Teknik Penjajaran
-
Upload
sharizal-sanik -
Category
Documents
-
view
809 -
download
9
description
Transcript of Teknik Penjajaran
Teknik Penjajaran Mesin Pengisar
Sebelum kerja mengisar dimulakan, meja mesin dan ragum perlu dijajarkan. Tujuanya ialah
supaya alat tersebut dapat mengisar permukaan bendakerja dengan tepat mengikut penandaan
yang dibuat. Penjajaran termasuklah:
1. Penjajaran meja selari dengan turus.
2. Penjajaran ragum selari dengan penghantaran meja.
3. Penjajaran ragum bersudut tepat dengan penghantaran meja.
1. Penjajaran Meja Selari dengan Turus
Kaedah Penjajaran
a. Bersihkan permukaan turus dan meja
b. Pasangkan penunjuk dail dan letakkan diatas meja.
c. Gerakkan meja kepada turus dan setkan penunjuk dail kepada angka 0 .
d. Gerakkan meja ke kiri atau ke kanan untuk memerhatikan bacaan yang ditunjukkan oleh
penunjuk dail .
e. Jika terdapat perbezaan bacaan dari satu ke satu hujung turus, bermakna meja dan turus
tidak sejajar. Laraskan meja dengan melonggarkan nat perumah meja berkilas.
f. Ulang langkah (d ) dan pastikan tidak terdapat perbezaan bacaan penunjuk dail di
sepanjang muka
2. Penjajaran Ragum Selari dengan Penghantaran Meja .
Kaedah Penjajaran
a. Bersihkan meja dan tapak ragum berkilas.
b. Pasangkan ragum pada meja, kilas dengan pengapit tetapnya selari dengan lurah T pada
meja mesin.
c. Pasangkan penunjuk dail arbor.
d. Pasangkan bilah selari kedalam ragum dan ikatkanya.
e. Naikkan meja sehingga penunjuk dail menyentuh jalur selari dan setkan kepada angka 0.
f. Gerakkan meja ke kiri dan kekanan untuk memerhatikan bacaan yang ditunjukkan oleh
penunjuk dail.
g. Jika terdapat perbezaan bacaan , laraskan dengan cara mengilas ragum seiengah daripada
perbezan bacaan yang ditunjukkan
h. Ulang langkah ( d ), buat pelarasan jika perlu sehingga tidak terdapat lagi perbezaan
bacaan disepanjang permukaan jalur selari.
3. Penjajaran Ragum Bersudut Tepat dengan Penghantaran Meja.
i. Menggunakan sesiku L.
ii. Menggunakan penunjuk dail.
i. Menggunakan sesiku L
Kaedah
a. Bersihkan meja dan tapak ragum. Pasangkan ragum supaya pengapit tetapnya
berkedudukan 90 dengan meja.
b. Letak dan rapatkan sesiku L pada permukaan turus da permukaan pengapit.
c. Perhatikan telusan atau cahaya pada permukaan pengapit tetap ragum.
d. Buat pelarasan (jika perlu) dengan cara mengilaskan ragum sehingga permukaan pengapit
betul-betul rapat dengan sesiku.
ii. Menggunakan Penunjuk Dail .
Kaedah
a. Bersihkan meja dan tapak ragum . Pasangkan ragum supaya pengapit tetapnya bersudut
tepat dengan meja mesin.
b. Pasangkan penunjuk dail pada arbor mesin dan juga bilah selari pada ragum.
c. Naikkan meja dan setka penunjuk dail kepada angka 0.
d. Gerakkan meja keluar menghala kearah turus untuk memerhatikan bacaan yang
ditunjukkan oleh penunjuk dail.
e. Jika terdapat perbezaan, laraskan dengan cara mengilaskan ragum setengah daripada
perbezaan bacaan yang ditunjukkan .
f. Ulang langkah (d) , buat pelarasan jika perlu sehingga penunjuk dail memberi bacaan
yang sama disepanjang jalur selari.
Operasi Mesin Pengisar
Terdapat berbagai-bagai jenis operasi mengisar dan pengetahuan melakukan operasi mengisar
amatlah penting. Kertas penerangan ini menerangkan tentang operasi mengisar. Hubungan antara
bendakerja dengan arah putaran mata alat menentukan kaedah mengisar. Terdapat dua kaedah
mengisar iaitu mengisar ke atas dan mengisar ke bawah.
1. Mengisar ke atas.
Dalam kaedah ini , hantaran bendakerja melawan arah pusingan mata alat. Ciri-ciri berikut
terdapat pada kaedah ini.
i. Bentuk tatal yang dihasilkan tebal dibahagian hujung menekala dibahagian pangkalnya
adalah nipis.
ii. Menghasilkan permukaan yang kasar.
iii. Mata alat menolak keluar bendakerja dari ragum, ini dapat mengurangkan kesan
renggangan skru penghantar kepada mesin kisar.
iv. Bendakerja mestilah diikat dengan kuat.
v. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata alat pengisar yang bersaiz dan untuk mengisar
keluli yang lembut dan mulur.
2. Mengisar ke bawah .
Dalam kaedah ini pula , hantaran bendakerja mengikut arah putaran mata alat.Ciri-ciri yang
berikut terdapat pada kaedah ini.
i. Bentuk tatal yang dihasilkan nipis dibahagian hujung menekala dibahagian pangkalnya
tebal.
ii. Menghasilkan permukaan yang lebih halus kerana adanya tindakan mengikis mata alat.
iii. Mata alat menarik masuk bendakerja kebawah mata alat yang sedang berputar . Mesin
mestilah bebas daripada kerenggangan skru penghantaran meja. Seelok-eloknya meja
hendaklah dilengkapkan dengan alat pencegah kerengangan.
iv. Kaedah ini sesuai dilakukan pada mesin yang berkedudukan tegak dan lebih besar
saiznya.
v. Bendakerja mestilah diikat dengan kuat.