Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

19
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. [email protected] Saharuddin-abdullah.blogspot.com

description

Teknik Menjawab Soalan Novel

Transcript of Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Page 1: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU

SPMDihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAH

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

SMK Sijangkang Jaya.

[email protected]

Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Page 2: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Soalan Novel :

Kajian Novel : Novel Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Karya Deana Yusof – Tingkatan 4. Novel Konserto Terakhir – Karya Abdullah

Hussain – Tingkatan 5. Jika anak berminat, anda boleh mengkaji

sendiri mana-mana novel yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 3: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Soalan Novel :Soalan 4 .Aspek Kajian hendaklah meliputi ;

a) Sinopsis

b) Biodata Pengarang.

c) Tema.

d) Watak dan Perwatakan.

e) Plot ( Binaan Plot & Teknik Plot)

f) Latar ( Masa / Tempat / Masyarakat )

g) Gaya Bahasa

h) Nilai

i) Pengajaran

Page 4: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Soalan Novel :

Soalan 4 .• Terdapat dua bahagian iaitu (a – 7 markah)

dan (b – 8 markah ).• Soalan (a) berbentuk sastera tulen atau

kemahiran berfikir. Hanya 1 novel sahaja.• Soalan (b) berbentuk sastera tulen atau

perbandingan antara 2 novel yang dikaji.• Markah bahasa untuk soalan 4(a) ialah 3

markah dan 4(b) pula ialah 2 markah.

Page 5: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

TAHUNSPMU SPMN

(a) – 7 m (b) – 8 m (a) – 7m (BHS = 3M) (b) – 8 m (BHS = 2M)

2001 - - Kewajaran pengarang

mengakhiri ceritaEmpat persoalan

2002 Sinopsis novel Empat nilai murni Tema Latar masyarakat

2003Klimaks & peristiwa yang membawa kpd.

kesudahan ceritaEmpat latar tempat

Buktikan persoalan kegigihan

Perwatakan watak utama

2004Cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh watak utama

Empat pengajaran Tiga nilai kasih sayang

Cara watak utama menyelesaikan

konflik yang dihadapi

2005 Perwatakan satu watak sampingan

Tiga peristiwa yang dapat anda teladani

Dua peristiwa yang paling menarik

Bandingkan satu latar tempat dalam

dua novel

2006 Pertentangan antara watak

Dua nilai kemasyarakatan dalam dua novel

PengajaranSatu persoalan

dalam dua novel

2007 Dua nilai setia kawan

Perbandingan tema

Dua peristiwa tentang persoalan maruah

Cara watak utama menyelesaikan

konflik yang dihadapi dalam dua

novel

ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013

Page 6: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

TAHUNSPMU SPMN

(a) – 7 m (b) – 8 m (a) – 7m (BHS = 3M) (b) – 8 m (BHS = 2M)

2008Pemilihan tajuk

dikaitkan dengan isi kandungan novel

Tiga pengajaran dalam dua novel

Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat

pembaca

Perbandingan (persamaan &

perbezaaan) latar masyarakat dalam

dua novel

2009Dua peristiwa yang

meninggalkan kesan terhadap pembaca

Satu latar masa dalam dua novel

Dua contoh yang membuktikan

ketabahan watak utama

Satu contoh nilai kasih sayang dalam dua novel

2010Dua peristiwa yang

menunjukkan kepincangan masyakarat

Satu latar masyarakat dalam

dua novel

Sebab-sebab novel boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca

Satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel

2011 Kandungan novel (Sinopsis)

Dua Pengajaran (1 Novel)

Perwatakan watak utama

Dua persoalan (1 novel)

2012 Tema 3 pengajaran Dua latar masaTiga nilai

kemanusiaan (1 novel)

2013 Latar Tempat

Pertentangan pendapat antara

watak utama dengan 1 watak lain (2 novel)

   

ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 – 2013

Page 7: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL.

1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)

2. Perwatakan watak sampingan (Pilih watak sampingan utama - yang rapat dengan watak utama)

3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)

4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)

5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)

Page 8: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL.

6. Pengajaran (Sebagai jalan selamat, beri lebih daripada jumlah yang diminta)7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial8. Peristiwa Menarik / Teladan9. Latar Tempat (Perbandingan)10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan

Page 9: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Contoh Soalan NovelJawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1

(a) Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Huraikan dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai daripada setiap novel tersebut.

Page 10: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Contoh Jawapan [4 (b)]

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.

Nilai paling utama ialah nilai kasih sayang. Intan Julia sangat menyayangi papa dan mamanya. Intan Julia sanggup berulang alik dari UIA ke Hospital ketika mamanya sedang koma. Nilai kasih sayang juga dipaparkan melalui watak En Jefri yang berulang alik ke hospital selepas waktu bekerjanya tamat untuk melihat isterinya yang koma.

Selain itu, terdapat juga nilai keprihatinan. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa Mak Cik Noraini yang menasihati Intan Maliana supaya tidak…….

Page 11: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Contoh Jawapan [4 (a)]

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 5 ialah novel Konserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel ini.

Antara watak sampingan yang ada ialah Datok Johari. Beliau merupakan anak kampong yang berhijrah ke bandar setelah berkahwin dengan ibu Helmi. Semasa di bandar beliau telah berkahwin dengan Datin Salmah dan hidup dalam kemewahan. Datok Johari berpangkat besar dan mempunyai seorang anak yang bernama Hayati….

Selain itu, watak sampingan seterusnya ialah Datin Salmah….

Page 12: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Contoh Jawapan [4 (b)]

Selain itu, saya juga mengkaji novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.

Nilai paling utama ialah ketabahan. Nilai ini dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dialami oleh Helmi. Helmi tetap bekerja di rumah Datok Johari walaupun beliau tidak disenangi oleh Datin Salmah. Helmi juga tabah dan tekun mempelajari pelbagai alatan muzik hingga berjaya menjadi seniman yang terkenal.

Di samping itu, terdapat juga nilai kasih sayang. Hayati sangat menyayangi Helmi. Helmi berjaya mengubah kehidupan Hayati…

Page 13: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Bengkel 1Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1

(a) Huraikan dua perwatakan utama dalam novel yang anda pelajari.

(b) Kerajinan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut dengan mngemukakan dua bukti yang tepat.

Page 14: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Bengkel 2Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1

(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

(b) Jelaskan 2 nilai setia kawan yang terkandung dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Page 15: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

Bengkel 3Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:Papa…Akhirnya kau tewas jua!, karya Deanna YusofKonserto Terakhir, karya SN Abdullah Hussain

Latihan 1

(a) Berdasarkan mana-mana novel yang anda pelajari, nyatakan konflik yang berlaku antara watak utama dengan watak sampingan.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menunjukkan sikap prihatin masyarakat.

Page 16: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

‘JIKA SAYA HENDAK BERJAYA, SAYALAH YANG PERLU

BERUSAHA DAN BELAJAR’

Page 17: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

‘PILIH SATU ANTARA DUA: SAKIT KERANA MENDISPLINKAN DIRI

ATAU SAKIT KERANA MENYESAL KEMUDIAN HARI’

Page 18: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU

KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’

Page 19: Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)

SELAMAT SELAMAT BERJAYA BERJAYA

SEMOGA SEMOGA AA DI DALAM DI DALAM

GENGGAMANGENGGAMAN