Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

10
Pengenalan Teknologi komunikasi dan Media Global Peranan komunikasi dalam perkembangan arus komunikasi di kenali sebagai ‘postindustrialisme’ yang bermakna perkembangan ini dapat mengubah masyarakat kepada masyarakat yang memperolehi sistem perkhidmatan yang pelbagai dalam memperolehi kesenangan. 1 Selain itu perkembangan teknologi komunikasi ini juga turut mengubah kepada masyarakat pertanian kepada perindustrian akibat pergolakan sistem ekonomi. Contohnya pergolakan antara Negara maju dengan Negara dunia ketiga (D3), Perkembangan teknologi komunikasi kepada medium pembangunan juga akan mewujudkan satu rangkaian baru sejajar dengan revolusi perindustrian sehingga telah menghasilkan alat telekomunikasi seperti telefon, satelit, komputer dan sebagainya. 2 Sebagai contoh Alat komunikasi ini mewujudkan revolusi informasi yang memberi lebih peluang kepada masyarakat. Namun, perkembangan teknologi ini juga turut mengundang pelbagai ancaman kepada masyarakat dan Negara khususnya. William Paisley (1985), menyatakan bahawa perubahan dalam teknologi meletakkan komunikasi di barisan hadapan revolusi sosial. 3 Bermakna teknologi komunikasi dianggap sungguh penting dalam masyarakat moden seperti Amerika Syarikat. Kini, teknologi komunikasi membolehkan masyarakat membentuk alat komunikasi yang diingini tetapi pada harga yang ditetapkan. 4 Teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar- tukar informasi dengan individu-individu lain. Mac Luhan (1965), Keupayaan ini menyebabkan individu boleh berkomunikasi pada jarak yang jauh dan dengan cepat untuk memperolehi informasi yang dahulunya tidak mungkin didapati. 5 Kepesatan dalam perkembangan teknologi ini telah melahirkan media global yang mampu meningkatkan proses pembangunan Negara lantas menyebabkan sesetengah pihak

Transcript of Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

Page 1: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

Pengenalan Teknologi komunikasi dan Media Global

Peranan komunikasi dalam perkembangan arus komunikasi di kenali sebagai

‘postindustrialisme’ yang bermakna perkembangan ini dapat mengubah masyarakat kepada

masyarakat yang memperolehi sistem perkhidmatan yang pelbagai dalam memperolehi kesenangan. 1

Selain itu perkembangan teknologi komunikasi ini juga turut mengubah kepada masyarakat pertanian

kepada perindustrian akibat pergolakan sistem ekonomi. Contohnya pergolakan antara Negara maju

dengan Negara dunia ketiga (D3), Perkembangan teknologi komunikasi kepada medium

pembangunan juga akan mewujudkan satu rangkaian baru sejajar dengan revolusi perindustrian

sehingga telah menghasilkan alat telekomunikasi seperti telefon, satelit, komputer dan sebagainya.2

Sebagai contoh Alat komunikasi ini mewujudkan revolusi informasi yang memberi lebih peluang

kepada masyarakat. Namun, perkembangan teknologi ini juga turut mengundang pelbagai ancaman

kepada masyarakat dan Negara khususnya.

William Paisley (1985), menyatakan bahawa perubahan dalam teknologi meletakkan

komunikasi di barisan hadapan revolusi sosial.3 Bermakna teknologi komunikasi dianggap sungguh

penting dalam masyarakat moden seperti Amerika Syarikat. Kini, teknologi komunikasi

membolehkan masyarakat membentuk alat komunikasi yang diingini tetapi pada harga yang

ditetapkan.4 Teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial

yang dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan

individu-individu lain. Mac Luhan (1965), Keupayaan ini menyebabkan individu boleh

berkomunikasi pada jarak yang jauh dan dengan cepat untuk memperolehi informasi yang dahulunya

tidak mungkin didapati.5 Kepesatan dalam perkembangan teknologi ini telah melahirkan media global

yang mampu meningkatkan proses pembangunan Negara lantas menyebabkan sesetengah pihak

menyatakan bahawa media global dapat menyatupadukan dan menyeimbangkan masyarakat.

Teknologi yang diserap daripada barat berperanan mengubah Negara yang mundur kerana

berdasarkan andaian daripada kemajuan teknologi barat akan menyebabkan pergantungan antara

Negara maju dan Negara dunia ketiga (ND3). Transnational Corporation (TNC) merupakan pihak

utama dalam pemindahan teknologi komunikasi dari Negara maju ke ND3.6 Ia juga turut membantu

masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan tradisional kepada moden kerana masyarakat sebelum

ini lebih kepada tingkahlaku, sikap dan kepercayaan tradisional ataupun mengamalkan corak

kehidupan yang lama.

Walaubagaimanapun, kewujudan media global dalam perkembangan teknologi komunikasi

ada sesetengah pihak berpendapat bahawa kebangkitan media global ini dapat menyatupadukan dan

dapat menyeimbangkan masyarakat. Namun, sesetengah pihak yang lain pula tidak bersetuju dengan

penyatuan dan penyeimbangan masyarakat dengan kewujudan media global. Dalam tugasan saya ini

juga turut menyatakan kebaikan dan keburukan kepada kebangkitan media global kepada masyarakat

Page 2: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

dalam perkembangan teknologi komunikasi. Perkembangan teknologi komunikasi dirangsang oleh

perkembangan kapitalis dalam kalangan TNC yang turut memiliki media global. Nd3 dilihat sebagai

pasaran. Motif utama TNC adalah mencari pasaran untuk memaksimumkan keuntungan, bukan untuk

menyeimbangkan dan menyatukan masyarakat.

Adakah media global dapat menyatupadukan dan menyeimbangkan masyarakat ?????

Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru .Dunia sekarang ini bukan lagi dikenalpasti dengan

sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan

sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. Organisasi

perdagangan dunia (World Trade Organisation) adalah mekanisme yang digunakan untuk

melialisasikan impian global tersebut. (wheeler 1997) dalam bidang komunikasi pula, proses

penglobalan dunia boleh terhasil dengan mewujudkan media global yang berperanan bukan sahaja

menyebarkan maklumat tetapi juga mencorak dan mempengaruhi pendapat awam dunia (Public

watchdog).7

Impak media global ke atas Nd3 khususnya akan wujud ketidakseimbangan dalam

masyarakat kerana Negara maju mudah untuk menerima teknologi komunikasi berbanding Nd3. Ini

disebabkan proses menyebarluas bahan berita dan pengetahuan dapat dilakukan dengan pantas tanpa

sekatan keseluruh pelusuk dunia. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang pesismistik mengenai

globalisasi dan media global ini, situasi ini akan mengulangi satu lagi usaha penjajahan. Pada masa

lalu penjajahan dilakukan secara fizikal melalui kekuatan ketenteraan dan kemudiannya berlaku

secara kuasa ekonomi.8 Kini penjajahan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasi

rangkaian media global. Pada tahun 1980an wujud satu isu berkenaan imperialisme media antara

Negara maju dan Nd3 disebabkan oleh ketidakseimbangan (inbalance, unequel change –IBM, Warner

Brother).9 Akibatnya terdapat perhubungan dominasi dan pergantungan. Hal ini turut disebabkan

Negara maju mengawal kuasa dalam pemilikan teknologi komunikasi.

Dalam menghadapi media global ini kita perlu melihatnya dengan cara terbuka dan menilai

implikasi dan penerimaan kepada masyarakat dan Negara. Namun begitu kita juga perlu

memantaunya secara kritikal untuk memebolehkan kita memberikan tindakbalas yang sesuai agar kita

dapat menguasai bentuk politik, ekonomi, budaya dan identiti nasional kita berdasarkan penyebaran

berita, rangkaian televisyen dunia, agensi periklanan dan internet (wheeler 1997).

McGrew (1992:65) menggambarkan media global sebagai “intensification of global

interconnectedness”. Apa yang dimaksudkan dengan Mcgrew dengan peningkatan hubungan jaringan

global adalah pada waktu ini sempadan Negara tidak lagi menjadi rintangan dalam kehidupan kita.

Hampir semua aktiviti sudah mula bergerak merentasi sempadan Negara sama ada barangan, modal,

manusia, pengetahuan, imej, jenayah, pencemaran alam, dadah, fashion dan juga kepercayaan.

Page 3: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

Kaedah pergerakan itu berlaku dalam pelbagai cara, sama ada melalui jaringan hubungan antara

peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi. Marshall MacLuhan

(1964), menyatakan dunia sekarang semakin mengecil dengan perkembangan media global yang di

kenali sebagai ‘global village’, Melalui jaringan sistem komunikasi seperti internet, telefon, atau

rangkaian televisyen global dunia telah dikecilkan untuk memudahkan individu menjadi semakin

rapat. Maksudnya, kita sudah tidak boleh lagi mempertahankan ruang dan masa sudah menjadi hak

sepunya masyarakat sejagat.10 Sempadan Negara bangsa bukan lagi menjadi sebab untuk

mempertahankan kemasukan maklumat daripada luar.

Contohnya di Malaysia, Kita tidak boleh lagi mengatakan Negara kita terasing daripada

rangkaian hubungan globalisasi ini. Walaupun mempunyai perkhidmatan siaran televisyen satelit

yang terhad, tetapi sama ada siaran itu secara langsung atau tertangguh, kita sudah dapat menikmati

program daripada media global setiap hari. Kita bukan sahaja disajikan dengan maklumat politik,

kewangan (ekonomi) dan sosial daripada pelbagai tempat didunia melalui CNN dan CNBC tetapi juga

berkongsi hiburan yang sama dengan penduduk dunia yang lain melalui filem-filem melalui rangkaian

televisyen seperti MTV dan V Channel, selain daripada diperagakan dengan perisian program kanak-

kanak daripada Disney Channel dan Nicoldeian.11 kebaikkannya daripada perkembangan ini, bukan

sahaja kita akan beruntung untuk menerokai dunia luar dengan mudah dan mendapat faedah

daripadanya, tetapi dalam masa yang sama juga kita akan lebih terdedah kepada unsur-unsur luar ke

dalam persekitaran kita. Keterbukaan kepada dunia luar tanpa kawalan inilah yang kurang disenangi

oleh kebanyakan Negara kerana mereka merasa kehilangan keupayaan untuk menentukan apakah

yang baik untuk Negara mereka, terutamanya budaya yang menjadi identiti mereka. Menurut Bennet

(1982), pembentukan masyarakat massa telah dikatakan menimbulkan satu budaya baru “mass

culture” atau budaya massa yang dilihat sebagai penggugat dan penghakis kualiti budaya masyarakat

asal.12

Dalam kewujudan media global ini juga akan meyebabkan penyebaran budaya massa yang

pelbagai. Masyarakat akan terdedah kepada proses intergrasi dan disintergrasi budaya di mana budaya

luar menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping ia juga menghakis budaya yang sedia ada.

Budaya ini dianggap menggantikan dan menghakis budaya organik, asli dan berdikari dengan budaya

yang lemah dan insipid hasil komersialisme dan menggalakkan konsumsi yang pasif menurut

MacDonald (1957).13

Satu perkara yang tidak boleh kita ketepikan dalam membincangkan tentang media global

adalah peranan teknologi komunikasi yang semakin canggih berupaya menghubungkan pelbagai

pelusuk dunia dalam satu rangkaian global. Ini berlaku sama ada melalui rangkaian telefon, faximili,

internet, ataupun media global.

Page 4: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

Order Baru Maklumat Dunia (NWICO) adalah satu isu yang hangat diperdebatkan oleh

Negara-negara yang menjadi anggota Unesco pada tahun 1980an. Tujuannya adalah untuk

membetulkan keadaan aliran maklumat ini kerap berlaku salah laporan dan paparan negatif Negara

membangun dalam kalangan audien media di Negara maju.14 Negara maju terutama Amerika Syarikat

menolak hujah untuk memperbetulkan order maklumat dunia dengan alasan ia akan mejejaskan

kebebasan media yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara maju yang lain (Dunia

Pertama). Walaupun isu ini mendapat sokongan padu daripada negara membangun (Dunia Ketiga)

dan negara blok Soviet (Dunia Kedua) namun perlaksanaannya tidak kecapaian.

Dengan adanya pasaran global, industri media akan menikmati “economics of scale” di mana

kos pengeluarannya akan menurun disamping mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan itu

industri media akan dapat mengurangkan kos produksi dan memaksimumkan keuntungan seperti juga

dengan entiti ekonomi yang lain. Dalam konteks economics of scale inilah wujudnya media global

kerana ia akan memberikan pulangan yang besar kepada pengusaha industri ini. Walaupun dari segi

perkiraan ekonominya adalah baik, media global juga memberi implikasi sosial yang berbeza di

kalangan audiennya. Industri media dikatakan lebih berpengaruh dalam proses sosialisasi dan

penyuburan isian media terhadap khalayaknya.

Di Malaysia, perkhidmatan stesen televisyen satelit Astro menggambarkan pertembungan

antara industri media tempatan dengan industri media global. Astro tidak perlu memberi tumpuan

kepada pembikinan isi kandungan seperti televisyen tempatan yang lain. Astro kebanyakannya

menyalurkan program daripada organisasi media global yang membekalkan isi kandungan untuk

saluran-saluran khusus seperti ESPN, HBO, Star TV dan sebagainya. Untuk menghadapi persaingan

ini, dasar liberal kerajaan telah membolehkan perkhidmatan television kommersial. Bagitu juga stesen

awam iaitu Television Malaysia saluran TV1 dan TV2 juga akan dikorporatkan untuk

membolehkanya menghadapi persaingan dengan stesen komersial dan satelit yang lain.

Tahun 1980an adalah satu era perkembangan media global yang pesat disebabkan oleh

beberapa faktor seperti penswastaan, deregulasi dan perkembangan teknologi baru komunikasi. Pada

akhir tahun 1980an telah wujud apa yang dikatakan sebagai pasaran media global di mana syarikat

media lebih merupakan syarikan bercorak transnational yang menjalankan operasinya dimerata

tempat di dunia ini.15 Diantara syarikat tersebut adalah Time-Warner, The Walt Disney Company,

News Corporation, Turner Broadcasting, Matsushita dan Sony Corpoation (pemilik CBS Records dan

Columbia Picture).

Perkembangan media global berlaku dalam tiga cara. Pertama melalui mengukuhkan

kedudukan syarikat dengan mengambilalih pemilikan syarikat yang bersaing. Kedua melalui

penerokaan pasaran baru di luar daripada negara di mana syarikat itu beroperasi. Ketiga dengan

melambakkan sebanyak mungkin program atau perisian media di negara peripheral yang kurang

Page 5: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

keupayaan untuk menghasilkan perisian media mereka sendiri. Jika diambil contoh dalam industri

penyiaran di mana sektor program kanak-kanak dianggap sebagai satu segmen pasaran global yang

lumayan. Dalam konteks ini terdapat tiga syarikat gergasi yang memonopoli pengeluaran dan

pemilikan saluran televisyen tematik iaitu The Walt Disney Company, Cartoon Network dan

Nickelodeon. The Walt Disney Company selain daripada berfungsi sebagai pengeluar filem dan

program televisyen juga melancarkan jenama saluran telivesyennya sendiri iaitu Disney Channel di

Amerika Syarikat pada tahun 1983 dan kemudiannya di Eropah dan Asia pada tahun 1995.16

Media global bukan sahaja begitu dominan dalam program hiburan tetapi juga dalam program

berita. Pelancaran televisyen satelit Cable News Network (CNN) yang menyiarkan berita selama 24

jam sehari telah mengubah corak masyarakat dunia mendapat berita dengan cepat dan secara

langsung. Di Malaysia khususnya di antara rangkaian berita yang boleh diterima melalui televisyen

satelit adalah CNN, BBC World, MSNBC, Deutsche Welle dan juga Al Jazeera. Al Jazeera adalah

stesen televisyen berbahasa Arab yang berpengkalan di Dubai. Stesen ini menjadi pesaing kepada

rangkaian berita televisyen global yang lain sewaktu perang Afganistan pada tahun 2000 di mana ia

berupaya melaporkan berita dari dalam Afghanistan dengan banyak liputan eksklusif. Petikan

daripada siaran televisyen Arab ini banyak juga digunakan oleh stesen televisyen berita tempatan.

Dengan meningkatnya penglobalan ekonomi dunia, periklanan juga memainkan peranan

yang penting. Oleh kerana pengiklan terbesar di dunia adalah terdiri daripada syarikat yang

berpangkalan di Amerika Syarikat seperti Disney dan Time-Warner, maka tidak asinglah jika

kebanyakan agensi periklanan terbesar di dunia juga berpengkalan di negara tersebut.17 Walau

bagaiamanapun, agensi periklanan ini meluaskan perkhidmatannya di negara semi-peripheral dan

peripheral dan dalam masa yang sama juga menerapkan nilai, sikap dan amalan perniagaannya.

Satu lagi aspek media global adalah Internet. Sekarang ini internet dianggap sebagai satu

medium massa yang telah mencipta dimensi baru dalam komunikasi global. Sistem internet

sebenarnya sudah bermula pada tahun 1950an apabila pihak tentera Amerika Syarikat mencipta dan

menggunakannaya untuk meyalurkan maklumat ketenteraan. Walau bagaimanapun internet mula

digunakan secara meluas oleh orang ramai mulai tahun 1990an. Adalah dianggarkan pada awal 2000

pengguna internet telah meningkat hampir 400 juta dalam kalangan penduduk dunia. Dalam konteks

perkembangan internet ini, bukan saja jumlah penggunaanya dianggap penting, tetapi juga corak yang

telah dilakukan antara internet dengan media massa yang lain.18

Internet pada peringkat awal perkembangannya hanya pengguna tertentu boleh mendapat

akses kepada data atau maklumat yang tertentu sahaja. Namun kini Internet menjadi satu sistem 24

jam yang memberikan perkhidmatan maklumat web, portal dan juga laman web berita. Pengabungan

ini telah menlengkapkan lagi dominasi rangkaian televisyen satelit CNN kali ini dengan laman web

Page 6: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

beritanya. Dalam konteks ini juga, Masyarakat lebih cepat menerima maklumat secara terus dari

Negara luar.

Sebagai sebuah negara ‘penerima’ Malaysia mungkin menganggap ia mendapat faedah

daripada perkembangan semasa ini kerana media global bertindak sebagai ‘jendela dunia’ kepada

penduduknya. Implikasi kepada tren media global ini adalah peningkatan pemusatan pemilikan dan

operasi dan mengurangkan ciri pluralisme dalam industry media. Isu pluralisme ini ada kaitannya

dengan aspek sosio-politik dan budaya kerana ia akan mengurangkan ‘kebebasan’ dari segi

penyaluran pelbagai maklumat. Pluralisme media bermaksud bukan sahaja dari segai kepelbagai

penawaran kandungan media tetapi juga dari segi pemilikan media yang bebas dan berotonomi.

Penutup

Walaupun jika kewujudan media global ini akan meyekat dari segi kepelbagaian dan kebebesan

memilih dan bersuara, usaha perlu diteruskan untuk mempastikan bahawa masyarakat mempunyai

akses kepada pelbagai saluran untuk membolehkan mereka mendapat kepelbagaian maklumat yang

membantu mereka dalam membuat keputusan. Bagi negara pula, dalam dominasi media global untuk

menonjolkani identiti global, perlu juga diteruskan usaha agar ciri-ciri identiti setempat terus

dipertahan dan dipromosikan. Untuk tujuan itu diperlukan satu dasar jangka panjang untuk

menentukan halatuju dan juga tindakbalas tempatan untuk menangani masalah penyatuan dan

ketidakseimbangan masyarakat.

Page 7: Teknologi Komunikasi menyeimbangkan masyarakat...

1 Mustafa Kamal Anuar .Perkembangan penyelidikan komunikasi dan Rancangan Komunikasi Universiti Sains Malaysia. Universiti sains Malaysia (1992:2).2 Michael Jay. Komunikasi dan penemuan sains (1995:4)3 Everett M.rogers.Teknologi Komunikasi Media baru dalam masyarakat. Kuala Lumpur (1991:1)4 Pool, Ithiel De Sola. Technologies Of Freedom. CAMBRIDGE, Mass.. Penerbitan Universiti Harvard (1983:6)5 McLuhan Marshall. Understanding Media: The extensions of Man. New York: McGraw-Hill (1965:6)6 Http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi_pembangunan bab-7 tranational corporation.p (akses august 15 2010)7 Wheeler, M. Politics abd the mass media, Cambridge Massachusetts: Balckwell Publishers. (1997)8 http://news.cnet.com/2010-1071-963113.html (akses august 18 2010)9 Puan wang Lay kim. Nota kuliah, Universiti Sains Malaysia. Imperialisme (2008:9)10 Md. Sidin Ahmad Ishak. Etika dalam Komunikasi Media, Universiti Malaya Kuala Lumpur (2006:8)11 Http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi pembangunan bab-7 tranational corporation.p (akses September 5 2010)12 Bennet, claude f.Resolving Conflicting Demands On Evaluation: A test Demontration of Videotex for Farmers”,(1982: 115-125)13 MacDonald, D. 1957, A Theory of Mass Culture, in Rosenberg (1957)14 Edward S. Herman & Robert W.Mcchesney. The Global media The new Missionaties of Corporate Capitalism (1999:24)15 Goldsmith Media Group. Media Organisations In society: centrl issues, in curran, J.ed.(2000)16 http://elearning.gunadarma.ac.id/docmodul/ekonomi pembangunan bab-7 tranational corporation 17 Herman, E. & MacChesney, R.1997, The Global Media: The New Missionaries of Corporate capitalism, Casell (1997:70)18 Zalina yahya. Utusan Malaysia: It dan Komputer.(2002, 15 julai)