Teknik Menjawab Makro 944

download Teknik Menjawab Makro 944

If you can't read please download the document

  • date post

    19-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    929
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Teknik Menjawab Makro 944

Bertujuan membantu calon STPM yang gagal atau berprestasi lulus sebahagian ke arah meningkatkan pencapaian agar mencapai tahap LULUS PENUH Digubal oleh tenaga pengajar STPM berpengalaman SMK Iskandar Shah Jasin

AYUH BERSEMANGATLAH UNTUK MENCARI ILMU!. SAMA-SAMA KITA NYANYI LAGU IlmuIlmu, asas untuk kita mencapai kejayaan. Ilmu, pentingnya bagai senjata di medan perang, untuk menempuh cabaran di masa hadapan yang menjanjikan hidup bahagia pada kita semua. Ibu, kubawa bingkisan kejayaan untukmu. Ayah, akan kubalas jasa-jasamu itu. Pasti akan ketemu juga kejayaan itu, walau terpaksa merantau jauh dari dirimu, walau sukar ketempuh jua. Pepatah Melayu pernah berkata, Tidak kenal maka tidaklah cinta, oleh itu Cintailah Ilmu, berusaha bersungguh-sungguh, marilah teruskan usaha untuk kejayaan bersama. Oh Ilmu, pastinya kutuntut hingga berjaya Pepatah Melayu pernah berkata Tidak kenal maka tidaklah cinta, oleh itu Cintailah Ilmu, berusaha bersungguh-sungguh,semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan. Oh Tuhan, hanyalah padamu kami berserah. (2X)

Apakah Target Aku untuk Makroekonomi dalam STPM?

Semasa Ceramah di jalankan minta pelajar- Biar Khusyuk

Jangan

Tenangkan fikiran! Sebelum mula Jom melihat keindahan pemandangan alam semula jadi..

Sukatan Pelajaran Makroekonomi Bab

1- Pengenalan. Petunjuk/ Pemboleh Ubah Makroekonomi - Pendapatan negara - Guna tenaga dan pengangguran - Inflasi - Imbangan Pembayaran - Pertumbuhan ekonomi

Bab 2 : Perakaunan Pendapatan Negara2.1 Konsep Pendapatan Negara - KNK, KDNK, KNB, Susut Nilai, KNKkp, KNKkf, KNK benar, Cukai tak langsung, subsidi, Pendapatan boleh guna, pendapatan per kapita, pendapatan persendirian. 2.2. Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara 2.2.1 Kaedah Perbelanjaan - KDNKhp = C + I+G+(X-M)+ Perubahan inventori

- KDNKkf = KDNKhp-CTL+Sub - KNKkf = KDNKkf + PfbLN - KNBkf = KNKkf- Susut nilai

2.2.2 Kaedah Keluaran KDNKkf = Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi. KDNKhp = KDNKkf- Bayaran Perkhidmatan bank + Cukai Import KNKhp = KDNKhp + PfbLN KNBhp = KNKhp- Susut Nilai 2.2.3. Kaedah Pendapatan KNBkf = Upah dan gaji + Bunga bersih + Sewa + Untung Syarikat + Pendapatan Perusahaan Bersih KNB hp = KNBkf + CTL- Sub KNK hp = KNBhp + Susut nilai

Bab 3: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara3.1 Keseimbangan Pendapatan Negara 3.1.3 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonom dua sektor Dalam Ekonomi Dua Sektor. - Pendekatan AS=AE 3.1.1 Perbelanjaan Penggunaan dan Y=C+I Tabungan Isi Rumah. - Pendekatan Bocoran (W) = C = a + bYd Suntikan (J) APC = C/ Y S =I MPC = C/ Y Yd = C + S S = -a + (1-b)Yd APS = S / Y MPS = S / Y 3.1.2 Pelaburan dan Pengganda - Pelaburan autonomi - Pelaburan teraruh - Pengganda P = Y/ I, iaitu Nilai pengganda P = 1 /1MPC atau 1/ MPS

3.2 Keseimbangam Pendapatan Negara dalam Ekonomi Tiga Sektor AE = C + I + G (a) AS = AE Y=C+I+G (b) W=J S+ T = I + G

3.3 Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi Terbuka (Ekonomi Empat Sektor) AE = C + I + G + (X-M)

Bab 4 : Peranan Wang dalam Ekonomi4.1 Wang Indeks nilai wang tahun semasa (INW1)= IHP tahun asas X 100 IHP tahun semasa Kadar Perubahan nilai wang = INW1- 1NW0 X 100 1NW0

4.2

Penciptaan Wang/ Kredit Nisbah mudah tunai = Jumlah aset mudah tunai X 100 Jumlah deposit semasa Nisbah rizab berkanun = _____1___ Nisbah rizab Pengganda wang = _____1______ Nisbah rizab

4.3

Teori kuantiti wangPersamaan Fisher MV = PT M = bekalan wang V = halaju pusingan wang P = tingkat harga umum T = jumlah urus niaga Persamaan Cambridge M = kPT M= bekalan wang k = bhgn pdptn yang dipegang dalam bentuk tunai P = tingkat harga umum T = jumlah urus niaga

Bab 5 : Masalah Makroekonomi dan Dasar Penstabilan5.1 Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi 5.2 PengangguranJumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh Jumlah guna tenaga Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran Jumlah tenaga buruh

X 100

5.3 Inflasi Kadar inflasi = IH1- IH0 IH0

X 100

5.4 Dasar Fiskal dan Belanjawan Negara - Dasar fiskal budi bicara dan pemantap automatik - Dasar budi bicara (a) Dasar belanjawan lebihan (b) Dasar belanjawan kurangan (c) Dasar belanjawan terimbang - Pemantap automatik (a) Cukai progresif dan cukai sebanding (b) Bayaran pindahan kerajaan (c) Dasar harga maksimum dan dasar harga minimum

Bab 6 : Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa6.1 Faedah Pengkhususan Faedah Mutlak dan Faedah Bandingan 6.2 Kadar Syarat Perdagangan (KSP) KSP = IHX X 100 IHM 6.3 Sekatan Perdagangan Bebas Sekatan Tarif (Tarif spesifik dan ad-valorem) (a) Kuota (b) Subsidi eksport (c) Embargo (d) Kawalan pertukaran asing Sekatan bukan tarif 6.4 Imbangan Pembayaran Imbangan Akaun Semasa dan Akaun Modal 6.5 Kadar Pertukaran Asing Ditentukan melalui dua cara: (a) Sistem boleh ubah (b) Sistem tetap

Bab 7 : Pertumbuhan Ekonomi7.1 Pertumbuhan dan Pembangunan EkonomiPertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan jumlah pengeluaran barang yang sebenar. Pembangunan ekonomi merujuk kepada pembangunan dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial. Kadar pertumbuhan ekonomi = KNK benar tahun semasa KNK benar tahun sebelumnya X 100 KNK benar tahun semasa Pendapatan Per kapita benar = Pendapatan negara benar Jumlah penduduk

Kata Tugas

a. Apakah b. Jelaskan c. Terangkan d. Mengapakah e. Huraikan f. Hitungkan g. Bagaimanakah h. Bincangkan I. Bezakan J. Bandingkan K. Tunjukkan

Serius nampaknya. Senyum sikit

ApakahCalon hanya memerlukan kepada pernyataan atau menyatakan maksud/konsep. Biasanya agihan markah yang diberikan ialah 1 atau 2 sahaja.Calon mesti memberikan contoh berkaitan dengan konsep tersebut. Agihan markah konsep (1m), contoh (1m).

Contoh soalan dan jawapan: Apakah yang dimaksudkan dengan revaluasi? (2 m) Revaluasi merupakan tindakan kerajaan melalui bank pusat bagi menaikkan nilai matawang negara dengan nilai mata wang negara lain.(1m) Contohnya, kadar pertukaran bebas antara USD dengan RM ialah USD1= RM3.80.(m) Melalui revaluasi, kerajaan akan campurtangan dengan menaikkan mata wang Malaysia kepada USD1= RM3.60 .(m)

JelaskanMenerangkan secara terperinci maksud sesuatu konsep dengan contoh. Agihan markah antara 2- 4 markah)

Contoh soalan dan jawapan. Jelaskan maksud kadar pengangguran. (2m) Kadar pengangguran bermaksud kadar tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi berbanding jumlah tenaga buruh di pasaran. (1m) Formula/rumus: Kadar pengangguran = Jumlah penganggur X 100 (1m) Jumlah tenaga buruh

Terangkan, Bagaimanakah dan Huraikan Calon mesti membuat penerangan/huraian terhadap fakta,contoh dan kesan yang wujud.Contoh soalan dan jawapan: Terangkan tiga alasan sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain. (6 m) Tiga alasan sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain: Pemilikan faktor pengeluaran yang berbeza. (Fakta)(1/2m) (Huraian/penerangan). Setiap negara mempunyai faktor pengeluaran yang berbeza sama ada dari segi jenis, kualiti dan kuantiti. (1/2m) Oleh itu, setiap negara akan mengeluarkan barang yang berbeza. Misalnya, USA dan Jepun yang mempunyai sumber modal dan teknologi yang tinggi akan mengeluarkan barang perkilangan, manakala negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi seperti Malaysia dan Thailand akan mengeluarkan barang pertanian. (contoh 1/2m) Oleh sebab setiap negara menghasilkan barang yang berlainan, perdagangan antarabangsa perlu dijalankan antara negara tersebut untuk mendapatkan barang yang tidak dikeluarkan di negara berkenaan.(kesan 1/2m)Keadaan iklim yang berbeza Cita rasa masyarakat

Hitungkan Calon dikehendaki menunjukkan rumus dan ,membuat jalan pengiraan dan jawapanContoh soalan dan jawapan. Fungsi penggunaan,pelaburan, cukai dan perbelanjaan kerajaan bagi sebuah ekonomi adalah spt berikut (dalan RM juta) C = 800 + 0.8Yd I = 100 T = 200 G = 200 (a) Hitung tingkat keluaran negara keseimbangan. (2 m) Y = C + I + G (1/2m) = 800+ 0.8(Y-200)+ 100 + 200 = 800 + 0.8Y-160 + 300 = 940 + 0.8Y (1/2m) Y-0.8Y = 940 (1/2m) 0.2Y = 940 Y= 940 0.2 = RM4700 juta (1/2m)

Bezakan Calon dapat tunjukkan perbezaan kedua- duanya. Huraian mesti ada contoh dn kesan.

Contoh soalan dan jawapan. Jelaskan perbezaan jenis pengangguran yang berikut: (a) Pengangguran geseran dan pengangguran kitaran. (3m) Pengangguran geseran merupakan pengangguran yg berlaku dlm keadaan ekonomi yang telah mencapai tingkat guna tenaga penuh. (1/2m) Oleh itu, buruh berhenti kerja untuk mencari kerja yang lebih baik, iaitu dari segi gaji yang lebih tinggi dan syarat pekerjaan yang lebih baik. (1/2m) Pengangguran geseran berlaku untuk sementera waktu dan tidak meninggalkan kesan buruk kpd ekonomi.(1/2m) Manakala pengangguran kitaran merupakan pengangguran yg berlaku dalam keadaan kemelesetan ekonomi. Pada masa ini, pemintaan agregat akan berkurangan dan menyebabkan firma mengurangkan pengeluaran.(1/2m) Oleh itu, ramai tenaga buruh diberhentikan kerja dan pengangguran berlaku. (1/2m) Pengangguran kitaran berlaku untuk jangka masa yang lebih lama dan akan meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi.(1/2m)

Format Soalan Bahagian

A (Objektif)- 30 soalan .(30 markah) Peruntukan masa sekitar 1 jam sahaja. Bahagian B- esei ringkas- Jawab lima daripada 8 pilihan soalan- Peruntukan masa sekitar 50 minit sahaja. (20 markah) Bahagian C- esei panjang- Jawab dua daripada 4 pilihan soalan. Peruntukan masa sekitar 35 minit sahaja. (20 markah) Bahagian D-Kuantitatif- Jawab dua daripada 4 pilihan soalan. Peruntukan masa sekitar 35 minit sahaja. (20 markah)

Latihan Menjawab Peperiksaan Percubaan STPM 2009 Negeri Kelantan Jawab

Bahagian A sahaja. Masa diperuntukan selama 30 minit. Jawab setakat mana yang kamu mampu. Setiap kumpulan pilih soalan 1- 15 dan 16-30.

Jawapan Bahagian A

1.A 2.B 3.C 4.A 5.B 6C 7C 8B 9D 10A 11B 12C