Teknik Pembelajaran Koperatif

3
Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen, 1994). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991); Lyman & FZ oyle, 2000). Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran

description

Pembelajaran Koperatif

Transcript of Teknik Pembelajaran Koperatif

Page 1: Teknik Pembelajaran Koperatif

Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif

Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran

koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknik-

teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together)

oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar

( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh

Aronson dan rakan-rakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation )

oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University.

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan

dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan

sosialisasi (Cohen, 1994).

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja

secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991);

Lyman & FZ oyle, 2000).

Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama

untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini

pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan “satu kumpulan”

dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran.

Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan

pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan

penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik.

Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada

pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum

mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang guru, apa yang

diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana yang

diharapkan. Kedudukan para pelajar dalam bilik darjah, suasana persekitaran, kekangan masa

Page 2: Teknik Pembelajaran Koperatif

dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah

pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar

dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala

dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.

Pada masa pelajar bekerja bersama-sama, mereka akan belajar untuk saling memberi

dan menerima bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara

baru bagi menyelesaikan masalah matematik bersama.

2.1 Ringkasan

Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut

menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan

untuk mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan

pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif. Bab berikutnya

memperihalkan tentang metodologi kajian yang digunakan dalam kaedah pembelajaran

koperatif.