Teknologi IBS beri penjimatan - moe.gov.my · PDF fileinfrastruktur kritikal menerusi kaedah...

download Teknologi IBS beri penjimatan - moe.gov.my · PDF fileinfrastruktur kritikal menerusi kaedah teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) bakal memberi penjimatan kos yang amat

If you can't read please download the document

Transcript of Teknologi IBS beri penjimatan - moe.gov.my · PDF fileinfrastruktur kritikal menerusi kaedah...

  • 1

    Teknologi IBS beri penjimatan

    YB. Datuk Seri Mahdzir Khalid

    Program baik pulih sekolah-sekolah yang mengalami masalah infrastruktur kritikal menerusi kaedah teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) bakal memberi penjimatan kos yang amat efisien sehingga lebih 50 peratus berbanding kaedah pembinaan secara konvensional. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program baik pulih di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil sebagai contoh, kos yang diperlukan hanya berjumlah RM1.6 juta, iaitu jauh lebih rendah berbanding kaedah konvensional yang berkemungkinan mencecah antara RM4 juta hingga RM5 juta. Beliau berkata, di Malaysia mempunyai sekolah yang melebihi 10,000 buah sekolah, di sekolah rendah sahaja sebanyak 7,000 buah sekolah. Selepas tempoh 15 atau 20 tahun, sekolah-sekolah ini kebanyakannya memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan. SJKT Dengkil menjadi projek perintis bagi pembaikan sekolah menggunakan teknologi pembinaan secara pasang siap itu selepas Perdana Menteri melakukan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan pada 29 Oktober 2015. Menurut beliau, penggunaan IBS bergantung kepada ciri-ciri sesebuah sekolah itu berikutan akan wujud kekangan jika sekolah berkenaan mempunyai keluasan yang terhad.

    Sumber: Utusan Malaysia, 7 Januari 2016

    SEHATI SEJIWA

    Wujud kaedah baharu elak murid ponteng untuk bekerja sara keluarga

    YB. P. Kamalanathan

    Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan memikirkan kaedah baharu bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah murid yang sanggup ponteng sekolah untuk bekerja. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, kebanyakan murid yang terlibat datang daripada keluarga yang susah dan memaksa mereka untuk bekerja bagi menyara keluarga. Kementerian telah meminta pihak pengurusan sekolah untuk turut sama menyiasat mengapa murid tidak hadir ke sekolah seperti sepatutnya dan masalah ini tidak harus berlaku. Beliau berkata, jika mereka tidak mampu, kerajaan boleh membantu dengan menyediakan 23 jenis bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pinjaman buku teks dan bantuan awal persekolahan. Dalam lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), beliau telah menyalurkan dana berjumlah RM90,000 untuk projek penambahbaikan infrastruktur sekolah berkenaan serta menyampaikan bantuan alat tulis kepada kesemua murid.

    Sumber: Utusan Malaysia, 12 Januari 2016

    Maklumat dan Pertanyaan Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

    Aras 1 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

    Email: [email protected] http://www.moe.gov.my Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

    Januari 2016

    1

    BPPDP BIL. (01) 2016

    EDISI JANUARI

    Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

  • Kes guru dibaling buku: Kementerian beri jaminan ambil tindakan tegas

    YB. Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof

    Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat kes seorang guru Melayu dibaling dengan buku dan alatan tulis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor minggu lalu. Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, siasatan sedang dilakukan dengan segera. Namun, beliau menasihatkan kepada semua pihak agar bersabar dan jangan menimbulkan sebarang spekulasi termasuk isu perkauman agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Para ibu bapa dan orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang tidak kepuasan hati terhadap pengurusan sekolah serta guru di laman sosial dan mereka hendaklah menggunakan saluran betul untuk berbuat demikian.

    Sumber: Utusan Malaysia, 21 Januari 2016

    Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    (PPPM) 2013-2025

    Duka lara guru selesai YB. P. Kamalanathan

    Seramai 2,000 guru yang diistilahkan sebagai berduka lara akibat terpisah dengan pasangan masing-masing sudah dapat disatukan setelah Kementerian Pendidikan membenarkan mereka bertukar tempat kerja untuk sesi persekolahan tahun ini. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, pertukaran tersebut merupakan antara langkah awal diambil kementerian dalam mengatasi masalah dihadapi guru. Selepas ini, banyak lagi perancangan sudah sedia untuk dilaksanakan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Antaranya kajian mengenai langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru. Menurut beliau, perkara ini tiada penghujungnya di mana kementerian akan terus mencari jalan untuk memastikan guru dapat menjalankan tugas mengajar dengan penuh efisien tanpa terlalu dibebani tugas lain. Sementara itu, beliau berkata, setiap guru yang berhasrat berpindah boleh melakukan semakan berhubung kekosongan yang terdapat di sesebuah kawasan menerusi laman web Kementerian Pendidikan apabila tiba masa untuk berbuat demikian. Jika dahulu urusan perpindahan dibuat oleh Kementerian di Putrajaya tetapi kini kementerian memberi kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat keputusan.

    Sumber: Utusan Malaysia, 4 Januari 2016

    Lapor kepada PPD jika pihak sekolah paksa beli YB. P. Kamalanathan

    Ibu bapa atau penjaga boleh membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) jika pihak sekolah memaksa mereka membeli peralatan termasuk pakaian seperti baju batik pada harga yang sangat melampau. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, ibu bapa sepatutnya diberi pilihan sama ada untuk membeli atau menolak jika harga barangan yang ditawarkan itu sangat membebankan mereka.

    Sumber: Utusan Malaysia, 12 Januari 2016

    2 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

    Kata Kunci Kejayaan

    Kepuasan terletak pada usha bukan pada hasil. Berusaha dengan keras

    adalah kemenangan hakiki

    Mahatma Gandhi

  • Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Bagi Bulan Januari 2016

    1. PEROLEHAN

    BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

    1. Koleksi Umum 0 2. Koleksi KPM 20 3. Koleksi Tesis 73 4. Koleksi CD-ROM 4

    5. Artikel Akhbar 368 6. Koleksi Jurnal 6 7. Koleksi Risalah/

    Hadiah/Sumbangan 64

    JUMLAH 531

    2. KEMASUKAN DATA

    BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN TAJUK BAHAN

    JUMLAH 484

    3. PENGKATALOGAN

    BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN DIKATALOG

    JUMLAH 251 Jumlah Kumulatif sehingga 31 Januari

    2016:190,707

    ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR BAGI BULAN JANUARI 2016

    1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/ Sukatan Mata Pelajaran - 4 isu 2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan & Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - 10 isu 3. Pengurusan Pendidikan - 09 isu 4. Keselamatan Murid

    - 2 isu

    JUMLAH PENGGUNA PERPUSTAKAAN BAGI BULAN JANUARI 2016 126 Orang JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM SEHINGGA 31 JANUARI 2016 27,800 Orang

    3

    Dapatkan maklumat bahan rujukan dan peminjaman melalui Sistem Virtua versi 2009 Perpustakaan KPM dengan melayari laman sesawang berikut:

    http://librarykpm.moe.gov.my

    Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

    SEHATI SEJIWA

    Selamat Tahun Baru

    2016

    Senyum Selalu

    SEDIA BANTU

    Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2016

    http://librarykpm.moe.gov.my/http://librarykpm.moe.gov.my/cgi-bin/gw/chameleon?sessionid=2014040808212115499&skin=default&lng=en&inst=consortium&host=10.251.26.19+1112+DEFAULT&patronhost=10.251.26.19 1112 DEFAULT&search=NOSRCH&function=START&sourcescreen=SEARCHSCR&pos=1&elementcount=1&u1=0

  • ` Librarykpm

    Pencapaian Gelombang 1 PPPM 2013-2015

    Bagi Gelombang 1, PPPM meletakkan tiga keberhasilan utama yang perlu dicapai iaitu:

    i. 100 peratus murid menguasai literasi dan numerasi selepas 3 tahun persekolahan,

    ii. peningkatan enrolmen murid; dan iii. pengurangan 25 peratus jurang bandar dan luar bandar.

    Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1 seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, maka suka saya mengumumkan bahawa untuk ketiga-tiga keberhasilan ini, kita telah berjaya mencapai sasaran. Untuk LINUS atau Program Literasi dan Numerasi, program ini telah berjaya membantu kesemua tiga kohort murid mencapai 99 peratus dalam literasi bahasa Melayu dan numerasi apabila mereka memasuki Tahun Tiga. Kita maklum bahawa kadar literasi BM dan penguasaan numerasi telah mencapai kadar 99 peratus; kini suka saya berkongsi bahawa kadar penguasaan literasi bahasa Inggeris murid Tahun 3 2015 meningkat 15.81 peratus - daripada 78.3 peratus pada tahun 2014 kepada 94.11 peratus pada tahun ini. Dari segi enrolmen prasekolah pula, usaha bersepa