Teknik Menjawab Soalan Bm Upsr 2015

91

description

bm2

Transcript of Teknik Menjawab Soalan Bm Upsr 2015

  • BAHASA MELAYU KERTAS 1(PEMAHAMAN)KOD : 011BAHASA MELAYU KERTAS 2(PENULISAN)KOD : 012/1

  • BAHASA MALAYSIA

    KERTAS 2

  • Respons terbuka (menulis karangan)(30 markah) Memindahkan maklumat(10 markah)ABCMenulis ulasan(20 markah)

  • Memindahkan maklumat daripada bahan grafik (gambar/carta/graf/peta /dsb) Bilangan soalan : 1 soalan (wajib dijawab)Jumlah perkataan : Tiada had

  • Bentuk jawapan:Ayat yang lengkap/ gramatisBentuk penomboran/ point Markah :10 markah Cadangan masa menjawab:15 minit

  • Makmal / Bengkel KHKelasPusat sumberPadangKantinTapak perhimpunanDewanPagar sekolah

  • Halaman rumahDapurBilik TidurRUMAHRuang tamu

  • berkhemahMembeli -belahPengalamanGotong-royongHari guru / Hari Kanak -kanak / Hari Kantin

  • Di pasar rayaDi taman permainanPengalamanDi pejabat posDi kebun sayur / Dusun

  • PANDUAN MENJAWABLANGKAH 1Baca dan fahami arahan dan soalanLihat gambar/ bahan grafik dengan teliti.Fikirkan 4 kata tanya- siapa ( orang/ manusia)- apa(aktiviti)- di mana (tempat / situasi)- mengapa (sebab / tujuan)

  • LANGKAH 2

    Senaraikan aktiviti (kata kerja) atau situasi yang terdapat dalam gambar / grafik.

  • LANGKAH 3Bina lima ayat yang gramatis berdasarkan situasi , suasana atau aktiviti yang terdapat dalam gambar.Gunakan kata hubung/ kata sendi nama/ penjodoh bilangan dll.

  • LANGKAH 4

    Semak semula ayat-ayat yang dibina. - struktur ayat - penggunaan kata - imbuhan - tanda baca - ejaan

  • TEKNIK MEMBINA AYATASLAMSIAPA (WATAK)APA ( AKTIVITI)LOKASI (TEMPAT)ALATMENGAPA ( TUJUAN / SEBAB)

  • 21345

  • Siapa ?1. Perempuan2. Lelaki3. Ayah4. Ibu5. Datuk 6. Nama watak

  • Apakah ? (aktiviti / kata kerja)1. Menonton televisyen2. Mengait pakaian / alas meja3. Membaca surat khabar4. Memberi makanan kepada ikan5. Bermain kereta mainan

  • Di manakah ? (lokasi / tempat)1. rumah2.ruang tamu

    Mengapakah ? (tujuan / sebab)1.Untuk mengisi masa lapang.2.Untuk mengetahui berita terkini.

  • 1. Encik Azlan dan anaknya menonton televisyen di ruang tamu rumahnya pada waktu petang untuk mengisi masa lapang.

    2. Puan Amira mengait alas meja sambil duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya untuk dihadiahkan kepada ibunya.

  • 3.Datuk Amirul sedang membaca surat khabar Harian Metro di ruang tamu untuk mengetahui berita terkini .

  • 4. Amirul memberi makanan kepada ikan peliharaannya supaya ikan itu tidak kelaparan.5. Hazim sedang leka bermain kereta mainannya di ruang tamu untuk mengisi masa lapangnya.

  • Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Calon perlu mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana dan sebagainya sebelum menulis ayat. Calon perlulah kenal pasti aktiviti atau suasana utama yang terdapat dalam gambar dengan cara membulatkannya. Bulatkan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Calon perlu menulis dan mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. Calon dikehendaki membina lima ayat lengkap. Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran (1 hingga 5). Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Calon diingatkan hanya menulis lima ayat.

  • Banyakkan membaca serta membuat latihan bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan kosa kata.Jadikan buku teks yang dibekalkan sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran. Kebanyakan buku kerja tidak mementingkan kualiti dan standard sukatan pelajaran.Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar / bahan rangsangan.Calon digalakkan membina pelbagai ayat berdasarkan arahan dan grafik yang diberi.

  • Menulis karangan Tajuk diberiBilangan soalan3 soalan (pilih satu sahaja) Jumlah perkataanTidak kurang daripada 80 patah perkataan

  • Bentuk jawapanKarangan lengkap6 perengganMarkah30 markahCadangan masa menjawab40 minit

  • Baca & Faham soalan( 2 minit)Rangka isi karangan( 5 minit )Menulis karangan( 30 minit )Menyemak Tatabahasa( 3 minit )

  • Dialog / Temu ramahLaporanSurat rasmi / Tidak rasmiUcapanSyarahanBeritaPerbahasanCatatanCereka / ImaginasiPerbincanganFaktaGambaran / KeperihalanPeneranganAutobiografiPeribahasa

  • Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak soalan yang dibaca, kemudian pilih soalan yang dikuasai dengan baik. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum menulis karangan.

  • Sebelum menulis, calon hendaklah membina peta minda berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutupan.Calon dikehendaki menulis tiga isi atau lebih isi bagi setiap karangan yang ditulis dengan pengolahan ayat yang gramatis, huraian yang mantap serta contoh yang sesuai.

  • Terus bincangkan tajuk

    2. Jangan lebih 1 perenggan

    3. Tepat kepada soalan

    4. Memadai 2-3 ayat

    5. Jangan masukkan isi

  • Ada isi utama + huraian + contoh

    2. Sekurang-kurangnya 4 isi atau lebih

    3. Setiap perenggan hanya 1 isi

    4. Memadai 3 - 4 ayat

  • Memberi kesimpulan atau rumusan

    2. Memadai 2 -3 ayat

    3. Mengemukakan peribahasa, ungkapan dan pantun jika perlu

  • Tindakan awal ( lihat punca )Bantu mangsaHubungi polis/ambulans/bomba/guru/ibu bapaPerhimpunan di sekolah( terima hadiah / penghargaan )Nilai murniMelawat di hospital/di rumah

  • PendahuluanIsi 1Isi 2Isi 3Isi 4PenutupanUbah suai soalanMenyiasatMinta bantuanBeri bantuanBantuan sampaiPerasaan/HarapanNilai murni

  • Pendahuluan yang berkesanIsi yang teraturSatu isi bagi satu perengganHuraian isi yang padatPendahuluan yang berkesanMemberikan contoh yang tepatKesinambungan isi yang lancarPenutupan yang sesuai

  • Tidak memahami tajuk yang dipilihTidak merangka karanganPendahuluan tidak menarikKekurangan isiPendahuluan yang berkesanIsi berulang dalam perengganKesalahan bahasa(tatabahasa/ejaan/pemilihan kata/tanda baca)

  • LANGKAH 1Membaca soalan dengan teliti.Garisi perkara-perkara pentingFahami kehendak soalan.Tentukan :1.tema/ situasi2.jenis penulisan 3.format penulisan

  • LANGKAH 2Membuat kerangka karangan atau peta minda untuk idea atau isi isi penting.

    - pendahuluan- idea/ isi-isi penting- penutupan

  • LANGKAH 3Menulis karangan dengan ayat yang gramtis.- penggunaan penanda wacana- peribahasa yang sesuai- aspek bahasa yang lain

  • LANGKAH 4Menyemak hasil karangan.- struktur ayat- penggunaan kata- imbuhan- tanda baca- ejaan

  • Menggunakan konsep kata tanya MASBBD

  • MMENGAPAMASBBDAAPADDI MANASSIAPABBILABBAGAIMANA

  • 1

    2

    3

    4

    5

    6Bila Hari SukanTahunan?Di mana diadakan?Mengapa adakan?Siapa anjurkan/terlibat?Apa acara?Bagaimana suasana?1

    2

    3

    4

    5

    6B:D:M:S:A:Bg:Minggu lepaspadangTujuan sukan murid, ibu bapaPelbagai acaraMeriahSekolah kamu telah mengadakan Hari SukanTahunan. Tulis laporan tentang Hari Sukan Tahunan itu selengkapnya.

  • Hari Sukan di Sekolah Saya

    1 BMinggu lepas Sabtu - 14 Mac 8.00 pagi2 D Padang sekolah Belakang bangunan Blok A sebelah Bengkel KH3 MMencungkil bakat murid pilih olahragawan / olahragawati pilih wakil sekolah4 SPengerusi PIBG rasmi semua murid - ibu bapa tetamu jemputan5 APelbagai acara Perbarisan - Ucapan GB / PIBGperasmian acara sukan persembahan murid- Penganugerahan tokoh6 BgMeriahSemua murid gembira - pulang ceria walaupun penat.

  • Tulis sebuah karangan tentang faedah mengikuti aktiviti kokurikulum.

    SOALAN

  • Gunakan kaedah I Isi /ideaC Contoh (Huraian)K - Kesan (Huraian lanjut/contoh)PETUA MENGARANG

  • PENDAHULUAN- MAKSUDFAEDAH 1FAEDAH 2FAEDAH 3FAEDAH 4PENUTUPAN: KESIMPULAN

  • Maksud tajuk: 1. Apa itu aktiviti kokurikulum? (definisi) 2. Jenis-jenis aktiviti kokurikulum (contoh) 3. Bilakah aktiviti ini dijalankan?

  • ISI(I): dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman (Faedah) CONTOH (C) : menyertai PBSM murid dapat belajar cara-cara merawat pesakit.KESAN(C) : Kemahiran ini dapat digunakan pada masa kecemasan.

  • ISI ( I ) : dapat mengelakkan murid terlibat dengan gejala sosial (Faedah)

    CONTOH (C) : melepak di kafe siber, berpelesiran di pusat beli -belah KESAN (K) : Masa senggang dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah

  • ISI(I) :dapat memupuk nilai murni dan sikap yang baik CONTOH (C) : semangat setia kawan, berdikari, bekerjasama melalui aktiviti yang dijalankan KESAN (K) :dapat melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang terpuji

  • ISI (I) - dapat melahirkan murid yang berkepimpinan untuk menerajui persatuan (Faedah) CONTOH/CARA(C) - Bakat ini terserlah apabila murid mengendalikan pertandingan dan aktiviti persatuan

    KESAN (K) : Murid yakin dan berkebolahan mengurus dan melaksanakan tugas sebagai pengerusi, setiausaha dll.

  • Kesimpulan -banyak manfaat apabila murid aktif dalam kokurikulum - semua murid digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum

  • IDEA KARANGAN

    Menambah pengetahuanMengisi masa lapangMeningkatkan kemahiranMenambah kenalanHiburanPemupukan nilai murniFaedah membacaFaedah sukanFaedah menyertai kokurikulumLawatanMendengar radioMenonton televisyen

  • IDEA KARANGAN

    Kedatangan tetamuTujuan majlisMajlis dimulakanAktivitiRehat / persembahanAktivitiPenutup / bersurai- Harapan- PerasaanHari SukanHari Kanak-kanakHari Anugerah CemerlangGotong-royongHari Kantin

  • Nilai PengajaranAmalan baik

  • Menulis ulasan berdasarkan nilai murni / pengajaran /amalan baikBilangan soalan1 soalan (wajib dijawab) Jumlah perkataanTidak lebih daripada 50 patah perkataan

  • PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C

    1. Baca petikan dengan teliti2. Senaraikan nilai/pengajaran/amalan baik/faedah yang terdapat dalam petikan.3.Tulis ulasan berdasarkan nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.4. Ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

  • Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. Fahami petikan yang diberi dan gariskan ayat yang menjurus kepada nilai/pengajaran yang terdapat dalam teks. Calon perlu mencatat nilai/pengajaran yang tepat berdasarkan ayat yang telah digaris. Jangan menulis semula nilai/pengajaran yang telah terdapat dalam petikan. (Nilai yang sinonim)

  • Calon dikehendaki menulis lima nilai / pengajaran mengikut urutan. Pastikan nilai / pengajaran dan huraian mesti berkaitan dengan pernyataan yang terdapat dalam petikan. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara nilai/pengajaran yang terdapat dalam petikan.

  • Calon perlu menyemak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan serta rujukan daripada pelbagai teks.

  • 1.Baik hati2. Berdikari3. Hemah tinggi4. Hormat menghormati5. Kasih sayang6. Keadilan7. Kebebasan8. Keberanian9. Kebersihan fizikal dan mental 10. Kejujuran11. Kerajinan12. Kerjasama13.Kesederhanaan14. Kesyukuran15. Rasional16. Semangat bermasyarakat17. Prihatin18. Semangat Patriotisme

  • USM ULAS SIKAP/SIFAT MANUSIAUTM ULAS TINDAKAN MANUSIAUKM ULAS KELAKUAN MANUSIAUPM ULAS PENDAPAT MANUSIAUIA ULAS IKUTAN / AMALANUPSI ULAS PERANGAI SESEORANG ISTIMEWA

  • Menggunakan aplikasi I.D.C.D ( Ingat Dua Cari Dua) Aplikasi I.D.C.D.( Ingat Dua Cari Dua )

    Penanda Wacana(Murid Mesti Ingat)Kata Bantu(Murid Mesti Ingat)Aspek Nilai(Murid Mesti Cari) Huraian ( Merujuk Petikan ) (Murid Mesti Cari)Antaranya..kita mestilahSelain itu, ..kita sepatutnyaSeterusnya, .kita haruslahDi samping itu, kita dikehendakiAkhirnya, kita sewajarnya

  • Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Kuala Kubu Baru. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami berdua. Aku sangat menghargai pengorbanan suci ibu. Jauh di sudut hati, aku bertekad untuk membalas segala jasa, pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian baharu. Ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga istimewa di tempat kerjanya. Subuh-subuh lagi, ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku akan menikmati sarapan bersama-sama ibu. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup dan dapat mengubah nasib keluargaku.

  • Sabtu, 25 Januari 2014Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Gunung Ledang. Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan lima orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. Beberapa orang ahli menawarkan diri untuk mencari kayu api.

    Ahad,26 Januari 2014Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual. Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat. Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami mendaki bukit pula. Kami diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul. Kakiku luka akibat terkena kayu yang tajam. Mujurlah kami membawa peti kecemasan.

    Isnin, 27 Januari 2014Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada Guru Besar. Kami pulang pada puku 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak.

  • Penanda Wacana(Murid Mesti Ingat)Kata Bantu(Murid Mesti Ingat)Aspek Nilai(Murid Mesti Cari)Huraian/ Merujuk Petikan(Murid Mesti Cari)Antaranya..kita mestilahrajin bekerjamencari nafkah untuk menyara hidupSelain itu, ..kita sepatutnyamembalas budipengorbanan, kasih sayangibuSeterusnya, .kita haruslahpemurahmemberi hadiahDi samping itu,kita dikehendakiprihatinmenyediakan sarapan danbekalan ke sekolahAkhirnya, kita sewajarnyatekad , azamberjaya dalam hidup

  • Nilai yang diperoleh daripada petikan ialah kita mestilah rajin bekerja untuk mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga. Selain itu , kita sepatutnya pandai membalas budi atas pengorbanan dan kasih sayang yang ibu berikan kepada kita. Seterusnya, kita haruslah bersikap pemurah seperti ibu yang memberikan hadiah kepada anaknya. Di samping itu, kita dikehendaki prihatin seperti ibu yang menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. Akhirnya, kita sewajarnya mempunyai tekad dan azam untuk berjaya dalam hidup.

  • Calon dapat menjawab tugasan dengan ulasan idea yang jelas dan tepat, menggunakan ayat yang gramatis dengan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Setiap nilai yang diperoleh daripada petikan dapat dijelmakan dengan tepat seperti mana yang terkandung dalam petikan. Selain dapat menjelmakan lima nilai yang mantap, calon juga dapat mengeluarkan huraian yang jelas berdasarkan petikan.

  • Sabtu, 25 Januari 2014Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Gunung Ledang. Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan lima orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. Beberapa orang ahli menawarkan diri untuk mencari kayu api.

    Ahad,26 Januari 2014Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual. Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat. Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami mendaki bukit pula. Kami diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul. Kakiku luka akibat terkena kayu yang tajam. Mujurlah kami membawa peti kecemasan.

    Isnin, 27 Januari 2014Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada Guru Besar. Kami pulang pada puku 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak.

  • Nilai murni yang diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah berdisiplin seperti penulis bangun awal pagi untuk menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Gunung Ledang. Di samping itu, kita perlulah bertanggungjawab seperti Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selain itu, kita juga perlu menjaga kesihatan umpama penulis yang bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Kita juga hendaklah menepati masa seperti ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memulakan aktiviti mengikut ketetapan dalam jadual. Akhir sekali, sebagai seorang ahli persatuan, kita sepatutnya bekerjasama seperti semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.

  • berdisiplin tidur awal agar tidak lewat pergi ke sekolah.Menjaga kesihatan bersarapan sebelum pergi ke sekolah.Menghormati ibu bersalam sebelum pergi ke sekolah.

  • Mematuhi peraturan berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah.Menghargai barang sendiri/ menjaga keselamatan harta sendiri- mengunci basikal

  • Menghormati lagu Negaraku- berdiri tegak ketika lagu dinyanyikan.Baik hati / prihatin-memberi tumpang kepada rakan.

  • Nilai murni yang diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah berdisiplin dengan tidur awal agar tidak terlewat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Di samping itu, kita perlulah menjaga kesihatan dengan bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Selain itu, kita juga perlu menjaga keselamatan barang dan menyayangi harta milik sendiri seperti mengunci basikal apabila berada di sekolah. Kita juga hendaklah menghormati lagu Negaraku dengan cara berdiri tegak apabila lagu tersebut dinyanyikan. Akhir sekali, sebagai seorang rakan yang baik, kita sepatutnya bersikap baik hati seperti Hamdan diberi tumpang oleh rakannya semasa pulang dari sekolah.

  • Berdasarkan petikan, Hamdan sepatutnya berdisiplin dengan tidur awal agar tidak terlewat bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Sebagai seorang murid, kita perlulah menjaga kesihatan dengan bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Selain itu, kita juga perlu menjaga keselamatan barang dan menyayangi harta milik sendiri seperti mengunci basikal apabila berada di sekolah. Di samping itu, kita juga hendaklah menghormati lagu Negaraku dengan cara berdiri tegak apabila lagu tersebut dinyanyikan. Akhir sekali, sebagai seorang rakan yang baik, kita sepatutnya bersikap baik hati seperti rakan Hamdan yang memberi tumpang kepada Hamdan semasa pulang dari sekolah.

  • Berburu ke padang datar,Dapat rusa berbelang kaki,Berguru kepalang ajar:Bagai bunga kembang tak jadi

    menca**