Teknologi maklumat- blog

16
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM IXEB4103 TAJUK: BLOG 1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006 2) MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026 3)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067 4)MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB11024

Transcript of Teknologi maklumat- blog

Page 1: Teknologi maklumat- blog

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM

IXEB4103

TAJUK: BLOG

1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006

2) MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026

3)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067

4)MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB11024

Pensyarah: USTAZAH SALINA BUSRAWI

Page 2: Teknologi maklumat- blog

Tugasan 1

Blog

Pengenalan

Pada masa kini, kehidupan manusia tidak lagi dapat di pisahkan dengan teknologi. Apabila kita

memandang disegenap ruang yang ada, kita akan dapati pelbagai jenis teknologi wujud

disekeliling kita. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita. Perubahan

terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan

menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat,

tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Hasil ledakan teknologi maklumat tersebut

menjadikan perubahan dunia masa kini amat pantas. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari

inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan

sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai

elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990)

meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua

puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi

penentu dan penggerak kepada masa depan. Ledakan teknologi membawa cabaran dan impak

yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat

dan membawa pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan

mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan.

Justeru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menangani

masalah ini. Maka, tidak dapat tidak, penerapan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi

Page 3: Teknologi maklumat- blog

tujuan mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada

penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan

mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.

Dalam kepelbagaian teknologi yang ada, kami memilih blog untuk menjadi bahan kajian kami

pada kali ini. Blog merupakan salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog. Apa

yang membezakan dengan web sebenar adalah pada sasaran dan rekabentuknya sahaja. Blog

banyak jenisnya, antaranya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog yang

berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan

metacafe, ada podcast dan sebagainya. Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang

tertentu, antaranya blog automotif, blog teknologi, blog fesyen dan banyak lagi. Secara

ringkasnya blog merupakan singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku

catatan @ buku log namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini

Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian , diringkaskan menjadi BLOG.

Blog mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu. Blog boleh menjadi catatan individu atau

kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya kepada blogger lain khususnya atau

kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada

jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia

atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang

lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri.

Page 4: Teknologi maklumat- blog

Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih

santai dan menarik.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah

dan persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya

ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan.

Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka

yang ada blog biasanya dipanggil blogger.

Dalam penelitian kami terdapat beberapa sebab mengapa kita melibatkan diri dengan blog.

Pertama ialah berkaian emosi, hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis

masalah lain yang timbul maka blog menjadi antara cara untuk meluahkan perasaan bagi

meredakan tekanan dan terapi untuk emosi.

kedua ialah blog mampu menjadi salah satu sumber pendapatan. Dengan keadaan ekonomi yang

amat berbagai serta tidak menentu di zaman penuh teknologi sekarang ni, blog boleh

dimanfaatkansebagai salah satu sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap. Pelbagai

cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog. Blog yang menghasilkan pendapatan sama

seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan.

Ketiga ia berperanan sebagai diari. Blog ini diadaptasi dari penulisan diari didalam buku yang

kemudiannya dipindahkan ke penulisan di alam maya. Dari segi tujuan mungkin mempunyai

persamaan tetapi melalui alam maya ini , blogger mungkin mahu berkongsi kisah hidupnya

dengan orang lain, berbeza dengan penulisan secara terus dalam bentuk yang lama.

keempat sebagai Benchmark ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita

Page 5: Teknologi maklumat- blog

pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik.

Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin

bakal kita rancangkan satu hari lain nanti.

kelima sebaai portfolio. Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan

kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat dalam sesuatu bidang. Sebagai

contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, seandainya suatu hari

kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan

surat khabar. Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu. Jadi beliau perlu

menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit.

Keenam sebagai media untuk berkomunikasi dan berbincang tentang sesuatu isu. Dalam kita

menyuarakan sesebuah isu seperti politik dan isu semasa, pasti ada yang tidak setuju, dengan

demikian, ia akan mewujudkan suatu perbincangan. Maka dari situ kita dapat melihat pelbagai

ragam hujah, disamping dapat meningkatkan pengetahuan dalam diri kita sendiri.

Ketujuh ialah sebagai tempat untuk berkongsi minat. Minat dan bakat boleh dikongsikan dalam

blog. Dengan blog kita dapat meluaskan sesuatu hobi dengan orang lain yang mempunyai hobi

yang sama. Secara tidak langsung akan meluaskan jaringan ukhwah diantara seseorang blogger

dengan blogger yang lain atau masyarakat umum.

Page 6: Teknologi maklumat- blog

Pelbagai perkara boleh dikongsikan, sekiranya ia seorang guru, mungkin pengalaman ia dapat

dikongsikan dengan yang bakal guru, sekiranya ia seorang doktor, sedikit sebanyak ilmu

kedoktorannya mungkin dapat dikongsikan dan begitulah seterusnya.

Penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah 

Perkembangan teknologi pada hari ini, menjadikan pemerolehan ilmu itu tidak hanya di masjid

ataupun hanya di sekolah sahaja malahan ia boleh di dapati disetiap keadaan dan tempat, dengan

adanya pengaksesan internet. Dalam arena pendidikan dan dakwah, kepelbagaian sumber

penyampaian ilmu serta maklumat perlu dipelbagaikan, maka blog boleh menjadi sebagai salah

sebuah medium untuk menyampaikan pengajaran dan dakwah. Liputannya yang dapat diakses

diserata pelosok alam menjadikan ia sebuah medium yang berkesan dalam menyampaikan ilmu

dan dakwah. Pada masa kini, bentuk pendidikan dan dakwah perlu di pelbagaikan seiring

dengan peredaran zaman, hal ini bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat, terutamanya

golongan muda.

Melalui blog, penyampaian dapat disampaikan dengan lebih menarik mengikut kreativiti

seseorang blogger itu. Maka, ia mampu untuk menarik ramai golongan untuk mengkuti sesebuah

blog itu. Oleh kerana pada masa kini terdapat banyak blog yang boleh dilawati, penelitian yang

mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima pakai apa yang didapati dalam

blog tersebut. Hal ini kerana, dalam membina sesebuah laman blog ianya bebas kepada sesiapa

sahaja, maka inilah yang menjadi kebimbangan sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam

sesebuah blog itu tidak bertepatan dengan sumbernya.

Satu hal yang mesti kita ketahui, meskipun ilmu serta maklumat dapat diperolehi dari laman blog

dengan mudah, ia bukanlah bererti kita tidak perlu untuk berguru. Laman blog ini perlu dianggap

Page 7: Teknologi maklumat- blog

sebagai sumber sampingan sahaja dalam mendapatkan maklumat. Hal ini kerana, maklumat yang

dimuatkan dalam sesebuah blog itu boleh jadi menyimpang atau tersalah. Maka , menerima

sesebuah maklumat yang ada dalam blog tersebut, penelitian perlu dilakukan semula bagi

menjamin keabsahan maklumat tersebut. Adapun jalan yang utama dalam memperolehi ilmu

ialah melalui kaedah perguruan ataupun talaqqi.

Kesimpulannya, pengguna perlu bijak memilih sesebuah laman blog bagi memastikan bahan

yang diperolehi tersebut berada pada jalan dan landasan yang tepat.

Kelebihan dan kekurangan

diantara kebaikan yang boleh diperolehi dalam blog ialah

1.  Sebagai medium perkongsian maklumat

Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka

berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat

boleh salurkan di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan

peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan

dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang

cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka,

ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan,

teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari

internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.

Page 8: Teknologi maklumat- blog

2. Boleh Menambah Kenalan

Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya

penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut

dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya

berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan

pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka

boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar

yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama

mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil

dari “blogging”. 

3. Boleh Menjana Pendapatan

Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya

mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”.

Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain

adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script

publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk

mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut

akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.

Page 9: Teknologi maklumat- blog

4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat

Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya

seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-

komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para

pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.

Disamping kebaikan blog juga mempunyai keburukan antaranya ialah:

1. Maklumat Palsu

Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar sama ada

palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua

maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu

sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam

blog tanpa membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut.  Apabila ianya telah dipaparkan

di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang

buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut.

2. Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang

Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang

terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli

Page 10: Teknologi maklumat- blog

politik. Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah,

ianya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang

dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan

masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak

percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 

3. Memecah belahkan masyarakat / negara

Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan

dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina

semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini.  Isu-isu sensitif yang

melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi

oleh masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan

berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini

amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 

4. Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral

Terdapat orang perseorangan  yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-

unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di

samping itu cerita-cerita lucah juga di paparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para

remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negatif kepada mereka.

Page 11: Teknologi maklumat- blog

Rumusan

Kesimpulanya, kita perlu bersyukur dengan adanya teknologi yang pesat membangun pada masa

kini, dapat membantu kita dalam segenap aspek kehidupan. Dengan adanya teknologi, pelbagai

jenis ilmu dan maklumat dapat disalurkan kepada semua orang dengan pantas, pergerakan dari

suatu tempat ke suatu tempat yang lain juga menjadi semakin pantas, taraf ekonomi juga

semakin meningkat dengan adanya pelbagai jenis teknolgi pada masa kini. Namun begitu,

teknologi yang ada tersebut juga mempunyai nilai negatifnya bergantung kepada cara sesuatu

teknologi itu diaplikasikan. Dalam pengambilan sesuatu maklumat dari laman sesawang,

pengguna perlu terlebih dahulu memastikan keabsahan sesuatu maklumat yang diperolehi

sebelum diguna pakai.

Dengan teknologi juga arena pendidikan dan dakwah menjadi semakin menarik, pelbagai

pendekatan dapat digunakan dalam meningkatkan kualiti penyampaian sesuatu ilmu seperti

melalui laman blog dan sebagainya.