TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata...

12
TEKNIK SOALAN DALAM USLUB ISTIFHAM AL-QURAN NOORHAYATI HASHIM Universiti Sains Islam Malaysia [email protected] Abstrak: Soalan sememangnya mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Soalan bukan sahaja digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar, bahkan soalan juga digunakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Pembelajaran berlaku kerana adanya dorongan yang mengasak minda memikirkan cara memperoleh jawapan dan bentuk jawapan yang tepat yang perlu diterokai dari pelbagai sumber maklumat. Terdapat lebih daripada satu ribu ayat al-Quran yang menggunakan uslub istifham (frasa tanya). Apakah teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub istifham tersebut? Teknik ini penting dilihat dan diamati secara lebih mendalam, kerana al-Quran telah terbukti berjaya melahirkan ahli fikir yang terbilang di setiap peredaran zaman. Setiap soalan yang dikemukakan dalam al-Quran adalah soalan yang bermakna menggalakkan umat Islam berfikir secara mendalam akan sesuatu perkara yang dipersoalkan. Kajian ini bertujuan mengkaji teknik penyoalan yang terdapat dalam uslub istifham al-Quran. Kajian akan menganalisis uslub istifham yang terdapat dalam Surah al-Baqarah bagi mengenal pasti teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub istifham tersebut. Analisis yang dipilih adalah analisis bertema, jenis soalan, cara soalan ditanya, sejauh mana soalan mempengaruhi proses kognitif dan aras kognitif al-Quran berdasarkan uslub istifham. Daripada penelitian mendapati setiap kata tanya (adawat istifham) mempunyai aras kemahiran berfikir yang tersendiri. Namun melalui pelbagai gaya bahasa, memberi kesan kepada aras yang lebih rencam. Tema soalan didapati daripada tujuan soalan dikemukakan. Teknik soalan dapat dibahagikan kepada teknik soalan yang menggalakkan perkembangan kognitif, teknik soalan yang menggerakkan psikomotor dan teknik soalan yang mencabar pendirian peribadi. Teknik-teknik yang ditemui ini boleh dijadikan asas kepada pendidik agar dapat menggunakan soalan secara lebih berkesan dalam membentuk manusia yang mampu mengoptimakan keupayaan berfikir mereka dalam merealisasikan peranan sebagai khalifah minda di muka bumi ini. Kata kunci: uslub istifham, kemahiran berfikir mengikut aras al-Quran, khalifah minda. LATAR BELAKANG KAJIAN Al-Quran telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang terbilang dalam pelbagai bidang di setiap peredaran zaman. Ini kerana al-Quran sangat menekankan kemahiran berfikir yang disampaikan dalam pelbagai bentuk gaya bahasanya. Antaranya melalui penggunaan ayat tanya ( أسلوبستفهاما) dengan pelbagai tujuan bertanya. Penggunaan kata tanya (ستفهامأدوات ا) dalam ayat dinamakan sebagai ayat tanya (ستفهامأسلوب ا). al-Quran merupakan ucapan Allah SWT yang banyak menggunakan ayat tanya (ستفهامأسلوب ا). al-Matani (2007) menukil pandangan Adimah yang mengatakan terdapat 1260 ayat tanya dalam al-Quran. Soalan (ستفهاما) mempunyai kekuatannya yang sangat istimewa dalam mengasak hati dan minda untuk terus memberikan tumpuan kepada subjek yang dibincangkan untuk mendapatkan jawapan sehingga mencapai tahap kemahiran berfikir yang diharapkan. Soalan dapat merangsang minda yang rasa tercabar berfikir secara sedar dalam mencungkil kefahaman melalui inkuiri penemuan. Dengan ini, berlakunya perkembangan koginitif dan berkembangnya daya pemikiran. Hati disentap dengan soalan lalu minda bertindak cuba memahami persoalan yang dikemukakan dan mengenal pasti strategi untuk memperolehi jawapan kepada persoalan Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Transcript of TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata...

Page 1: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1279 | MEDC 2018

TEKNIK SOALAN DALAM USLUB ISTIFHAM AL-QURAN

NOORHAYATI HASHIM

Universiti Sains Islam Malaysia [email protected]

Abstrak: Soalan sememangnya mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Soalan bukan sahaja

digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar, bahkan soalan juga digunakan bagi membantu proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Pembelajaran berlaku kerana adanya

dorongan yang mengasak minda memikirkan cara memperoleh jawapan dan bentuk jawapan yang tepat

yang perlu diterokai dari pelbagai sumber maklumat. Terdapat lebih daripada satu ribu ayat al-Quran

yang menggunakan uslub istifham (frasa tanya). Apakah teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub

istifham tersebut? Teknik ini penting dilihat dan diamati secara lebih mendalam, kerana al-Quran telah

terbukti berjaya melahirkan ahli fikir yang terbilang di setiap peredaran zaman. Setiap soalan yang

dikemukakan dalam al-Quran adalah soalan yang bermakna menggalakkan umat Islam berfikir secara

mendalam akan sesuatu perkara yang dipersoalkan. Kajian ini bertujuan mengkaji teknik penyoalan yang

terdapat dalam uslub istifham al-Quran. Kajian akan menganalisis uslub istifham yang terdapat dalam

Surah al-Baqarah bagi mengenal pasti teknik penyoalan yang digunakan dalam uslub istifham tersebut.

Analisis yang dipilih adalah analisis bertema, jenis soalan, cara soalan ditanya, sejauh mana soalan

mempengaruhi proses kognitif dan aras kognitif al-Quran berdasarkan uslub istifham. Daripada penelitian

mendapati setiap kata tanya (adawat istifham) mempunyai aras kemahiran berfikir yang tersendiri.

Namun melalui pelbagai gaya bahasa, memberi kesan kepada aras yang lebih rencam. Tema soalan

didapati daripada tujuan soalan dikemukakan. Teknik soalan dapat dibahagikan kepada teknik soalan

yang menggalakkan perkembangan kognitif, teknik soalan yang menggerakkan psikomotor dan teknik

soalan yang mencabar pendirian peribadi. Teknik-teknik yang ditemui ini boleh dijadikan asas kepada

pendidik agar dapat menggunakan soalan secara lebih berkesan dalam membentuk manusia yang mampu

mengoptimakan keupayaan berfikir mereka dalam merealisasikan peranan sebagai khalifah minda di

muka bumi ini.

Kata kunci: uslub istifham, kemahiran berfikir mengikut aras al-Quran, khalifah minda.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Al-Quran telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang terbilang dalam pelbagai bidang di setiap

peredaran zaman. Ini kerana al-Quran sangat menekankan kemahiran berfikir yang disampaikan

dalam pelbagai bentuk gaya bahasanya. Antaranya melalui penggunaan ayat tanya ( أسلوب

dalam ayat (أدوات االستفهام) dengan pelbagai tujuan bertanya. Penggunaan kata tanya (االستفهام

dinamakan sebagai ayat tanya (أسلوب االستفهام). al-Quran merupakan ucapan Allah SWT yang

banyak menggunakan ayat tanya (أسلوب االستفهام). al-Mat’ani (2007) menukil pandangan ‘Adimah

yang mengatakan terdapat 1260 ayat tanya dalam al-Quran.

Soalan (استفهام) mempunyai kekuatannya yang sangat istimewa dalam mengasak hati dan

minda untuk terus memberikan tumpuan kepada subjek yang dibincangkan untuk mendapatkan

jawapan sehingga mencapai tahap kemahiran berfikir yang diharapkan. Soalan dapat

merangsang minda yang rasa tercabar berfikir secara sedar dalam mencungkil kefahaman

melalui inkuiri penemuan. Dengan ini, berlakunya perkembangan koginitif dan berkembangnya

daya pemikiran. Hati disentap dengan soalan lalu minda bertindak cuba memahami persoalan

yang dikemukakan dan mengenal pasti strategi untuk memperolehi jawapan kepada persoalan

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1280 | MEDC 2018

yang dikemukakan atau mengungkai permasalahan yang diutarakan melalui persoalan yang

diketengahkan.

Setiap hari yang dilalui ada sahaja soalan yang digunakan sebagai medium interaksi

antara dua belah pihak baik secara rasmi atau tidak rasmi. Soalan merupakan alat komunikasi

yang tidak disangkal lagi mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan. Soalan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan komunikasi berkesan terus berlaku

antara guru dan pelajar. Dengan ini, pembelajaran aktif minda dapat dibentuk. komunikasi yang

aktif berlaku apabila banyak persoalan yang timbul yang perlu diungkai. Soalan juga digunakan

dalam proses pembelajaran di luar kelas seperti dijadikan sebagai kerja rumah, latih tubi dan

tugasan (assessment). Soalan juga digunakan bagi mengukur keberkesan sistem pendidikan

seperti soalan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Soalan dapat memastikan

pelajar terus aktif dalam proses pembelajaran sepanjang pengajian.

Pendidikan bermatlamat melahirkan insan yang mempunyai keupayaan berfikir yang

tinggi. Melalui gaya soalan yang dikemukakan dalam uslub istifham al-Quran, pendidikan dapat

mempelajari strategi soalan dilontarkan dalam mengasah minda pelajar. Pertanyaan yang

dirancang banyak berlaku dalam suasana yang formal seperti dalam kelas, mesyuarat dan

majlis-majlis perbincangan ilmiah atau seminar. Dalam proses ini, minda memberi tindak balas

sepontan terhadap soalan yang dikemukakan.

Menurut al-Hijawi (2005) ayat tanya (أسلوب استفهام) merupakan ayat yang diakhiri

dengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan

pelbagai perkara yang dipersoalkan daripada perkara-perkara yang nyata yang dapat dilihat

dengan mata sehinggalah kepada perkara-perkara yang tersemat di hati yang menjadi pegangan

dan kepercayaan seseorang serta kepada perkara yang difikirkan atau digambarkan sahaja

kesemuanya menjadi persoalan dalam ayat tanya al-Quran. Terdapat dua bentuk penggunaan

kata tanya dalam al-Quran iaitu kata tanya yang membawa maksud pertanyaan dan kata tanya

yang tidak membawa maksud bertanya seperti kata “siapa” (من) boleh membawa maksud

“siapa?” atau maksud “sesiapa”. al-Quran merupakan kitab yang mengandungi panduan hidup

Kajian ini cuba melihat panduan reka bentuk soalan daripada teknik soalan yang .(دستور الحياة)

terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan kata tanya dalam al-Quran.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara lebih khusus, kajian ini bertujuan:

1. Mengenal pasti teknik penyoalan dalam ayat tanya (أسلوب االستفهام) al-Quran.

2. Mengenal pasti teknik ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam proses kognitif, psikomotor dan

afektif.

METODOLOGI KAJIAN

Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis teks al-Quran. Analisis teks al-Quran

mempunyai cara analisisnya yang tersendiri terutama dalam menginterpretasi. Surah al-

Baqarah surah Madaniah (مدنية) merupakan surah yang terpanjang, mengandungi 286 ayat.

Surah al-Baqarah ini dijadikan sebagai subjek kajian. Pemilihan surah ini adalah kerana

daripada analisis pemilihan surah, didapati Surah al-Baqarah menggunakan sepuluh daripada

dua belas kata tanya. Analisis dimulai dengan mengenal pasti ayat tanya (أسلوب االستفهام) melalui

kata tanya (أدوات االستفهام) yang terdapat dalam Surah al-Baqarah. Penentuan ayat yang

mengandungi ayat tanya (أسلوب االستفهام) diikuti sebagaimana dalam buku al-Tafsir al-Balaghi li

al-Istifham fi al-Quran al-Karim (al-Mat’ani, 2007). Ini kerana al-Mat’ani telah dapat mengesan

1260 ayat yang mengandungi kata tanya di dalamnya dan telah mentafsirkannya dari sudut

tafsir balaghi. Kajian ini hanya menganalisis ayat-ayat tersebut dari segi teknik persoalannya

sahaja. Analisis kata tanya adalah berdasarkan konteks ayat. Dengan ini, rujukan utama analisis

ini adalah kitab-kitab tafsir yang muktabar. Menurut al-‘Akk (2007) analisis yang berdasarkan

sesuatu perkataan boleh menjadi asas kepada analisis dari segi akal. Iaitu menghurai sesuatu

Page 3: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1281 | MEDC 2018

perkataan dalam al-Quran dan cuba memahami maknanya dan tafsiran yang menjadi fokus

analisis. Kaedah ini dikenali sebagai Tafsir Aqli (تفسير عقلي). Namun kajian ini bukan membawa

maksud mengemukakan satu tafsiran yang lengkap. Namun, hanya satu sudut sahaja iaitu cuba

memahami teknik penyoalan bagi menyingkap proses kemahiran berfikir yang terdapat dalam

ayat tanya (أسلوب االستفهام) sahaja. Kajian ini hanya bertujuan mencungkil teori-teori pendidikan

yang tersembunyi di sebalik ayat-ayat tanya yang terdapat dalam al-Quran sebagaimana yang

diperjelaskan oleh al-‘Akk (2007) dengan katanya ( يان وجوه الخفاء في معاني النظم القرآنيب ). Batasan

kajian ini tidak melihat dari sudut tujuan soalan dikemukakan dari sudut retorik atau balaghah

al-istifham ( مة االستفهابالغ ) dan hanya melihat tujuan soalan dikemukakan secara zahir ayat sahaja

sekiranya berkaitan dengan fokus analisis dalam kajian ini iaitu proses kemahiran berfikir.

ANALISIS DATA KAJIAN

Analisis ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam Surah al-Baqarah mendapati kata tanya (أدوات االستفهام)

yang digunakan adalah hamzah al-istifham {أ} “adakah?”, {ماذا} “apa”, {كيف} “bagaimana”,

,”berapa“ {كم} ,”adakah“ {هل} ,”di mana“ {أين} ,”mengapa“ {لماذا} ,”apa“ {ما} ,”siapa“ {من}

akan diwakili oleh satu ayat (أدوات االستفهام) macam mana”. Setiap kata tanya“ {أنى} ,”bila“ {متى}

daripada Surah al-Baqarah.

Subjek kajian adalah ayat tanya (أسلوب االستفهام) dalam Surah al-Baqarah. Al-Mat’ani

(2007) telah mengumpul 41 ayat daripada Surah al-Baqarah yang mengandungi ayat tanya

Namun kajian yang ringkas ini hanya memilih beberapa ayat sahaja daripadanya .(أسلوب االستفهام)

yang mewakili setiap kata tanya yang terdapat dalam Surah al-Baqarah. Kata tanya yang

terdapat dalam Surah al-Baqarah adalah:

1. Kata tanya {أ} “adakah”

Kata tanya {أ} “adakah” dinamakan sebagai hamzah al-istifham (همزة االستفهام). Kata tanya {أ}

“adakah” pada asalnya digunakan bagi bertanyakan sesuatu yang mudah seperti diminta

menentukan atau membuat pilihan antara dua perkara yang positif dan negatif. Al-Jurjani

(1375H) menegaskan sekiranya kata kerja (فعل) terletak selepas kata hamzah al-istifham {أ},

maka pemilihan adalah antara dua kata kerja dan sekiranya selepas hamzah al-istifham {أ}

adalah kata nama, maka pemilihan adalah antara dua kata pelaku (فاعل) bagi frasa kata kerja.

Namun hamzah al-istifham {أ} dalam al-Quran mengandungi makna yang lebih rencam melalui

pelbagai gaya bahasanya sehingga boleh menjadi pendorong kepada kajian yang lebih

mendalam bagi memperolehi jawapan kepada perkara yang dipersoalkan.

Kata tanya {أ} “adakah” yang dinamakan sebagai hamzah al-taswiyyah ( التسويةمزة ه ).

Kata tanya {أ} “adakah” diletakkan di awal antara dua pilihan ithbat (إثبات) atau nafi (نفي) seperti

dalam Surah al-Baqarah (ayat: 6) Allah berfirman { ذرهم أم ام تن أأنذرتهم } “Adakah kamu beri

peringatan kepada mereka atau tidak”. Namun kata tanya {أ} didahului kata {سواء عليهم}. Maka

kata tanya {أ} dinamakan sebagai hamzah al-taswiyyah ( مزة التسويةه ). Di mana makna yang

terhasil bagi ayat selepasnya adalah tidak perlu membuat pilihan antara ithbat (إثبات) atau nafi

kerana keduanya kini berada pada kedudukan yang sama iaitu sama ada diberi peringatan (نفي)

atau tidak keputusannya adalah sama. Orang-orang kafir itu tetap tidak akan beriman. Kenapa

demikian? Ayat berikut menerangkannya iaitu kerana hati, pendengaran dan penglihatan mereka

telah tertutup sebagaimana dijelaskan oleh ayat berikutnya (Surah al-Baqarah, ayat: 7) Allah

berfirman { على قلوبهم وعلى سمعهم وعلى أ بصارهم غشاوة ختم للاه } yang bermaksud “Allah meteraikan

atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya”.

Proses berfikir yang berlaku di sini adalah proses pembuktian terhadap isu yang

dibangkitkan iaitu tetap tidak beriman sama ada diberi peringatan atau pon tidak. Oleh itu,

kajian perlu dilakukan mencari punca dan sebab berlaku demikian. Ayat berikutnya

menerangkan sebabnya iaitu hati, telinga dan mata telah ditutup dan akibatnya adalah azab yang

besar bakal diterima kelak. Dalam pendidikan, para pendidik boleh mengeluarkan kenyataan

daripada apa yang berlaku terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Iaitu

sama ada diajar atau tidak, tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka setelah diuji

Page 4: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1282 | MEDC 2018

melalui soalan ujian mengukur pencapaian. Pelajar tersebut perlu membuat pemeriksaan

kesihatan bagi mengesan kesihatan dan kefungsian pancainderanya yang digunakan dalam

pembelajaran. Tindakan ini perlu berjalan dengan pantas bagi mengelakkan

Kata tanya {أ} dalam ayat { أنؤمن كما آمن السفهاء} yang bermaksud “Patutkah kami ini

beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?”. Dalam soalan yang diajukan oleh

orang munafiq (al-Tabari, 2001) bagi mengelakkan diri daripada arahan beriman dengan Allah

iaitu mereka enggan (al-Mat’ani, 2007) mentaati perintah beriman. Mereka melontarkan

tuduhan kepada orang-orang yang beriman sebagai orang-orang yang bodoh {السفهاء}.

Pertuduhan mereka itu oleh ayat yang berikutnya yang menerangkan sebenarnya merekalah

yang bodoh tapi mereka tak tahu bahawasanya ciri-ciri orang yang bodoh itu ada pada diri

mereka sendiri.

Orang munafiq adalah orang yang tidak cerdik dalam berfikir. Mereka menyangka

dengan mengarahkan kebodohan kepada orang yang beriman bermakna mereka adalah orang

yang bijak membuat pemilihan. Sebenarnya mereka adalah orang yang bodoh dalam memilih

pendirian tidak mahu beriman dengan Allah SWT. Perkara ini diperkukuh lagi dengan

kenyataan { كن ال يعلمون yang bermaksud “Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya {أال إنههم هم السفهاء ول

merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (akan hakikat yang

sebenarnya)”. Memikirkan kebenaran dan mencari kebenaran serta berpegang kepada kebenaran

merupakan kemahiran berfikir yang betul dan bijak.

Kata tanya {أ} sekiranya digabungkan dengan kata nafi {لم} dapat memberikan makna

yang lebih mencabar keupayaan minda dalam berfikir. Ayat 33{ ألم أقل لكم} yang bermaksud

“Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu”. Allah bertanya kepada Malaikat

setelah Nabi Adam AS menunjukkan kebolehannya menguasai segala ilmu yang ada di langit

dan di bumi. Malaikat merasa kagum dengan kebolehan Nabi Adam AS dalam menguasai ilmu

yang berkaitan dengan perkara yang ada di langit dan di bumi. Persoalan ini sebagai bukti

kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Malaikat {ماء yang {أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الد

bermaksud “Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan

membuat bencana dan menumpahkan darah?”.

Kini telah dibuktikan hikmah kejadian Adam di muka bumi ini yang berbeza daripada

hikmah dijadikan malaikat. Pembuktian yang ditunjukkan adalah dengan menzahirkan hikmah

kejadian Adam yang ditunjukkan kepada Malaikat. Manusia atau disebut sebagai bani Adam

merupakan makhluk yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya menguasai ilmu

pengetahuan berbanding makhlukNya yang lain. Keistimewaan manusia itu apabila dia dapat

menguasai dunia dengan ilmunya. Manusia seharusnya berfikir cara untuk mentadbirkan alam

ini dengan ilmunya. Di sini memperlihatkan usaha pembentukan manusia itu seharusnya diberi

penekanan kepada pembentukan fungsi mereka memainkan peranan khalifah Allah berdasarkan

ilmu pengetahuan.

Kata tanya hamzah al-istifham {أ} diulang dua kali dalam satu ayat menghasilkan

kemahiran berfikir yang tajam menusuk hati dan minda dan berfikir secara berterusan. Ayat

dimulai dengan uslub al-istiham (أسلوب االستفهام) menggunakan hamzah al-istifham {أ} dan

ditutup dengan uslub istifham (أسلوب االستفهام) menggunakan hamzah al-istifham {أ} juga. Ayat

dimulai dengan soalan tertutup yang menyentap hati dan minda orang yang menjalankan tugas

menyuruh orang lain berbuat baik { أتأمرون النهاس بالبر} bermaksud “Patutkah, kamu menyuruh

manusia berbuat kebaikan?”, sedangkan mereka melupai diri mereka sendiri { أنفسكم وتنسون }

bermaksud “Sedangkah kamu lupa akan diri kamu sendiri” iaitu mereka tidak menyuruh diri

mereka sendiri berbuat kebaikan. Sebaliknya mereka tidak berbuat kebaikan atau mereka

melakukan maksiat. Pada hal mereka adalah orang-orang yang memahami akan kandungan

kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para Rasul { وأنتم تتلون الكتاب} bermaksud

“Padahal kamu semua membaca kitab Allah” iaitu mereka memahami kandungan kitab Allah

dan mereka bertugas sebagai pendakwah yang menyeru orang lain mengamalkan akan apa yang

terkandung dalam kitab Allah, namun mereka sendiri tidak melaksanakan akan kandungan kitab

Allah itu.

Di sini kita dapati, kata tanya {أ} bertanya mengenai gabungan tiga perlakuan yang

tidak sesuai iaitu gabungan perlakuan positif dan negatif. Firman Allah { بالبر أتأمرون النهاس} dan

merupakan dua perlakuan positif yang dipisahkan oleh perlakuan negatif {وأنتم تتلون الكتاب }

Page 5: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1283 | MEDC 2018

Gabungan yang tidak sesuai inilah yang menjadi fokus utama persoalan yang .{وتنسون أنفسكم }

ditimbulkan di sini dengan tujuan agar mereka memperbetulkan perlakuan negatif kepada

perlakuan positif juga.

Ayat ini disudahi dengan satu lagi pertanyaan yang tikamannya amat dalam menusuk ke

hati dan minda orang yang memahami sindiran Allah melalui uslub yang sangat tajam

sindirannya terhadap fungsi minda. Inilah sindiran yang paling sesuai bagi orang yang tidak

melaksanakan apa yang mereka fahami daripada kitab Allah, mereka dianggap orang yang tidak

menggunakan akal untuk berfikir dengan proses berfikir yang betul. Perkara ini difahami

daripada ayat tanya { أفال تعقلون} yang bermaksud “Tidakkah kamu berakal”. Kata akal {يعقلون}

“berakal” didatangkan dalam bentuk kata kerja kala kini (فعل مضارع) yang juga boleh membawa

makna “akan berfikir” dan “berfikir secara berterusan”. Orang yang berakal iaitu orang yang

cerdik membaca dan memahami kitab Allah akan membuahkan perlakuan yang bersesuaian

dengan kecerdikan dan pengetahuannya mengenai isi kandungan kitab Allah itu. Namun apabila

adanya perlakuan negatif { وتنسون أنفسكم} “Sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri” iaitu

orang yang tidak mengamalkan ilmunya dan tidak mengamalkan apa yang ia sampaikan kepada

orang lain melalui dakwahnya. Tahap pemikiran mereka jatuh kepada “orang yang tidak

berakal” (ال يعقلون). Perkara ini ditunjukkan oleh huruf {ف} “maka” pada ayat tanya ( أسلوب

.yang kedua ini iaitu akibat daripada adanya perlakuan negatif pada diri pendakwah (االستفهام

Gabungan kedua-dua ayat tanya (أسلوب االستفهام) ini dapat membuka ruang berfikir yang lebih

luas dan mendalam kepada para pendakwah yang sepatutnya memperlengkapkan diri sendiri

terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang dakwah. Ini kerana pendakwah merupakan model

atau contoh perlakuan yang sempurna bagi orang yang didakwahnya.

Persoalan yang dibangkitkan di sini adalah mengenai kaedaan orang kafir yang

menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan mereka sendiri tidak mengikut apa yang

dikatakan kebaikan sebagaimana yang tercatat dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi

yang diutus kepada mereka. Persoalan ini diikuti dengan satu persoalan lagi iaitu {أفال تعقلون؟}

bermaksud “Tidakkah kamu berakal”. Allah SWT bertanya kepada kaum Yahudi yang telah

mendapat kitab sebelum ini. Persoalan yang Allah tujukan kepada orang-orang kafir. Soalan ini

merupakan khitab daripada Allah langsung kepada kaum Bani Israil yang bermula daripada ayat

40 Surah al-Baqarah melalui firmanNya {يا بني إسرائيل} penutupan ayat sebegini bermaksud

mereka tidak menggunakan akal berfikir dengan cara yang betul ( سلوبوا العقولم ). Dalam

pergolakan hidup manusia pada hari ini, perlakuan yang berlaku dalam kalangan Bani Israil ini

berlaku dalam kalangan orang yang beriman.

Soalan ini membuat kenyataan bahawasanya orang yang tidak bertindak dengan kadar

yang bersesuaian dengan pengetahuannya sebenarnya adalah orang yang tidak berilmu

pengetahuan. Kerana ilmu adalah untuk diamalkan. Bijak membaca kitab dan berdakwah.

Namun sendiri tidak mengamalkan ilmu itu. Soalan ini mencabar minda secara langsung.

Perkara ini perlu dilakukan dalam situasi yang memerlukan kepada perhatian khusus agar

manusia yang sombong dengan dakwaan kelebihan yang ada pada mereka itu sebenarnya

apabila tidak digunakan dengan jalan yang sebanarnya, mereka adalah lebih hina daripada

binatang yang tidak berakal. Soalan dengan tujuan “sentap” daripada khayalan atau kemegahan

berilmu. Dari segi kognatif mereka berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Namun dari segi psikomotor mereka gagal memperaktikkan ilmu untuk diri mereka sendiri.

Walaupun hamzah {أ} merupakan pertanyaan bagi sesuatu yang mudah dijawab, namun apabila

kata tanya “adakah” digabungan dengan kata nafi {ال} menjadikannya “tidakkah” membawa

makna sindiran perkara yang tidak sepatutnya tidak berlaku.

2. Kata tanya {ماذا} “apa”

Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 26) Allah berfirman

{ ا أراد ماذا فيقولون كفروا الهذين وأمه مثال بهذا للاه } yang bermaksud “Dan orang-orang kafir pula mereka

akan bertanya “Apakah maksud Allah membuat perumpamaan ini?”. Di sini jelas menunjukkan

mereka tidak mahu memikirkan makna pengajaran di sebalik perumpamaan yang didatangkan

itu. Mereka tutup mata hati daripada mempelajari makna di sebalik perumpamaan yang Allah

datangkan itu. Di sini menunjukkan tanpa dorongan daripada hati untuk menerima ilmu dan

Page 6: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1284 | MEDC 2018

pengajaran, maka minda tidak akan memperoses maklumat yang diterima. Bahkan dipersoalkan

pula maklumat yang disampaikan melalui perumpamaan itu.

Kesan daripada tindakan mereka yang mempersoalkan perumpamaan yang Allah

datangkan itu, terbahagilah mereka kepada dua golongan sebagaimana dijelaskan dalam

firmanNya { به إاله الفاسقين يضل ما و كثيرا به ويهدي كثيرا به يضل } yang bermaksud “Tuhan akan

menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak

orang mendapat petunjuk dengan sebabnya, dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan

sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik”. Orang-orang yang memperoleh

petunjuk melalui perumpamaan dan orang-orang yang sesat dari kebenaran yang seharusnya

mereka perolehi daripada perumpamaan yang digunakan. Orang-orang yang sesat itu

sebenarnya adalah orang-orang yang merosakkan minda dan fikiran mereka sendiri. Di sini jelas

menunjukkan orang-orang yang memetik pengajaran daripada perumpamaan yang didatangkan

kepada mereka merupakan orang-orang yang cerdik yang menggunakan keupayaan minda

mereka kepada jalan kebenaran. Soalan ini boleh digunakan untuk bertanya

Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 215) berbunyi { ينفقون ماذا يسألونك } yang

bermaksud “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) “Apakah yang akan mereka

belanjakan?”. Allah SWT tidak menjawab pertanyaan ini secara terus mengenai apa yang patut

dibelanjakan, namun Allah memperjelas kepada siapa seharusnya perbelanjaan itu diberikan.

Soalan “Apakah yang akan mereka belanjakan?” Tidak seharusnya ditanyakan kepada Allah,

bahkan boleh bertanya mereka yang memerlukan perbelanjaan tersebut. Apakah yang mereka

perlukan dalam kehidupan harian mereka. Kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,

orang miskin dan orang yang berjuang pada jalan Allah adalah golongan yang sangat-sangat

memerlukan bantuan perbelanjaan. Boleh bertanya kepada mereka akan apa yang mereka

perlukan.

Kata tanya {ماذا} dalam Surah al-Baqarah (ayat 219), Allah berfirman

{ العفو قل ينفقون ماذا ويسألونك } yang bermaksud “Dan mereka bertanya pula kepadamu (wahai

Muahmmad) “Apakah yang akan mereka belanjakan (dermakan?)”. katakanlah “(Dermakanlah

apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Pertanyaan ini juga tidak menjawab secara terus

akan apa yang perlu dibelanjakan untuk orang-orang yang memerlukan. Menurut al-Qurtubi

(1985) perkara yang ditanyakan adalah kadar berapa yang perlu dibelanjakan ( اإلنفاق : كم قدر

Ini kerana jawapan kepada persoalan yang dikemukakan hanya satu perkataan sahaja iaitu .(أنفق؟

sebagaimana diperjelaskan oleh (ما فضل عن الحاجة) bermaksud lebihan daripada keperluan {العفو}

al-Baghawi (1997).

Satu soalan boleh dijawab daripada pelbagai sudut. Soalan {ماذا} “apa” boleh dijawab

yang menerangkan “kepada siapa” dan boleh menerangkan “berapa kadar”. Di sini

menunjukkan soalan “apa” boleh digunakan untuk bertanya secara umum dan penjelasan dari

pelbagai sudut boleh diterima. Tidak semestinya soalan “apa” hanya untuk bertanya mengenai

hakikat sesuatu subjek itu sahaja. Namun segala aspek yang berkaitan dengan subjek yang

ditanya juga boleh diterima sebagai jawapan kepada persoalan yang menggunakan kata tanya

“apa”. Soalan ini juga boleh menjadi soalan terbuka. Soalan “apa” juga boleh menjadi soalan

yang memerlukan jawapan yang pelbagai dan kompleks.

3. Kata tanya {كيف} “bagaimana”

Kata tanya {كيف} “bagaimana” diikuti oleh kata kerja selepasnya. Sama ada kata kerja kala lalu

Ini menunjukkan jawapan kepada soalan .(فعل مضارع) atau kata kerja kala kini (فعل ماض)

“bagaimana” adalah yang menerangkan mengenai proses kerja yang mempunyai prosedurnya

yang harus diterokai bagi mendapatkan jawapan yang menerangkan proses yang lebih tepat.

Kata tanya {كيف} “bagaimana” dalam Surah al-Baqarah disebut sebanyak tiga kali (ayat: 28,

259 dan 260). Ketiga-tiganya diikuti kata kerja kala kini (فعل مضارع) iaitu {كيف تكفرون باهلل}, { كيف

.{كيف تحيي الموتى} dan {ننشزها

Dalam ayat 28, pertanyaan daripada Allah SWT kepada orang-orang kafir. Soalan yang

membawa maksud hairan (تعجب). Kehairanan dengan sikap manusia yang mengetahui proses

hidup dan mati mereka hanya di tangan Allah, namun masih tidak mahu beriman dengan Allah.

Proses tersebut dimulai dengan mati (tiada/belum dilahirkan), dihidupkan di dunia ini,

Page 7: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1285 | MEDC 2018

dimatikan dengan meninggalkan dunia ini, dihidupkan semula di hari akhirat kelak dan kembali

semula kepada Allah SWT. Soalan ini mengajak berfikir dengan sedalam-dalamnya dengan

menyedari kekerdilan diri. Sepatutnya menimbulkan keinsafan dan ketundukan hanya kepada

Allah SWT sahaja. Namun perkara tersebut tidak mereka lalukan, bahkan mereka ingkar akan

segala perintah Allah dan memilih jalan kufur.

Kata tanya {كيف} “bagaimana” merupakan kata tanya yang memerlukan jawapan proses

sesuatu subjek yang dipersoalkan. “Bagaimana” merupakan kata tanya yang dapat meggerakkan

daya imaginasi sehingga terhasil idea yang lebih jelas. Dengan memperbanyak soalan

“bagaimana” dalam pendidikan akan dengan mudah mengembangkan potensi berfikir pelajar.

“bagaimana” merupakan kata tanya yang mampu memupuk dan meningkatkan kemahiran

berfikiran aras tinggi (Marquardt, 2014).

4. Kata tanya {من} “siapa”

Kata tanya {من} “siapa” adalah dikhaskan untuk bertanya mengenai yang berakal (للعاقل) sahaja.

Ayat tanya dalam Surah al-Baqarah (ayat 138) Allah berfirman { صبغة {ومن أحسن من للاه

bermaksud “Dan siapakah yang lebih elok dari agama yang diwarnakan Allah?”. Soalan yang

menggunakan kata tanya {من} selalunya memerlukan jawapan yang ringkas dan proses berfikir

yang mudah. Namun dalam ayat ini, dimulai dengan kenyataan {صبغة هللا}. Kemudian diikuti

dengan soalan { ومن أحسن من صبغة } Jawapan telah jelas dengan kenyataan di awal ayat .{ صبغة للاه

Namun diikuti dengan persoalan mengenainya bagi memperkukuh pengakuan sebagai .{هللا

seorang hamba yang dengan pastinya akan menjawab semestinya corak agama Allah adalah

yang terbaik. Kenyataan orang-orang yang beriman ini diperkukuh dengan pengakuan

ketundukan hanya kepada Allah sahaja seperti yang dinyatakan {ونحن له عابدون} bermaksud

“Dan kepadaNya jualah kami beribadah” merupakan tindakan yang sepatutnya dilakukan

sebagai hamba yang mengakui kebenaran agama Allah.

Teknik soalan dalam ayat di atas dapat menyatukan elemen kognitif, psikomotor dan

afektif. Di mana ayat dimulai dengan kenyataan yang berupa ilmu pengetahuan. Bagi

memastikan konsep ilmu benar-benar difahami, soalan diutarakan bagi mendapatkan keyakinan

dan ditutup dengan kenyataan amalan bagi menjelaskan apa yang sepatutnya dan perlu

dilakukan oleh orang yang mempunyai keyakinan yang mantap.

5. Kata tanya {ما} “apa”

Kata tanya {ما} “apa” dalam ayat 133 {ما تعبدون من بعدي} bermaksud “Apakah yang kamu akan

sembah sesudah aku mati?”. Soalan ini diajukan oleh Nabi Allah Ya’qub kepada anak-anaknya.

Nabi Ya’qub tidak mengarahkan atau menasihati anak-anaknya agar meneruskan keimanan

kepada Allah SWT walaupun dengan ketiadaannya. Namun Nabi Ya’qub hanya mengemukakan

satu soalan ringkas bagi melihat pendirian sebenar anak-anaknya sekiranya ia tiada lagi di muka

bumi ini. Di sinilah memperlihatkan kebijaksanaan Nabi Ya’qub untuk menyelam pendirian

anak-anaknya melalui soalan. Nabi Ya’qub merasa tenang dan penuh keyakinan dengan

jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya itu iaitu mereka akan terus kekal dengan agama

yang diajar oleh Nabi Ya’qub kepada mereka walaupun Nabi Ya’qub telah tiada kelak.

Sebagaimana diperjelaskan dalam ayat { ه آبائك هك وإل ه قالوا نعبد إل ا واحدا ونحن له إبراهيم وإسماعيل وإسحاق إل

’yang bermaksud “Mereka menjawab “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan dato {مسلمون

nenek mu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami

berserah diri (dengan penuh iman)”. Daripada jawapan yang diberikan dapat difahami akan

pendirian mereka yang akan terus kekal dengan penuh iman kepada Allah SWT. Jawapan ini

juga dapat menolak dakwaan orang-orang Yahudi yang mendakwa mereka keturunan Nabi

Ya’qub. Keturunan yang paling penting tertegak atas dasar keimanan bukan hanya atas darah

daging sahaja. Itulah perjuangan sebenar para Nabi yang diutus Allah yang perlu difahami dan

dihayati oleh umatnya.

Teknik soalan ini boleh ditanyakan kepada pelajar yang telah diberi tugasan untuk

disiapkan sesudah berakhirnya sesuatu sesi pengajaran sebagai kerja rumah atau sebagai ujian

penaksiran. Apakah yang akan mereka lakukan bagi melengkapkan tugasan tersebut. Jawapan

Page 8: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1286 | MEDC 2018

mereka memberi keyakinan kepada guru yang mereka akan menyempurkan tugasan yang

diberikan. Guru juga boleh menambahkan persoalan kepada mereka seperti bertanyakan

bagaiamana mereka mahu menyempurnakan tugasan tersebut. Daripada jawapan yang diberikan

pelajar, akan dapat dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain akan teknik

menyempurnakan tugasan yang diberi. Dengan kenyataan mereka itu guru dengan yakin pelajar

akan dapat menyempurnakan tugasan dengan betul sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan

ini, pemupukan kemahiran berfikir bukan hanya di dalam kelas sahaja, bahkan ianya dapat

diteruskan juga selepas waktu persekolahan.

6. Kata tanya {لماذا} “mengapa”

Kata tanya {لماذا} dipendekkan dengan dibuangkan {اذا} menjadi { لم} namun masih kekal

maknanya “mengapa” dalam ayat 91 { من قبل إن كنتم yang bermaksud {مؤمنين قل فلم تقتلون أنبياء للاه

“Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah

pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang yang beriman?”. Soalan ini dilontarkan

oleh Nabi Muhammad kepada kaum Yahudi. Soalan ini tidak memerlukan jawapan kerana

ianya bertujuan membuka minda mereka supaya berfikir dengan cara yang betul. Sekiranya

mereka menyedari akan salahnya pendirian mereka itu dan kembali semula kepada Islam, itulah

jawapannya. Soalan ini tidak perlu dijawab dengan lisan, bahkan hendaklah dijawab dengan

perbuatan iaitu melalui beriman dengan Allah.

Kata tanya {لماذا} “mengapa” merupakan persoalan yang dapat mendorong idea kreatif

dalam menyelami jawapan yang tepat. Huraian jawapan boleh diberikan daripada pelbagai

sudut. “mengapa” merupakan soalan terbuka yang mengaitkan sebab berlakunya sesuatu

perlakuan itu. Kaum Yahudi diseru agar mereka beriman. Namun mereka menjawab mereka

hanya beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi mereka. Tapi dalam masa

yang sama mereka membunuh Nabi-nabi mereka itu. Sekiranya mereka ikut Nabi, mengapa

Nabi-nabi itu dibunuh. Tersingkap pembohongan dan kesombongan kaum Yahudi. Soalan ini

dapat mengungkai ketidak selarian antara afektif atau pendirian peribadi seseorang dengan

amalan atau aspek psikomotor kerana kadar kognitif yang tidak cekap memanipulasi fakta.

Maka dengan ini, kemahiran berfikir perlu dapat memastikan keselarian kandungan dengan

aspek afektif dan psikomotor. Andai gagal berbuat demikian, maka kemahiran berfikir adalah

gagal dikuasai.

7. Kata tanya {هل} “adakah”

Kata tanya {هل} “adakah” selepasnya diikuti dengan kata kerja kala lalu seperti dalam ayat 246

yang bermaksud “Tidakkah harus, jika kamu kelak {قال هل عسيتم إن كتب عليكم القتال أاله تقاتلوا}

diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?”. Soalan ini dilontarkan oleh Nabi kepada

Bani Israel selepas Nabi Musa AS. Mereka meminta kepada Nabi mereka supaya bermohon

kepada Allah agar mengutuskan seorang raja kepada mereka dengan harapan mereka akan

berperang di bawah pimpinan raja tersebut. Mereka mahu berperang di bawah pemerintahan

raja tersebut bagi mendapatkan semula hak mereka. Namun keraguan Nabi mereka timbulkan

adakah permintaan mereka itu.

Nabi yang diutus selepasa Nabi Musa AS yang bertanya kepada Bani Israel. Subjek

yang ditanya adalah kesanggupan berperang. Pertanyaan ditujukan kepada Bani Israel yang

meminta diutus kepada mereka seorang raja yang gagah memimpin peperangan. Namun apabila

mereka tidak mahu berperang kerana takut mati, raja yang gagah itu tidak akan dapat

menyelesaikan permasalahan mereka dan tidak akan dapat mengembalikan mereka semula ke

tanah air mereka setelah mereka dihalau keluar daripada tanah air mereka itu. Lontaran soalan

yang demikian rupa adalah berdasarkan pengalaman lepas Nabi bersama Kaum Bani Israel.

Mereka mempunyai ciri-ciri perlakuan yang tidak menyenangkan Nabi mereka. Kekotoran jiwa

dan penyakit rohani (Syed Qutb, 2000), berpaling daripada jihad (Ibn Kathir, 1985) dan tidak

berpegang kepada janji.

Soalan yang menggunakan kata tanya {هل} dan diikuti dengan kata kerja {عسيتم} boleh

mengagak perlakuan yang akan datang. Iaitu sama ada mereka patuh kepada arahan berperang

Page 9: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1287 | MEDC 2018

atau tidak. Walapun alasan yang diberikan adalah kukuh yang menunjukkan mereka akan

berjuang dalam peperangan. Namun akhirnya, perbuatan mereka adalah sama sebagaimana yang

digambarkan dalam soalan iaitu mereka tidak pergi berperang kecuali sebilangan kecil daripada

mereka sahaja. Kebijaksanaan dalam kemahiran berfikir tidak hanya dilihat dari segi proses

berfikir sahaja. Malahan kebijaksanaan juga dilihat apakah yang difikirkan itu. Bagi orang yang

bertindak tidak berdasarkan kemahiran berfikir yang benar atau tidak ada kebenaran dalam

perkara yang difikirkan, kebenaran atau pembohongan mereka mudah difahami dan dapat

diagak dengan tepat.

8. Kata tanya {كم} “berapa”

Kata tanya {كم} “berapa” dalam bahasa Arab digunakan untuk bertanya mengenai bilangan (عدد)

yang diikuti dengan kata tamyiiz (تمييز) selepasnya iaitu penjodoh bilangan yang berbentuk

akusatif (منصوب). Kata tanya “berapa” sekiranya dikaitkan dengan “masa” pertanyaan adalah

berkaitan dengan “berapakah jangka masa yang diambil untuk melakukan sesuatu perbuatan”.

Masa yang diukur sama ada dikira dalam detik, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun,

dekad dan kurun. Kata Tamyiiz (تمييز) harus dibuang dengan tujuan tertentu sebagaimana dalam

Surah al-Baqarah (ayat 259) {كم لبثت} yang bertanya mengenai satu jangka masa yang mungkin

mengambil masa sehari, seminggu, sebulan, setahun, sedekad atau seabad, iaitu jangka masa

yang diambil oleh orang yang ditanya untuk tidur di sebuah kampung yang telah hancur. Sebab

hendak melihat bagaimana rasa sebenar orang yang ditidurkan itu. Adakah ia rasa tidur sehari,

seminggu, sebulan, setahun, sedekad, sekurun atau seabad. Sekiranya ditanya berapa hari ( كم

maka orang itu akan menjawab dalam beberapa hari, begitulah sekiranya ditanya dalam ,(يوما

minggu ( م أسبوعاك ), maka tahulah orang itu yang ia telah tidur selama satu minggu atau lebih dan

seterusnya. Sangkaan tidur sehari dua sebagaimana jawapan orang yang ditidurkan itu { لبثت يوما

bermaksud “Aku telah tinggal di sini namun sebenarnya ditidurkan selama satu aba {أو بعض يوم

“ {قال بل لبثت مائة عام}

9. Kata tanya {متى} “bila”

Kata tanya {متى} “bila” digunakan untuk bertanya mengenai masa berlakunya sesuatu

perbuatan. Boleh digunakan untuk bertanyakan mengenai masa lalu, masa sekarang atau masa

akan datang. al-Quran menggunakan kata tanya {متى} sebanyak sembilan kali dan bertanya

hanya mengenai masa yang akan datang. Perkara yang ditanya {متى نصر هللا}, {متى هذا الوعد}, { متى

iaitu mengenai bilakah datangnya pertolongan Allah dan bilakah {متى هو} dan {هذا الفتح

datangnya hari kiamat.

Surah al-Baqarah (ayat 214) Allah berfirman { أال حتهى يقول الره سول والهذين آمنوا معه متى نصرللاه

قريب bermaksud “Rasul dan orang-orang yang beriman (yang ada) bertanya “Bilakah {إنه نصر للاه

(datangnya) pertolongan Allah?”Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan

kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”. Ayat ini menjelaskan yang

mengemukakan pertanyaan adalah dalam kalangan orang-orang yang telah ditimpakan dugaan

kepada mereka. Maka mereka yang tinggal tertanya-tanya bilakah pertolongan Allah akan

sampai kepada mereka bagi membantu mereka keluar daripada kemelut dugaan Allah. Lantas di

jawab pertanyaan mereka itu dengan uslub {أال} “ingatlah” sebagai pengukuh kepada akan

datangnya pertolongan Allah itu. Menurut Adimah (1404H) uslub {أال} merupakan gabungan

kata tanya {أ} dan kata nafi {ال} yang membawa maksud ayat pelengkap selepasnya merupakan

perkara yang positif dan pasti (إثبات).

10. Kata tanya {أنى} “macam mana”

Kata tanya {أنى} boleh membawa makna “di mana” (أين), “bagaimana” (كيف) dan “bila”(متى)

sebagaimana diperjelaskan oleh al-Zarkasyi (1988). Beliau juga dapati kata tanya {أنى} dalam

Surah al-Baqarah (ayat 259) Allah berfirman {بعد موتها ذه للاه yang bermaksud {أنهى يحيي ه

“Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rusak

binasa)?” membawa maksud “bagaimana” (كيف) yang mempersoalkan bagaimana Allah SWT

Page 10: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1288 | MEDC 2018

boleh menghidupkan semula sebuah bandar yang telah hancur. Orang yang mempersoalkan

kekuasaan Allah SWT sebenarnya adalah mereka yang tidak mempercayai tentang kekuasaan

Allah atau meraguinya. Memandangkan kepada kebinasaan yang teruk yang terjadi, mereka

tidak yakin Allah dapat menjadikannya semula seperti sedia kala. Dengan ini, kita dapati

mereka bukanlah dalam kalangan orang yang bijak berfikir. Persoalan ini juga menunjukkan

mereka cuba mencabar Allah SWT. Namun apabila jawapan kepada persoalan itu dialami

sendiri oleh orang yang mempertikai kekuasaan Allah itu, maka barulah mereka yakin { أعلم أنه للاه

bermaksud “(Sekarang) aku mengetahui (dengan penuh yakin) bahawa Allah {على كل شيء قدير

itu Maha Berkuuasa di atas segala sesuatu”.

Kata tanya {أنى} dengan maksud “bagaimana” (كيف) memerlukan jawapan sebagaimana

yang diperlukan oleh {كيف} juga iaitu jawapan yang menerangkan tentang proses yang

melibatkan satu set kerja yang tersusun dan sistematik yang juga memperlihatkan proses

berfikir. Ilmu pengetahuan dapat mendatangkan keyakinan mengenai sesuatu ilmu yang

dipelajari. Pelbagai cara boleh digunakan bagi memastikan pemerolehan ilmu dapat dikuasai

dengan berkesan. Surah al-Baqarah (ayat 259) ini menunjukkan pemerolehan ilmu melalui

pengalaman sendiri. Iaitu pengalaman dimatikan tanpa berubah jasad, pengalaman merasai mati

namun seolah-olah tidur dalam sehari atau sebahagian hari (tidur ketika mata hari naik dan

bangun tidur ketika matahari terbenam), bahkan sebenarnya dimatikan selama 100 tahun iaitu

bersamaan 36,500 hari.

DAPATAN KAJIAN

Uslub al-istifham (أسلوب االستفهام) al-Quran tidak meletakkan aras berfikir yang rendah atau

tinggi. Namun daripada analisis yang dijalankan dalam kajian ini didapati, berfikir mempunyai

proses yang terkadangnya mudah untuk sampai kepada jawapan kepada persoalan yang

dikemukakan dan terkadang begitu rencam atau kompleks yang memerlukan pemerhatian

diberikan kepada proses berfikir untuk memikirkan jawapan perkara yang dipersoalkan atau

dalam membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan permasalahan dalam persoalan yang

dikemukakan.

Teknik soalan yang banyak digunakan adalah teknik soalan yang mencabar minda.

Tiada soalan tertutup yang berhenti hanya kepada satu jawapan sahaja. Sekiranya ada persoalan

yang demikian, akan diikuti dengan soalan atau aktiviti pembuktian kepada jawapan yang

diberikan. Maka masih berterusan lagi proses berfikir yang memerlukan kepada aktiviti

penyelidikan dan inkuiri penemuan yang berterusan dan lebih bercapah.

Kemahiran berfikir yang mantap adalah kemahiran yang mampu menyelaraskan antara

aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Kemahiran befikir perlu diasak dengan soalan-soalan

prvokasi bagi memastikan berlakunya proses berfikir yang betul. Proses befikir yang betul tidak

hanya melihat kepada proses befikir semata-mata, bahkan kemahiran berfikir juga melihat

kepada isi kandungan atau perkara yang difikirkan dan hujjjah yang disandarkan.

Melalui uslub istifham al-Quran, kita dapat mempelajari cara berdialog dengan orang-

orang munafiq dan orang kafir. Kita juga akan dapat membaca dan menyelami pemikiran

meraka dalam berhujjah. Pertanyaan-pertanyaan yang mungkin mereka lontarkan dalam

perbincangan juga telah ditunjukkan oleh al-Quran yang dapat difahami dalam uslub istifham.

Kemahiran berfikir dan proses kemahiran berfikir telah ditunjukkan dengan jelas

melalui dialog dalam uslub istifham. Daripada analisis ini juga didapati al-Quran tidak

meletakkan dan menghadkan yang sesuatu kata tanya itu adalah untuk kemahiran berfikir aras

rendah dan kata tanya yang lainnya adalah untuk kemahiran berfikir aras tinggi. Malahan al-

Quran telah menunjukkan bagaimana proses dialog yang dapat mengasak minda dengan

rangkaian kata tanya yang menggunakan kata tanya yang paling ringkas sahaja seperti

penggunaan kata tanya {أ} “adakah”.

Page 11: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1289 | MEDC 2018

KESIMPULAN

Apabila dikaitkan teknik soalan yang diperolehi daripada analisis ayat tanya (أسلوب االستفهام) al-

Quran dengan teknik soalan dalam pendidikan, beberapa perkara perlu ditambah baik dalam

kemahiran menyoal para guru agar dapat menjadikan soalan sebagai utama bagi

mengoptimumkan keupayaan berfikir para pelajar.

Guru perlu menyediakan soalan yang dirancang dengan baik bagi mencungkil idea-idea

pelajar dalam menguasai mata pelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar tidak

seharusnya hanya sebagai penerima maklumat dan pencari maklumat sahaja. Malahan mereka

perlu diajak memproses maklumat yang diperolehi semasa proses penerimaan dan pencarian

maklumat. Guru perlu menjadikan pengajaran mereka di dalam kelas sebagai mengurus dialog

perbincangan ilmiah. Barulah mereka akan dapat mengasah kemahiran berfikir pelajar mereka

dengan proses kemahiran berfikir yang dapat mematangkan pelajar dalam membuat keputusan

yang betul dalam hidup dan dalam pelajaran mereka.

Pembelajaran adalah menghadiri sesi dialog antara pelajar dengan pelajar lain sama ada

secara individu atau berkumpulan. Sesi dialog tidak hanya antara guru dan pelajar sahaja.

Dengan menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai sesi dialog akan menjadikan

pelajar aktif dan penuh bersedia dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber

untuk menghadiri sesi pembelajaran. Pelajar akan menjadikan sesi dialog di dalam kelas hanya

untuk memastikan fahaman mereka adalah benar dan bentuk jawapan mereka adalah tepat.

Pengajaran dan pembelajaran melalui sesi dialog akan dapat mengarahkan pelajar ke arah

pembelajaran berterusan dan pelajar akan aktif berfikir yang terarah kepada menguasai sesi

perbincangan. Pelajar yang tidak bersedia sebelumnya akan menjadi pelajar pasif dalam

perbincangan. Dengan ini guru dapat menasihati mereka atau memandu mereka serta

membimbing mereka lebih khusus dapat menguasai mata pelajaran yang juga menjadikan

mereka aktif dalam sesi perbincangan. Kertas ringkas ini ingin mengemukakan moto pengajaran

pada kurun sebagai PEMBALAJARAN MELALUI SESI DIALOG ILMIAH.

Ref: (FRGS/1/2016/SSI03/USIM/02/7)

Page 12: TEKNIK SOALAN DALAM USLUB I -Q - unisza.edu.my filedengan tanda soal (?). Terdapat dua belas kata tanya dengan pelbagai gaya bertanya dan pelbagai ...

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1290 | MEDC 2018

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abu Hayyyan, Muhammad bin Yusof al-Andalusi. 1993. Tafsir al-Bahr al-Muhit. Tahqiq wa

Ta’liq: ‘Adil et. all. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Adimah, Muhammad Abd al-Khaliq. 1404H. Dirasat li Uslub al-Quran al-Karim. al-Qaherah:

Dar al-Hadis.

al-‘Akk, Khalid Abd al-Rahman. 2007. Usul al-Tafsir wa Qawa’iduhu. Beirut, Lebanon: Dar

an-Nafaes.

al-Baghawi, Muhyi al-Sanah, Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud. 1997. Ma’alim al-Tanzil

fi Tafsir al-Quran: Tafsir al-Baghawi, al-Qaherah: Dar al-Tayyibah.

Daruzah, Afnan Nazir. 2005. al-Asilah al-Ta’limiyyah wa al-Taqyim al-Madrasi.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1998. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-

Quran 30 Juzuk (Edisi Jawi). Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

al-Jurjani, Abd al-Qahir. 1375H. Kitab Dalail al-I’jaz. Taliq: Mahmod Muhammad Syakir. al-

Qaherah: Maktabah al-Khanji.

al-Khalidi, Solah Abd al-Fatah. 2008. Ta’rif al-Darisin bi Minhaj al-Mufassirin. Damsyiq: Dar

al-Qalm.

Marquardt, Micheal. 2014. Leading Question : How Leaders Find The Right Solutions by

Knowing Wahat to Ask (Revised an Updated). San Francisco: Jossey – Bass a Wiley

Brand.

al-Mat’ani, Abd al-‘Azim Ibrahim. 2007. al-Tafsir al-Balaghi li al-Istifham fi al-Quran al-

Karim: Awal Tafsir Maudui li 1260 Istifhaman fi al-Quran Kullihi. al-Qaherah: Maktabah

Wahbah.

al-Qardawi, Yusuf. 2001. al-‘Aql wa al-‘Ilm fi al-Quran al-Karim. Beirut, Lubnan: Muassasah

al-Risalah.

al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1985. al-Jami’ li Ahkam al-Quran.

Beirut, Lubnan: Dar Ihya’al-Turath al-Islami.

Sayyid Qutb. 2000. Tafsir fi Zilal al-Quran. Terjemahan: Yusoff Zaky Haji Yacob. Kota Bharu,

Kelantan: Pustaka Aman Press.

Sultan, Munir. 1990. Manahij fi Tahlil al-Nuzum al-Qurani. Iskandariah: Mansyaat al-Ma’arif.

Al-Zarkasyi, Imam Badruddin Muhammad bin Abdullah. 1988. Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran.

Tahqiq: Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim. Beirut, Lubnan: Dar al-Jail.