TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

25
OLEH PUAN SITI SARINI BINTI YUNUS SMK ST JOSEPH, KUCHING

Transcript of TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Page 1: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

OLEH PUAN SITI SARINI BINTI YUNUS

SMK ST JOSEPH, KUCHING

Page 2: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Soalan mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Soalan berbentuk objektif aneka pilihan dan

gabungan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam 15 minit. Soalan meliputi semua pembelajaran

tingkatan 4 dan tingkatan 5. Alat tambahan iaitu kalkulator saintifik

dibenarkan.

Page 3: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B

Bahagian A : terdiri daripada 5 soalan, tetapi jawab 3 soalan sahaja.

Bahagian B : hanya satu soalan kajian kes yang wajib dijawab.

Kedua-dua bahagian meliputi pembelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam.

Page 4: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Markah Penuh

Kertas 1 40% Kertas 2 60%

Soalan 40 soalan aneka pilihan

Bahagian AJawab 3 daripada 5 soalan

Bahagian B1 soalan wajib/kajian kes

Masa 1 jam 15 minit 2 jam

Target 12 betul Bahagian A : 30 markahBahagian B : 10 markah

Jumlah 12 40

Peratus Markah

12% 24%

Jumlah Besar 36% Gred E

Page 5: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Pemahaman konsep Perdagangan mestilah jelas dan tepat.

Soalan meliputi semua tajuk Ting. 4 & 5 Pilih jawapan yang paling tepat. Beri perhatian kepada :

- perkataan “kecuali”/benar

- soalan menghitung

Page 6: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Kertas 1

Aras Rendah (R) : 20 soalan Aras Sederhana(S) :12 soalan Aras Tinggi(T) : 8 soalan

R : S : T 5 : 3 : 2

Page 7: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

1. Tidak baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang salah.

2. Membuang banyak masa pada soalan yang sukar, sepatutnya beralih ke soalan yang lebih mudah dahulu dan akhirnya baru soalan yang sukar.

3. Calon salah tanda nombor soalan dengan jawapan, sebab calon menanda jawapan untuk semua soalan dalam kertas soalan dan kemudian baru pindahkan kesemua jawapan ke dalam kertas jawapan objektif.

4. Tidak membawa peralatan yang mencukupi.

5. Tidak menjawab semua soalan.

Page 8: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

1. Sistem kotak2. Carta/graf/jadual3. Gambar foto4. Soalan pengiraan5. Situasi6. Cerita7. Pernyataan8. Dialog

Page 9: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Rajah menunjukkan hubungan dua hala antara perdagangan dengan perniagaan.

Apakah hubungan kedua-duanya dalam proses pengeluaran?

PERDAGANGAN PERNIAGAAN

Page 10: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

A. Mencapai pengeluaran maksimum dalam proses pengeluaran.

B. Mencipta nilai faedah kepada kehidupan manusia.

C. Mendapatkan keuntungan melalui urusniaga.

D. Menyediakan tempat untuk urusniaga.

Page 11: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Pernyataan di bawah berkaitan dengan seorang pemborong.

Siapakah pemborong itu?

Menjual bagi pihak pelanggan.Menemukan penjual dengan pembeliMenerima komisen

Page 12: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

A. BrokerB. Jober paraC. Ejen pengeluarD. Pemborong pesanan berwakil

Page 13: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Gambar di bawah menunjukkan 2 jenis kaedah jualan bagi sejenis komputer.

Apakah kelebihan sekiranya En. Abu membeli komputer itu secara kredit?

Jualan TunaiHarga Tunai RM 1500

Jualan KreditAnsuran RM80 sebulanTempoh Pembayaran 24 bulanWang Pendahuluan RM100

Page 14: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

I. Boleh disewa untuk membayar ansuran.

II. Komputer tidak akan dirampas jika beliau gagal membayar ansurannya.

III. Terdapat wang lebihan untuk membeli barang lain.

IV. Harga belian secara kredit lebih murah daripada harga secara tunai

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

Page 15: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Pn Siti menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran. Pada suatu malam rumahnya dimasuki pencuri dan beliau mengalami kerugian sebanyak RM80 000. Pn Siti telah membuat tuntutan gantirugi kepada insurer tetapi tuntutannya ditolak.

Page 16: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Apakah prinsip yang digunakan oleh insurer untuk menolak tuntutan Pn Siti?

A.SubrogasiB.Penuh percaya mutlakC.Doktrin sebab hampiranD.Kepentingan boleh insurans

Page 17: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Pada 1 Jan. 2009, Encik Imran membeli sebuah peti sejuk dengan harga RM3 000. Wang pendahuluan RM500 telah dijelaskan. Bakinya dibayar ansuran dengan tempoh bayaran balik 12 bulan. Kadar faedah 8% setahun dikenakan oleh pembiaya. Berapakah ansuran bulanan yang perlu dijelaskan oleh Encik Imran?

A.RM215

B.RM225

C.RM270

D.RM275

Page 18: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Antara berikut yang manakah bukan fungsi pemborong?A.Membiayai dari segi kewangan

B.Mengadakan kemudahan pergudangan

B.Membeli barang secara pukal dan memecah pukal

C.Memberi nasihat dan maklumat kepada pengguna akhir

Page 19: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Antara berikut yang manakah

peranan pengangkutan?

I.Mengurangkan kos insurans

II.Memudahkan mobiliti tenaga

buruh

III.Memperluaskan pasaran

barangan

IV.Membolehkan pengkhususan

dijalankan

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

Page 20: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Baca dan fahamkan soalan.

Tentukan kata tugas dan peruntukan

markah

Jawapan mesti menepati kata tugas dan

markah yang diperuntukkan.

Tulis dalam perenggan atau senaraikan

poin/fakta (guna kepala soalan)

Jangan memberi kenyataan umum

Page 21: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Nyatakan Memberi fakta

tanpa peneranganTerangkan/

Jelaskan Menyatakan fakta

dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

Fakta : Penerangan.

Huraikan Memperihalkan

sesuatu dengan terperinci dan teratur:

Fakta : Penerangan :Contoh

Lakarkan Melukiskan sesuatu

secara kasar dan tanpa perincian ukuran

Bezakan Menyatakan

kelainan/ ketidaksamaan

Bandingkan Menyatakan

persamaan dan perbezaan

Page 22: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Apakah Memberi maklumat

yang khusus/spesifikBagaimanakah Memberi

penerangan tentang cara/keadaan/langkah

Mengapakah Beri sebabBerapakah Beri kuantiti

Sarankan

Syorkan

Cadangkan Memberi

pandangan / idea/ pendapat yang tepat/betul dari segi konsep perdagangan dan disokong dengan fakta-fakta perdagangan.

Page 23: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

Soalan yang wajib dijawab. Kemahiran diuji ialah:-

Kemahiran mengaplikasi, menilai, membuat keputusan, dan menganalisis perkaitan.

Pelajar perlu membaca dan memahami rencana yang diberi.

Jawab dengan fakta/poin/bukti/contoh dari rencana/kes yang diberi.

Page 24: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM

• Tingkatkan pemahaman konsep Perdagangan

• Jawapan hendaklah berfokus pada tajuk dan bukan secara umum sahaja.

• Kenal pasti kehendak soalan sebelum menjawab

• Rangkakan jawapan terlebih dahulu

• Gunakan peruntukkan markah sebagai panduan.

• Membaca dan menguasai semua tajuk dan fakta penting

• Latihan tubi dan simulasi soalan SPM perlu dilakukan.

Page 25: TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN SPM