Teknologi Makanan

15

description

Tentang teknologi makanan yang makin berkembang

Transcript of Teknologi Makanan

Page 1: Teknologi Makanan
Page 2: Teknologi Makanan

Sila klik pada tajuk!!!

• Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan• Contoh

Page 3: Teknologi Makanan

• Perkembangan Teknologi Makanan• Usaha Meningkatkan Kualiti Makanan• Tanpa Makanan• Pilihan Bijak

Sila klik pada tajuk!!!

Page 4: Teknologi Makanan

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN* Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai

banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :-

• mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. • memudahkan pencernaan. • memperbaiki rupa makanan dan • mencegah jangkitan penyakit. • Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan

makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah.

Page 5: Teknologi Makanan

KAEDAH CARA CONTOH MAKANAN KEBAIKAN KELEMAHAN

PENGETINAN [CANNING]

Makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116oC - 121oC, ditutup dan dipateri.

Kari Daging, Ayam dan tuna.

Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.

Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin.

PEMPASTEURAN [PASTEURIZATION]

Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min atau 72oC selama 15 s

Susu, Wain dan Jus

Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh

Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.

PENDEHIDRATAN [DEHYDRATION]

Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijemur dibawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.

Ikan Masin, Bunga Kekwa, Teh dan Sayur

Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma.

Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah.

Page 6: Teknologi Makanan

KAEDAH CARA CONTOH MAKANAN KEBAIKAN KELEMAHAN

PENYEJUKBEKUAN [FREEZING]

Simpanan dalam peti sejuk dibawah -18oC

Ikan, Daging Lembu, Sosej dan Ais krim

Makanan boleh disimpan lama.

Makanan susah untuk dibawa dan memerlukan kos yang tinggi.

PENDINGINAN [CHILLING] Simpanan dalam peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC

Sayur-sayuran, Buah-buahan, Mentega dan Telur

Vitamin boleh dikekalkan dan tahan lebih lama

Susah dibawa dan memerlukan kos yang tinggi

PEMBUNGKUSAN VAKUM [VACUM PACKAGING]

Makanan disimpan dalam plastik kedap udara setelah udara didalamnya disedut keluar.

Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbeku

Tahan lama dan mengurangkan ruang simpanan.

Kos yang mahal dan memerlukan mesin pemvakuman yang mahal.

PENYINARAN [RADIATION]

Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk membunuh serangga dan memperlahankan percambahan.

Biji Benih, Bawang dan kentang

Vitamin tidak termusnah.

Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

Page 7: Teknologi Makanan

BAHAN KIMIA FUNGSI CONTOH BAHAN KIMIA CONTOH MAKANAN

Bahan Awet Menyebabkan makanan tahan lama Garam dan Gula Buah-buahan kering

dan sos

Pewarna Menyebabkan makanan kelihatan sedap

pandan (hijau), karamel (Coklat) Kaya dan kicap

Perisa Menambahkan rasa supaya lebih sedap

Monosodium glutamat (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto"

Makanan ringan dan mee

Penstabil Mencegah makanan dari termendap ke bawah gam akasia Sos dan mayonis

Pengantiokida Mencegah makanan berlemak menjadi busuk Vitamin E dan BHT Minyak masak

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :-

Page 8: Teknologi Makanan

• Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

Page 9: Teknologi Makanan

USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN

• Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

Page 10: Teknologi Makanan

Penggunaan baka bermutu

• Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

Page 11: Teknologi Makanan

Penggunaan Teknologi Moden

• Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Page 12: Teknologi Makanan

Makanan "Gergasi" [Monster Food]

• Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.

• Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

Page 13: Teknologi Makanan

TANPA MAKANAN ?

• Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan

makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

Page 14: Teknologi Makanan

PILIHAN BIJAK

• Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

• Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

Page 15: Teknologi Makanan