teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

10
http://blissourteam.blogspot.com/ Profil SUBJEK: YKT 214 - TEKNOLOGI KOMUNIKASI PENSYARAH: PUAN WANG LAY KIM TEMA BLOG: TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN DEMOKRASI Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog. Ciri ketanpanamaan iaitu identiti pemilik blog dilindungi menggalakkan lagi penggunaan blog oleh pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai medium untuk membincangkan sesuatu isu dan seterusnya memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan masing-masing tentang isu perbincangan. Pelbagai komen yang diberikan oleh pelbagai pihak yang seterusnya mencetuskan perdebatan berpotensi untuk mencari jalan penyelasaian bagi masalah sesuatu isu yang dibangkitkan. Biasanya blog memaparkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik. Perbincangan tentang isu politik dan kes berprofil tinggi melalui blog ini membantu mendedahkan kebenaran sebenar tentang sesuatu isu dan juga keadaan politik sebenar di Malaysia. Umum mengetahui bahawa blog adalah dimiliki oleh mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan berupaya untuk memberikan pendapat peribadi mengenai apa-apa isu. Persoalannya, adakah kebebasan memiliki blog ini bakal memberikan kesan terhadap proses demokrasi negara? Dapat kita semua lihat bagaimana tumpasnya kerajaan Barisan Nasional yang telah lama utuh dan bertapak di Malaysia ini dalam 5 buah negeri. Kekalahan itu ada antaranya berpunca daripada blog. Pihak kerajaan telah mengabaikan peranan internet yang telah digunakan oleh parti pembangkang secara meluas dan maksimum untuk menyebarkan propaganda dan anti kerajaan pusat iaitu barisan Nasional itu sendiri. Walaupun blog dilihat membebaskan rakyat, persoalan lain yang dibangkitkan ialah mengapa kebanyakan blogger hanya memfokuskan isu politik semata-mata dan kurang menyentuh isu yang lebih penting? Antaranya isu perpaduan antara kaum dan masyarakat, pembangunan ke arah kelestarian masa hadapan serta masalah sosial. Mengapa isu-isu sebegini tidak pula diperbahaskan dan diperjelaskan di dalam blog? Isu-isu tersebut boleh mendatangkan manfaat yang lebih jitu kepada institusi masyarakat kini. Blog juga mempunyai kelemahan kerana terlalu banyak pandangan dan maklumat yang disuarakan di dalam blog. Keadaan tersebut menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Hal ini bermaksud jika terlalu banyak fahaman atau ideologi yang dinyatakan oleh pelbagai pihak, kekeliruan akan berlaku. Tidak dinafikan bahawa blog berfungsi untuk menggabungkan suara rakyat di mana-mana sahaja. Jadi, melalui blog rakyat mampu membentuk sifat demokrasi secara tidak langsung. Tapi pada masa yang sama pengguna haruslah menggunakan blog secara berhemah dan baik dan menyeimbangkan perbincangan antara isu politik dan isu lain yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Secara tak langsung ia akan menepati konsep demokrasi itu sendiri yakni rakyat yang menentukan proses politik sesuatu negara itu sendiri. Blog juga mampu satu ruang atau arena kepada pembaca untuk menyuarakan pendapat umum mengenai sesuatu kes itu. Secara tidak langsung blog berfungsi untuk menggabungkan suara rakyat di mana-mana sahaja. Jadi, melalui blog rakyat mampu membentuk sifat demokrasi secara tidak langsung. Jika penggunaan blog dilaksanakan secara berhemah dan baik ia mampu untuk menjadi satu alternatif kepada pembangunan proses demokrasi dan politik yang seimbang. Secara tak langsung ia akan menepati konsep demokrasi itu sendiri yakni rakyat yang menentukan proses politik sesuatu negara itu sendiri. Persoalan lain yang timbul adakah benar blog memberikan pengaruh yang besar kepada corak pemerintahan politik di sesebuah negara? Mengambil contoh blog Raja Petra Kamarudin, adakah beliau mampu untuk mengatasi segala pernyataan yang dikeluarkan melalui media? Atau adakah beliau akan tumpas dengan segala kecaman daripada semua pihak ke atasnya? Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa dalam suatu jangka masa yang panjang, blog boleh memberikan pengaruh yang besar kepada corak pemerintahan politik di sesebuah negara kerana setiap pembaca yang mempunyai akal fikiran mampu untuk menerima dua paradigma yang berbeza dalam satu-satu masa. Jadi, mereka mampu untuk menentukan yang mana pilihan mereka yang tepat dan benar.

Transcript of teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

Page 1: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

http://blissourteam.blogspot.com/

Prof i l

SUBJEK: YKT 214 - TEKNOLOGI KOMUNIKASI

PENSYARAH: PUAN WANG LAY KIM

TEMA BLOG: TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN DEMOKRASI

Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog.

Ciri ketanpanamaan iaitu identiti pemilik blog dilindungi menggalakkan lagi penggunaan blog oleh pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai medium untuk membincangkan sesuatu isu dan seterusnya memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan masing-masing tentang isu perbincangan.

Pelbagai komen yang diberikan oleh pelbagai pihak yang seterusnya mencetuskan perdebatan berpotensi untuk mencari jalan penyelasaian bagi masalah sesuatu isu yang dibangkitkan.

Biasanya blog memaparkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik. Perbincangan tentang isu politik dan kes berprofil tinggi melalui blog ini membantu mendedahkan kebenaran sebenar tentang sesuatu isu dan juga keadaan politik sebenar di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa blog adalah dimiliki oleh mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan berupaya untuk memberikan pendapat peribadi mengenai apa-apa isu.

Persoalannya, adakah kebebasan memiliki blog ini bakal memberikan kesan terhadap proses demokrasi negara?

Dapat kita semua lihat bagaimana tumpasnya kerajaan Barisan Nasional yang telah lama utuh dan bertapak di Malaysia ini dalam 5 buah negeri. Kekalahan itu ada antaranya berpunca daripada blog. Pihak kerajaan telah mengabaikan peranan internet yang telah digunakan oleh parti pembangkang secara meluas dan maksimum untuk menyebarkan propaganda dan anti kerajaan pusat iaitu barisan Nasional itu sendiri.

Walaupun blog dilihat membebaskan rakyat, persoalan lain yang dibangkitkan ialah mengapa kebanyakan blogger hanya memfokuskan isu politik semata-mata dan kurang menyentuh isu yang lebih penting? Antaranya isu perpaduan antara kaum dan masyarakat, pembangunan ke arah kelestarian masa hadapan serta masalah sosial. Mengapa isu-isu sebegini tidak pula diperbahaskan dan diperjelaskan di dalam blog? Isu-isu tersebut boleh mendatangkan manfaat yang lebih jitu kepada institusi masyarakat kini.

Blog juga mempunyai kelemahan kerana terlalu banyak pandangan dan maklumat yang disuarakan di dalam blog. Keadaan tersebut menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Hal ini bermaksud jika terlalu banyak fahaman atau ideologi yang dinyatakan oleh pelbagai pihak, kekeliruan akan berlaku.

Tidak dinafikan bahawa blog berfungsi untuk menggabungkan suara rakyat di mana-mana sahaja. Jadi, melalui blog rakyat mampu membentuk sifat demokrasi secara tidak langsung. Tapi pada masa yang sama pengguna haruslah menggunakan blog secara berhemah dan baik dan menyeimbangkan perbincangan antara isu politik dan isu lain yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Secara tak langsung ia akan menepati konsep demokrasi itu sendiri yakni rakyat yang menentukan proses politik sesuatu negara itu sendiri.

Blog juga mampu satu ruang atau arena kepada pembaca untuk menyuarakan pendapat umum mengenai sesuatu kes itu. Secara tidak langsung blog berfungsi untuk menggabungkan suara rakyat di mana-mana sahaja. Jadi, melalui blog rakyat mampu membentuk sifat demokrasi secara tidak langsung. Jika penggunaan blog dilaksanakan secara berhemah dan baik ia mampu untuk menjadi satu alternatif kepada pembangunan proses demokrasi dan politik yang seimbang. Secara tak langsung ia akan menepati konsep demokrasi itu sendiri yakni rakyat yang menentukan proses politik sesuatu negara itu sendiri.

Persoalan lain yang timbul adakah benar blog memberikan pengaruh yang besar kepada corak pemerintahan politik di sesebuah negara? Mengambil contoh blog Raja Petra Kamarudin, adakah beliau mampu untuk mengatasi segala pernyataan yang dikeluarkan melalui media? Atau adakah beliau akan tumpas dengan segala kecaman daripada semua pihak ke atasnya?

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa dalam suatu jangka masa yang panjang, blog boleh memberikan pengaruh yang besar kepada corak pemerintahan politik di sesebuah negara kerana setiap pembaca yang mempunyai akal fikiran mampu untuk menerima dua paradigma yang berbeza dalam satu-satu masa. Jadi, mereka mampu untuk menentukan yang mana pilihan mereka yang tepat dan benar.

Tuntasnya, persoalan ini sebenarnya bagai mencurah air ke daun keladi kerana segala maklumat dan informasi yang disuarakan di dalam blog tidak pernah dipandang oleh pihak kerajan itu sendiri bahkan ia sentiasa diakhiri dengan penolakan. Hal ini kerana kerajaan sentiasa menganggap blog sebagai satu fitnah yag tidah boleh diguna pakai dalam masyarakat.

Blog kini telah menjadi satu fenomena baru dalam komuniti masyarakat di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ciri-ciri blog itu sendiri menjadi pemangkin kepada perkembangan blog. Hal ini dibuktikan dengan ciri bebas yang membolehkan sesiapa sahaja mempunyai blog sendiri. Kebebasan juga memberikan satu ruang sosial kepada semua pihak untuk memberikan apa-apa pandangan dalam satu-satu blog.

Ciri ketanpanamaan iaitu identiti pemilik blog dilindungi menggalakkan lagi penggunaan blog oleh pelbagai pihak yang menjadikannya sebagai medium untuk membincangkan sesuatu isu dan seterusnya memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan masing-masing tentang isu perbincangan.

Pelbagai komen yang diberikan oleh pelbagai pihak yang seterusnya mencetuskan perdebatan berpotensi untuk mencari jalan penyelasaian bagi masalah sesuatu isu yang dibangkitkan.

Biasanya blog memaparkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik. Perbincangan tentang isu politik dan kes berprofil tinggi melalui blog ini membantu mendedahkan kebenaran sebenar tentang sesuatu isu dan juga keadaan politik sebenar di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa blog adalah dimiliki oleh mana-mana individu yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan berupaya untuk memberikan

Page 2: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

pendapat peribadi mengenai apa-apa isu.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL MEDIA MASSA

Media massa seharusnya bertanggungjawab kepada masyarakat dengan kata lain menjadi suara rakyat. Media massa sepatutnya beroperasi berlandaskan demokrasi iaitu bertanggungjawab kepada masyarakat dengan menjaga kepentingan awam. Ini bermaksud bahawa matlamat media massa adalah untuk memastikan hak-hak dan kepentingan masyarakat terjaga dan dilindungi. Media massa juga mesti menjadi estet keempat iaitu sebagai entiti yang berasingan yang tidak berada di bawah kawalan mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan. Apabila media massa massa berfungsi sebagai estet keempat, ia membolehkan pengamal media untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan speenuhnya tanpa ada pengaruh pihak-pihak tertentu. Media massa juga harus memberikan kebebasan dan hak kepada mayarakat untuk bersuara menerusi media massa selain memaparkan maklumat yang neutral iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Selain itu juga, maklumat yang dipaparkan mestilah objektif tanpa ada pemanipulasian serta perlulah tepat dan penting kepada masyarakat. Media massa juga seharusnya berfungsi sebagai ’watchdog’ iaitu menjadi pemerhati proses politik yang berkecuali. Media massa perlu mendedahkan dan melaporkan salahguna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik dalam media massa untuk tatapan masyarakat.

Namun yang menjadi persoalannya; adakah media massa di Malaysia hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan sepenuhnya? Atau mungkinkah media massa mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat sebaliknya telah berperanan kepada pihak lain?

Jika dilihat perkembangan semasa media massa arus perdana, amat menyedihkan bagi kita untuk menerima hakikat bahawa media massa telah jauh menyimpang daripada peranan yang sepatutnya dijalankan iaitu kepada masyarakat. Sebaliknya, mereka menjadi hamba kepada pihak kerajaan. Adalah sesuatu yang amat tidak rasional seandainya ada pihak yang mengatakan bahawa media massa di Malaysia masih lagi berfungsi selaras dengan amalan demokrasi. Adakah masih lagi demokrasi seandainya ia didominasi oleh pihak kerajaan? Adakah ia masih lagi demokrasi seandainya undang-undang menyekat kebebasan media? Adakah ia masih lagi demokrasi seandainya pihak yang bertentangan pendapat dengan kerajaan langsung tidak mendapat peluang dalam media arus perdana.? Adakah dengan segala kepincangan yang telah berlaku ia masih lagi boleh dikatakan demokrasi?

Media massa kini gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat. Sebaliknya, bertanggungjawab kepada kerajaan. Berita-berita tentang kerajaan sentiasa mendapat liputan yang meluas di ruangan media. Tanpa mempedulikan kesahihan fakta, berita tentang kerajaan sentiasa dipaparkan secara positif. Sebaliknya, apa saja dilakukan oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan terutamanya pembangkang sekalipun betul tetap dikatakan salah. Sesuatu isu tidak lagi dipaparkan secara telus. Ia dengan mudahnya diputarbelitkan kerana ingin menjaga kepentingan kerajaan. Keadaan ini dengan jelas adalah bertentangan dengan konsep media harus beroperasi dalam iklim demokrasi dan menafikan hak masyarakat untuk disajikan dengan laporan/berita yang betul dan tepat. Maklumat yang tidak tepat, telus dan saksama berleluasa lantaran media massa yang hanya menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan semata-mata. Hakikatnya, inilah yang terjadi kepada iklim kewartawanan dan kebebasan media di negara kita yang hingga kini masih lagi dihimpit gerhana. Media-media cetak dan elektronik masih lagi belum mampu memberi ruang sepenuhnya kepada pihak pembangkang atau golongan yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah untuk bersuara.

Media massa masih tidak dapat menunaikan tanggungjawab sosial mereka sebagai media dalam menyuarakan rintihan rakyat tertindas. Golongan wartawannya pula masih lagi kurang menitikberatkan etika kewartawanan dalam menjalankan tugas memberikan laporan yang seimbang dan tidak berat sebelah. Contoh yang paling jelas ialah kisah demonstrasi bantahan awam yang menyuarakan jeritan dan rintihan rakyat tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak pun dipaparkan di media-media utama ini. Apa yang dipaparkan hanyalah suara-suara memuji dan mengampu tindakan kerajaan menaikkan harga minyak oleh sebilangan kecil rakyat yang tiada pendirian. Kawalan media yang bercorak politik menidakkan hak orang ramai untuk mendapatkan julat pandangan yang penuh. Kawalan ini 'merompak' peluang orang ramai untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dan oleh itu masyarakatlah yang akan menanggung rugi.

Media yang berperanan kepada kerajaan ini juga menyebabkan pihak pemerintah terus mempergunakan media untuk kepentingan sendiri dengan menyebarkan ideologi dan propaganda untuk mempengaruhi masyarakat supaya terus mempercayai dan menyokong mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga memperalatkan media arus perdana untuk tujuan hegemoni untuk memperkukuhkan penguasaan dan pendominasian politik ke atas masyarakat. media berkecenderungan untuk memapar dan mempromosi agenda elit politik dan golongan kaya manakala keprihatinan masyarakat madani yang berautonomi, yang miskin dan terpinggir. Dalam kempen pilihanraya, parti pemerintah memperalatkan dan memonopolikan media dengan memberi penekanan terhadap ketidakstabilan politik dan ekonomi, dengan mencetuskan ketakutan etnik, dengan memburuk-burukkan parti pembangkang, dan dengan memutarbelitkan pandangan mereka. Di sebalik semua ini, pastinya kesannya adalah kepada masyarakat dimana masyarakat terus terpinggir, tertindas dan dieksploitasi untuk kepentingan pihak yang berkuasa.

Keadaan ini dapat diakhiri seandainya media massa kembali kepada peranan asal mereka iaitu berkhidmat untuk masyarakat. Namun, ia bukanlah semudah itu kerana selagi kerajaan terus ’tidak sedar diri’ dan menggunakan kuasa mereka untuk mengawal dan memiliki media massa, selagi itulah tanggungjawab kepada masyarakat tidak mampu direalitikan.

PENAPISAN INTERNET

Malaysia adalah sebuah negara yang tidak mengenakan pennpisan internet. Akta Komunikasi dan Mutimedia 5 di mana pihak kerajaan memberi satu jaminan bahawa tiadanya penapisan di dalam perkembangan Internet. Sepotong ayat dalam Akta itu berbunyi "tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet" bagaikan memberi ruang lingkup kreativiti berkembang di dalam perkembangan Internet. Peruntukan ini sepatutnya disambut dengan riang gembira kerana kegiatan kreativiti tidak disekat di dalam Internet.Namun persoalannya, adakah betul undang-undang ketiadaan penapisan internet benar-benar diikuti oleh pihak pemerintah pada hari ini? Walaupun telah termaktub dalam perlembagaan tentang ketiadaan penapisan internet, namun kerajaan tidak mempedulikan undang-undang tersebut kerana banyak tindakan kerajaan pada hari ini yang meneyekat kebebasan penggunaan internet. Paling terbaru, adalah kes yang melibatkan Raja Petra Raja Kamarudin dimana blognya telah disekat akses oleh orang ramai.

Namun begitu ditarikbalik selepas itu. Ketiadaan penapisan internet yang bertujuan untuk membebaskan masyarakat menggunakan internet juga tidak bermakna apa-apa seandainya terdapat pelbagai undang-undang lain yang boleh menyekat kebebasan menggunakan internet. Undang-undang yang paling ’kejam’ ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang akan menahan mana-mana individu tanpa perlu memberikan alasan dan tanpa bicara.

Kesimpulannya, ketiadaan penapisan internet sememangnya berkait rapat dengan proses demokrasi dan ia adalah satu elemen penting dalam membina demokrasi di Malaysia. Namun, itu belum mencukupi dan tidak bermakna apa-apa selagi kerajaan terus memantau penggunaan internet dengan undang-undang. Demokrasi yang sebenar-benarnya boleh dibentuk sekiranya kerajaan mematuhi undang-undang ketiadaan penapisan internet dan memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk memberikan pendapat dan pandangan.

Page 3: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

KUASA TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Teknologi komunikasi seperti internet dan SMS sememangnya merupakan alat yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Ia bukan sahaja berkuasa untuk membangunkan sesebuah masyarakat tetapi juga memajukan lagi negara. Tanpa teknologi komunikasi, sudah pastinya masyarakat di sesebuah negara akan ketinggalan dan mundur. Apabila memperkatakan tentang teknologi komunikasi, kita tidak memisahkannya dengan sistem-sistem yang wujud dalam masyarakat seperti politik dan ekonomi kerana ia saling berkaitan. Teknologi komunikasi atau secara spesifiknya internet dilihat mempunyai peranan yang sangat penting dalam sistem-sistem masyarakat. Namun persoalanya adakah benar sistem teknologi komunikasi ini dapat mengubah sistem-sistem dalam masyarakat ataupun sistem politik itu sendiri yang berkuasa dalam menentukan penggunaan teknologi komunikasi?

Dari sudut positif, perkembangan sistem teknologi komunikasi ini dapat mengubah struktur masyarakat terutama dalam politik, ekonomi dan sosial sama ada secara lansung atau tidak langsung. Contohnya; penggunaan internet dan sms yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam memberi maklumat secara tepat, cepat dan mudah diakses. Kewujudan teknologi komunikasi ini juga dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam menjalani tanggungjawab sosial mereka atau sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Dikatakan bahawa internet adalah salah satu penyebab utama kekalahan BN kepada PR di lima buah negeri pada pilihanraya yang lalu. Ini kerana internet telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan pihak pembangkang dalam menyebarkan propaganda dan mendedahkan kelemahan BN. Semua ini mempengaruhi rakyat dalam pengundian. Hal ini telah membuktikan betapa kuatnya penggunaan teknologi komunikasi ini dalam sistem politik negara yang dapat mempengaruhi sesetengah masyarakat.

Selain itu, kuasa teknologi komunikasi ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan berdebat tentang isu yang dibangkitkan dalam politik Negara. Hal ini dapat mempraktikkan kesedaran dan wujud pelbagai pendapat yang dapat memuaskan masyarakat itu sendiri dalam proses demokrasi. Namun, sekiranya kewujudan sistem teknologi ini mampu menjadi sumber kepada masyarakat, tetapi adakah ia mampu mengubah masyarakat atau sistem politik itu ataupun sistem politik itu yang telah mengubah penggunaan teknologi ini sepenuhnya. Oleh itu, seperti yang kita sedia maklum, walaupun wujud debat mengenai isu politik dalam sistem teknologi, namun terbuktikah keberkesanannya dalam mengubah struktur politik negara. Untuk setakat ini, jawapan pastinya adalah TIDAK. Ini kerana walaupun pelbagai maklumat dikemukakan menerusi teknologi komunikasi ini, namun pihak kerajaan tidak pernah mempertimbangkan apa yang diperdebatkan oleh masyarakat menerusi internet. Semua kandungan internet yang mengkritik kerajaan dianggap sebagai fitnah dan tidak boleh dipercayai serta suara minoriti. Dalam masa yang sama, kerajaan cuba menyekat kebebasan internet dengan mencabul undang-undang ketiadaan penapisan internet. Hari ini, jikalau ada pihak yang memperkatakan tentang isu yang dianggap fitnah dan boleh mengancam keselamatan negara akan ditahan di bawah pelbagai undang-undang termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan dan lain-lain. Kerajaan juga dilihat cuba untuk menyekat akses kepada laman web, blog, forum yang dilihat boleh menggugat kedudukan mereka. Contohnya; apa yang berlaku kepada Malaysia Today yang disekat akses seketika sebelum ditarikbalik kerana pelbagai pihak yang mengatakannya sebagai melanggar undang-undang ketiadaan penapisan internet. Walaupun ditarikbalik, tetapi pengoperasian blog tersebut dibataskan oleh undang-undang sehinggalah perkembangan terbaru dimana pengendalinya iaitu Raja Petra Raja Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa politik iaitu dalam hal ini pihak kerajaan lebih berkuasa menentukan penggunaan teknologi komunikasi. Bukan sebaliknya.

Manakala dalam konteks pembangunan masyarakat, ramai yang mempertikaikan sesuatu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya isu kenaikan harga minyak dimana ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan sesuka hati. Isu ini diperdebatkan menerusi internet oleh orang ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing serta ada yang mencadangkan alternatif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. Adakah pihak kerajaan meneliti dan mempertimbangkan segara suara rakyat itu? Jawapannya adalah TIDAK. Kerajaan tidak pernah mempedulikan suara rakyat dalam pentadbiran mereka. Rakyat terus dibelakangkan seolah-olah negara ini adalah milik mereka.

Hal yang sama berlaku dalam isu ekonomi, pendidikan dan lain-lain kerana apa yang dibincangkan oleh rakyat menerusi teknologi komunikasi hanya sekadar perbincangan kosong tidak dimanfaatkan kerana pihak kerajaan ingin mengekalkan polisi yang sedia ada.

Hakikatnya, teknologi komunikasi walaupun mempunyai peranan yang besar kepada masyarakat keseluruhannya, namun kuasanya masih lagi terhad dalam mengubah sistem dalam masyarakat yang jelas didominasi dan dikuasai oleh kerajaan. Sebaliknya, teknologi komunikasi itu sendiri yang terus berada dalam genggaman pemerintah dengan pelbagai undang-undang yang membataskan kebebasan teknologi komunikasi. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Ia akan berterusan sampai bila-bila seandainya kerajaan terus mengekalkan dasar dan prisip pentadbiran yang jelas melanggar dan mencabul demokrasi.

POLITIK DI INTERNET

Teknologi komunikasi terutamanya internet dilihat sebagai medium utama hal ehwal politik. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab apabila membincangkan tentang perkaitan teknologi komunikasi dan politik. Persoalan tersebut ialah sejauh manakah kewujudan teknologi komunikasi iaitu internet digunakan sebagai medium untuk membincangkan hal ehwal politik? Adakah masyarakat mempunyai peluang yang penuh untuk berbincang hal ehwal politik menerusi internet? Apakah pula kebaikan dan keburukannya kepada politik negara? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab dalam artikel ini.

Dalam era globalisasi yang semakin mengejar kepesatan pembangunan, penggunaan internet kini semakin meluas dan memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya. Melalui situasi ini, internet menjadi alat penting kepada pengkritik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempengaruhi pandangan umum. Hal ini membuatkan kita menerima medium digital sebagai media alternative bagi saluran meluahkan pandangan.Bukan sahaja kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi kecanggihan teknologi kini turut mengalu-alukan penglibatan masyarakat terhadap proses politik negara. Melalui teknologi kini, masyarakat berhak menyuarakan pandangan dan pendirian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan.

Terdapat unsur kebaikan terhadap proses politik juga pemerintahan demokrasi di negara kita. Hal ini dapat dijelaskan lagi melalui peranan teknologi seperti internet, yang mampu melebarkan maklumat kepada masyarakat. Melalui penyebaran maklumat yang meluas, masyarakat dapat mengetahui setiap isu yang berlaku dalam dunia politik negara. Selain itu, apabila rakyat menggunakan medium internet untuk membincangkan hal ehwal politik serta meluahkan ketidakpuashatian dengan kerajaan, ia boleh menyedarkan pemerintah tentang kesilapan yang dilaksanakan dan memperbetulkan kesilapan tersebut untuk kebaikan rakyat.

Dalam pada kita menitikberatkan penggunaan teknologi dalam politik, kita harus sedari bahawa kehadiran teknologi komunikasi dalam arena politik ini tidak semestinya membawa kepada kebaikan semata-mata. Juga terdapat banyak keburukan yang diperolehi. Antaranya, sikap masyarakat atau pihak berkepentingan yang bersikap ‘ baling batu sembunyi tangan ‘. Hal ini akan menimbulkan konflik yang tiada kesudahan kerana ia terus dianggap sebagai hanya sebagai khabar angin yang tidak pasti untuk dipercayai atau tidak. Ini berikutan maklumat yang disampaikan melalui email boleh

Page 4: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

dimanipulasi dan dihapuskan, sehingga sulit untuk dijadikan bukti.

Ekoran daripada unsur kebaikan dan keburukan, munculnya kesan yang terdapat dalam penggunaan teknologi terhadap politik. Antaranya ialah dapat membantu parti-parti politik dalam menstabilkan pentadbiran negara. Namun begitu, penggunaan teknologi komunikasi ini juga boleh menyebabkan kekecohan berlaku berikutan maklumat yang belum pasti kebenarannya.

Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh diandaikan bahawa internet berfungsi sebagai sfera awam yang memberikan peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.

MEDIA MASSA DAN MEDIA BARU: SATU PERBANDINGAN DALAM KONTEKS DEMOKRASI

Media massa dan media baru dilihat mempunyai perbezaan yang ketara dalam dalam konteks menggalakkan proses demokrasi yang sebenar-benarnya. Media massa yang sepatutnya beroperasi sebagai medium untuk masyarakat sebaliknya gagal menjalankan tanggungjawabnya lantaran pelbagai faktor. Dalam kepincangan tersebutlah, munculnya media baru sebagai wadah baru kepada masyarakat untuk memanfaatkannya sebagai alat demokrasi yang ideal.

Apakah faktor yang menyebabkan kegagalan media massa berfungsi sebagai medium demokrasi kepada rakyat dan apakah pula sebabnya media baru dikatakan muncul sebagai medium terbaik untuk proses demokrasi di kalangan masyarakat? Persoalan inilah yang akan dikupas dalam perenggan seterusnya.

Media massa dilihat gagal menjana peranannya di dalam proses demokrasi sebagai medium untuk memaparkan berita/laporan yang signifikan, konkrit dan berkualiti tinggi. Media massa pada hari ini dilihat lebih cenderung untuk memaparkan berita yang remeh temeh dan tidak bernilai kepada rakyat. Contohnya; tidak lama dahulu media ‘disesakkan’ oleh berita tentang isu kebocoran siling. Apakah relevannya isu tersebut dipaparkan sebagai berita utama dan diulang-ulang paparannya?

Media massa juga dilihat lebih mengutamakan komersialisasi berbanding tanggungjawab sosial. Lantaran inilah menyebabkan media massa lebih menumpukan kepada berita yang sensasi dan hiburan yang boleh dijual. Akibat desakan untuk mengaut keuntungan juga, media massa sewenang-wenangnya sanggup mereka-reka dan menokok-tambah cerita serta membelakangkan adab dan tatasusila masyarakat. Media yang sepatutnya membangunkan minda masyarakat sebaliknya ‘menghancurkan’ lagi masyarakat.Di Malaysia, media arus perdana dikuasai oleh pihak kerajaan. Media dilihat tidak lagi berperanan secara bebas dan adil serta sanggup membelakangkan falsafah berkhidmat secara saksama untuk semua demi kepentingan sendiri dan pihak kerajaan. Tanpa mempedulikan kesahihan fakta, berita tentang kerajaan sentiasa dipaparkan secara positif. Sebaliknya, apa saja dilakukan oleh pembangkang sekalipun betul tetap dikatakan salah. Keadaan ini dengan jelas adalah bertentangan dengan konsep media harus beroperasi dalam iklim demokrasi dan menafikan hak masyarakat untuk disajikan dengan laporan/berita yang betul dan tepat.

Di sebalik kegagalan media massa beroperasi di bawah iklim demokrasi terus hangat diperkatakan, media baru muncul sebagai medium yang paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses demokrasi. media baru atau secara spesifiknya internet memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Selain itu juga, pengguna boleh meluahkan ketidakpuashatian atau mengkritik sesuatu perkara yang tidak dipersetujui. secara bebas dengan pengguna-pengguna lain.

Terdapat pelbagai medium di dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dalam proses demokrasi. Contohnya; internet membolehkan kita mencipta weblog peribadi, terlibat dalam forum, ‘video conferencing’, kemudahan ‘Internet Relay Chat’, ‘newsgroup’, email dan lain-lain lagi. Melalui medium-medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan politik.

Media baru juga berperanan dalam proses demokrasi kerana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan. Menerusi internet, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat yang pelbagai tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu sahaja. Menerusi internet, kita boleh mendapatkan apa saja maklumat yang kita ingini tanpa sekatan dari sesiapa.Selain itu, media baru adalah medium yang paling berpotensi dalam memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Sebagaimana yang diketahui, internet adalah jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Adalah bukan sesuatu yang pelik apabila internet sentiasa mendahului media tradisional dalam memaparkan sesuatu isu. Selain itu, internet yang bebas dari penguasaan sesiapa dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang tepat ini adalah tanpa ‘bias’ kepada mana-mana parti politik.

Kontradiksi ini jelas menunjukkan bahawa media baru adalah medium yang lebih baik untuk proses demokrasi berbanding media massa. Namun begitu, media massa tidak seharusnya dipersalahkan secara total kerana penguatkuasaan undang-undang juga menjadi penyebab utama kegagalan mereka dalam proses demokrasi. Dalam masa yang sama, kebebasan menggunakan internet pula boleh menjadi ancaman kerana ia terdedah kepada penyalahugunaan untuk kepentingan peribadi dan pihak tertentu. Oleh itu, masyarakat perlulah memanfaatkan media baru sebaik-baiknya untuk tujuan yang betul.

PORTAL BERITA ONLINE

Menerusi internet, terdapat pelbagai portal berita online yang dibangunkan oleh individu dan organisasi. Di Malaysia, portal sebegini menyalurkan berita terkini yang berlaku terutamanya isu politik. Pastinya, portal ini adalah merupakan alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan berita berbanding cara lama iaitu menerusi media massa. Perkhidmatan ini semestinya mudah, senang dan cepat diperolehi. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan sesuatu maklumat itu dengan hanya melayari portal-portal yang disediakan.

Portal-portal yang wujud mungkin dapat diketegorikan kepada 3 jenis iaitu berpihak kepada kerajaan, pihak pembangkang dan dimiliki oleh pihak neutral. Mungkin juga, portal diwujudkan sebagai adaptasi maklumat daripada suratkhabar kepada aliran maya. Ramai yang percaya bahawa portal berita online yang dibangunkan oleh pihak neutral seperti MalaysiaKini.com lebih telus berbanding portal yang dikeluarkan oleh pihak yang berkepentingan. Namun, persoalannya, sejauhmanakah ketelusan tersebut atau ia hanya andaian semata-semata?

Portal-portal yang wujud juga ada kelemahannya di mana kebanyakkan berita yang dikemukakan adalah berkenaan politik dan ini menyebabkan isu lain agak terabai contohnya isu berkaitan pembangunan dan sosial yang penting kepada rakyat. Selain itu, perbezaan maklumat yang dikemukakan oleh

Page 5: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

portal yang berbeza mengenai sesuatu isu, boleh mengelirukan masyarakat. Masyarakat pelulah menilai secara kritis sebelum mempercayai sesuatu maklumat yang dikemukakan.

Adakah portal berita online menggalakkan penyampaian maklumat yang lebih telus kepada masyarakat berbanding media massa?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu menilai secara menyeluruh terhadap jenis portal berita online yang wujud. Sememangnya tidak dinafikan bahawa kewujudan portal yang beroperasi secara neutral seperti Malaysiakini.com memberikan maklumat yang berbeza daripada apa yang dipaparkan oleh media arus perdana. Namun, ia tidak bermaksud bahawa maklumat tersebut telus sepenuhnya kerana portal sedemikian juga dibangunkan oleh individu tertentu yang tetap terdorong untuk ’bias’ kepada sesuatu pihak. Apatah lagi portal yang diterbitkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang yang pastinya memperjuangkan kepentingan masing-masing.

Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa portal berita online lebih telus berbanding berita di media massa kerana kedua-duanya ada kecenderungan untuk bias kepada pihak tertentu. Cuma, kewujudan portal berita online boleh menjadi alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang cepat, terkini dan dari perspektif yang berbeza. Populariti portal bertia online juga sebenarnya adalah satu cara protes yang ditunjukkan oleh masyarakat lantaran media arus perdana yang jelas mengikut telunjuk pihak kerajaan. Selebihnya kita haruslah menilai segala maklumat yang dikemukakan secara rasional dan kritis sebelum mempercayainya.

SMS DAN MASYARAKAT

SMS. Walaupun ia cuma medium kecil dari teknologi komunikasi, namun impaknya adalah amat besar kepada proses demokrasi.

Bagaimanakah medium yang sekecil itu boleh menyumbang kepada proses amalan demokrasi oleh masyarakat umum?

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video di mana SMS dalam bentuk ini disebut sebagai MMS.

Menghantar mesej melalui sms menjadi pilihan popular kepada masyarakat pada masa kini kerana ciri-cirinya seperti mudah, murah, pantas dan praktikal. Dengan ciri-cirinya itu, SMS sering digunakan sebagai sfera awam iaitu sebagai medium kepada masyarakat untuk menyebarkan pendapat. Misalnya, dalam rancangan “Bersemuka Dengan Media” terbitan RTM1, penonton di rumah diberi peluang untuk memberi pendapat melalui sms.

Selain itu, dalam pilihanraya umum ke 11 yang lalu, pihak pembangkang berkempen menggunakan media alternatif seperti SMS dan laman blog akibat daripada kawalan media aliran perdana oleh kerajaan Barisan Nasional. Pihak pembangkang telah menggunakan SMS untuk menyebarkan ideologi mereka kepada para pengundi supaya menyokong mereka.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta polis menyiasat perbuatan menyebarkan SMS yang didakwanya berbau perkauman dalam pilihanraya umum. Katanya, SMS tersebut turut meminta penerimanya jangan menyokong calon Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa mereka hanya membantu satu kaum tertentu sahaja.

Kekerapan sms yang dihantar serta kandungan dalam sms sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi untuk mempercayainya.

Di dalam konteks ini, sms dijadikan alat propaganda untuk kepentingan parti politik tertentu. Selain itu sms juga boleh dijadikan medium terpantas untuk seseorang menyebarkan fitnah terhadap orang lain. Ini kerana para pengirimnya boleh memasukkan dan memindahkan segala bahan maklumat mereka secara cepat dan segera kepada beberapa penerima sekaligus. Hal ini menyebabkan fitnah disebarkan dengan begitu meluas. Penerima sms pula tidak tahu sumber asal pengirim sms tersebut serta ketulenan kandungan sms menyebabkan kadang kala mereka mudah mempercayainya.

Kandungan sesebuah sms pula biasanya menggunakan ringkasan perkataan untuk menjimatkan ruang. Situasi ini menyebabkan kadangkala mesej yang ingin disampaikan itu tidak difahami, tidak jelas, serta disalah ertikan oleh penerimanya. Dalam hal ini, sms yang biasa saja boleh menjadi sms berbaur fitnah akibat ketidakjelasan kandungan mesej dalam sms yang dihantar.

Walaupun sms sekarang menjadi medium alternative seseorang untuk menyebarkan pendapatnya, namun adakah sememangnya terbukti keberkesanan sms untuk mempengaruhi orang lain? Hal ini kerana agak sukar untuk seseorang memecahkan paradigmanya hanya kerana 1 sms atau beberapa sms yang tidak diketahui sumber asal pengirimnya serta ketulenan kandungannya.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PILIHAN RAYA

Dalam konteks pilihanraya, medium penyebaran maklumat melalui internet telah menjadi penting ekoran keruntuhan kredibiliti media cetak dan elektronik tradisional dalam proses menyalurkan maklumat dengan sempurna.

Sebagaimana yang kita semua ketahui golongan terpelajar dan memahami konsep kebebasan demokrasi merupakan mereka yang bebas dalam pemikiran. Justeru kehadiran mereka dalam proses pilihan raya adalah bertujuan untuk mengemukakan tuntutan yang tertentu dan mereka mengharapkan agar tuntuan itu akan dipenuhi. Secara lumrahnya masyarakat yang berjiwa muda seperti mereka memang mengimpikan agar diberi kebebasan, Justeru apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi medium internet menjadi alat untuk mereka menyuarakan pendapat mereka.

Memperkatakan tentang pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu, antara faktor kecundangnya pihak kerajaan di 5 negeri ialah faktor teknologi maklumat dan komunikasi. Media alternatif seperti blog , internet dan khidmat pesanan ringkas ( SMS ) dalam Pilihan Raya Umum yang lepas telah berperanan sebagai medium saluran kepada pihak pembangkang dalam proses mereka untuk menyalurkan maklumat dan propaganda mereka kepada pihak pengundi.

Kemampuan sistem rangkaian komputer yang dapat menyebarkan maklumat secara pantas dan meluas telah memberikan kelebihan kepada parti pembangkang untuk menggunakannya sebagai medium mengkritik kerajaan. Selain daripada itu, ruangan internet ini juga telah memberi peluang kepada orang ramai bagi menyampaikan pandangan terhadap pelbagai dasar kerajaan yang dilihat memberi tekanan kepada mereka.

Penggunaan semua aplikasi seperti mel elektronik, blog, SMS, dan YouTube adalah tambahan kepada kaedah tradisional seperti melakukan salinan terhadap laporan berita pembangkang yang ada dalam laman web. Keadaan ini telah menjadikan media alternatif ini sebagai wadah baru bagi pembangkang untuk menyalurkan pandangan mereka.

Page 6: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

Pihak yang tertentu dilihat lebih kreatif dalam melancarkan propaganda mereka. Pesanan dihantar bukan lagi dalam bentuk mesej yang boleh menimbulkan kemarahan secara terus, tetapi dalam bentuk jenaka, pantun dan gurindam yang mengajak pengundi untuk mengundi parti tertentu. Sindiran halus itu terus disebarkan secara meluas menerusi SMS dan ia menjadi seperti rantaian mesej yang dipindahkan daripada satu pemilik telefon selular kepada pemilik lain.

Pihak pemerintah kurang menggunakan teknologi komunikasi sebaliknya secara aktif digunakan oleh pembangkang.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan masih lagi bergantung kepada media tradisional seperti televisyen, radio dan akhbar untuk menyampaikan mesejnya.kerajaan dilihat agak berhati-hati dan kurang yakin terhadap kemampuan memujuk atau menawan hati pengundi menerusi alam siber. Walaupun, media arus perdana secara sistematik memaparkan semua kejayaan BN memerintah negara selama 50 tahun menerusi iklan yang disiarkan di televisyen atau akhbar,namun pengundi di bandar enggan menerima mesej tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk beralih ke alam siber bagi mendapatkan sebarang maklumat.

Jelas terbukti bahawa medium teknologi komunikasi menggalakkan penyertaan rakyat dalam proses pilihanraya di mana mereka boleh berbincang secara maya tentang situasi politik, perkembangan kempen, tokoh-tokoh yang dicalonkan dan lain-lain.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI SEBAGAI MEDIUM DEMOKRASITeknologi komunikasi adalah merupakan medium yang paling penting dan ideal dalam proses pengembangan amalan demokrasi khususnya di negara-negara membangun di mana masih sukar bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu secara bebas dan terbuka.

Namun, persoalannya adakah semua teknologi komunikasi membebaskan masyarakat selaras dengan amalan demokrasi?

Jika dilihat, media massa arus perdana di Malaysia tidak berfungsi sebagai medium demokrasi yang memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara. Kerajaan berkuasa atas pengoperasian media massa dengan pemaktuban undang-undang yang menghalang kebebasan media massa tersebut. TV3, TV9, RTM1, RTM2,, Berita Harian, Utusan Malaysia semuanya mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Namun, media baru terutamanya internet muncul memberikan rakyat hak penggunaan yang lebih bebas tanpa pengawalan undang-undang. Blog, forum dan portal berita online adalah antara capaian dalam internet yang merintis kebebasan rakyat. Menerusi media baru inilah rakyat mempunyai peluang untuk mengkritik kerajaan.

Pada masa yang sama, media baru menghakis nilai etika apabila ada individu yang memberikan pandangan secara tidak rasional. Ini tentu sekali memberi kesan negatif terhadap wajah dan kualiti demokrasi dan masyarakat sivil di Malaysia.

Sebuah demokrasi yang matang dan berkualiti tinggi tentu sekali mementingkan kesopanan dalam perbincangan. Memang tidak dinafikan bahawa media baru menggalakkan proses demokrasi. Seterusnya menjadi tanggungjawab rakyat menggunakan peluang yang ada itu dengan bijak. Apatah lagi dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, batas-batas adab perbincangan perlu digaris agar forum bebas di alam maya berlangsung dalam suasana yang harmoni, waras dan menyumbang kepada pembinaan bangsa.

INTERNET DAN DEMOKRASI

Di sebalik kegagalan media massa beroperasi di bawah iklim demokrasi terus hangat diperkatakan, internet muncul sebagai medium yang paling sesuai untuk memupuk dan memperluaskan proses demokrasi disebabkan kebolehan interaktif dan keupayaan volume, kederasan, akses dan ketepatan yang dimiliki. Internet menggalakkan masyrakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan politik dan seterusnya memupuk proses demokrasi. Elemen-elemen inilah yang menjadikan internet sebagai medium terbaik untuk amalan proses demokrasi.

Elemen pertama iaitu kebolehan interaktif dan keupayaan volume adalah satu potensi internet yang membenarkan penglibatan aktif pengguna di dalam media. Dalam konteks hubungan dengan proses demokrasi, internet memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Selain itu juga, pengguna boleh meluahkan ketidakpuashatian atau mengkritik sesuatu perkara yang tidak dipersetujui. Di dalam internet, terdapat pelbagai laman web yang membenarkan pengguna untuk menghantar pandangan tentang pelbagai isu termasuklah politik. Antara lawan web tersebut ialah Malaysiakini.com, bincang.net, amnet dan sebagainya. Pengguna juga boleh bersembang secara bebas dengan pengguna-pengguna lain. Ini boleh dilakukan di dalam forum mahupun ‘chatting’. Contohnya; di dalam weblog ‘bincang.net’ terdapat forum perbincangan yang membolehkan pengguna untuk terlibat dalam perbincangan politik dengan pengguna-pengguna lain tentang apa-apa sahaja isu semasa. Sebagai contoh, dalam perbicaraan kes berprofil tinggi Altantuya, media tradisonal dilihat gagal untuk menyelongkar dan mendedahkan cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh media tradisional dalam pemaparan laporan kes tersebut. Jadi, ketika inilah internet memainkan peranan yang demokratik dengan membenarkan rakyat untuk berdebat tentang isu tersebut secara terbuka. Menerusi internet, pengguna dengan bebas boleh memberikan pandangan tentang isu tersebut termasuklah memdedahkan perkara yang disembunyikan sehingga akhirnya kita mendapat gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya yang berlaku. Penglibatan yang interaktif ini adalah didasarkan keluasan ruang di dalam internet. Terdapat pelbagai medium di dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dalam proses demokrasi. Contohnya; internet membolehkan kita mencipta weblog peribadi, terlibat dalam forum, ‘video conferencing’, kemudahan ‘Internet Relay Chat’, ‘newsgroup’, email dan lain-lain lagi. Melalui medium-medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan politik.

Seterusnya, internet berperanan dalam proses demokrasi kerana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan. Menerusi internet, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat yang pelbagai tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu sahaja. Menerusi internet, kita boleh mendapatkan apa saja maklumat yang kita ingini tanpa sekatan dari sesiapa. Dari isu politik, pendidikan, ekonomi, sosial sehinggalah isu budaya. Semuanya boleh didapati di internet. Dalam konteks memupuk proses demokrasi, internet menawarkan pelbagai informasi tentang politik luar negara umumnya dan di dalam negara khasnya. Dari informasi yang telah lama berlalu sehinggalah baru berlaku semalam. Kadang kala kita terlepas pandang isu-isu politik yang dipaparkan di dalam media tradisional contohnya di akhbar dan televisyen. Jadi, dalam keadaan ini kita menggunakan internet untuk mencari isu-isu tersebut. Begitu juga, terdapat isu-isu yang berlaku tetapi tidak dipaparkan di dalam media tradisional. Dalam situasi ini juga, kita boleh menggunakan internet untuk mengakses isu-isu tersebut. Dalam situasi yang lain, kita ingin mengikuti perkembangan sesuatu isu dan pastinya internet membenarkan kita untuk berbuat sedemikian. Contohnya; kita ingin mengetahui perkembangan terkini pilihanraya umum. Siapakah calon-calon, strategi yang diambil oleh calon, propaganda dan sebagainya. Menerusi internet, kita akan dapat semua maklumat tersebut. Internet juga bukan sahaja membenarkan kita mengakses informasi dalam negara tetapi juga negara-negara lain. Mendokong konsep ‘dunia tanpa sempadan’ yang menghubungkan jutaan manusia di seluruh dunia dalam rangkaian elektronik global, internet menyalurkan pelbagai maklumat dan berita dalam pelbagai lapangan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang situasi politik yang berlaku di Amerika Syarikat dan England sebagai contoh. Begitu juga, pengguna boleh mengakses informasi tentang konflik dan pergolakan yang berlaku di negara-negara yang diancam peperangan seperti Palestin, Iraq, Pakistan dan lain-lain. Selain itu, menerusi e-kerajaan iaitu portal elektronik

Page 7: teknologi komunikasi mendemokrasikan masyarakat

kerajaan ia membenarkan kita untuk mengakses pelbagai maklumat berkaitan kerajaan antaranya melibatkan maklumat ekonomi, pendidikan, hal ehwal pengguna dan politik pastinya.

Selain itu, internet adalah medium yang paling berpotensi dalam memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Sebagaimana yang diketahui, internet adalah jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Adalah bukan sesuatu yang pelik apabila internet sentiasa mendahului media tradisional dalam memaparkan sesuatu isu. Contoh yang berlaku adalah apabila Perdana Menteri – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya membubarkan parlimen baru-baru ini yang menandakan demam pilihanraya bermula. Internet tidak memerlukan masa yang lama untuk menyebarkan berita tersebut kepada masyarakat. Berlainan dengan media tradisional yang perlu menunggu pada malamnya atau keesokannya untuk mengumumkan berita tersebut. Begitu juga, pelbagai maklumat yang diperlukan boleh diperolehi secara pantas secara online. Kita tidak perlu lagi bersusah payah mengambil masa yang lama ke perpustakaan atau ke jabatan-jabatan untuk mencari secara manual maklumat tersebut. Cara yang pantas pastinya melalui internet.

Elemen terakhir iaitu ketepatan melengkapkan potensi media baru sebagai medium yang paling efektif dalam menggalakkan proses demokrasi. Kebanyakan laporan atau berita yang dipaparkan di media tradisional tidak menjelaskan keadaan yang sebenarnya kerana sebagaimana yang diketahui media tradisional dimiliki oleh golongan pemerintah sesebuah negara contohnya apa yang berlaku di Malaysia sendiri. Penguasaan kerajaan ke atas media massa menyekat kebebasan media untuk melaporkan berita yang tepat kerana terhalang oleh pelbagai undang-undang dan peraturan yang menjaga kepentingan pihak kerajaan. Sebaliknya, internet yang bebas dari penguasaan sesiapa dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang tepat ini adalah tanpa ‘bias’ kepada mana-mana parti politik. Sesuatu isu yang dipaparkan ‘bersih’ dari segala elemen ‘distortion’ dan rekaan kerana ia dilakukan oleh pengguna yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Contohnya; persidangan parlimen yang membincangkan pelbagai isu yang berbangkit dimana perdebatan melibatkan pihak wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Jadi, dalam memaparkan topik perdebatan tersebut, media tradisional pastinya memberikan laporan yang menyebelahi pihak kerajaan kerana media dikawal oleh kerajaan dan secara tersirat memburukkan pihak pembangkang walaupun adakalanya dalam sesuatu isu tampak jelas adalah salah kerajaan namun diubah ‘jalan cerita’ demi menjaga kepentingan pihak kerajaan. Di sinilah internet akan memainkan peranannya dalam proses demokrasi apabila memaparkan isu perdebatan tersebut secara tepat dan tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Malaysiakini.com yang memaparkan isu-isu politik dari perspektif yang lebih adil, telus dan tepat tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Jelaslah bahawa elemen interaktif dan keupayaan volume, kepantasan, akses dan ketepatan adalah merupakan elemen teras yang dimiliki oleh internet yang berpotensi dalam pemupukan proses demokrasi. Kesan-kesan positif daripada penggunaan media baru dalam proses demokrasi ialah menjana masyarakat yang lebih berinformatif dan memahami, penglibatan dalam perbahasan tanpa batasan, penglibatan dalam institusi politik yang mana penglibatan melalui akses yang mudah dan senang, kuasa membuat keputusan tanpa memerlukan pergerakan fizikal serta ia akan mempertingkatkan akauntabiliti dan perwakilan ahli politik dalam berkhidmat kepada rakyat. Namun, dalam pada itu, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti dan boleh menjejaskan potensi internet dalam proses demokrasi. Terdapat jurang digital di dalam masyarakat kerana masih ada golongan masyarakat yang tidak mampu memiliki internet kerana faktor ekonomi. Mereka yang berpendapatan rendah dan menganggur tidak akan mampu untuk menggunakan internet. Penggunaan internet walaupun dikatakan berpotensi dalam proses demokrasi namun perlulah menganalisis dan menyelesaikan masalah yang wujud agar media baru dapat berperanan dengan lebih baik dalam proses demokrasi. Masyarakat pula tidak seharusnya menyalahgunakan internet. Ia seharusnya digunakan sebagai medan untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pendapat secara kolektif tentang pelbagai isu. Bukannya untuk menyebarkan fitnah yang boleh menggugat keamanan negara.

DEFINISI TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN DEMOKRASISebelum mendalami topik dalam blog kami, anda harus mengetahui apa itu definisi teknologi komunikasi dan demokrasi. Apabila kita mengupas mengenai isu-isu demokrasi, apa yang berkait rapat ialah pengertian demokrasi itu sendiri.

Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah di tentukan oleh rakyat. Demokrasi boleh di sama ertikan dengan pemerintahan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang di gubal oleh rakyat atau wakil rakyat yang di pilih oleh negara. Sesebuah negara yang mengamalkan system demokrasi juga di panggil sebagai negara demokratik. Maksud demokrasi ini di petik daripada perkataan yunani iaitu bermaksud “di perintah oleh rakyat”. Antara yang ada dalam sesebuah negara demokrasi ialah perlembagaan, pilihanraya, hak mengundi,hak golongan minoriti, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan akhbar dan media, kebebasan berpersatuan, rakyat memiliki hak yang sama dalam undang-undang. Masyarakat keseluruhannya juga akan mendapat manfaat yang seimbang dalam konteks sosial, ekonomi dan konteks-konteks yang lain.

Teknologi komunikasi pula adalah sistem elektronik yang digunakan untuk berkomunikasi antara individu atau sekumpulan manusia. Teknologi komunikasi memudahkan komunikasi antara individu atau sekumpulan manusia yang tidak bertemu secara fizikal di lokasi yang sama. Contoh teknolgi komunikasi ialah telefon, teleks, faks, radio, televisyen, internet dan lain-lain lagi.