahasa Melayu Bersama-sama Pelajar JAKOA dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Transcript of Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

TEKNIK MENJAWAB 2014

Bahasa Melayu SPMDihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAH

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

SMK Sijangkang Jaya.

[email protected]

Saharuddin-abdullah.blogspot.com

ckgdin@slide share

Ckgsaha@twiter

Berasal dari Temerloh, Pahang.Pendidikan : IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992 UPM – PBMP 1997 – 2000.Perkhidmatan : SK Kuala Krau ;1992 – 1997 SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001 SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2013Penghargaan : 1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .

Tak Kenal Maka Tak Cinta.

SPM (1103 / 1)Kertas 1

Masa : 2 Jam 15 minit

TARGET

BAHASA MELAYUA+ /A /A-

GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM

KEPERLUAN KERTAS 11103/1

Bentuk Soalan Jenis ItemUjian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan Karangan Umum  Tempoh Ujian

2 jam 15 minit  

 

  Bilangan soalan

a.Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab

b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja

 

 30

100

JUMLAH MARKAH : 130 MarkahBahagian A :

  

Bahagian B :

FORMAT SOALAN

 

Panjang Karangan

Antara 200 hingga 250 patah perkataan

Bahagian AKarangan Berpandu – Bahan RangsanganMasa yang dicadangkan ialah 45 minit

Bentuk Soalan

a) Gambar foto / Ilustrasib) Ilustrasi kartun c) Pelan / Petad) Iklane) Petikanf) Gambar Rajahg) Dialog / Catatan

Bahan Rangsangan

Gambar Foto / Ilustrasi. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan

pendapat anda tentang kepentingan kawasan riadah dalam kehidupan manusia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan

Bahan Rangsangan – Gambar Rajah

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan teknik-teknik berkesan mendidik anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

7 tahun kedua membuat PENGUATKUASAAN

terhadap anak-anak

7 tahun pertama BERMAIN 7 tahun ketiga

Dengan anak-anak BERSAHABAT

FASA PENTING dengan anak-anak

MENDIDIK ANAK

Bahan Rangsangan

Ilustrasi Kartun. Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Bahan Rangsangan

Pelan / peta Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan

pendapat anda tentang manfaat pembinaan lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Bahan Rangsangan

Iklan. Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda sumbangan iklan dalam dunia perniagaan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

Bahan Rangsangan

Catatan. Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat

anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki. 11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan. 12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah. 2.45 ptg : Ceramah Motivasi. 5.00 ptg : Sukaneka. 8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib

Bahan Rangsangan - Petikan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kegiatan vandalisme. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

“Budaya vandalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita sangat membimbangkan. Kerajaan terpaksa memperuntukkan hampir 500 juta setiap tahun untuk memperbaiki kerosakan harta benda awam disebabkan aktiviti vandalisme ini. Jika rakyat boleh beruba sikap, peruntukan itu boleh disalurkan untuk membina kemudahan lain yang lebih berfaedah”. Ucapan Perdana Menteri.

TEKNIKLATIHANKESUNGGUHANKESABARAN

Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:-

 

a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting

didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankand) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta

contoh yang sesuaie) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betulf) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul

PROSES 1

(a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan RangsanganSebelum Menulis :

I

II

III

Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya

Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan

Perlu menangkap mesej utama daripada bahan rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis

PROSES 2

I. Menganalisis Bahan Rangsangana) Perlu menganalisis dengan kritis

dan analitisb) Tujuan supaya karangan tidak

terpesong 

PROSES 3

Menyediakan Isi dan Rangka KaranganRangka Karangan

a) Pendahuluan

b) Isi-isi penting

c) Penutup

-Ayat yang berkaitan dengan tajuk dan bahan rangsangan secara am

-Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan denganPengetahuan calon

Pandangan,cadangan,dan kesimpulan

PROSES 4

Menulis Karangan Berpandu

Penggunaan Bahasa Kesinambungan isi Penanda Wacana 

Ringkas, tepat, dan padat

Perlu diberi perhatian supaya karangan lancar

Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya

PROSES 5

Menyemak Karangan

 

1.

 

2.

 

3.

 

4.

 

Semak semula setelah selesai menulis

Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan

Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan

Catat jumlah kata baris terakhir karangan

PERINGATAN !!!

Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran

PEMARKAHAN CEMERLANG KEPUJIAN

26 – 30 20 – 25

28 – 30 23 – 25

26 – 27 20 – 22

MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN

15 – 19 10 – 14

17 – 19 12 - 14

15 – 16 10 – 11

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )

1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan

Baca arahan dengan jelas dan teliti. Kenal pasti isu dan fokus soalan.

CONTOH SOALAN 2013 (JUN)

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pematuhan undang-undang jalan raya. Penyelenggaraan kenderaan. Penguatkuasaan undang-undang.

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)

Mewartakan kawasan pelancongan baharu. Meningkatkan prasarana Mempromosikan produk pelancongan

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)

Huraikan pendapat anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)

Memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Menambahkan pendapatan negara. Meraptkan hubungan antara negara peserta.

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)

Mengadakan gotong – royong. Mengadakan rumah terbuka. Amalan ziarah menziarahi Mengadakan kempen kesedaran.

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

CONTOH SOALAN RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kepupusan hidupan liar di negara kita. (YIK)

Kemusnahan habitat akibat aktiviti penebangan hutan.

Pemburuan haram oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Pencemaran alam sekitar dan serangan penyakit berbahaya.

Keadaan cuaca seperti kemarau dan banjir.

2. Membina rangka karangan…mengapa ?

Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan.

Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang.

Mengelak isi sama daripada berulang. Mengelakkan daripada terputus idea. Memastikan masa mengarang dapat

dijimatkan. Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi

penting dan penutup.

Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan)

Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup.

1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti.

2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah.

3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat.

4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri khawin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup

Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat

kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,

Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant)

Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas.

1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia.

2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah.

3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan.

Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

Bengkel Membina Rangka Karangan Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-

kebaikan laman sosial kepada pelajar.

Mendapatkan maklumat dengan pantas. Perkongsian pelbagai maklumat. Mengeratkan perhubungan sosial.

3. Menulis Perenggan Pendahuluan

Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan.

Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan.

Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.

Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa.

Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.

Contoh Pendahuluan:Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Contoh Pendahuluan:Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Contoh Isu: Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar. Punca-Punca Pembuangan Bayi. Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya. Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga. Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit. Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar. Punca-punca Masalah Sosial Remaja. Kepentingan Kegiatan Kokurikulum Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar

Contoh Pendahuluan: Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program

Angkasawan Negara.

Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.

Bengkel 2 : Membina Pendahuluan Lihat grafik di bawah

dengan teliti. Huraikan faedah-faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

4. Menulis Perenggan Isi Karangan berpandu – dicadangkan supaya

menulis 3 @ 4 perengan isi. Gunakan isi yang diberi sepenuhnya. Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama,

ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan. Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai

kesinambungan antara satu dengan yang lain. Kesinambungan dan pertautan perenggan juga

sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik.

1 isi hanya untuk 1 perenggan.

4. Menulis Perenggan Isi Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang

hampir sama. Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu

memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.

Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat menjelaskan isi karangan yang ditulis.

Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda wacana dan tanda baca yang sesuai.

Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana)

CONTOH HURAIAN ISILangkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya. …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.

Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.

CONTOH HURAIAN ISIFaedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa.

Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran sukan bertara antarabansa ini negara kita dikenali di seluruh rantau dunia..

CONTOH HURAIAN ISIUsaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.

Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan.

Bengkel Menulis Isi

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

5. Menulis Perenggan Penutup

Karangan yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang.

Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.

Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan.

Jangan masukan isi baharu dalam penutup.

Contoh Penutup:Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Contoh Penutup: Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat.

Contoh Penutup: Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.

Bengkel Menulis Penutup

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres

Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

MATLAMAT UJIAN

1. Menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan secara keseluruhan.

2. Menguji kecekapan calon membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan dan tajuk

Kome bace,kome dapat

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM

Bahasa Melayu

KARANGAN UMUM

MAKSUD AL QURAN

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka

sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

(Surah ar-Ra’d ayat 11)

BENTUK KARANGAN

BerformatU

Umum

BAHAGIAN B :KARANGAN UMUMKeperluan SPM

  

Pembahagian soalan :1. Dimensi diri/individu/remaja.2. Dimensi keluarga3. Dimensi masyarakat/kerajaan/

negara.4. Dimensi Serantau/Global/

Antarabangsa5. Dimensi Komsas

BAHAGIAN B :KARANGAN UMUMKeperluan SPM

  

1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja

2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata

3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit

4. 100 markah

1.Surat Kiriman2.Laporan3.Rencana4.Berita5.Wawancara6.Ulasan7.Perbahasan8.Ceramah

1.Keperihalan2.Cereka3.Fakta4.Perbincangan 5.Bahas6 Komsas

Kriteria Respons

Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat tanda baca dan ejaan Laras : pemilihan kosa kata Idea : tema,isi utama, pengembangan-huraian/bahasan/ hujahan/contoh/ kerelevanan Pengolahan: wacana, logik, pemerengganan, format Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa

1. Aspek bahasa yang dinilai:   (a)   (b)   (c)   (d)   (e)

Tatabahasa meliputi ayat dan kata

Ejaan

Tanda baca

Pembahagian perenggan

Pemilihan kata yang tepat

SKEMA PEMARKAHAN

(a)   Takrif

(b)   Isi / Fikiran

(c)   Bahasa

(d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan

Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan ejaan

Kesalahan Format

Maksimum 3 markah

Maksimum 2 markah

KRITERIA PENSKORAN

Cemerlang : 80-100 Kepujian : 66-79 Baik : 51-65 Memuaskan : 36-50 Kurang memuaskan : 21-35 Pencapaian minimum : 01-20

Markah kurang Daripada 350

Baik bawah: 51 - 65

Memuaskan: 36 - 50

Kurang memuaskan: 21 - 35

Tidak memuaskan: 0 - 20

STRATEGI MENULIS KARANGAN

(a) Memilih soalan yang tepat

(b) Menentukan kunci tajuk

(c) Menyediakan rangka karangan

(d) Menulis karangan

(e) Menyemak karangan

KATA KUNCI TAJUK

Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan

Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan

Kemukakan pandangan

Jelaskan pendapat

Ceritakan pengalaman

Gambarkansuasana dan

keadaan

Nyatakan pendirian

ANALISIS TAJUK

Contoh Soalan: Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita.

Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.

Kata Kunci:

Skop:

Tema:

Kehendak Tajuk:

Jenis Karangan:

 

Huraikan kesan

Kesan daripada kemasukan buruh

Kemasukan buruh asing

Memberi pendapat

Jenis pendapat

CONTOH SOALAN 2

Pelbagai kempen membaca diadakan untuk memupuk tabiat membaca dan mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Andaikan anda diundang memberikan ceramah yang berkaitan dengan kempen membaca. Tajuk ceramah anda ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks ceramah tersebut.

Kata Kunci:

Skop:

Tema:

Kehendak Tajuk:

Jenis Karangan:

 

Teks Ceramah

Ceramah Kempen Membaca

Membaca Jambatan Ilmu

Memberi Ceramah

Berformat - Ceramah

Rangka Karangan1. Pendahuluan: Pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada pembacaan.2. Isi-Isi Pentinga). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus

peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmub). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang

dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tingkat umurc). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.

3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membacaa. Peranan ibu bapa – menjadi suri teladanb. Peranan guru di sekolah – memberi galakanc. Menambahkan pelabagai bahan bacaand. Mempergiat kempen membacae. Memperbanyak perpustakaan awam 4. Kesan daripada membaca

a. Masyarakat lebih matang dan majub. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai

3. Penutup : Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat berilmu

dan berpengetahuan. Membangunkan negara mengikut acuan sendiri.

 

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Diri / Individu. Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran

Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.

Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Keluarga / Ibu Bapa. Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa

memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini.

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi masyarakat / negara . Siswazah pada hari ini kurang berminat

menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak – pihak berkenaan.

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi Serantau / Global / antarabangsa Kecenderungan negara-negara luar untuk

campur tangan dalam masalah sesebuah negara berpunca daripada pelbagai faktor.

Huraikan faktor-faktor tersebut.

Bengkel Memahami Kehendak Soalan

Dimensi KOMSAS. Anda begitu teruja untuk menyertai

pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”

Tulis cerpen itu selengkapnya.

Menulis PendahuluanJenis-jenis Pendahuluan.• Berbentuk Soalan/Persoalan.• Berbentuk Definisi• Berbentuk fakta• Bentuk sejarah.• Bentuk suasana• Bentuk peribahasa• Bentuk puisi• Bentuk gabungan• Petikan tokoh

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa maksud ‘perbuatan mendera’ atau ‘mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah kepada kita bahawa………..

Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki tempat kelapan dari 71 negara peserta yang bertanding dengan meraih tujuh pingat emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah kepada atlet Malaysia yang……….

Pendahuluan Persoalan.Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.

Pendahuluan Definisi

Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.

Pendahuluan Fakta Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian

menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya.

Pendahuluan Peribahasa. Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa

yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Pendahuluan Sejarah.

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan.

Pendahuluan Gabungan

Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;

Definisi sesuatu persoalan Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk. Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan

umum. Pendapat peribadi berkenaan tajuk

karangan.

Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap

Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.

Pendahuluan Suasana Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan

seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah menangani dapat diambil tindakan segera

Puisi: Banyak duri perkara duri,

Tidak sama duri mengkuang;

Banyak budi perkara budi,

Tidak sama budimu seorang.

Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan untuk melihat akan keindahan dan kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang yang pernah berbudi. Walaupun budi yang dilakukan tidak mengharapkan balasan, namun sebagai orang yang berbudaya kita sewajarnya menghargai jasa dan pertolongan yang diberikan oleh seseorang. Sikap seperti kacang lupakan kulit harus dikikis dari jiwa kita.

Persoalan:

Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan, masalah penderaan kanak-kanak, kaum perempuan yang menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering dipaparkan di media massa. Hal ini membuktikan kempen tersebut kurang memberi kesan kepada masyarakat. Di manakah silapnya? Adakah kempen tersebut tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya? Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan slogan Rumahku Syurgaku dapat direalisasikan dalam kehidupan berkeluarga.

Gabungan:

Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguhkan.

Contoh KaranganPengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya mengiklankan barangan keluaran mereka melalui pelbagai taktik demi melariskan jualan.Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah pengguna.

Isi-Isi Penting Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan

supaya pengguna tahu cara mereka harus bertindak sebagai pengguna apabila mereka mendapati mereka telah tertipu.

Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan perlu disarankan.

Anak-anak perlu dididik agar merancang perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan bertanggungjawab.

Badan penyiaran perlu teliti ketetapan maklumat dalam iklan yang disiarkan. Mereka janganlah terlalu mengejar pendapatan yang diperoleh daripada penyiaran iklan.

Persatuan pengguna mesti bergerak aktif untuk mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Penutup

Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal meraih keuntungan.

Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan – mesti dibanteras demi menjaga kepentingan pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang dikejar – pendekatan bersifat psikologi.

Fokus SPM 2014

Pendidikan maya/sepanjang hayat Formula mewujudkan Perpaduan Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat

kaya Pelancongan Memulihara bangunan bersejarah Perpaduan antara kaum Gejala rasuah Permainan / Kebudayaan tradisional

Fokus SPM 2014

Barang Buatan Malaysia Telefon Bimbit / Kafe siber Gejala Sosial Krisis Ekonomi Dunia Kenaikan harga minyak/barang Amalan

membaca-kebaikan/punca/langkah

Fokus SPM 2014

Pengalaman/program yang pernah disertai

Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah Kepentingan Semangat patriotik Ulasan filem/novel/cerpen Peranan guru / ibu bapa membentuk

generasi cemerlang.

Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-diri Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)-

keluarga Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan

Industri Pertanian di Negara Kita - negara Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh

Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk Menangani masalah jerebu - antarabangsa

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca (komen) - masyarakat

3 JENIS MANUSIA

ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM

ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM

‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU

KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’

TERIMA KASIH

HENDAK SERIBU DAYA,

MAHU SERIBU CARA.

KEBERKESANAN CERAMAH INI

BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI.

YA! DIRI ANDA SENDIRI.

BUKANNYA PENCERAMAH

SELAMAT SELAMAT BERJAYA BERJAYA

SEMOGA SEMOGA AA DI DALAM DI DALAM

GENGGAMANGENGGAMAN

Kata Kunci:

Skop:

Tema / Isu

Kehendak Tajuk:

Jenis Karangan:

 

Kata Kunci:

Skop:

Tema / Isu

Kehendak Tajuk:

Jenis Karangan: