Teknik Penerokaan

27
2.1Muka surat pertama Penerokaan teknik Teknik lipatan Lipatan sudut Helaian Helaian dengan tampalan Persembahan Persembahan 180˚ Catatan: Kami telah melukis gambar berudu dalam muka surat pertama kerana ia adalah watak utama dalam buku cerita pop-up kami. Dalam perjalanan cerita “Si berudu mencari ibunya”, sekumpulan berudu telah membuat keputusan untuk berenang ke zoo yang berdekatan.Tujuannya adalah untuk mencari ibu mereka.Selepas berbincang antara satu sama lain, kami terfikir untuk membuat seekor berudu pop-up sebagai ketua dalam kumpulan berudu. Manakala, berudu-berudu lain telah kami lukis secara manual.Mula- mulanya, kami melukis seekor berudu besar dalam kertas lukisan dengan merujuk kepada kamus bergambar.Kemudian, gunting dan warnakan berudu tersebut. Untuk ketua berudu, kami telah memilih teknik lipatan sudut, helaian dengan tampalan dan persembahan 180˚.Dalam muka surat pertama ini, kami mahu menggerakkan berudu supaya ia kelihatan sedang berenang di dalam air. Maka, kami telah mendapat sumber inspirasi daripada teknik yang digunakan dalam templet “The Swing Bridge” yang diedarkan oleh pensyarah.Kami berasa gembira kerana kami telah berjaya menghasilkan “tadpole” pop-up selepas percubaan kali kedua.Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknik pop-up ini adalah senang kerana kami belajar daripada pensyarah. 2

description

teknik

Transcript of Teknik Penerokaan

Page 1: Teknik Penerokaan

2.1Muka surat pertama

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian dengan tampalan

Persembahan Persembahan 180˚

Catatan:

Kami telah melukis gambar berudu dalam muka surat pertama kerana ia adalah

watak utama dalam buku cerita pop-up kami. Dalam perjalanan cerita “Si berudu

mencari ibunya”, sekumpulan berudu telah membuat keputusan untuk berenang ke zoo

yang berdekatan.Tujuannya adalah untuk mencari ibu mereka.Selepas berbincang

antara satu sama lain, kami terfikir untuk membuat seekor berudu pop-up sebagai ketua

dalam kumpulan berudu. Manakala, berudu-berudu lain telah kami lukis secara

manual.Mula-mulanya, kami melukis seekor berudu besar dalam kertas lukisan dengan

merujuk kepada kamus bergambar.Kemudian, gunting dan warnakan berudu tersebut.

Untuk ketua berudu, kami telah memilih teknik lipatan sudut, helaian dengan

tampalan dan persembahan 180˚.Dalam muka surat pertama ini, kami mahu

menggerakkan berudu supaya ia kelihatan sedang berenang di dalam air. Maka, kami

telah mendapat sumber inspirasi daripada teknik yang digunakan dalam templet “The

Swing Bridge” yang diedarkan oleh pensyarah.Kami berasa gembira kerana kami telah

berjaya menghasilkan “tadpole” pop-up selepas percubaan kali kedua.Memang tidak

dapat dinafikan bahawa teknik pop-up ini adalah senang kerana kami belajar daripada

pensyarah.

2

Page 2: Teknik Penerokaan

1) Percubaan kali pertama:

Dalam pembuatan berudu pop-up, kami telah mendapati bahawa lipatan sudut

yang dibuat adalah sangat mempengaruhi pergerakkan berudu supaya ia betul-

betul kelihatan sedang berenang dalam air. Kami telah menggunakan lipatan

yang bersudut 90˚ seperti yang ditunjukkan pada lampiran 1.0.Kami telah

mendapati bahawa lipatan sudut ini adalah sesuai digunakan dalam berudu pop-

up seperti yang ditunjukkan dalam templet “The Swing Bridge”.Namun begitu,

“tadpole” pop-up kami masih terdapat kelemahan.Hal ini kerana lipatan sudut

yang kami gunakan adalah terlalu besar.Keadaan ini telah menyebabkan berudu

terkeluar dari buku pop-up.

2) Percubaan kali kedua:

Setelah membuat percubaan kali pertama, kami telah mempelajari kesilapan

terdahulu.Maka kami meneruskan percubaan kedua dengan jayanya

mengaplikasikan teknik “The Swing Bridge” ini.Untuk memperbetulkan kesilapan

yang telah kami lakukan pada percubaan kali pertama, kami telah menggunakan

lipatan sudut yang bersaiz kecil dan saiz berudu juga dikecilkan agar ia tidak

terkeluar dari kertas. Akhirnya “tadpole” pop-up telah dihasilkan seperti yang

ditunjukkan dalam muka surat pertama.

3

Page 3: Teknik Penerokaan

Lampiran Percubaan

Lampiran 1.0

4

Page 4: Teknik Penerokaan

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lukiskan seekor berudu di atas sehelai kertas lukisan yang agak tebal.

Langkah 3: guntingkan berudu tersebut

Langkah 4: ambillah sehelai kertas warnauntuk membuat lipatan sudut seperti yang

ditunjukkan dalam templet “The Swing Bridge”.

Langkah 5: lekatkan kertas lipatan sudut pada kertas lukisan yang baru.

Langkah 6: tampalkanbahagian ekor berudu pada permukaan lipatan sudut dengan

menggunakan gam UHU supaya ia kukuh dan tidak mudah tertanggal.

Langkah 7: tambahkan corak-corak pada kertas lukisan dan warnakannya.

5

Page 5: Teknik Penerokaan

2.2 Muka surat kedua

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan selari

Helaian Helaian tanpa tampalan

Persembahan Persembahan 180˚

Catatan:

Mengikut perjalanan cerita dalam muka surat yang kedua, si berudu membawa

adik-beradiknya berenang ke zoo untuk mencari ibu mereka. Haiwan pertama yang

mereka jumpai di dalam zoo ialah itik.Untuk watak itik, kami telah membuat keputusan

untuk menjadikannya sebagai duck challenge. Kami telah menggunakan lipatan selari,

helaian tanpa tampalan dan persembahan 180˚ dalam pop up “duck challenge”.Maka,

kami telah mendapat sumber inspirasi daripada teknik “dinasour challenge”yang diajar

oleh pensyarah dalam kuliah sebelum ini.

Dalam duck challenge ini, kami telah melukis parallel fold pada bahagian bawah

itik. Parallel fold ini adalah penting, setiap ukuran perlulah diukur dengan tepat dan jitu

agar hasilan kelihatan kemas dan cantik.Sebaliknya, jika parallel fold dilukis terlalu

panjang, maka itik kami tidak boleh berdiri dengan tegak.

1) Percubaan kali pertama:

Dalam pembinaan duck challenge, kami hanya membuat sekali percubaan

sahaja. Hal ini demikian kerana kami pernah belajar tentang teknik pop-up ini

daripada pensyarah.Dalam log mingguan pun, kami telah membuat aktiviti

penerokaan tentang “Dinasour Challenge”. Maka, “Duck Challenge” dalam muka

surat kedua ini bukanlah sukar dibina. Dengan penggunaan ukuran “parallel fold”

yang tepat, “Duck Challenge” kami dalam muka surat kedua telah berjaya

dihasilkan.

6

Page 6: Teknik Penerokaan

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lukiskan seekor itik di atas sehelai kertas lukisan yang agak tebal.

Langkah 3:lukiskan parallel fold pada bahagian bawah badan itik tersebut.

Langkah 4:gunting gambar itik dan potong parallel fold dengan menggunakan pisau

yang tajam. Semasa menggunting, ambil sehelai kertas supaya bertindih

antara satu sama lain, kemudian gunting sekali bersama gambar itik.

Tujuannya adalah untuk memperoleh depan dan belakang itik.

Langkah 5: Warnakan kedua-dua belah itik dengan menggunakan warna yang sama

seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.

Langkah 6: tampalkan kedua-dua belah itik dengan menggunakan gam UHU. Maka itik

3D terhasil.

Langkah 7: lekatkan duck challenge pada kertas lukisan. Kemudian tambahkan corak-

corak lain pada kertas lukisan tersebut.

7

Page 7: Teknik Penerokaan

2.3 Muka surat ketiga

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian dengan tampalan

Persembahan Persembahan 180˚

Catatan:

Kami telah menggunakan “flower” pop-up dalam muka surat yang ketiga. Dalam

perjalanan cerita pop up kami, sekumpulan berudu telah berenang berdekatan dengan

seekor lebah yang sedang bersinggah pada sekuntum bunga.Selepas lama kami berfikir

dan berbincang antara satu sama lain, akhirnya kami membuat keputusan untuk

membina flower pop-up dalam muka surat ini. Maka, kami telah mendapat sumber

inspirasi daripada teknik yang digunakan dalam templet “The Dove of Peace” yang

diedarkan oleh pensyarah.Dalam pembinaan “flower” pop-up, kami telah memilih teknik

lipatan sudut, helaian dengan tampalan dan persembahan 180˚. Kami mahu menjadikan

bunga berkembang apabila buku pop-up dibuka.Kami telah melakukan beberapa kali

percubaan sepanjang proses pembinaan flower pop-up ini. Memang tidak dapat

dinafikan bahawa pembinaan teknik pop up ini adalah satu cabaran kepada kami kerana

beberapa aspek perlu dititikberatkan seperti saiz bunga, teknik menampal dan

sebagainya semasa proses pembinaannya.

1) Percubaan kali pertama:

Dalam percubaan kali pertama, kami telah salah memilih material iaitu ketebalan

kertas yang digunakan.Dalam pembinaan flower pop-up, kami telah

menggunakan kertas tebal untuk membuat kelopak bunga. Kami beranggapan

bahawa kertas tebal adalah lebih sesuai digunakan jika dibandingkan dengan

kertas biasa.Namun begitu, kami telah salah sangka.Kami mendapati bahawa

pengembangan bunga menjadi tidak begitu elok akibat penggunaan kertas yang

agak tebal.Kesilapan kami ditunjukkan dalam lampiran 1.0

8

Page 8: Teknik Penerokaan

2) Percubaan kali kedua:

Setelah membuat percubaan kali pertama, kami telah mempelajari kesilapan

terdahulu.Oleh itu, kami telah bijak memilih material.Kali ini kami telah

menggunakan kertas biasa untuk membuat kelopak bunga.Dalam pembinaan

“flower pop-up”, helaian dengan tampalan adalah sangat mempengaruhi

pengembangan bunga semasa buku pop up dibuka. Namun begitu, dalam

percubaan kali kedua ini, kami telah salah menampal bunga seperti yang

ditunjukkan dalam lampiran 2.0.Kesilapan ini telah menyebabkan bunga kami

tidak terjadi kerana ia tidak dapat dibuka dengan sempurna. Teknik menampal

kami rujuk dari templet “The Dove of Peace”.

3) Percubaan kali ketiga:

Dalam percubaan kali ketiga, kami telah memperbaiki kedua-dua kesalahan

yang telah kami lakukan sebelum ini.Maka kami meneruskan percubaan ketiga

dengan jayanya mengaplikasikan teknik “The Dove of peace” ini.Untuk

memperbetulkan kesilapan yang telah kami lakukan pada percubaan kali

pertama dan kedua, kami telah menggunakan kertas yang sesuai dan juga

menampal bunga dengan berhati-hati agar kesilapan tidak diulangi lagi. Maka

flower pop-up kami telah terbentuk seperti yang ditunjukkan dalam muka surat

yang ketiga.

9

Page 9: Teknik Penerokaan

Lampiran Percubaan

Lampiran 1.0

Lampiran 2.0

10

Page 10: Teknik Penerokaan

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lipatkan kertas A4 berwarna putih, kemudian mengguntingkan tujuh kuntum

bunga kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.

Langkah 3: warnakan ketujuh-tujuh kuntum bunga tersebut dengan warna kegemaran

sendiri.

Langkah 4: gunakan “double side tape”untuk melekatkan bunga antara satu sama lain

dengan menggunakan cara yang betul.

Langkah 5: bunga ditampal pada sekeping kertas lukisan yang tebal. Kemudian,

menghiaskan kertas lukisan dengan corak-corak yang berkaitan.

Langkah 6: “flower pop up” terhasil apabila buku dibukakan.Ia adalah idea daripada

templet “The dove of peace”.

11

Page 11: Teknik Penerokaan

2.4 Muka surat empat

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian tanpa tampalan

persembahan Persembahan 180°

Catatan:

Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain

itu.Kami juga menggunakan helaian tanpa tampalan dan persembahan 180°. Tujuan

kami adalah untuk menggerakkan tangan gorilla supaya menandakan gorilla akan

memukul dadanya semasa bercakap. Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan

teknik ini melalui templet “The Gorilla” seperti yang telah dinyatakan di atas.Selain itu,

kami menggunakan teknik ini terhadap gorilla kerana gorilla merupakan salah satu

watak yang terdapat dalam cerita ini. Muka surat keempat ini menceritakan berudu

berenang pergi ke kandang gorilla dan bertanya kepada gorilla tentang ibu mereka.

Maka gorilla dengan garang menjawab pertanyaan berudu tersebut.

1) Percubaan pertama

Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat

mempengaruhi pergerakan tangan gorilla.Kami memilih sudut 90° untuk melakukan

lipatan tetapi kami telah melukis tangan gorilla lebih kecil daripada ruang yang telah

disediakan. Oleh itu, apabila kami menarik kertas yang boleh menggerakkan tangan

gorilla tersebut, tangan itu akan masuk ke dalam dan tidak dapat digerakkan dengan

begitu baik sekali seperti di lampiran 1.0

2) Percubaan kedua

Setelah percubaan pertama kami gagal, kami meneruskan usaha kami dengan gigih

dan kami mempelajari kesilapan yang telah kami lakukan. Oleh itu, kami kami

meneruskan percubaan kedua kami dengan mengaplikasikan teknik yang sama.

Kami juga telah mengubah suai tangan tersebut supaya lebih besar sedikit daripada

lukisan percubaan pertama kami dahulu.Kami juga memastikan supaya tangan gorilla

dapat digerakkan dengan baik dan sempurna. Untuk memastikan pop up dapat

digerakkan dengan baik ruang untuk menggerakkan tangan gorilla itu tidak perlu

12

Page 12: Teknik Penerokaan

terlalu besar atau pun kecil dan lipatan sudut hendaklah 90°. Rujuk muka surat empat

pada buku cerita pop up.

Lampiran percubaan

Lampiran 1.0

13

Page 13: Teknik Penerokaan

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lukiskan gambar gorilla dan warnakannya.

Langkah 3: tebukkan lubang dan masukkan tangan yang telah dibuat.

Langkah 4: lukiskan pemandangan dan warnakannya.

Langkah 6: tangan gorilla bergerak pun terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea

daripada templet“The Gorilla’”.

14

Page 14: Teknik Penerokaan

2.5 Muka surat kelima

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian dengan tampalan

persembahan Persembahan 180°

Catatan:

Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain

itu.Kami juga menggunakan helaian dengan tampalan dan persembahan 180°.Tujuan

kami adalah untuk menunjukkan bahawa burung itu sedang terbang apabila buku cerita

pop up ini dibuka.Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan teknik ini melalui templet

“The Flying Kite” seperti yang telah dinyatakan di atas. Selain itu, kami menggunakan

teknik ini terhadap burung tersebut kerana burung itu merupakan salah satu watak yang

terdapat dalam cerita ini. Muka surat kelima ini menceritakan semasa berudu sedang

berenang mereka ternampak seekor burung sedang terbang secara rendah dan mereka

bertanya tentang ibu mereka kepada burung tersebut. Burung tersebut menjawab

pertanyaan mereka sambil terbang di udara.

1) Percubaan pertama

Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi

bentuk burung tersebut supaya boleh menampakkan bahawa burung tersebut sedang

terbang. Kami memilih sudut 90° untuk melakukan lipatan tetapi pada percubaan ini

kami telah melakukan kesilapan apabila salah lipat pada bahagian sayap burung

tersebut.. Oleh itu, apabila kami membuka muka surat kelima burung tersebut tidak

menampakkan bahawa ianya sedang terbang seperti apa yang kami mahukan.

Kesilapan tersebut telah di lampirkan pada lampiran 1.0

2) Percubaan kedua

Setelah percubaan pertama kami gagal, kami meneruskan usaha kami dengan gigih

dan kami mempelajari kesilapan yang telah kami lakukan. Oleh itu, kami kami

meneruskan percubaan kedua kami dengan mengaplikasikan teknik yang sama.

Kami juga telah mengubah suai dan memperbaiki lipatan pada bahagian sayap

burung tersebut.Kami juga memastikan supaya burung tersebut dapat dilihat sedang

15

Page 15: Teknik Penerokaan

berterbangan dengan baik dan sempurna.Untuk memastikan pop up dapat

digerakkan dengan baik lipatan tersebut hendaklah tidak kurang daripada 90° dan

untuk memastikan pop up dapat membuat persembahan 180°.burung tersebut

hendaklah ditampal di tengah-tengah lipatan yang telah disediakan untuk dijadkan

buku pop up. Rujuk muka surat empat pada buku cerita pop up.

Lampiran percubaan

Lampiran 1.0

Penerangan cara pembuatan

16

Page 16: Teknik Penerokaan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lukiskan gambar burung di atas kertas A4.

Langkah 3: warnakan gambar burung tersebut.

Langakh 4: lukiskan gambar pemandangan di atas kertas A4 yang berlainan.

Langkah 5: warnakan pemandangan tersebut.

Langkah 6: tampalkan burung dengan menggunakan gam di atas kertas dan pastikan

burung ditampal di tengah-tengah kertas A4.

Langkah 7: burung terbang terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea daripada

templet“The Flying Kite”.

2.6 Muka surat keenam

17

Page 17: Teknik Penerokaan

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian dengan tampalan

persembahan Persembahan 180°

Catatan:

Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain

itu.Kami juga menggunakan helaian dengan tampalan dan persembahan 180°.Tujuan

kami adalah untuk menggerakkan sayap rama-rama menandakan bahawa rama-rama

tersebut sedang hinggap di sekuntum bunga untuk menghisap madu.Kami mendapat

inspirasi untuk menghasilkan teknik ini melalui templet “The Settling Butterfly” seperti

yang telah dinyatakan di atas.Selain itu, kami menggunakan teknik ini terhadap rama-

rama kerana rama-rama juga merupakan salah satu watak yang terdapat dalam cerita

ini. Muka surat keenam ini menceritakan semasa berudu berenang mereka berhenti

seketika dan secara kebetulan mereka terjumpa rama-rama sedang hinggap di

sekuntum bunga. Mereka pun bertanya kepada rama-rama tersebut tentang ibu mereka.

1) Percubaan pertama

Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi

bentuk rama-rama tersebut supaya boleh menampakkan bahawa rama-rama

tersebut sedang menggerakkan sayapnya semasa hinggap di sekuntum bunga. Kami

memilih sudut 90° untuk melakukan lipatan dan pada percubaan ini kami telah

Berjaya melakukannya hanya pada sekali percubaan sahaja. Kami juga memastikan

supaya sayap rama-rama tersebut dapat dilihat sedang bergoyang dengan baik dan

sempurna. Untuk memastikan pop up dapat digerakkan dengan baik lipatan tersebut

hendaklah tidak kurang daripada 90° dan untuk memastikan pop up dapat membuat

persembahan 180° rama-rama tersebut hendaklah ditampal di tengah-tengah lipatan

yang telah disediakan untuk dijadkan buku pop up. Rujuk muka surat empat pada

buku cerita pop up.

Penerangan cara pembuatan

18

Page 18: Teknik Penerokaan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

Langkah 2: lukiskan gambar rama-rama di atas kertas putih kemudian warnakan rama-

rama tersebut.

Langkah 3: lukiskan bunga dan gambar berudu di dalam kolam kemudian warnakan

seperti di atas.

Langkah 4: lekatkan rama-rama menggunakan gam di atas bunga dan patikan rama-

rama tersebut berada di tengah-tengah.

Langkah 5: rama-rama menggoyangkan sayap terhasil apabila buku dibukakan. Ia

adalah idea daripadatemplet“The Settling Butterfly”.

2.7 Muka surat ketujuh

19

Page 19: Teknik Penerokaan

Penerokaan teknik

Teknik lipatan Lipatan sudut

Helaian Helaian tanpa tampalan

persembahan Persembahan 180°

Catatan:

Kami telah memilih teknik lipatan sudut untuk muka surat yang keempat. Selain

itu.Kami juga menggunakan helaian tanpa tampalan dan persembahan 180°.Tujuan

kami adalah untuk menggerakkan mulut katak tersebut supaya menunjukkan bahawa

katak tersebut sedang bercakap semasa berudu mengajukan pertanyaan

kepadanya.Kami mendapat inspirasi untuk menghasilkan teknik ini melalui templet “A

Duck Challenge” seperti yang telah dinyatakan di atas.Selain itu, kami menggunakan

teknik ini terhadap katak kerana gorilla merupakan salah satu watak dan juga ibu

kepada berudu yang terdapat dalam cerita ini. Muka surat ketujuh ini menceritakan

berudu berenang hingga ke sebuah kolamdan ternampak seekor katak lalu bertanya

kepada katak tersebut tentang ibu mereka. Katak tersebut mengiyakan pertanyaan

berudu tersebut dan mengakui bahawa dia ialah ibu kepada berudu-berudu itu.

1) Percubaan pertama

Kami telah mendapati bahawa lipatan sudut yang telah dibentuk amat mempengaruhi

bentuk bentuk mulut katak tersebut supaya boleh menampakkan bahawa katak

tersebut sedang bercakap dengan berudu-berudu itu. Kami memilih sudut 90° untuk

melakukan lipatan dan pada percubaan ini kami telah berjaya melakukannya hanya

pada sekali percubaan sahaja.Kami Berjaya memuat sekali percubaan kerana

sebelum ini kami telah belajar teknik yang kami gunakan ini di dalam kelas.Kami juga

memastikan supaya mulut katak tersebut dapat dilihat sedang bercakap dengan

berudu-berudu itu dengan dengan baik dan sempurna. Untuk memastikan pop up

dapat digerakkan dengan baik lipatan tersebut hendaklah tidak kurang daripada 90°

dan guntingan pada mulut katak hendaklah tidak terlalu besar serta untuk

memastikan pop up dapat membuat persembahan 180° katak tersebut hendaklah

berada di tengah-tengah muka surat buku cerita pop up itu. Rujuk muka surat empat

pada buku cerita pop up.

20

Page 20: Teknik Penerokaan

Penerangan cara pembuatan

Langkah 1: bahan-bahan seperti kertas warna, kertas lukisan, gunting, pensil kayu dan

pisau disediakan.

21

Page 21: Teknik Penerokaan

Langkah 2: lipatkan kertas A4 berwarna putih kepada dua bahagian, kemudian gunting

pada bahadian lipatan secara melintang.

Langkah 3: lipatkan menjadi bentuk segi tiga.

Langkah 4: tolak lipatan tersebut kea rah dalam.

Langkah 5: ulang langkah 3 dan 4 pada bahagian bertentangan.

Langkah 6: lukiskan gambar katak pada permukaan dalam kertas A4.

Langkah 7: warnakan gambar katak tersebut.

Langkah 8 : kemudian lukis pemandangan di atas kertas A4 dan warnakan.

Langkah 9: “A Duck Challenge” terhasil apabila buku dibukakan. Ia adalah idea daripada

templet“A Duck Challenge”.

22